Rabu, 15 Jun 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Ulasan Pemuda PAS Pusat: Utusan Malaysia Biadap Mempersendakan Islam

Posted: 15 Jun 2011 08:00 AM PDT

Utusan Malaysia Mempersendakan Islam


http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/248926_10150207555382312_303331692311_7740153_2143106_n.jpg

Utusan Malaysia Biadap Mempersendakan Islam

1. Utusan Malaysia bertarikh 15 Jun 2011 mencetuskan persepsi buruk bagi pembaca yang beragama Islam. Bermotifkan sebagai satu penjelasan dengan bertajukkan "KEKELIRUAN KES ROGOL", Utusan Malaysia membenarkan sebuah karikator jahat yang penuh dengan makna tersirat dan menatijahkan imej negatif Islam selaku agama rasmi negara.

2. Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan tegas ke atas Utusan Malaysia kerana bertanggungjawab ke atas penyiaran karikator tersebut. Karikator yang penuh dengan seribu tanda Tanya ini nyata mempermainkan Islam apabila ia dilukis dengan :

Menggambarkan kolotnya Islam dengan seorang lelaki berjubah dan berserban menyelesaikan masalah berbanding dengan anggota polis.

Perihal rakaman yang disebut oleh karikator wanita. Ini kerana bagaimana secara logiknya seorang yang dirogol tidak mampu berbuat apa-apa tetapi sempat pula merakamkan adengan tersebut dengan telefon bimbitnya.

3. Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihati Utusan Malaysia serta mana-mana individu agar lebih bersikap amanah di dalam menyiarkan sesuatu untuk paparan awam apatah lagi di dalam isu agama. Sekiranya di dalam Utusan Malaysia mempunyai pegawai agamanya yang tersendiri, Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa amat malanglah dirinya kerana tidak menyekat tindakan-tindakan seperti ini.

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan tegas meminta Utusan Malaysia menarik balik dengan kenyataan maaf secara terbuka kerana telah mencalar kemuliaan Islam dalam menyelesaikan masalah jenayah.

Ust Riduan Mohd Noor

Ketua Penerangan DPP Malaysia


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Kenyataan Media Terkini, Syabas Pemuda Pas Pusat! Takbir!

Posted: 15 Jun 2011 06:44 AM PDT

Kenyatan Media Ketua Pemuda PAS PUSAT


1. Biarpun berhadapan dengan ugutan dan halangan, langkah derap Dewan Pemuda PAS Malaysia memobilisasi kebangkitan rakyat guna mendesak satu sistem demokrasi yang adil dan pilihanraya yang telus, sekali - kali tidak terjejas semata - mata kerana tindakan nakal pihak tertentu termasuk UMNO dan Perkasa. Biar 1000 laporan polis yang mereka lakukan, mereka tidak mungkin mampu memadam semangat anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini justeru keadilan dan ketelusan tersebut juga menjadi sebahagian daripada tuntutan Islam.

2. BERSIH 02 adalah manifestasi dari kebangkitan anak muda yang mula bosan dan kecewa dengan sikap kerajaan UMNO dan BN mempermainkan rakyat dan mempersenda sistem demokrasi. Kepincangan demokrasi ala malaysia ini masih ketara, apabila pihak Pakatan Rakyat terus dikekang daripada mendapat hak yang sama untuk akses dengan media sedang Barisan Nasional sepenuhnya memanipulasi media arus perdana [seperti RTM] untuk memberi maklumat satu hala atau sebelah pihak kepada rakyat. Laporan kajian Kebebasan Media 2011 oleh Freedom House, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 143 daripada 196 negara. Manakan tidak ....

Kementerian dalam negeri [ KDN ] gagal meluluskan permohonan permit Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hata Wahari menerbitkan akhbar harian "Utusan Rakyat"

Sehingga kini hasrat DPP Malaysia mahu melihat lahirnya sebuah akhbar harian "Purnama" yang dimohon permitnya lebih sedekad yang lalu masih tidak kesampaian.

Begitulah nasib yang menimpa Harakah, Suara Keadilan dan Rocket. Bukan sahaja tidak dibenarkan terbit secara harian, ianya terhad untuk ahli sahaja dan terus menerima tekanan dari pelbagai sudut.

3. Undi pos pula akan terus menjadi tali hayat Barisan Nasional agar mereka terus berkuasa dan mampu melangsungkan tradisi "membelasah" rakyat dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Lihat sahaja laporan Global Financial Integrity yang mendakwa sebanyak RM 889 bilion tiris dan mengalir keluar dalam tempoh lapan tahun antara 2000 - 2008. Begitu juga laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, sebanyak RM 28 bilion telah tiris dalam perbelanjaan dana awam.

4. Undi pos juga akan terus menjadi sandaran Barisan Nasional untuk terus kekal berkuasa lalu membuli rakyat dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kenaikan tarif bil elektrik, saman ekor serta "membelenggu" anak muda dengan lingkaran hutang PTPTN. Undi pos adalah satu makenisme yang paling strategik untuk mengekalkan survival kuasa politik Barisan Nasinoal sedang ia tidak lagi relevan dalam sistem demokrasi moden hari ini.

5. Sebahagian mereka menempelak hasrat BERSIH 02 kononnya tidak lagi relevan kerana Pakatan Rakyat telah memenangi 4 buah negeri dan hampir menguasai keseluruhan kerusi di Wilayah Persekutuan. Menang di 4 buah negeri bukan bermakna kami telah berpuas hati dengan tahap ke"bersihan" sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini. Saya percaya, jika pilihanraya benar - benar dikendalikan sebersih - bersihnya dari sebarang manipulasi dan sistem demokrasi dilangsungkan dengan telus dan adil, Pakatan Rakyat mampu menang sekurang - kurangnya di 8 buah negeri pada pilihanraya umum 2008 yang lalu malah berkemungkinan besar mampu memperolehi simple majoriti bagi menguasai parlimen.

6. Antara kepincangan demokrasi yang diamalkan dalam negara kita Malaysia ialah tindakan mereka yang mahu menghalang hak rakyat berhimpun secara aman seperti Himpunan BERSIH 02. Setelah mendengar janji daripada penganjur BERSIH 02 bahawa ia akan dilangsungkan secara aman, mereka masih mengugut rakyat agar tidak menyertai himpunan tersebut. Selayaknya pihak berkuasa mengambil langkah mengawal himpunan BERSIH 02 sebagaimana mereka boleh mengawal himpunan dan perarakan puluhan ribu manusia pada hari sambutan kemerdekaan, malam citrawarna dan sebagainya.

7. Pihak berkuasa juga sayugianya menghalang hasrat pihak - pihak lain selain BERSIH 02 yang terlebih dahulu telah mengisytiharkan hasrat menganjurkan himpunan pada hari yang sama dan di tempat yang sama, kerana ia adalah satu bentuk provokasi yang boleh mencetus ketidaktenteraman suasana himpunan tersebut. Saya hairan kenapa Perkasa atau lainnya mahu mengadakan himpunan pada hari yang sama dan tempat yang sama ? Ertinya merekalah yang mahu mencetus provokasi dan suasana tidak aman bukan pihak BERSIH 02.

8. Andai mereka mahu menduga pengaruh, mereka boleh menganjurkan himpunan serupa pada 10 hb Julai iaitu sehari selepas BERSIH 02 atau pada 8 hb Julai iaitu sehari sebelumnya. Kenapa mereka begitu terdesak mahu mengadakan himpunan mereka pada hari yang sama ? mereka marah rakyat mahu sertai BERSIH 02 kerana himpunan itu kononnya demontrasi jalanan yang sia - sia, tetapi mereka juga mahu menganjurkan himpunan untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap BERSIH 02 ! Alangkah dangkalnya mereka berfikir !

9. Benarkan dahulu rakyat menyertai BERSIH 02 pada 9 hb Julai untuk membantah sistem pengendalian demokrasi dan pilihanraya yang pincang dalam negara ini. Maka keesokkan harinya, bolehlah mereka pula berhimpun untuk membantah himpunan BERSIH 02 jika mereka tidak berpuas hati atau kiranya mereka kurang sabar, boleh sahaja mereka berhimpun pada 8 hb Julai untuk melahirkan bantahan mereka dan benarkan BERSIH 02 berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi pada 9 hb Julai 2011. Apakah kerajaan UMNO dan BN perlu diajar sedemikian rupa erti demokrasi ?

10. Saya mengharapkan anak - anak muda tidak terpengaruh dengan taktik kerajaan Barisan Nasional dan proksi - proksi mereka yang cuba mengugut untuk membatalkan BERSIH 02 justeru itulah yang akan meletakkan Barisan Nasional terus selesa menghadapi pilihanraya umum ke 13 secara berat sebelah dan tidak telus. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh warganya akan terus berada di saf hadapan memimpin kebangkitan anak muda bersama rakan - rakan dari Angkatan Muda Keadilan dan DAPsy.

Memimpin Kebangkitan Anak Muda

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Panas! Utusan laknat Siar Karikatur Kartun Hina Agama Islam. Mana Umat Islam Malaysia?

Posted: 15 Jun 2011 05:30 AM PDT

Persatuan Ulama kecam karikatur Utusan Malaysia, dakwa hina Islam

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur (gambar) itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi "Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!"

Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.

"PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.

"Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

"Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.

"PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.

"Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini," katanya.

Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.

"Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.

"Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam," katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.

"Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.

"Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham," katanya kepada The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan juga mengecam sekeras-kerasnya Utusan Malaysia.

"Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam dengan memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan diminta mendatangkan empat orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan.

Kata beliau, jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.

"Perlu diingatkan bahawa, penentuan ini bukan dibuat oleh mana-mana pemimpin pembangkang khususnya PAS seperti yang mungkin ingin disampaikan melalui kartun tersebut, tetapi ia dibuat melalui firman Allah SWT," katanya.

Tambah beliau, akhbar seperti Utusan Malaysia yang mendakwa membela Islam pula yang menjatuhkan maruah Islam dan memperlekehkan aspek penghakiman dalam kes zina dan rogol dengan menyiarkan lakaran kartun seperti ini.

Justeru, kata beliau, pihaknya menuntut supaya Utusan Malaysia menarik balik lakaran kartun ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas kebiadapan menghina Islam dan sistem perundangannya.

"Utusan Malaysia juga sewajarnya layak diisytiharkan sebagai akhbar biadap yang paling bangsat di Malaysia di atas penyiaran lakaran kartun ini," katanya.

mana menteri agama?

mana mufti negeri?

mana penasihat agama najib?

pemimpim malaysia majoriti agama apa?

laknat semua ke? dayus habis ke?

ke dok menyorok di sebalik ketiak besar rosmah?

turun ke jalan, kita ajar pemimpin yang memalukan agama dan bangsa sendiri!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Pendedahan Dr Zul: Benarkah ETP-EPP hanya menjana kekayaan di atas kertas?

Posted: 15 Jun 2011 04:53 AM PDT

Dr. Dzul

Semalam YB Lenggong minta PERDANA MENTERI menyatakan:

(a) secara terperinci perkembangan Program ETP Kerajaan, berapa peratuskah pelaksanaannya, dan berapakah jumlah pelaburan serta peluang pekerjaan yang ditawarkan sekarang?

Saya membangkitkan dalam soalan tambahan saya tentang ETP yang sehingga kini hanya mampu 'menjana kekayaan atas kertas' dan masih belum menggarap 'kekangan utama' atau 'critical bottle-neck' yakni persoalan modal insane atau 'skilled workforce'.

Berkebetulan, pada soalan yang sama di bangkit oleh YB Charles Santiaga (Klang) tentang jumlah pelaburan yang berjaya dibuat (realized investment) dari Jan- May 2011 dan jumlah kerja yang dijana, 6 perenggan jawaban tidak member apa-apa butiran tentang kedua-dua hal ETP.

Bernama semalam (14 Jun) hanya melaporkan jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Timbalan Menteri tidak sebenarnya menjawab dengan lebih terperinci, hanya munglangi maklumat yang disebut oleh Perdana Menteri. Umum sudah sedia maklum.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dua hari lalu, mengumumkan 9 inisiatif baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bernilai pelaburan RM2.77 bilion dengan jangkaan kesan Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM18.67 bilion serta bakal mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2020.

Terdahulu PM telah mengumumkan dalam tempoh yang singkat, iaitu dari Oktober 2010 hinggalah April 2011, 70 projek pelaburan yang berpotensi, didakwa bakal memperolehi jumlah pelaburan RM106.4 bilion, mencipta 298,865 peluang pekerjaan dan jumlah pendapatan penduduk (GNI) sebanyak RM153.83 bilion menjelang tahun 2020.

Mutakhir ini berdepan dengan PRU ke-13 yang boleh sahaja beliau umumkan bila-bila masa, PM semacam terlalu ghairah untuk menyuntik rasa sedap atau 'feel-good factor' di kalangan rakyat Malaysia dan khususnya di kalangan masyarakat bisnes.

Saya ingatkan PM, sementara saya menyanjungi usaha gigih beliau, saya juga ingin mengingatkan PM supaya tidak keterlaluan dalam membuat pengisytiharan propjek-projek EPP-ETP ini kerana ia bakal memberi kesan sebaliknya khususnya pada pasaran saham yang menjana 'paper wealth' atau kekayaan ke atas seperti yang telah hangus dan lesap berjumlah RM52bilion dari pegangan ekuiti saham bumiputera dari jumlah sebelumnya RM54 bilion!

Lebih khusus lagi dan menjadi lebih malang mutakhir ini, apabila pengisytiharan demi pengisytiharan yang dibuat Perdana Menteri, apa yang berlaku hanyalah suntikan "kekayaan di atas kertas" khususnya kepada syarikat-syarikat yang disebut-sebut, yang masih dalam pelbagai peringkat komitmen bertaraf pelbagai 'bintang' dalam program ETP-EPP.

Harga saham GLC atau syarikat besar swasta telah melonjak seandainya namanya tersenarai dalam EPP-ETP. Malah ada yang dua kali ganda kadar lonjakan harga sahamnya. Antara syarikat yang bermodal kecil yang namanya tersenarai dalam ETP, misalnya Tricubes Bhd yang menanggung kerugian sebelum ini, Karambunai CorpBhd, Petaling Tin Bhd dan lain-lain.

Sebagai contoh, harga saham Tricubes Bhd melonjak dari 5.5 sen pada 18 April kepada 32.5 sen pada 22 April, setelah diumumkan bahawa syarikat ini menerima projek Emel 1Malaysia, bersamaan kadar lonjakan 491%. Paling mutakhir saham Tricubes merudum kembali ke paras 10.5 sen. Umum tahu bahawa syarikat ini tergolong dalam syarikat GN3 atau dengan kata lain, mempunya permasalahan hutang yang perlu di'strukturkan' pembayarannya.

Karambunai Corp Bhd dan Petaling Tin Bhd telah memperolehi satu projek pelaburan Karambunai Integrated Resort City (KIRC) yang bernilai RM9.6 bilion. Sehingga 29 April, saham Karambunai Corp telah melonjak kepada 22.5 sen, dengan lonjakan 246% berbanding nilainya tahun lalu dan Petaling Tin pula melonjak kepada 39.5 sen, lonjakan 132% berbanding tahun lalu. Sehingga kini dilaporkan belum ada satu yang lebih konkrit untuk kedua-dua syarikat tersebut membuat apa-apa 'submission' kepada Bursa Malaysia. Namun pengumuman telah mencetus 'excitement' dalam pasaran

Walaubagaimanapun, kesemua projek berskala besar ini gagal menangani dan tidak dapat menutup kerapuhan ekonomi Malaysia, iaitu permasalahan struktural dalam ekonomi, misalnya kekurangan modal insan berkualiti dan kreatif, pasaran dalam negara tanpa daya saing, sektor awam yang rendah efisiennya, dasar afirmatif yang disalahgunakan yang berasaskan perkauman dan bukan keperluan. Kesemua ini tidak dijawab dengan ETP-EPP sebagai langkah mitigasi unsur risiko pada jangka sederhana.

Seterusnya, masalah yang terpampang di depan mata adalah bagaimana EPP-ETP ini dilaksanakan, dan bagaimana pula projek-projek ini dijayakan perlaksanaannya dengan 'delivery' yang sarat dengan 'ketirisan dan kebocoran' yang berakhir dengan projek menanggung kos projek atau 'cost-overrun' sehingga ke paras jutaan ringgit bahkan billion RM seperti Istana Negara dan Projek Empangan Bakun dll.

Rakyat mahu ETP-EPP berjaya, tetapi Najib dan kerajaan BN jangan hanya bertindak dengan perhitungan jangka pendek (shortermist approach) sekaligus mengorbankan kemaslahatan rakyat pada jangka sederhana-panjang yang dipernah diwawarkan dalam Model Ekonomi Baru dan hari ini tenggelam dalam pelbagai rancangan rencam EPP-ETP.

Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Malaysia, Kuala Selangor.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Umno Selangor makin gelabah

Posted: 15 Jun 2011 03:30 AM PDT

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 15 Jun: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman menyifatkan Umno dalam keadaan gelabah sekarang ini hingga mengeluarkan kenyataan tidak berasas.

Beliau yang juga Adun Meru berkata demikian ketika mengulas kenyataan Umno Selangor yang mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggugurkan Datuk Dr Hasan Ali sebagai exco kerajaan negeri.

Desakan ini ekoran penyusunan semula Pesuruhjaya Selangor yang sebelum ini dipegang Dr Hasan yang juga Exco Agama, Adat Melayu dan Kemudahan Asas negeri.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang pada 12 Jun lalu membuat keputusan melantik Dr Rani mengambilalih tugas Pesuruhjaya PAS Selangor dari Dr Hasan.

Dalam hal ini, Dr Rani berkata, kenapa pula MB perlu menggugurkan Dr Hasan kerana asas pelantikan beliau adalah untuk memberi peluang dan ruang luas untuk Dr Hasan tumpukan kepada tugasan exconya.

"Inilah keadaan di mana jelas Umno Selangor berada dalam keadaan gelabah dalam menghadapi perkembangan politik semasa terutama di Selangor.

"Bahkan Himpunan Bersih 2.0 yang aman dan mendesak pilihan raya adil dan bersih juga ditakuti oleh Umno BN, entah apa yang mereka bimbang?

"Jika mereka tidak mahu atau bersetuju dengan desakan diadakan pilihan raya adil dan bersih, apakah mereka ingin kekalkan bentuk pilihan raya yang jelas jijik, penuh keji dan penipuan?" soalnya.

Dalam soal sama, Dr Rani berkata, Umno Selangor memang tidak mengikuti perkembangan politik semasa, sejarah dan urutannya.

Jika Umno membuat sedikit kajian, tegasnya, mereka pasti akan ketemu dengan isu Exco Kerajaan, Ronnie Liew tetap memegang jawatan itu sampai sekarang meskipun tidak lagi memegang jawatan utama dalam partinya.

Sementara itu, Dr Rani berkata, PAS Selangor akan membentuk jawatankuasa perhubungan negeri pada Isnin ini.

Dalam kenyataannyai, beliau berkata, amanah berat yang dipikul oleh pasukan barunya untuk memastikan Kerajaan Negeri Selangor terus berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Dr Hasan juga dalam amanatnya dalam sebuah akhbar harian mengingatkan pesuruhjaya baru agar pertingkatkan persediaan untuk hadapi PRU 13 yang akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

135 kes murtad cukup serius, kata Pemuda PAS

Posted: 15 Jun 2011 02:30 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Dewan Pemuda PAS pusat menyifatkan badan penguat kuasa agama negara ini gagal bertindak terhadap pesalah murtad sambil menyifatkan bilangan Muslim keluar Islam, yang diumumkan semalam, "cukup membimbangkan."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata mahkamah membenarkan 135 Muslim meninggalkan Islam antara 2000 hingga 2010.

Beliau berkata, seramai 686 Muslim telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Syariah di seluruh negara untuk meninggalkan Islam sepanjang satu dekad itu, bagaimanapun tiada butiran lanjut diberikan kecuali pecahan mengikut negeri.

Sabah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 237 membuat permohonan dengan 67 dibenarkan oleh mahkamah dan disusuli Negeri Sembilan (172, 33 diluluskan), Wilayah Persekutuan (56, 10) dan Pulau Pinang (36, 1).

Sarawak dan Terengganu merekodkan kes murtad terendah dengan masing-masing satu manakala tiada kes langsung di Kelantan.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Raja Ahmad Al-Hiss berkata, jumlah yang diumumkan Jamil Khir itu disifatkan beliau sebagai "isu besar" kepada negara dalam usaha memelihara akidat umat Islam.

Justeru beliau berkata, pihaknya meletakkan kesalahan itu pada bahu Jamil Khir yang gagal membendung perkara itu daripada berlaku.

"Bagi kami, jumlah sebanyak 135 orang yang diluluskan untuk keluar Islam amat menyedihkan bagi negara yang diperintah oleh pemimpin kerajaan beragama Islam.

"Kami meletakkan kelemahan dan kegagalan ini isu murtad ini pada Datuk Seri Jamil Khir sebagai orang yang bertanggungjawab sepenuhnya. Di manakah agensi kerajaan yang sepatutnya memainkan peranan mereka dalam menerangkan kebaikan Islam di dalam negara? Adakah elemen politik terlalu banyak yang dimainkan oleh agensi yang berkaitan sehingga terlupa peranan sebenar mereka?" katanya dalam satu kenyataan.

Jamil Khir dilantik menjadi menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam pada 9 April 2009.

Tegas Raja Ahmad, badan penguat kuasa agama seolah-olah tidak berfungsi ekoran pendedahan dibuat Jamil Khir itu.

"Apakah fungsi yang dimainkan oleh Jabatan Kemajuan Islam, Jabatan Agama Islam negeri serta Pusat Ekonomi dan Kewangan Islam seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan Pusat Pungutan Zakat dalam krisis akidah ini? Sehinggakan kerajaan dilihat masih gagal menjamin akidah umat Islam dalam negara kita.

"Bagi kami walaupun jumlah permohon yang diberikan oleh kerajaan hanya itu, tetapi kami optimis jumlah sebenarnya adalah jauh lebih besar yang tidak dinyatakan," katanya.

Justeru beliau berharap agar Putrajaya dapat membendung masalah akidah umat Islam yang dilihat semakin tergugat itu.

"Sudah tentu orang-orang yang di luar daripada kita yang terjejas akidah mereka tanpa penerangan dan pembelaan agar terus memelihara akidah mereka hingga akhirnya.

"Kami melahirkan rasa kesal, hampa dan terkilan dengan komitmen kerajaan dalam memastikan akidah umat Islam terus dipelihara dan mendesak agar satu tindakan tegas diambil bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang lagi di masa hadapan," katanya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Khalid Samad: Yang tercantas dan yang dicantas

Posted: 15 Jun 2011 02:00 AM PDT

Khalid Samad

Pada tengahari, hari Ahad 12 Jun, setelah selesai mengunjungi beberapa walimah, saya menuju ke Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur untuk menghadiri Mesyuarat AJK PAS Pusat yang pertama bagi sesi 2011–2013. Ini juga merupakan mesyuarat AJK PAS Pusat yang pertama bagi saya selepas hampir 20 tahun. Sekembalinya saya selepas sekian lama mungkin merupakan satu rekod untuk 'PAS Book of Records' - sekiranya wujud sebuah buku seperti itu!

Mesyuarat ini juga merupakan satu mesyuarat yang penting. Perlantikan SUA bersama para penolongnya, KP, Bendahari, Pengarah JPP dan Pesuruh Jaya (PJ) Negeri; semuanya akan dilantik di dalam mesyuarat ini. DS Presiden bersama TP dan 3 NP telah bermesyuarat di sebelah pagi dan cadangan mereka berhubung kesemua pelantikan tersebut akan dikemukakan untuk persetujuan mesyuarat penuh AJK Pusat. Yang pasti, bermacam jenis andaian telah kedengaran, ada yang menggambarkan perubahan menyeluruh bakal berlaku, ada juga yang menggambarkan tiada rombakan sama sekali. Ada juga kedengaran kononnya usaha melobi, termasuk yang membabitkan diri saya sebagai PJ Selangor, dengan munculnya kempen di laman sosial seperti FB.

Sebenarnya saya tidak tahu menahu mengenai perkara seperti itu dan tidak juga berhajat untuk mengetahuinya. Saya sudah lama memutuskan untuk tidak menerima jawatan tersebut sekiranya ditawarkan sekalipun kerana sebenarnya lebih ramai yang yang saya fikirkan berkemampuan. Tambahan pula sekiranya berlaku perubahan dan saya menjadi penggantinya, sudah pasti saya akan dituduh menjatuhkan yang lama untuk menjadi yang baru, sedangkan saya tidak pernah pun bercita-cita sebegitu. Apa yang saya inginkan hanyalah peluang untuk menegur perkara yang saya fikirkan tidak betul.

Saya telah sampai agak lewat pada jam 2.30pm. Walaupun saya telah berusaha untuk menepati waktu, namun terlalu banyak program di Shah Alam pada hari yang sama. Setibanya saya di bilik mesyuarat, persoalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPP) dan Bendahari sedang dibincang. Saya sempat menyokong cadangan supaya ditukarkan Dr. Hatta ke jawatan Pengarah JPP dan Dato' Halim ke jawatan Bendahari. Ini adalah kerana PAS akan berhadapan dengan PRU tidak lama lagi dan Pengarah JPP perlu mampu memanfaatkan teknologi terkini di dalam bidang kommunikasi, media dan 'public relations'. Beliau perlu juga mampu bergegas dari satu tempat ke satu tempat mengikut keperluan dan walaupun saya menghormati Dato Halim dengan segala ilmu 'micro-electionnya', mungkin agak sukar untuknya memenuhi kedua keperluan tadi dengan baik.

Pertukaran berhubung dua jawatan ini yang dicadangkan pimpinan tertinggi diterima dan seterusnya DS Presiden membaca senarai PJ Negeri untuk dibincangkan bersama oleh AJK Pusat. Nama yang disebut sebagai PJ Selangor ialah YB Dr. Rani ADUN Meru. Selangor merupakan salah satu dari lima negeri yang ditukar PJ. Apabila nama Dr. Rani disebut maka ada yang ingin membincang sebab-sebab beliau dipilih dan mengapa pertukaran dilakukan. Pada saat itu, DS Presiden terus meminta saya dan YB Dato Dr. Hassan Ali untuk keluar dari bilik mesyuarat. Kami berdua pun terus bangun dan keluar. Sambil berjalan keluar sempat juga saya bertanya secara berseloka, "Eh, saya bukan calon PJ, kenapa pula saya juga kena keluar?" Soalan saya hanya dijawab dengan gelak ketawa oleh yang lain.

Saya dan Dato tunggu di luar untuk lebih kurang 15 minit. Sekembalinya kami ke bilik mesyuarat maka dimaklumkan Dr. Rani dipersetujui oleh mesyuarat supaya dilantik sebagai PJ Selangor yang baru. DS Presiden menyebut bahawa perkara ini dilakukan supaya Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor boleh menumpukan kepada tugas-tugas Exco mereka dan pada masa yang sama tugas mengukuhkan parti untuk menghadapi PRU ke 13 diserahkan kepada yang lain. Saya menerima penjelasan itu dengan baik kerana sememangnya persoalan PRU merupakan isu yang amat penting. Prestasi Exco juga akan menyumbang ke arah memenangkan calon-calon PAS yang lain dan oleh itu perlu diberikan tumpuan untuk penambah-baikan.

Pada masa yang sama, semestinya persoalan pengukuhan parti juga perlu diberikan tumpuan; dengan harapan agar lebih banyak kerusi-kerusi yang ditandingi PAS akan dapat dimenangi. Untuk perkara tersebut dicapai, tumpuan perlu diberikan di kawasan yang ditandingi oleh PAS tetapi tewas. Mungkin agak berat untuk dilakukan sekiranya tanggung-jawab sebagai Exco Kerajaan Negeri turut disandang pada masa yang sama.

Mungkin ada yang akan berkata, "Di Kedah dan di Kelantan boleh pula?". Ya, di sana mungkin boleh tetapi ini Selangor, bukan Kedah atau Kelantan. Di Selangor PAS bertanding di 20 kerusi dan hanya menang 8 darinya. Di Selangor PAS tetap lemah dari banyak sudut, jumlah ahli, jumlah cawangan, kewangan, aset dan lain-lain. Oleh itu Selangor tidak boleh disamakan dengan Kedah dan Kelantan.

Namun yang penting ialah untuk semua memahami bahawa kesemua ahli dan pemimpin PAS memiliki keistimewaan dan kekuatan masing-masing. Pengurusan parti yang baik akan berusaha untuk menggembleng kekuatan dan keistimewaan ini supaya imej PAS dapat dilonjakkan ke hadapan dengan lebih berkesan sehingga dapat dilihat sebagai pengganti kepada UMNO. Untuk itu dicapai, semua perlu berganding bahu dengan penuh keyakinan bahawa PAS bukan seperti UMNO. Tiada usaha untuk mencantas, meminggir atau menjatuhkan mana-mana pihak. Yang dilakukan bukan atas sebab pertimbangan-pertimbangan seperti itu, tetapi sebaliknya atas pertimbangan kepentingan perjuangan dan parti.

Inilah sebenarnya yang UMNO tidak mampu faham dan mungkin tidak akan faham. Mereka menganggap bahawa budaya cantas mencantas adalah amalan PAS sepertimana ianya merupakan darah daging dalam UMNO. Ini dapat kita lihat apabila sejurus selepas keputusan tersebut dibuat, Ketua Pembangkang Selangor telah segera bertindak untuk menuntut TS Menteri Besar untuk mengugurkan Dato Hassan sebagai Ahli Exco. Ini kerana kononnya, Dato tidak lagi diterima atau mewakili PAS di Selangor. Penjelasan yang diberi DS Presiden dianggap sebagai alasan semata-mata. Sebaliknya, mengikut pemikiran UMNO, ini merupakan amalan cantas mencatas sepertimana yang wujud di dalam UMNO sejak sekian lama.

Saya ingin menyatakan di sini, bahawa jawatan Exco tersebut amat perlu dikekalkan, sepertimana kehendak DS Presiden. Ini kerana mereka akan terus menyumbang ke arah pengukuhan PAS serta kemampuan PAS bersama PR untuk mencapai kemenangan gemilang di dalam PRU ke 13. Sehubungan itu, harapan UMNO untuk memenangi 30 kerusi DUN di Selangor akan turut terkubur apabila rakyat bertindak mencantas UMNO buat kali keduanya di Selangor. Dengan kekalahan tersebut, UMNO akan turut terkubur dengan sendirinya. Maka insyaAllah, pada waktu itu kita akan lihat bahawa yang tercantas dan yang dicantas adalah Ketua Pembangkang Selangor sendiri.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Tunggu 9 Julai tengok siapa kuat, Perkasa cabar Bersih 2.0

Posted: 15 Jun 2011 01:25 AM PDT

Oleh Shannon Teoh dan Latifah Kasmuri


KUALA LUMPUR, 15 Jun — Sambil mendakwa mempunyai sokongan 36 pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa mengajak penganjur Himpunan Bersih 2.0 melihat sendiri siapa yang dapat menghimpunkan sokongan terbanyak pada 9 Julai ini.

Himpunan Bersih 2.0 menyasarkan penyertaan 300,000 peserta di ibu negara awal bulan depan untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Pertubuhan pembela Melayu itu berkata, pihaknya tiada pilihan kecuali untuk turun di jalan bagi berhadapan dengan Bersih 2.0 kerana "jika kita tidak lakukan, maka dunia akan menganggap bahawa mereka (Bersih 2.0) ada sokongan semua rakyat Malaysia."

"Tunggu sehingga 9 Julai, kita akan lihat siapa ada sokongan terbanyak," kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali selepas perbincangan meja bulat dengan wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan malam tadi.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, mereka bukannya mahu mencetuskan huru-hara sebagaimana didakwa oleh pengkritik tetapi mahu menunjukkan pihaknya juga rakyat negara ini.

"Bersih ada agenda politik tersembunyi untuk mencetuskan huru-hara. Tiada justifikasi untuk mengerahkan ratusan ribu hanya untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya sudah menjawab semua perkara," katanya lagi.

"Pendirian kami mudah... mereka berarak, kami berarak. Mereka batal, kami batal.

"Kami tidak mahu mereka mengatakan bahawa mereka melakukan ini atas nama rakyat. Kami juga rakyat," katanya lagi.

Himpunan Bershih juga pernah diadakan akhir 2007 beberapa bulan menjelang pilihan raya umum ke-12, yang menyaksikan pembangkang menguasai beberapa negeri dan menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Perkasa juga mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan Gerakan Anti-Bersih pada 19 Jun ini.

Juga hadir pada pertemuan meja bulat malam tadi ialah bekas pemimin PKR Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifli Noordin yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Ibrahim juga berkata, beliau berasa curiga dengan penganjur Bersih 2.0 memilih 9 Julai untuk mengadakan perhimpunan mereka.

"Mengapa penganjur hanya memilih 9 Julai? Mengapa mereka tidak memilih 30 Julai atau hujung-hujung bulan Julai," katanya.

Beliau juga difahamkan tanggal 14 Julai adalah hari kes liwat Anwar yang telah diarah membela diri.

"Adakah disebabkan ini, tarikh 9 Julai dipilih? Mengapa bukan diadakan selepas kes Anwar bela diri?

"Saya curiga dan khuatir sekiranya perhimpunan ini sememangnya bertujuan memberi kesan dalam kes Anwar membela diri nanti," ujarnya.

Pagi semalam, Ibrahim ketika ditemui wartawan di bangunan Parlimen memberitahu, pihaknya akan melawan habis-habisan menentang Himpunan Bersih 2.0.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS, Mohamad Sabu menegaskan, pihaknya tidak akan berganjak untuk bersama Bersih 2.0 bagi mengadakan himpunan besar-besaran itu.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan juga tidak gentar tindakan Perkasa mahu menghalang usaha mereka.

Pada sidang media malam tadi, Ibrahim turut mempersoalkan Ambiga sebagai pengerusi perhimpunan Bersih 2.0 sambil mendakwa beliau sebagai tiada kepentingan dalam politik dan tiada hak mengadakan tindakan sedemikian.

"Lagipun, Ambiga bukannya calon bertanding dalam pilihan raya umum," tambah Ibrahim dengan mendakwa Ambiga seorang anti-Islam.

"Saya tidak faham mengapa PAS itu boleh berada di bawah kuasa Ambiga semata-mata mahu menuntut pilihan raya umum yang bersih.

"Tidakkah ini mendatangkan keraguan?" katanya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Bekas ketua Wanita PKR saman lima individu, PAS

Posted: 15 Jun 2011 01:20 AM PDT

GEORGE TOWN, 15 Jun — Bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah memfailkan saman fitnah berjumlah RM6 juta terhadap lima individu dan PAS berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadapnya yang disiarkan dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei 2011.

Beliau memfailkan saman itu melalui firma guaman Ambar & Azah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini.

Beliau menamakan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Norhayati Jaafar sebagai defendan pertama, Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutung Jab Samad (defendan kedua), Setiausaha PKR Cabang Jelutong Anuar Kamaruddin (defendan ketiga), wartawan Harakah Mohd Sabri Said (defendan keempat), Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman (defendan kelima) dan PAS (defendan keenam).

Laporan Bernama Online berkata menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada sekitar 20-21 Mei lepas defendan pertama, kedua dan ketiga telah bersama-sama melalui sidang media di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas bertujuan mengaib, menjatuh maruah, nama baik dan reputasinya.

Defendan keempat kemudiannya dengan niat jahat melaporkan kenyataan berkenaan dalam artikel bertajuk "Kenyataan Aminah Bertentangan Syariat" yang disiarkan dalam akhbar Harakah ruangan Fokus di muka surat N18, Koridor Pakatan Rakyat Edisi 20-22 Mei 2011.

Defendan kelima selaku Ketua Pengarang akhbar Harakah telah membenarkan defendan keempat untuk melaporkan kenyataan itu dan defendan keenam selaku pemilik akhbar berkenaan telah menyiarkan keseluruhan kenyataan berkenaan.

Aminah dalam pernyataan tuntutan itu mendakwa laporan akhbar itu antara lain memberi maksud bahawa plaintif adalah seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada Umno termasuk dituduh menggesa Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Plaintif menuntut ganti rugi am untuk fitnah slander (pernyataan fitnah dengan kata-kata atau gerak isyarat, bukan dalam bentuk kekal) sebanyak RM1 juta setiap seorang daripada defendan pertama, kedua dan ketiga.

Plaintif turut menuntut ganti rugi am untuk fitnah libel (pernyatan fitnah dalam bentuk kekal seperti tulisan, gambar ataupun filem) sebanyak RM1 juta setiap seorang daripada defendan keempat, kelima dan keenam.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Ketua PAS Selangor: Saya ada ditawar tapi diminta tak pertahan DUN Meru

Posted: 15 Jun 2011 12:56 AM PDT

Oleh G Manimaran

KLANG, 15 Jun — Dr Abd Rani Osman yang awal minggu ini dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor mendedahkan beliau juga pernah didampingi dua lelaki yang mendakwa diri mereka mewakili Umno dan memujuknya tidak lagi bertanding mempertahankan kerusi DUN Meru pilihan raya umum ke-13.

Ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam, Dr Abd Rani berkata, kedua-dua mereka datang hanya meminta "saya agar tidak bertanding lagi pilihan raya umum akan datang."

Sambil melahirkan rasa hairan dengan pendekatan itu, wakil rakyat penggal pertama ini memberitahu, kedua-dua mereka tidak memintanya keluar PAS dan menyertai komponen BN sebagaimana pernah disaksikan sejak tiga tahun lalu.

"Mereka tak minta saya keluar PAS, keluar Pakatan Rakyat, mereka tak minta saya menyertai Umno, tetapi hanya mahu saya tidak bertanding lagi pilihan raya umum akan datang... saya pun tidak tahu mengapa," kata beliau dalam temu bual sempena pelantikannya menggantikan Datuk Dr Hasan Ali mengetuai PAS Selangor.

Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri mengetuai PAS Selangor selama lapan tahun atau empat penggal.

The Malaysian Insider difahamkan beliau ada ditawarkan sejumlah wang jika sanggup menerima permintaan tersebut.

"Saya memberitahu mereka nilai saya ialah al-Quran dengan menunjukkan mereka al-Quran, mereka menitiskan air mata dan keluar dari pejabat saya... saya tak jumpa mereka lepas itu... saya pun tak ingat nama mereka," kata doktor perubatan ini yang menceburi politik dengan menyertai PAS akhir 1990-an.

Dengan seringkali kelihatan mengenakan songkok yang berbeza daripada ahli-ahli PAS yang lain, Dr Abd Rani yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kapar berkata, beliau didampingi kedua-dua lelaki itu awal tahun ini selepas beliau kembali dari lawatan ke luar negara.

DUN Meru merupakan salah satu kerusi dalam bahagian Parlimen Kapar yang wakilnya adalah dari PKR.

Dr Abd Rani memenangi kerusi Meru dengan menewaskan Md Ghazali Amin dengan memperoleh majoriti 5,513 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, Dr Abd Rani memperoleh 14,826 undi manakala Md Ghazali pula 9,313 undi.

PAS yang bergandingan dengan DAP dan PKR membentuk kerajaan negeri mempunyai lapan kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Usaha memujuk wakil rakyat parti komponen Pakatan Rakyat meninggalkan perikatan itu dan menyertai BN menjadi sebahagian 'budaya' politik sejak pilihan raya umum 2008.

Ia juga berlaku di Perak, Kedah dan Pulau Pinang iaitu negeri-negeri diterajui Pakatan Rakyat.

Di Selangor, Adun Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar PKR untuk menjadi wakil rakyat mesra Umno.

Tawar-menawar kepada wakil rakyat agar keluar Pakatan Rakyat menjadi fokus ketika cakap-cakap mengenai idea kerajaan perpaduan antara Umno-PAS turut menjadi perhatian dan banyak diperkatakan.

Mengulas mengenai idea kerajaan perpaduan itu, Dr Abd Rani menegaskan, sudah tidak lagi timbul soal kerajaan perpaduan khususnya selepas parti itu mengambil pendirian tegas.

"Ini soal UG (kerajaan perpaduan) ini jangan dikatakan lagi, bagi saya sudah tidak ada lagi soal UG ini... kami (PAS) akan kekal dalam Pakatan Rakyat, akan bersama dengan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum," kata beliau.

Dr Abd Rani berkata, dengan gandingan dan kerjasama komponen Pakatan Rakyat pihaknya yakin akan meningkatkan kerusi diperoleh parti Islam itu.

"Insya-Allah kami yakin dapat menambah kerusi, ya... sekali ganda... hingga 15 kerusi, berbanding lapan yang ada sekarang," katanya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

PAS Perlu Terajui Kebangkitan Rakyat!!

Posted: 14 Jun 2011 09:00 PM PDT

Oleh Mohd Faris

Menyingkap sejarah Kepimpinan Ulama' dalam PAS, dari lipatan sejarah yang telah terukir, buat tatapan generasi muda pada hari ini, ianya diasaskan semasa kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa sebagai Yang Dipertua PAS dengan Tuan uru Dato' Hj Fadzil Noor sebagai timbalannya.

Semasa PAS berada di bawah kepimpinan TG Dato' Hj Fadzil Noor, beliau menekankan agar golongan ulama' hendaklah sentiasa berusaha untuk melayakkan diri menjadi pemimpin dan PAS memberikan perhatian supaya institusi ulama' ini mesti disokong dan didaulatkan.


Saya begitu kagum, TG Dato' Hj Fadzil Noor seorang tokoh yang berpandangan jauh, apabila beliau pernah mengatakan bahawa kepimpinan PAS akan lebih terbuka dan lebih banyak dipikul oleh golongan intelektual pada masa hadapan, namun konsep kepimpinan ulama' akan terus menjadi teras.

TG Fadzil Noor meletakkan fokus supaya ahli-ahli PAS memprofesionalkan ulama' dan mengulama'kan profesional, melalui tamrin (latihan) dan tarbiyyah yang mendasar. Amanat beliau menggambarkan bayangan beliau akan pimpinan PAS masa hadapan adalah seorang pemimpin yang mempunyai latar belakang agama yang menambah ilmu pengetahuan profesional, atau seorang profesional yang menambah ilmu pengetahuan agamanya, melalui semua liku-liku dan jalan tarbiyyah yang dibentuk PAS.

TG Yusof Rawa yang mengasaskan Kepimpinan Ulama' dalam PAS sendiri, latar belakang beliau juga berasal dari aliran Inggeris kemudian belajar agama di Mekah. Beliau jelas menguasai bahasa Arab, bahasa Inggeris, Farsi dan Perancis. Malah beliau juga adalah ahli perniagaan dan mempunyai kedai buku sendiri.

Beliau suka membaca dan mengkaji kitab-kitab rujukan Islam, dan turut membaca pelbagai bahan dari barat dan timur, menyerlahkan kesegaran ilmu beliau, idea dan pemikiran beliau sendiri dianggap ulama' moden, yang berbeza pemikirannya berbanding pemikiran kebanyakan ulama' seusianya pada masa itu, yang lebih menjurus kepada pemikiran tradisional.

Malah beliau berusaha menjernihkan konsep ulama' pada tahun 1983 dengan idea mengubah nama Dewan Ulama' kepada Dewan Ulama' dan Cendekiawan. TG Yusof Rawa dipetik berkata,"Perubahan Dewan Ulama' kepada Dewan Ulama' dan Intelektual Islam, bertujuan untuk memadukan Ulama' dan Intelektual Islam, sekaligus menghapuskan jurang perbezaan keilmuan yang wujud di kalangan mereka, dan mengadunkan ilmu serta pengalaman masing-masing dalam konsep, matlamat dan peranan ilmu dalam Islam sehingga dualisme yang memisahkan ilmu syariat dan ilmu aqliyyah itu dihapuskan!".

Dua tokoh pimpinan PAS tersebut, bagi saya seakan-akan sudah mengetahui hakikat perlunya ahli PAS sama ada ustaz atau ulama', perlu bersama-sama profesional, dan profesional juga perlu menghormati golongan agama, mereka merapatkan jurang yang ada, berkongsi ilmu, idea dan pandangan masing-masing untuk menggerakkan PAS mendepani masyarakat dalam negara. Lantas taraf ulama' kembali kepada maksud sebenar, iaitu yang tinggi taqwanya, bukan sekadar berlatar belakang agama semata-mata.

Jika kita melihat Ikhwanul Muslimin dan Jamaati Islami juga dipimpin oleh para intelektual dan ahli profesional. Mereka kebanyakannya terdiri dari yang berlatar belakang agama atau yang telah dilatih oleh jamaah untuk menjadi berjiwa ulama'. Tarbiyyah yang jamaah susun untuk ahli-ahlinya tanpa kira latar belakang, sememangnya menjadi tunjang kekuatan sesebuah jamaah.

Pemeringkatan tertentu dalam latihan tersebut terarah untuk melahirkan ulama' kerana dalam jamaah Islam setiap ahli akan menjadi ulama' bergantung kepada latihan pemeringkatan yang dilalui mereka. Maka, tidak hairanlah bila pimpinan Ikhwan dipelopori dari ahli profesional bercirikan ulama' berbanding ahli agama atau pimpinan yang memang pakar dalam bidang agama.

Secara ringkasnya, PAS juga pada pandangan saya telah mengambil sedikit sebanyak semangat kejayaan Revolusi Iran pasa tahun 1979, meletakkan kepimpinan ulama' diinspirasikan dalam perjuangan PAS di Malaysia.

PAS sangat perlu untuk terus laju mengorak langkah mulai sekarang, memperjuangkan Islam, memperjuang kepentingan rakyat, kebenaran dan keadilan untuk semua. Dakwah kepada non-muslim juga perlu dilebarluaskan melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang semakin diterima kaum cina dan india.

PAS tidak boleh menoleh ke belakang lagi. PAS perlu menjadi alternatif terbaik kepada rakyat Malaysia selain UMNO untuk bangsa melayu dan Islam umumnya, namun PAS perlu lebih ke hadapan untuk memperlihatkan Islam bukan memisahkan politik dan agama, tetapi Nabi Muhammad s.a.w juga meletakkan Madinah sebagai pusat pemerintahan Islam pertama dalam sejarah, yang mana kaum bukan Islam dan Yahudi sendiri, hidup aman harmoni di dalamnya.

http://faris-zaini.blogspot.com/

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Bil tertunggak RM60 ribu punca elektrik dipotong?

Posted: 14 Jun 2011 08:00 PM PDT

Oleh M Yarisman

KOTA BHARU, : Selepas agak lama isu membabitkan Bazar Tok Guru reda, kini Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB kembali kelam kabut apabila menghantar memorandum kepada pelbagai pihak mendakwa kononnya mereka dianiaya.

Isunya bermula apabila bekalan elektrik di pasar tersebut dipotong pada 10 Jun lalu. Ekoran itu peniaga di situ gelabah semula.


Apa puncanya bekalan elektrik dipotong. Persatuan mungkin menyembunyikan fakta bil elektrik berjumlah hampir RM60,000 difahamkan gagal dibayar peniaga di situ sejak beberapa bulan lalu.

Persoalannya sekarang siapa yang tidak menjelaskan bil tersebut, peniaga atau persatuan.

Pemilik bangunan Pasar Lama MPKB, Sensa Timur Sdn Bhd difahamkan mengarah peniaga terbabit mengosongkan bangunan itu 31 Mac lalu, namun hasil campur tangan kerajaan negeri tempoh perpindahan dilewatkan sehingga akhir Jun ini.

Pengurus Pemasaran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Khalili Abdul Kadir berkata, isu terbaru yang ditimbulkan Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB ada kaitan bekalan elektrik dipotong kerana bil tertunggak begitu banyak.

"Difahamkan peniaga terbabit sudah pun dimaklumkan mengenai tunggakan bil elektrik yang belum dijelaskan," katanya.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad semalam dilaporkan mendakwa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menarik balik deposit di Tenaga Nasional Berhad menyebabkan bekalan elektrik dipotong.

Persatuan itu juga dilapor menyerah memorandum kepada Istana Kelantan dan kerajaan negeri supaya campur tangan bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Salim juga mendakwa peniaga berdepan dengan pemilih lot secara tidak adil di Bazar Tok Guru.

Sebelum ini persatuan terbabit juga mengharap pemimpin Umno termasuk Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed membela mereka.

Namun sehingga kini Umno mendiamkan diri, sebaliknya masalah mereka diselesaikan kerajaan negeri termasuk menawar lot di Bazar Tok Guru secara percuma selama setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat satu.

Selain itu juga mengurangkan harga setiap lot sebanyak RM25,000 menjadikan harga ditawarkan RM63,000 jauh lebih rendah berbanding harga asal RM88,000.

Tawaran memiliki lot di tingkat bawah dan tingkat satu dengan harga RM63,000 hanya sah sehingga 31 Mei lalu.

Dan selepas 31 Mei sehingga akhir Jun ini harga setiap lot ditawarkan sebanyak RM70,000 dan setiap peniaga perlu mengurus sendiri pinjaman bank.

Selepas 30 Jun tiada lagi sebarang diskaun diberi dan peniaga ditawar pada harga asal iaitu RM92,000 di tingkat satu dan RM88,000 di tingkat bawah.

PMBK juga memberi peluang mana-mana peniaga yang mendaftar awal boleh memilih lot dan pendaftaran lewat akan diberi lot secara pengundian.

Sebelum ini hampir setahun persatuan terbabit menjaja isu lot ruang niaga di Bazar Tok Guru sempit dan mahal. Mereka menggunakan Umno bagi menghentam kerajaan negeri.

Sedangkan mereka lupa saiz lot dikecilkan berdasar kepada kehendak persatuan kerana mahu kesemua peniaga ditempatkan di tingkat bawah.

Khalili berkata, peniaga yang mendaftar awal iaitu lebih 80 orang akan berpindah dahulu ke Bazar Tok Guru dalam masa terdekat ini.

"Kumpulan kedua iaitu 200 peniaga yang memohon selepas 2 Mei lalu perlu menjalani pengundian bagi menentukan lot masing-masing," katanya.

Menurutnya minggu ini surat tawaran dikeluarkan kepada peniaga berkenaan iaitu berdasar kepada permohonan awal yang diterima PMBK.

Persatuan Peniaga Pasar Lama hanya berbaki hayat 16 hari lagi. Sebelum ini difahamkan mereka menemui beberapa pemimpin PAS memohon maaf di atas kritikan dilempar kepada kerajaan negeri berhubung isu Bazar Tok Guru.

Pada pagi Ahad lalu ada pihak tertentu menaikkan bendera PAS di sekeliling Pasar Lama MPKB sebagai memprotes bekalan elektrik dipotong.

Pemilik bangunan juga sudah memasang tiang besi bagi membina pagar di sekeliling pasar tersebut untuk membolehkan projek pembangunan semula pasar dijalankan selepas peniaga berpindah.Hrk

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Susu 1Malaysia. Sampai guru jadi bengong

Posted: 14 Jun 2011 07:25 PM PDT

Susu 1malaysia ditangguh lagi. Habis jadi bengong dek angkara kerja puak kroni.

Kejap jadi, kejap tangguh. Budak sekolah pun jadi pening.

Ini la bahana projek kalau bagi kat puak umno. Rujuk akhbar sinar harian.

Mahu sokong lagi?

Mat Sabu mara, Umno hilang punca!

Posted: 14 Jun 2011 07:00 PM PDT

Oleh PENA HAYAT

MAJORITI perwakilan di Muktamar Agung PAS ke-57 telah membuat perhitungan tersendiri dengan memilih Mohamad Sabu untuk jawatan nombor dua tertinggi parti.

Begitu juga untuk jawatan naib-naib presiden serta ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, perwakilan telah memilih pemimpin yang mempunyai imej dan keterampilan sebagai tokoh yang rajin dan aktif bergerak untuk parti.


Keputusan itu agak mengejutkan para pemerhati lantas diambil kesempatan oleh media massa pro Umno-BN untuk menempelak PAS dengan melabel puak yang terpilih itu sebagai kumpulan profesional atau Erdogan di dalam PAS dan tidak sehaluan dengan ulama.

Seluruh surat khabar arus perdana ketika ini terutama yang didominasi oleh Umno-BN terus membuat provokasi untuk memecahbelahkan PAS dengan mendakwa kepimpinan ulama tiada tempat lagi di dalam PAS.

Kata mereka lagi, PAS telah tersasar daripada asas perjuangannya yang mele takkan Islam sebagai dasar perjuangan parti setelah sebelum itu mereka menghentam ucapan dasar Presiden iaitu Membangun Negara Berkebajikan, kerana tidak lagi menyentuh Negara Islam.

Reaksi berbaur provokasi itu dipatahkan oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan berhujah bahawa Negara Berkebajikan adalah arahan yang tertera di dalam al-Quran.

Sehari penulis memantau perhimpunan tersebut iaitu di hari kedua, hari diumumkan keputusan pemilihan, dari pagi hingga ke malam ceramah perdana, tiada langsung berlaku ketegangan. Para perwakilan dengan tertib dan berhemah membahas ucapan dasar Presiden, beserta lontaran idea-idea bernas.

Tiada langsung kedengaran bunyi istilah apa yang dilabel dan disebutkan sebagai kumpulan Erdogan di hari perhimpunan tersebut. Ternyatalah telahan penulis bahawa akhbar-akhbar pro Umno yang mencipta istilah itu, hakikatnya sedang syok sendiri.

Utusan Malaysia terus membuat provokasi lebih ekstrem dengan merumuskan kemenangan golongan profesional di dalam PAS itu sebagai kemenangan golongan pro Anwar dan DAP.

Mufti Perlis yang mentah dan buta politik itu diguna untuk menyatakan bahawa PAS telah menggadai prinsip perjuangannya apabila tidak lagi meletakkan Negara Islam sebagai matlamat perjuangan parti.

Mufti Perlis yang terjerat oleh lonjakan massa itu kembali menyebut isu amat basi iaitu isu kafir-mengkafir yang pernah timbul suatu ketika dulu.

Demikianlah strategi serampang dua mata Umno hasil daripada perhimpunan Agung PAS itu, iaitu hanya semata-mata untuk memecahbelahkan PAS sekali gus memporak-perandakan setiakawan di dalam Pakatan Rakyat yang sedang terjalin erat.

Tidak hairan pada penulis jika selepas ini, media massa sama ada TV atau surat khabar pro Umno-BN akan menjaja ribuan pula ahli PAS keluar parti kerana tidak yakin lagi dengan haluan parti dan puluhan penganalisis upahan akan digerakkan diketuai Zulkefli Nordin, dengan matlamat supaya PAS dan Pakatan Rakyat menjadi retak menunggu belah.

Itu sahaja matlamat parti Umno pada saat sedang menggapai talian-talian hayatnya. Slogan perpaduan Melayu, kepentingan agama Islam, kepentingan seluruh rakyat, 1Malaysia dan seumpamanya adalah slogan palsu semata-mata kerana yang penting adalah survival Umno serta kroni-kroni yang berpaut padanya.

Pada penulis PAS telah memperolehi pengalaman yang amat berharga pada saat menjalin kerjasama dengan KeADILan dan DAP dalam konteks politik semasa dan dakwah Islamiyah di Malaysia. Ia amat berbeza dengan Umno yang menjalin hubungan dengan parti lain di dalam BN.

Rakyat dapat melihat sendiri di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, bagaimana DAP dan KeADILan memberi ruang yang cukup luas kepada PAS untuk bergerak dan merealisasikan matlamat perjuangan parti.

Malah ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat ini bergerak seiring dan sederap di dalam menangani apa-apa sahaja isu-isu besar berkaitan ketidakadilan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN.

Justeru tidak timbul sama sekali isu bahawa PAS menjadi kuda tunggangan KeADILan dan DAP malah ia bukan faktor juga untuk menjustifikasikan ciri kepimpinan PAS yang baru dilantik itu sebagai puak yang pro Anwar atau pro DAP, melainkan ia adalah rasa resah dan irihati Umno melihat kejituan kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat.

Umno amat bimbang dengan kemaraan Mat Sabu kerana ia akan memantapkan lagi persefahaman di dalam Pakatan Rakyat yang sedang mengatur strategi akhir untuk ke Putrajaya.

Penulis amat tertarik dengan komentar penulis veteran, Subky Latif yang mengaitkan perubahan agak mengejut di dalam kepimpinan PAS itu dengan peribahasa Melayu 'tiada rotan akar pun jadi.' Mat Sabu diibarat bukan akar biasa tetapi akar tunjang yang menjalar merata.

Tambah Subky, dalam mengaitkan dengan peribahasa itu, bukan bermaksud tiadanya ulama, kerana perspektif yang dilihat adalah dalam konteks keperluan semasa yang lebih luas medannya, di mana PAS sedang menerjah dan menongkah arus dengan membawa obor perubahan.

Kepimpinan ulama telah menggerakkan tugasnya dengan cemerlang sejak tiga dekad lalu di mana kepimpinan ulama di beri tempat di dalam PAS. Justerutidak timbul andaian bahawa PAS kini telah menyisihkan ulama, bahkan Mat Sabu dan ketiga-tiga rakan Naib Presiden adalah tokoh pemimpin yang begitu lama di dalam PAS yang telah diasuh dan ditarbiyah oleh ulama.

Hairan pula, sejak bila Umno ini begitu sayang pada ulama, sedangkan di dalam Umno, ulama diletak sebagai satu biro sahaja. Sedangkan di dalam PAS golongan ulama diberi taraf dewan. Satu lagi ialah Majlis Syura. Kedua-duanya mempunyai kuasa eksekutif.

Dua entiti penting di dalam struktur organisasi PAS ini sudah cukup membukti bahawa PAS tidak akan tergelincir daripada landasan perjuangan asalnya yang meletakkan Islam sebagai matlamat, biar siapa saja yang naik menjadi pemimpin.

Apa yang berlaku sebenarnya pada pengamatan penulis merupakan realiti semasa yang melingkari medan perjuangan. PAS bukan sahaja sebuah parti politik Islam kontemporari yang terjun secara langsung di dalam arena politik pilihan raya, malah PAS juga adalah sebuah gerakan Islam dan dakwah yang terbesar di negara ini.

Setelah lebih lima dekad berada di persada dakwah dan politik tanah air tentunya amat banyak pengalaman pahit manis yang kesemuanya amat berharga bagi PAS untuk terus menelesuri medan jihad ini.

Ulama di dalam PAS boleh berbangga kerana dengan kepimpinan merekalah telah menentukan survival PAS hingga ke tahap sekarang.

Umpama di dalam perlumbaan lari jarak jauh, ulama begitu cemerlang dan konsisten menghabiskan pusingan-pusingan awal dengan membawa baton Islam. Kini untuk pusingan akhir yang memerlukan daya pecutan dan ketangkasan yang jitu, baton Islam itu dipindahkan kepada sahabat lain yang setia menunggu untuk terus membawar obor Islam seterusnya merealisasikan kemenangan.

Tahap sekarang ini menyaksikan PAS sedang berada di satu 'stage' yang memerlukan PAS bertindak secara berani dan luar biasa serta tanpa menoleh ke belakang lagi demi mereallisasikan cita-cita meletakkan Islam di tempat yang mulia, sekali gus sebagai penyelamat bangsa, agama dan tanah air.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Negara Berkebajikan mengikut feqah politik Islam

Posted: 14 Jun 2011 06:00 PM PDT

Oleh Subky Latif

SEPANJANG pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy dalam PAS banyak yang disarankannya tentang pengisian sebuah negara merdeka Islam mengikut konsep Baldatun Toyibatun Warrabun Ghaffur yang diterjemahkannya sebagai membentuk negara berkebajikan yang mendapat restu – keredhaan – Allah.

Dalam Muktamar PAS ke 57 awal Jun lalu Presidennya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menyarankan sasarannya dalam muafakat Pakatan Rakyat bagi Membangun Negara Berkebajikan sebagai thema Ucapan Dasarnya.

Sarjana lepasan Oxford yang memimpin Pemuda UMNO mengira saranan negara kebajikan yang PAS hidupkan semula itu telah lari dari pejuangan asalnya bagi mendirikan negara Islam.

Menteri Nazri Aziz mengiranya ia meniru apa yang UMNO/BN laksanakan selama ini. Perdana Menteri Najib mengira ia bukan suatu yang bagi kerajaan dan parti yang diwarisinya, manakala Muhyiddin Yassin pula mengira PAS cuba buat yang sama dengan yang UMNO buat.

Ustaz Haji Hadi berjaya menarik perhatian semua pemimpin Barisan Nasional apabila sekaliannya segera memberi reaksi yang berbagai-bagai mengikut pengajian dan fahaman mereka.

Sarjana lepas Oxford ternyata gagal memahami ajaran Islam tentang kenegaraan dan pemerintahan. Atau cetek pengetahuannya mengenai subjek itu sekali pun dia pernah berkhidmat dengan ISIS, satu istitusi yang menghilang semua pemikiran dan perkembangan dunia.

Tidak sampai pengajian orang di Universiti Oxford bahawa pengisian negara berkebajikan itu adalah antara isi negara Islam. Kalau negara Islam itu ditakuti oleh orang-orang jahil kerana disangka kerjanya adalah untuk memotong tangan pencuri dan merejem penzina tetapi dengan tertegaknya negara kebajikan mengikut feqah politik Islam dapat menambah jelaskan bentuk dan corak negara Islam itu.

Yang takut kepada Islam selama ini mulai melucutkan perasaan itu hingga ramai yang mendaftar diri menjadi anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS. Masyarakat bukan Islam dunia sendiri kian bersungguh menerima konsep makanan halal dan sistem perbankan Islam.

Semuanya itu adalah sebahagian dari pengisian muamalat Islam dalam cara pemerintahan Islam. Bukanlah Islam itu sekadar solat, jihad, puasa dan menutup aurat bagi wanitanya saja, tetapi dalam negara Islam itu ada konsep negara kebajikannya.

Kalau negara Islam itu menyukarkan orang memahaminya tetapi negara kebajikan itu menyenangkan orang menyukainya. Kafir Quraisy Mekah enggan menerima perdamaian Hudaibiyyah yang dibuat dengan Muhammad Rasulullah tetapi bersetuju dengan perjanjian yang dibuat dengan Muhammad saja sekali pun isi perjanjian itu sama.

Kalau Islam digeruni oleh kebanyakannya tetapi kebajikan itu disukai oleh semuanya. Dalam pendekatan dakwah, apa saja kaedah yang menarik orang ramai yang tidak bercanggah dengan sunnah Allah dan sunnah RasulNya adalah wajar dan dikehendaki.

Tidak berbangkit kebajikan yang disarankan PAS meniru mana-mana politik dunia kerana kebajikan yang hendak diserlahkan adalah bersandar kepada feqah politik Islam.

Negara berkebajikan yang mendapat restu-keredhaan Allah adalah ajaran al-Quran yang sudah disebutkan oleh Dr. Buhanuddin sejak sebelum negara merdeka dan sebelum bonda dan ayahanda Khairy Jamaluddin kahwin. Demikianlah tuanya konsep negara berkebajikan itu pada PAS.

Tiadalah meniru PAS akan konsep itu dari UMNO kerana kebajikan yang difahami dan diamalkan oleh UMNO ialah mengikut politik dunia dan sekular yang menghalalkan cara sedang kebajikan PAS itu adalah mengikut kehendak feqah politik Islam.

Kalau ulama yang tidak berpijak kepada feqah politik Islam boleh terjerumus dalam UMNO maka apa lagilah yang sekadar mengaji di Oxford dan Cambridge serta yang sekadar bersekolah atap dan tidak pernah menjejak kaki di tangga sekolah pondok.

Amat dibimbangi ulama yang tidak memahami feqah politik Islam lebih lemah fahamannya tentang politik Islam dari anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS. Mungkin yang layak berdebat dengan ulama UMNO adalah anggota kelab menyokong PAS – bukan ulama PAS.

Tentang perintahan kebajikan yang Ustaz Hadi sarankan itu ialah 'PAS wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang menjadi amalan kerajaan UMNO/BN sehingga mengambil kesempatan mendapatkan hasil melalui rukun hidup rakyat. Rakyat yang berniaga terpaksa berdepan dengan kerajaan yang berniaga. Kerajaan yang berniaga melalui GLC pula mengagihkan keuntungan kepada pemegang saham kroni tertentu, manakala kerugian peniagaan ditanggung oleh kerajaan, yang akhirnya dibebankan kepada rakyat menerusi sistem cukai yang menekan mata pencarian hidup rakyat biasa.'

Sistem kebajikan UMNO membawa kepada duiawi dan rasuah, sistem negara berkebajikan yang PAS mahu bagi membawa pahala dan menjauhkan dosa.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Kalaulah Tony Blair pemimpin DAP

Posted: 14 Jun 2011 05:00 PM PDT

Oleh Mohd Nasir Awang

Mujur benar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair bukan warga negara ini. Jika tidak, besar kemungkinan beliau kini menjadi bahan cemuhan dan balunan para pejuang dan penjuak parti Melayu seantero Malaysia.

Akan bertalu-talu kecaman dan luah rasa tidak puas hati terhadapnya kerana dianggap menghina al-Quran dan memperalatkan kitab suci itu demi agenda politiknya.

Namun Blair terlepas dari menjadi fokus polemik sedemikian. Dia bukan pemimpin atau ahli mana-mana parti politik di Malaysia.

Lebih bernasib baik lagi, dia juga bukan pemimpin pembangkang yang terpaksa berdepan dengan karenah dan gelagat para pemimpin sebuah parti pemerintah negara yang rata-rata berfikiran sempit, kolot dan gemar memberi nilaian negatif terhadap apa juga dilakukan parti lawan.

Disebabkan tiada kaitan dengan Malaysia, maka kegemaran terbaru bekas pemimpin sekutu kuasa besar dunia itu tidak tertakluk kepada penafsiran buruk dan sembrono sejumlah pemimpin Melayu negara ini, khususnya yang bergelar pemimpin Umno dan kalangan yang sealiran pemikiran dengan mereka.

Beberapa media cetak hari ini (Selasa) melaporkan pendedahan terbaru Blair bahawa beliau membaca al-Quran setiap hari. Pemimpin Parti Buruh itu dipetik sebagai mengakui membaca kitab suci umat Islam itu bagi memastikan kefahamannya terhadap agama itu terus kukuh.

"Saya membaca al-Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami perkara yang berlaku di dunia, tetapi paling penting kitab ini sangat penuh dengan maklumat dan boleh menjadi sumber rujukan," laporan itu memetik wawancara beliau dengan majalah Observer, edisi Ahad.

Bagi kita yang mengutamakan dakwah dan penyuburan kefahaman Islam di kalangan masyarakat dunia, kesediaan individu bukan Islam membaca dan mendalami isi kandungan al-Quran adalah perkembangan yang amat membanggakan lagi dialukan.

Lagi pun, sejak sekian lama kita sering didedahkan dengan kisah sebilangan tokoh dan sarjana terkemuka dunia yang akhirnya memeluk Islam selepas mendekatkan diri mereka kepada isi kandungan al-Quran. Umpamanya, kisah bagaimana Muhammad Assad (penulis tafsir al-Quran), Margaret Marcus @ Maryam Jameelah, Maurice Bucaille dan Lew Alcindor @ Kareem Abdul Jabbar menemui hidayah banyak dikaitkan dengan penelitian mereka terhadap keindahan khazanah tersimpan di dalam kitab suci itu.

Namun, sepertimana dibuktikan sebelum ini, tidak semua orang Melayu di negara kita (baca 'orang Umno') dapat menerima perkembangan sebegitu secara positif. Semacam ada peraturan dan persepsi umum bahawa menjadi pantang larang yang sangat besar bagi orang bukan Islam Malaysia membaca al-Quran.

Sejauh manakah fahaman sedemikian bertepatan dengan ajaran Islam tidak pula diperjelaskan. Namun setidaknya itulah persepsi yang telah terbentuk dalam masyarakat negara kita, terutama selepas berlakunya polemik agak panjang mengenai isu berkenaan dua tahun lalu.

Isu itu bermula dari tindakan berani seorang Ahli Parlimen DAP (bukan Islam) di Perak membacakan sepotong ayat al-Quran dalam ceramahnya semasa kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, April 2009.

Kegagalannya menyebut ayat itu dengan makhraj bahasa Arab yang betul dijadikan hujah kononnya dia telah mempersendakan ayat al-Quran. Ada juga yang mempersoalkan niat sebenar pemimpin itu, kononnya bertujuan memperalatkan ayat suci bagi kepentingan politik.

Apatah lagi dalam ucapannya itu pemimpin DAP terbabit memang menujukan ayat tersebut kepada para pemimpin Melayu. Beliau malah secara jelas menyeru agar orang Islam benar-benar menghayati maksud ayat tersebut, yang antara lain memerintahkan mereka berlaku adil dan ihsan kepada sesama manusia.

Sudah tentu perlakuan sedemikian menjadi tamparan buat para pemimpin politik Islam, terutama sekiranya mereka sendiri amat jarang merujuk ayat al-Quran dalam ucapan mereka. Apabila seorang bukan Islam bersedia mempelajari al-Quran kemudian menjadikannya sandaran hujah dalam mengingatkan umat Islam, ia tidak syak lagi suatu yang mengaibkan umat Islam sendiri.

Ekoran insiden itu, beberapa pihak sealiran dengan parti pemerintah negara terus membantah. Bahkan ada yang tanpa tangguh membuat laporan polis, kononnya sebagai tanda tersangat prihatin terhadap kesucian al-Quran.

Beberapa tokoh agama juga disorot pandangan mereka. Bagai diduga, ulasan mereka memang bertepatan dengan aspirasi dikehendaki Umno. Secara mudah mereka menghukum (semata-mata berdasarkan apa yang dilaporkan media kroni Umno) bahawa apa yang dibuat pemimpin DAP itu suatu persendaan terhadap ayat al-Quran.

Ada mufti malah mempersoalkan apa hak pemimpin bukan Islam itu membaca ayat al-Quran dalam ceramahnya sedangkan dia sendiri tidak beriman kepada Islam?

Malah ada yang memanjangkan pertikaian itu dengan menghujah bahawa orang bukan Islam tidak sepatutnya dibenarkan menjamah naskhah al-Quran kerana jasmani mereka disifatkan tidak suci di sisi Islam.

Justeru, oleh kerana rakan utama DAP dalam pakatan pembangkang ialah PAS, apa juga dilakukan pemimpin parti bermajoriti kaum Cina itu dibahasakan sebagai mendapat restu rakan mereka dalam PAS.

Tidak pasal-pasal para pemimpin PAS, terutama kalangan ulama turut diganyang. Mereka disifatkan membisu dan takut menegur keterlanjuran pemimpin DAP, semata-mata kerana mahu menjaga persahabatan. Pemimpin PAS dianggap dayus dan sanggup menggadai kesucian Islam kerana membiarkan pemimpin DAP menyentuh dan membaca al-Quran.

Itulah kefahaman yang secara terbuka dilontarkan ke tengah masyarakat. Bahawa orang bukan Islam tidak sewajarnya dibenarkan membaca kitab suci umat Islam. Juara menjulang 'isyarat salah' ialah para pemimpin Umno. Isu itu pula sengaja dipolemikkan media talibarut parti itu.

Sebab itu kita mengandaikan sekiranya Blair rakyat negara ini dan terlibat di pentas politik Malaysia, lebih-lebih lagi sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu dia tidak akan terlepas dari menjadi bahan serangan serupa.

Kalau sekadar membaca sepotong ayat suci oleh pemimpin DAP itu pun sudah dicemuh sebagai menghina dan mempersenda al-Quran, inikan pula menjamah, membelek dan menatapnya setiap hari?

Niat Blair mendalami al-Quran siang-siang lagi akan dianggap sebagai mempersenda dan memperalatkan kitab suci itu. Apatah lagi beliau mengakui pengetahuan mengenai Islam diperolehinya dari al-Quran membantunya melaksanakan tugas sebagai duta khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia ke Timur Tengah.

Blair diutus dalam usaha kuartet itu menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Lalu dapat kita telah bahawa beliau akan dipersoal dan dianggap cuba mempersenda al-Quran kerana atas alasan beliau membacanya bukan kerana beriman dengan firman Allah, tetapi demi kepentingan politik dan tugas duniawinya.

Lebih buruk lagi, penafsiran negatif oleh pemimpin ultra-Melayu itu boleh diperjela-jelankan dengan mengaitkan niat Blair yang mewakili 'polis dunia' itu atas perancangan memusuhi dan memangsakan negara-negara Islam. Maka sudah tentu tindakannya membaca dan mendalami al-Quran itu boleh dinilai sebagai sekadar memperalatkan kitab suci itu untuk berdepan umat Islam sendiri.

Tidak mustahil akan ada NGO yang membuat laporan polis terhadap Blair dan mengadakan demonstrasi membantah tindakannya itu. Bukankah itu yang semakin menjadi kelaziman di negara kita mutakhir ini?

Fahaman salah mengenai keharusan orang bukan Islam mendekati al-Quran yang ditaja Umno itu wajar diperbetulkan. Ia bertepatan dengan hasrat diluahkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di dalam ucapan dasarnya, 3 Jun lalu.
Antara lain kata Tuan Guru, "umat Melayu Islam sebagai teras politik dalam negara kita ini semakin hari semakin lemah jati diri kerana lemah kefahaman Islamnya apabila tidak menjadikan Islam agama yang memerintah dan tidak mampu menunjukkan model Islam kepada masyarakat majmuk. Maka PAS wajib menyelamat negara dan penganut Islam yang hilang punca dan membetulkan fahaman yang salah ini"

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Makna kemenangan AKP dan beberapa pengajaran demokratik

Posted: 14 Jun 2011 04:04 PM PDT

Oleh HARIS ZALKAPLI

Parti Keadilan dan Pembangunan Turki, dikenali dengan singkatan popularnya AKP, memenangi pilihan raya parlimen negara itu dengan majoriti 49.9 peratus, mengatasi peratusan tahun 2007 dan 2002.

Kemenangan tahun ini menyaksikan peningkatan berbanding 46 peratus pada 2007 dan 34 peratus pada 2002, walaupun dengan jumlah kerusi yang semakin merosot disebabkan perubahan dilakukan pihak berkuasa pilihan raya.

Dalam era demokratik republik itu, Recep Tayyip Erdogan dan AKP kini menjadi pemimpin dan parti politik paling berjaya, dari segi memenangi pilihan raya dan rekod membawa perubahan, terutama dalam ekonomi.

Peratusan itu menyumbang kepada 326 kerusi - daripada parlimen dengan 550 kerusi - jauh daripada sasaran 367 untuk membolehkannya meminda perlembagaan secara unilateral, projek utama yang dibayangkan parti yang semakin dinilai dengan kritikal itu.

Rekod cemerlang AKP itu walau bagaimanapun disertai dengan cabaran-cabaran besar mengemudi sebuah negara yang kompleks, di sebuah rantau yang semakin berubah dan pada masa yang kritikal dalam pembinaan kedudukan dalam pentas dunia.

Walaupun mengekalkan kemenangan kali ketiga dengan peratusan undi yang meningkat, pencabar terdekat, Parti Rakyat Republikan (CHP) memperolehi keputusan terbaik dalam tempoh 30 tahun, mendapat 25.9 peratus undi.

Parti berhaluan kanan yang dilanda skandal video seks, Parti Tindakan Nasionalis (MHP), mendapat 13 peratus undi.

Calon-calon Kurdis sebahagian besarnya disokong Parti Keamanan dan Demokratik (BDP) yang bertanding sebagai bebas berjaya mendapat 36 kerusi di parlimen.

Dalam politik domestik Turki, AKP kini berdepan cabaran dalam membuktikan kredibilitinya sebagai sebuah kumpulan demokrat, walaupun kelayakan dari segi haluan sederhana dan ekonomi pasaran bebas tidak dipertikaikan.

Pemerintahan AKP terpaksa mengimbangi pelbagai tuntutan dalaman masyarakat Turki yang pelbagai, meliputi kumpulan berhaluan kanan yang tegar memperjuangkan identiti Kamalis Turki yang sekular dan nasionalistik hingga kepada Kurdis yang menuntut hak kebebasan dan pengiktirafan dalam negara Turki.

Sebagai parti yang telah berkuasa selama sedekad, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan dan AKP tidak dapat mengelak daripada menjadi semakin asertif dan keras, sehingga menghampiri kecenderungan autoritarian.

Erdogan semakin dikritik sebagai kurang sabar dengan kritikan, dan kerajaan Turki kini tidak menunjukkan ciri demokrat yang diharapkan ramai pihak apabila memenjarakan 60 orang wartawan tanpa tuduhan yang jelas, jumlah yang lebih berbanding di China dan Iran, rujukan popular Barat dan demokrat untuk menjelaskan autoritarianisme.

Namun, ucapan kemenangan Erdogan yang mengajak konsensus mungkin memperlihatkan satu kesedaran pemimpin itu akan keperluan kerjasama dengan pelbagai parti, berbeza dengan pendirianya sebelum itu.

Keputusan yang tidak memberikan parti pasca-Islamis itu majoriti sehingga boleh bertindak sendirian dalam banyak perkara boleh meredakan sedikit kebimbangan terhadap apa yang dilihat sebagai kecenderungan autoritarian AKP.

Isu Kurdis juga menjadi cabaran besar dalam politik Turki kini, dengan usaha memulihkan hubungan dan mengiktiraf kumpulan etnik itu kelihatan tersekat-sekat dan tidak tertunai.

Isu Kurdis turut dipergunakan oleh AKP untuk tujuan-tujuan politik tempatan dan antarabangsa. Menggunakan populariti selepas memenangi pilihan raya pada 2007, AKP melancarkan operasi tentera terhadap kedudukan pemberontak Kurdis di sempadan Turki-Iraq.

Nasionalis terus menuntut tindakan yang lebih tegas terhadap Kurdis, dengan tidak berkompromi dalam sebarang hal melibatkan identiti negara Turki.

Tetapi, dunia politik yang semakin liberal pada masa ini menjadikan sebarang usaha seperti itu tidak popular, atau bertentangan dengan norma yang dipersetujui masyarakat antarabangsa, sesuatu yang disedari AKP.

Isu-isu hak asasi seperti itu penting bagi Turki untuk imej antarabangsanya, termasuk dalam usaha menyertai Kesatuan Eropah yang kini tersekat.

Dengan ekonomi yang terus meningkat, mencapai 8 peratus pada masa ini, Erdogan dan AKP mempunyai sandaran yang baik untuk mengekalkan populariti.

Sebahagian kempen AKP kali ini ialah projek mega termasuk terusan laluan air baharu menghubungkan Laut Hitam dengan Laut Marmara, sebagai laluan kedua selain Selat Bosphorus yang sesak.

Projek ini dilihat sebagai satu usaha membina legasi oleh Erdogan. Ini terkait dengan dakwaan beliau mahu melakukan perubahan ke arah sistem presiden, jawatan yang dikatakan menjadi matlamatnya selepas ini.

Untuk meletakkannya dalam konteks, Turki akan menyambut ulangtahun republik itu yang ke-100 pada 2023. Erdogan dikatakan mahu masih berada dalam kepimpinan negara pada masa itu, untuk meraikan kejayaan-kejayaannya.

Di peringkat antarabangsa, peranan Turki di Asia Barat sebagai kuasa diplomasi menerima respons yang pelbagai, yang terkait dengan populariti dan penerimaan rakyat terhadapnya.

Satu bahan kempen AKP ialah pertengkaran Erdogan dengan Shimon Peres, pemimpin Israel di Davos, Switzerland pada Januari 2009.

Tindakan populis itu walau bagaimanapun tidak dapat dielakkan daripada menjadi salah satu bahan kempen untuk pilihan raya kerajaan tempatan pada Mac tahun itu, masa yang menyaksikan kemerosotan sokongan untuk calon-calon AKP.

AKP memenangi 38.8 peratus undi dalam pilihan raya itu, merosot berbanding 41.7 pada pilihan raya sebelumnya tahun 2004.

Insiden debat di Davos itu walau bagaimanapun kini terpahat dalam memori kedua-dua rakyat Turki dan masyarakat Muslim dunia terutamanya, dan membina imej positif untuk AKP melaksanakan dasar luarnya.

Dalam agenda yang disebut neo-Uthmaniyah dalam dasar luar Turki, aksi mewakili pembelaan terhadap umat Muslim Palestin itu menduduki satu tempat yang istimewa.

Neo-Uthmaniyah yang mempunyai kaitan dengan masa silam Turki sebagai pelindung umat Muslim kini kelihatan dihidupkan kembali melalui satu agenda dalam dasar luar Turki.

Aksi Erdogan itu menegaskan kedudukan Turki sebagai pembela umat, aksi yang hanya diatasi kemudian oleh serangan ke atas kapal bantuan Mavi Marmara awal 2010.

Hasilnya, Turki muncul di dunia Islam sebagai pembela utama Palestin, imej yang terus diperkukuhkan melalui pelbagai kenyataan dan tindakan.

Kemenangan kali ketiga AKP ini memberikannya mandat untuk meneruskan dasar luar yang telah dimulakan dengan agresif di bawah menteri luar lantikan Erdogan, Ahmet Davutoglu.

Kedudukan yang agak selesa ini terus membenarkan Turki memberi tumpuan kepada agenda dasar luarnya membina pengaruh di Asia Barat, untuk muncul sebagai kuasa dominan rantau itu dan mengulangi kegemilangan era Uthmaniyah.

Perkembangan di Asia Barat dan Afrika Utara telah menjadikan Turki sebagai model di wilayah itu, disebabkan keupayaannya melaksanakan demokrasi dengan lebih matang, walaupun dengan keterbatasan tertentu.

Rejim-rejim dunia Arab yang semakin tidak popular dan dijadikan rujukan autoritarian sejak bermula kebangkitan telah menonjolkan Turki, sama ada benar atau salah, sebagai model terbaik.

Walaupun komentar-komentar Barat semakin kritikal dengan Erdogan dan parti pimpinannya disebabkan dasar luar yang semakin bebas dan beberapa isu dalaman lain, Barat terus memberi sokongan kepada Turki sebagai model di wilayah terbabit.

Dalam wacana media popular Barat, Turki terus disebut sebagai model politik untuk negara-negara Asia Barat dan Afrika Utara yang sedang menyaksikan perubahan, walaupun tindakannya berhubung Israel semakin dikecam.

AKP kini terus popular berdasarkan keputusan pilihan raya parlimen terbaharu, tetapi kejayaannya kekal popular turut mengundang reaksi bertentangan yang agak setara.

Kes AKP telah menunjukkan dalam politik yang mempunyai pelbagai polar – nasionalis kanan sekular, Islamis dan kumpulan etnik Kurdis – sesebuah parti, walaupun popular tetap mampu menjadi divisif dalam beberapa isu.

Tuntutan pelbagai kumpulan mudah untuk menghambat sesebuah kerajaan, tidak kira di kedudukan mana ia berada dalam spektrum ideologi politik.

Dalam kes AKP, isu Kurdis menjadi satu isu yang terbukti sangat mencabar, sehingga menjejaskan kredibiliti parti itu sebagai demokrat.

Hal ini juga memperlihatkan tidak ada satu parti yang mampu memonopoli semua nilai-nilai baik yang menjadi tuntutan.

Usaha membina perlembagaan baharu yang lebih memenuhi tuntutan zaman juga memperlihatkan cabaran besar yang terpaksa dilalui AKP, yang kini dituntut membina konsensus untuk mencapai apa yang menjadi matlamat ramai pada masa ini.

Harapan-harapan dan retorik populis mudah untuk disuarakan semasa kempen tetapi akan segera berdepan halangan dalam politik dan pentadbiran yang jauh lebih kompleks.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9nmsLsxe_8b61knJDPNQTSe8PtLTVvTAz7P10fK-MZ9I4UR32Ho0g-LJ1ArNortzA-OCjFzbTOn9T5SGQLqPb1QHmy0yAe1Jz9ZiWpt72XLvS4TPwu-q-LeQkM7V13vS0aRZhZakNr6I/s1600/JALANRAYA.jpg

Tiada ulasan: