Rabu, 29 Jun 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Setelah Diserang Hebat Oleh Blogger UMNO, Wardina Nafi Sertai Parti Politik

Posted: 29 Jun 2011 01:00 AM PDT

Wardina: Saya tak sertai parti politik, tiada niat tanding PRU

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Selebriti popular dan pengacara rancangan Malaysia Hari Ini, Wardina Safiyyah Fadlullah berkata buat masa ini beliau tidak ada niat untuk menjadi calon pilihan raya atau bertanding mana-mana pilihan raya.

"Buat masa ini, saya tidak ada niat untuk menjadi calon dan bertanding dalam pilihan raya umum," kata beliau yang sejak beberapa lalu dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat dan Himpunan Bersih 2.0.

Selebriti itu menafikan beliau merupakan anggota PKR atau menyokong Himpunan Bersih 2.0.

Malah beliau juga menjadi kecaman blog-blog pro-Umno sejak dikaitkan dengan komponen Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun selepas menafikan tanggapan itu beliau pula menjadi kritikan blog yang berlainan aliran politik.

"Saya menyatakan di sini bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti sama ada parti pembangkang atau pun kerajaan dan saya juga bukan ahli PKR," katanya dipetik Utusan Malaysian hari ini.

Tulisan-tulisan blog dan mesej Twitter sejak awal minggu ini memberi gambaran beliau menyokong Himpuan Bersih 2.0 dan berada bersama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada satu majlis baru-baru ini.

Mesej Twitter yang dihantar atas akaun unitmediabaru menyebut "gambar Wardina Bersama Azmin Ali di Majlis Pakatan — TV3 Hanya Diam?: Kita tidak dengki dengan Wardina."

Menyentuh tentang kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat Sabtu lalu, Wardina berkata, beliau hadir sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan.

"Oleh sebab itu saya hadir pada karnival tersebut tetapi saya tidak pun diberitahu Azmin Ali akan hadir sama.

"Apabila saya dijemput minum oleh penganjur, saya terkejut kerana Azmin Ali pun ada. Tak akan saya nak beredar,"
katanya lagi.

Wardina berkata tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya oleh penulis-penulis blog adalah satu perkara yang serius dan mengaibkan diri dan keluarganya.

Justeru katanya, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel-artikel yang tersiar termasuk gambar-gambar lamanya di dalam blog, tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin. -TMI

Berasmara Di Rumah Usang Dalam Hutan

Posted: 29 Jun 2011 12:10 AM PDT

Kampung Keliyu (Dungun) - Tindakan sepasang kekasih berasmara di sebuah rumah usang di dalam hutan untuk mengelak rahsia hubungan intimnya terbongkar, membawa padah apabila taktik liciknya itu berjaya dihidu pihak berkuasa.

Perbuatan terkutuk yang dilakukan Nor Mohd Yusoff Shamsuddin, 29, dan pasangannya Nor Azura Abu Bakar@Zulkifli, 28, pada jam 1.25 petang, 2 April 2011 lalu itu bagaimanapun menyebabkan mereka akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah setelah bukti diperoleh untuk mensabitkan kesalahan dilakukan.

Pendakwaraya Syarie, Azmi Tengah ketika membentangkan fakta kes dalam prosiding perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi kelmarin antara lain menyebut kedua-dua tertuduh hanya memakai tuala ketika penahanan dilakukan anggota Penguat Kuasa Syariah yang melakukan serbuan di rumah tidak bernombor di Kampung Keliyu itu.

Perbuatan itu katanya amat memalukan dan tertuduh telah melakukan kesalahan yang amat serius kerana tindakan tertuduh yang melakukan perbuatan terkutuk di rumah tidak bernombor dalam kawasan sunyi itu seolah-olah telah dirancang dan bukan disengajakan.

Rampasan pakaian dalam milik pasangan wanita dan tuala dipakai tertuduh antara hujah lain oleh pendakwaraya yang menguatkan lagi dakwaan ke atas kedua-dua tertuduh.

Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah setelah mendengar rayuan tertuduh perempuan yang berstatus janda bekerja sebagai pembantu kantin dan tertuduh lelaki yang bekerja sebagai buruh itu akhirnya memerintahkan kedua-duanya dijatuhkan hukuman denda RM2,800 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.

Tertuduh lelaki dari Jalan Anak Balai Besar yang masih bujang dan pasangannya dari Jalan Melati, Sura itu dituduh mengikut Seksyen 29 (a)(b) Enakmen Kesalahan jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 kerana kesalahan perbuatan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua tertuduh akhirnya menjelaskan denda untuk membolehkan mereka dibebaskan oleh mahkamah. -SH

Ulasan GB

Apa dah jadi dengan Dungun, tempat dimana GB pernah merantau dan menuntut ilmu di sana. Setiap hari ada pelbagai kes yang kurang enak berlaku sekarang ini.


Bawa Watak Suu Kyi, Michelle Yeoh Diusir Dari Myanmar

Posted: 28 Jun 2011 10:25 PM PDT

Pelakon Michelle Yeoh diusir dan dilarang masuk Myanmar

YANGON: Bintang Hollywood dari Malaysia, Michelle Yeoh, telah diusir dari Myanmar dan disenarai hitam, kata seorang pegawai semalam.

Gambar: Datuk Michelle Yeoh (kiri), Cik Aung San Suu Kyi(kanan)

Yeoh memainkan watak pejuang prodemokrasi Myanmar, Cik Aung San Suu Kyi, dalam filem yang bakal diterbitkan lewat tahun ini.

'Beliau tidak berpeluang masuk ke Myanmar lagi dan diusir serta-merta dengan menaiki penerbangan pertama selepas beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon.

'Beliau telah dimasukkan dalam senarai hitam,' kata seorang pegawai Myanmar.

Tiada sebab diberi di sebalik tindakan itu.

Yeoh, 48 tahun, terkenal selepas berlakon di samping pelakon Pierce Brosnan dalam filem James Bond, Tomorrow Never Dies, dengan memegang watak sebagai seorang perisik China, pada 1997.

Beliau kemudian berlakon dalam filem arahan Ang Lee, Crouching Tiger, Hidden Dragon, yang mendapat sambutan hangat di peringkat antarabangsa. Yeoh juga berlakon dalam filem Memoirs of a Geisha, yang berdasarkan novel tulisan Arthur Golden.

Pada Disember lalu, Yeoh bertemu Cik Suu Kyi di kediamannya di Yangon selepas baru saja tamat penggambaran di Thailand bagi filem mengenai pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu.

Butir mengenai filem arahan pengarah Perancis, Luc Besson, itu masih dirahsikan.

Cik Suu Kyi dibebaskan November lalu selepas tujuh tahun berada di bawah tahanan dalam rumah. Beliau, yang genap berumur 66 tahun bulan ini, telah mendapat pengiktirafan dunia kerana giat melancarkan penentangan secara aman walaupun ditindas oleh junta tentera Myanmar.

Pada 1990, beliau menerajui Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) yang menang dalam pilihan raya umum negara itu. Namun, kemenangan itu tidak diiktiraf pemimpin junta dan partinya tidak dibenarkan membentuk pemerintah.

Cik Suu Kyi memboikot pilihan raya umum Myanmar tahun lalu selepas mendakwa proses itu tidak dijalankan secara adil. -- AFP.

FELDA Hutang RM6 Billion, ANAK Akan Mohon Campurtangan Agong Jika SPRM Gagal Siasat

Posted: 28 Jun 2011 09:30 PM PDT

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) tidak teragak- agak memohon campurtangan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) sekiranya isu mengenai pinjaman RM6 bilion Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) gagal disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presidennya, Mazlan Aliman berkata pihaknya akan berterus- terusan mendesak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memperincikan persoalan yang gagal dijawab dengan jelas berhubung pinjaman RM 6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP), sehingga dibangkitkan kembali ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Aktivis Anak melalui 61 cawangan Anak diseluruh negara akan membuat laporan polis dibalai polis berdekatan tanah rancangan Felda mereka.

"Sekiranya dalam tempoh sebulan dari tarikh laporan, kerajaan dan Felda masih gagal menjelaskan secara terperinci berhubung pinjaman ini, kita akan buat satu lagi laporan terhadap SPRM supaya siasatan menyeluruh dapat dilakukan," kata Mazlan.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahad lalu, ANAK telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban berhubung perkara itu dan 13 lagi laporan polis seluruh negara bersanit isu yang sama turut dibuat.

Beliau menegaskan, sekiranya SPRM juga gagal menyiasat, ANAK akan akan memohon perkenan campurtangan YDPA.

"Felda adalah institusi milik orang Melayu yang telah wujud sejak 1956, jadi, banyak persoalan masih belum mendapat jawapan terperinci.

"Antara aduan dikemukakan dalam laporan itu, kita minta siasat kemana pinjaman RM6 bilion itu disalurkan? Siapa yang arahkan pinjaman? Mengapa ia tidak pernah dibentangkan di Parlimen?,"

Selain itu, pihaknya juga meminta menyiasat kedudukan sebenar pelaburan Felda Global Ventures yang didakwa mengalami kerugian teruk dan siasatan terhadap Ethos Consulting yang dilantik sebagai Perunding Felda Global Ventures sedangkan syarikat itu tidak mahir dalam industri pertanian.

Katanya, pinjaman berkenaan mengejutkan banyak pihak terutama warga Felda termasuk pencarum KWSP ekoran pinjaman yang dipohon adalah begitu besar.

"KWSP juga perlu disiasat bagaimana boleh berikan pinjaman dalam jumlah besar, disamping itu, adakah mereka mengenakan syarat pinjaman yang mengakibatkan implikasi buruk kepada peneroka Felda?," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mazlan memberitahu, ANAK menyatakan kesediaanya melaksanakan janji manis kerajaan UMNO BN sebelum ini yang mahu memberi sebidang tanah kepada bekas tentera, malangnya sehingga kini masih gagal berbuat demikian.

"Sejak 1970 hingga kini, sebahagian besar daripada 400,000 keluarga bekas tentera masih gagal dapat apa yang dijanjikan kerajaan walaupun telah habis perkhidmatan.

"Justeru, Anak, berjanji, sebahagian dari 341,000 hektar tanah Felda Plantation akan diberikan kepada bekas tentera yang daif," ujarnya. -tvsnews



Rakyat Terjerut: Harga Ikan Dan Ayam Naik Melambung

Posted: 28 Jun 2011 07:40 PM PDT

Sejak dua minggu lalu, kebanyakan peniaga bahan keperluan di beberapa pasar mendakwa berlaku kenaikan harga terutama barangan mentah di pasar khususnya ikan dan ayam.

Tinjauan ke Pasar Chow Kit mendapati, harga ayam meningkat 50 sen hingga RM1 sekilogram yang dijual pada harga RM8 atau RM8.50 sekilogram berbanding RM7.50 sekilogram sebelum ini.

Malah, lebih mengejutkan harga ikan kembung yang dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat sehingga 100 peratus iaitu pada harga RM12 sekilogram sejak tiga hari lalu.

Peniaga, Ali Mahmud, 28, berkata, kenaikan harga berlaku sejak dua minggu lalu dengan kenaikan 20 sen hingga RM6 menyebabkan peniaga menerima pelbagai rungutan daripada pembeli.

"Kami menerima barangan daripada pemborong. Jika mereka menaikkan harga kami terpaksa menjual pada harga tinggi walaupun kadang-kadang keuntungan sedikit.

"Peniaga dalam dilema kerana setiap hari terpaksa menerima rungutan daripada pembeli jika berlaku keadaan sedemikian," katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah menaikkan harga ayam sesuka hati kerana sedia maklum bahan mentah berkenaan barangan kawalan.

Peniaga ikan yang mahu dikenali Hairi, 29, berkata minggu ini menyaksikan kenaikan beberapa jenis ikan seperti kembung, kerisi dan selar sehingga dua kali ganda daripada harga sebelum ini.

"Kekurangan bekalan ikan terutama kembung akibat keadaan cuaca tidak menentu menyebabkan harganya naik mendadak dan ini kali kedua harga ikan naik.

"Kami tidak dapat menjangka harganya akan turun dalam masa terdekat kerana tidak menunjukkan ia akan kembali normal dan bergantung keadaan semasa," katanya. -hm

Isu Video Seks: Serang Datuk Johari Langkah Terdesak

Posted: 28 Jun 2011 06:00 PM PDT

Tunjuk bukti saya minta RM1 juta, Johari cabar trio Datuk T

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Datuk Johari Abdul menuntut trio Datuk T menunjukkan bukti bahawa beliau pernah meminta 'ganjaran' RM1 juta sebagai bayaran untuk meninggalkan PKR selepas menonton rakaman video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim Mac lalu.

Justeru wakil rakyat dari Kedah ini mempertahankan beliau tidak pernah meminta sejumlah wang itu dan apa yang dikatakan trio Datuk T adalah tidak berasas sama sekali.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu memberitahu beliau telah memberitahu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Abdul Lazim bahawa si pelaku dalam rakaman didedahkan 21 Mac lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu klip video terbaru muncul di Internet hari ini menyerang kewibawaan Johari dengan mendakwa beliau ada meminta RM1 juta untuk dirinya dan juga lima Ahli Parlimen lain jika mahu mereka keluar PKR.

"Buktikan saya mengambil duit, di akaun bank yang mana? Adakah ia (dibayar) secara tunai atau cek? Saya tidak boleh menyimpan jumlah yang banyak itu di rumah.

"Saya tidak pernah menerima apa-apa atau saya pernah ditawar untuk meninggalkan parti untuk bayaran... saya tidak memerlukan wang," kata Johari kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, trio Datuk T boleh mengatakan apa yang mereka mahukan.

"Tidak sesiapa pun yang boleh memberi keterangan apa yang saya kata di bilik (hotel) pada hari itu... saya tidak mahu membuang masa (dengan mereka," kata Johari lagi.

Sejurus selepas rakaman video seks ditayangkan kepada pemberita pada 21 Mac lalu, trio Datuk iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Lazim, Johari mendedahkan beliau menonton video itu bersama mereka di sebuah hotel di sini.

Wakil rakyat itu berulang kali menafikan bahawa beliau ada bersetuju yang lelaki dalam video seks itu ialah Anwar.

Bagaimanapun satu video yang disiarkan oleh blogger pro-Umno blogger "Papagomo" (http://www.papagomo.com) hari ini mendakwa sebaliknya.

Video yang panjangnya 1.59 minit itu, bersama dengan tulisan blog memetik Shazryl mendakwa Ahli Parlimen Sungai Petani itu yakin yang Anwar adalah lelaki dalam klip video itu dan Johari minta RM1 juta bagi diri beliau dan RM1 juta bagi setiap lima Ahli Parlimen yang bersedia untuk meninggalkan PKR selepas menonton video berkenaan.

Klip video itu tiada bukti yang dapat menunjukkan bahawa beliau ada meminta wang dalam jumlah itu.

Johari dilihat memasuki sebuah bilik hotel dengan diiringi trio Datuk T dan kemudian duduk di depan televisyen.

Satu kamera terselindung dilihat diletakkan di depan televisyen, oleh itu memberi gambaran mengenai reaksi Johari. dan suara trio Datuk T.

Berbanding naratif-naratif Johari sebelum ini tentang apa yang berlaku pada hari video itu ditonton, MP PKR itu kelihatan gelak ketawa dan mesra bersama ketiga-tiga Datuk T, dan berjenaka beberapa minit sebelum video seks ditayangkan.

"Sudah pasti saya mesra dengan mereka. Saya kena mereka secara peribadi. Shuaib pak cik saya, Rahim bekas anggota Majlis Tertinggi Umno dan Eskay dari Sungai Petani... saya tidak tahu pada hari itu mereka hendak menunjukkan video seks kepada saya.

"Saya menghormati pak cik saya, meskipun saya tidak setuju dengan apa yang dia lakukan. Jika saya bertemu Shuaib lagi, saya cium tangan dia, dia lebih tua daripada saya," kata pemimpin PKR ini. -TMI


Video seks: Hati nurani saya jelas, kata Johari

Ahli Majlis Tertinggi PKR Johari Abdul menolak dakwaan penulis blog pro-Umno bahawa beliau meminta wang bagi tugas menyakinkan ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya menonton video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Hati nurani saya jelas," kata Johari yang juga ahli parlimen Sungai Petani, apabila ditemui di lobi parlimen hari ini.

Johari hari ini dituduh oleh blog Papagomo cuba mendapatkan RM100,000 sebagai 'bayaran pelincir' bagi menjalankan tugas itu.

Penulis blog itu juga menuduh beliau cuba meminta RM1 juta bagi setiap ahli parlimen yang berjaya yang dipujuknya menonton video itu.

Papagomo tidak membekalkan bukti bagi mempertahankan dakwaannya tetapi hanya menyiarkan klip video yang memaparkan Johari menonton video seks berkenaan dengan kumpulan trio 'Datuk T'.

Beliau dilihat sedang bergurau dengan kumpulan Datuk T dan bergelak ketawa sepanjang klip dua minit itu.

Adalah dipercayai klip video berkenaan dirakamkan pada 21 Mac di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari yang sama Datuk T menayangkan video itu kepada sekumpulan wartawan dan editor terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara.

Datuk T adalah nama samaran yang sebelum ini digunakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKAS Datuk Shuaib Abdul Lazim.

Ditanya mengapa beliau sebegitu tenang semasa tayangan itu, Johari berkata beliau rasa 'rileks' kerana merasakan sesuatu yang tidak kena.

"Saya suspek yang saya dirakamkan sebab itu saya banyak tersenyum," jelasnya.

Lebih-lebih lagi, kata Johari, beliau mengenali Rahim sejak zaman mereka bersama di Umno manakala Shuib adalah bapa saudaranya.

"Saya seorang MP lah bagaimana harus saya bertindak? Patutkah saya menanggis?" soalnya lagi. -mk


Ulasan GB

Pertama, GB lihat penerbitan video klip yang menyerang ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul oleh papagomo itu lansung tidak ada merit dan tidak ada kelas untuk disiar dan diulas. Kerana, penerbitan video klip itu sendiri adalah respons bodoh setelah Datuk T tersentak & terkejut beruk dengan pendedahan video dokumentari Datuk Johari yang telah merungkai hal sebenar mengenai konspirasi video seks "Anwar".

Sekalipun sebelum ini peguam yang mewakili bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Muhammad Shafee Abdullah menyatakan mengikut laporan 4 Jun profesor Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, kononnya terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu, dengan bagi foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah, namun beliau enggan membenarkan salinan dokumen itu dibuat.

Malaysiakini melaporkan, Walaupun Shafie mendakwa pakar-pakar tersebut melaporkan bahawa mereka 99 peratus pasti, tetapi Malaysiakini tidak nampak maklumat tersebut pada dokumen berkenaan.

Bukankah pendusta namanya tu! Tetapi aneh, laporan yang dusta itu diperbesarkan oleh media perdana di negara ini dan polis juga turut mempercayainya setelah berulangklali membuat kenyataan kononnya video seks itu tulen dan kenyataan yang seumpamanya.

Video dokumentari yang dikeluarkan Datuk Johari Abdul lebih meyakinkan. Bahawa, wajah di dalam video seks yang dikeluarkan oleh Datuk T itu rupa-rupanya wajah "make-up" dari Thailand. 99.99% seiras. Tetapi bukan Anwar. Itu sebab kita lihat pelaku seks di dalam video asal, orang berwajah Anwar tetapi bertubuh badan Eskay dan Rahim Tamby Chik!

Tentang papagomo, siapa tak kenal dengan penulis upahan UMNO ini yang selama kes video seks ini menjadi penulis upahan Datuk T? Malah polis sendiri tidak bertindak ke atas blogger jahat ini walaupun telah ternyata bahawa blogger tersebut merupakan orang yang bertanggungjawab menyiar dan mengedar video lucah di alam maya.

Itulah pentingnya untuk kita berdoa dan mengharap kepadaNya seperti yang pernah GB tuliskan di dalam tulisan-tulisan yang lalu:

1) Allahumma arinal haqqan haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathilan bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:

Firman Allah bermaksud ,


Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

Ada kaitan:

[Video] BONGKAR: Pendedahan Dalang Video Fitnah

PR Desak Putrajaya Perinci Kos RM49 Juta Biaya Rumah PM, TM

Posted: 28 Jun 2011 04:20 PM PDT

Ketika rakyat menderita akibat kenaikan harga minyak dan barang keperluan serta kos sara hidup, kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) pula membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 itu dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

Malah, beliau turut menggesa pentadbiran Najib memperincikan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan kerana ia disifatkan sebagai tidak munasabah dan meragukan.

"Disaat rakyat, seluruh agensi dan jabatan kerajaan disuruh berjimat cermat dengan keadaan ekonomi yang semakin parah ini, Kerajaan Umno-BN pula membelanjakan berbilion ringgit wang rakyat untuk kos baik pulih kediaman dua pemimpin negara. Dan jumlah yang dibelanjakan hampir RM 60,000 sebulan. Apa yang dibaik pulih kita pun tidak tahu," soalnya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang) memberitahu, kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud turut mengesa kerajaan supaya mendedahkan perjanjian sewa beli kediaman rasmi terbabit dengan Perbadanan Putrajaya Holding kepada rakyat.

"Kita dapati terlalu banyak pemborosan berlaku dan ini baru melibatkan kediaman rasmi, belum lagi melihat kepada aset-aset kerajaan yang lain. Jadi timbul persoalan disini kenapa kediaman rasmi ini disewa daripada Perbadanan Putrajaya Holding," soalnya.

"Jadi kita minta ia didedahkan kepada rakyat tentang perjanjian tersebut bahawa. Dan selama mana kerajaan terpaksa menyewa kediaman ini," ujarnya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook berkata perkara ini jelas mencerminkan wajah sebenar pemimpin tertinggi negara yang tidak menginsafi keperitan hidup rakyat sebaliknya rakus meratah wang rakyat.

"Sekarang baru kita tahu mengapa pimpinan tertinggi negara kita tidak tahu kesusahan rakyat, kerana mereka memang tidak akan merasainya. Dan oleh itu, mereka hanya tahu tarik balik subsidi gula sebanyak 20sen dengan alasan ianya rasional jangan makan gula lebih, memang lah mereka tidak rasa mereka boros, elektrik sehari RM 5,704.00, bila air sehari RM 1.092.00," katanya. -tvsnews




Baca Fatihah & 3 Qul Rahsia Umur Panjang & Sihat Tubuh Badan

Posted: 28 Jun 2011 08:15 AM PDT

Kampung Gong Halt - Seorang warga emas hanya mengamalkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran seperti surah al-Fatihah dan tiga 'Qul' sepanjang hayatnya merupakan rahsia umur panjang dan diberikan kesihatan yang baik.

Isa Dollah, 110 tahun, berkata, dia tidak ada rahsia lain untuk memohon dipanjangkan usia melainkan amalan surah-surah tersebut yang diamalkannya daripada usia muda hingga kini.

Menurutnya, dia juga tidak ada pantang dalam pemakanan dan makan semua makanan yang digemarinya, namun dia bersyukur kerana tidak menghidapi sebarang penyakit berbahaya.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana diberikan usia yang panjang untuk terus melaksanakan ibadat di muka bumi ini.

"Saya tidak ada rahsia atau petua melainkan yakin dengan kelebihan yang dianugerahi Allah dalam surah al-Fatihah yang merupakan 'ibu' kepada al-Quran," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam majlis 'Walkabout' Ahli Parlimen Kuala Krau turun padang melawat dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas, sakit terlantar dan orang kurang upaya (OKU), di sini, kelmarin.

Turut serta dalam lawatan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar, Pegawai Penerangan Temerloh, Hamdzah Osman dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Samrah Hassan.

Isa yang mempunyai lima cahaya mata berkata, setiap kali selepas solat pasti dia akan mengamalkan bacaan surah-surah itu dan menjadikannya zikir sepanjang hari.

Menurutnya, selain surah-surah itu dia juga menggalakkan umat Islam membaca al-Quran setiap hari dan memohon kepada Allah kesihatan, kemurahan rezeki dan usia yang panjang.


"Saya bersyukur kerana dalam usia sebegini saya mampu melihat cucu-cucu saya membesar di depan mata. Walaupun saya sudah tidak berdaya untuk bekerja keras seperti zaman muda, namun saya bersyukur dengan rezeki dan anugerah Allah kepada diri saya.

"Ini bermakna saya merupakan insan paling tua di kampung ini," katanya sambil bergurau dan tersenyum lebar. -SH

Tarif Elektrik Naik Untuk Rakyat Bayarkan Bil PM & TPM?

Posted: 28 Jun 2011 07:00 AM PDT

Bil elektrik PM, TPM RM160,000 sebulan

Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin," kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa," kata Siti Zailah, yang hadir bersama.

Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini," kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir da;am sidang media itu.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang," katanya. -mk

Ulasan GB

RM160,000 sebulan? Ada kilang apa di kediaman PM dan TPM?

Rakyat ada yang hidup papa kedana, sedang pemimpin negara hidup mewah membazirkan wang negara.

Itu petanda kehancuran negara.

Ulangsiar: Himpunan Bersih - Haram Bagi Sesiapa Termasuk Polis Cetuskan Provokasi

Posted: 28 Jun 2011 06:00 AM PDT

Adalah haram bagi mana-mana pihak, tidak kira peserta demonstrasi ataupun polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Oleh itu, kata beliau, sesiapa yang mahu menyertai demonstrasi seperti Bersih 2.0 hendaklah berazam tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, mencederakan sesiapa, dan memaki hamun.

Sebaliknya, kata Dr Asri, mereka harus melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati dengan cara yang aman.

"Pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses itu berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera.

"Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan, katanya.

Dr Asri berkata, sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa.

"Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. Polis, rakyat dan golongan atasan," katanya.

Beliau berhujah demikian dalam kolumnya di portal Malaysiakini hari ini berhubung isu perhimpunan rakyat yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0 yang dijadualkan 9 Julai depan.

"Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh
Perlembagaan.

"Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti. Maka, saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya,' kata Dr Asri lagi.

Bagaimanapun beliau bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkan perhimpunan itu dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum, "sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya".

"Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan mungkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.

"Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.

"Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan," kata beliau.

Sehubungan itu, Dr Asri berkata, SPR hendaklah menunaikan tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turun ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.

"Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman,"
kata beliau.

Bagaimanapun beliau menegaskan memelihara keamanan adalah syarat utama keharusan mengadakan demonstrasi, "jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak".

Beliau mengemukakan hujah bahawa demonstrasi jalanan ini pernah berlaku di zaman Rasulullah.

Katanya, Nabi Mohammad s.a.w. pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya membuat bantahan di jalan.

"Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi: "Sesungguhnya jiranku menyakitiku".

"Sabda Nabi: "Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan".

"Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: "apa yang berlaku kepadamu?". Dia menjawab: "Jiranku menyakitiku".

"Maka mereka berkata:"Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia". Dengan sebab itu, jirannya berkata: "Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi".


Hadis berkenaan, kata Dr Asri, diriwayatkan oleh al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih.

Ulasan GB

GB ulangsiar entri terdahulu ini untuk mereka yang lupa terutama apabila sudah mula wujud provokasi ekoran ugutan dan ancaman Pemuda UMNO untuk bakar bangunan PKR malam tadi.

Frotilla II Gaza: Israel Isytihar Perang, Ada Hikmah PR Tak Hantar Wakil

Posted: 28 Jun 2011 05:00 AM PDT

Israel isytihar perang

TEL AVIV - Kerajaan Israel semalam mengarahkan pasukan tentera negara itu bertindak tegas bagi memastikan konvoi kemanusiaan ke Gaza, Freedom Flotilla 2 tidak mencapai matlamat untuk memecahkan sekatan haram rejim Zionis ke atas wilayah Palestin itu.

Israel sebelum ini mengeluarkan beberapa amaran terhadap percubaan itu dan cuba mengugut peserta konvoi bahawa Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah diarah untuk tidak membenarkan konvoi itu tiba di Gaza.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengadakan pertemuan dengan anggota Kabinet dan pegawai kanan tentera laut rejim itu bagi membincangkan mengenai rancangan menyekat kemaraan konvoi kemanusiaan ke Gaza, semalam.

Dalam mesyuarat itu, Kabinet Israel turut dimaklumkan tiada maklumat mengenai individu atau kumpulan pengganas akan menyertai konvoi itu, namun Israel dijangka akan tetap menyekat penghantaran bantuan itu.

"Kami bersedia berhadapan pelbagai senario, daripada tiada keganasan kepada sangat ganas," menurut sumber tentera Israel.

Kelmarin, rejim Israel mengugut wartawan asing supaya tidak menyertai konvoi itu yang dituduhnya cuba mencabuli undang-undang Israel dan akan menghalang peserta memasuki negara Zionis itu selama 10 tahun.

Tindakan Tel Aviv mengeluarkan amaran biadap itu membuktikan Israel tidak menghormati kebebasan media seperti yang didakwa rejim itu selama ini.

Selain itu, Kementerian Luar Israel juga diarah menghalang penghantaran bantuan kemanusiaan kepada 1.5 juta penduduk Palestin yang menderita akibat sekatan tidak berperikemanusiaan rejim itu dengan mengadakan beberapa mesyuarat dengan pemimpin Eropah dan Amerika Syarikat.

Menurut penganjur, beberapa kapal termasuk kapal dari Amerika Syarikat (AS), The Audacity of Hope dijadual mula berlayar dari Greece, hari ini dan akan bertemu dengan kapal lain dari Perancis dan Ireland di satu titik pertemuan di Laut Mediterranean.

Pegawai kerajaan Greece kelmarin, dilaporkan cuba menghalang beberapa kapal daripada berlayar ke Gaza dipercayai selepas menerima tekanan AS dan Israel.

"Kami melantik peguam untuk menentang perintah tahanan ke atas kapal ini dan akan berusaha memastikan kapal-kapal ini dibenarkan berlayar, hari ini," menurut penganjur.

Konvoi Freedom Flotilla 2 disertai 10 kapal dan 500 penumpang dari lebih 30 negara negara dan dijadual mula berlayar ke Genting Gaza, hari ini.

Cabul Gadis Dalam Bilik Air

Posted: 28 Jun 2011 04:00 AM PDT

Dungun – Seorang ustaz sanggup membelakangkan hukum agama apabila tergamak menodai kesucian seorang pelajar ketika memberi rawatan kepada gadis belasan tahun yang difahamkan pernah mengalami gangguan makhluk halus itu.

Kejadian dipercayai berlaku di rumah mangsa di Bukit Besi, dekat sini antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari 25 Jun lalu, ketika pelajar Tingkatan Lima di salah sebuah sekolah di Bukit Besi itu sedang menerima rawatan daripada suspek, yang juga difahamkan seorang bekas guru al-Quran di kampungnya.

Sebelumnya, suspek diundang oleh bapa mangsa untuk melakukan proses pemulihan setelah anak gadisnya itu dikatakan terkena gangguan makhluk halus.

Ustaz terbabit yang kononnya tahu bab-bab agama dan ilmu halus difahamkan telah memulakan rawatan di ruang tamu.

Detik hitam itu bagaimanapun bermula apabila suspek mengarahkan mangsa ke bilik air untuk melakukan proses mandian, kononnya untuk membuang bala.

Bapa mangsa yang turut berada di situ mulai rasa sangsi setelah suspek dikatakan mengambil masa yang agak lama untuk merawat mangsa di dalam bilik air.

Bagaimanapun ketika berada di bilik air, mangsa yang diarahkan mandi dalam keadaan berkemban itu dikatakan telah dinodai oleh suspek yang berlagak alim itu dengan mencabul kehormatannya.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan separuh sedar kerana difahamkan masih belum pulih daripada terkena gangguan makhluk halus.

Sebaik selesai rawatan, mangsa terus keluar dari bilik air dan menyendiri di bilik tidur, manakala suspek pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah mangsa.

Tembelang suspek yang difahamkan sering menjadi imam di salah sebuah surau di kampung berdekatan bandar Bukit Besi itu mulai terbongkar setelah mangsa menceritakan perbuatan terkutuk suspek kepada ibu bapanya.

Mangsa diiringi bapanya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Besi keesokan hari, sebelum suspek ditahan kira-kira jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit dan suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan sebelum dihadapkan ke mahkamah. -SH

Banyak Pihak Kesal Polis Heret Sasterawan Negara, A.Samad Said Bawah Akta Hasutan

Posted: 28 Jun 2011 03:00 AM PDT

Teras: Tindakan polis siasat Samad Said keterlaluan

Teras Keupayaan Melayu (Teras) kesal dengan tindakan polis apabila Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said turut diheret di bawah Akta Hasutan, berkaitan dengan perhimpunan 9 Julai anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Pada majlis tersebut A. Samad Said (gambar) menyampaikan ucapan dan puisi berjudul "Unggun Bersih" di ibu negara 19 Jun lalu.

Pengerusi Teras Keupayaan Melayu, Azmi Abdul Hamid berkata, beliau kesal dengan tindakan polis yang menyiasat Sasterawan Negara itu semata-mata kerana membaca puisi sahaja.

"Saya kesal polis menyiasat beliau atas puisi yang dibacanya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan semalam, A Samad Said dipanggil polis untuk diambil percakapan berhubung Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

Jelas Azmi, pihak polis nampaknya beria-ia untuk menghalang Bersih 2.0 sehingga tokoh yang dihormati rakyat menjadi mangsa untuk disiasat hanya kerana puisi .

"Adakah ini menunjukkan pihak berkuasa sekarang sudah menganggap puisi yang murni dan bersifat teguran dan menyatakan kebenaran itu termasuk suatu kesalahan yang boleh mengancam negara?" katanya.

Dalam pada itu, Azmi beranggapan tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan sebagai suatu yang agak keterlaluan.

"Sasterawan negara itu terkenal sebagai seorang yang mampu mengungkap realiti dengan kata-kata yang sangat indah dan tepat pada makna dan kandungan untuk masyarakat tahu erti nilai murni seperti menegakkan kebenaran dan keadilan. Niat beliau juga adalah untuk meluruskan keadaan yang dilihatnya sebagai pincang.

"Ini termasuk soal pemerintahan dan hak demokrasi yang perlu diperbetulkan," ujarnya.

Azmi tegas berkata, pihak plis perlu belajar bahasa sastera sebelum menganggap puisi Samad Said sebagai ancaman dan hasutan.

Katanya, mereka perlu jujur melihat mesej Sasterawan Negara itu dengan niat menghargai dan bukan mencurigai.

"Namun begitu, kami mendokong semangat beliau yang nampaknya tidak gentar dengan tekanan yang dianggap polis boleh menekan golongan karyawan daripada menyatakan pandangan mereka mengenai perkembangan semasa," katanya.

Selain itu, beliau juga berasa kesal apabila turut disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya. -TMI



Sasterawan Negara Sedih, Karyanya Jadi Senjata Politik

Sasterawan negara, Datuk A. Samad Said melahirkan kesedihan beliau kerana siasatan polis yang dijalankan ke atasnya dikategorikan dibawah akta hasutan, sedangkan beliau hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai Sasterawan dalam membaiki sistem masyarakat.

Beliau mempersoalkan motif pihak berwajib yang mencurigai tujuan dan niat murni beliau dalam memberi komen mengenai situasi negara tatkala ini.

"Mengapa ini harus berlaku? Mengapa seorang sasterawan yang melalui puisinya merakam keadaan yang buruk diterima dengan penuh prasangka, itu menyedihkan saya.

"Akta hasutan? Apakah saya menghasut? Tidak. Saya ke sana untuk melahirkan situasi yang lebih murni, bukannya menghasut," kata beliau ketika ditemui selepas disiasat lebih sejam hari ini di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Ketika mengulas mengenai siasatan keatas dirinya, A. Samad yang lebih mesra sebagai Pak Samad menyatakan betapa 'puisi' kini menjadi satu senjata dan diambil perhatian serius Kerajaan dan bukan seperti dulu.

"Saya fikir puisi sekarang sudah menjadi sebagai alat senjata. Dulu puisi untuk hiburan sekarang puisi dapat perhatian luar biasa.

"Apa yang saya lakukan adalah untuk merakam peristiwa untuk membaiki sistem sedia ada. Dalam puisi daya kata perlu perlu mempersuci demokrasi bukan untuk keruhkan. Dalam puisi itu saranan yang harus dihargai, bukan dicurigai," kata beliau.

Pak Samad disiasat bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.

Siasatan hari ini merupakan tindakan kedua ke atas sasterawan negara itu, selepas tindakan sama dijalankan ke atasnya pada Mac 2009 berhubung dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Tanpa menunjukkan rasa gentar, A. Samad turut menepis pandangan bahawa tindakan pihak polis itu akan terus menekan golongan karyawan daripada menyatakan pandangan mereka mengenai perkembangan semasa.

"Barangkali memberi amaran, tapi bagi seorang sasterawan ini lebih mendorongnya kerana (beliau) tahu kesusasteraan mempunyai kuasa," katanya.

Beliau tetap mendukung agenda himpunan BERSIH 2.0 yang menuntut agar pilihan raya dan sistem politik yang berteraskan keadilan dan ketelusan untuk membawa kebaikan kepada semua rakyat negara ini.

Beliau turut menolak sebarang sentimen bangsa yang dimainkan pihak tertentu dalam percubaan menafikan hak rakyat ini.

"Saya tak mahu cakap soal bangsa. Kita semua orang Malaysia. Kalau seorang cakap Melayu, seorang cakap India, Seorang cakap Cina, itu tak membantu. (Bersih) ini untuk kebaikan kita semua," tegas beliau. -tvsnews



Waspada: Ada Musang Menghendap Di Tandas Kilang

Posted: 28 Jun 2011 02:00 AM PDT

Kilang gempar kerana musang

MELAKA - Kehadiran 'tanpa undang' seekor musang menyebabkan suasana di sebuah kilang dekat Telok Mas, di sini kecoh seketika, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, kelibat musang itu disedari seorang pekerja kilang semasa hendak membuang air apabila terkejut melihat haiwan berkenaan di bahagian atas saluran paip air tandas kilang berkenaan.

Mohd Shamil Sharif, 20, berkata, semasa kejadian, dia baru hendak memulakan tugasnya, sebelum pergi ke tandas.

Menurutnya, semasa berada dalam tandas, tiba-tiba dia terlihat seekor haiwan seakan-akan kucing berbulu kehitaman dan berekor panjang di bahagian atas paip air berkenaan.

Terkejut dengan penemuan itu, dia terpaksa beralih ke tandas lain kerana bimbang haiwan berkenaan akan mengancamnya.

"Bila saya lihat ekornya agak panjang, terfikir di hati saya ia adalah seekor musang sehinggakan saya terpaksa membatalkan niat untuk membuang air di tandas berkenaan.

"Bimbang akan ancaman haiwan berkenaan, saya terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi mendapatkan bantuan untuk menangkapnya," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Mohd Shamil juga tidak menolak kemungkinan haiwan itu masuk menerusi bahagian siling yang pecah.

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM, Lt. Muda Rosli Hasaim berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira 9 pagi.

Menurutnya, usaha menangkap musang berkenaan sukar kerana kedudukan haiwan itu terlalu tinggi menghampiri bumbung, di samping saiz bilik air sempit.

"Pelbagai usaha kami lakukan untuk menangkap musang berkenaan kerana ketinggiannya pada paras kira-kira 10 meter menghampiri bumbung.

"Selain menggunakan tangga, kami turut menggunakan tali pencerut bagi memudahkan usaha menangkapnya. Tetapi selepas setengah jam berusaha, kami hampir menangkapnya tetapi ia meronta-ronta sehingga terlepas ke kawasan semak berhampiran," katanya.

Rosli berkata, haiwan berkenaan adalah dari jenis musang pandan dan boleh menggigit. -SH

Tiada ulasan: