Rabu, 22 Jun 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Al-Quran Dibuang Di Pusat Kitar Semula

Posted: 22 Jun 2011 01:14 AM PDT

Batu Pahat - Pejabat Agama Daerah ini terkejut dan kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang al-Quran dan kitab sewenang-wenangnya.

Pentadbirnya, Mustaffa Omar berkata demikian selepas mengesan banyak al-Quran dan kitab lama yang diletak di tepi sebuah pusat kitar semula di Jalan Parit Besar di sini baru-baru ini.

Perbuatan seperti itu, katanya, bertentangan dengan peraturan.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pendidikan Pejabat Agama Batu Pahat serta unit penerbitan di Kementerian Dalam Negeri telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan telah menjalankan siasatan di premis berkenaan pada 15 Jun lalu.

"Kami dapati beberapa naskhah al-Quran serta beratus-ratus kitab, termasuk yang dimakan anai-anai, dilonggokkan di satu sudut di pusat kitar semula itu.

"Kami kemudian memaklumkannya kepada pengurusan pusat berkenaan dan mereka memberi kerjasama serta membenarkan kami mengambil semua naskhah al-Quran, buku dan kitab lama yang terdapat di situ," katanya ketika ditemui di pusat kitar semula berkenaan, petang kelmarin.

Mustaffa berkata, antara yang ditemui adalah kitab lama seperti Minhaj Abidin karangan Imam Ghazali yang sering dijadikan bahan mengajar atau rujukan utama beberapa guru sekolah pondok. Sebahagian besarnya dikarang penulis serta diterbitkan di Indonesia dan dipercayai tidak lagi laku untuk dijual.

Semua al-Quran dan kitab itu dibawa ke pejabat agama daerah ini.

Beliau menyifatkan mereka yang membuang al-Quran dan kitab seperti itu tidak tahu cara untuk melupuskannya. -SH

Rais Ulangi Keangkuhan, Tak Takut Penggodam Katanya

Posted: 21 Jun 2011 11:45 PM PDT

Rais: 'Kita tak takut hadapi ancaman godam'

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengarahkan pihak-pihak yang berkaitan supaya bersedia dengan "benteng dan perisai" bagi menghadapi ancaman pihak tertentu yang mahu menyerang laman web Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 4 Julai ini.

Beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) dan Cybersecurity supaya tidak memandang ringan terhadap ancaman tersebut.

"Kita tidak takut untuk menghadapinya (ancaman itu) kerana kita telah bersedia. Saya meminta SKMM tidak mengambil ringan tentang perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pavilion Malaysia pada konvensyen CommunicAsia 2011 di Marina Bay Sands Convention Center di Singapura.

Dengan "lapisan dan perisai" yang telah diwujudkan oleh pakar-pakar teknikal kerajaan, adalah tidak mudah untuk menembusi laman-laman web kerajaan walaupun ada di antaranya menjadi mangsa kepada pengodam itu.

Ditanya sama ada beliau melihat serangan pengodam terhadap laman-laman web milik kerajaan Malaysia itu mempunyai agenda tertentu, Rais mengesyaki ia mempunyai tujuan tertentu dan tidak hanya "main-main."

Serangan pengodam yang sehingga kini telah menjejaskan kira-kira 200 laman web di Malaysia, katanya, bertujuan jahat dan tidak berperikemanusiaan tetapi kerajaan tidak gentar untuk menghadapinya.

"Saya ada syak-wasangka ini bukan setakat main-main. Ini ada tujuan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej sesuatu pihak, berkemungkinan pihak kerajaan dan pihak-pihak yang lain," katanya.

Tindakan pengodam terbabit, kata beliau, bukan sahaja merendahkan kepentingan kerajaan dan pemimpin-pemimpin, tetapi ia juga turut menjejaskan kepentingan rakyat.

"Mereka (pengodam) itu tidak sedar, ia (tindakan mereka) telah meranapkan, menjatuhkan kepentingan rakyat," katanya sambil meminta supaya rakyat bangkit menentang kegiatan pengodam itu. - Bernama

Ulasan GB

Kononnya kerajaan tak gentar dengan ancaman kumpulan penggodam. Bercakap kosong tanpa ilmu, angkuh melulu akan hanya mengundang bencana yang lebih parah.

Jika selepas ini lamanweb kerajaan digodam lagi, Raislah penyebabnya.

GB dah ulas hal ini di SINI. Petikan:

Di dalam disiplin ilmu komputer di bidang pemprogramman web dan kejuruteraan perisian, sebelum sesebuah lamanweb dilancarkan perlu dilakukan "pilot testing" dimana semua pihak dipanggil untuk menggodam. Apabila ia benar-benar telah diyakini "kebal" barulah dilancarkan.

Di Malaysia tidak berlaku begitu. Penggodam dijadikan musuh. Wang habis berjuta dengan outsourcing, hanya gempaq di hari pelancaran kemudian didapati rapuh dan sistem berlubang di sana sini.

Lamanweb 1Malaysia kepunyaan TPM, Muhyiddin Mohd Yassin hanya bertahan seminggu selepas itu hilang ghaib di persada maya.

Ini semua berkait rapat dengan "sikap" dan "mentaliti" menteri, pemimpin dan pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan, boleh melihat penggodam sebagai musuh atau pembantu. Tetapi kerana di Malaysia ini ramai di kalangan mereka adalah terdiri dari yang kurang membaca, buta IT dan tak tahu ABC komputer, maka di takuk itulah pemikiran dan tindakan mereka. Yang rugi ialah negara.

WASPADA: Empat Pendatang Dicekup Bancuh Ubat

Posted: 21 Jun 2011 10:14 PM PDT

Ipoh: Sebuah kilang diserbu sepasukan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikesan memproses ubat tradisional bagi wanita sakit tulang dan mengalami masalah keputihan secara haram menggunakan bangunan usang di Taman Meru dekat sini, malam Ahad lalu.

Lebih mengejutkan, beberapa jenis produk ubatan tradisional yang dikeluarkan kilang itu didapati tidak berdaftar dan hanya dibancuh empat lelaki warga Bangladesh yang diupah untuk melakukan tugas itu tanpa mengikut amalan pengilangan yang baik (GMP).

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Farmasi KKM, Wan Hamid Wan Ibrahim, berkata kegiatan tidak bertanggungjawab pengilang itu berjaya dibongkar selepas sepasukan pegawai penguat kuasa farmasi KKM Perak melakukan serbuan susulan daripada maklumat awam dan risikan.

Katanya, serbuan dilakukan sekitar jam 8 malam selepas siasatan mendapati pengilang hanya beroperasi pada waktu malam bagi mengelakkan aktiviti mereka dikesan.

"Pemilik kilang berusia 40-an hanya memulakan kerja memproses ubat-ubatan tradisional itu pada waktu malam hingga awal pagi bagi mengelak kegiatan itu tidak dihidu. Ketika serbuan dilakukan, empat pekerja warga Bangladesh terbabit sedang sibuk membancuh serbuk ubat berkenaan di bahagian belakang kilang itu," katanya.

Siasatan mendapati kilang ubat itu pernah dibatalkan lesen oleh KKM berikutan tidak mencapai piawaian ditetapkan.

"Ada antara ubat tradisional yang dihasilkan mempunyai jenama dan alamat sama dengan produk berasal dari China. Ada kemungkinan ubat ini dipalsukan dan dicampur steroid.

"Ini hampir dapat dipastikan berikutan ubat tradisional terbabit didakwa mampu menyembuhkan sakit tulang, radang sendi dan penyakit saraf yang sering dikaitkan dengan steroid," katanya.

Beliau berkata, penggunaan produk mengandungi kimia steroid secara tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk antaranya tulang menjadi rapuh, kegemukan, tekanan darah tinggi selain meningkatkan paras gula dalam darah.

"Kes itu akan disiasat di bawah Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan pemilik syarikat boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya. Malah, tindakan sama boleh diambil mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1985.

"Saya menasihatkan orang ramai yang ingin membeli ubat-ubatan tradisional supaya memastikan ubat didaftarkan dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) KKM selain mempunyai hologram serta nombor pendaftaran," katanya. -BH

Dua Ketua Pengarah JKR Kerana Dr. Judin Bukan Yes Man Kepada Menteri?

Posted: 21 Jun 2011 09:35 PM PDT

Dilema JKR, 'dua' ketua pengarah

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Jabatan Kerja Raya (JKR), agensi mengawal selia pembinaan projek awam dilihat berhadapan dengan krisis seolah-olah mempunyai 'dua ketua pengarah' sejak awal bulan lalu — didakwa kerana penurunan pangkat — dipercayai kali pertama berlaku di negara ini.

The Malaysian Insider difahamkan Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim, yang memegang jawatan ketua pengarah sejak Mei 2007, masih berada di pejabatnya manakala pengganti beliau Datuk Mohd. Noor Yaacob menjalankan tugasnya dari pejabat lama beliau.

Situasi itu dikatakan bersangkut paut dengan tindakan menurunkan pangkat beliau, yang menurut beberapa bekas pemimpin kesatuan sekerja sektor awam tidak sepatutnya berlaku, malah tidak pernah berlaku di negara ini.

Sebelum dilantik menjadi ketua pengarah, Mohd Noor merupakan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II.

Pelantikan Mohd. Noor sebagai sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa 1 Mei lalu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan akhir April lalu.

Judin dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) juga berkuat kuasa 1 Mei lalu.


Pelantikan Mohd. Noor dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam menyelaras dan melaksanakan pembangunan fizikal projek-projek kerajaan semasa memegang pelbagai jawatan sebelum ini, kata Ketua Setiausaha Negara dalam kenyataannya April lalu.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang membangkitkan perkara itu di Parlimen semalam berkata, maklumat yang diterimanya menunjukkan Judin tidak mengosongkan biliknya manakala pengganti beliau pula menjalankan tugasnya dari pejabat lama beliau.

"Nak kata wujud dua ketua pengarah tak tepat tetapi ada sesuatu yang tidak kena di JKR,"
kata beliau.

"Memang, Judin tidak masuk mesyuarat... Mohd Noor hadir mesyuarat dan menjalankan tugas-tugas sebagai ketua pengarah.

"Tetapi persoalannya mengapa perkara ini berlaku... keadaan ini tidak pernah wujud sebelum ini, menunjukkan contoh tidak baik kepada perkhidmatan awam," kata beliau ketika dihubungi.

"Sebab itu saya minta penjelasan Menteri Kerja Raya dan Ketua Setiausaha Negara membuat penjelasan, mengapa perkara macam ini boleh berlaku," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Mahfuz berkata Judin tidak mahu mengosongkan biliknya kerana merasakan beliau telah "diturunkan" pangkat dengan dilantik sebagai Ketua Eksekutif CIDB lebih rendah daripada jawatan ketua pengarah.

"Judin merasakan dirinya telah dianiya dengan diturunkan pangkat, dan difahamkan beliau tidak menerima dokumen pertukaran jawatan.


"Saya melihat ini kali pertama perkara seumpama ini berlaku dalam perkhidmatan awam khususnya di Jabatan Kerja Raya," kata Mahfuz.

Menurut Mahfuz, Judin ada tiga tahun lagi untuk bersara sedangkan penggantinya akan bersara dalam setahun.

"Biasanya seseorang ketua pengarah akan bersara dalam perkhidmatan sebagai ketua pengarah, tetapi dalam kes Judin agak berbeza," katanya.

Tulisan beberapa blog dan laman web mendakwa pertukaran ketua pengarah JKR ada kaitan dengan kepimpinan politik Kementerian Kerja Raya.

"Saya difahamkan begitu. Sebab itu saya minta penjelasan Menteri Kerja Raya," kata Mahfuz lagi.

"Seolah-olah wujud pentadbiran yang berkecamuk di JKR dan Kementerian Kerja Raya," katanya lagi.

Difahamkan penurunan pangkat Judin bertentangan dengan Peraturan Pegawai Am (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Seorang bekas pegawai kanan Cuepacs berkata keadaan seumpama itu, yang menimpa Judin, jika benar berlaku, tidak pernah wujud sebelum ini dalam perkhidmatan awam negara ini.

Pegawai itu yang enggan namanya dipetik berkata, seseorang ketua jabatan hanya boleh diturunkan pangkat jika syor lembaga tatatertib, bermakna ada kes disiplin.

"Kalau ada penyelewengan bermakna dibuang kerja, tetapi dalam kes ini tiada kes disiplin. Jika tiada kes bermakna, ia bertentangan dengan Peraturan Pegawai Am," katanya lagi. -TMI


'Ada tak kena' di sebalik pertukaran pengarah JKR

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) membayangkan "ada benda tidak kena" di sebalik konflik pertukaran Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim dari jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Sambil mendakwa ianya seperti menurunkan gred Dr. Judin yang bergred Turus 3 kepada Jusa C, beliau berkata kerajaan cuba menyembunyikan alasan pertukaran itu.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata demikian sebagai mempersoal jawapan bertulis dari JKR yang disentuh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semasa sesi penggulungan.

"Saya merasakan bahawa ada benda yang tidak kena (dengan pertukaran itu).

"Apakah dia (Dr. Judin) ini jenis yang bukan yes man kepada menteri?" soalnya.

Sebelum ini beliau juga mendakwa pertukaran itu ada kaitan dengan beberapa keputusan projek termasuk pembinaan Istana Negara.

Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim, yang memegang jawatan ketua pengarah JKR sejak Mei 2007 ditukar ke jawatan Ketua Pengarah CIDB berkuatkuasa 1Mei lalu.

Jawatan yang dikosongkan itu kemudiannya diisi oleh Datuk Mohd. Noor Yaacob iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II sebelum ini.

Pelantikan Mohd. Noor sebagai sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa pada tarikh sama diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSU), Tan Sri Mohd Sidek Hassan akhir April lalu.

Bagaimanapun menurut Mahfuz, Dr. Judin "tidak menerima" arahan surat pertukaran oleh Ketua Setiausaha Negara itu dan masih datang ke pejabatnya di JKR.

Akibat dari itu, jawatan itu katanya seolah-olah kini disandang dua orang dan tidak dapat diselesaikan oleh pihak kementerian.

Tambahnya lagi, Jabatan Perkhidmatan Awam juga difahamkan tidak tahu pertukaran tersebut.


Turut mencelah, Saifudin Nasution (PKR-Machang) yang mempersoal kenapa surat pertukaran kepada Dr. Judin diberikan secara tergesa-gesa.

"KSU serah surat hari Jumaat, pertukaran kuatkuasa hari Sabtu. Kenapa keadaan tergesa-gesa itu berlaku?" soalnya.

Menjawab persoalan itu, Nazri berkata pertukaran Dr. Judin itu bukanlah penurunan jawatan tetapi kerana kepakaran beliau dan diperlukan untuk menguruskan CIDB.

Bagaimanapun, berhubung isu konflik wujud dua ketua pengarah, dan perlantikan dibuat tergesa-gesa, beliau akan meminta pihak kementerian kerja raya menjelaskan perkara itu kemudian.

"Tak apa, saya akan maklumkan kepada pihak kementerian bahawa jawapan bertulis yang diberikan tidak memuaskan," katanya. -hd


Barbican: Ujian Makmal UKM Tidak Disahkan JAKIM

Posted: 21 Jun 2011 07:30 PM PDT

Tunggu keputusan Majlis Fatwa

IPOH: Ujian makmal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan makmal swasta yang mendakwa minuman 'bir halal' didapati bebas alkohol awal Jun lalu, tidak disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang hanya bersandarkan keputusan rasmi makmal Jabatan Kimia Malaysia saja.

Sumber Jakim berkata, tindakan inisiatif diambil syarikat pengedar dengan menghantar sampel botol minuman itu untuk ujian tidak diambil kira Jakim berikutan pihaknya masih menunggu laporan kedua hasil ujian dilakukan di jabatan kimia itu.

Jabatan Agama Johor (JAJ) bulan lalu mendakwa sudah menghantar sampel minuman itu ke jabatan kimia sebelum keputusan mendapati ia mengandungi 0.5 peratus jumlah alkohol menyebabkan minuman itu berstatus haram. "Tindakan diambil pihak syarikat dengan menghantar sampel minuman botol terbabit bukanlah satu halangan, namun keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan Jabatan Kimia Malaysia kepada Jakim.

"Jakim kemudian akan merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan keputusan berhubung hukum meminum minuman botol berkenaan," katanya.

Menurutnya, setakat ini, Jakim sudah mengumpul sampel empat jenama minuman botol daripada empat syarikat pengedar berbeza di negara ini.

"Semua sampel produk minuman berkenaan yang mempunyai perisa buah-buahan sudah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis dan masih menunggu keputusan terperinci," katanya.

Sumber itu berkata, soal halal atau haram sesuatu minuman bukan hanya bergantung pada kandungan alkohol semata-mata, malah proses pembuatannya turut diambil kira.

"Tidak mustahil pegawai Jakim dihantar ke negara Timur Tengah tidak lama lagi bagi melawat sendiri kilang memproses minuman berkenaan bagi mengenal pasti kaedah pembuatannya.

"Jika minuman itu dikilangkan bersama minuman keras atau minuman lain yang mengandungi alkohol, maka hukumannya tetap haram diminum," katanya.

Menurutnya, Jakim masih menunggu 'lampu hijau' daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi melakukan siasatan lebih terperinci terhadap kilang minuman itu.

"Apapun pengguna Islam dinasihatkan bersabar dan tidak cepat membuat andaian awal sehingga keputusan rasmi dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak lama lagi," katanya.

Dalam kenyataan media sebelum ini, Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem mendakwa minuman jenama Barbican yang dihantar ke UKM didapati bebas elemen alkohol.

Laporan itu diterima pada 7 Jun lalu selepas syarikat berkenaan menghantar sampel minuman edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Jakim perlu melakukan pemeriksaan khusus termasuk pergi ke kilang pengeluar untuk mendapatkan pengesahan punca alkohol berkenaan sebelum ia boleh dikatakan halal.

Menurutnya, perkara perlu dilakukan ialah mengenalpasti sama ada kandungan alkohol dalam minuman itu alkohol campuran atau alkohol semula jadi daripada buah.

"Jika minuman itu dicampur alkohol, hukumnya adalah haram meminumnya tidak kira jumlah peratusan kandungannya. Tapi ia bergantung kepada punca alkohol itu.

"Hanya pengesahan daripada pihak bertanggungjawab dalam perkara ini boleh diterima pakai demi mengelak kekeliruan kalangan umat Islam mengenai statusnya," katanya. -hm

Ulasan GB

GB sudah ulas perkara ini di SINI.

Terbukti kini ulasan GB dahulu benar bahawa, ujian UKM tersebut tidak dapat diterima kerana: Kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena di situ di mana yang dihantar adalah "sampel minuman edaran pihaknya". Bukan pemeriksaan rambang ke atas minuman berkenaan. Sesiapa pun boleh hantar sample yang berbeza dengan minuman yang diedarkan kepada orang ramai!

Petikan ulasan GB sebelum ini:

JAKIM sebelum ini telah menyatakan bahawa status "halal" untuk bir bernama BARBICAN belum diputuskan lagi.

Tetapi sebuah akhbar tempatan hari ini telah menyatakan "keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas daripada elemen alkohol".

Kita merasakan ada seuatu yang tidak kena di situ di mana yang dihantar adalah "sampel minuman edaran pihaknya". Bukan pemeriksaan rambang ke atas minuman berkenaan. Sesiapa pun boleh hantar sample yang berbeza dengan minuman yang diedarkan kepada orang ramai!

Kedua, mengapa tidak tunggu pengesahan JAKIM?

Ketiga mengapa begitu cepat mengeluarkan kenyataan "Saya harap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu bimbang lagi untuk meminum Barbican"?

Isu ini perlu diselesaikan segera.

JAKIM perlu bertindak dan pihak-pihak yang selain JAKIM sekalipun berstatus universiti, masih boleh menimbulkan keraguan kerana apa autoriti yang ada padanya untuk mengesahkan minuman berkenaan halal?


[Bergambar] Tak Sanggup Biarkan Mereka Derita, Ayah Rayu Anak Kembarnya Dimatikan

Posted: 21 Jun 2011 05:40 PM PDT

Patna, India - Tidak tahan melihat penderitaan anak kembar siamnya yang melekat di kepala, seorang bapa dari India memohon supaya membenarkan anaknya mati jika tiada bantuan kewangan untuk membolehkan mereka menjalani rawatan.

Saba dan Farah Shakeel, 15, menderita sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan kesukaran untuk bertutur sepanjang mereka membesar.

Dua gadis itu sebelum ini pernah menerima bantuan hasil campur tangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi tetapi bapa mereka Mohammed yang bekerja di gerai teh di Patna kini tidak lagi mampu membiayai kos rawatan anaknya yang tinggi.

Pasukan pakar kembar siam yang diketuai oleh Benjamin Carson dari Amerika Syarikat mendapati kembar tersebut berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai dua buah ginjal. - Agensi


'Let my little girls die,' pleads father of 15-year-old conjoined twins suffering from blinding headaches

An Indian father whose 15-year-old conjoined twin daughters are living in increasing agony has pleaded for help – or for them to be allowed to die.

Saba and Farah Shakeel are joined at the skull and have been suffering terrible headaches, joint pain and slurred speech as they grow older.

The girls have received specialist help in the past, thanks to the intervention of the Crown Prince of Abu Dhabi, but their father, Mohammed, who works on a tea stall in Patna, cannot afford any more treatment.

Suffering: Conjoined twins Saba, left, and Farah, pictured five years ago
His wage of just £65 a month is used up supporting his family of eight.

Mr Shakeel describes his daughters' condition as so miserable that the Indian government should allow doctors to carry out a mercy killing.

Five years ago Sheikh Mohammed bin Zayed paid for the girls to visit some of the foremost conjoined twin specialists, including American Benjamin Carson, to investigate ways of separating them.

At that time the girls were in much better spirits and health. They could only move in a crab-like fashion, but enjoyed playing board games and watching Bollywood films.

'Just die, there is no point in staying alive': Man who 'tried to smother terminally ill father in hospital flew into rage' forcing police to Taser him
Mr Carson's team discovered that the girls share a crucial blood vessel in the brain and have only two kidneys, both in Farah's body.

Increasing pain: The girls' dependence on only two kidneys is causing them to suffer weight loss and high blood pressure

Mr Shakeel was told that the girls would require up to six operations to separate them, each carrying a one in five chance that one of them would not survive.

He decided not to take the risk, despite the Crown Prince's offer to pay.

Five years later, the girls' condition is so much worse that Mr Shakeel has come to the heart-breaking conclusion that their suffering should come to an end, unless someone can fund treatment.

The dependency on Farah's kidneys is causing them to suffer weight loss and high blood pressure.

Poor: The family live in the poverty-stricken city of Patna, India, where Saba and Farah Shakeel's father Mohammed struggles to provide for his family of eight.

He told The Daily Telegraph: 'The girls want to live and enjoy life as others do but when they are in pain, they cry and ask for help.

'All we want is either the government should come and help us treat them or allow them to die, because they are in a miserable condition.'

The twins' elder brother, Tamana Ahmad Malik, said the pair were in excruciating pain all the time they are awake, which is at least 15 hours a day.

'In the last few months, they've suffered continuous headache and body pain. They have difficulty in speaking and their limbs have become twisted,' he said. -dailymail


Hospital Buang Jari Dalam Mangkuk Tandas, Remaja Dapat Ganti Rugi RM27,500

Posted: 21 Jun 2011 04:10 PM PDT

Alor Setar: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM27,500 terhadap seorang pelajar tingkatan tiga di atas kecuaian anggota jabatan itu menjalankan tugas sehingga menyebabkan sebahagian jari telunjuk kiri remaja itu yang terputus gagal disambung semula, empat tahun lalu.

Muhammad Shaeidil Amir, 15, yang masih di bawah umur ketika kejadian, diwakili ibunya Zuraiza Omar, 39, memfailkan tuntutan saman pada Mac tahun lalu dengan menamakan Ketua Pengarah JPAM sebagai defendan pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.

Hakim Maznah Abdul Aziz memerintahkan JPAM dan Kerajaan Malaysia membayar RM25,000 sebagai gantirugi am dan khas di atas kecuaian berkenaan dan RM2,500 kos prosiding terhadap Muhammad Shaeidil yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang, Pendang.

Keputusan penghakiman itu dipersetujui Peguam Persekutuan, Adliana Nujumudin yang mewakili JPAM dan Kerajaan Malaysia. Muhammad Shaeidil diwakili Simon Murali.

Mengikut fakta kes, pada 2 November 2007 plaintif mengalami kecederaan apabila sebahagian jari telunjuk kirinya terputus ketika dia memotong kelapa menggunakan parang di rumahnya di Kampung Batu Menunggul, Air Putih, dekat Pendang.

Plaintif kemudian dibawa ibunya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, bersama-sama dengan sebahagian jari telunjuk yang terputus itu yang diletakkan dalam plastik berisi ais bertujuan untuk disambungkan semula.

Namun, bekas plastik berkenaan yang diberikan kepada seorang anggota JPAM yang bertugas di unit kecemasan HSB yang kemudian bertindak membuang sebahagian jari itu ke dalam mangkuk tandas menyebabkan doktor gagal menyambung semula jari berkenaan. -BH


Berita Berkaitan, Harian Metro November 4, 2007
Buang jari dalam tandas

SUNGAI PETANI: Seorang ibu kesal dengan tindakan kakitangan Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Star yang didakwanya membuang hujung jari telunjuk tangan kiri anaknya yang terputus ke dalam mangkuk tandas, kelmarin.

Zuraiza Omar, 35, berkata kira-kira jam 11 pagi dia membawa anaknya Muhamad Shaeidil Amir, 11, ke jabatan itu untuk menyambung semula jari telunjuk yang putus akibat terkena parang ketika mengopek kelapa di rumah.

Zuraiza Omar, 35, dari Kampung Batu Menunggul, Air Putih, Pendang, di sini, berkata sebaik tiba di jabatan itu, beberapa kakitangan merawat kecederaan jari anaknya, tetapi seorang daripada mereka meminta untuk melihat bahagian yang terputus.

Katanya, dia kemudian menyerahkan hujung jari yang disimpan dalam bekas plastik berisi ais.

"Kakitangan itu mengambil jari berkenaan dan mendakwa ia tidak boleh disambung lagi. Dia kemudian membawa hujung jari itu keluar dari bilik rawatan tanpa disedari rakannya yang merawat jari anak saya.

"Selepas kakitangan itu masuk semula tidak lama selepas itu, rakannya meminta hujung jari yang terputus itu, tapi dia memberitahu ia dibuang ke dalam mangkuk tandas.

"Rakan kakitangan itu terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana dia tidak merujuk kes berkenaan kepada doktor bertugas," katanya ketika ditemui di Taman Delima, di sini, semalam.

Zuraiza berkata, dia kemudian bertanya mengenai tindakan kakitangan itu, tetapi lelaki terbabit hanya menjawab hujung jari berkenaan dibuang kerana tidak boleh digunakan lagi.

"Anak saya kemudian dibawa berjumpa doktor dan saya memberitahunya hujung jari anak saya yang terputus itu dibuang ke dalam mangkuk tandas oleh seorang kakitangannya.

"Biarpun terkejut dengan jawapan saya, doktor terbabit hanya memberitahu dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyambung semula jari anaknya kerana hujung jari yang putus itu sudah tiada.

"Saya kecewa dengan tindakan kakitangan itu dan hairan mengapa dia mengambil keputusan sendiri tanpa merujuk kepada doktor. Apakah kakitangan kecemasan boleh membuat keputusan tanpa merujuk kepada doktor?" katanya.

Menurut Zuraiza, dia boleh menerima hakikat jika hujung jari yang terputus itu tidak dapat disambung kembali, tetapi kakitangan itu sepatutnya memulangkan semula bahagian berkenaan, bukan dibuang ke dalam mangkuk tandas.

Disebabkan tidak puas hati dengan tindakan kakitangan itu, Zuraiza membuat laporan di Balai Polis Kota Star.


Siapa Yang Sebenarnya Buat Kecoh Dalam Himpunan BERSIH?

Posted: 21 Jun 2011 08:05 AM PDT

BERSIH: Siapa yang mulakan kekecohan?

Tarikh 9 Julai ini mungkin akan menjadi tarikh keramat. Tarikh di mana rakyat Malaysia berpesta meraikan demokrasi dan merayakan hak mereka di bawah perlembagaan.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menyatakan hasrat mereka untuk membuat perarakan di ibu kota pada 9 Julai ini.

Tidak ketinggalan Umno juga mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk membuat perarakan pada hari yang sama untuk 'memperkukuhkan sistem demokrasi yang ada dan turut serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) yang di katakan akan membawa gelombang berlawanan iaitu 'anti BERSIH'.

Ada beberapa persoalan yang timbul di sini.

Pertama siapa yang ingin memulakan kekecohan?

Bagi saya pihak BERSIH sendiri sudah berjanji akan lakukan perhimpunan secara aman. Kenapa ada pihak yang mesti pilih masa yang sama iaitu 9 Julai untuk berhimpun bagi memperkukuhkan sistem demokrasi ataupun anti kepada BERSIH bermakna tidak setuju dengan enam tuntutan yang di sepakati oleh rakyat.

Jika PERKASA benar-benar bencikan himpunan seperti ini atau mengangap ianya tidak wajar, kenapa pula PERKASA tidak lancarkan 'anti-Umno', sebab Umno juga di khabarkan akan turut serta dalam himpunan aman tersebut dan kenapa pula mereka iaitu PERKASA juga ingin berhimpun?

Saya menghormati dan mendukung hak mana-mana pihak yang ingin berarak untuk berhimpun dengan aman, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata.

Ini selaras dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang memperuntukkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan untuk berpersatuan.

Hak untuk berhimpun dengan aman adalah hak asasi yang dijamin Perlembagaan dan juga merupakan suatu kebebasan politik dan sivil. BERSIH 2.0, Umno mahupun PERKASA, mereka mempunyai hak yang sama rata untuk berhimpun dengan aman.

Cuma yang menjadi persoalan kenapa ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan kekecohan. Adakah sengaja ingin mencari sebab untuk menangkap rakyat yang sertai BERSIH 2.0?

Umno mahupun PERKASA yakin bahawa bukan puluhan ribu rakyat akan turun berhimpun, tetapi ratusan ribu akan turun sertai BERSIH 2.0, oleh sebab itu berbagai usaha yang dilakukan untuk menakutkan rakyat dengan ugutan dan sebagainya.

Perlu diingat seseorang itu mempunyai hak untuk mendesak permansuhan Akta Dalam Negeri (ISA), menyeru kebebasan badan kehakiman atau membantah ketidakadilan adalam sistem pilihan raya.

Pihak polis sepatutnya memainkan peranan yang sepatutnya. Tidak perlu membazirkan masa dan wang ringgit untuk menghalang perhimpunan yang akan berlaku.

Tidak ada gunanya mengenakan sekatan jalan raya, menahan orang yang berbaju warna kuning dan mungkin memudahkan perjalanan orang berbaju merah sebagai contoh. Perta demokrasi tidak wajar dihalang.

Peranan polis seharusnya memudahkan demonstrasi yang akan diadakan. Tidak perlu menembak cecair ataupun gas pemedih mata, kerana tindakan itu yang memulakan kekecohan. Tunggu dan lihat, pastikan semuanya aman, itu yang terbaik. Baik sepertimana yang dilakonkan dalam Gerak Khas.

Saya cukup yakin anak muda pasti akan turut bersama dengan rakyat, bagi saya anak muda mahupun rakyat bukan penakut yang hanya sembunyi di dalam rumah kerana bimbang dengan ugutan di tangkap dan sebagainya.

Saya bersetuju dengan kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya " Najib nak batal BERSIH, boleh. Kalau esok kerajaan ambil keputusan jamin akan adakan pilihan raya bebas dan adil termasuk bersihkan senarai daftar pengundi, saya akan arahkan Ambiga untuk batalkan".

Saya kira kenyataan ini cukup jelas tiada agenda tersembunyi sepertimana Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liong Tiong Lai nyatakan bahawa himpunan aman ini merupakan taktik kotor pihak pembangkang membangkitkan emosi rakyat supaya membenci kerajaan.

Sepatutnya Umno, MCA dan PERKASA mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan bersumpah tetapi supaya berjanji untuk mengadakan pilihan raya umum yang akan datang secara telus, bersih dan adil. Itu jalan yang terbaik bukannya turun menentang himpunan rakyat yang hanya akan menimbulkan kekecohan. -mk

Penulis adalah Ketua Penerangan GAMIS Pusat

PAS Selangor, Khalid & Saari Kembali, Ibarat Sirih Pulang Ke Ganggang

Posted: 21 Jun 2011 06:40 AM PDT

Khalid, Saari kembali ke PAS Selangor

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dan ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dilantik semula ke jawatan masing-masing sebelum ini iaitu timbalan pesuruhjaya (TPJ) III dan Ketua Penerangan PAS Selangor dalam mesyuarat pertama perhubungan negeri malam semalam.

Pada November 2008, Khalid dan Saari Sungip dilucutkan jawatan oleh Datuk Dr Hasan Ali yang ketika itu pesuruhjaya PAS Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman turut mengumumkan perlantikan exco kerajaan Selangor Iskandar Abdul Samad sebagai timbalan pesuruhjaya I.

Bekas exco pemuda PAS pusat, Salehin Muhyi pula dipilih sebagai timbalan pesuruhjaya II.

Dr Rani pada sidang akhbar sulung PAS Selangor di Shah Alam hari ini juga melaporkan Khairudin Othman dikekalkan sebagai setiausaha perhubungan negeri.

Khairuddin walaupun dilihat sealiran dengan Dr Hasan, beliau dikatakan tiada masalah ekoran prestasi baiknya selama ini.

Dr Rani juga berkata Izham Hashim telah dilantik sebagai bendahari yang baru.

Dr Hasan pula dilantik ahli jawatankuasa bersama dengan seorang lagi exco Dr Halimah Ali.

Turut dilantik adalah Noraini Husin, Mohd Sani Hamzan (timbalan ketua pemuda negeri), Ahmad Mohd, Ustazah Mariam dan pakar IT Abdul Rahman Sadikin.

Dr Hasan dan ketiga-tiga timbalan pesuruhjaya bagaimanapun tidak hadir dalam sidang media itu kerana dikatakan mempunyai tugas lain.

Ulasan GB

GB ucapkan tahniah kepada kedua-dua YB berkenaan kerana telah dibawa masuk semula ke dalam barisan pimpinan PAS Selangor. Umpana sirih pulang ke ganggang.

Allah Maha Berkuasa dan Dia mendengar keluhan GB sebelum ini yang GB sampaikan di dalam entri bertajuk Tuntutan Akar Umbi: Pecat Segera Hassan Ali.

Masa itu ulasan GB berbunyi demikian:

GB pun hairan kenapa pimpinan PAS Pusat dulu begitu tegas mengambil tindakan ke atas Khalid Samad, tetapi lemah gemalai terhadap Hassan Ali yang telah berkali-kali melanggar ketetapan Muktamar.

Apabila ditinjau barisan pimpinan yang ada, empat jawatan tertinggi parti dikuasai oleh mereka yang mempelupori gagasan Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan seorang Naib Presiden.

Maka tidak hairan mengapa terdapat semacam konspirasi di dalam parti. Di depan hentam UMNO komain lagi, seolah mereka pejuang PAS sebenar, sedangkan hakikatnya mereka masih atur pertemuan dalam gelap.

Memang jahat bangat kumpulan tersebut.

Hasbunallah!


Kini akhirnya tak sia-sia GB menyebut ungkapan "hasbunallah" itu. Allah benar-benar membantu dengan menyusun semula pimpinan Parti Islam SeMalaysia daripada rosak binasa angkara tangan-tangan durjana di dalam parti.

Dan GB sedar masih ada saki baki yang tercicir yang masih cuba untuk merosakkan parti, tapi insyaAllah mereka akan terus dihantar ke lembah kegagalan dan kebinasaan.

Kita jundullah dan parti kita hizbullah. Musuh dalam dan luar parti akan kita lawan kerana mereka aduwullah.

Allah akan tetap bersama-sama orang yang ikhlas berjuang keranaNya.

Walaupun GB cuma ahli/blogger biasa, yang tak dipandang lansung oleh pimpinan parti, namun Allah tak sia-siakan pengharapan dan doa GB dengan satu perkataan itu - hasbunallah. Dan itulah sebenarnya nikmat penghargaan dari Ilahi walaupun jasa blogger dilupai oleh pimpinan dalam parti.

Dan kini, ambang PRU, seperti dulu-dulu, tugas blogger PAS lagi besar menanti, untuk menghadapi hizbusy-syaitan yang jahatnya tak terperi. GB berpandangan ramai pemimpin PAS yang akan menang, tetapi, GB yakin juga ramai juga pimpinan PAS yang sombong-mombong dengan para blogger seperti GB ini juga akan tewas, kita sama-sama tunggu nanti.

Kemenangan Parti Ikut Sentimen Rakyat, Himpunan Bersih Juga Ikut Sentimen Rakyat!

Posted: 21 Jun 2011 04:50 AM PDT

SPR: Kemenangan parti ikut sentimen pengundi

Kemenangan dan kekalahan sesuatu parti yang bertanding di dalam pilihan raya berubah mengikut sentimen pengundi.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sepatutnya dipersalahkan di atas keputusan sesuatu pilihan raya, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Parti dan calon yang disukai akan menang. Buatlah macam mana pun, sentimen memainkan peranan. Ini sentimen pada (pilihan raya umum) 2008. Pada 2004 berbeza.

"Dan saya yakin sentimen akan berubah (lagi) dan ini jangan salahkan SPR. Ada masanya kita menang ada masanya kita kalah," katanya semasa wawancara khas bersama RTM bertajuk "SPR Menepati Proses Demokrasi" selama 30 minit yang dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Seksyen Berita TV Jabatan Penyiaran Malaysia Sayuti Mukhtar di Kuala Lumpur, malam semalam.

Menyentuh mengenai cadangan menurunkan had umur mereka yang layak mengundi kepada 18 tahun daripada 21 tahun pada masa ini, Abdul Aziz berkata ia memerlukan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, seperti juga penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundi mengundi dua kali dalam satu-satu pilihan raya.

Katanya, tidak ada peruntukan di dalam Perlembagaan yang menghalang seseorang itu mengundi sekiranya terdapat dakwat kekal di jari, tangan malahan pada badan sekalipun dan tindakan menghalang boleh menyebabkan SPR dicabar mengikut undang-undang.

"Untuk pinda Perlembagaan, ia memerlukan persetujuan dua pertiga anggota Dewan Rakyat. Untuk dapat dua pertiga sangat susah kerana hasil risikan saya, jika pemerintah setuju, pembangkang tidak bersetuju, pindaan tak boleh lulus dan begitu juga sebaliknya," katanya.

Abdul Aziz berkata sekiranya pindaan ini diluluskan, barulah Malaysia boleh mencontohi India dan Indonesia yang menggunakan dakwat kekal dalam proses pilihan raya mereka.

Selepas program itu, Abdul Aziz memberitahu Bernama bahawa SPR sentiasa membuka ruang perbincangan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk berbincang bagi menambahbaik perjalanan pilihan raya di negara ini.

"Di sini juga saya ingin membetulkan laporan yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian, Sabtu lepas yang mengatakan SPR telah menutup pintu perbincangan kepada kumpulan itu ( Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

"Sebenarnya SPR tidak menutup pintu perbincangan malah bersedia berbincang dengan mana-mana pihak termasuk parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan untuk kebaikan dan menyuburkan proses demokrasi di negara ini," katanya. - Bernama

Ulasan GB

Apakah Pengerusi SPR merasakan mudah sangat untuk menipu rakyat Malaysia?

Kita ingin suarakan bahawa jika demikian jawapan Pengerusi SPR, maka kita jawab: Himpunan Bersih juga adalah mengikut sentimen rakyat. Justeru itu anda perlu patuh dan ikut kehendak rakyat!

Buktinya:


Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH

Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.

Menurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.

Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden. -mk



Saman Ekor: Kerajaan Degil Tak Patuh Undang-undang, Harapan BN Kalah PRU Jelas

Posted: 21 Jun 2011 03:15 AM PDT

PDRM Tidak Bercadang Batal Senarai Hitam Pesalah Saman Ekor - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bercadang membatalkan tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan, terutamanya yang terlibat dengan kesalahan trafik di bawah saman ekor.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata sehingga 30 April lepas sebanyak 11,814,008 saman ekor atau Notis Saman POL 170A masih belum dijelaskan lagi.

"Walau bagaimanapun tindakan menyenarai hitam ini ditangguhkan buat sementara waktu kerana PDRM bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Peguam Negara sedang mengemas kini prosedur berkaitan dengan tindakan tersebut," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pada sidang Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Sim ingin tahu jumlah tunggakan saman ekor yang masih belum dijelaskan serta adakah benar tindakan menyenarai hitam telah dibatalkan dan sama ada kementerian bercadang menghadapkan Orang Kena Saman (OKS) yang belum menjelaskan saman ke mahkamah.

Hishamuddin berkata, bagi pesalah trafik OKS, mereka boleh menyelesaikan saman masing-masing sama ada dengan membayar kompaun atau melalui perbicaraan di mahkamah. Beliau berkata, dalam hal tersebut, tindakan yang dilaksanakan oleh PDRM terhadap pesalah trafik adalah lebih bersifat prosedural dengan pendekatan awal iaitu melalui khidmat nasihat bagi menyemai budaya pemanduan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya kepada pengguna.

Hishammuddin berkata, pendekatan itu bertujuan untuk menggalakkan orang ramai tampil untuk menyelesaikan saman mereka di pusat pembayaran saman seperti ibu pejabat polis daerah (IPD), pejabat pos, kaunter PDRM di pusat beli-belah terpilih serta portal iaitu www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

"Sekiranya OKS enggan menyelesaikan notis ini, PDRM akan menjalankan operasi mencari dan mengesan pemilik yang melakukan kesalahan untuk menyerahkan saman POL 257 dengan turut menyatakan tarikh serta masa untuk mereka hadir ke mahkamah, bagi mencari pertuduhan,"katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Mengikut peruntukan undang-undang: seseorang individu tidak boleh dianggap bersalah, selain dibuktikan dalam mahkamah.

"Perlembagaan jelas mengatakan, tindakan tidak boleh diambil ke atas individu sebelum dibuktikan bersalah dalam mahkamah termasuk menahan cukai jalan mengikut peruntukan undang-undang negara ini.


Anda mengharapkan rakyat saja yang mematuhi undang-undang sedangkan PDRM dan kerajaan sendiri tidak mematuhinya?


Saman Ekor: Fahami isu sebenar

Saya ingin merujuk kepada siaran akhbar Berita Harian bertarikh 11/3/2011 yang memetik ulasan seorang Pakar Perlembagaan Profesor Dr Rohimi Shapiee. Saya amat dukacita dengan perkembangan dan ulasan tersebut yang melabelkan pihak-pihak yang tidak menggalakkan rakyat membayar saman sebagai sebagai nakal dan menggalakkan pemandu supaya terus melanggar undang-undang.

Saya ingin tegaskan pendirian kami di Jawatankuasa Kempen Anti saman Ekor (KASE) bahawa kami tidak sekali-kali bersetuju dan menggalakkan pemandu-pemandu kenderaan memandu tidak mengikut peraturan. Setiap pemandu mestilah memandu dengan berhemah kerana jalanraya bukan harta persendirian tetapi hak bersama. Kami juga tidak bersetuju dengan penguatkuasaan yang tidak mengikut peraturan sedia ada. Atas hujah dan pendirian ini, kami melancarkan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) iaitu bertujuan memberikan penerangan tentang hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan, prinsip keadilan dan pematuhan peraturan serta prosedur tindakan undang-undang.

Tidak pernah pada bila-bila masa dan ketika, Kami menyatakan bahawa Saman Ekor yang dikeluarkan oleh PDRM adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan Akta. Jika ada, saya merasakan kenyataan dan pendirian kami telah disalah tafsir. Saya ingin memperbetulkan pemahaman dan persepsi sesiapa sahaja termasuk Pakar Perlembagaan tersebut supaya sebelum membuat sebarang ulasan atau komen, FAHAMI dahulu apa isu yang dibawa dan ditimbulkan.

Saya ingin menegaskan bahawa Saman Ekor yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi hanya sekadar notis meminta maklumat pemandu daripada pemilik kenderaan yang dikeluarkan mengikut Seksyen 115 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Notis ini disebut sebagai Pol 170A. Fakta ini tidak pernah disangkal malah diakui oleh Kementerian Dalam Negeri, PDRM malah Timbalan Menteri Pengangkutan di dalam Dewan Rakyat. Saya mohon kerjasama pihak-pihak yang ingin membuat ulasan supaya lebih rajin membaca daripada membuat ulasan dan komen berasaskan lojik akal fikiran. Pernahkah pihak-pihak yang membuat ulasan ini meneliti setiap patah perkataan yang terkandung di dalam notis Pol 170A tersebut sebelum membuat komen? Baca dan fahami kandungannya dahulu kemudian nyatakan komen dan ulasan.

Mengikut Seksyen 115 (1) APJ 1987 setiap pemilik kenderaan apabila diberikan notis Pol 170A ini hendaklah memberikan maklumat pemandu yang disyaki telah melakukan kesalahan yang dinyatakan di dalam notis tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh notis diterima. Kegagalan memberikan maklumat boleh dianggap melakukan kesalahan melainkan pemilik memuaskan hati mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa yang memandu. Maksud memuaskan hati mahkamah tersebut ialah seseorang pemilik jika ingkar menjawab notis tersebut maka pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini hendaklah mengeluarkan suatu notis (Saman) di bawah Seksyen 53(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Persoalannya adakah semua prosedur ini diikuti oleh pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini?

Bersama Notis Pol 170A ini juga dikepilkan Notis Pol 171 iaitu menawarkan kompaun kepada pemilik kenderaan jika pemilik mengakui kesalahan dan ingin menerima tawaran kompaun, pemilik boleh menjelaskannya. Perlu diambil perhatian bahawa tawaran kompaun ini diberikan melalui Seksyen 120 (1) APJ 1987. Kompaun ini hanyalah semata-mata tawaran. Bukan suatu bentuk hukuman atau denda. Kompaun ini juga mempunyai tempoh sah laku kerana di dalam Notis Pol 171 di perenggan 4 dinyatakan begini "Tawaran ini berkuatkuasa sehingga (tarikh). Sekiranya tiada jawapan selepas tarikh ini, tindakan saman akan diambil". Ini dengan jelas menunjukkan bahawa kompaun tersebut hanyalah suatu tawaran, dan jika pemilik atau yang disyaki melakukan kesalahan tidak menerima tawaran kompaun tersebut dan enggan membayar, maka mereka hendaklah disaman supaya hadir di Mahkamah menjawap pertuduhan ke atas mereka. Saman ini dikeluarkan mengikut Seksyen 53(1) APJ 1987 yang disebut sebelum ini.

Persoalannya, adakah prosedur ini juga diikuti oleh pihak berkuasa?

Perkembangan yang berlaku sekarang ialah pihak berkuasa iaitu Kementerian dalam Negeri melalui PDRM telah menghukum orang yang disyaki melakukan kesalahan lalu lintas sedangkan mereka tidak pernah dibuktikan melakukan kesalahan. Mereka dihukum dengan alasan tidak membayar kompaun sedangkan kompaun hanyalah tawaran. PDRM pula mengambil kesempatan di atas kurangnya pemahaman rakyat tentang undang-undang dan peraturan telah menghukum dengan meminta JPJ menyenarai hitam kenderaan bertujuan memaksa mereka membayar kompaun. INILAH TINDAKAN YANG BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN!

Kenapa ia bertentangan dengan Perlembagaan?

a) Kesalahan yang dikatakan telah dilakukan tersebut belum dibuktikan.

Rujuk kembali kepada ulasan asal di atas. Jika Pemilik kenderaan ingkar notis, sepatutnya mereka dihadapkan ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka ingkar notis tersebut. Pelbagai persoalan akan timbul di sini. Adakah notis tersebut telah dikeluarkan? Adakah notis tersebut telah diserahkan dengan sempurna?

Notis boleh diserahkan kepada pemilik kenderaan mengikut Seksyen 118 APJ 1987 iaitu dengan pos berdaftar. Jadi pihak berkuasa perlu membuktikan terlebih dahulu notis itu telah dikeluarkan. Kemudian buktikan notis itu telah diserahkan iaitu dengan bukti pengeposan daripada pejabat pos berkaitan. Jika ada bukti tersebut barulah pemilik perlu buktikan kenapa beliau ingkar. Jika beliau telah memuaskan hati mahkamah dengan alasan-alasannya maka kemungkinan akan dilepaskan. Jika tidak dapat memuaskan hati Mahkamah, kemungkinan akan dijatuhkan hukuman kerana ingkar notis. Belum lagi soal memandu melebihi hadlaju. Adakah ini dilakukan dalam situasi sekarang ini? Jawapannya tidak kerana Timbalan Menteri Pengangkutan sendiri mengakui di Dewan Rakyat pada 8/3/2011 bahawa jika seseorang ingkar Notis Pol 170A ini maka mereka secara automatik dianggap melakukan kesalahan. Ini suatu anggapan yang salah di sisi undang-undang.

Jika pemilik atau pemandu disyaki memandu melebihi hadlaju, mereka sepatutnya disaman hadir ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka telah melakukan kesalahan tersebut. Adakah ini dilakukan? Tidak! Mereka terus disenarai hitam kerana tidak membayar kompaun. Sepatutnya PDRM membawa mereka ini ke Mahkamah, buktikan mereka memandu melebihi hadlaju. PDRM sentiasa mengatakan mereka mempunyai bukti, jadi buktikan di Mahkamah. Bukan dengan bekerjasama dengan JPJ untuk menyenarai hitam supaya pemilik kenderaan membayar kompaun. Ini salah! Kenapa PDRM tidak membawa mereka ini ke Mahkamah untuk dibuktikan kesalahan? Mungkin PDRM tahu bahawa mereka tidak dapat membuktikan kesalahan tersebut.

Perlu diambil perhatian bahawa APJ 1987 tidak memperuntukkan sebarang penggunaan imej yang dirakam untuk diterima pakai sebagai bukti di Mahkamah. Setelah APJ 1987 dipinda pada 22/12/2010 dan mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 barulah imej yang dirakam diterima sebagai bukti di Mahkamah. Ini disebut di dalam seksyen 117 (11) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 seperti berikut : Dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, apa-apa imej yang dirakamkan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini hendaklah diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie bagi fakta yang dinyatakan di dalamnya.

Akan ada pula pihak yang akan mengatakan bahawa gambar boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah mengikut peruntukkan Akta Keterangan 1950. Betul, tetapi gambar bagaimana, bagaimana gambar diambil. Jika boleh digunakan peruntukkan Akta Keterangan 1950, kenapa kerajaan bersusah payah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memasukkan penggunaan gambar (imej) sebagai bukti yang boleh diterima?

Apa yang menyedihkan lagi, sudahlah gambar tidak boleh diterima sebagai bukti, para pemandu dan pemilik telah dikenakan bayaran RM10 untuk melihat dan mendapatkan salinan gambar tersebut oleh PDRM. Sudah lah tidak dibuktikan lagi mereka bersalah, mereka dikenakan bayaran untuk membuktikan mereka tidak bersalah. Sistem keadilan apa yang kita guna???

b) Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Ada dua (2) isu di sini :

a) Pembuktian bersalah; dan
b) Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah.

Pembuktian salah.

Seperti yang diulas sebelum ini, adakah semua yang dituduh dan dikeluarkan Saman Ekor ini telah dibuktikan melakukan kesalahan oleh PDRM dan JPJ? Di Mahkamah mana mereka ini dibuktikan bersalah? Jika tidak pernah dibuktikan bersalah, kenapa menghukum?

Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah?

Kuasa untuk menghukum ini adalah kuasa Mahkamah. Inilah tujuannya diwujudkan tiga (3) cabang dalam kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Polis tiada kuasa menghukum. JPJ tiada kuasa menghukum malah kerajaan tiada kuasa menghukum. Hanya Mahkamah sahaja mempunyai kuasa ini. Justeru tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan ini adalah suatu hukuman. Siapa yang menyenarai hitam? Bukan Mahkamah tetapi JPJ. Adakah JPJ telah mendapat perintah Mahkamah untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan?

JPJ akan menyatakan mereka mempunyai kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 untuk menghalang transaksi. Bagaimana kuasa tersebut perlu dibuat? Peruntukkannya menyebut bahawa Pengarah JPJ hendaklah berpuashati bahawa seseorang itu tidak mempunyai "perkara yang belum selesai". Bagaimana JPJ hendak berpuashati? Mestilah membuat suatu siasatan seperti memberikan peluang membuat representasi kepada pemilik. Ini disebut di dalam Seksyen 17(2) APJ 1987. Adakah ini dibuat? Tanyalah JPJ.

Senario sekarang ini adalah hukum dahulu buktikan kesalahan kemudian. Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadilan.

c) Menyenarai hitam bermaksud menghalang rakyat menggunakan harta.

Perkara ini diulas dengan terperinci di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280.

Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuching tersebut telah memutuskan bahawa "perkara yang belum selesai" yang dimaksudkan di dalam Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 ialah perkara yang telah dibawa ke mahkamah di mana yang dituduh tidak membela diri.

Mahkamah juga memutuskan bahawa tindakan JPJ Negeri Sarawak menyenarai hitam di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Malah tindakan tersebut juga dianggap bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat menggunakan harta mereka.

Akhirnya Mahkamah Tinggi telah membenarkan tuntutan gantirugi terhadap JPJ kerana telah menyebabkan kerugian kepada pemohon di dalam kes itu akibat kehilangan penggunaan harta beliau iaitu kereta yang disenarai hitam.

Justeru saya ingin mengambil peluang ini untuk memperbetulkan persepsi dan pemahaman sesetengah pihak supaya apa yang diperjuangkan dan dibahaskan ini adalah isu penyalahgunaan proses keadilan. FAHAMI ISU SEBENAR! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

11/3/2011



Tiada ulasan: