Kelab Greenboc |
- Hapuskan Pemusatan Kuasa Di Tangan PM, Peguam Negara - Ku Li
- Proton Perdana Bawa Lembu Di dalamnya
- [Video] Trent, Bayi Satu Tahun Yang Tak Takut Singa
- Hormati Hak Berhimpun Rakyat - GAMIS
- Mat Sabu Digeruni, LL4G Batalkan Ceramahnya Atas Arahan Najib?
- Muhyiddin Akui BN Bakal Tumbang Kerana BERSIH
- Isu Tunangkan Anak: Siapa Tanggung Pembiayaan Kos?
- MB Selangor Sampaikan RM483,800 Kepada 84 Keluarga Setinggan
- Keangkuhan Melulu Rais Akan Undang Lebih Ramai Penggodam
- Puting Beliung Melanda Mersing, Sampan Berpusing Di Udara
- Rais Mengingau, Kaitkan Penggodam Dengan Bersih 2.0
Hapuskan Pemusatan Kuasa Di Tangan PM, Peguam Negara - Ku Li Posted: 19 Jun 2011 01:40 AM PDT Ku Li: Gugur pemusatan kuasa di tangan PM, Peguam Negara KUALA LUMPUR, 19 Jun — Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar pemusatan kuasa di pejabat Perdana Menteri dan Peguam Negara dikaji balik agar kepentingan rakyat jelata tidak terus terhakis sebagaimana disaksikan sejak tiga dekad lalu. Dalam pandangan yang lantang terbaru ini, Ahli Parlimen Gua Musang (gambar) itu berkata, cabaran pada hari ini ialah meneliti kembali pemusatan kuasa di tangan individu tertentu termasuk perdana menteri dan mengembalikan persekitaran politik yang "imbang dan periksa" demi rakyat menikmati amalan demokrasi yang tulen. "Kita sebagai rakyat Malaysia perlu mendapatkan balik hak-hak kita dalam (negara) demokrasi, bahawa kuasa dan jawatan adalah satu amanah dan tanggungjawab, bukan untuk kepentingan peribadi ataupun sebagai satu peluang untuk memperkayakan diri. "Kita, sebagai rakyat yang aktif dalam politik dan bertanggungjawab, perlu menekankan semula konsep obligasi sosial dan tanggungjawab awal ke atas mereka yang mahukan jawatan politik. Kuasa ada tugas, bukan satu jawatan," kata beliau ketika berucap pada majlis Perak Lectures anjuran Perak Academy di Taiping malam tadi. Bekas menteri kewangan itu berkata, kerajaan juga perlu memikirkan semula dasar-dasar ekonomi negara ini khususnya dalam memfokus objektif nasional yang sangat memerlukan tindakan segera. "Dasar ekonomi bukan hanya mengenai penjanaan kekayaan tetapi juga memerlukan satu dimensi moral yang mengambil kira kebaikan kesemua rakyat sebagai satu keutamaan berbanding keuntungan (semata-mata)," kata beliau dalam ucapannya yang secara panjang lebar menyentuh perubahan dalam keutamaan negara sejak tiga hingga empat dekad lalu berbanding teras mesej disampaikan ketika perisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka pada 1957. "Falsafah yang menjadi panduan ialah tanggungjawab (pemegang) jawatan awam. Jawatan awam dilihat sebagai satu tugas, bukan satu peluang (mencari kepentingan diri). "Jawatan awam juga sebahagian daripada komitmen politik untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil, saksama, kohesi dan seimbang," kata beliau sambil menambah, elemen-elemen itu disepadukan oleh keperluan tanggungjawab turun-temurun bagi mereka yang akan menggantikan kepimpinan pada masa-masa mendatang. Justeru kata Tengku Razaleigh, salah satu kerugian besar dalam dunia pemegangan jawatan awam dan politik di Malaysia pada hari ini ialah kehilangan tanggungjawab turun-temurun ini atau yang bersifat generasi. Katanya, setiap tindakan dan pendekatan kelihatan dikelilingi oleh sikap tamak dan keinginan mahu menjadi bilionair, yang turut membawa kepada piramid kroni dalam parti-parti politik pemimpin yang memerintah dan sekutu-sekutu dalam bisnes. "Ia kombinasi hierarki kroni politik dan kroni bisnes yang membawa kepada pemusatan kuasa dalam kepimpinan politik semasa dan di pejabat Perdana Menteri," kata Ketua Umno Gua Musang ini, yang pernah menyaingi Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden Umno pada 1987. Dr Mahathir yang memegang jawatan perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981 digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Oktober 2003 dan kemudian oleh Datuk Seri Najib Razak sejak April 2009. Sehubungan itu kata Tengku Razaleigh, pemusatan kuasa di tangan satu individu telah membawa kepada manipulasi sistem politik iaitu institusi-institusi kuasa termasuk media. Banyak media sama ada akhbar atau stesen televisyen dimiliki oleh parti-parti politik teras dalam Barisan Nasional (BN) khususnya Umno. Dakwaan sebelum ini menyebut bidang kehakiman turut hilang kebebasan ketika era kepimpinan Dr Mahathir, tetapi perdana menteri keempat itu menafikan perkara tersebut banyak kali. "Sebagai pertukaran kepada pemusatan kuasa, sikap tamak dan kepentingan peribadi digalakkan menerusi (kepimpinan melalui) teladan dan dalam topeng kesetiaan kaum yang sewajarnya menerima ganjaran," katanya. Bertolak daripada itu, Tengku Razaleigh berkata, persekitaran ini wujud di semua parti dalam struktur kuasa yang ada sekarang. "Situasi ini adalah sesuatu yang sangat bahaya dan sukar untuk dipatahkan sebab pemusatan kuasa sudah wujud sejak tiga dekad lalu," kata pemimpin kelahiran Kelantan ini. Tengku Razaleigh juga menarik perhatian bahawa persekitaran itu juga membawa gaya kepimpinan politik "talam dua muka" dan "cakap angin" — seolah-olah mempamerkan kepimpinan 'cakap tak serupa bikin'. Malah menurutnya, sikap sedemikian membawa politik yang menggalakkan pendekatan atau amalan mengaburkan maklumat. "Tema yang ketara ialah polisi menggunakan (elemen) perkauman dan agama di satu pihak dan bercakap mengenai perpaduan di pihak lain dengan menjadikan rakyat sebagai tebusan dalam usaha kekalkan status quo kuasa. "Akibatnya, kebimbangan mengenai perkauman dan agama mencengkam setiap aspek kehidupan, dalam politik, ekonomi, pendidikan dan pekerjaan, sedangkan realiti semasa tiada kaitan dengan agama atau kaum," kata beliau. -TMI |
Proton Perdana Bawa Lembu Di dalamnya Posted: 18 Jun 2011 11:00 PM PDT Alor Gajah: Taktik tiga lelaki menyamar sebagai anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum mencuri seekor lembu jantan di Simpang Guthre, Tebong, dekat sini, kecundang apabila seorang daripada mereka ditahan polis, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 3.45 pagi, tiga lelaki berusia 40-an itu memberhentikan kereta Proton Perdana V6 dinaiki mereka selepas menyumpit lima ekor lembu di dalam pagar rumah penduduk dikenali sebagai P Bakachander, 47. Jurucakap polis berkata, mangsa menyedari gerak-geri tiga suspek itu yang berlegar-legar di persekitaran rumahnya sebelum menyumpit lima lembu dan memasukkan seekor daripadanya ke dalam kereta dan melarikan diri. Mangsa kemudian menghubungi polis sebelum anggota peronda yang meronda di sekitar Alor Gajah serta berdekatan mengesan dan mengepung kereta terbabit di setiap penjuru jalan raya ke arah Bukit Bulat. "Bertindak atas maklumat itu, enam kereta peronda bergegas ke lokasi sebelum terserempak dengan kereta suspek bergerak laju ke arah Hutan Percha, Kemuning kemudian ke Solok Menggong sebelum berpatah balik dan berselisih dengan sebuah kereta peronda. "Anggota peronda kemudian mengejar kereta suspek yang memecut laju dan berjaya menghalangnya ketika kereta itu membelok ke arah Machap," katanya. Menurutnya, ketika kenderaan suspek dikepung, mereka cuba melarikan diri dengan keluar menuju ke arah ladang kelapa sawit berhampiran, namun seorang daripada mereka tidak bernasib baik apabila kakinya terbolos ke dalam longkang sebelum ditangkap. "Dua suspek lagi gagal dikesan kerana melarikan diri di dalam ladang sawit dan pemeriksaan ke atas kereta menemui satu sumpit menggunakan bahan PVC dan pelekat lambang polis," katanya. Sementara itu, Balachander berkata, ketika kejadian dia berada berdekatan lembunya di dalam kawasan berpagar selepas menyedari sebuah Proton Perdana V6 di depan rumahnya dalam keadaan mencurigakan. "Beberapa minit selepas itu lima ekor lembu saya tumbang tanpa menyedari ia disumpit tiga lelaki dari dalam kereta tadi sebelum mereka mendekati saya sambil mendakwa anggota polis. "Pakaian mereka ada lambang polis dan saya melihat seekor lembu rebah berhampiran pagar manakala empat lagi di dalam pagar sebelum mereka mengangkat dan memasukkan lembu di tempat duduk belakang dan terus beredar. "Saya pelik apabila mereka memasukkan lembu yang pengsan ke dalam kereta yang diubah suai sedangkan pada mulanya mendakwa anggota polis," katanya. -HM |
[Video] Trent, Bayi Satu Tahun Yang Tak Takut Singa Posted: 18 Jun 2011 10:30 PM PDT Colorado - Seorang bayi berusia satu tahun bernama Trent, kini sedang diangkat menjadi selebriti di Youtube kerana sikapnya yang berani menghadapi geraman singa. Dalam kunjungannya ke kebun binatang di Cheyenne, Colorado, Amerika Serikat, Trent kelihatan begitu tertarik dengan haiwan pemaging betina bernama Lomela. Tak seperti anak kecil lainnya yang biasanya takut atau bahkan menangis bila melihat haiwan menakutkan menyeringai di hadapannya, berbeza dengan Trent yang kelihatan terpukau dan justeru dilihat semakin berani dengan haiwan tersebut. Dengan aman Trent melihat sang singa yang menggeram dan memperlikan taringnya dari balik dinding kaca yang kukoh. Momen tersebut diabadikan oleh orangtua Trent dan dimuatnaik ke YouTube. Telegraph menyiarkan kisah ini pada Jumaat (17/6/2011) video Trent yang lucu ini sudah dilihat oleh 2 juta pengguna YouTube. -okezone |
Hormati Hak Berhimpun Rakyat - GAMIS Posted: 18 Jun 2011 07:30 PM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu berlapang dada dan tidak terus menutup pintu rundingan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dalam usaha memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini. Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Mohd Yusof Hadhari Saidon berkata, SPR harus jelas himpunan BERSIH 2.0 diadakan bukan untuk kepentingan parti politik tetapi untuk rakyat, yang cintakan keluhuran sistem pilihan raya. Malah Mohd Yusof berkata, himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan setelah SPR dan kerajaan pemerintah gagal meneliti empat tuntutan BERSIH kali pertama pada tahun 2007 yang lalu. Antara empat tuntutan itu ialah penggunaan dakwat kekal, penyemakan semula daftar pemilih, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara serta akses media yang adil kepada semua pihak. Sehubungan itulah, himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan menjelang pilihan raya umum ke- 13 kelak. Sempena himpunan kali kedua itu, dua lagi tuntutan ditambah yakni, bantahan penyalahgunaan institusi kerajaan dan lanjutan tempoh masa berkempen yang munasabah. Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Pengerusi SPR, Tan Sri ABdul Aziz Yusof menegaskan pihaknya akan menutup pintu rundingan kepada penganjur BERSIH 2.0 berikutan pihaknya telah memberi ruang itu sebelum ini. Abdul Aziz juga berkata pihaknya telah melakukan beberapa perubahan kearah pilihan raya yang lebih baik. Bagaimanapun Mohd Yusof ketika dihubungi Tv Selangor berkata, sehingga kini tiada apa- apa perubahan yang dilakukan SPR dan salahlaku pilihan raya terus berleluasa. "Sebelum inipun terdapat tuntutan yang dibuat oleh Bersih tetapi banyak yang tidak dilaksanakan. Yang jadi persoalan sekarang ini tuntutan yang lepas itu belum dilaksanakan sebab itu bagi saya tuntutan itu akan dibuat sekali lagi untuk desak SPR ini supaya serius dengan pandangan daripada masyarakat atau rakyat. Mohd Yusof juga membidas kenyataan Abdul Aziz yang mengutuk himpunan aman itu dan angkuh berkata, refrendum rakyat untuk kali kedua pada 9 Julai ini tidak akan sesekali mengubah dasar dan sistem pilihan raya yang sedia ada. "Demonstrasi satu cara yang saya rasakan perhimpunan yang mengumpulkan masyarakat dalam masa yang sama untuk kita nyatakan satu pandangan atau satu kenyataan utuk kita perbetulkan atau kita perbaiki sistem kerajaan yang ada iaitu seperti SPR dan sebagainya," katanya. -tvsnews |
Mat Sabu Digeruni, LL4G Batalkan Ceramahnya Atas Arahan Najib? Posted: 18 Jun 2011 06:00 PM PDT LL4G: Najib arah batal pidato Mohamad Sabu? KUALA LUMPUR, 18 Jun: Pihak penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam ini oleh Perdana Menteri, membatalkan slot pidato yang sepatutnya menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Selain Mohamad yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras itu juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili BN. Tindakan itu difahamkan dibuat ekoran mereka mendapat tekanan dari Pejabat Perdana Menteri. "Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato. "Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi," kata salah seorang petugas ketika ditemui. Malah, nama Mohamad dan Khairy di backdrop yang diletakkan di pentas juga turut ditutup. Khairy bagaimanapun dilihat hadir pada program malam ini. Sehingga kini belum ada sebarang pengumuman dibuat penganjur kepada hadirin yang hadir berhubung pembatalan itu. Bagaimanapun, tindakan penganjur menutup nama Mohamad dan Khairy pada backdrop di pentas, menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka. Ramai dikalangan mereka yang datang malam ini dipercayai mahu melihat Mohamad yang sebelum ini banyak menghentam Umno, duduk sepentas dengan Najib. Bagaimanapun, sebahagiaannya dilihat mula pulang awal apabila mendapat tahu berhubung pembatalan itu. Rasa dipermainkan Mohamad ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan pembatalan itu. Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan berhubung perkara itu pagi tadi. "Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit. "Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini. "Saya rasa dipermainkan," katanya kecewa dan memaklumkan tidak akan hadir program malam ini. Bagaimanapun, penjelasan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat pada sidang media khas jam 10 pagi esok di restoran Haslam, Jalan Pahang. -hd Ulasan GB Bukan sahaja Muhyiddin yang takut dengan Mohd Sabu, rupa-rupanya Najib jugak begitu. Jika sebelum ini Muhyiddin menuduh perhimpunan BERSIH adalah bertujuan untuk menumbangkan BN dan nama Mohd Sabu disebut sebagai dalangnya, maka kini nama Mohd Sabu terpaksa ditutup dengan kain putih. Najib pula fobia dengan figur tersebut. Dibuat macamana sekalipun, jika arus kebangkitan rakyat sudah melanda, bak kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, ibarat air yang turun dari gunung, tidak ada siapa yang mampu menghalangnya. Jika anda menghalangnya anda yang akan dibawa dan dicampakkan oleh arus tersebut. |
Muhyiddin Akui BN Bakal Tumbang Kerana BERSIH Posted: 18 Jun 2011 04:50 PM PDT TPM: Himpunan BERSIH untuk tumbangkan BN Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini bertujuan untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang. Katanya, BERSIH adalah sebagai satu cubaan pihak Pakatan Rakyat untuk menjadikannya sebagai jalan pintas ke Putrajaya. "Saya fikir tujuan mereka tidak baik. Ambiga (Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan) itu kepala saja. Saya tahu di belakangnya ialah pihak-pihak pembangkang apabila Mohamed Sabu diletakkan sebagai timbalan pengerusinya," kata Muhyiddin kepada Bernama selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian di Beaufort hari ini. Timbalan presiden Umno itu berkata Pakatan Rakyat sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu yang mempertikaikan sistem pilihan raya umum di negara ini bagi merealisasikan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan BN. Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memberi penjelasan berkali-kali bahawa pilihan raya dijalankan secara teratur mengikut peraturan sedia ada. "Kalaulah mereka membangkitkan isu yang berkaitan pilihan raya kenapa sekarang mempertikaikan soal itu. Kenapa tidak mempertikainya pada pilihan raya lalu," katanya. Menurut Muhyiddin lagi, tujuan BERSIH mengadakan perhimpunan itu bukan setakat mempersoalkan isu SPR atau perjalanan pilihan raya, tetapi kemungkinan juga sebagai platform untuk membangkit isu yang mungkin menjadi perhatian rakyat dan seterusnya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Tolak kerajaan "Mereka mungkin akan meneruskan momentum ini supaya apabila sampai pilihan raya nanti, kebencian rakyat akan mencapai ke tahap yang tinggi dan menolak kerajaan," katanya. bersih rally 271207 04Beliau berkata demonstrasi jalanan bukan penyelesaian terbaik berkaitan dengan sistem pilihan raya negara, sebaliknya mereka boleh menggunakan demokrasi berparlimen untuk membetulkan keadaan. Muhyiddin berkata pihak polis tidak meluluskan permit perhimpunan kerana tidak mahu kejayaan, kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh negara selama ini akan terjejas hanya kerana kelompok kecil ini. Justeru itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan taktik pembangkang yang mengamalkan 'doube standard' yang mengunakan isu pilihan raya sebagai jalan pintas ke Putrajaya. "Bila BN menang mereka pertikaikan. Bila mereka (pembangkang ) menang, mereka tidak pertikaikan," katanya. Mengenai hasrat Pemuda Umno yang mahu mengadakan perhimpuan pada hari yang sama, Muhyiddin berkata ini adalah reaksi yang jelas bahawa banyak pihak tidak bersetuju dengan perhimpunan BERSIH itu. -mk Ulasan GB Muhyiddin panas punggung dengan BERSIH. Terasa ia satu igauan ngeri sehingga menyatakan perhimpunan aman untuk menuntu pilihanraya bersih dan adil itu bertujuan untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang. Muhyiddin sememangnya berasas untuk berkata demikian bahawa: JIKA PILIHANRAYA BERLAKU DENGAN TELUS, ADIL DAN BERSIH, kerajaan BN akan tumbang. SPR sememangnya selama ini menipu untuk memenangkan BN. Melalui persempadanan pilihanraya yang dilakukan untuk sentiasa berpihak kepada BN, mendaftarkan pengundi-pengundi yang tidak wujud, memindahkan para pengundi tanpa notis, menggunakan helikopter untuk mengangkut kertas undi ke pusat pengiraan (tanpa kehadiran wakil dari parti bertanding), mendaftarkan PATI sebagai pengundi dan bermacam-macam taktik dan startegi yang dilakukan untuk memenangkan BN - itu semua sudah merupakan maklumat umum yang sudah tidak rahsia lagi. Perhimpunan BERSIH, bertujuan mendedahkan salahlaku hubungan haram SPR-BN dan BN terasa gentar dengannya. Hanya yang berbuat salah aakan merasa gentar dan takut dengan perhimpunan BERSIH tersebut. Dan nama Mohd Sabu disebutkan oleh Muhyiddin, Saya tahu di belakangnya ialah pihak-pihak pembangkang apabila Mohamed Sabu diletakkan sebagai timbalan pengerusinya Nama mohd Sabu amat meresahkan Muhyiddin... kerana belau adalah figur yang tak takut mati. Yang telah diuji walau dengan tiang penjara besi, Mohd Sabu masih tetap penggerak massa yang amat ditakuti. Jika SPR berjalan dengan adil dan bersih selama ini, sebenarnya UMNO BN sudah lama mati. Kenyataan Muhyiddin di atas memperakuinya sendiri! |
Isu Tunangkan Anak: Siapa Tanggung Pembiayaan Kos? Posted: 18 Jun 2011 09:30 AM PDT Dr Tan: Siapa biaya kos pertunangan anak Najib? Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong hari ini menimbulkan soalan siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam. Majlis tertutup itu dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang lain. Hanya media rasmi sahaja yang dibenarkan membuat liputan. Majlis itu diadakan sempena pertunangan anaknya Nooryana Najwa kepada Daniyar Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev. "Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000," soal Dr Tan. Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevBeliau yang merupakan bekas ahli parlimen Gerakan dan juga timbalan menteri berkata soalannya itu penting, khususnya ketika rakyat sekarang diminta 'mengetatkan tali pinggang mereka ketika menghadapi kenaikan kos kehidupan'. "Pengurangan subsidi minyak dan barangan keperluan, memeritkan rakyat. Justeru, soalan siapa yang menanggung perbelanjaan itu perlu dijawap, lebih-lebih lagi nota pembelian dibuat atas nama Jabatan PM," katanya. Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa bersalah dari segi moral kerana menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya. "Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi," kata pemimpin PAS itu. NONESebaliknya, Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu. Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu. -mk Ulasan GB Nak tunangkan anak, nak kahwinkan ataupun nak jual sekalipun, tiada siapa yang halang. TETAPI mencampur-adukkan dengan lawatan rasmi ke Kazashtan itulh yang dipertikaikan. Majlis rasmi disertakan sekali dengan majlis peribadi. Bererti di sana telah ada "penyalah-gunaan" dana rakyat. Itu sebab mengapa kerajaan diminta dedahkan jumlah perbelanjaan sebenar lawatan ke Kazashtan tersebut untuk melihat bagaimana agihan perbelanjaan yang digunakan itu. Terlalu memalukan seorang PM yang kaya raya, wang berjuta-juta tetapi mengambil kesempatan menggunakan dana rakyat untuk perbelanjaan yang tidak ada kena mengena dengan rakyat. GB sudah ulas sebelum ini di SINI. Petikan:
Faktor ini bakal menyumbang kepada keruntuhan UMNO BN nanti di dalam pilihanraya akan datang kerana contoh teladan yang (meminjam kata-kata YB Dzul) lansung tidak kelas. Cukup memalukan dan menjelikkan. Pulangkan balik wang rakyat yang disalahgunakan itu! |
MB Selangor Sampaikan RM483,800 Kepada 84 Keluarga Setinggan Posted: 18 Jun 2011 07:30 AM PDT Sselayang : 84 keluarga setinggan di Kampung Kok Doh di Bandar Baru Selayang hari ini menerima saguhati pemindahan dan bantuan perumahan daripada kerajaan negeri Selangor bagi membolehkan projek perumahan Bukit Botak dimulakan. Kampung Kok Doh merupakan sebuah perkampungan yang terletak bersebelahan Kampung Bukit Botak dan merupakan tanah milik anak syarikat kerajaan negeri Selangor. Menteri Besar Selangor, Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini turun menyerahkan saguhati berjumlah RM 483,800 kepada keluarga yang terbabit dalam perpindahan itu. Meskipun komited dalam memastikan pembangunan di kawasan setinggan Bukit Botak yang menjadi penantian hampir 20 tahun penghuninya, namun kerajaan negeri tidak sesekali mengabaikan mereka yang turut terkena tempias akibat projek terbabit. Selain saguhati melibatkan bantuan pemindahan sebanyak RM 500 seorang,mereka juga menerima tawaran dan bantuan pembelian rumah Semi-D Bukit Botak atau rumah kos rendah - mengikut kelayakan masing-masing. "Apa yang kita lakukan hari ini ialah secara telus bagaimana langkah-langkah yang kita gunakan untuk menyelesaikan masalah di Bukit Botak, antaranya kita telah bersetuju dengan semua pemilik tanah Bukit Botak untuk dibangunkan sebagai satu projek secara menyeluruh yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor PKNS (perumahan semi-d),"ujarnya. Khalid berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan cek saguhati kepada penduduk Kampung Kok Doh di Dewan Kompleks Pegawai Daerah Gombak di Selayang, tengahari tadi. Peneroka bandar yang menerima saguhati ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu, 63 keluarga layak membeli rumah Semi-D Bukit Botak dengan harga RM 99,000. Mereka juga telah diberi peruntukan tambahan RM 3,600 seorang sementara menunggu rumah siap dalam masa 12 bulan, serta saguhati pemindahan RM500. Manakala 20 keluarga lagi layak membeli rumah kos rendah Rumah Pangsa Kos Rendah (RPKR) di Selayang Mulia yang bernilai RM 42,000 diberi subsidi RM 7,000 untuk pembelian rumah. Ini bermakna mereka hanya membayar RM35,000 untuk memiliki rumah RPKR. Selain itu, mereka menerima peruntukan tambahan RM1,500 serta saguhati pemindahan RM500 seorang. Menteri Besar turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Kok Doh yang memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dalam pemindahan ini kerana ianya akan menjayakan projek perumahan Bukit Botak. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, Pegawai Daerah Gombak Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Othman Omar. -tvsnews
Ulasan GB Syabas dan tahniah kerajaan negeri Selangor. |
Keangkuhan Melulu Rais Akan Undang Lebih Ramai Penggodam Posted: 18 Jun 2011 06:20 AM PDT Rais: Kerajaan tak gentar dengan 'Anonymous' Kerajaan tidak gentar dengan ancaman kumpulan penggodam yang menyerang 198 laman web tempatan termasuk portal rasmi kerajaan sejak lima hari lalu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim. Katanya Malaysia sebagai negara berdemokrasi mempunyai undang-undang untuk menghukum mereka yang melakukan perbuatan itu. Beliau memberi jaminan siasatan serangan oleh kumpulan penggodam yang bergelar 'Anonymous' itu akan diketahui dalam masa terdekat selepas pihak yang berkaitan mengenalpasti mereka yang terbabit dalam kejadian itu. "Dalam perkiraan kita, mereka tidak menang dan kita tidak perlu takut kepada gertak dari dalaman mahupun luar tanah air," katanya kepada pemberita selepas memulakan perlawanan persahabatan badminton antara pasukannya, D'sury mementang Kraftangan Malaysia di Institut Kraf Negara di Rawang, hari ini. Menurutnya, serangan penggodam itu tidak merebak dengan meluas kerana hanya sebahagian laman web rasmi kerajaan mahupun swasta mengalami kerosakan dan tidak mengakibatkan kelumpuhan terhadap keseluruhan sistem laman web yang digodam. - Bernama Ulasan GB Kononnya kerajaan tak gentar dengan ancaman kumpulan penggodam. Bercakap kosong tanpa ilmu, angkuh melulu. GB dah ulas hal ini di SINI. Petikan: Di dalam disiplin ilmu komputer di bidang pemprogramman web dan kejuruteraan perisian, sebelum sesebuah lamanweb dilancarkan perlu dilakukan "pilot testing" dimana semua pihak dipanggil untuk menggodam. Apabila ia benar-benar telah diyakini "kebal" barulah dilancarkan. |
Puting Beliung Melanda Mersing, Sampan Berpusing Di Udara Posted: 18 Jun 2011 04:45 AM PDT Mersing – Puluhan sampan mengalami kerosakan dalam satu kejadian angin puting beliung yang berlaku kira-kira lima minit di pesisiran pantai Mersing berhampiran Pulau Setindan, Teluk Buih, Kampung Air Papan, di sini, semalam. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 itu. Seorang saksi, Sharifah Aini Mohd Zin, 34, berkata, ketika puting beliung itu berlaku, dia berada di jeti Teluk Buih dan melihat angin puting beliung itu bermula daru Pulau Setindan menghala ke arah jeti dia berdiri. "Melihat angin puting beliung itu menuju ke jeti, saya bergegas lari ke darat untuk menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui semalam. Seorang pemilik sampan, Mohd Rashid Terang, 47, berkata, peristiwa itu adalah kali pertama dialami dan dilihatnya sepanjang dia menjadi nelayan. "Saya terkejut apabila melihat salah satu dari puluhan sampan berputar-putar naik ke udara, sebelum jatuh menghempap jeti Teluk Buih. saya bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri," katanya. Mohd Asri Jaafar, 55, memberitahu, dia bersama beberapa nelayan dalam menyediakan persiapan untuk turun ke laut pada keesokan harinya. Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian angin puting beliung dalam sekelip mata menyebabkan kerugian kerana bot rosak. "Angin puting beliung datang terlalu cepat sehingga menyebabkan bumbung kedai makan di jeti saya turut rosak. "Suasana ketika itu memang kelam-kabut dan saya hanya berserah kepada Allah," katanya yang tidak mengalami sebarang kecederaan. Difahamkan, kejadian angin puting beliung itu adalah pertama kali berlaku di kawasan terbabit yang menggemparkan penduduk berhampiran. -SH
|
Rais Mengingau, Kaitkan Penggodam Dengan Bersih 2.0 Posted: 18 Jun 2011 02:50 AM PDT Rais Mengigau, Kaitkan Bersih 2.0 Dengan Serangan Siber-Mat Sabu SHAH ALAM 18 JUN : Cubaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mengaitkan perhimpunan aman Bersih 2.0 dan serangan siber ke atas laman-laman web kerajaan, tidak berasas sama sekali. Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang dihubungi Tv Selangor sebaliknya menyifatkan Rais sebagai mengigau apabila menyifatkan serangan siber yang menyasarkan laman sesawang milik kerajaan dan agensinya ada kaitan dengan perhimpunan Bersih. "Saya tidak nampak langsung di mana relevannya itu. Barang kali Rais, dia mengigau," katanya. Rais yang dipetik Bernama berkata, serangan siber oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Anonymous dipercayai ada hubung kait dengan penganjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Malah Rais menyifatkan serangan itu jelas bermotif politik dan bertujuan untuk melakukan sabotaj ke atas kerajaan. Tambahnya, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan. Namun menurut Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu, penggodaman laman web kerajaan yang bermula Khamis lalu bersifat baru sedangkan himpunan Bersih 2.0 sudah dicanang sejak sekian lama. "Perhimpunan Bersih ini, NGO telah menghebahkannya kepada awam begitu lama dan lebih banyak kita turun ke bawah memberi penerangan di samping menggunakan laman web yang tidaklah sebanyak mana,"tegas beliau, justeru menasihati orang awam supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan Rais itu. Sebelum ini Anonymous menggodam beberapa laman web kerajaan dengan serangan DDoS (Distributed Denial-of-Service) kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman sesawang perkongsian fail, termasuk Pirate Bay dan Wikileaks. Rais semalam mengakui 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara. -tvsnews
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan