Kelab Greenboc |
- Ustazah Biar Suami Rogol Anak Didakwa
- BN Usul Kosongkan Kerusi Parlimen Batu Untuk Kurang Kerusi PR
- Lagi Isu "Perang Jihad" Nazri Turut Kata Tiada Tindakan Diambil Ke Atas Ibrahim Ali
- Siswi Pulang Bercuti Melencong Pergi Khalwat
- Keengganan KDN Bertindak Ke Atas Ibrahim Ali Undang Kemarahan Rakyat
- Tony Blair Baca Quran Setiap Hari
- Kes Khir Toyo: Khir Bagitahu "Tak Payah Pakai Resit" - Saksi
- Harga Ikan Naik 30% Ekoran Nelayan Mogok
- "Keluar Kelambu Jatuh Talak"
- Lipas Mungkin Punca Asma Di Kalangan Kanak-kanak
Ustazah Biar Suami Rogol Anak Didakwa Posted: 14 Jun 2011 12:30 AM PDT Kuala Lumpur: Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya mencabul dan merogol anak perempuannya berusia 15 tahun di kediaman mereka, dua bulan lalu. Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan hakim, Roszianayati Ahmad. Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa yang sama, pada Mac 2011. Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur ketika kejadian selain menjaga keselamatan saksi pendakwaan terdiri daripada mangsa dan anak-anak wanita itu. Roszianayati memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama dengan kes suaminya di hadapan hakim Manira Mohd Nor di Mahkamah Sesyen Ampang di sini. Sementara itu, suami ustazah berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas dua dakwaan merogol anak tirinya itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa, pada masa dan tempat yang sama. Pendakwaan yang diwakili Zuraini tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan sama sebelum Manira memutuskan lelaki itu tidak dibenarkan diikat jamin walaupun beliau merayu supaya mahkamah membenarkan telefon bimbitnya dikembalikan untuk menelefon penjamin. Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan bagi pasangan suami isteri itu melantik peguam. INFO: Pertuduhan # Bagi tuduhan pertama, wanita itu didakwa menyuruh anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun dan 1 bulan membuka pakaian dan menutup mulut mangsa ketika dirogol suaminya yang dinikahi hampir setahun lalu di dalam bilik mangsa, antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi, pada April 2011. # Tuduhan kedua pula, dia dituduh bersubahat dengan suaminya menyuruh mangsa masuk bilik bapa tirinya itu, masa yang sama, pada 12 Mei 2011. # Bagi dua tuduhan merogol, pemandu lori itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun atau 10 sebatan. # Bagi cabul kehormatan, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. -BH Ulasan GB Blog ini telah menyirkan kisah ini pada 3 Jun yang lalu. Klik imej di bawah untuk ikuti kisah sebelumnya: |
BN Usul Kosongkan Kerusi Parlimen Batu Untuk Kurang Kerusi PR Posted: 13 Jun 2011 11:20 PM PDT BN bawa usul Tian Chua sudah tidak layak jadi MP KUALA LUMPUR, 14 Jun — Barisan Nasional (BN) sudah memutuskan untuk menggerakkan usul berkaitan dengan status wakil rakyat PKR kerusi Batu, Chua Tian Chang di Parlimen pagi ini ekoran keputusan mahkamah tempoh hari. Justeru, Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) akan memaklumkan Dewan Rakyat secara formal pagi ini — dipercayai selepas selesainya sesi soalan lisan — bahawa wakil rakyat PKR itu sudah tidak lagi layak menjadi wakil rakyat. "Kami akan memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini... ya, selepas sesi soalan lisan, sebab perkara ini perlu dibawa mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat," kata Timbalan Pengerusi BBCBN Datuk Bung Mohtar Radin ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini. "Kami mengambil pendirian bahawa beliau (YB Chua) sudah tidak layak hadir sidang Parlimen," kata beliau. Difahamkan perkara itu diputuskan pada satu mesyuarat BBCBN semalam. Kata Bung Mohtar, selepas pemakluman formal itu pihaknya akan menentukan sama ada perlu membawa usul ataupun sebaliknya. "Sama ada perlu dibawa usul atau sebaliknya kita tunggu perbincangan, keputusan Speaker," kata Ahli Parlimen Kinabatangan ini. Ketika ditanya siapa yang akan membawa perkara itu untuk perhatian Speaker Dewan Rakyat, Bung Moktar berkata, "BBCBN, sesiapa sahaja (anggota BBCBN) akan membawa perkara ini hari ini." Mengikut peruntukan perlembagaan dan aturan mesyuarat Parlimen perkara itu perlu dibawa kepada Speaker Dewan Rakyat untuk tindakan susulan sebagaimana pernah disaksikan masa-masa lalu. Dalam reaksi kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, adalah sesuatu "tidak bertanggungjawab" jika tiada wakil rakyat memaklumkan Parlimen sabitan kesalahan Chua (gambar) dan kemungkinan boleh hilang kelayakan. Katanya, tanpa makluman formal daripada mana-mana anggota Dewan Rakyat, Speaker tidak boleh ambil tindakan ke atas Chua yang kedudukannya kini kelihatan tergantung. Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan berhubung sabitan kesalahan menggigit seorang anggota polis. Dengan perkembangan itu, keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu yang mengenakan denda RM2,000 kekal, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai status kerusinya. Wan Junaidi menekankan sudah pasti mana-mana 222 anggota Dewan Rakyat perlu membawa isu berkenaan. Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan persoalan berkaitan dengan status Chua kepada Speaker Dewan Rakyat memandangkan tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya kecil sudah pun berakhir. Chua menegaskan beliau masih seorang wakil rakyat yang sah walaupun Mahkamah Rayuan telah mengetepikan rayuannya berhubung hukuman dikenakan atas tuduhan menggigit seorang polis empat tahun lalu. Kata Chua, beliau masih lagi anggota Dewan Rakyat kerana pihaknya dan pendakwa raya tidak pernah membuat sebarang rayuan ke atas keputusan yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi, sebaliknya hanya membuat rayuan sama ada beliau telah melakukan kesalahan sebagaimana dituduh iaitu menggigit polis. Menurut Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, hanya Speaker Dewan Rakyat ada kuasa untuk memutuskan perkara itu. "Terpulang kepada Dewan Rakyat dan Speaker akan menentukan statusnya," kata Wan Ahmad bulan lalu. Kata beliau Speaker perlu meleraikan persoalan ini sekarang sebelum pilihan raya umum, yang disebut-sebut akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang. Kata Wan Ahmad, persoalan mengenai status dalam pilihan raya umum akan datang sama ada boleh bertanding atau tidak terletak di tangan Speaker. Pertengahan Jun tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Chua, yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret berhubung tuduhan mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara. Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan. Ketika itu, Pengerusi DAP Karpal Singh yang juga seorang peguam berkata, sebagai contoh, pada 1975 Ahli Parlimen DAP Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu setelah beliau dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 kerana disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan. - TMI Ulasan GB Lihat bagaimana polis mengheret dan memikul seorang ahli parlimen yang dipilih secara sah oleh rakyat Malaysia! Dan tiada cara untuk BN memenangi kerusi Batu melainkan dengan memohon perisytiharan agar kerusi parlimen tersebut kosong dengan mengemukakan bahawa wakil rakyat PKR itu kononnya sudah tidak lagi layak menjadi wakil rakyat. Sengaja dilewat-lewatkan sehingga sekarang baru hendak kemukakan permohonan tersebut kerana ahli parlimmen BN tahu selepas ini tiada lagi pilihanraya kecil boleh dijalankan memandangkan tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya kecil sudah pun berakhir. Kerana BN tahu jika PRK dijalankan harapan mereka untuk memenangi kerusi itu terlalu tipis. Betul-betul BN tak ada batu. |
Lagi Isu "Perang Jihad" Nazri Turut Kata Tiada Tindakan Diambil Ke Atas Ibrahim Ali Posted: 13 Jun 2011 10:10 PM PDT Tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ibrahim Ali atas tindakannya sebelum ini yang mengisytiharkan 'jihad' kepada masyarakat Kristian sebelum ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz berkata tindakan tidak akan diambil berikutan Ibrahim tidak mengeluarkan kata- kata yang bercanggah dengan undang- undang negara. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng di Parlimen hari ini. Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) sebelum ini mengisytiharkan perang jihad kepada masyarakat Kristian selepas tersebar fitnah kononnya terdapat usaha untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara. Pendedahan palsu itu dilaporkan dimuka surat depan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia, berjudul 'Kristian Agama Rasmi'. Apa yang mengejutkan, pendedahan itu diceduk 100 peratus daripada blogger pro- UMNO, BigDog dan MarahKu, bukannya dibongkar oleh wartawan Utusan sendiri. Kontroversi itu bingkas disanggah Persekutuan Kristian Malaysia dalam pertemuannya bersama Perdana Menteri, Najib Razak bagi merungkai permasalahan yang timbul. Dakwaan itu juga dinafikan pelbagai pihak termasuk Ketua Paderi Malaysia dan Paderi Besar Pulau Pinang. Nazri sebelum ini dibidas pimpinan Pakatan Rakyat apabila menyifatkan "usaha" menggantikan Islam sebagai agama rasmi adalah gerakan yang "meletakkan seluruh negara dalam bahaya". Nazri sebaliknya didesak menyiasat blogger yang bertanggungjawab mencetuskan kontroversi itu dan bukannya menunding jari kearah komuniti Kristian dalam isu tersebut. -tvsnews Ulasan GB GB sudah ulas awal pagi ini. Petikan: Apa yang nyata ialah sikap "double standard" KDN di mana orang yang mengeluarkan kenyataan yang terang-terangan mengancam keselamatan negara tidak dikenakan tindakan. Ini bererti sesiapa pun nanti boleh mengeluarkan kenyataan di atas nama "melancarkan perang jihad" kepada pihak lain secara terbuka untuk mewujudkan suasana tegang. Bagaimana jika satu hari Ibrahim Ali atau sesiapa, jika tidak berpuashati dengan KDN dan kemudian mengeluarkan kenyataan, lancarkan perang jihad ke atas KDN sendiri? Masa itu baru tersentak dan baru akan mengambil tindakan? |
Siswi Pulang Bercuti Melencong Pergi Khalwat Posted: 13 Jun 2011 08:07 PM PDT Georgetown: Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor sepatutnya pulang ke rumah keluarganya di Kedah, tetapi 'melencong' ke Butterworth untuk memadu kasih bersama teman lelakinya sebelum ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel, Jumaat lalu. Dalam operasi penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 11.30 malam itu, penuntut berusia 22 tahun terbabit berada di bilik air dengan berbaju tidur bertali halus tanpa pakaian dalam dan berseluar jeans manakala teman lelakinya berusia 20-an, berpakaian lengkap. Ketika disoal sepasukan pegawai penguat kuasa JHEAIPP, gadis itu mengaku sudah bekerja sebelum helahnya terbongkar apabila keluarganya yang datang untuk menjamin memberitahu pegawai penguat kuasa dia masih menuntut di sebuah IPTA. Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata pihaknya curiga dengan tindakan gadis itu yang berdolak-dalik memberi pelbagai alasan sebelum dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk dibuat laporan tangkapan. "Ketika di balai polis itu, keluarganya datang sebelum memberitahu pegawai agama dia masih menuntut di sebuah IPTA. "Tindakannya itu mengecewakan selain memalukan keluarganya dengan tidur di hotel sedangkan dia sepatutnya pulang bercuti bertemu keluarga sebaliknya teman lelaki diutamakan," katanya. Hasil pemeriksaan, kedua-duanya gagal membuktikan sebarang hubungan muhrim selain mengaku pasangan kekasih. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. -hm |
Keengganan KDN Bertindak Ke Atas Ibrahim Ali Undang Kemarahan Rakyat Posted: 13 Jun 2011 06:20 PM PDT KDN: Tiada tindakan ke atas Ibrahlim Ali isytihar Kristian 'jihad' KUALA LUMPUR, 13 Jun — Kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali yang mengisytiharkan "perang jihad" ke atas komuniti Kristian, yang didakwa media Umno baru-baru ini mahu mengambil alih status Islam sebagai agama persekutuan. "Tindakan hanya akan diambil jika siasatan menunjukkan kata-kata yang dikeluarkan bercanggah dengan undang-undang negara," kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (Segambut-DAP). Lim mengemukakan soalan meminta kementerian menyatakan mengapa tiada tindakan diambil ke atas pihak yang mengisytiharkan "jihad" atas nama kaum dan agama. "Saya mahu kesemua pihak berhati-hati dalam membuat dakwaan sedangkan kesahihannya belum dapat dibuktikan," kata Hishammuddin. Dalam satu ceramah awal bulan lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini. Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam. Bagaimanapun beberapa pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat membantah tegas terhadap kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim. Ketika itu, Hishammuddin berkata apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu. Pertikaian antara agama Islam dan Kristian timbul apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk "Kristian Agama Rasmi?" pada 7 Mei lalu, mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu. Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP. Bagaimanapun pemimpin DAP dan pemimpin Kristian telah menafikannya. -TMI Ulasan GB Kesahihan apa yang dimaksudkan oleh Hishamuddin Tun Hussein? Kesahihan tentang kenyataan Ibrahim Ali yang telah berkata bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini? Jika itu yang dimaksudkan maka ia telah terbukti sahih. Kerana Ibrahim Ali sendiri yang membuat pengakuan bahawa kononnya beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam. Apa yang nyata ialah sikap "double standard" KDN di mana orang yang mengeluarkan kenyataan yang terang-terangan mengancam keselamatan negara tidak dikenakan tindakan. Ini bererti sesiapa pun nanti boleh mengeluarkan kenyataan di atas nama "melancarkan perang jihad" kepada pihak lain secara terbuka untuk mewujudkan suasana tegang. Bagaimana jika satu hari Ibrahim Ali atau sesiapa, jika tidak berpuashati dengan KDN dan kemudian mengeluarkan kenyataan, lancarkan perang jihad ke atas KDN sendiri? Masa itu baru tersentak dan baru akan mengambil tindakan? Kerana sikap donble standardnya itu, Hishamuddin perlu meletakkan jawatannya. Jika tidak, seluruh rakyat menjadi saksi bahawa kejatuhan UMNO BN nanti adalah kerana sikap KDN yang berat sebelah, pilih-kasih dan diskriminasi itu. |
Tony Blair Baca Quran Setiap Hari Posted: 13 Jun 2011 04:40 PM PDT Semasa menjawat jawatan Perdana Menteri Britain dan tinggal di Downing Street, Tony Blair dikenal sebagai seorang yang enggan berbicara tentang agama. Namun, sejak bersara pada tahun 2007, Blair menjadi lebih terbuka dalam soal agama dan mengakui kepentingan agama. Beliau yang memeluk Katolik beberapa bulan sebelum meninggalkan kediaman rasmi Perdana Menteri, kini mengaku membaca al-Quran setiap hari. Menurut Blair, dengan membaca kitab suci Islam -yang diyakini orang Islam sebagai kata-kata yang benar daripada Tuhan (Allah SWT) - memastikan bahawa beliau sentiasa celik-agama. Dalam sebuah wawancara dengan majalah Observer, yang disiarkan semalam, Blair berkata, "Menjadi celik-agama adalah sesuatu yang penting dalam dunia yang semakin global, itu yang saya yakini," katanya, seperti tersiar dalam DM. "Saya baca al-Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami beberapa hal yang terjadi di dunia, namun faktor utama kerana kitab itu (al-Quran) sangat instruktif." Mantan pemimpin Parti Buruh itu yakin pengetahuannya tentang agama yang ada di dunia akan menguatkan peranan baharunya sebagai utusan Timur Tengah bagi PBB, Amerika Syarikat, Eropah, dan Rusia. Peranan Blair ini bertujuan mencari penyelesaian konflik antara Palestine dengan Israel. Blair sebelum ini memuji Islam sebagai agama yang 'indah' dan menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah 'penguasa yang beradab'. Pada tahun 2006, beliau memuji al-Quran sebagai 'kitab reformasi', inklusif, meninggikan ilmu pengetahuan dan membenci tahyul. Kitab ini juga mengandungi petunjuk secara praktikal tentang menjalankan urusan perkahwinan dan pemerintahan. Sebelum ini tersiar cerita tentang adik iparnya, Lauren Booth yang mengejutkan dunia dengan pengumumannya memeluk Islam setelah mengalami 'pengalaman spiritual' ketika melawat sebuah tempat suci di Iran. -VIVAnews
Ulasan GB Itu Tony Blair, PM Britain dan beragama Katholik. Bagaimana dengan PM Malaysia dan para menterinya yang beragama Islam? |
Kes Khir Toyo: Khir Bagitahu "Tak Payah Pakai Resit" - Saksi Posted: 13 Jun 2011 08:10 AM PDT Saya Diarah Beli Banglo RM6.5 Juta - Syamsuddin SHAH ALAM: Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, bahawa beliau tidak mempunyai pilihan selain mematuhi arahan bekas Menteri Besar (MB) Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo agar membeli dua lot tanah dan rumah di Seksyen 7, di sini pada tahun 2004. Gambar: Saksi ketiga, Nasir Ismail (tengah) berjalan keluar dari mahkamah sambil dikawal oleh pengawal peribadi selepas hadir perbicaraan kes pemilikan dua lot tanah dan banglo milik bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, hari ini. Menurut beliau yang juga bekas rakan subahat Mohamad Khir yang dibebaskan dari pertuduhan tersebut, suruhan itu diutarakan oleh bekas menteri besar terbabit dalam satu perbincangan yang turut disertai oleh seorang ahli perniagaan, Datuk Sumadi Ismail. "Saya setuju untuk beli kerana saya seorang ahli perniagaan dan mempunyai projek di Selangor manakala beliau pula seorang MB. Seorang MB minta saya beli rumah, pada saya, saya tiada pilihan. Patut diteruskan," katanya yang menyambung keterangannya yang terhenti pada Rabu lalu. Saksi pendakwaan kedua itu seterusnya memberitahu, Mohamad Khir pada awalnya meminta agar Sumadi membeli rumah tersebut, tetapi permintaan itu ditolak oleh Sumadi atas alasan beliau mempunyai komitmen lain. "Mohamad Khir suruh saya pula yang beli. Waktu itu pemahaman saya adalah beliau berminat dengan rumah itu dan mungkin satu hari, beliau mahu membeli rumah tersebut daripada saya," tambahnya. Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed, Shamsuddin, 55, memberitahu pemilik asal hartanah tersebut, Saiful Aznir Shahabudin, 51, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kebangsaan Berhad, menawarkan harga RM7 juta sebelum dipersetujui kedua-dua pihak kepada RM6.5 juta. Tambahnya, pembayaran pendahuluan hartanah itu sebanyak 10 peratus, iaitu RM650,000 dibuat secara tunai, sementara bakinya dibuat secara tunai dan cek, termasuk wang yang dipinjamnya sebanyak RM3,010,000. Shamsuddin dan Saiful Aznir menandatangani perjanjian jual beli pada 23 Disember 2004. Pada keterangan lain, Shamsuddin memberitahu, Mohamad Khir telah melantik pereka laman bebas, Nasir Ismail, 55, untuk melakukan pengubahsuaian kepada rumah itu dan saksi ada membuat pembayaran berjumlah RM1.5 juta secara tunai kepada Nasir. "Setiap kali saya buat pembayaran, saya akan maklumkan kepada Mohamad Khir. Beliau tidak akan cakap apa-apa. Sepatutnya beliau yang bayar," katanya dan menambah, tidak pernah menerima semula wang yang dibayarnya. Shamsuddin juga memberitahu, hartanah tersebut yang dibelinya di atas nama Ditamas Sdn Bhd telah dijual dan dipindah milik kepada Mohamad Khir dan isteri, Zahrah Kechik pada tahun 2007. "Perbincangan berlaku antara saya dan Mohamad Khir. Dia mahu penjualan pada harga RM3.5 juta. Saya sebenarnya tidak bersetuju kepada harga itu terlalu rendah dan saya nyatakan sekurang-kurangnya RM5 juta hingga RM5.5 juta. "Waktu saya beli harga RM5 juta, tambah ubahsuai RM1.5 juta, jadi harganya sudah naik menjadi RM6.5 juta. Saya nak bagi diskaun sedikit, sebab itu saya letak RM5.5," katanya. Beliau seterusnya menambah, Mohamad Khir memaklumkan bahawa beliau hanya boleh membeli rumah tersebut pada harga RM3.5 juta, yang kemudiannya dipersetujui oleh saksi. Semasa diminta menjelaskan mengapa beliau bersetuju untuk menjual pada harga yang rendah, Shamsuddin berkata: "Setelah berbincang dengan orang rumah saya (isteri), saya ada projek di Selangor dan seorang MB mahu rumah saya dengan harga RM3.5 juta. Saya setuju kerana khuatir dengan kedudukan saya sebagai seorang ahli perniagaan di Selangor dan projek saya tergugat." Katanya lagi, perjanjian jual beli antara beliau dan Mohamad Khir serta Zahrah Kechik ditandatangani pada 29 Mei 2007. Saksi seterusnya menerima deposit RM500,000 menerusi cek bertarikh 28 Mei 2007 yang ditandatangani oleh Mohamad Khir manakala bakinya RM3 juta dibayar menerusi cek kepada Ditamas bertarikh 16 Ogos 2007. Perbicaraan hari ketiga pada Isnin ditangguhkan kepada Selasa, ekoran permohonan peguam M. Athimulan yang mengetuai barisan pembelaan Mohamad Khir mengemukakan hasrat mereka untuk mencabar kredibiliti Shamsuddin. Athimulan memberitahu, pihaknya mahu membuat permohonan agar mahkamah memerintakan pihak pendakwaan untuk mengemukakan rakaman percakapan saksi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pembelaan yang akan digunakan untuk tujuan tersebut. Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membenarkan perbicaraan ditangguhkan atas alasan 'demi keadilan' dan permohonan tersebut dijadualkan didengar pada Selasa. Mohamad Khir, 45, dibicarakan atas tuduhan mendapatkan bagi dirinya dan Zahrah, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah daripada Syarikat Ditamas Sdn Bhd, melalui pengarahnya Shamsuddin, pada harga yang murah. Hartanah tersebut yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi MB Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007. Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -mstar
|
Harga Ikan Naik 30% Ekoran Nelayan Mogok Posted: 13 Jun 2011 06:30 AM PDT Harga ikan dan makanan laut naik kira-kira 30 peratus sejak nelayan laut dalam dan pengusaha bot pukat tunda C2 mogok dua hari lalu, dakwa ahli parlimen DAP Nga Kor Ming, yang juga membidas kerajaan kerana gagal menyelesaikan isu berkenaan. Nga (DAP-Taiping) berkata kerajaan sepatutnya membantu pihak yang terjejas itu dan bukannya mengeluarkan amaran dan ancaman terhadap mereka yang mogok itu. Kira-kira 500 nelayan dan pengusaha bot tunda engan turun ke laut dan berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan bagi menuntut kerajaan mengembalikan sunsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini. Nga tidak ada sebab bagi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengugut untuk menarik balik lesen nelayan di zon A, B dan C berkenaan. "Pendirian Pakatan adalah jumpa dan bincang segera dengan nelayan kelas C2 berhubung mogok itu," kata Nga. "Sejak mogok bermula, terdapat pengurangan kira-kira 30 peratus bekalan ikan dan tambahan 30 peartus harga ikan," dakwanya. Pemegang lesen C2 adalah mereka yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai manakala bagi pemegang lesen B dan C merupakan nelayan yang hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai. Hanya pengusaha bot pukat tunda terbabit dengan keputusan pemotongan subsidi. Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun lalu. -mk Ulasan GB GB sudah jangka hal ini akan berlaku. Tetapi kerajaan yang ada tidak peduli dan tidak perihatin terhadap nasib rakyat. Itu pun mereka mendabik dada menyatakan mereka juga telah melaksanakan agenda negara berkebajikan. |
Posted: 13 Jun 2011 04:50 AM PDT Pendang - Gara-gara terdengar 'kalau keluar kelambu, jatuh talak', seorang isteri memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah Pendang untuk mengetahui kedudukannya sama ada jatuh talak atau tidak setelah melanggar arahan itu untuk pergi ke tandas. Masra Abdul Khalid berkata, dia terdengar kata-kata itu daripada mulut suaminya, Mahammad Khir Md Zain tetapi terpaksa meneruskan hajatnya kerana perlu ke tandas. "Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai perkataan yang diucapkan suami pada malam itu. "Pada malam itu, kami gaduh dan dia cakap kalau keluar kelambu, jatuh talak. Saya keluar dari kelambu kerana mahu ke tandas," katanya ketika memberi keterangan di mahkamah, semalan. Masra mengemukakan permohonan untuk pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008. Masra berkata, dia yakin dan jelas mendengar perkataan yang diucapkan suaminya. Ditanya Hakim Rendah Syarie, Sheikh Shahmi Awang kenapa masih meneruskan hajatnya walaupun mendengar kata-kata itu, Masra menjelaskan perlu ke tandas tetapi tidak memaklumkan kepada suaminya. Pasangan itu bernikah pada 1996 dan bercerai dengan talak satu pada 2008 sebelum merujuk kembali. Sebaik selesai keterangan itu, Sheikh Shahmi bertanya kepada Mahammad Khir sama ada bersetuju dengan maklumat dan keterangan isterinya itu. Bagaimanapun, dia tidak bersetuju dengan alasan tidak pernah menyebut perkataan talak dan tidak bermaksud untuk menceraikan isterinya. "Apabila balik ke rumah pada malam itu dan masuk ke bilik, saya lihat isteri bawa bantal nak tidur di luar. "Saya tidak menyebut perkataan talak, tetapi hanya menyebut 'kalau keluar kelambu putus'," katanya. Dia turut menafikan keterangan isterinya itu sambil berkata 'itu dia yang kata'. Sheikh Shahmi menegur sikap Mahammad Khir yang hanya mendiamkan diri sebelum itu. "Sepatutnya kamu bertanya atau membantah selepas isteri kamu memberi keterangan," katanya. Sheikh Shahmi kemudian bertanya sama ada kata-katanya pada malam itu bermaksud menjatuhkan talak tetapi Muhammad Khir tidak dapat memberi kepastian. Berikutan itu, hakim menangguhkan kes berkenaan kepada 22 Jun ini. -SH |
Lipas Mungkin Punca Asma Di Kalangan Kanak-kanak Posted: 13 Jun 2011 03:20 AM PDT New York: Lipas dikenal pasti sebagai kemungkinan punca peningkatan kadar asma di kalangan kanak-kanak Bandaraya New York. Di kebanyakan kejiranan di bandaraya itu, 19 peratus atau hampir seorang daripada lima kanak-kanak mengalami asma manakala kadar di tempat lain adalah serendah tiga peratus. Sebelum ini, kesibukan trafik, insinerator perindustrian dan sumber pencemaran udara luar lain dikatakan punca penyakit itu. Namun penyelidik di Universiti Columbia mendapati kanak-kanak yang tinggal di kejiranan dengan kadar tinggi asma adalah dua kali ganda berkemunkinan membawa antibodi terhadap protin lipas dalam darah mereka, petunjuk bahawa mereka terdedah dan alah kepada serangga perosak itu. Malah, kediaman di kejiranan dengan kadar tinggi asma mengandungi lebih alergen yang dihasilkan lipas dalam habuk rumah. - Reuters |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan