Kelab Greenboc |
- [Video & Bergambar) Gajah Mengamuk, Seorang Pemuda & 2 Lembu Terbunuh
- [Video] Peneroka FELDA Menang Lagi Kes Mahkamah
- Lelaki Ditahan Berhubung Kejadian Kuda Rempuh Kanak-kanak Di Batu Feringghi
- Mahathir Orang Pertama Halang Hudud, Bukan Karpal - TGNA
- Harga Jualan Hartanah Khir Toyo RM6.5 Juta - Saksi
- WASPADA: 2 Produk COSWAY Tercemar Dari Taiwan - Diarah Tarik Balik
- Untung Petronas Meningkat, Subsidi Untuk Rakyat Dipotong, Royalti Kelantan Dinafikan
- Status Halal Barbican Belum Diputuskan - Jakim
- Kedah Ada Bijih Besi Sebagai Sumber Alam Terbaru
- Karpal: Mahathir Banyak Buat Kesalahan Semasa Menjadi PM, Perlu Bertaubat
- Pulihkan Dara Untuk Elak Zina, Tapi...
- 12 Pelajar Nyaris Maut Van Rempuh Lori
- Bahana Besarkan Payudara Dengan Doktor Tidak Bertauliah
| [Video & Bergambar) Gajah Mengamuk, Seorang Pemuda & 2 Lembu Terbunuh Posted: 09 Jun 2011 01:00 AM PDT Dua ekor gajah liar menginjak-injak seorang pemuda hingga mati dan menyerang dua ekor lembu di Mysore, India. Amukan gajah ini menyebabkan penduduk di kota tersebut panik dan huru-hara.Pemuda berusia 55 tahun itu terbunuh ketika beliau ke luar rumahnya untuk melihat apa yang sedang berlaku. Pemuda itu terus terbunuh ketika diinjak gajah yang mengamuk itu. Dua ekor lembu juga terlempar dan terbunuh. Demikian seperti disiarkan oleh Sky News, semalam Sekolah dan universiti terpaksa tutup dan pihak keselamatan ditambah untuk bersiap sedia di daerah tersebut. Salah seorang anggota keselamatan menyalahkan masyarakat yang membangunkan perumahan di daerah perhutanan yang merupakan habitat dari gajah tersebut. "Pembesaran kawasan pertanian dan meningkatnya pergerakan masyarakat serta bertambahnya kenderaan mengganggu habitat gajah dan menyebabkan gajah tersebut mengamuk masuk ke kampung," ujarnya. -okezone ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Ulasan GB Moralnya: jangan sampai gajah mengamuk di Gebeng pula nanti. |
| [Video] Peneroka FELDA Menang Lagi Kes Mahkamah Posted: 08 Jun 2011 11:45 PM PDT Peneroka Felda menempa satu lagi kejayaan di mahkamah apabila seorang hakim membenarkan 30 peneroka di Jempol, Negeri Sembilan melantik syarikat kontraktor sendiri untuk menebang dan menjual pokok getah di atas tanah mereka. Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Zulkifli Bakar memutuskan anak syarikat kontraktor lantikan Felda, Evergreen Sdn Bhd tidak berhak untuk memaksa peneroka berkenaan menggunakan khidmatnya untuk membersihkan tanah di Felda Palong 9 bagi tujuan penanaman semula. Evergreen Sdn Bhd adalah anak syarikat LBJ Global Sdn Bhd yang dilantik oleh Felda untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan. Evergreen sebelum ini memohon perintah mahkamah untuk menghalang peneroka terbabit daripada mendapatkan khidmat kontraktor lain. Peguam yang mewakili peneroka, T. Kumar ketika dihubungi Tv Selangor berkata, keputusan kehakiman yang memihak kepada peneroka felda itu akan memastikan peneroka berkenaan tidak lagi ditindas Felda. "Mahkamah memutuskan peneroka mempunya hak untuk tebang dan jual pokok mereka sebab ia adalah tanah mereka. Apa yang ada di atas tanah mereka adalah milik peneroka," kata beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat. Kumar menjelaskan, syarikat Evergreen hanya menawarkan RM33,000 bagi kerja pembersihan setiap 10 ekar. Adalah difahamkan syarikat kontraktor yang dipilih oleh peneroka menawarkan RM46, 000 untuk kerja-kerja yang sama. "Mereka hendak tebang dan tanam semula pokok getah. Mereka mahu tanam sendiri. Ramai juga yang tanam dan tebang melalui Felda. Tapi mereka rugi sebab kena bayar balik hutang. Tiga puluh peneroka ini mahu berdikari dan mahu tanam sendiri. Kalau tanam sendiri mereka untung lebih," kata Kumar. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ketika dihubungi Tv Selangor berkata, aliran keputusan mahkamah mutakhir ini yang memihak kepada peneroka jelas membuktikan pengurusan Felda selama ini membelakangkan kepentingan dan hak asas warga felda. "Hari ini bila peneroka menggunakan perundangan untuk menentukan hak mereka dan menang, ia menunjukkan felda memang dari awal bertindak bertentangan dengan kepentingan hak warga felda. Bila kes seperti ini dicabar di mahakamh ia membuktikan bahawa apa yang didakwa dan diperjuangakn ANAK selama ini berada pada landasan yang betul," tambh beliau. Mazlan berkata faktor pelapis muda peneroka yang mempunyai kesedaran yang tinggi dan berani mempertahankan hak mereka banyak membantu usaha memulihkan hak-hak peneroka. "Dulu anak- anak peneroka masih kecil. Mereka tidak tahu nak buat apa. Tapi sekarang mereka inilah yang menjadi penasihat kepada ibubapa mereka. Tidak kurang dikalangan anak- anak peneroka ini yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dan mereka inilah yang banyak menyokong kes- kes seperti ini," katanya. Sehubungan itu, Mazlan menjangkakan aliran kemenangan peneroka di mahkamah akan berterusan berdasarkan perkembangan positif setakat ini. -tvsnews |
| Lelaki Ditahan Berhubung Kejadian Kuda Rempuh Kanak-kanak Di Batu Feringghi Posted: 08 Jun 2011 10:20 PM PDT George Town - Polis menahan seorang suspek yang dipercayai menunggang kuda dan merempuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di pantai Batu Feringghi di sini Selasa.Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata lelaki tersebut berusia 28 tahun dan berasal dari Kedah yang berkerja di kawasan pantai berkenaan, ditahan pada hari kejadian. "Hasil ujian air kencing yang dibuat ke atas suspek telah mendapati dia positif dadah jenis morfin. Dia kini dalam tahanan polis," katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak tersebut Arina Kirana Azrin di Hospital Pulau Pinang Rabu. Polis telah mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman suspek sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan. Ayub berkata hasil siasatan awal turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kes pecah rumah dan jenayah berkaitan dadah. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Arina Kirana patah bahu kiri dan cedera di paha kanan akibat dirempuh ketika dia sedang bermain dengan kakaknya yang berusia 12 tahun di belakang sebuah hotel. Kakaknya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Ayub berkata kes itu akan disiasat menurut Seksyen 338 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Bapa mangsa Azrin Abdul Razak, 37, berkata sekiranya anaknya dibenarkan keluar daripada hospital petang ini, mereka sekeluarga akan terus pulang ke Kuala Lumpur. -- BERNAMA ![]() |
| Mahathir Orang Pertama Halang Hudud, Bukan Karpal - TGNA Posted: 08 Jun 2011 08:55 PM PDT Individu pertama halang hudud bukan Karpal tapi Mahathir, selar Nik AzizKUALA LUMPUR, 8 Jun – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu. Kata Nik Aziz (gambar), kemungkinan Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud. Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993. Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990. Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan. "Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh. "Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya," kata Nik Aziz dalam laman Facebook beliau hari ini. Semalam Dr Mahathir mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal. Dengan nada menyindir, beliau berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana "akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya." Kata Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai. Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khususnya Karpal. Dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Ke-57 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan. Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak perlu mengambil berat akan kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir sambil menyifatkan pemimpin veteran itu "kewarasannya sudah tidak stabil." "Kita tidak perlu nak ambil peduli, ini kenyataan yang sudah sampai ke tahap kewarasan yang sudah tidak stabil dan saya bersimpati kepada beliau (Dr Mahathir). "Beliau sebenarnya tidak sedar apa yang beliau katakan itu sebab itu PAS tidak perlu nak ambil berat sangat, orang yang paling kuat menentang hudud adalah Dr Mahathir... orang pertama yang menghantar surat amaran kepada Kelantan adalah Dr Mahathir. "Karpal tidak menentang seperti mana yang dilakukan Dr Mahathir, sejarah sudah membuktikan orang yang menentang negara Islam dan hudud adalah Dr Mahathir dan saya percaya beliau masih menentang sehingga sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider. Tegas Mahfuz, bukan Karpal yang memperoleh kemenangan dalam pemilihan PAS tapi rakyat negara ini kerana parti Islam itu bersedia untuk menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13. "Yang dapat kemenangan besar ialah rakyat negara kita... orang yang tidak hadir yang dimaksudkan itu adalah rakyat di mana mereka mendapat satu keyakinan kepada PAS yang akan membentuk negara berkebajikan. "Bukan Karpal yang dapat kemenangan tapi rakyat," katanya. Justeru Ahli Parlimen Pokok Sena ini percaya Umno berada dalam keadaan tertekan ekoran pendekatan baru yang ditonjolkan PAS. "Saya percaya Umno dalam keadaan yang sangat menggelabah dengan kekuatan pendekatan yang ditunjukkan PAS melalui konsep negara berkebajikan dan ini bertepatan dengan situasi semasa yang mana rakyat mengalami pelbagai persoalan yang gagal diselesaikan kerajaan sedia ada. "Oleh itu gandingan kepimpinan sedia ada dan dulu telah berjaya memberikan satu lontaran kepada rakyat bahawa mereka kini mempunyai landasan baru iaitu negara berkebajikan dan ini akan memberi satu kekecewaan kepada Umno yang telah menimbulkan pelbagai keraguan kepada rakyat termasuk dalam isu perkauman, video seks dan sebagainya," katanya. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyifatkan individu yang menghentam pembentukan negara Islam adalah Dr Mahathir. "Negara Islam Dr Mahathir yang hentam kuat sekali tapi dia juga yang mengumumkan Malaysia negara Islam, dia juga yang cadangkan agar PAS buang nama Islam yang mana kita tentang habis-habisan. "Dr Mahathir ini sudah tidak stabil pemikiranya, bila kita kata negara kebajikan dia kata kita lari dari landasan... sebenarnya Umno sudah semakin gelisah dengan perubahan yang berlaku (dalam PAS)," katanya. Jelas beliau, serangan demi serangan yang dibuat terhadap PAS kerana Umno bimbang akan tewas pada pilihan raya ke-13. "Dulu PAS bagus tapi sekarang lagi bagus sebab orang bukan Melayu semakin yakin dengan PAS maknanya Umno kini semakin menuju ke jalan-jalan terakhir. "Apa yang dilakukan Umno ini sebab takut untuk menghadapi pilihan raya umum," katanya. -TMI Ulasan GB GB sudah ulas mengenai isu ini semalam di Penghinaan Mahathir Terhadap Hukum Islam Lebih Dasyat Dari Karpal Singh Petikan:
|
| Harga Jualan Hartanah Khir Toyo RM6.5 Juta - Saksi Posted: 08 Jun 2011 07:10 PM PDT Shah Alam: Perbicaraan kes Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bermula Rabu dengan pemilik asal dua tanah lot di Seksyen 7, di sini memberitahu, tanah tersebut dijual pada harga RM6.5 juta.Gambar: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo ditemani isteri, Zahrah Kechik meninggalkan Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas hakim mengekalkan pertuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam secara salah di Shah Alam. - Foto THE STAR Saksi pertama pendakwaan, Saiful Aznir Shahabudin yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Kebangsaan Berhad memberitahu, tanah itu dijual kepada Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni yang telah dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan Mohamad Khir. Kata Saiful Aznir, 51, beliau pada mulanya berhasrat untuk menjual tanah tersebut harga RM7 juta. "Saya mula bercadang untuk menjual tanah itu pada tahun 2004. Ini kerana saya mengambil hutang bank yang agak banyak, iaitu lebih kurang RM20,000 sebulan. Saya tidak mampu untuk tanggung lagi," katanya. Kata Shaiful Aznir lagi, beliau telah meminta bantuan kawan-kawan dan bapanya untuk mencari pembeli hartanah tersebut. Seterusnya, saksi memberitahu, kawan kepada bapanya yang bernama Datuk Sumadi Ismail telah membawa dua pembeli berpotensi iaitu Shamsuddin dan Mohamad Khir berjumpanya. "Mohamad Khir datang melihat rumah saya bersama isterinya, Zahrah Kechik dan tanya harga. Mereka kata RM7 juta terlalu mahal," tambahnya. Saksi seterusnya berkata, Shamsuddin juga ada datang ke rumah untuk berbincang dan beliau akhirnya bersetuju untuk menjual tanah seluas kira-kira 4,645 meter persegi pada harga yang lebih rendah. Tanah tersebut yang mengandungi sebuah banglo berkeluasan 1,393 meter persegi, garaj yang boleh memuatkan empat buah kereta, kolam renang, kolam ikan dan lanskap dijual kepada Ditamas menerusi Shamsuddin pada 23 Disember 2004. Pada keterangan lain, Shaiful Aznir mengakui dua tanah tersebut dibeli pada tahun 1995 dan 1996 pada harga RM1.3 juta. Bagaimanapun, menjawab soalan peguam Mohamad Khir, M. Athimulan, saksi bersetuju bahawa berdasarkan surat pindah milik, tanah itu dijual pada harga RM5 juta. "Saya tidak ingat siapa yang mencadangkan harga tersebut tetapi saya bersetuju dengannya," katanya dan menambah tidak dipaksa untuk menjual pada harga itu. Beliau juga mengakui bahawa tidak mendapatkan sebarang khidmat untuk menilai harga pasaran hartanah tersebut Mohamad Khir, 45, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 6 Disember tahun lalu atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah daripada Ditamas melalui Shamsuddin. Hartanah tersebut yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007. Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -mstar
|
| WASPADA: 2 Produk COSWAY Tercemar Dari Taiwan - Diarah Tarik Balik Posted: 08 Jun 2011 06:00 PM PDT Kuala Lumpur - Kementerian Kesihatan mengarahkan Cosway (M) Sdn Bhd supaya menarik balik dengan segera dua produk makanan dari Taiwan yang tercemar dengan Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP).Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman juga meminta semua pengedar syarikat itu supaya menghentikan serta merta jualan Oriyen Nutri Grow (boy) Orange Drink Premix 330g dan Oriyen Nutri Grow (girl) Cranberry Drink Premix 330g keluaran Jin Zhuan Lifesciences Enterprise Co.Ltd, Taiwan. Dalam satu kenyataan, beliau berkata Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Taiwan telah memaklumkan kepada Pusat Keselamatan Makanan Hong Kong mengenai kedua-dua produk itu yang diimport oleh Cosway (HK) Ltd. "Kementerian Kesihatan mengambil maklum bahawa produk sama juga diimport oleh Cosway (M) Sdn Bhd. Kementerian telah mengambil sampel untuk dianalisis DEHP. "Produk dari kelompok itu hanya akan dilepaskan sekiranya hasil analisis mendapati ia tidak tercemar dengan DEHP," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Hasan menasihatkan pengguna yang telah membeli produk makanan itu supaya tidak memakannya. Menurutnya sebanyak sembilan lagi produk makanan keluaran Taiwan bagi kategori makanan yang disyaki tercemar telah dianalisis dan disahkan tidak mengandungi DEHP. Produk berkenaan ialah Apple Juice, Guava Juice, Grape Juice dan Carambola Juice keluaran Uni-President. Produk lain termasuklah Frugurt Assorted Flavors, Fibrous Jelly White Peach Flavor, Fibrous Jelly Mango Flavor, Fibrous Jelly Grape Flavor dan Squez`n Bites jenama New Choice, katanya. Hasan berkata Kementerian Kesihatan turut menjalankan pemantauan terhadap produk makanan kategori lain keluaran Taiwan yang disahkan tidak mengandungi DEHP iaitu Pickled Strip Cucumber jenama Melovocom, Preserved Chili Bean Curd jenama Master dan Yam Nutritious Cereal jenama Greenmax. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan di talian 03-88833652/0388833653 atau melayari laman web di http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my. -- BERNAMA |
| Untung Petronas Meningkat, Subsidi Untuk Rakyat Dipotong, Royalti Kelantan Dinafikan Posted: 08 Jun 2011 04:00 PM PDT Petronas catat keuntungan lebih tinggiKUALA LUMPUR: PETRONAS mencatatkan perolehan dan keuntungan yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion manakala keuntungan pracukai meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini. Syarikat minyak negara itu mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan. Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) untuk tahun itu termasuk keuntungan bersih RM9.2 bilion hasil tawaran awam awal Petronas Chemicals Group Bhd (PCGB) dan Malaysia Marine dan Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB). "Tidak termasuk keuntungan itu, EBITDA meningkat 18.5 peratus, selaras dengan perolehan yang lebih tinggi," katanya pada sidang media di sini hari ini. Pulangan pada hasil bagi tahun itu iaitu 37.5 peratus, sungguhpun kos semakin meningkat, menunjukkan harga yang lebih kukuh dan usaha berterusan kumpulan ke arah keberkesanan operasi. - BERNAMA Ulasan GB Kenaikan harga minyak dunia menyebabkan keuntungan Petronas meningkat. Malangnya rakyat pula menanggung beban apabila harga minyak dinaikkan, tarif elektrik dinaikkan sehingga harga barang keperluan yang menggunakan kedua-dua tenaga tersebut turut meningkat. Subsidi dipotong sedangkan Petronas terus menjadi gergasi yang menyedut hasil mahsul negara dan royalti minyak Kelantan pula dinafikan. Gergasi itu akan binasa akhirnya kerana kezaliman mereka mengikut telunjuk kerajaan BN yang zalim pula. Kita tidak mendoakan keburukan menimpa Petronas seperti anggapan sesetengah pihak, namun kezaliman mereka mengikut telunjuk dan arahan pemimpin UMNO BN yang zalim itulah yang bakal membinasakan mereka. |
| Status Halal Barbican Belum Diputuskan - Jakim Posted: 08 Jun 2011 02:35 PM PDT ![]() PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memutuskan status minuman jenama Barbican yang didakwa sebagai 'bir halal' selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan perbincangan mengenainya. Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata perkara tersebut perlu dilihat secara holistik sebelum keputusan akhir diumumkan. "Berdasarkan perbincangan yang kita buat dengan pihak pengedar Isnin lalu, kita hanya mendengar penerangan mengenai mereka berhubung kaedah pembuatan serta bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan bir tersebut. "Setakat ini pihak kami tidak dapat memutuskan status halal produk tersebut. Kita perlu tunggu Majlis Fatwa bermesyuarat mengenainya," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu. Dalam pada itu, Hakimah mengesahkan empat daripada lima syarikat pengedar produk minuman bijirin barli itu hadir pada mesyuarat selama tiga jam yang diadakan Isnin lalu. Menurutnya, keputusan mesyuarat bersama pengedar yang diadakan pada hari tersebut bukan keputusan akhir sebaliknya Bahagian Hub Halal Jakim akan terus mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa mengenai produk bir tersebut. "Kita akan terus membuat kajian mendalam serta mendapatkan maklumat daripada pengedar bir Barbican ini. Jadi buat masa ini kita tidak ada kata putus mengenainya," katanya. Isu 'bir halal' itu timbul selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) mendedahkan ada produk minuman yang terkenal dari negara Arab mempunyai kandungan alkohol 0.5 peratus, iaitu melebihi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Minggu lepas, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihati umat Islam di Malaysia supaya tidak minum 'bir halal' tersebut kerana kandungan alkohol dalam minuman itu melebihi paras yang dibenarkan oleh Islam. Jamil Khir berkata syarikat itu mendakwa bahawa bir berkenaan mengandungi hanya 0.01 peratus alcohol tetapi kajian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Johor mendapati kandungan alkohol dalam minuman itu ialah 0.5 peratus Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Asia Barat itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol. |
| Kedah Ada Bijih Besi Sebagai Sumber Alam Terbaru Posted: 08 Jun 2011 07:45 AM PDT Bijih Besi Sumber Alam Terbaru Negeri Kedah - MBALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah telah mengenalpasti beberapa kawasan di negeri ini yang kaya dengan bijih besi yang boleh dilombong sebagai sumber pendapatan baru. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beberapa kawasan di daerah Kubang Pasu dan Kuala Muda dikenalpasti sebagai kaya dengan sumber ini. Beliau menambah, beberapa buah syarikat perlombongan swasta telah menyatakan minat mereka untuk menjalankan aktiviti melombong secara komersil di kawasan tersebut. "Kesemua syarikat berkenaan adalah syarikat tempatan dan kerajaan negeri masih berbincang mengenai pelan projek perlombongan tersebut," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, Rabu. Dalam perkembangan lain, Azizan berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan kereta api yang akan menghubungkan Kobah di Pendang ke Pulau Bunting. Katanya, beberapa pelabur dari Kunming China telah menunjukkan minat untuk menjadikan Pulau Bunting sebagai pelabuhan untuk memindahkan produk mereka sebelum dieksport ke Afrika dan Australia. -mstar Ulasan GB Firman Allah: ![]() |
| Karpal: Mahathir Banyak Buat Kesalahan Semasa Menjadi PM, Perlu Bertaubat Posted: 08 Jun 2011 06:15 AM PDT Karpal nasihatkan Dr M supaya bertaubatPengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya. Katanya, Dr Mahathir yang sedang "meniti usia yang senja" sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya. "Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat," katanaya. "...Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu." Menurut Karpal lagi, Mahathir juga tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat. Beliau mengulas komen dalam blog yang dimuat-naik oleh Mahathir semalam yang mendakwa Karpal sepatutnya gembira dengan barisan kepimpinan baru PAS yang dikatkan lebih rapat dengan DAP. Mahathir menulis Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah. "Tokoh yang memang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya. "Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Mahathir dalam blognya. Mengulas tulisan itu, Karpal berkata Mahathir juga tidak harus lupa bahawa sekitar 2001 di perhimpunan Gerakan, mantan perdana menteri itu telah berkata Malaysia adalah sebuah "negara Islam". "Kenyataan di blognya itu tak perlu kerana dia sudah berkata demikian, kali pertama pada 2001, kecuali dia sudah lupa," kata Karpal. Beliau juga mengalu-alukan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu membawa Malaysia ke sebuah negara berkebajikan jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. -mk Ulasan GB Cakap kita tak mahu dengar, sekarang Allah bukakan mulut Karpal Singh, seorang ynag bukan Islam supaya TDM menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat. GB telah mengulas di dalam entri Zon Umur Subsidi Perlu Digunakan Sebaik-baiknya yang disirarkan pada 4 Oktober 2010 iaitu sewaktu TDM merima rawatan di Epworth Hospital Melbourne Australia. Petikan:
|
| Pulihkan Dara Untuk Elak Zina, Tapi... Posted: 08 Jun 2011 05:00 AM PDT Depe mahu hindar zinaJAKARTA: Penyanyi dangdut yang juga pelakon, Dewi Persik semalam berkata, dia bertindak melakukan pembedahan selaput dara di Mesir kerana mahu menghindari zina. "Niat saya, walaupun janda, saya mahu melindungi diri saya daripada zina. 'Apabila mengenangkan perbelanjaan yang besar dan sakit luar biasa ketika menjalani pembedahan itu, saya pasti tidak akan melepaskan keperawanan baru saya kepada lelaki sebarangan, kecuali pada suami saya akan datang," katanya. Dewi Persik yang lebih dikenali dengan panggilan Depe dan nama sebenarnya Dewi Murya Agong juga memberitahu wartawan, pembedahan yang menelan belanja Rp1 bilion (RM354,000) itu dibiayai oleh pemilik syarikat penerbitan filem K2K. Depe berlakon dalam filem Pacar Hantu Perawan yang diterbitkan syarikat berkenaan. Menurutnya, penerbit, KK Dheraj sanggup membayarnya wang berkenaan jika dia menjalani pembedahan itu. "Satu bilion bukan angka kecil," katanya. Dalam filem terbaru itu, Depe memegang watak Mondy, wanita yang tidak percaya kepada perkara mistik tetapi akhirnya sering diganggu makhluk halus. Depe, dalam satu wawancara lain berkata, dia mendapatkan nasihat beberapa rakan sebelum menjalani pembedahan selaput dara itu. Antara mereka ialah bintang porno warga Norway yang turut berlakon dalam Pacar Hantu Perawan dan Misa Campo, model seksi yang sering muncul dalam forum Internet untuk golongan dewasa. - Agensi Ulasan GB Jika benar berniat begitu, memang bagis. Namun persoalan kini, bukankah ada pilihan lain iaitu keluar dari dunia hiburan dan mencari rezeki halal tanpa perlu bercampur dengan bukan muhrim? Bukankah bumi Tuhan ini luas dan punca rezeki dari Allah itu banyak dan tanpa hisab? Mengapa membataskan diri mencari rezeki hanya di bidang yang penuh sarat dengan noda dan dosa apatahlagi dangdut genrenya? |
| 12 Pelajar Nyaris Maut Van Rempuh Lori Posted: 08 Jun 2011 03:00 AM PDT Seremban: Seramai 12 pelajar dan pemandu van cedera apabila kenderaan dinaiki mereka merempuh lori tanpa muatan di Jalan Mantin-Lenggeng dekat Mantin, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, 12 pelajar Tingkatan Enam sebuah sekolah di Port Dickson dalam perjalanan pulang ke Port Dickson selepas tamat program perkhemahan selama dua hari di Bukit Broga, Semenyih, Selangor. Jurucakap polis berkata, kejadian berpunca apabila pemandu van berusia 25 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di kawasan kejadian. "Van itu kemudian merempuh lori 10 tan yang diletakkan di tepi jalan dari arah bertentangan, menyebabkan pemandunya dan 12 pelajar lelaki dan perempuan cedera. "Semua yang cedera dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), manakala pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya di sini, semalam. ![]() Difahamkan, lima daripada mereka parah, manakala selebihnya hanya cedera ringan di beberapa bahagian anggota badan. Sementara itu, pemandu lori, R Appavoo, 47, berkata dia dalam perjalanan dari Nilai ke Pantai, di sini, sebelum van dari arah bertentangan masuk ke laluannya. "Saya bertindak membunyikan hon dan memberi lampu tetapi van itu terus meluru dan merempuh bahagian depan lori saya. Mungkin pemandu van berkenaan tertidur menyebabkan dia tidak sedar memasuki laluan bertentangan," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat memberi kerjasama. |
| Bahana Besarkan Payudara Dengan Doktor Tidak Bertauliah Posted: 08 Jun 2011 02:05 AM PDT Kuala Lumpur - Tindakan seorang kerani yang membuat pembedahan plastik untuk membesarkan payudara semata-mata kerana hendak menggembirakan teman lelakinya mengundang padah apabila dia bukan sahaja terpaksa menanggung derita, malah turut dikecewakan lelaki tersebut.Wanita yang dikenali sebagai Tham, 30, itu kini menderita apabila terpaksa menanggung kesakitan berikutan payudaranya kini bertukar kehitam-hitaman selain berasa gatal dan bernanah. Lebih membuatkan dia kecewa apabila teman lelakinya telah meninggalkannya gara-gara kejadian tersebut. Tham telah lima tahun menjalin hubungan dengan jurujual itu. Difahamkan, Tham dari Triang, Pahang, menggunakan wang simpanannya sebanyak RM13,100 untuk membuat pembedahan di sebuah pusat kecantikan dekat sebuah pusat beli-belah di sini. Ketika itu payudara mangsa bersaiz 32B dan hendak dibesarkan ke 34B. Berat badannya pula kira-kira 55 kilogram. Mengimbau semula kejadian itu, Tham memberitahu, dia bertekad melakukan pembedahan tersebut selepas teman lelakinya sering mengadu yang dia malu mempunyai teman wanita berbadan berisi tetapi mempunyai payudara kecil. Katanya, selepas dicadangkan oleh seorang rakan, dia pergi ke sebuah pusat kecantikan untuk melakukan pembedahan tersebut pada 11 Mac 2010 tanpa mengetahui doktor di situ tidak mempunyai tauliah. -kosmo |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





















Tiada ulasan:
Catat Ulasan