Selasa, 7 Jun 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[Bergambar & Video] China Dilanda Banjir, Ribuan Penduduk Dipindahkan

Posted: 07 Jun 2011 12:40 AM PDT

Banjir yang melanda wilayah Guizhou telah merosak dan juga menghancurkan ribuan rumah. Puluhan ribu mangsa banjir pun juga terpaksa dipindahkan.

Ketika hujan, ketinggian air di Sungai Wangmo naik sehingga tiga meter di bawah normal. Demikian seperti yang disiarkan oleh Xinhua, semalam (6/6/2011).

Stesyen television nasional China juga menayangkan insiden banjir tersebut serta proses pemindahan penduduk yang menjadi mangsa banjir.

Di Hunan, sekira 16 ribu warga telah dipindahkan ke Kota Loudi ketika terjadi ribut. China sedang mengalami hujan lebat setiap tahunnya di musim panas.

Lebih dari 4,300 warga terkorban atau hilang akibat tanah longsor dan banjir.

Pihak berkuasa tempatan menyatakan, hujan akan turun di bulan ini dan akan menyebakan banjir di beberapa bahagian kota.












Pasangan Suami Isteri Ketagih Gam

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT

aaaKulim - Polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim memeriksa sepasang suami isteri berusia 17 dan 19 tahun dalam keadaan khayal di tempat permainan Taman Kemuning kira-kira jam 11.30, malam kelmarin.

Jurucakap polis berkata, sebelum ini pasangan itu pernah ditemui di jirat Cina di Taman Cendana kerana menghidu gam.

Ketika disoal siasat dijalankan, pasangan lelaki menyatakan dia masih menganggur dan berhadapan dengan masalah keluarga.

"Pasangan lelaki menyatakan dia sudah bernikah sejak tiga bulan lalu. Dari soal siasat dibuat, pasangan itu pernah ditangkap Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) dalam beberapa serbuan dibuat.

"Selain itu, pasangan lelaki pernah menerima hukuman penjara terhadap kesalahan khalwat dilakukan bersama pasangannya sebelum ini," katanya

Menurutnya, polis memberi nasihat dan meminta pasangan itu supaya tidak mengulangi perbuatan itu di masa akan datang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sukar untuk seseorang yang terlibat dalam masalah penagihan gam meninggalkan tabiat buruk berkenaan.

"Mereka tidak sedar menghidu gam akan mendatangkan risiko yang tinggi terhadap kesihatan. Walaupun sudah mendirikan rumah tangga, keluarga seharusnya menasihati pasangan ini supaya tidak terlibat gejala seperti ini," katanya.

Peguatkuasa PADK, Mohd Amer Dahari berkata, beliau pernah menerima aduan dari orang ramai mengenai pasangan itu di sekitar Kulim.

Menurutnya, sebelum ini pasangan itu ditemui tidur berpelukan di Padang Kulim.

"Saya percaya pasangan ini bermasalah.

"Mereka perlu ditarbiahkan untuk memastikan kehidupan lebih teratur. Penglibatan semua masyarakat penting dalam membentuk pasangan ini ke jalan yang benar," katanya. -SH

Jurulatih Bolasepak NS Hadapi 21 Tuduhan Atur Keputusan

Posted: 06 Jun 2011 10:30 PM PDT

Jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, 35, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan pasukannya dengan pasukan Pulau Pinang SDM Navy, 21 April lalu.

Dia yang didakwa memberi suapan antara RM200 hingga RM2,000 kepada 11 pemain skuad terbabit kelihatan tenang ketika jurubahasa mahkamah membacakan semua 21 pertuduhan terhadapnya.

Bapa kepada dua anak yang digantung tugas sejak 5 Mei lalu oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan di depan Hakim Datin Nursinah Adzmi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan niat bersama dua orang yang masih bebas, secara rasuah memberi suapan RM300 kepada sembilan pemain pasukan itu di kafe dan pusat karaoke keluarga City Idol Senawang, No 21, Jalan Cempaka 28, Pusat Komersial Cempaka, Taman Cempaka, Senawang di sini, kira-kira jam 9 malam pada 19 April lalu.

Pemain terbabit adalah Norhairi Abd Rahman, 20, Muhammad Rizqi Azman, 19, Muhammad Zaidi Othman, 19 serta D Adrian, Mohd Hafiz Mohd Nor, Suhairy Johari, Hamirul Fahamie Abu Yazid, Muhammad Haikal Mohamad Nazri dan Mohamad Zulfadhlie Mohamad masing-masing 18.

Tertuduh yang memakai kemeja-t biru gelap juga didakwa memberi suapan RM200 kepada seorang lagi pemain, Anwarul Hafiz Ahmad, 18, sejam kemudian ketika dalam kereta di bandar ini.

Selain itu, dia bersama seorang lagi yang masih bebas, secara rasuah memberi suapan RM2,000 kepada semua pemain terbabit termasuk seorang lagi pemain, Mohamad Yatim Abdullah, 19, di kafe dan pusat karaoke keluarga City Idol Senawang kira-kira jam 5 petang pada 22 April lalu.

Suapan itu sebagai dorongan supaya semua pemain terbabit membantu dan memberi peluang kepada pemain pasukan bola sepak Piala Presiden Pulau Pinang SDM Navy menjaringkan gol apabila mendapat isyarat daripada seseorang bagi satu perlawanan di Stadium Bertam, Pulau Pinang, 21 April lalu.

Yusarman didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 (b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Nursinah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes itu pada 5 Julai ini. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Jasmi Buang dan Mohd Asri Abd Rahman Sidik, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Nor Hisham Hussain.

Baru-baru ini PBNS membuat laporan polis selepas menerima aduan beberapa pemain skuad Piala Presiden bersedia menjadi saksi terhadap dakwaan berlaku rasuah mengatur perlawanan sejak akhir tahun lalu.

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan. -BH


Yuran Astro Bakal Alami Kenaikan

Posted: 06 Jun 2011 09:00 PM PDT

Astro selaras yuran pakej

KUALA LUMPUR - Bermula 11 Julai ini, stesen televisyen berbayar Astro bakal membuat beberapa pelarasan pakej yang ditawarkan kepada lebih tiga juta pelanggannya dengan menyaksikan ada penetapan caj baru selain tawaran penjimatan.

Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan berkata, berikutan pelarasan itu sesetengah yuran langganan mungkin naik RM1 hingga RM15 sebulan bergantung kepada pakej.

Katanya, langkah itu perlu dilaksanakan berikutan kenaikan kos kandungan global dan tempatan termasuk hak penyiaran acara sukan.

"Kami komited dalam meningkatkan pilihan pengalaman menonton kepada pelanggan tetapi Astro tidak lagi mampu untuk terus menyerap kenaikan kos kandungan.

"Untuk itu, kos langganan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, walaupun ada yuran naik tapi ada penjimatan antara RM4 hingga RM14.95 sebulan,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pihaknya terus komited untuk mengekalkan caj langganan bagi Pakej Famili iaitu RM37.95 merangkumi 38 saluran pelbagai bahasa dan genre.

Katanya, pelanggan Astro juga boleh menikmati penjimatan lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan definisi tinggi (HD) dan perakam video peribadi (PVR).

"Untuk hanya RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan sehingga RM45.85.

"Aspirasi kami adalah untuk terus memberikan pengalaman menonton yang terbaru dan tiada bandingnya kepada para pelanggan,'' ujarnya.

Astro yang beroperasi sejak tahun 1996 kini menawarkan 146 saluran pelbagai bahasa dan program antarabangsa serta tempatan. -kosmo

Nazri Intai Jawatan Ketua Pembangkang Usai PRU13

Posted: 06 Jun 2011 07:25 PM PDT

Nazri: Dengan jadikan PAS kuat, impian Hadi maju jadi PM

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberi PKR dan DAP peringatan mengenai imej liberal yang hendak dibawa PAS sambil menegaskan, presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercita-cita mahu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menanti dari Pakatan Rakyat.

Berkongsi analisis beliau berhubung pemilihan PAS yang diadakan akhir minggu lalu, ahli Majlis Tertinggi itu berkata, trend baru muncul di parti Islam konservatif itu – nafsu baru untuk berkuasa.

Kata Nazri, permainan politik baru kepimpinan PAS bertujuan mahu mengubahsuai imej Islamnya agar ia kelihatan dapat diterima oleh bukan Islam dan seterusnya menjadi parti yang kuat dalam Pakatan Rakyat, mengatasi kedudukan PKR dan DAP.

Sehubungan itu, menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, kebangkitan PAS akan membawa kepada pergolakan kuasa dalam Pakatan Rakyat semasa pilihan raya umum akan datang kerana mereka akan cuba untuk mengatasi satu sama lain untuk mendapatkan perwakilan besar dalam Parlimen.

"Sudah pasti, mereka akan bertelagah. Saya fikir Hadi sedar bahawa ada peluang bagi beliau untuk menjadi pemimpin Pakatan Rakyat," katanya lagi.

"JIika beliau berfikir bahawa beliau boleh menawan Putrajaya, maka beliau mahu menjadi perdana menteri. Itu sebabnya beliau memaksa parti itu mengubah imej sebab beliau tahu bahawa Anwar berada dalam masalah dan PAS mahu menjadi parti yang kukuh dalam Pakatan Rakyat," kata Nazri pada sidang media di sini hari ini. -TMI


Hadi intai PM, dakwa Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menggambarkan PAS dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai oportunis dengan cuba meletakkan dirinya sebagai pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bakal perdana menteri.

Nazri berkata, keputusan pemilihan PAS Sabtu lalu merupakan petanda bahawa pemimpinnya, terutama Hadi, sedar bahawa mereka perlu berusaha menguasai Pakatan Rakyat.

"Jika Hadi fikir mereka boleh tawan Putrajaya, maka dia (fikir) akan jadi PM kerana Anwar sekarang dalam masalah," kata Nazri, merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat dan video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Sabtu lalu, ramai calon bukan ulama menang dalam pemilihan parti itu. Selepas 20 tahun, perwakilan juga memilih calon bukan ulama Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden PAS yang baru.

Selain ketiga-tiga naib presidennya terdiri daripada golongan bukan ulama, sekurang-kurangnya 10 daripada anggota jawatankuasa pusatnya juga daripada kumpulan sama.

Nazri yang juga anggota majlis tertinggi Umno berkata, barisan kepimpinan baru PAS menunjukkan kesedaran bahawa mereka tidak mampu mengambil alih tampuk kekuasaan tanpa sokongan bukan Melayu.

Sementara itu, mengulas ucapan dasar Hadi dalam muktamar PAS yang menyebut parti itu kini memfokuskan kepada agenda negara kebajikan berbanding negara Islam, Nazri berkata, ia tidak banyak berbeza dengan yang dijuarai Umno sekarang.

"Saya rasa Hadi rasa beliau boleh menjadi PM, walaupun saya sendiri rasa beliau tidak mampu untuk itu. Beliau cuba meyakinkan DAP bahawa harimau bintang sudah menukar tompoknya," katanya. -mk


Ulasan GB

Katakanlah teori Nazri itu menjadi kenyataan, PR menguasai parlimen dan Hadi menjadi PM.

Maka teori lain akan menyusul pula iaitu akan berlakulah perebutan kerusi Ketua Pembangkang. Calon utamanya ialah Najib, tetapi akan digugat oleh Nazri Aziz. Kerana Nazri akan mendakwa beliau lebih vokal menentang MP-MP Pakatan Rakyat tatkala BN berkuasa.

Nazri akan mendakwa beliaulah paling banyak membantu Najib. Gantungkan MP Puchong kerana selamatkan Najib daripada kes Altantuya daripada dibincang di parlimen, gantung Karpal Singh, Anwar, Azmin dan lain-lain kerana isu UMNO-APCO dan membuat paling banyak kenyataan untuk mempertahankan SPRM, Polis, video seks dan sebagainya.

Namun, apakah Nazri berjaya nanti atau beliau akan dipancung dahulu oleh Najib daripada bertanding di Padang Rengas?

Semua orang tahu, Nazri "kaki kipas". Di zaman TDM, beliau mengipas TDM, di zaman Pak Lah begitu juga, kini di zaman Najib, lebih besar kipasnya, ditibainya PM-PM terdahulu.

Tulang Tangan Shahir Retak, Jatuh Bilik Air

Posted: 06 Jun 2011 05:55 PM PDT

Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi, 24, atau lebih dikenali sebagai Shahir (AF8) mengalami retak tulang tangan sebelah kiri selepas terjatuh di bilik air di kampungnya di Kampar, Perak.

Menurut Pengurus Artis, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Suriani Ahmad kejadian pada pagi Sabtu lalu itu berlaku ketika Shahir sedang mandi.

"Dia sedang bercuti di kampung halamannya. Ketika di bilik air, dia tergelincir lalu jatuh menyebabkan tulang tangannya retak. Selepas itu dia telah dibawa ke pusat perubatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

"Kejadian tersebut tidak terlalu teruk, dia hanya mengalami retak sahaja dan mungkin akan pulih cepat dan meneruskan aktiviti seninya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambahnya, disebabkan kejadian tersebut Shahir bercuti selama seminggu untuk berehat.

Juara Akademi Fantasia musim kelapan itu kini sedang sibuk dengan promosi filem pertama berjudul Karak yang sedang ditayangkan di pawagam.

Shahir yang dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon. -mstar

Ulasan GB

Musibah atau ujian itu juga adalah "seorang guru" untuk kita am daripbil pelajaran daripadanya.

Rakyat Sangsi Dakwaan Kadar Jenayah Turun

Posted: 06 Jun 2011 04:10 PM PDT

Dakwaan Jenayah Turun Adalah Cerita Dongeng, kata Teresa

SHAH ALAM 6 JUN : Dakwaan kerajaan kononnya kadar jenayah susut 10 peratus empat bulan pertama tahun ini adalah "dongeng" kerana rakyat masih mengkhuatiri keselamatan diri, kata Exco Selangor, Teresa Kok.

Teresa berkata desakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa masyarakat perlu mengubah persepsi keselamatan diri jelas menunjukkan beliau gagal memahami perasaan orang awam.

Muhyiddin membuat dakwaan kononnya jenayah susut hanya untuk mencanang Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai satu kejayaan walaupun hakikat adalah sebaliknya, kata beliau.

" Kebiasaanya bila Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor dan pemimpin negara kita menggunakan statistik NKRA untuk membuktikan bahawa kadar jenayah telahpun turun orang ramai memang tidak akan percaya," teresa memberitahu TVSelangor.

"Ini kerana ramai antara mereka merupakan mangsa jenayah khususnya di kawasan-kawasan bandar. Jadi kita tak tahu macam mana polis dan NKRA perolehi data statistik sebegitu,"kata beliau yang juga Pengerusi DAP Selangor.

Muhyiddin semalam dilaporkan berkata, kerajaan dan Polis mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai kadar jenayah dalam membentuk keyakinan masyarakat terhadap keselamatan negara.

Beliau berkata masyarakat perlu mengubah persepsi bahawa kadar jenayah masih meningkat sedangkan statistik rasmi menunjukkan penurunan.

Menurut beberapa pihak hakikat disebalik penurunan kadar jenayah itu adalah kurang orang melaporkan kes jenayah kerana hilang keyakinan terhadap polis.

Manakala semakin banyak penduduk kawasan perumahan mengadakan rondaan bersama untuk mengekang kecurian dan pecah masuk rumah yang semakin meningkat.

Muhyiddin bagaimanapun mendakwa kaji selidik Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM, jenayah keseluruhan menurun sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga April tahun ini. -tvsnews


Muhyiddin: Kadar jenayah sudah menurun

KUALA LUMPUR: Masyarakat perlu mengubah persepsi bahawa kadar jenayah masih meningkat sedangkan statistik rasmi menunjukkan penurunan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tan Sri Muhyiddin berkata demikian dalam satu sidang media selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, kelmarin.

Katanya, secara keseluruhan kadar jenayah menurun 10 peratus bagi tempoh Januari hingga April tahun ini berdasarkan kaji selidik Bidang Keberhasilan Utama Negara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jenayah jalanan juga menurun kepada 45 peratus berbanding tahun lepas, manakala keseluruhan indeks jenayah tahun lalu pula mencatatkan penurunan 15 peratus berbanding pada 2009.

'Angka itu sudah menunjukkan kadar jenayah memang dah turun. Jadi langkah kita sekarang ini adalah bagaimana mahu perbetulkan persepsi mereka,' ujarnya.

Selain itu, kata Tan Sri Muhyiddin, kajian itu turut menunjukkan bahawa masyarakat puas hati dengan keselamatan berikutan bertambahnya kehadiran polis meningkat 20 peratus daripada 35.3 peratus pada 2009 kepada 55.8 peratus tahun lalu.

'Itu petanda yang baik tapi belum cukup kukuh dan masih ada ruang untuk kita perbaiki. Kita tahu PDRM telah pun mengatur gerak kerja seluruh negara.

'Saya percaya kalau ada kerjasama yang rapat dengan pimpinan masyarakat di peringkat PDRM dengan pasukan yang digerakkan di kawasan panas, kadar jenayah dapat diturunkan kepada peratusan yang rendah sekali,' katanya.

Tambah beliau lagi, sebagai memastikan orang ramai dapat sentiasa merasakan kehadiran dan penglibatan polis, jumlah pegawai dan anggota polis yang dikerahkan akan dipertingkatkan.

'Oleh itu, seramai 7,400 pegawai polis telah pun ditugaskan daripada 'back office' ke 'front office'. Seramai 4,013 penjawat awam pula dipindahkan balai PDRM untuk menjalankan tugas di 'back office'.

'Seramai 14,222 pegawai PDRM ditempatkan untuk tugas rondaan di 50 lokasi panas jenayah. Seramai 8,140 anggota Pasukan Gerakan Am dari PDRM turut ditugaskan memerangi jenayah di kawasan panas berdasarkan kawasan,' katanya. -- Bernama.




[Video] Tauge - Suspek Utama Pembawa E-Coli Di Jerman

Posted: 06 Jun 2011 09:55 AM PDT

Bakteria E. Coli di Jerman Berasal dari Tauge

Pejabat Jerman mengatakan, merebaknya bakteri E. Coli yang telah mengakibatkan kematian 22 orang di Jerman dan Sweden kemungkinan berasal dari tauge yang dihasilkan pengusaha tempatan.

Menteri Pertanian negara bahagian Lower Saxony, Gert Lindeman menyatakan semalam, hasil ujian atas tauge tempatan itu akan diketahui pada Isnin. Ia menganjurkan kepada penduduk di Jerman utara agar tidak memakan tauge.

Pejabat kesihatan Jerman semalam melaporkan kematian tiga orang lagi, sehingga jumlah korban menjadi 22 orang. Kecuali seorang perempuan yang meninggal di Sweden setelah berkunjung ke Jerman, semua korban terdapat di Jerman.

Kata pejabat kesihatan, kira-kira 2,000 orang, kebanyakan di Jerman telah terkena serangan bakteria E. Coli. Sepuluh negara Eropan lain dan Amerika melaporkan 90 orang yang terkena bakteria itu, setelah berkunjung ke Jerman.

Merebaknya bakteria E. Coli ini adalah yang paling banyak mengorban manusia dalam sejarah moden, dan merupakan kedua atau ketiga terbesar dalam jumlah orang yang sakit akibat terjangkit bakteria itu. Penderita serangan E. Coli biasanya sakit perut, cirit birit, demam dan muntah-muntah. -AP, Reuters




Bean sprouts to blame for E.coli outbreak

Kod genetik bakteria O104 yang didekodkan yang pada skrin komputer di makmal klinik universiti Eppendorf di Hamburg. Foto: AFP/GETTY

German-grown bean sprouts are the most likely cause of the deadly E.coli outbreak that has killed 22 people and made more than 2,000 ill across Europe, officials said last night.

The admission is hugely embarrassing for Germany, which had previously blamed Spanish cucumbers for the bug.

Beansprouts are a common ingredient in salads and stir frys, but have previously been blamed for major health scares. They were held responsible for a serious outbreak of Salmonella in Britain last year and 17 E.coli-related deaths in Japan in 1996.

On Sunday evening, Gert Lindemann, agriculture minister in the northern state of Lower-Saxony, said a company that grew bean sprouts had been shut down and further test results were expected on Monday.

"There was a very clear trail (to this company) as the source of the infection," Mr Lindemann said in a news conference. He urged consumers in northern Germany to refrain from eating all types of sprouts.

"It is the most convincing...source for the E.coli illnesses," he said. -The Telegraph




[Video] Pengarah Ditamas Dibebaskan, Khir Menyusul Kemudian?

Posted: 06 Jun 2011 06:30 AM PDT

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni daripada tuduhan bersubahat dengan mantan menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berhubung pemilikan dua lot tanah dan banglo di Seksyen 7, di Shah Alam, empat tahun lalu.

Gambar: BEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, bersama isteri, Datin Seri Zahrah Kechik meninggalkan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. Terdahulu, Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni (gambar kecil), dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan bersubahat berhubung pemilikan dua lot tanah dan banglo di Seksyen 7, Shah Alam, empat tahun lalu. - Foto Roslin Mat Tahir

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, pertuduhan terhadap Dr Khir diteruskan namun ia ditunda hingga Rabu ini.

Katanya, ini bagi membolehkan pihak pembelaan menerima dan mengkaji dokumentasi terakhir mengenai penemuan terbaru yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Penangguhan itu dibuat oleh pihak pembelaan yang diketuai oleh peguam M Athimulan pada awal perbicaraan bermula pagi tadi apabila dimaklumkan perkembangan terbaru itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diketuai oleh timbalan pendakwa raya Abdul Wahab Mohamed membantah dan berhujah bahawa dakwaan yang dikemukakan tetap sama dan dokumen yang dihantar itu sepatutnya tiba hari ini.

"Meskipun perkembangan baru dalam sesuatu kes bukan asas bagi membuat penangguhan, tetapi kekurangan dokumentasi boleh diterima," kata Mohtaruddin ketika membenarkan penangguhan itu.

Pada 6 Disember lalu, Dr Mohd Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

ADUN Sungai Panjang itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. -tvsnews



Ulasan GB

Ini pun sandiwara jugak. Jika masih ingat, Peguam Negara pernah mengarahkan kepada Khir Toyo supaya beliau diam dari mengulas isu pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini.

GB sudah ulas ketika itu. Petikan:


Apakah ada agenda tersembunyi Peguam Negara untuk menyelamatkan Khir Toyo dengan mengarahkannya supaya berdiam ekoran pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini?

Apakah dakwaan di mahkamah sebelum ini terhadap Khir hanya satu lagi "wayang"?

Dakwa lepas lu dilepaskan jugak.

Alasan penghakiman nanti: tiada kes prima facie, atau pendakwaan tidak mempunyai bukti mencukupi atau macam-macam lagi...

Ia berdasarkan kepada beberapa kes pemimpin UMNO BN yang pernah dibawa ke mahkamah selepas itu dibebaskan, seperti :

Bekas Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Norza Zakaria,
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim,
Bekas Setiausaha UMNO Bhgn Wangsa Maju, Ramli Abdul Manan,
ADUN Mesra UMNO, Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi
Bekas ADUN Jelai, Datuk Omar Othman
Bekas ADUN Semenyih, Ahmad Kuris


dan ramai lagi.

Mana ada kes pemimpin UMNO yang pernah dihukum kerana rasuah oleh mahkamah walapun dah berpuloh diseret?


[Bergambar & Video] Singapura Dilanda Banjir

Posted: 06 Jun 2011 05:50 AM PDT

Pokok tumbang, kereta rosak di tengah jalan dan gedung beli-belah dimasuki air.

Demikian antara rentetan masalah yang berlaku apabila hujan lebat lebih empat jam pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di serata Singapura dinaiki air.

Selain daripada banjir kilat di kawasan MacPherson dan banyak jalan raya menjadi seakan 'sungai', beberapa besmen bangunan pula digenangi air. Paling teruk terjejas adalah di kawasan Tanglin.

Semalam, Menteri Sekitaran dan Sumber Air yang baru, Dr Vivian Balakrishnan, bergegas ke Tanglin Mall setelah diberitahu besmen bangunan itu digenangi air setinggi 100 milimeter.

Semasa meninjau bersama para pegawai kanan agensi air negara, PUB, Dr Balakrishnan mengalu-alukan semangat para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan yang dimasuki air berlumpur bagi memastikan kerja-kerja pembaikan dapat dilakukan dan perniagaan boleh diteruskan.

Selain daripada perniagaan, tempat meletak kereta di besmen bangunan itu - dan besmen di beberapa bangunan lain di sekitarnya seperti Orchard Towers, Forum The Shopping Mall, Delfi Orchard, Liat Towers dan St Regis Residences - juga dimasuki air.

Orang ramai yang memuatnaikkan gambar-gambar di laman Stomp turut melaporkan banjir di Holland Road, Cuscaden Road, Eng Neo Avenue, Dunearn Road, Bukit Timah, Sennett Estate dekat Potong Pasir, MacPherson, Toa Payoh, Boon Keng, Bendemeer dan Balestier.

Seorang penduduk di kawasan Balestier, Encik Michael Ng, berkata jalan raya di Mandalay Road 'kelihatan seperti sebatang sungai'.

Hujan lebat turut menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah lori di Bedok Reservoir Road.

'Emak menjerit apabila pokok tumbang. Saya bersyukur ia tidak menjejas kereta saya tetapi kesiankan pemilik lori itu,' kata Cik Sharifah Mohamed Sharif menerusi e-melnya kepada Berita Harian Singapura semalam.

Dalam kenyataannya semalam, PUB berkata ia telah mengerahkan kakitangan dan kontraktornya ke tempat-tempat yang terjejas. Pam dan lori tangki juga dikerah bagi membantu mengepam air keluar dari bangunan.

Banjir berlaku semasa air surut dan tujuh pam beroperasi di Bendungan Marina bagi menurunkan paras air di Kolam Air Marina, katanya. -BHS




















Isu Tugu 1Malaysia: Jamil Khir Dicabar Kemukakan Kepada Kerajaan Runtuhkan Semua Tugu 1Malaysia

Posted: 06 Jun 2011 03:50 AM PDT

Menteri agama setuju tegahan bina tugu 1M'sia

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan bersetuju dengan pandangan jawatankuasa fatwa Perlis yang menegah pembinaan tugu 1Malaysia.

"Kita setuju apa pandangan yang diberikan oleh mufti (Perlis) supaya ada unsur-unsur pemujaan, supaya tidak kita wujudkan.

Diminta menghuraikan pendiriannya secara lebih lanjut, Jamil Khir berkata: "Kita tidak buat tugulah, kalau kita ikut pandangan mufti".

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas melawat Surau An-Najah di Taman Batu Muda, Gombak di ibu negara.

Jawatankuasa itu sebelum ini berpendapat tindakan kerajaan membina tugu 1Malaysia adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-ansab (berhala).

Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.

Tegahan juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.


PMM: Tugu 1Malaysia bukan keperluan mendesak

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berpandangan bahawa pembinaan Tugu 1Malaysia "bukan keperluan mendesak" yang perlu diberikan penekanan oleh kerajaan.

"PPMM mengesyorkan kepada pihak Kerajaan agar menumpukan kepada perkara-perkara yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada rakyat berbanding dengan pembinaan tugu tersebut," katanya.

Zainul Rijal (kanan) mengulas saranan pemimpin PAS, termasuk ahli jawatankuasa PAS Dr Mujahid Yusuf supaya Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) mengkaji secara terperinci berhubung pembinaan tugu 1Malaysia.

Saranan itu dibuat ekoran keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis baru-baru ini menegah pembinaan tugu itu, antaranya kerana mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-ansab (berhala).

Dalam satu kenyataannya hari ini, Zainul Rijal turut menggesa MFK membincangkan pendirian Perlis itu, seterusnya mewartakannya supaya ia menjadi undang-undang.

"Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sahaja tidak mempunyai kuatkuasa perundangan, selagi belum diterima oleh negeri serta diwartakan.

"Pihak kerajaan seharusnya peka dengan sentiviti Islam ini supaya tidak tergelincir dari landasan hukum syarak yang sebenar.

"Setiap tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan perlu mengambilkira kedudukannya di dalam Islam sebagai agama bagi Persekutuan," tegasnya sambil mengingatkan supaya agenda kerajaan selari dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan -mk



Ulasan GB

Jika sungguh bagai dikata, kita minta Menteri tersebut kemukakan kepada kerajaan agar semuag tugu-tugu 1Malaysia yang telah dibina itu diruntuhkan segera.

Ada berani menyatakan kebenaran tersebut?




[Video] Awang Adik Syok Sendiri - Husam

Posted: 06 Jun 2011 02:30 AM PDT

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menyifatkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin sebagai "syok sendiri" apabila mendakwa keahlian PAS semakin terjejas selepas pilhan raya umum lalu.

Awang Adek mendakwa kira-kira 10 ribu ahli PAS dan golongan belia di Kelantan menyertai Umno sejak 2008, malah yakin Umno akan menawan semula Kelantan yang di terajui oleh PAS untuk lebih dua dekad.

"10,000 atau 100,000 dah biasa kita dengar. Dulu pun UMNO cakap orang PAS dah keluar beratus ribu, mungkin dah sejuta dua juta. Jadi saya tak terkejut dan ini bukan taktik baru UMNO, rasanya syok sendiri sahajalah," Husam memberitahu TvSelangor.

Tambah Husam lagi, helah sebegitu sudah tidak laku untuk mempengaruhi rakyat kononnya PAS semakin kehilangan anggotanya.

Husam berkata Umno dan juak-juaknya hanya perlu menilai kehadiran golongan belia pada ceramah-ceramah parti itu di Kedah dan Kelantan untuk mengetahui tahap sokongan terhadap PAS.

Tegasnya pemimpin UMNO kini berada dalam kebimbingan sehinggakan terpaksa membuat kenyataan sedemikian bagi memastikan parti mereka kekal memerintah negara.

Semalam Datuk Awang mendakwa kira-kira 10,000 anggota PAS, golongan atas pagar dan kaum belia yang mencapai umur mengundi di Kelantan menyertai Umno selepas pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata, mereka berbuat demikian kerana kononnya kecewa dengan kegagalan PAS membangunkan Kelantan. -tvsnews



Tiada ulasan: