Rabu, 29 Jun 2011

ILHAM NAJMI

ILHAM NAJMI


Lynas @ Gabeng: Kebodohan Karam Singh

Posted: 28 Jun 2011 08:33 PM PDT

Semalam Buletin TV3 menyiarkan slot Lynas. Karam Singh yg terkenal sebagai pembela alam sekitar, gara gara mengikut telunjuk UMNO/BN akhirnya menzahirkan kebodohan diri sendiri. Beliau didapati mengambil sample tanah Rare earth dan mengukur kadar radiasi dan bagaikan dugung obesiti berlari lari ke pejabat YB Fuziah untuk mengukur kadar radiasi.

Isunya bukan tanah semulajadi yg dicipta tuhan. Semua ciptaan tuhan mengeluarkan radiasi semulajadi. Persoalannya, bagaimana pemprosesan untuk ekstrak bahan itu. Bagaimana dan dimana sisi itu dilupuskan. Bab ini masih menjadi mesteri dan rahsia. Karam singh seperti ketinggalan bas atau pun bagaikan kapal yg karam dilautan dalam. Kami di Balok tak bincangpun persoalan tanah yg belum diproses.

Sehingga hari ini Pelan pengurusan sisa gagal dijelaskan oleh Lynas. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) kata sisa hanya akan berada di Gebeng dalam jangka waktu tertentu. CEO Lynas kata mereka dah dapat keizinan untuk tanam di sini buat selama-lamanya. Kenyataan siapakah yg benar dalam hal ini. Semuanya ini bagaikan dua ekor biawak yg menyembunyikan lidah yg bercabang.

Inilah masanya Karam singh boleh buat tawaran agar sisa selepas pemprosesan itu dihantar ke rumahnya memandangkan belum ada penemuan yg konkrik bagaimana sisa itu diurus. Manfaatkan sisa itu untuk baja penyubur bulu-bulu yg penuh di badan.

Nasihat saya.. Jangan jadi manusia yg hidup mengikut telunjuk kapitalis kelak kamu akan jadi bagaikan manusia yg mabuk todi, satu apa pun orang tak akan percaya lagi.

Isu Lynas: Pendirian PAS Pusat

Posted: 28 Jun 2011 08:09 PM PDT

Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat mengambil ketetapan, membantah pembinaan logi pemprosesan Nadir Bumi di Gebeng. Presiden dan Ahli jawatankuasa PAS Pusat juga menyokong bantahan penduduk Kuantan khususnya sekitar Gebeng. Demikianlah antara intisari ucapan YB Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS di PUTRA, Balok.

Saya mengharapkan org yg menghantar email layang pada saya, kononnya saya tak taat pada Presiden Parti, nasihat saya pada mereka, hentikanlah kerja bodoh ini. Jangan jadi manusia bacul berselindung disebalik email yg tak dikenali. Mengaku pulak sebagai ahli PAS. Jadilah manusia yg bermaruah. Kami dalam Badan Bertindak Anti Rare Earth (BADAR) di Balok sedia untuk ditemui pada bila bila masa, sama ada dalam bentuk dialog, atau perjumpaan biasa, malah debat pun kami bersedia. Saya balas semua email itu dan mengharapkan respon untuk berjumpa kami dalam BADAR, namun sehingga hari ini tak berjawab.

Kerja bodoh mereka ini sampai peringkat mengambil petikan ucapan Dato Seri Presiden dan diemailkan kepada kami dan bertanyakan pendirian kami. Kini... PAS Pusat telah mempunyai pendirian... Apa pulak putar belit mereka selepas ini.

Nasihat terakhir saya... janganlah anda mengaku berwajah PAS (kononnya), namun lidah anda, berlidah UMNO.

Tiada ulasan: