Selasa, 7 Jun 2011

ILHAM NAJMI

ILHAM NAJMI


Lynas: Bencana tidak berperi

Posted: 06 Jun 2011 07:57 PM PDT

Ramai bertanya kepada saya tentang isu Lynas. Macamana? Tak kurang juga yg menganggap saya terlebih pakar daripada pakar. Sementelah lagi bila dah ada seakan "wahyu" baru. Meyebabkan sudah ada rakan yg menarik "hand break".

Isu Lynas mesti dilihat secara menyeluruh.. Pandangan semua pakar mesti diambil kira. Pakar Nuklear, Pakar Kejuruteraan Kimia, Pakar Fizik, Pakar Toksidologi, Pakar alam sekitar, pakar perubatan dan beberapa pandangan lain. Adalah tidak adil kalau hanya merujuk pada pakar nuklear sahaja. Nak buat satu bangunan pun kena merujuk kepada beberapa pakar yg berkaitan... Takkanlah nak bina logi pemprosesan radioaktif kita hanya bertanya pada pakar nuklear??

Saya mewakili penduduk yg terdekat dengan Lynas. Rumah saya 5 km sahaja dari logi tersebut. 20,000 tinggal dalam lingkungan 10 km. Dengan fakta yg saya hamburkan dalam Muktamar... sepatutnya sudah cukup menakutkan. Manusia manusia yg "berfatwa" selamat, duduk nun jauh ratusan km dari perkampungan kami.

Rakyat bukan sahaja mesti selamat.. rakyat juga mesti rasa selamat. Persoalan hari ini, rakyat terbanyak di Kuantan tak rasa selamat. Jaminan Kerajaan dan pakar tidak meyakinkan. Kerana...
  1. Projek ini disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Operasi pembinaannya bermula pada tahun 2008. Kami dipanggil pada tahun penghujung tahun 2009. Lebih pelik lagi kami dipanggil atas nama PAS negeri Pahang. Ada sesuatu yg tak kena, saya pada ketika itu menjawat Jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS, mengambil sikap tidak hadir, sebagai tanda saya tak bersetuju kami dipanggil dalam keadaan tergesa-gesa dan dalam kumpulan yg kecil tanpa disertai oleh pakar yg berkaitan. Dalam keadaan tidak memiliki fakta rombongan PAS Pahang terpinga-pinga kebingungan dan mengambil sikap, kena mencari maklumat lagi dari pelbagai sumber yg lain.
  2. EIA (penilaian Kesan Alam sekitar) dan RIA (penilaian Kesan Radiologi) disembunyikan dari pengetahuan kami. sehinggalah haya dipamer pada 30 Mei lalu. Dimana rasionalnya projek yg dah hampir siap tetapi EAI dan RIA hanya dipamer pada ketika kilang hampir siap
  3. Kami dikelirukan dengan fakta yg bercanggah.. Diperingkat awal dikatakan tidak mengandungi radiasi. Kemudian dikatakan paras radiasi rendah dan selepas diasak radiasi yg bahaya boleh dikawal dengan teknologi . Aduhai.. pakar.. oh pakar...
  4. Lebih menghairankan kami, bahan galian yg nak diproses dibawa nun sejauh 3000km dari Australia untuk diproses disini. Tiada negara yg berani meneroka industri yg menguntungkan ini.
  5. Lynas menjadi anak emas, apabila dikecualikan cukai selama 12 tahun. Kita dimaklumkan Lynas akan mengaut keuntungan sehingga 8 billion setahun, namun kerajaan tak dapat apa apa keuntungan melalui cukai.
  6. Jumlah bahan kimia yg digunakan sebanyak 505,420 tan setahun. Asid Hidroklorik dan asid sulfurik sahaja akan digunakan dalam 700 tan sehari.
  7. Sisa radiao aktif ini akan ditanam di Gebeng. Sekali lagi Lynas dapat keistimewaan. Kilang lain tak dibenarkan melupus sisa industi (bukan radio aktif) di tapak kilang. Sehingga kini Pelan Pengurusan Sisa tidak diumumkan. Bagaimana sisa diurus?? Pengarah AELB mendakwa Lynas hanya kan menyimpan sisa di sini dalam jangka waktu tertentu, CEO Lynas berkata mereka dah dapat keizinan dari kerajaan Malaysia untuk meninggalkan sisa di sini buat selama lamanya. Lawak bodoh apa ni?
  8. Penggunaan air 500 meter padu sejam. Bayangkan satu hari... bukankah hampir menyamai penggunaan air seluruh warga Kuantan. Bagaimana air beradio aktif ini dirawat? Apa jadi pada sungai balok kalau air ini masuk ke Sg Balok yg dah sedia tercemar.
  9. Percayakah kita dengan penguatkuasaan undang undang di Malaysia. Dalam kegagalan tahap integeriti Malaysia. Kita tak percaya pada agensi penguatkuasaan yg diganggu oleh orang politik. Mengapa pula kita semacam dipaksa untuk percaya dalam isu Lynas ini.
  10. Di Kuantan Jualan hartanah merudum sebanyak 50% sejak mac. Nilai Rumah menyusut sebanyak 20%. Perkara ini disahkan oleh Pang Wong Piang, Pengerusi Dewan Perniagaan Cina. Kerajaan BN telah memberi 'Subsidi Radiasi' untuk rumah di Kuantan
  11. China dan USA yg merupakan negara pengeluar Rare Earth terbesar hari ini mengakui pemprosesan bahan ini menyebabkan penyakit serius dan kemusnahan alam sekitar.
  12. Wartawan antarabangsa turun ke Kuantan. Aljazera, Blomberg, Korean New, NHK, ABC dan banyak lagi. Adakah mereka datang merentasi ribuan km untuk mendapatkan berita "palsu" untuk media mereka.
  13. Peristiwa Bukit Merah seharusnya menjadi pengajaran. Dimana pakar pakar ini pada ketika rakyat Bukit Merah bertarung dengan industri Rare Earth milik Jepun. Rakyat terpaksa mengadu di mahkamah selepas Pakar 'menikus' mempertahankan orang politik yg kononnya menjaga pelabur dalam dasar pandang ketimur. Sehingga hari ini Bukit merah menyimpan mimpi ngeri kecacatan dan kemusnahan yg bukan sedikit.
  14. Hari ini rakyat meluahkan kebimbangan.. MMA (Persatuan Perubatan Malaysia yg terdiri dari 13,000 pakar perubatan) Majlis Peguam Malaysia, Sahabat Alam Malaysia, Teras Keupayaan Melayu, Pertubuhan Kaum Sikh Pahang, Gamis (Gabungan Mahasiswa Islam) SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) MCLM, MNS, FOMCA, Green Collition, ABIM dan banyak lagi NGO melahirkan kebimbangan. PAS Pahang, PKR dan DAP juga turut bersama kebimbangan rakyat.
Fakta apa lagi yg dikehendaki. Habuan apa yg sedang dinanti. Kepentingan apa yg sedang dipertahankan sehingga kita mengabaikan 14 fakta ini. Isu Lynas bukan isu logi nuklear... Ianya isu sisa yg mengandungi radioaktif.

Saya siarkan tulisan Ust Hasrizal @ Saiful Islam tentang pandangan pakar Nuklear..

"Sekiranya berlaku gempa bumi, larilah ke loji nuklear!" kata seorang pensyarah berkaitan teknologi nuklear di sebuah universiti di Jepun.

Biar pun berbunyi agak dramatik, konotasinya ialah keyakinan pakar-pakar nuklear Jepun terhadap tahap keselamatan loji nuklear di negara berkenaan. Dunia yakin, Jepun adalah benchmark yang wajar pada mengukur kematangan dan kemajuan teknologi nuklear.

Namun pada 11 Mac 2011 yang lalu, perhitungan manusia rebah pada kuasa alam. Gempa bumi pada magnitiud 9 dan Tsunami maha dahsyat, bukan setakat memusnahkan kediaman manusia dan meragut ribuan nyawa, loji nuklear Jepun turut terjejas teruk. Tiga letupan besar berlaku dan radiasi yang terlepas ke ruang udara menjadi kegusaran mega bukan hanya penduduk tempatan malah mendebarkan masyarakat antarabangsa.

Kita berhadapan dengan masalah yang serius.

Banyak negara, seperti India, segera menyemak dan menilai kembali projek masing-masing berkaitan nuklear. Eropah seperti Perancis dan Jerman juga bertindak sama.
Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini membuat kenyataan bahawa Malaysia akan meneruskan cita-cita nuklearnya menjelang 2021 dan 2022.

Nuklear adalah subjek yang rumit. Aspek teknikalnya hanya difahami oleh pakar-pakar, tetapi potensi dan risikonya ditanggung bersama oleh semua lapisan masyarakat. Rakyat sendiri tidak tahu apa yang hendak ditanya tentang nuklear ini. Kerisauan mereka hanya mampu diluahkan dalam bentuk soalan "selamatkah?", "perlukah?" "mengapa tidak solar sahaja?" dan "empangan hidro itu tidak cukupkah?" yang mana kesemua soalan itu akan berbunyi penghinaan di telinga pakar yang telah membuat yang terbaik untuk kemajuan bidang mereka.

Namun kegusaran rakyat jangan diketepikan. Kerisauan mereka berasas. Bukan hanya semata-mata soal 'kejahilan' mereka tentang teknologi nuklear, tetapi ada isu yang lebih besar di sebalik itu.

Kita tinggal di sebuah negara yang maju tetapi jalanrayanya berlubang-lubang tanpa henti, stadium runtuh, sekolah roboh. Bakun diselaputi konflik dan amalan rasuah, nepotisme dan kronisme antara kerajaan, GLC dan sektor swasta, semua ini menjadi asas keraguan terhadap integriti kerajaan pada bertindak sebagai pelantik dan tulang belakang di sebalik pembangunan stesyen janakuasa nuklear negara.

Tambahan pula, kebebasan dokumen serta maklumat berkenaan hal-hal seperti ini teruji dengan akta-akta seperti ISA, OSA dan yang seumpama dengannya.

Apatah lagi jika aspek pelan bencana yang turut membabitkan kepakaran perubatan kecemasan, turut tidak jelas di mata rakyat, apakah kita mempunyai sistem sokongan ini seperti apa yang ada di Jepun?

Justeru, kita berharap agar pihak kerajaan serta agensi terbabit lebih bekerja keras pada mendidik rakyat agar berpengetahuan setanding dengan teknologi nuklear. Perlu telus dan jelas pada membentangkan maklumat yang diperlukan kepada rakyat dan wakil-wakilnya di Parlimen.

Jangan hanya mengambil teknologi secanggih Jepun, namun pastikan integriti kita lebih maju daripada mereka kerana kita adalah MUSLIM yang ISLAM!

Nuklear pun, ada dosa dan ada pahala. Ada Syurga dan ada Neraka. Jangan mencipta Neraka Dunia.

Tiada ulasan: