Fakulti Siyasah Syar'iyah |
- Betul tu kakak ooii, 'Isteri diJadikan Pelacur' ...?
- Sah, Perigi nyang ni merayau cari Baldi ...?
- Tukar kepada 'Kelab Pelacur Bersuami' lagi best
- GiGoLok Terhormat ...?
| Betul tu kakak ooii, 'Isteri diJadikan Pelacur' ...? Posted: 09 Jun 2011 05:36 AM PDT "Mengulas lanjut Siti Zailah berkata, pelacur yang secara jelas melakukan maksiat dan dosa besar, sesekali tidak boleh dijadikan contoh atau perumpamaan dalam apa juga aspek."Walaupun dia (Rohaya) berniat baik, tetapi ambil contoh idola pelacur amat salah. Semacam isteri ini taraf rendah hanya hidangan untuk suami. "Isteri perlu diberi penghormatan, pelacur tiada penghormatan," katanya lagi. Tambahnya lagi, Islam mengajar suami dan isteri saling menghormati dan menjaga tanggungjawab masing-masing. Lebih buruk katanya, pandangan Kelab Isteri Taat itu juga boleh memberi kefahaman salah kepada masyarakat bukan Islam. "Mereka mungkin faham bahawa Islam meletakkan taraf rendah dan anggap isteri mereka setaraf pelacur," katanya." Sepenuhnya di sini ... |
| Sah, Perigi nyang ni merayau cari Baldi ...? Posted: 08 Jun 2011 10:16 PM PDT "Sehubungan itu beliau mendesak Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku."Terima kasih kepada Khairy Jamaluddin (KJ) mengesahkan dakwaan saya (kami) bahawa benar Najib sememang mengadakan majlis urusan pertunangan anaknya dengan anak pembesar kerajaan Kazakhstan," katanya. Tambahnya, ini tepat seperti mana yang beliau terima daripada sumber-sumber yang dipercayai. Malangnya, kata beliau media tidak langsung menyebutkan perkara itu. "Bagaimana KJ boleh menuduh saya membuat pembohongan ketika beliau sendiri mengesahkan wujudnya urusan pertunangan tersebut," ujarnya kepada Harakahdaily. Beliau yang juga AJK PAS Pusat menambah, sumber-sumber yang beliau terima juga mengesahkan meski pun WIEF telah ditetapkan lebih awal, namun Najib telah mengarah dan menyusun urusan pertunangan itu dijadualkan semasa lawatan beliau ke sana mengikut sumber yang boleh dipercayai. Justeru, tegasnya rakyat berhak diberikan penjelasan (deserves an explanation) atas semua perkara ini termasuk seramai manakah bilangan ahli keluarga dan kenalan yang turut serta dalam lawatan dan majlis pertunangan tersebut, sekaligus perbelanjaan yang dibiayai oleh rakyat untuk urusan pertunangan sekali gus yang rasmi, contohnya perjanjian persefahaman." Sepenuhnya di sini ... |
| Tukar kepada 'Kelab Pelacur Bersuami' lagi best Posted: 08 Jun 2011 08:30 PM PDT Ketuanya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, berkata penubuhan kelab yang kononnya untuk mengajar wanita menjadi setia dan menjalankan tanggungjawab terhadap suami adalah usaha sia-sia serta tidak sejajar dengan tuntutan Islam. Rosnah yang juga timbalan menteri kesihatan berkata, Islam menuntut suami menghormati isteri dan bukannya menjadikan isteri objek seks dalam rumah tangga. "Adakah dengan hanya pandai melayan suami di atas katil menjadikan rumah tangga bahagia dan adakah hanya isteri saja yang mesti pandai melayan suami, bagaimana pula dengan peranan suami di atas katil," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini. Hujung minggu lalu, Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed, baru-baru ini mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti "pelacur kelas pertama". Kenyataan itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak sehingga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab berkenaan. Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menggesa wanita tidak menyertai kelab berkenaan kerana menyamakan tugas isteri melayan suami seperti tugas pelacur melayan pelanggan. Sambil menyifatkan kenyataan itu ibarat meletakkan martabat seorang isteri serendah pelacur, timbalan presiden persatuan itu, Musa Awang berkata, isteri bukan pekerja seks bagi suami kerana tugas isteri melayan suami adalah satu ibadat yang diberi ganjaran pahala daripada Allah." Sepenuhnya di sini ... |
| Posted: 08 Jun 2011 06:59 PM PDT "KUALA LUMPUR, 9 Jun — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim menyelar segelintir suami yang menjadikan isteri semata-mata tempat melepaskan nafsu seks tanpa memikirkan kepentingan hidup berkeluarga.Mashitah berkata, perkahwinan yang digalakkan oleh Islam adalah untuk menjamin keutuhan hidup suami isteri dan membentuk keluarga yang bahagia dengan kedua-dua suami isteri sama-sama memegang tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak. "Justeru jangan ada di kalangan suami yang cuba mengabui pemahaman isteri kononnya satu pengorbanan bagi mereka dengan jaminan masuk syurga jika membenarkan suami berkahwin lain," katanya di Kangar semalam. Mashitah yang dijemput sebagai salah seorang ahli panel Simposium Wanita peringkat Perlis berkata, adalah tidak wajar seseorang suami meletakkan isteri mereka sebagai 'pelacur terhormat' sedangkan taat setia tidak boleh diletakkan kepada isteri sahaja sebaliknya suami juga perlu mempunyai sikap taat setia kepada isteri mereka." Sepenuhnya di sini ... |
| You are subscribed to email updates from Fakulti Siyasah Syar'iyah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan