Jumaat, 17 Jun 2011

Era Pasca

Era Pasca


PEMUDA UMNO BERDEMO BANTAH UTUSAN HINA ISLAM....

Posted: 16 Jun 2011 11:36 PM PDT

Gila lah.. Perkasa matian matian pertahan UTUSAN hingga tahik terakhir.. Pemuda Umno nak pulak berdemo membantah kartun Utusan yang menghina Undang2 Islam... Kalau KJ vs Perkasa camner rupenye ek? kahkahkah



Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) hari menyerahkan memorandum bantahan terhadap akhbar Utusan Malaysia mengenai penyiaran kartun yang dikatakan menghina sensitiviti Islam yang disiarkan minggu ini.

Ketuanya Nasrudin Hassan Tantawi memberitahu media betapa kartun itu mempersendakan hukum Islam di negara ini dan bakal memberi kesinambungan buruk mengenai persepsi masyarakat terhadap agama ini.

"Dalam hal ini saya lihat (kartun itu) mempersendakan hukum Islam, mempermainkan institusi Islam negara ini dan menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam di negara ini bahawa tokoh agama tidak dapat menyelesaikan kes zina dan rogol negara ini, " tegas beliau kepada media di hadapan pejabat utusan hari ini.

Nasrudin bersama hampir sepuluh delegasi PAS muncul di pejabat Utusan kira-kira jam 9.30 pagi tadi dengan aman walaupun berhadapan dengan hampir 50 polis yang 'berjaga' di hadapan pejabat Utusan sejak jam 8.45 pagi lagi.

Menurut Nasrudin, memorandum telah diterima oleh Wakil Jabatan Pengarang yang juga Ketua Meja Jenayah Utusan, Suffian Abu Bakar yang berjanji untuk menyerahkan memorandum itu kepada peringkat lebih tinggi.

Pada 15 Jun lalu, Utusan telah menyiarkan satu kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang menggambarkan seorang wanita yang mengadu dirogol tidak dibenarkan mengambil tindakan terhadap perogolnya kerana hanya mempunyai bukti video ketika membuat laporan dengan jabatan agama.

Menurut Nasrudin, hal ini disebabkan kekeliruan pelukis dan pengarang Utusan berkenaan perkara ini.

"Saya rasa dia keliru. Kes rogol dengan kes zina peruntukannya berbeza dalam Islam," terang Nasrudin lagi.

Justeru Nasrudin memberi tempoh 7 hari kepada Utusan untuk meminta maaf, mengambil tindakan dan memohon maaf terhadap perkara ini.

Jika tidak, Nasrudin menyatakan hasrat untuk meneruskan siri bantahan dan mengadakan perhimpunan yang lebih besar untuk mengutuk insiden ini.

"Saya memberi masa 7 hari agar utusan memohon maaf secara terbuka dan mengambil tindakan terhadap pelukis karikatur berkenaan," katanya.

"Saya harap jangan diperkecilkan perkara ini dan mempersendakan dan merendahkan hukum Islam," tambahnya lagi.

PANAS!!! LAGI BLOGGER DI ANCAM BUNUH KERANA KRITIK GOMEN!!

Posted: 16 Jun 2011 05:55 AM PDT

ini bukan citer blogger umno yang kene ugut pasai minum araq.. kehkehkeh
Seorang remaja berusia 12 tahun kini menjadi target pembunuhan akibat tulisan di blognya. Tanpa takut remaja bernama Pocesta Rastko itu menentang pemerintah Serbia, dengan menginginkan pengiktirafan negara Kosovo.

Kalau dilihat, seorang anak yang kelihatan dungu ini tidak mungkin menjadi sasaran pembunuhan. Namun kaum Nasionalis Serbia , menjadi marah dengan tulisannya.

Dalam blognya, dia menginginkan hubungan yang lebih baik antara Serbia dan Uni Eropa. Lantas dia pun meminta pengakuan atas negara Kosovo yang telah memisahkan diri, serta mengutuk pembunuhan yang dilakukan negaranya.

"Saya seorang Serbia, tapi mengakui Kosovo sebagai negara merdeka," tulis Rastko dalam postingannya. Walau pemerintah Serbia tak mengakui Kosovo, tapi Rastko menjelaskan bahawa dia punya mempunyai pandangan berbeza dari negaranya. "Kerana itu adalah masa depan kita, kita tidak boleh lagi melihat masa lalu, " tambahnya.

Kerana tak menerima penulisannya seorang kaum nasionalis Serbia mengancam dengan balasan diblog tersebut. "Aku akan menunggumu didepan sekolah kemudian membunuhmu, " tulisnya. Ibu Rastko, Suzanna yang mengetahuinya, langsung menghubungi polis setempat untuk meminta perlindungan.

"Saya seorang aktivis hak asasi manusia yang independent. Saya tak takut untuk berbeza pendapat dan saya anti-kekerasan," kata Rastko dalam sebuah wawancara dirumahnya yang sederhana di pusat kota Belgrade, Serbia. Dia berkata dengan nada suara yang bijaksana dan diplomatis jauh dari usianya.

"Aku memang sedikit khuatir. Tapi aku tak takut. Aku akan meneruskan apa yang aku lakukan. Mungkin ini sulit untuk ibuku kerana dia seorang yang apatis, kebanyakan dari kita memang tidak setuju dengan politik," kata remaja ini tanpa ragu.

sumber : http://www.detikinet.com

Tiada ulasan: