Sabtu, 11 Jun 2011

Era Pasca

Era Pasca


KESAH SEBENAR CITARASA MEWAH BANGLO KHIR TOYOl

Posted: 10 Jun 2011 11:18 PM PDT

Kos ubah suai dan pembinaan landskap kediaman mewah bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang berkonsepkan bali menelan belanja lebih RM6 juta.

Pereka laman, Nasir Ismail, 55, yang membuat pengubahsuaian itu dari asal berkonsepkan Asia Tropika berkata, bayaran kemudian dibuat kepadanya secara beransur sebanyak lima kali, tetapi dibayar dengan tunai kerana beliau muflis.

"Bayaran pertama saya terima pada Mac 2006, RM250,000 selepas dapat arahan daripada Mohamad Khir.

"Wang itu saya guna untuk beli barang pengubahsuaian di Indonesia," katanya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes seleweng kuasa Mohamad Khir di Mahkamah Tinggi, semalam.


Nasir berkata, bayaran seterusnya setengah juta secara tunai sebanyak empat atau lima kali diterimanya daripada Pengarah Ditimas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni kemudian Mohamad Khir meneruskan bayaran wang tunai kira-kira RM4 juta secara ansuran kepadanya.

Menurutnya, Mohamad Khir berminat mengupahnya berikutan saksi itu sebelum ini pernah membuat pengubahsuaian taman berkonsep bali untuk rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor di Bangi, Selangor.

"Selepas itu, Karim telefon beritahu Mohamad Khir berminat landskap saya siapkan dan dari situ saya kenal Mohamad Khir," kata Nasir ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud.

Ketika berkunjung ke banglo Mohamad Khir di Seksyen 7, Shah Alam pada Mac 2008 turut bersama ketika itu, isteri Mohamad Khir, Zahrah Kechik, Karim dan Shamsuddin yang menjadi pengurus berkaitan urusan kerja pengubahsuaian itu.

Saksi memberitahu, pada pelan pengubahsuaian banglo diluluskan itu tertera nama syarikat Ditamas, tetapi beliau keliru pemilik sebenar kediaman mewah itu.

Pada sesi soal balas Nasir memberitahu, beliau diisytiharkan muflis pada 1998, tetapi dibebas pada 2008 dan penerimaan bayaran melebihi RM6 juta itu tidak dimaklumkan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia.

Nasir berkata, beliau pernah berselisih faham dengan Mohamad Khir mengenai hal bayaran dan kerja pengubahsuaian yang belum siap.

ADUN Sungai Panjang itu dibicarakan atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya ketika itu bekas Menteri Besar Selangor dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah daripada Ditamas melalui Shamsuddin.

Hartanah di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan dibeli Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Beliau dituduh melakukan kesalahan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 pada 29 Mei 2007.

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika beliau disabit kesalahan. Bicara hadapan Hakim Datuk Moktharuddin Baki bersambung Isnin.

- SH

GANI PATAIL ADA SKANDAL DENGAN AZALIZA DAN SKANDAL RASUAH HAJI

Posted: 10 Jun 2011 07:06 PM PDT

1st citer skandal rasuah pergi haji...

Ni cerita bekas Pengarah Jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur yang membidas tindakan panel Semakan Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana membebaskan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail daripada sebarang salah laku ketika menunaikan ibadah haji dengan seorang lelaki yang mencurigakan bernama Shahidan Shafie.

Datuk Mat Zain dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri yang bertarikh 10hb Julai 2011 berkata keputusan tu memang dah dijangkakan dan tindakan SPRM itu makin buat rakyat meluat kerana SPRM sanggup berbohong demi menyelamatkan peguam negara daripada didakwa.

Dia kata persoalan samada pengerusi panel iaitu Tan Sri Hadenan dan ajk-ajknya berpuashati ataupun tak tak timbul sebab mereka tak boleh membuat keputusan walaupun mereka tak berpuashati..

Tindakan Tan Sri Hadenan membuat pengumuman berkaitan pemergian Peguam Negara ke Mekah, sekadar merupakan suatu eksesais "white-washing" yang tidak teratur dan sia-sia,bertujuan untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah..

Peguam Negara, Gani Patail didapati bersekongkol dengan seseorang yang bernama Shahidan Shafie yang dikatakan sebagai seorang proksi kepada Tan Sri Tajuddin Ramli yang sedang menghadapi penyiasatan SPRM berkaitan skandal MAS. Hubungan erat antara Gani Patail dengan Shahidan seperti ahli keluarga itu didakwa telah mempengaruhi Gani Patail untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Tajuddin ke atas skandal yang sedang Tajuddin hadapi sekarang..

SKANDAL DENGAN AZALIZA KORANG KLIK DI SINI

PAPAGOMO BERI FREE SHOW VCD LUCAH!!

Posted: 10 Jun 2011 04:01 AM PDT

seperti yg dijanjikan PAPA GOMO (sebut Pandy Kutty) untuk menyebarkan video lucah pada hari jumaat ini...

Aku tau polis tak tau pape pun.. kehkehkehkeh

sape yg tak ingat citer ape sila RUJUK SINI

Tiada ulasan: