Isnin, 20 Jun 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Penggodam Dedah Pelanggan Laman Porno Kakitangan Kerajaan

Posted: 20 Jun 2011 08:30 AM PDT


Saya petik:
[Pulakdah] MENGEJUTKAN!. Hacker telah mendedahkan terdapat 2 alamat email yang disenaraikan melanggan laman WEB LUCAH disahkan menggunakan akaun email agensi Kerajaan Malaysia. Yang lebih mengejutkan, salah satu email itu adalah milik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Lulz Sec mendedahkan pegawai SKMM yang terlibat menggunakan alamat email azmeal@cmc.gov.my. Nama penuh pegawai ini adalah Encik Muhammad Azmeal Hj. Ali. Berkhidmat di Content Regulation Department, Monitoring and Enforcement Division di bawah SKMM. Jom kawan dengan beliau di FB

Email kedua ialah kamarudinalias@mmea.gov.my. email ini merupakan email rasmi dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dibawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri. Namun begitu, hasil pemeriksaan lanjut, tidak ditemui data di laman direktori APMM.

Kita tunggu jawapan Rais Yatim.

Kepada sesiapa yang 'rasa' pernah melanggan laman web porno, semak email anda DI SINI.

Ketua Puteri UMNO Jerlun Didakwa Berkhalwat

Posted: 20 Jun 2011 07:15 AM PDT


 Saya petik:

[TV3] Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Kedah hari ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki.

Yusmawati Yaacob, 31 tahun didakwa mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala pasangannya, Mohd Jasmi Ismamil, 47, dituduh mengikut Seksyen 9(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua pasangan itu ditahan sepasukan Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Daerah Kubang Pasu dalam sebuah rumah di Taman Tengku Sarina, Jitra, jam 1:20 pagi, 11 Mei lalu.

Kedua-dua pasangan itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Sheikh Kamaruslan Mustapha menetapkan 4 Julai depan, tarikh sebutan semula kes.

Ini kerana peguambela tertuduh, Sukri Zakaria dan pendakwa syarie, Juliana Ramli perlu mengemukakan hujah masing-masing kepada mahkamah dalam tempoh dua minggu.

Ibrahim Ali Minta Cina Sediakan Stok Makanan

Posted: 20 Jun 2011 06:28 AM PDT


Ibrahim Ali:
"Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.

"Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak."

P/s: Banyak pihak termasuk KJ dan Majlis Peguam meminta Ibrahim Ali disiasat di bawah Akta Hasutan. Sehingga kini tiada tindakan diambil. Kebal sungguh Ibrahim Ali dan Perkasa! Baru-baru ini Ibrahim Ali membuat kenyataan untuk melancarkan jihad kepada Kristian. Kata-kata ancaman itu kemudiannya dianggap tidak melanggar undang-undang oleh Hishamuddin Hussien.



Suami Belasah Isteri Enggan Layan Nafsu Selepas Berahi Tonton Video Lucah

Posted: 20 Jun 2011 02:01 AM PDT

Sekadar hiasan.

HM melaporkan seorang isteri kena belasah kerana menolak hajat suaminya untuk mengadakan hubungan seks. Seorang suri rumah berusia 29 tahun cedera dibelasah suaminya di kediaman mereka di Jalan Bakawali, Bukit Sentosa, di sini Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa cedera di dahi, belakang badan, tangan kanan dan punggung akibat dipukul dengan tangan oleh suaminya itu. 

Menurut sumber, kejadian berlaku apabila mangsa yang kepenatan selepas melakukan kerja rumah menolak secara baik niat suaminya, namun alasan itu tidak diterima menyebabkan suaminya naik berang dan memarahi mangsa.

"Sebelum kejadian, mangsa pada mulanya tidur di dalam bilik sebelum terjaga apabila mendapati suaminya tiada di sisi.

"Wanita itu kemudian pergi ke ruang tamu sebelum terkejut apabila melihat suaminya leka melihat video lucah di televisyen," katanya. 

Menurut laporan lanjut HM, suami wanita itu terus menarik isterinya ke bilik, namun kecewa dan marah kerana hasrat mahu melampiaskan berahi tidak kesampaian kerana si isteri menolak permintaan suaminya atas alasan keletihan.

P/s: Apabila air sudah naik ke kepala, lelaki hilang pertimbangan. Jangan tonton video lucah. Jangan contohi Datuk T.


3 Anak Lahir Hasil Sumbang Mahram Anak-Bapa

Posted: 20 Jun 2011 01:00 AM PDT


Saya petik:
[BH] KOTA BHARU: Seorang ayah dihukum penjara setahun enam bulan dan denda RM2,500, manakala anak perempuannya didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam selepas mengaku salah bersekedudukan sehingga mempunyai tiga anak.

Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya turut mengeluarkan perintah supaya anak beranak itu tidak tinggal bersama dalam sebuah rumah untuk selamanya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Lelaki berusia 45 tahun dari Tumpat yang bekerja sendiri itu turut berdepan tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda. 

Anaknya berusia 25 tahun pula berdepan tindakan penjara enam bulan jika gagal membayar denda RM2,000 itu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu pada jam 1.30 pagi semalam bertempat di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan anak perempuannya sehingga melahirkan tiga anak.

Wanita itu pula pada tarikh, lokasi dan masa sama didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan bapanya sehingga melahirkan tiga anak.

Berikutan itu, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda RM3,000.
 
Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat awam, penguat kuasa agama Tumpat membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Wakaf Bharu, sebaik sampai di kediaman itu didapati pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.

Kemudian pintu rumah dibuka seorang lelaki dan pemeriksaan di sebuah bilik mendapati seorang lelaki serta seorang perempuan sedang tidur.

Selain itu, terdapat dua kanak-kanak di samping mereka, hasil soal siasat didapati mereka mempunyai hubungan sebagai bapa dan anak (mahram).

Berikutan itu, kedua-dua mereka ditangkap kerana melanggar undang-undang Kanun Jenayah Syariah 2/85 Negeri Kelantan (tidur sebilik antara bapa dan anak perempuan).

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman, berkata tertuduh perlu dijatuhi hukuman setimpal memandangkan perbuatan mereka yang keji.

 Laporan lain di sini.


P/s: Gila!




Pembantu Rumah Berjaya Peroleh Diploma OUM

Posted: 20 Jun 2011 12:10 AM PDT


Saya petik:
Warga Indonesia belajar separuh masa dapat CGPA 3.39

KUALA LUMPUR: Warga Indonesia, Sarmini Muhyadi, 28, yang bekerja sebagai pembantu rumah sejak tujuh tahun lalu bersama sebuah keluarga di Damansara Utama di sini, berjaya menamatkan pengajian bidang pengurusan secara separuh masa di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) hujung tahun lalu.

Anak kelahiran Kampung Banyumas, Jawa Tengah itu yang memperoleh mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39 akan menerima Diploma Pengurusan pada hari ketiga Konvokesyen ke-10 OUM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Majikannya, Tan Choo Tang, 56, yang juga pensyarah bidang reka bentuk industri dan isteri, Wee Phooi Khuan, 47, bersama anak serta beberapa ahli keluarga mereka yang lain banyak membantu Sarmini menamatkan pengajiannya terutama dari segi pengajaran bahasa Inggeris.

"Majikan sentiasa menganggap saya sebagai ahli keluarga mereka selain memberi layanan baik sehingga sanggup membiayai sebahagian daripada kos pembelajaran di OUM. Tanpa mereka tidak mungkin saya mengecapi kejayaan ini.

"Saya datang bekerja ke Malaysia sebagai pembantu rumah bertujuan mengumpul duit dan mahu menyambung pelajaran sebelum menjadi guru dalam bidang keagamaan di salah sebuah sekolah kerajaan di Indonesia.

"Hari ini, saya gembira kerana mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris selain mempelajari penggunaan komputer dan turut mahir dalam teknologi maklumat dan komunikasi, " katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Sarmini berkata, adik ipar Choo Tang, Wee Chooi Khean yang bekerja sebagai pengurus syarikat buku turut membantunya dalam tugasan pengajian selain sanggup menghantarnya ke OUM untuk menduduki peperiksaan.

P/s: Kadang kala kita membaca berita kes penderaan pembantu rumah warga Indonesia membabitkan majikan berbangsa Cina. Hari ini banyak yang terperanjat apabila pembantu rumah yang bekerja di sebuah keluarga berbangsa Cina bakal menerima diploma daripada OUM. Saya salut majikan pembantu rumah ini kerana banyak membantu pekerjanya menamatkan pengajian. Harap-harap tiada lagi kes penderaan pembantu rumah yang memburukkan imej negara!


Tiada ulasan: