DUNIACACAMARBA |
- Cerita Pembinaan Gereja Terbesar di Asia. Apa Peranan UMCO?
- Muka Cun Tetapi Moral...
- Tsunami Jepun Mengubah Kedudukan Matahari, Kiamat Kian Hampir
- Selepas Anwar Ibrahim, Khairy Pula Muncul di Segmen Question Time Yahoo
- FMM: Pengguna Tidak Wajar Tanggung Kenaikan, Elektrik di Malaysia Lebih Mahal
- Remaja Gantung Anjing Peliharaan di Ampaian
- Mat Sabu Dedah Tiga Taktik Kotor Digunakan oleh UMCO dalam Pilihan Raya
- Remaja 15 Tahun 11 kali Diperkosa Bapa Tiri, Ibu Minta Bersabar. Gila!
- Bayi Mati Didera Ibu Bapa Sakit Jiwa
Cerita Pembinaan Gereja Terbesar di Asia. Apa Peranan UMCO? Posted: 01 Jun 2011 09:25 AM PDT [PAPKk] Semalam che'GuBard telah menyiarkan satu kicaun melalui akaun twitter yang lebih kurang berbunyi "tanah rizab Melayu berjumlah 3 juta hektar dah hilang separuh, siapa yang kianat?" Terus seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Ketua Pemuda Umno Seputeh dan Unit Media Baru Pemuda Umno melatah dengan menuduh negeri Pakatan Rakyat lah yang banyak gadai tanah rizab Melayu. Tenggelam apabila dijawab oleh ramai pemilik akuan twitter yang mengingatkan dia mengenai umur pemerintahan kerajaan PR dan sajian beberapa fakta mengenai Menteri Besar Umno lah yang bertanggungjawab menghilangkan tanah rizab Melayu maka dia terus melatah dengan menuduh YB Teresa Kok membina gereja atas tanah rizab Melayu sebagai hadiah PR memerintah Selangor. Buat dia ini saya sajikan semula tulisan seorang blogger mengulas isu ini atau terus baca dengan klik sini
Membina gereja atau rumah ibadah tidak salah tetapi inilah dangkalnya isu politik permainan Umno yang hipokrit. P/s: Cerita fasal pembinaan gereja ini mula dipolitikkan oleh jurublog UMCO. Mereka menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor meluluskan projek ini demi memenuhi kehendak DAP. Namun mereka lupa atau mungkin tidak tahu sejarah pembinaan bangunan ini. Sekarang cerita sebenar sudah terburai. Apa komen penyokong tegas UMCO? | ||
Posted: 01 Jun 2011 05:00 AM PDT Saya petik: [SH] KAMPUNG CACAR – Seorang pelajar pusat pengajian tinggi awam tempatan nyaris meringkuk di tirai besi apabila gagal menjelaskan wang denda mahkamah sebaik dia dijatuhkan hukuman selepas didapati bersalah berkhalwat dengan teman lelakinya di sebuah rumah dekat sini, November 2010 lalu. P/s: Taubatlah bukan hanya tau buat! | ||
Tsunami Jepun Mengubah Kedudukan Matahari, Kiamat Kian Hampir Posted: 01 Jun 2011 01:30 AM PDT Saya petik (dengan sedikit pembetulan ejaan dan bahasa):
| ||
Selepas Anwar Ibrahim, Khairy Pula Muncul di Segmen Question Time Yahoo Posted: 01 Jun 2011 12:05 AM PDT Selepas Segmen Question Time edisi pertama bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim Yahoo Malaysia akan menampilkan Ketua Pemuda UMCO, Khairy Jamaluddin dalam segmen itu. Menurut Yahoo, KJ akan muncul dalam segmen itu pada 2 Jun (Khamis) bermula pukul 11 pagi. Seperti sebelumnya, pengguna diminta mengirimkan soalan dan soalan yang terpilih akan dijawab oleh KJ. Yahoo juga meminta pengguna tidak melontar soalan yang berupa serangan peribadi kepada KJ. P/s: Sudah bersedia dengan soalan cepu emas untuk KJ? | ||
FMM: Pengguna Tidak Wajar Tanggung Kenaikan, Elektrik di Malaysia Lebih Mahal Posted: 31 May 2011 11:40 PM PDT Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) menyatakan bahawa kenaikan tarif elektrik di negara ini sebagai tidak adil kerana pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah, laporka MK. Dalam satu kenyataan akhbar, Presiden FMM Mustafa Mansur berkata, walaupun dengan pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding dengan negara lain di rantau ini. Justeru, katanya, kenaikan tarif elektrik itu tidak dapat diterima. Berkuat kuasa esok, harga gas adalah RM13.70 mmBtu, dan harga ini jauh lebih rendah berbanding dengan Thailand (RM18.23 per mmBtu), Singapura (RM43.32 per mmBtu) dan Indonesia (RM21.04 per mmBtu). "Di sebalik kelebihan harga gas asli, kos elektrik di Malaysia selepas kenaikan itu adalah hampir sama dengan Thailand dan 62.2 peratus tinggi daripada kadar Singapura serta 131.3 peratus daripada kadar Indonesia. "Jika dibandingkan kadar Thailand bagi voltage rendah, sederhana dan tinggi, tarif elektrik Malaysia bagi semua kategori itu adalah lebih tinggi!" kata Mustafa. Menurut beliau, FMM juga meragui langkah meningkatkan tarif tenaga elektrik dan merasakan ketidakcekapan dan kekangan harga dalam rantaian bekalan tenaga masih belum ditangani. "FMM tetap berpendapat bahawa tidak sepatutnya harga minyak disalurkan secara automatik kepada pengguna dan Tenaga Nasional Bhd sepatutnya terbuka untuk ditanda aras bersama-sama penjana lain untuk memastikan kecekapan operasi," katanya. Mustafa menambah, kos elektrik patut ditetapkan pada margin tertentu di bawah tarif serantau untuk mengekalkan daya saing industri Malaysia. P/s: Kantoi!!! Patutlah kali ini pak menteri tidak mengeluarkan kenyataan: "Elektrik di Malaysia jauh lebih murah daripada negara-negara lain di Asia." | ||
Remaja Gantung Anjing Peliharaan di Ampaian Posted: 31 May 2011 11:00 PM PDT
Berita Agensi melaporkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di Porad, Slovakia merakam aksi dia menggantung anjing peliharaannya dan menyiarkan gambar-gambar tersebut di laman jaringan sosial Facebook. Remaja berkenaan, Kamil Hric menulis di akaun Facebooknya: "Saya telah membunuh anjing saya - ha, ha." Gambar tersebut menunjukkan anjing berkenaan cuba meronta semasa digantung di ampaian, manakala Hric melihat kejadian itu sambil ketawa. Hric yang berasal dari Poprad ditangkap selepas beberapa orang pengguna Facebook memaklumkan kejadian itu kepada polis. Hric dilaporkan memberitahu pendakwa raya: "Apa masalahnya? Binatang itu cuma seekor anjing. Saya membunuhnya untuk berseronok." P/s: Ada yang tidak betul dengan otak budak ini! | ||
Mat Sabu Dedah Tiga Taktik Kotor Digunakan oleh UMCO dalam Pilihan Raya Posted: 31 May 2011 10:00 PM PDT Saya petik:
| ||
Remaja 15 Tahun 11 kali Diperkosa Bapa Tiri, Ibu Minta Bersabar. Gila! Posted: 31 May 2011 08:35 PM PDT
Saya petik: [HM] AMPANG: Seorang pelajar berusia 15 tahun nekad melarikan diri ke rumah ibu saudaranya selepas tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak Mac lalu di rumah mereka di Ampang, di sini, kelmarin. P/s: Kalau betullah dakwaan remaja ini, selain bapa tiri durjana, si ibu kepada remaja malang ini layak digelar lahanat! | ||
Bayi Mati Didera Ibu Bapa Sakit Jiwa Posted: 31 May 2011 07:55 PM PDT Saya petik:
P/s: Kasihan! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan