Suhakam digesa pantau polis cabuli hak rakyat Posted: 28 Jun 2011 06:16 AM PDT Aziz Muda
| KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengecam serta membantah sekeras-kerasnya tangkapan awam kepada rakyat biasa yang dilakukan secara sewenang-wenangnya serta melulu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini. Tindakan tidak beretika dan melanggar undang-undang itu telah menimbulkan kecaman hebat daripada seluruh rakyat Malaysia termasuk NGO-NGO, parti-parti politik, badan-badan swasta dan para cendekiawan. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis itu adalah susulan daripada cadangan Himpunan Aman Bersih 2.0 yang dirancangkan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur. Menurut beliau, tangkapan awam yang dilakukan itu adalah jelas bertentangan dengan prinsip undang-undang negara serta bersalahan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang secara nyata menegaskan bahawa setiap rakyat dan warganegara Malaysia mempunyai hak kebebasan secara sama rata untuk berhimpun secara aman, bersuara dan berpersatuan. Katanya, pihak polis yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman negara dengan motto "Tegas, Adil dan Berhemah" telah menyalahgunakan kuasa dengan membuli rakyat bawahan secara membabi buta. "Hanya kerana memakai baju kuning Bersih 2.0 dan mengadakan mesyuarat berkenaan sukan rakyat di Dewan JKKK, pihak polis telah menceroboh dan menangkap seorang pemuda di Padang Jawa, Shah Alam, 5 orang awam di Klang Parade. "Selain itu, pihak polis juga telah menangkap Timbalan AMK Pusat, Khairul Anuar (Jonah) di Seksyen 24, seorang pemuda di Bangi serta 8 orang pemuda di Ampang tanpa alasan yang kukuh," katanya. Beliau berkata demikian dalam memorandum DPPNS yang diserahkan oleh beliau dengan ditemani 7 orang AJK DPPNS kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di pejabat Suhakam, di sini, hari ini. Memorandum tersebut diserahkan oleh beliau sekitar jam 11.15 pagi tadi dan diterima oleh Pegawai Suhakam, Amaer Izianif Hamzah bagi pihak Pesuruhjaya Suhakam untuk diambil tindakan lanjut. Menurut Hasbullah, akibat tangkapan secara salah yang dilakukan oleh pihak polis itu, DPPNS melalui Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pusat dan Selangor bercadang untuk mengambil tindakan saman undang-undang terhadap pihak polis. "DPPNS dengan ini memohon satu tindakan segera, semakan, siasatan serta pemantauan daripada pihak Suhakam atas tindakan tidak demokratik, melanggar hak asasi manusia, pencabulan undang-undang negara serta tidak beretika lagi tidak bertamadun ini," tegasnya. Di samping itu, DPPNS juga, katanya, menyeru pihak Suhakam untuk bertindak secara sewajarnya bagi menjamin hak-hak kebebasan warganegara Malaysia dan Selangor daripada terus dicabul oleh pihak polis secara tidak bertamadun serta melanggar undang-undang negara daripada terus berlanjutan. |
|
KP JKR: PAS mahu polis, PAC siasat Posted: 28 Jun 2011 06:14 AM PDT Nazri Abdullah
| KUALA LUMPUR: PAS mahu jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC) menyiasat implikasi kewangan berhubung konflik kewujudan dua ketua pengarah di Jabatan Kerja Raya (JKR).
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, laporan berhubung perkara itu sedang disiapkan untuk diserah kepada PAC secepat mungkin.
"Dari sudut implikasi kewangannya, kerajaan terpaksa bayar gaji kepada dua orang pengarah, sedangkan gaji pengarah diperuntukan kepada seorang,"katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
Beliau merujuk kepada jawatan itu yang kini disandang oleh Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim (gambar) dan Datuk Mohd. Noor Yaacob.
Akhir April lalu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Datuk Seri Dr. Judin ditukar jawatan daripada Ketua Pengarah JKR kepada Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berkuat kuasa 1 Mei lalu.
Tempatnya itu diisi oleh Datuk Mohd. Noor Yaacob iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II sebelum ini.
Bagaimanapun pertukaran itu ditolak Judin sekaligus menjadikan wujud dua ketua pengarah di jabatan itu. Menurut peraturan yang ada, pegawai Turus 3 seperti Judin berhak menolak sebarang pertukaran sebegitu jika beliau tidak bersetuju dengannya. KSN bohongi Agong
Menurut Mahfuz, beliau tidak menolak kemungkinan KSN membohongi Yang DiPertuan Agong dalam isu perlantikan itu.
Ia kerana peroses perlantikan atau pertukaran pegawai kerajaan perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.
Menurutnya, sepatutnya KSN mesti mendapat persetujuan tiga pihak iaitu pihak yang hendak mengeluarkan pegawai, pihak yang hendak menerima dan pegawai itu sendiri.
"KSN melanggari pekeliling perlantikan dan peminjaman pegawai.
"KSN terus menghadap Agong dalam keadaan proses itu tidak dipatuhi. Ini satu penipuan kepada Angong",jelasnya.
Sehubungan itu, beliau akan membuat satu laporan polis berhubung perkara itu.
Laporan Harakahdaily
Sebelum ini Harakahdaily antara media yang awal melaporkan krisis ketua pengarah JKR ini apabila pihak-pihak tertentu cuba menukar Judin dari situ.
Harakahdaily difahamkan, antara isu panas adalah projek Istana Negara baru (gambar) yang dikatakan menimbulkan masalah antara Judin dengan kontraktor utama projek ini yang dikatakan mendapat perlindungan pihak-pihak tertentu.
Judin pula sangat tegas dalam melaksanakan tugasnya dan enggan berkompromi dengan sebarang penyelewengan. Selain itu Judin juga dikatakan bermasalah dengan menteri kerjaraya ekoran keengganan beliau berkompromi dengan projek-projek politik. |
|
Fitnah: Pemimpin Umno tidak takut Allah Posted: 28 Jun 2011 06:13 AM PDT Aziz Muda
| KUALA LUMPUR: Sikap para pemimpin Umno yang sentiasa berusaha melihat kecacatan orang lain sehingga sanggup mencipta fitnah dan cerita yang bukan-bukan untuk menjatuhkan orang lain, jelas membuktikan mereka tergolong dalam golongan manusia yang tidak takut kepada Allah. Di samping itu, mereka juga turut memiliki beberapa ciri-ciri lain yang semakin memperjelaskan lagi kedudukan mereka sebagai golongan yang tidak takut kepada Allah, berbanding golongan yang benar-benar takut kepada Allah. AJK Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Nor Hamzah (gambar) berkata, orang yang tergolong dalam golongan yang takut kepada Allah mempunyai sekurang-kurangnya 4 tanda, manakala mereka yang tergolong dalam golongan yang tidak takut kepada Allah pula mempunyai sekurang-kurangnya 5 tanda. Menurut beliau, tanda-tanda orang yang takut kepada Allah, pertamanya, mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah sama ada secara terang-terangan atau tersembunyi. Katanya, tanda keduanya, jika melakukan dosa, mereka akan segera bertaubat kepada Allah sehingga menyebabkan mereka sentiasa merendah diri dan beradab kepada Allah serta turut beradab sesama manusia. "Tanda ketiga, mereka akan sentiasa melaksanakan kebajikan dan mencegah keburukan. Manakala tanda keempat, mereka akan sentiasa istiqamah dengan perkara-perkara kebaikan," katanya ketika menyampaikan tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini. Orang yang tidak takut kepada Allah pula, menurut beliau, secara automatik merupakan golongan yang hanya takut kepada manusia sehingga sanggup melakukan sebarang perbuatan yang diarahkan oleh ketuanya, walaupun tindakan tersebut ternyata bertentangan dengan ajaran Islam. Katanya, selain itu, mereka tidak melaksanakan kerja-kerja jihad dan tidak melaksanakan amar makrif nahi mungkar dalam hidupnya, sebaliknya akan sentiasa berusaha mencari kecacatan orang lain. "Ini samalah seperti sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa berusaha melihat atau mencari kecacatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akhirnya turut mencipta cerita yang bukan-bukan terhadap Anwar termasuk isu video seks," katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Dalam masa yang sama, menurutnya, para pemimpin Umno sememangnya turut mempunyai tanda-tanda lain sebagai orang yang tidak takut kepada Allah tetapi hanya takut kepada manusia, apabila mereka tidak bersedia melakukan kerja-kerja kebaikan bersama golongan yang berusaha melakukan kebajikan dalam hidup ini. "Pemimpin Umno jelas tidak pernah bersama-sama dengan PAS untuk melakukan kebajikan. Malah mereka menentang keras usaha PAS untuk memerintah secara Islam dan menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air," katanya yang juga Adun Bukit Payong, Terengganu. Selain itu, tegasnya, pemimpin-pemimpin Umno turut mempunyai tanda kelima sebagai orang yang tidak takut kepada Allah tetapi hanya takut kepada manusia, apabila mereka juga sanggup bermujamalah sehingga melakukan rasuah dalam hidup ini. Sebagai orang Islam, beliau turut menyeru kesemua golongan agar bersama-sama merenungi diri supaya tidak terus berada dalam golongan manusia yang hanya takut kepada Allah, tetapi berusaha memperbaiki diri agar benar-benar menjadi manusia yang benar-benar takut kepada Allah dalam erti kata sebenarnya. Beliau turut menyenaraikan lima punca yang menyebabkan manusia tidak takut kepada Allah, tetapi hanya takut kepada manusia iaitu terlalu banyak kezaliman yang berlaku dalam masyarakat, kurang undang-undang yang menjaga nilai-nilai kemanusiaan, bimbang terhadap kemiskinan serta tidak yakin dengan apa yang ada di sisi Allah. Selain itu, manusia juga akan menjadi takut kepada manusia sehingga tidak takut kepada Allah apabila diselubungi pemimpin-pemimpin yang sombong yang merasakan dirinya tidak akan jatuh ekoran kekuatan yang dirasakan ada padanya dan ancaman pemerintah yang amat dahsyat. |
|
Felda jangan ulangi kerugian Sime Darby Posted: 28 Jun 2011 06:10 AM PDT Hazayani Zakaria
| KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan Felda agar mengambil iktibar daripada kerugian yang dialami Sime Darby akibat menceburi bidang yang bukan kepakaran mereka. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata demikian dengan merujuk kepada tindakan anak syarikat Felda, Proxcell Global Sdn. Bhd. dengan kerjasama Prodata System Sdn. Bhd dan Ennovation Associated yang menceburi bidang teknologi maklumat (IT). Sedangkan katanya, Felda seharusnya memberi tumpuan kepada bidang utama mereka berkaitan komoditi kelapa sawit. "Saya memberi peringatan mengenai Sime Darby yang rugi hampir RM2 bilion antara sebabnya kerana menceburi bidang yang salah. "Felda fokus utamanya ialah komoditi kenapa ceburi bidang IT? "Kenapa melantik seorang bangsa Jerman sebagai CEO dan dimeterai pada 7 Jun 2010 disaksikan Perdana Menteri sedangkan Malaysia ada ramai pakar IT. "Kalau mahu cebur bidang baru harus bergerak dalam bidang berkaitan contohnya keselamatan makanan dan sebagainya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Justeru beliau yang juga naib presiden PAS menuntut menteri yang bertanggungjawab menjelaskan perkara berkenaan agar kerugian yang sama seperti Sime Darby tidak akan berulang. Lapor SPRM Sementara itu, pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman memberi masa selama sebulan kepada timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan membuat penjelasan mengenai wang yang dipinjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM6 bilion. Sekiranya Ahmad gagal berbuat demikian, Anak akan membawa perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut. "Timbalan menteri sudah mengakui ada meminjam wang daripada KWSP tetapi tak nyatakan secara terperinci ke mana wang itu digunakan. "Kalau dalam masa sebulan beliau gagak membuat penjelasan, kita akan bawa perkara ini kepada SPRM untuk disiasat kerana wang ini wang peneroka," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. Tegasnya juga, Anak tidak teragak-agak memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam isu peneroka kerana ia merupakan institusi milik orang Melayu. "Jika SPRM gagal siasat dan maklumkan hasil siasatan kita bincang untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campur tangan kerana Felda institusi milik orang Melayu dan Felda harus diselamatkan," katanya. Ahad lalu, sebanyak 13 laporan polis dilakukan warga Felda seluruh Malaysia di kawasan masing-masing berkenaan pinjaman Felda daripada KWSP itu. Rakan srategik baru Sementara itu, Mazlan dalam sidang media sama mengumumkan penyertaan bekas tentera yang menamakan diri mereka Kelab Bekas Perajurit (Kerabat) bersama-sama Anak memperjuangkan isu peneroka. Pengerusinya, Nazari Mokhtar berkata, Kerabat sudah mempunyai kira-kira 100 anggota yang gagal mendapatkan tanah yang dijanjikan kerajaan sewaktu menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). "Pengagihan tanah kepada bekas tenteri memang termaktub dalam perintah Majlis Angkatan Tentera (MAT) tahun 1973, 20 iaitu 20 hektar tanah pertanian dan 2 hektar tanah perumahan tapi malangnya tak ada satu agensi pun mengurus tadbir hal ini menyebabkan 290 bekas tentera tak dapat peluang ini," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, Kerabat amat menghargai urusan Anak dan Pakatan Rakyat untuk memberikan tanah kepada bekas tentera yang telah berkhidmat untuk negara. "Kebajikan yang kerajaan beri bersifat sementara. Apa yang diperlukan ialah kebajikan yang berterusan. "Saya selaku penaja kebajikan Anak berterima kasih kepada Pakatan Rakyat dan jika keutamaan ini diberi kepada tentera ini sangat membanggakan," katanya. Kerabat akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Selangor Oktober depan membabitkan bekas tentera di seluruh negara. Menurut Mazlan juga, Anak telah memperuntukkan 15 ribu borang permohonan tanah kepada bekas tentera. |
|
Teras: Tindakan polis siasat Samad Said keterlaluan Posted: 28 Jun 2011 06:08 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR, — Teras Keupayaan Melayu (Teras) kesal dengan tindakan polis apabila Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said turut diheret di bawah Akta Hasutan, berkaitan dengan perhimpunan 9 Julai anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0). Pada majlis tersebut A. Samad Said (gambar) menyampaikan ucapan dan puisi berjudul "Unggun Bersih" di ibu negara 19 Jun lalu. Pengerusi Teras Keupayaan Melayu, Azmi Abdul Hamid berkata, beliau kesal dengan tindakan polis yang menyiasat Sasterawan Negara itu semata-mata kerana membaca puisi sahaja. "Saya kesal polis menyiasat beliau atas puisi yang dibacanya," katanya dalam kenyataan, hari ini. Dalam kenyataan semalam, A Samad Said dipanggil polis untuk diambil percakapan berhubung Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini. Jelas Azmi, pihak polis nampaknya beria-ia untuk menghalang Bersih 2.0 sehingga tokoh yang dihormati rakyat menjadi mangsa untuk disiasat hanya kerana puisi . "Adakah ini menunjukkan pihak berkuasa sekarang sudah menganggap puisi yang murni dan bersifat teguran dan menyatakan kebenaran itu termasuk suatu kesalahan yang boleh mengancam negara?" katanya. Dalam pada itu, Azmi beranggapan tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan sebagai suatu yang agak keterlaluan. "Sasterawan negara itu terkenal sebagai seorang yang mampu mengungkap realiti dengan kata-kata yang sangat indah dan tepat pada makna dan kandungan untuk masyarakat tahu erti nilai murni seperti menegakkan kebenaran dan keadilan. Niat beliau juga adalah untuk meluruskan keadaan yang dilihatnya sebagai pincang. "Ini termasuk soal pemerintahan dan hak demokrasi yang perlu diperbetulkan," ujarnya. Azmi tegas berkata, pihak plis perlu belajar bahasa sastera sebelum menganggap puisi Samad Said sebagai ancaman dan hasutan. Katanya, mereka perlu jujur melihat mesej Sasterawan Negara itu dengan niat menghargai dan bukan mencurigai. "Namun begitu, kami mendokong semangat beliau yang nampaknya tidak gentar dengan tekanan yang dianggap polis boleh menekan golongan karyawan daripada menyatakan pandangan mereka mengenai perkembangan semasa," katanya. Selain itu, beliau juga berasa kesal apabila turut disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya. |
Video seks: Klip terbaru di Internet serang MP Johari Posted: 28 Jun 2011 06:05 AM PDT TERKINI
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR — Satu klip video baru muncul di Internet hari ini — menyerang kredibiliti Datuk Johari Abdul — dengan mendakwa wakil rakyat itu meminta "ganjaran" RM1 juta daripada trio Datuk T, beberapa hari selepas beliau mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan si pelaku dalam rakaman video seks didedahkan Mac lalu. Sejurus selepas rakaman video seks ditayangkan kepada pemberita pada 21 Mac lalu, trio Datuk iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Lazim, Johari (gambar) mendedahkan beliau menonton video itu bersama mereka di sebuah hotel di sini. Wakil rakyat itu berulang kali menafikan bahawa beliau ada bersetuju yang lelaki dalam video seks itu ialah Anwar. Bagaimanapun satu video yang disiarkan oleh blogger pro-Umno blogger "Papagomo" hari ini mendakwa sebaliknya. Video yang panjangnya 1.59 minit itu, bersama dengan tulisan blog memetik Shazryl mendakwa Ahli Parlimen Sungai Petani itu yakin yang Anwar adalah lelaki dalam klip video itu dan Johari minta RM1 juta bagi diri beliau dan RM1 juta bagi setiap lima Ahli Parlimen yang bersedia untuk meninggalkan PKR selepas menonton video berkenaan. Klip video itu tiada bukti yang dapat menunjukkan bahawa beliau ada meminta wang dalam jumlah itu. Johari dilihat memasuki sebuah bilik hotel dengan diiringi trio Datuk T dan kemudian duduk di depan televisyen. Satu kamera terselindung dilihat diletakkan di depan televisyen, oleh itu memberi gambaran mengenai reaksi Johari. dan suara trio Datuk T. Berbanding naratif-naratif Johari sebelum ini tentang apa yang berlaku pada hari video itu ditonton, MP PKR itu kelihatan gelak ketawa dan mesra bersama ketiga-tiga Datuk T, dan berjenaka beberapa minit sebelum video seks ditayangkan. Johari juga merupakan sepupu Shuaib. Klip video bertajuk "Johari Abdul akui bahawa pelaku dalam video seks ialah Anwar Ibrahim" mengetengahkan komen-komen yang dibuat oleh pemimpin PKR ketika menonton video itu. Tulisan blog itu yang memetik Shazryl dan Rahim sebagai berkata Johari telah meminta RM100,000 sebagai bayaran awal dan mereka telah membayar pemimpin PKR itiu separuh daripadanya. Rahim dipetik berkata, trio Datuk telah menolak tawaran Johari untuk membawa lima lagi MP PKR iaitu Datuk Kamarul Baharin Abbas, Rashid Din, Azan Ismail, Amran Ab Ghani dan Abdullah Sani untuk menonton video seks itu dan akan dibayar RM1 juta setiap orang untuk keluar parti. "Apabila (pemintaan) ini dibuat, kami telah memutuskan untuk menolak (tawaran Johari), kata Rahim lagi. Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Jumaat lalu mengenakan hukuman ke atas ketiga-tiga mereka selepas mengaku bersalah menayangkan rakaman dan bersubahat dengan perbuatan itu. |
‘Road To Putrajaya’ hanya perang psikologi Pakatan, kata Muhyiddin Posted: 28 Jun 2011 06:01 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER
WASHINGTON – Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin rakyat percaya bahawa perjuangan Barisan Nasional (BN) masih relevan dan tidak akan terjebak dengan perang psikologi Pakatan Rakyat kononnya akan menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13. "Itu perang psikologi mereka mulakan untuk membetulkan fikiran rakyat bahawa tidak guna sokong BN kerana BN akan kalah. Dia main psikologi menang, sokonglah mereka dan mereka akan tubuhkan kerajaan," katanya kepada wartawan Malaysia selepas melawat University Maryland di sini Isnin. Timbalan perdana menteri (gambar) yang berada di sini bagi lawatan kerja empat hari bermula kelmarin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dilaporkan berkata pembangkang boleh menawan 11 negeri pada pilihan raya umum akan datang. Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno berkata pembangkang boleh mendakwa mempunyai kemampuan untuk menang pada pilihan raya umum akan datang dan mendapat kerusi banyak tetapi yang membuat pilihan adalah rakyat. "Mereka boleh kata mereka menang dalam pilihan raya umum dan dapat kerusi banyak tapi yang penting untuk BN teruskan agenda kita melalui janji dengan mereka yang berkaitan baik dalam bidang masyakarat, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya. "Dalam satu sudut, kita lihat dalam keputusan pilihan raya kecil, termasuk (pilihan negeri) Sarawak, walaupun pembangkang buat pelbagai andaian seperti boleh ambilalih kerajaan, rakyat yang membuat keputusan dan menentukannya," kata Muhyiddin dalam laporan Bernama Online hari ini. Bagaimanpun, Muhyiddin mengingatkan adalah penting bagi BN meneruskan agenda demi kepentingan rakyat. "Saya tahu cabaran bukan mudah. Pembangkang sudah ada cita-cita untuk tumbangkan kerajaan dan Putrajaya menjadi sasaran mereka. Bagaimanapun kita (BN) tidak boleh ambil mudah," kata beliau lagi. Muhyiddin mendakwa Lim sebenarnya bimbang BN sudah melangkah ke hadapan dengan transformasi politik dan ekonomi yang akan memberi impak besar. "Pembangkang juga semakin bimbang 'Road To Putrajaya' mereka terbantut, jadi mereka buat perang psikologi. Saya yakin rakyat tidak akan terjebak," katanya. |
Bersih 2.0: Kit Siang kecam PDRM muncul di Parlimen siasat MP Posted: 28 Jun 2011 05:32 AM PDT Oleh Clara Chooi
KUALA LUMPUR – Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mendakwa polis melanggar keistimewaan wakil rakyat dengan muncul di Parlimen untuk mendapatkan keterangan anggota Dewan Rakyat Pakatan Rakyat berhubung Himpunan Bersih 2.0 9 Julai ini. Ahli Parlimen veteran itu (gambar) berkata, beliau tidak pernah menyaksikan persekitaran sedemikian sepanjang empat dekad menjadi wakil rakyat. "Saya terkejut dan tersinggung apabila mendapati polis hadir di Parlimen hari ini untuk mengambil kenyataan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS–Jerai)," katanya. |
BERSIH DITAJA OLEH KRISTIAN, PULAK DAH !! SIAPA KATA? UTUSAN LIDAH SYAITAN Posted: 28 Jun 2011 05:27 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NSSATU lagi tuduhan baru terhadap BERSIH setelah semuanya tidak berjalan. Seperti biasa akhbar yang menjadi Utusan dan lidah syaitan punya kerja. Kali ini dituduhnya Pertubuhan Kristian salurkan dana untuk BERSIH. Baca di sini."Biskop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing hari ini mengecam apa yang dilabelnya sebagai tindakan "Hentam Kristian" berikutan laporan di Utusan Malaysia yang mendakwa dana bagi perhimpunan BERSIH 2.0 dibiayai oleh pertubuhan Kristian. Beliau yang juga presiden Catholic Bishops Conference of Malaysia berkata akhbar milik Umno itu seolah-olah mempunyai lesen bagi menerbitkan dakwaan liar serta tanpa bukti bagi mengeruhkan hubungan masyarakat Kristian dan Islam di negara ini." ( Malaysiakini) Ertinya, modal mereka kering kontang untuk menggagalkan Perhimpunan aman oleh BERSIH. Berbagai cara telah digunakan termasuk cara malam tadi di mana ada ugutan mahu mahu membakar Ibu Pejabat PKR di Tropicana. Ramai yang telah ditahan kerana memakai baju kuning BERSIH termasuk yang baca puisi berkaitan BERSIH. Mereka sanggup mainkan sentimen kaumn dan agama demik mempertahan sang Penguasa. Pihak yang kita bantah, SPR terus membisu dan menjadi penonton `pergelutan' di antara kebenaran dan kebathilan ini, sedangkan mereka lah punca semua ini. Tidakkah mereka merasa berdosa? Tidak mungkin, ini adalah kerana mereka mempunyai jiwa yang terlalu kecil dan kehidupan mereka tidak ubah seperti robot. Tidak masuk akal langsung perhimpunan BERSIH ini dibiayai. Rata-rata yang akan hadir nanti mereka semua gunakan wang poket sendiri. Mereka beli baju BERSIH bukan diberi percuma seperti baju 1 Malaysia atau `Patriot'. Justeru itu, akhbar Utusan lidah syaitan ini sudah sampai masanya untuk dikuburkan. Selagi ada akhbar pencacai yang pernah menghina hukum Allah ini, negara tidak akan aman./ wfauzdin.blogspot.com |
Kepada UMNO dan PDRM. Kalau kami kata begini, macamana? Posted: 28 Jun 2011 05:21 AM PDT Oleh: umnopenipu
"Perhimpunan BERSIH kini menjadi subjek igauan di siang hari kepada pemimpin-pemimpin UMNO. PERKASA yang merupakan cawangan UMNO yang berwajah munafik tulen dipergunakan secara maksimum oleh UMNO untuk mengembalikan sokongan Melayu kepada mereka.
Melihat telatah dan lakonan hodoh kedua-kedua entiti durjana ini, kami dengan penuh yakin dengan teori yang menyatakan peristiwa 13 Mei adalah angkara makar UMNO. PDRM pula bertindak sebagai 'bouncer'. PERKASA menghasut, mengapi-api, dan mencabar kaum-kaum lain.
Mereka mengeluarkan kenyataan yang amat biadap malah durjana. Tetapi PDRM atau KDN tersenyum anjing dan bertepuk tangan dengan permainan PERKASA.
Kami ingin bertanya kepada PDrM dan Hishamuddin beberapa soalan.Perlu ditegaskan ianya sekadar soalan sahaja.
Jika boleh PDM dan/atau KDN jawablah secara' gentlleman". Soalan-soalan kami ialah KALAU kami dari pihak bukan UMNO/PERKASA mengeluarkan kenyataan-kenyataan di bawah seperti:1.Kami akan melancarkan jihad ke atas UMNO 2. Kami minta semua ahli UMNO jangan keluar rumah kerana kami akan lanyak kamu sampai kamu pengsan atau ....... 3. Kamu Najib Tun Razak atau Muhyidin Yasin adalah Melayu yang membahayakan keselamatan agama,bangsa dan negara 4. Kamu PDRM adalah organisasi pengganas yang membunuh tahanan politik yang tidak bersalah Apakah kami akan dikenakan ISA apabila mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti di atas.
Kalau jawapannya 'ya' maka kami tidak berhasrat untuk menyatakannya.
Tetapi kenapa kamu tidak buat apa-apa pada PERKASA dan Abraham Eli? Jika jawapan kamu 'tidak'. maka kami berhasrat untuk mengeluarkan kenyataan yang lebih pedas dari ini kepada kamu tetapi ianya benar dan nyata beserta dengan bukti-bukti yang kamu sendiri tahu.
Contohnya kematian Ibrahim Libya dan lain-lain. Oleh itu kami mohon PDRM atau KDN menjawab kemusykilan kami. Terima kasih. " |
Tubuh masih dipenjara, fikiran tetap bebas Posted: 28 Jun 2011 05:09 AM PDT Oleh: bumiperak
"Aspan Alias - KL-Today.com
Saya sudah kurang keyakinan yang Umno akan kembali seperti sediakala. Di dalam isu Bersih dan rally nya, saya bertambah kurang yakin yang Umno mampu untuk menahan kemaraan bangkangan dari rakyat ramai.
Umno hanya mampu untuk berkumpul sesama penyokongnya dan berucap berapi-api dikalangan mereka sendiri. Retorik dan ucapan berapi-api oleh Najib, Muhyiddin, Ahmad Zahid dan lebih-lebih lagi dari Hishammuddin hanya memberikan keyakinan kepada penyokong-penyokong yang sedia ada sahaja.
Orang ramai menerima teguran dan ucapan pemimpin kita ibarat angin lalu sahaja….masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dalam isu Bersih yang dipersoalkan secara keterlaluan oleh pihak yang berkuasa bukan sahaja tidak dapat menambah keyakinan rakyat tetapi yang jelas pihak yng duduk di atas pagar lebih mirip dan cenderung untuk memberikan sokongan kepada Bersih.
Menyokong perjuangan Bersih bukan salah dari segi undang-undang dan moral serta politiknya. Bersih adalah badan NGO yang memperjuangkan pengendalian pilihanraya dengan bersih dan adil dan Bersih tidak mewakili mana-mana parti politik. Bersih juga meminta Umno menyokong mereka untuk mempastikan pelaksanaan pilihanraya itu berjalan dengan baik dan Umno juga akan mendapat kebaikan jika pilihanraya berjalan secara adil.
Tetapi oleh kerana parti-parti pembangkang selama ini menjadi mangsa permainan kotor di dalam pilihanraya maka mereka tentulah secara natural menyokong tindakan Bersih atau mana-mana pertubuhan yang mahu berjuang untuk keadilan dan kesaksamaan di dalam mana-mana pilihanraya.
Untuk bersuara bukan hanya hak kita orang Umno, tetapi juga hak kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan serta agama. Media masa perdana yang hampir dengan rakyat bukan hanya untuk kita dari Umno untuk menggunakan salurannya tetapi juga untuk pemimpin-pemimpin dan ahli pembangkang yang bersama-sama membayar cukai kepada kerajaan.
Kenapa cukai mesti dibayar oleh semua termasuk parti-parti pembangkang tetapi kemudahan yang dihasilkan dari cukai rakyat ini tidak boleh digunakan oleh pihak lain dari parti yang memerintah? Inilah salah satu dari kemahuan dan perjuangan Bersih dan perjuangan Bersih ini bukannya perjuangan yang baru bagi negara-negara maju. Kenapa kita bercita-cita untuk menjadi negara maju tetapi kita tidak mahu menerima "attribute" negara maju?
Bagi saya Bersih sedang melakukan satu transformasi yang asas untuk sebuah negara yang mengaku sebagai negara yang demokratik. Kalau saya diturunkan sebagai calun BN (walaupun mustahil) saya mahukan rakyat menyokong saya secara "legitimate" dan memenanginya secara "legitimate" juga.
Saya tidak rela untuk memenangi pilihanraya secara kotor sebab naluri saya akan merasa sengsara kerana saya memenangi pilihanraya secara tidak sihat. Saya sendiri tahu yang kemenangan saya itu bukan oleh kerana sokongan natural pengundi tetapi oleh permainan politik yang tidak betul mengikut tata-cara demokrasi salah yang kita amalkan.
Inilah sebenarnya masalah yang kita hadapi sekarang ini. Ramai di antara pemimpin kita tahu yang mereka berada di tempat mereka secara "illegitimate". Jika mereka sekarang merasakan yang mereka berada di atas itu secara "legitimate" tidak mungkin mereka merasakan ketakutan dan mempunyai jiwa yang fakir. Apa sahaja yang pihak lain lakukan kita akan menuduh mereka dipergunakan oleh pihak pembangkang.
Apabila kita dalam Umno mempunyai sikap dan perangai ini kesabaran rakyat tidak akan kekal. Sebagaimana yang saya katakan di dalam posting yang lepas perasaan manusia, lebih-lebih lagi manusia yang berfikir kita tidak boleh menambat perasaan mereka seperti kita menambat kerbau di sawah.
Sedangkan haiwan seperti kerbau pun ada kalanya mereka tidak mahu mengikut kehendak kita masakan manusia yang mempunyai akal fikiran boleh ditambat dan di tambangkan (diikat) dimana-mana yang kita suka?
Oleh itu di dalam isu Bersih dan rally nya sekarang ini jelas kita nampak yang rakyat sudah ramai yang mengalihkan sokongan kepada pihak lain secara senyap-senyap. Mereka mengambil sikap berdiam diri seperti yang kita kehendaki, tetapi mereka tetap mempunyai pendirian sendiri… iaitu memilih pihak yang mempunyai sifat "confident" dan mendekati rakyat sentiasa.
Mendekati rakyat bukannya dengan melakukan "walkabout" di mana-mana tetapi mereka mahukan dasar dan sikap adil itu yang mendekati mereka. Perjuangan Umno bukan untuk melakukan "walkabout" tetapi perjuangan di mana dasarnya yang sentiasa "walkabout" dengan mereka.
Malahan ada yang berkata menyertai "walkabout" pemimpin kita hanya membazir masa mereka dan hanya menghabiskan karipap (semasa refreshment) sahaja. Habis sahaja "walkabout" keadaan kembali seperti sediakala.
Dulu semasa Dr Mahathir pemimpin mendekati rakyat dengan Semarak nya. Sekarang dengan Juara Rakyatnya. Semuanya tidak membuahkan apa-apa. Rakyat tetap tidak berpuas hati kerana mereka mahukan keadilan dan perlaksanaan demokrasi yang baik.
Yang terbaru pula ialah "walkabout" pemimpin-pemimpin. Jika Semarak dan Juara Rakyat tidak membawa hasil apa-apa "walkabout" juga pastinya akan menghasilkan perkara yang sama. Yang rakyat dapat hanyalah bersalaman dengan pemimpin. Itu sahaja dan masih tiada apa-apa hasilnya.
Rakyat memerhati dengan dekat apa yang pemimpin lakukan. Dalam isu Bersih ini pemimpin-pemimpin kita hanya berjaya menyakinkan rakyat yang mereka dalam ketakutan. Dari psikologinya jika pemimpin menunjukan ketakutan rakyat akan hilang keyakinan.
Itu adalah "consequence" yang natural dan semula jadi. Perhimpunan Bersih pada 2007 dahulu telah terbukti membantu PR memenangi banyak kerusi dan menyebabkan BN tersungkur di lima buah negeri tidak termasuk Wilayah Persekutuan.
Sekarang ini dengan kempen yang bertalu-talu membidas pembangkang melalui media perdana membuatkan orang ramai sudah mempunyai persepsi negatif terhadap media perdana sebagai alat propaganda pihak kita untuk mendapatkan sokongan ramai. Yang akan menerima nasib buruknya ialah pihak kita sendiri. Apa sahaja yang dikatakan oleh media perdana tidak akan membantu kita lagi kerana anggapan orang ramai ianya semata-mata tindakan politik.
Jika kita mengatakan tindakan Bersih sebagai "politically motivated" pihak lawan juga akan menuduh kita yang media perdana yang melakukan pukulan terbuka terhadap pihak lawan itu juga bermotifkan politik. Contohnya media perdana membawa isu seorang dua rakyat yang miskin di Kedah dan menuduh kerajaan PAS Kedah tidak melakukan sesuatu untuk meringankan kesusahan yang dihadap oleh simiskin itu.
Persoalan ramai sekarang adakah mereka ini miskin sejak PAS memerintah? Bukankah orang yang dikatakan miskin memang miskin sejak puluhan tahun dahulu dan semasa BN memerintah negeri itu. Kedah juga dikatakan miskin dibawah pemerintahan PAS tetapi negeri itu memang pun sebuah negeri yang miskin sejak BN memerintah berdekad-dekad yang lalu.
Pendeknya kitalah yang paling lazim berbuat sesuatu dengan bermotifkan politik. Apabila pihak lain hendak melakukan sesuatu yang disambut ramai pemimpin kita pula yang bertalu-talu menuduh perlakuan pihak lain itu yang bermotifkan politik. Oleh kerana motif itu menjadi lazim kepada kita, maka apa jua yang dilakukan oleh pihak lain itu sama seperti motif yang kita lakukan.
Kita tidak boleh menuduh pihak lain mencuri semata-mata pihak kita selalu mencuri. Kita juga tidak boleh menuduh orang lain berbohong semata-mata kita selalu berbohong. Kita tidak wajar menganggap orang lain rasuah semata-mata rasuah itu sudah menjadi budaya kepada cara hidup kita.
Saya dikritik dengan hebat oleh setengah pihak sambil menuduh yang saya menggalakan orang ramai menyertai Bersih. Apa yang saya lakukan tidak lebih dari tujuan mengelakan rakyat dari memusuhi pihak kita terutamanya di luar-luar bandar di mana kita masih berkubu. Pihak kita telah memberikan "estimate" yang begitu rendah terhadap mereka yang menentang kita dari isu Bersih ini.
Kita (Kerajaan BN) hanya disokong oleh penyokong fanatik semata-mata tetapi pihak pembangkang telah berjaya menjinakan pemikiran mereka yang di atas pagar yang kebanyakannya adalah dari mereka yang masih muda dan akan mengundi buat kali pertama.
Pemimpin kita masih terlekat kepada keyakinan yang kita boleh melakukan apa-apa yang berbentuk membendung kegiatan fisikal mereka tetapi tidak berusaha sepenuhnya untuk membendung pemikiran mereka untuk memihak atau mengekalkan sokongan mereka terhadap kita.
Kita masih sombong dan masih cenderung untuk menggunakan otot kita yang tidak seberapa kuat lagi itu untuk memaksa rakyat berfikir secara kita. Bagi saya saya hanya melakukan apa yang baik untuk pihak kita. pandangan saya tidak semestinya betul tetapi yang penting bagi saya, ialah untuk membuktikan kepada yang mengkritik saya dengan kuat itu supaya bersedia untuk melihat apa yang saya telah ini… kita akan menghadapi jalan sukar di hadapan.
Kalau dahulu kita boleh mengawal rakyat seperti mengawal lembu sekandang, zaman itu sudah berlalu. Yang penting kita wajar memulakan usaha untuk mengawal pandangan dan pemikiran rakyat dengan memperkayakan jiwa pemimpin dan mengelak dari memaparkan jiwa yang terlalu fakir untuk mentadbir rakyat yang kian berkembang pemikiran mereka.
Pergerakan mereka mungkin boleh dilokap, tetapi apa yang ada di dalam naluri mereka tidak mungkin mampu di lokap oleh Hishammuddin atau sesiapa." |
Panduan Himpunan BERSIH 2.0 Posted: 28 Jun 2011 04:16 AM PDT Oleh Zabidie Abas
Fakta : Perhimpunan Bersih 2.0 Pada 9 Julai 2011 (Sabtu), Jam 2 Petang Di Kuala Lumpur (Lokasi : Masjid Kg. Baru, Sogo & Bangunan DBKL). Aman Dan Tanpa Senjata.
Tuntutan Bersih 2.0 : BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih) Reformasikan Undi Pos Gunakan Dakwat Kekal Akses Media Yang Bebas & Adil Tempoh Berkempen Minima 21 Hari Kukuhkan Institusi Awam Hentikan Rasuah Hentikan Politik Kotor
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 : Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO's.
Kedudukan Parti-Parti Politik : Adalah Sebagai Entiti Yang Bergabung Di Dalam Bersih 2.0 Dengan Aspirasi Bersama Iaitu Menuntut Satu Sistem Dan Perjalanan Pilihan Raya Yang Bersih & Adil Untuk Malaysia.
Jangkaan/ Unjuran : Kita menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia untuk mereformasikan pilihan raya. Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, kita mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu semua pihak dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar, aman dan tanpa sebarang provokasi .
Perkara Yang Perlu Anda Bawa/Sediakan : 1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja. 2. Duit-maksimum RM100 sahaja. 3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0 4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut. 5. Sediakan baju hujan berwarna kuning. 6. Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihan raya boleh digunakan. 7. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing. 8. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula. 9. Sedikit garam batu ; Ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata. 10. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata. 11. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis "N100 Respirator, N95 Respirator" dan "Surgical facemask" untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau. 12. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri. 13. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata. 14. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan. 15. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email kitabersaudara_lpd@yahoo.com atau talian 019-340 7721.
Perkara Yang Tidak Dibenarkan :
1.Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta. 2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan. 3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan. 4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar. 5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihan raya. 6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi. 7.Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan. 8.Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen. 9.Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov *****tail dan mercun. 10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain. 11.Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya. 12.Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan. 13.Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.
Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Perhimpunan :
1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa. 2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan. 3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing. 4. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan. Maklumkan mereka tujuan anda keluar. 5. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti. 6. Jangan lupa "charge" bateri handphone dan kamera. 7. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru 8. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter. 9. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian. 10. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian). 11. Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula bagi mengelakkan sebarang provokasi pihak-pihak tidak bertanggungjawab..
Semasa Perhimpunan Dan Perarakan :
1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru dan tunggu arahan dari "Field Commander" yang dilantik. 2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau "Field Commander" sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada "Field Commander" 3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan "Field Commander". 4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan. 5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan. 6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku. 7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni. 8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya. 9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama. 10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain. 11.Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap. 12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi "sound system" akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta. 13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu. 14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan. 15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukkan dalam beg plastik yang anda bawa. 16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email kitabersaudara_lpd@yahoo.com atau talian 019-340 7721. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
Selepas Perhimpunan :
1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai. 2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan ___________________________________[KL LAC?] Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. 3.Dapatkan maklumat ___________________________ berkaitan untuk bebaskan mereka. 4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah di tempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang di rumah. 5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang bertugas jika perhimpunan berjalan lancar. 6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir.
Apa Anda Perlu Buat Jika Kumpulan Anti-Tuntutan Bersih 2.0 Buat Provokasi :
1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan "Field Commander" Unit Amal. 2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan. 3. Jangan hampiri mereka. 4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis. 5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu. 6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
Apa Anda Perlu Buat Jika Polis Buat Provokasi Dan Serbuan:
1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu. 2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon. 3. Duduk jika pimpinan arahkan. 4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. 5. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air "water canon" berwarna kuning. 6. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri. 7. Ambil gambar mereka jika sempat. 8. Buat laporan Polis jika anda dikasari. Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Ditahan :
1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri. 2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan. 3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja). 4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap. 5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut.
6. Jangan jawab soalan yang tidak perlu. 6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab "Saya kerja swasta atau kerja sendiri". Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu. 7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan. 8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah. 9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut. 10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda. 11. Jangan terlalu risau kerana, di luar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda. Apa Yang Anda Buat Selepas Dibebaskan :
1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis. 2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan. 3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan. 4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis. 5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak. 6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat. 7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan. 8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan. 9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan. 10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
Tunggu! Perhatian… :
1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini. 2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu. 3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur. 4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini.
Harapan Kita Semua :
1. Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan erjay tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
2. Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan erjay perundangan dan erjaya implementasi erjay kita.
3. Ingat, Himpunan Bersih erjaya pada 10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihan raya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.
4. Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada "Field Commander" atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini. Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini. http://amkj.blogspot.com/ |
Tuduhan Ketua UMNO Cheras memalukan Posted: 28 Jun 2011 04:15 AM PDT Oleh: sripetaling
"Kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Wilayah (28hb Jun 2011)
Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan (DUPWP) dengan ini menyatakan kekesalan yang mendalam di atas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Cheras Syed Ali Alhabshee yang sangat melulu dan memalukan, apabila beliau menuduh Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengamalkan sikap double-standard dalam 'menghalalkan' perhimpunan BERSIH, yang dilihat oleh Syed Alhabshee sebagai tidak mengikut ajaran Islam berbanding sikap Presiden PAS itu terhadap kes video Anwar. Beliau lantas meyifatkan sikap itu sebagai suatu 'kebodohan'. Kenyataan beliau tersebut disiarkan dalam Utusan yang bertarikh 28hb Jun 2011 hari ini.
Sesungguhnya DUPWP berpandangan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Alhabshee ini jelas menunjukkan kejahilan beliau tentang Syariat Islam. Fenomena ini dikenali sebagai 'jahil murakkab' iaitu seorang yang jahil, tetapi tidak menyedari akan kejahilannya. Sikap ini tidak selayaknya dipamerkan oleh seorang yang bergelar pemimpin walaupun sekadar di peringkat bahagian.
Suka dimaklumkan bahawa majoriti Ulama kontemporari membenarkan perhimpunan seumpama BERSIH ini untuk diadakan selagi matlamat dan kaedah penganjurannya tidak bercanggah dengan nas-nas, prinsip-prinsip serta kaedah-kaedah Syarak yang disepakati. Sekiranya Alhabshee benar-benar ikhlas ingin mencari kebenaran, beliau sepatutnya merujuk kepada para ulama yang mahir dalam bidang Usul al-Fiqh, al-Siyasah al-Syar'iah dan Maqasid al Syariah serta mengetahui perincian maklumat tentang latarbelakang, realiti dan konteks penganjuran perhimpunan BERSIH ini.
Kami tidak terkejut sekiranya beliau tidak tahu tentang hukum-hakam Syariah, tetapi kami hairan mengapa beliau begitu lancang menyelar peribadi seorang Ulama yang berautoriti dalam mengeluarkan sesuatu hukum tanpa sekelumit rasa malu kepada diri sendiri. Adakah pandangan beliau ini suatu pandangan peribadi atau mewakili mana-mana entiti dari kalangan penduduk di kawasan Cheras? Sekiranya ia mewakili pandangan entiti tersebut, maka kami dengan tulus ikhlas menyeru beliau serta rakan-rakannya supaya menilai semula pendirian yang telah dibuat menurut kacamata iman.
Kami juga menuntut permohonan maaf daripada beliau secara terbuka di atas kenyataannya yang prejudis serta kelihatan cuba mengaibkan keperibadian seorang tokoh Ulama yang memiliki autoriti, ilmu serta kemahiran dalam bidang Siyasah Islam lagi dihormati di peringkat antarabangsa. Permohonan maaf ini wajar disiarkan secara terbuka, sesuai kenyataan prejudis beliau yang disiarkan secara terbuka.
Sekian, terima kasih.
Ketua DUPWP" |
Video Klip Dato Johari Abdul Akui Anwar Pelaku Video Seks Tersebar. Posted: 28 Jun 2011 03:56 AM PDT KLPOS.COM
KUALA LUMPUR - Satu lagi klip Video tersebar hari ini yang di kaitkan dengan klip video seks membabitkan kepimpinan Pakatan Rakyat. Klip Video bertajuk "Johari Abdul Pun Kata Itu Anwar Ibrahim" sepanjang 1 minit 59 saat yang di upload melalui akaun You Tube Padi1Jantan di keluarkan oleh Blog www.papagomo.com pada jam 10.00pagi tadi dan kemudiannya di susuli oleh blog blog pro Kerajaan yang lain. Dalam video tersebut memaparkan ketiga tiga Trio iaitu tan Sri Rahim Thamby Chik, Dato Shazrly Eskay dan Dato Shuib Lazim menerima kunjungan Dato Johari Abdul yang seterusnya di pertontonkan video Seks Dato Seri Anwar Ibrahim. Dato Johari Abdul yang di lihat menyaksikan video berkenaan mengeluarkan kenyataan "Bukan pasal Anwar Tapi sin tu" sambil di ikuti gelak ketawa semua yang berada di dalam bilik tayangan video di lakukan. Di dalam rakaman video itu juga turut kelihatan Dato Shazrly Eskay menunjukkan seutas jam tangan yang di bungkus di dalam plastik kepada Dato Johari Abdul yang di percayai Jam Omega milik Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah pun di serahkan kepada pihak Polis dalam penyiasatan. Cubaan untuk menghubungi Dato Johari Abdul waktu ini Gagal bagi mendapatkan penjelasan beliau mengenai pendedahan Video Klip terbaru ini. |
Parti politik BERSAMA umum hasrat tanding PRU-13 Posted: 28 Jun 2011 03:54 AM PDT BERNAMA ALOR SETAR: Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) yang bertapak di Semenanjung Malaysia berhasrat bertanding di semua negeri pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang. Presidennya, Shuhaiddin Langkap, yakin keahlian parti itu dijangka mencecah 1.3 juta orang tahun depan dan akan memberi impak besar terhadap parti-parti yang bertanding pada pilihan raya umum nanti. Beliau mendakwa keahlian BERSAMA di semenanjung telah melebihi 167,000 manakala 56,000 ahli di Sabah dan Sarawak. Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan BERSAMA negeri Kedah di sini, hari ini, Shuhaiddin mendakwa, parti itu mampu bertanding atas kekuatan sendiri dan tidak akan bekerjasama dengan parti lain. Parti itu ditubuhkan di Sabah pada 1994 dengan nama Parti Demokratik Setia Hati Rakyat Bersatu Sabah dan menukar kepada nama baru BERSAMA pada 23 Mac lalu apabila mengembangkan sayapnya ke semenanjung.
|
Konsert Raksasa 2: Blues Gang & Sweet Charity ditangguhkan Posted: 27 Jun 2011 11:43 PM PDT BERITA HARIAN ONLINE KUALA LUMPUR: Khuatir kemungkinan berlaku sesuatu yang tidak diingini, Konsert Raksasa 2: Blues Gang & Sweet Charity pada 9 Julai depan di Stadium Merdeka, terpaksa ditangguhkan kepada 1 Oktober. Penundaan itu tidak dapat dielakkan berikutan kemungkinan tunjuk perasaan besar-besaran daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang turut diadakan pada tarikh berkenaan. Bahkan, penundaan itu dilakukan atas nasihat pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kekecohan berlaku ketika konsert itu berlangsung. Penerbit Eksekutif Netzah Production Sdn Bhd, Shirazdeen Karim berkata, sebagai penganjur Konsert Raksasa 2: Blues Gang & Sweet Charity, pihaknya harus memastikan keselamatan penonton menjadi keutamaan. "Disebabkan lokasi konsert ini terlalu strategik di Kuala Lumpur, kami bimbang konsert ini akan mencetuskan suasana yang memudaratkan kepada penonton. "Selepas mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa, kami mencapai kata sepakat bahawa konsert itu terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan yang sememangnya menjadi keutamaan selaku penganjur dan tarikh baru akan berlangsung pada 1 Oktober di Stadium Merdeka," katanya pada sidang media yang diadakan, hari ini. |
Utusan teruskan agenda momok BERSIH Posted: 27 Jun 2011 11:41 PM PDT MALAYSIA KINI
Perhimpunan BERSIH 2.0 terus dimomok hari ini melalui laporan akhbar Utusan Malaysia yang antara lainnya mengaitkan badan pemantau pilihan raya itu dengan gerakan bersenjata komunis Filipina dan juga NGO pro-demokrasi Amerika Syarikat. Dengan memetik sumber, akhbar berkenaan mendakwa "ancaman terhadap keselamatan negara" kini "berada pada tahap membimbangkan" memandangkan perhimpunan BERSIH 2.0 "diresapi "gerakan komunis." Utusan mengaitkan demikian dengan menamakan dua orang individu warga asing yang ditahan bersama sekumpulan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada Sabtu lalu. Laporan itu juga mendakwa, BERSIH yang dikepalai PSM "bersekongkol" dengan "ejen asing" berkenaan bagi "menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan." Seorang daripada individu yang dinamakan dalam laporan bertajuk 'Keselamatan negara diancam' itu ialah seorang lelaki warga Filipina, Romeo Castillo, 59. Utusan yang memetik sumber melaporkan, Castillo "mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Filipina yang banyak membunuh rakyat negara itu melalui gerakan bersenjata sehingga disenarai sebagai gerakan pengganas." Lelaki berkenaan ditahan bersama seorang wanita warga Korea, Min Young Song, dalam satu kejadian di hadapan sebuah kolej di daerah Ledang, Johor. Min, 24, didakwa Utusan sebagai seorang individu yang ditaja oleh NGO pro-demokrasi National Democratic Institute – sebuah organisasi yang dinaungi seorang "sekutu" Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jumlah individu yang ditahan berhubung penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0 dilaporkan telah mencecah 81 orang apabila polis melancarkan gerakan di seluruh negara bermula Rabu lalu. BERSIH setakat ini tegas dengan pendiriannya untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai itu walau berdepan tindakan berkenaan. BERSIH juga berdepan kemungkinan berlakunya pertembungan dengan dua lagi kumpulan yang akan turut berdemo pada hari berkenaan – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia dan juga kumpulan PATRIOT dari Pemuda Umno. |
Polis rakam kenyataan MP Pakatan Posted: 27 Jun 2011 11:35 PM PDT S Pathmawathy
Polis muncul dengan tidak disangka-sangkn di parlimen hari ini bagi merakamkan kenyataan angota parlimen Pakatan Rakyat. Asisten supretenden polis daripada ibu pejabat kontinjen Selangor dilihat mengambil kenyataan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) di lounge anggota parlimen. "Saya diberitahu oleh polis lewat tengah hari semalam bahawa mereka mahu marakamkan kenyataan saya berdasarkan ceramah yang diberikan di Sabak Bernam pada 17 Jun bawah program Jelajah Selangor (JELAS)," kata Azmin kepada pemberita ketika ditemui di lobi parlimen. Menurut Azmin, mereka disiasatnya atas "dakwaan mengundang" orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 dalam ceramah dua minggu lalu. |
Perhimpunan aman: Suhakam perbetul kenyataan Posted: 27 Jun 2011 11:32 PM PDT Suhakam
| Merujuk kepada kenyataan yang telah diemel pada jam 3.30 petang semalam (27 Jun 2011 - Isnin), terdapat sedikit ralat dalam kenyataan tersebut. Suhakam dalam satu kenyataan hari ini menyatakan ralat tersebut adalah merujuk kepada perenggan pertama dan terakhir (versi Bahasa Melayu) dan perenggan terakhir (versi Bahasa Inggeris) iaitu: Bahasa Melayu Perenggan pertama: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Pembetulan: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang terkandung di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Perenggan terakhir: Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab. Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya. Pembetulan: Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan aman dan penuh tanggungjawab. Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya. |
|
8 Nokhtah Bertindih Posted: 27 Jun 2011 11:31 PM PDT Suhaimi Taib
| Ledakan di sini bukan gunung berapi serakah awam tetapi air syahdu bersih tenang dan aman dilimpahkan, disiramkan sepanjang perjalanan sambil mengajak penyangak takhta membuang keruh dan kotornya dakwat pena pilihan raya dari tangan hantu dan pecandu politik.
Termaktub lapan nokhtah bertindih.
Satu: Membersihkan senarai undi Dua: Mereformasi undi pos Tiga: menggunakan dakwat kekal Empat: Akses media yang bebas dan adil Lima: Tempuh kempen minima 21 hari Enam: Memperkukuh institusi awam Tujuh: menghentikan rasuah Lapan: Menghentikan politik kotor.
Laluan tak perlu diterjah dengan isytihar genderang perang kami datang bukan untuk berperang.
Jalan raya tak perlu disimbah dengan pancutan air beracun kerana kami sudah memisikan wadah dengan lapan nokhtah aman sejauh hulu sungai rakyat ke kota menara Petronas ini.
Bersih, bersih, pilihan raya bersih Aman, aman, himpunan aman.
Ampun Tuanku, kami pacar yang hina memohon restu.
27 Jun 2011 Kuala Terengganu |
|
Kenapa BN gabra dengan 9 Julai Posted: 27 Jun 2011 11:31 PM PDT Panah Hijau
| Barisan Nasional (BN) senantiasa menguar-uarkan bahawa mereka telah mendapat kembali sokongan penuh rakyat. Baguslah kalau macam itu. Tetapi persoalannya sekarang ialah mengapa BN tiba-tiba berasa gelisah terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan akan diadakan pada 9hb Julai yang akan datang ini?
Bermacam-macam adegan BN telah menunjukkan dengan jelas bahawa mereka sedang berasa gelisah setiap hari, setiap jam malah setiap saat yang sedang berlalu ini sementara tarikh 9Julai datang semakin hampir.
Bukankah BN sudah mendapat kembali sokongan penuh rakyat atau itu andaian mereka sahaja? Jika ianya adalah andaian maka BN akan berdepan dengan hakikatnya nanti pada 9hb Julai bahawa sokongan rakyat memang bukanlah memihak kepada mereka tetapi memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).
Mungkinkah BN sekarang sedang berkerja keras mahu memburuk-burukkan imej Bersih 2.0 selaku mengharapkan supaya orangramai tidak akan menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 nanti? Jalan-jalan, bersembang-sembang dengan kawan sahaja, adakah itu salah? Lagipun ianya digelar 'Walk For Democracy' bukannya satu pergerakan revolusi.
Apa agaknya sudah berlaku kepada BN ini? Tidakkah mereka ingin memberi sokongan mereka kepada Bersih 2.0 supaya pilihanraya yang akan datang adalah bersih? Bukankah pilihanraya yang bersih adalah sesuatu yang baik? Penulis rasa hairan mengapa BN tidak mahu menyertai bersama dalam Perhimpunan Bersih 2.0 padahal ianya adalah satu perhimpunan yang baik dan aman, dengan matlamat dan tujuan yang mulia.
Perdana Menteri Najib Tun Razak selalu mengheboh-hebohkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang harus dijadikan contoh oleh negara-negara lain di dunia. Adakah ini retorik kosong sahaja? Jika Malaysia ialah sebuah negara demokrasi, rakyat patut diberi peluang untuk berhimpun secara aman.
Selain dari itu, Bersih pun telah memberi jemputan kepada BN untuk menyertai perhimpunannya tetapi BN telah menolak dan diam membisu sahaja. Justeru itu, Pemuda UMNO pula berhasrat mengadakan perhimpunannya yang tersendiri. Mengapa begini?
Adalah diharap bahawa BN akan turut menyertai Perhimpunan Bersih nanti. Tidak perlulah buat perhimpunan yang berasingan pula. Bila BN menyertai bersama, barulah slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Najib itu akan nampak dipratikkan oleh UMNO. Jika tidak, ia hanyalah tinggal sebagai laungan kosong sahaja.
|
|
Bohong, tidak masuk akal mahu hidupkan komunis Posted: 27 Jun 2011 11:27 PM PDT Hazayani Zakaria dan Nazri Abdullah
| KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menafikan keras dakwaan kerajaan bahawa mereka mempunyai agenda untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong dan cuba menghidupkan Parti Komunis Malaya (PKM). Setiausahanya, S. Arutchelvan berkata, kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar adalah tidak berasas dan tidak masuk akal serta satu pembohongan bermotifkan politik dan sandiwara pihak kerajaan. "PSM meminta kesemua mereka yang direman dibebaskan serta merta dan pihak kerajaan meminta maaf atas tohmahan yang tidak berasas ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Sehingga awal pagi ini, 35 aktivis PSM dan Suara rakyat Malaysia (Suaram) yang ditahan di Tol Sungai Dua sekitar pukul 3.30 petang kelmarin masih belum dibebaskan. Mereka termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj dalam rangka lawatan ke Sungai Ara, Pulau Pinang untuk menghadiri kempen 'Udah Lah.. Bersaralah!!' Menyifatkan dakwaan itu sebagai melucukan, Arutchelvan berkata, PSM ialah parti berdaftar yang menjalankan aktiviti secara sah dan ianya sudah diketahui umum. "PSM berasa lucu bahawa pemerintah cuba mengaitkan PSM dengan komunis dengan terjumpanya beberapa T-shirt dan barangan yang mempunyai imej pemimpin komunis. "Untuk makluman polis, ini adalah skrip zaman perang dingin di mana hari ini semua bahan ini boleh didapati di pasaran dan dijual secara umum tanpa sebarang sekatan. "Selain itu, kerajaan Malaysia juga mempunyai hubungan politik dengan Parti Komunis Cina, Vietnam, Cuba dan lain-lain," katanya. Beliau turut mendakwa tangkapan itu adalah tindakan terancang pihak polis untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 dan cuba mewujukan suasana darurat bagi membolehkan tangkapan besar-besaran dilakukan. "Pihak media Umno BN telah menghebohkan tohmahan dan pembohongan ini untuk menakutkan orang ramai menjelang perhimpunan Bersih 2.0. "PSM menyokong penuh perhimpunan Bersih 2.0 walaupun kempen Udahlah...Bersaralah PSM tidak ada kena mengena dengan Bersih 2.0, tetapi pihak polis cuba mengaitkan dua aktiviti tersebut untuk menyekat perhimpunan Bersih 2.0," katanya. Tindakan kontradik Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata penangkapan anggota PSM itu sangat bertentangan dengan pendirian kerajaan sebelum ini. Tegasnya, kerajaan sebelum ini telahpun memberikan pengampunan kepada beberapa pemimpin PKM malah menganugerahkan sejumlah ekar tanah kepada mereka. "Ini sangat kontradik. Saya tidak tahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin, sedar atau tidak perkara ini. "PAS menuntut supaya kesemua mereka dibebaskan dengan segera tanpa ada sebarang cas," katanya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan mengaitkan dengan Komunis sebagai usaha untuk membenarkan Akta Dalam Negeri (ISA) digunakan untuk menangkap pemimpin Bersih seperti Operasi Lalang pada tahun 1987. Umno sebenarnya rasa diperangi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula, mendakwa Umno yang sebenarnya rasa diperangi dan cuba mengalihkannya dengan mendakwa PSM cuba memerangi Agong. Umno dakwanya tidak senang dengan tindakan PSM yang menyebarkan maklumat tentang kepincangan pentadbiran negara kepada rakyat melalui kempen mereka "Udah lah...Bersaralah" |
|
Kos lawatan Najib, Rosmah RM17 juta Posted: 27 Jun 2011 11:22 PM PDT Nazri Abdullah
| KUALA LUMPUR: Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58. Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu). Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011. Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama. Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011. Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM. Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja. Dalam pada itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan RM8,020,328.07 untuk tempoh sama. Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (Flom). Ia termasuk lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Bagaimanapun pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady. Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam. |
|
Mengapa isteri tentera dalam senarai undi pos Posted: 27 Jun 2011 11:21 PM PDT Hazayani Zakaria
| KUALA LUMPUR: Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) meminta kerajaan menjelaskan mengenai isteri tentera yang hilang kelayakan sebagai pengundi awam. Sedangkan katanya, mengikut seksyen 2 (b), isteri tentera diberi pilihan untuk mengundi awam dan tidak semestinya mengundi pos. "Tapi apa yang kita dapati daripada maklumat kajian kita, ada beberapa pihak khususnya isteri tentera hilang undi awam. "Walaupun layak mengundi awam tapi nama mereka diletakkan dalam senarai undi pos," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapannya bagaimanapun menafikan dakwaan itu sebaliknya berkata adalah logik isteri tentera didaftarkan sebagai pengundi pos kerana perlu mengikut suami yang bertugas. "Kita semua tahu pada pilihan raya 1999 dan juga 2008 undi pos ini banyak berpihak kepada pembangkang juga. Jadi mengatakan undi pos dimanipulasikan itu adalah tidak benar. "Kalau bercakap tentang isteri tentera sudah sememangnya logik mereka didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir kerana pada hari pengundian itu mereka bersama suami mereka di kem-kem yang ditetapkan. "Cuba bayangkan kalau isteri memilih untuk menjadi pengundi awam mereka terpaksa pulang ke kampung," katanya. Selain itu Mujahid turut mempersoal mengenai tentera yang mempunyai dua kad pengenalan yang membolehkan mereka mengundi secara biasa dan secara pos. "Bagaimanakah tentang tentera yang mempunyai dua kad pengenalan iaitu kad tentera dan kad pengenalan awam dan nama undi pos dan undi awam. "Saya minta penjelasan daripada menteri supaya undi pos ini benar-benar mencapai maksudnya bukan undi yang dimanipulasikan," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. Nazri sekali lagi menafikan perkara itu dengan berkata kemungkinan nama bekas tentera itu tidak dipotong dalam senarai pengundi awam. "Ini mungkin berlaku kepada bekas tentera kerana kalau dia sudah bersara dia akan didaftarkan sebagai pengundi awam dan kemungkinan rekod masih menunjukkan nama mereka ada di pengundi pos," katanya. Mujahid dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan statistik pengundi tentera yang bersara bertukar status kepada pengundi awam. Sementara itu, Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) meminta menteri menyatakan jumlah pertambahan tentera setiap tahun bagi mengetahui jumlah tentera baru dan yang telah bersara supaya jumlah undi pos yang wujud diketahui. |
|
Umno peralat penduduk bangkit isu rampas tanah Posted: 27 Jun 2011 11:19 PM PDT Harakahdaily
| TANAH MERAH: Jangan terkejut apabila mana-mana media yang dekat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) meratibkan kalimah 'tiada perubahan' di Kelantan sejak 21 tahun di bawah PAS. Kalimah itu juga diulang semula wartawan sebuah stesen penyiaran apabila melaporkan mengenai isu kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat di Air Piau 1 dan 2 Tanah Merah. Namun malangnya dakwaan yang disiarkan melalui berita jam 8 malam itu tidak memaparkan sebarang dokumen untuk menyokong dakwaan kumpulan penduduk terbabit pernah memiliki tanah di Air Piau. Seorang penduduk yang enggan dikenali memberitahu seorang lelaki yang disyaki mengetuai sekumpulan penduduk menuntut hak ke atas tanah berkenaan bukan orang tempatan. Katanya, lelaki terbabit berasal dari Johor dan tinggal di Kota Bharu mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno di Tanah Merah. "Tanah yang didakwa mereka seperti disebut dalam berita disiar televisyen baru-baru ini tidak mempunyai sebarang dokumen hak milik sama ada deposit atau geran tanah. "Pokok getah yang ditanam di tanah tersebut diusahakan Felcra dan bukan penduduk seperti didakwa mereka. "Penduduk hanya datang mengaku tanah yang telah diusahakan Felcra sebagai milik mereka, sedangkan surat deposit bagi memohon hak milik tanah tidak ada," ujarnya di sini. Baru-baru ini sebuah stesen televisyen dalam siaran berita memaparkan seorang wanita menangis kononnya kebun getahnya dirampas kerajaan negeri. Seorang lelaki tua pula memperli konsep Negara Berkebajikan diperkenalkan PAS, sedangkan hak rakyat kononnya dinafikan. Akhbar pula melaporkan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malik mendakwa kerajaan negeri merampas tanah rakyat yang diusahakan sejak 30 tahun lalu. Seorang lagi penduduk memberitahu kumpulan yang mendakwa tanah mereka dirampas kerajaan negeri sebenarnya dikerah Umno berhimpun sebelum dirakam gambar wartawan yang dijemput khas. Malah katanya hanya beberapa orang sahaja penduduk tempatan yang hadir pada perhimpunan anjuran Umno tersebut, manakala selebihnya orang luar. Penduduk terbabit ketika ditemui di sini juga memberitahu kebun getah seluas 500 ekar yang didakwa milik kumpulan penduduk tersebut ditanam Felcra dan bukannya penduduk tempatan. Katanya, ketika Felcra menanam getah di situ tiba-tiba datang kumpulan penduduk yang mendakwa tanah tersebut milik mereka, sedangkan tiada sebarang dokumen mengesahkan dakwaan tersebut. Difahamkan ketika rundingan sebelum tanah terbabit diserah Felcra kepada kerajaan negeri, agensi kerajaan pusat itu juga memberitahu tiada peneroka di atas tanah yang dimajukan dengan kebun getah. Sejak diserah kepada kerajaan negeri pada 2008, kumpulan penduduk terbabit masih datang menoreh biar pun laporan polis difahamkan dibuat sebuah agensi kerajaan negeri. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan