Khamis, 23 Jun 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Anwar minta kerajaan beku segera jaminan dan usaha penerbitan bon 1MDB

Posted: 23 Jun 2011 06:20 AM PDT

MERDEKA REVIEW

Perdana Menteri telah mengumumkan 1MDB mencatat keuntungan RM425 juta pada tahun pertama operasinya yang berakhir 31 Mac 2010 tanpa memberi sebarang butiran bagaimana keuntungan ini diperolehi.

Walau bagaimanapun apabila disemak penyata kewangan enam bulan pertama 1MDB hingga 30 September 2010 menunjukkan 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta dan kos operasinya untuk 6 bulan mencecah RM20.5 juta.

Kita sangsi pengumuman keuntungan 1MBD oleh PM, kerana difahamkan penyata kewangannya menunjukkan keuntungan yang diperolehi bukan hasil pelaburan atau operasi perniagaan sebenar tetapi melalui suatu proses yang dikenal sebagai "paper shuffling".

Adalah difahamkan bahawa 1MDB memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta hasil jualan balik pelaburan yang dibuat tidak sampai lima bulan. Pelaburan ini melibatkan usahasama dengan PetroSaudi International Limited dikenali sebagai 1MDB PetroSaudi Limited dengan pelaburan berjumlah RM3.5 billion yang dibayar secara tunai. 1MDB menjual semula pelaburannya dalam 1MDB PetroSaudi Limited kepada penjual asal PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion menyebabkan 1MDB memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta. Transaksi penjualan pelaburan ini dibuat pada 31 Mac 2010 iaitu hari penutup akaun tahunan 1MDB.

Bayaran pelaburan yang dibuat oleh 1MDB sebanyak RM3.5 billion kepada PetroSaudi International Limited secara tunai. Walau bagaimana pun bayaran oleh PetroSaudi International Limited kepada 1MDB kerana membeli balik pelaburan yang dibuat dengan harga RM4.1 billion dibuat secara ansuran selama 11 tahun. Ini bermakna bayaran akan langsai hanya pada 31 Mac 2023.

Persoalannya apa jaminan 1MDB akan memperolehi semula wang tunai RM3.5 billion yang dilaburkan dalam usahasama 1MDB PetroSaudi Limited bersama keuntungan RM615 juta hasil jualan balik pelaburan tersebut kepada PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion?

Menurut laporan audit yang dibuat oleh KPMG ke atas akaun 1MDB yang berakhir 31 Mac 2010 –

"The Group and the Company held notes receivable amounting to RM4,139,125,000 as at 31 March 2010. A valuation was performed by an independent financial advisory firm to support the assessment of the appropriateness of the carrying value of the notes receivable as at 31 March 2010. This valuation was carried out based on certain sets of assumptions. It should be noted that these assumptions are critical to the result of the assessment. The notes receivable are backed by a corporate guarantee issued by the ultimate holding company of 1MDB PetroSaudi Limited, PetroSaudi International Limited PSI). Management believes that PSI is in good financial standing and has the ability to meet all obligations required as documented in the Corporate Guarantee Agreement".

Kenyataan juruaudit KPMG ini jelas menunjukkan hanya pihak pengurusan 1MDB sahaja yang mengesahkan PetroSaudi International Limited mempunyai kedudukan kewangan yang baik sedangkan KPMG sendiri tidak dapat memberi kepastian kedudukan sebenar kewangan PetroSaudi International Limited dan samaada hutang RM4.1 billion yang tertunggak dapat diperolehi dari mereka.

Syarikat PetroSaudi dan syarikat-syarikat sekutunya pula diperbadankan di Cayman Islands dan British Virgin Islands. Maka segala maklumat kedudukan kewangan dan transaksi syarikat mereka akan terselindung dari pengetahuan umum.

Saya khuathir 1MDB PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International Limited bukan Syarikat operasi minyak sebenar atau Syarikat yang dimiliki oleh individu atau organisasi atau kerajaan dari Arab Saudi. Ia merupakan saluran untuk menggelap wang pinjaman melalui pengeluaran bon 1MDB yang dijamin oleh kerajaan untuk kegunaan pihak tertentu samaada organisasi politik, syarikat, kumpulan atau individu tertentu.

Oleh kerana pengeluaran bon oleh 1MDB dijamin oleh kerajaan dan wang tunai sebanyak RM3.5 billion telah dilaburkan dalam 1MDB PetroSaudi Limited dan bayaran jualan balik pelaburan sebanyak RM4.1 billion dibuat secara ansuran selama 11 tahun daripada PetroSaudi International Limited, maka saya pohon kerajaan membentangkan penyata kewangan 1MDB PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International Limited dalam Dewan ini.

Saya percaya kerajaan dan 1MDB berupaya memperolehi semua ini kerana bagaimana mereka dapat membuat keputusan melabur secara tunai RM3.5 billion dalam 1MDB PetroSaudi tanpa menilai kedudukan kewangan mereka? Dan bagaimana pula kerajaan boleh memberi jaminan atas penerbitan bon 1MDB tanpa rujukan kepada penyataan kewangan dalam syarikat mereka melabur?

Saya menggesa Jawatankuasa Audit Parlimen dan Jabatan Audit Negara mengambil langkah segera menyiasat transaksi kewangan 1MDB. Kerajaan juga diminta membeku segera segala jaminan dan usaha penerbitan bon yang dicadangkan oleh 1MDB sehingga siasatan menyeluruh dijalankan terhadap perolehan dan transaksi 1MDB. Kerajaan juga digesa menahan serta menarik balik pada kadar segera segala jaminan yang dikeluarkan untuk 1MDB.

*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim (gambar kiri) selaku Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia.

BERSIH: Perhimpunan tetap dijalankan meskipun diugut bunuh dengan sms

Posted: 23 Jun 2011 06:07 AM PDT

Chen Shaua Fui


Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 tetap akan dijalankan meskipun beliau bersama beberapa orang anggota BERSIH yang lain berdepan dengan ugutan bunuh yang disampaikan melalui pesanan ringkas (sms).

Ambiga mengakui bahawa dirinya tidak terkejut dengan ugutan yang diterima, "tapi sangat kecewa kerana seorang warga Malaysia bertindak untuk mengugut seorang lagi warga Malaysia. Hanya kerana hasrat kami untuk mengadakan satu perhimpunan yang aman. Perhimpunan kami adalah aman. Saya amat kecewa."

"Untuk kami, kami akan menjalankan perhimpunan ini dengan aman dan bertanggungjawab, tiada kena-mengena dengan perkauman. Pada hakikatnya ini adalah usaha bersama dari pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil, untuk menggerakkan reformasi sistem pilihan raya. Mereka yang mengugut kami, saya berharap mereka akan berdepan dengan kuasa undang-undang. Kami hanya boleh mengawal perkara yang boleh kami kawal."

Beliau juga berkata, tiada alasan untuk dirinya berasa takut selagi polis menjalankan tugas mereka. Ambiga (gambar kiri), bersama beberapa rakannya dalam BERSIH, termasuk Wong Chin Huat, Maria Chin Abdullah, dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Khairul Anuar yang menerima sms ugutan semalam, membuat laporan di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur pada tengah hari ini. Mereka ditemani kira-kira 40 orang aktivis sosial, termasuk pertubuhan mahasiswa sebagai tanda sokongan terhadap pemimpin BERSIH.

Ambiga berkata beliau menyerah kepada polis untuk menyiasat siapakah pelaku di sebalik ugutan ini, dengan nombor telefon yang digunakan untuk menghantar sms ugutan bunuh tersebut. Beliau menyeru agar semua orang bertenang, dan mereka yang diugut telah mengambil langkah yang sebaiknya untuk melindungi diri.

Ugutan perbuatan pengecut

Maria Chin Abdullah (gambar kanan) yang menerima sms ugutan pada jam 12.41 tengah malam mencabar agar pelakunya tampil untuk berdepan dengan BERSIH, bukannya menyembunyikan diri dan menghantar sms.

"Saya menganggap ia sukar diterima, kerana sms ini bukan sahaja mengancam nyawa, tetapi sarat dengan kenyataan perkauman. Saya rasa, sesiapapun yang menghantar sms ini harus berani untuk tampil dan berbincang dengan kami. Seandainya anda tidak gembira dengan apa yang kami lakukan, beritahu kami, masalah anda."

"Kami dalam BERSIH berbuat demikian demi reformasi pilihan raya, malah kami mempunyai bukti penyelewengan pilihan raya. Bincanglah dengan kami, dan bukannya menjadi pengecut dengan menghantar sms sedemikian kepada saya, nak mengancam nyawa seseorang manusia. Kami tiada kena-mengena dengan keganasan, perhimpunan ini tiada kena-mengena dengan keganasan, dan kami tidak mahu respon dengan keganasan. Saya rasa, sesiapapun yang menghantar sms ini, sila hentikan, berbincanglah dengan kami berani," kata Maria Chin.

Wong: Makin ramai makin aman

Dalam satu sidang media selepas laporan polis, Wong Chin Huat berkata, "Pendirian saya atas isu ini ada tiga. Pertama, ini menunjukkan keganasan berada di belakang pilihanraya yang kotor. Kita tidak dapat mendukung keamanan tanpa menentang pilihanraya kotor."

"Kedua, BERSIH adalah satu pergerakan yang aman, kita akan teruskan, pihak kami mengalu-alukan jaminan Menteri untuk menjalani penyiasatan dan sebagainya. Adalah penting untuk menunjukkan kepada semua bahawa keganasan tidak ada tempat di negara ini. Keganasan tidak bertaktah di negara ini, kalau tidak pelabur asing akan meninggalkan negara ini."

Wong (gambar kanan) meneruskan, "Ketiga, (saya) ingin tegaskan bahawa perhimpunan 709 akan dijalankan secara aman, dan semakin ramai yang sokong semakin aman (perhimpunan), kerana pihak polis sudah pasti akan memberi kerjasama kerana cukup rakyat Malaysia yang datang ke hadapan untuk menolak keganasan dan pilihanraya yang bersih."

Teks asal sms yang dikirim melalui nombor 01119732179 adalah, "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua."

kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Di samping itu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein (gambar kiri) memandang serius kejadian ugutan sms ini, malah akan mengarahkan polis agar siasatan dijalankan ke atas pihak yang menghantar sms berbaur ugutan tersebut.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.

Tunggakan RM1.127j: HISB jadi mangsa Umno

Posted: 23 Jun 2011 01:11 AM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat bumiputera, Harian Inovatif Sdn Bhd (HISB) terus menjadi mangsa janji-janji manis pemimpin Umno BN, apabila masih gagal mendapatkan pembayaran semula wang yang dikeluarkan untuk menjayakan Kejuaraan Silat Sedunia Ke-13 di Stadium SUKPA, Kuantan, Pahang pada 21 hingga 27 Oktober 2007 lalu.

Lebih dikesali lagi, pihak-pihak terbabit ternyata tidak memandang serius perkara itu walaupun ia melibatkan jumlah tunggakan cukup besar sebanyak RM1.127 juta, walaupun telah berlarutan sejak empat tahun lalu.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HISB, Raja Norasmah Raja Shahrom Saidee menjelaskan, sehingga kini pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihaknya termasuk bertemu dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Menurut beliau, terbaru pada 18 Mei lalu, pihak HISB telah diberi tarikh dan masa untuk bertemu Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di pejabatnya, tetapi pada pagi hari itu, ibu mertua salah seorang Adun telah meninggal dunia.

Katanya, Mohd Ali telah menziarahi kematian tersebut dan dengan itu temujanji tersebut tidak dapat ditunaikan kerana waktu telah lewat dan mesyuarat Exco telah diberi keutamaan, manakala pihak HISB hanya dapat menyerahkan dokumen tuntutan kepada Setiausaha Sulit beliau, Syueeb Zahari untuk tindakan selanjutnya.

"Tetapi hal ini tidak dipandang serius oleh pihak yang berkenaan. Ini menyebabkan syarikat bumiputera terasa dianiaya oleh mereka kerana segala usaha murni kami tidak dihargai," katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Mont Kiara, di sini, petang semalam.

Walaupun pihak HISB telah memberikan kata putus untuk mengambil tindakan mahkamah, menurut beliau, pihak Pesaka tetap tidak menunjukkan sebarang reaksi positif.

Katanya, sikap seperti itu jelas ditunjukkan oleh pihak-pihak terbabit sejak selepas persidangan media yang diadakan oleh HISB dan berita mengenainya tersiar di media pada 31 Disember 2009 lalu.

"Semenjak dari itu, pihak HISB telah beberapa kali menghantar surat dan memohon temujanji dengan pihak Pesaka, malah telah menulis surat kepada kementerian-kementerian terbabit semasa kejuaraan tersebut, namun kami gagal mendapat apa-apa maklum balas mengenainya," katanya.

Pihak HISB, ujarnya, amat kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak memandang serius perkara itu hanyalah kerana mereka adalah sebuah syarikat bumiputera yang kecil.

"Jika keadaan ini berterusan, sukarlah sukan di Malaysia ini hendak berkembang maju, sedangkan Kerajaan BN sering mewar-warkan slogan 'Majulah Sukan Untuk Negara', tetapi nasib orang yang memajukan nama baik negara tidak dihiraukan," jelasnya.

Kejuaraan Silat Sedunia Ke-13 pada 2007 lalu telah berlangsung dengan jayanya di Stadium SUKPA, sempena meraikan Hari Keputeraan Sultan Pahang pada ketika itu, dengan disertai 36 buah negara dan melibatkan lebih 600 peserta dan pegawai dari seluruh dunia.

Ia merupakan platform yang baik bagi melahirkan pesilat-pesilat yang berpotensi untuk terus diketengahkan, di samping budaya sukan dan kesenian yang terdapat di dalam ilmu persilatan itu dipertahankan, diperkembangkan dan diwarisi sebaik mungkin.

Dalam kejuaraan itu, sebanyak 24 pingat telah dipertandingkan yang terdiri daripada 18 pingat dari katergori Silat Olahraga dan 6 pingat dari kategori Silat Seni.

Acara berprestij itu telah dianjurkan bersama Kerajaan Negeri Pahang dan Pesaka dengan kerjasama HISB serta mendapat pengiktirafan dari kementerian-kementerian kerajaan seperti Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KEKKW), Kementerian Pelancongan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Kejuaraan itu juga telah mendapat restu Sultan Haji Ahmad Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga selaku penaung kejuaraan tersebut ketika itu.

"HISB merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang dipilih dan telah diberi kepercayaan untuk menjadi penganjur bersama kejuaraan itu, bagi memastikan acara silat bertaraf dunia itu dapat dilaksanakan dengan penuh meriah, berjaya dan gemilang.

"Acara berprestij itu menelan belanja lebih RM1 juta dan HISB adalah pihak yang mendahulukan segala kos perbelanjaan secara tunai, setelah dipersetujui oleh Urusetia Kejuaraan dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk.

"Semua pembayaran yang telah dijelaskan oleh HISB bersesuaian dengan perkara-perkara yang melibatkan kejuaraan itu akan dijelaskan semula oleh Urusetia Kejuaraan Silat Sedunia ke-13 pada 2007," katanya.

HISB berharap agar perkara itu dapat diselesaikan segera kerana jika hal ini berlanjutan, katanya, lebih banyak lagi syarikat bumiputera yang akan teraniaya dengan janji manis pelbagai pihak yang hanya suka berjanji tetapi tidak seperti yang diharapkan.

Turut hadir pada sidang media itu, Pengarah Urusan Kumpulan HISB, Mohd Fairuz Mohd Yusof dan peguam HISB, Ramesh Kanapathy.

Bazar Tok Guru: Peniaga mohon maaf

Posted: 23 Jun 2011 12:54 AM PDT

M Yarisman


KOTA BHARU: "Saya bagi pihak Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB memohon maaf kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mana silap laku saya itu saya mohon maaf," demikian pengakuan mohon maaf secara terbuka Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Abdul Salim Ahmad.

Berucap pada sidang media sempena Majlis Pengundian Bazar Tok Guru oleh pada peniaga Majlis Perbandaranan Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Dewan Jubli Perak MPKB di sini semalam, Salim mendakwa sekiranya beliau telah bertindak kasar dan agresif sebelum ini, maka itu adalah sebagai tuntutan daripada ahli persatuannya.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada ahli persatuan serta para peniaga umumnya agar berprasangka baik dengan pihak kerajaan negeri.

Beliau berharap selepas ini, pihak persatuan dan para peniaga berbaik-baik dengan pihak kerajaan negeri dan para pegawainya.

"Berbaik-baik dan jangan salah sangka kepada pimpinan kerajaan negeri dan para pegawainya yang telah banyak membantu kita khususnya dalam segi pemilihan lot-lot gerai di Bazar Tok Guru.

"Kini ada jalan penyelesaian, dan kita pun jemu dah dengan keadaan semasa, berarak sana, berarak sini. Saya sebagai pengerusi persatuan, maka setakat inilah perjuangan saya bersama ahli-ahli saya.

"Saya terimalah mandat kerajaan negeri, dan kita tidak akan bincang (memanjangkan) lagi cerita kita ini," katanya sambil menyifatkan keputusan pihak kerajaan negeri yang meluluskan dibuang sebanyak 26 gerai dengan nilaian lebih RM2 juta sebagai 'kebajikan laluan' di bazar itu adalah sebagai pengorbanan kepada para peniaga berkenaan.

"Ini bermakna, tidak terkiralah pengorbanan kerajaan negeri kepada peniaga-peniaga kita, alhamdulillah," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Sanusi Osman dalam satu kenyataan media berkata, seramai 230 peniaga telah diundang hari ini (22 Jun 2011) bagi menjalani proses pengundian petak perniagaan di tingkat bawah Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim di sini.

Sementara proses menandatangani perjanjian jual beli akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 28 Jun ini dan serahan milikan kosong akan dilaksanakan sebelum 1 Julai.

"Seramai 326 peniaga dijangka dapat memulakan perniagaan di Bazar Tok Guru pada 1 Julai 2011," katanya.

Presiden PAS akan terbit buku Negara Berkebajikan

Posted: 23 Jun 2011 12:51 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sedang menyiapkan sebuah buku khas bagi menerangkan dengan lebih lanjut apa yang dimaksudkan beliau dengan negara berkebajikan.

Ia adalah susulan dari ucapan dasar yang dibentangkan beliau dalam muktamar tahunan PAS ke 57 baru-baru ini yang bertemakan Membangun Negara Berkebajikan.

Buku yang dalam proses akhir penerbitan itu dijangka akan diterbitkan tidak lama lagi.

Selepas muktamar baru-baru ini, pelbagai pihak termasuk para mufti meminta PAS menerangkan apa yang dimaksudkan dengan negara berkebajikan itu.

"Buku ini adalah syarahan kepada konsep negara kebajikan yang saya bentangkan dalam muktamar lalu yang saya cedok dari Al Quran, hadis, sejarah Islam khasnya zaman Rasulullah, khalifah Rasyidin dan kemuncaknya zaman Omar Abdul Aziz di samping zaman Zulkarnain dan Nabi Sulaiman," kata Abdul Hadi.

Buku bertajuk Apa Maksud Negara Kebajikan itu bakal menjadi komplimen kepada ucapan dasar, Buku Jingga dan bakal menjadi rujukan kepada Buku Hijau yang sedang dirangka oleh PAS.

Baru-baru ini, PAS membentuk satu penal khas untuk mengeluarkan Dokumen Konsep dan Ciri-ciri Negara Berkebajikan atau Buku Hijau yang bakal memberikan butiran yang lebih jelas tentang negara berkebajikan.

Panel yang diketuai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ini sudah memulakan mesyuaratnya baru-baru ini dan akan mengeluarkan secepat mungkin buku itu.

Abdul Hadi berkata, buku yang dibuatnya ini bakal membezakan negara kebajikan dengan negara angkuh yang pernah ada dalam sejarah.

"Negara angkuh berusaha membina bangunan yang menjadi mercu tanda tanpa menyedari berapa ramai rakyat yang terkorban di bawah bangunan itu," kata Abdul Hadi.

Buku itu akan cuba memujuk rakyat agar mengenali dengan baik apa hasrat PAS termasuk menerima ajakan agar mereka menukar Umno dengan PAS.

Buku itu berupa konsep dan dalil-dalil tentang negara berkebajikan manakala Buku Hijau nanti adalah perincian kepada apa yang hendak ditawarkan melalui konsep itu.

Demo seluruh negara bantah Utusan esok

Posted: 23 Jun 2011 12:50 AM PDT

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: Ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan bantahan terhadap Utusan Malaysia di seluruh negara esok.

Bantahan aman terhadap penyiaran karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina agama Islam itu akan dibuat selepas solat Jumaat.

"Tempoh yang diberi Dewan Pemuda kepada Utusan telah tamat kelmarin. Dan sehingga tempoh itu Utusan tidak memohon maaf.

"Jadi kita telah buat keputusan untuk membantah sikap angkuh Utusan di seluruh masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat esok," kata ketuanya, Nasrudin Hassan ketika ditemui di pejabat pembangkang di parlimen hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai "Miki."

"Kita juga akan mulakan kempen boikot Utusan di seluruh negara," katanya.

Waris P Ramlee mahu tuntut royalti RM200 juta

Posted: 23 Jun 2011 12:49 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Waris Tan Sri P Ramlee mahu menuntut royalti, dipercayai mencecah RM200 juta, daripada bekas majikan seniman agung itu hasil bayaran tayangan filem lakonannya menerusi televisyen, termasuk stesen berbayar, lapor media tempatan hari ini.

Setakat ini, waris P Ramlee hanya menerima royalti daripada lagu Allahyarham, termasuk RM200,000 yang dibayar syarikat rakaman dan Persatuan Perlindungan Hak Cipta Muzik Malaysia (MACP), pada tahun lalu.

Sehubungan itu, waris Allahyarham melantik peguam, Datuk Hamzah Mohd Kassim bagi mengendalikan urusan berkaitan usaha mendapatkan imbuhan daripada bekas majikan P Ramlee itu, lapor Berita Harian hari ini.

Bagaimanapun, Hamzah mengakui tiada undang-undang jelas berkaitan royalti antara P Ramlee dengan Shaw Brothers, ketika Allahyarham menjadi pelakon di syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, Shaw Brothers mempunyai tanggungjawab sosial untuk memberikan bayaran kepada waris P Ramlee.

"Saya sudah mendapatkan pandangan pakar perundangan dan kami mempunyai ruang mendapatkan sejumlah royalti," katanya selepas majlis pelancaran Jejak Warisan P Ramlee di Rumah Kelahiran P Ramlee di George Town, Pulau Pinang semalam.

Pelancaran disempurnakan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff.

Hamzah berkata, pihaknya sudah membuat kajian mengenai perkara itu dan berjumpa beberapa rakan Allahyarham serta mendapatkan pandangan pakar undang-undang.

Namun, beliau tidak dapat menyatakan jumlah tepat pendapatan diperoleh Shaw Brothers hasil tayangan filem lakonan P Ramlee melalui televisyen, tetapi menjangkakan mencecah RM200 juta.

"Saya difahamkan, dalam tempoh tiga tahun lalu saja syarikat itu dibayar RM20 juta oleh Astro," katanya yang menyasarkan royalti sebanyak 20 peratus diberikan kepada waris Allahyarham.

Mengenai maklum balas Shaw Brothers, Hamzah berkata, pihaknya akan berunding dengan syarikat itu selepas mendapat semua maklumat berkaitan.

Bersih 2.0: Hishammuddin janji siasat ugutan bunuh Ambiga

Posted: 23 Jun 2011 12:44 AM PDT




KUALA UMPUR— Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata polis akan menyiasat ugutan bunuh yang diterima Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa anggota pertubuhan kerajaan itu.

Hishammuddin (gambar) berkata ugutan sedemikian sangat serius mengambil kira persekitaran semasa — menjelang penganjuran Himpunan Bersih 2.0 bulan depan.

"Saya akan ke Bukit Aman dengan segera selepas ini dan akan meminta polis memastikan bahawa SMS yang disebarkan dan dari mana datangnya (SMS itu) bukan satu ugutan.

"Banyak perkara dihantar menerusi SMS. Saya juga menerima ugutan bunuh tetapi dalam keadaan Bersih, kita kena ambil ugutan khusus ini dengan lebih serius," kata beliau kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam menerima ugutan menerusi teks mesej yang turut dihantar kepada pemberita pagi ini dan juga kepada beberapa anggota Bersih 2.0.

Najib: Putrajaya ubah dasar, hanya pelajar ijazah layak biasiswa JPA

Posted: 23 Jun 2011 12:42 AM PDT

TERKINI



PETALING JAYA — Pentadbiran Najib memutuskan untuk menganugerahkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hanya kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian ijazah, bukannya kepada calon cemerlang SPM mulai tahun depan bagi mengelakkan siri masalah yang wujud sebelum ini.

Putrajaya mengumumkan dasar baru ini di sebalik berulangnya rintihan dan kritikan pelbagai pihak mengenai proses pemberian biasiswa JPA kepada 1,500 pelajar baru-baru ini.

Sebaliknya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) memberitahu, pelajar-pelajar tingkatan lima yang lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM akan diberi sejumlah kecil bantuan kewangan untuk meneruskan pengajian peringkat asas.

"Biasiswa hanya akan diperuntukkan jika anda memperoleh keputusan cemerlang (di peringkat pengajian asas) dan mendapat tempat di universiti," kata Najib ketika ditemu bual oleh stesen radio bahasa Cina One FM pagi ini.

"Memberikan biasiswa di peringkat SPM bukan satu idea baik... hanya kerana anda memperoleh keputusan cemerlang di peringkat O Level tidak bermakna anda akan lulus cemerlang di peringkat A Level," kata beliau lagi.

Apabila ditanya mengenai universiti-universiti yang dianggap sebagai pusat pengajian tinggi teratas, Najib berkata ia akan dikenali pasti kelak.

Perdana menteri juga menekankan bahawa bukan kesemua pelajar cemerlang akan diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian luar negara.

"Universiti-universiti di sini juga memerlukan pelajar cemerlang. Di sini, kita mengadu bahawa universiti kita tidak berada di tangga teratas dari segi kedudukan ranking dunia," kata Najib.

"Pada masa yang sama, kita menekankan mahu menghantar pelajar-pelajar cemerlang kita ke luar negara. Ia bertentangan dengan apa yang kita mahu capai," katanya lagi.

Bersih 2.0: Ambiga, tiga lain buat aduan ugutan bunuh

Posted: 23 Jun 2011 12:41 AM PDT




KUALA LUMPUR— Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Datuk Ambiga Sreenavesan berkata beliau dan rakan-rakannya tidak gentar dengan ugutan bunuh yang diterima semalam dan bertekad untuk meneruskan perhimpunan yang dirancang untuk diadakan pada 9 Julai ini.

Ambiga (gambar) memberitahu tiada sebab untuk dirinya berasa takut atas ugutan tersebut kerana laporan polis telah dibuat dan beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

"Saya menerima SMS ugutan ini pada pukul 9.30 malam (tadi). Bukan saya sahaja yang dapat SMS ini, tetapi (ahli) jawatankuasa yang lain juga turut menerima," katanya selepas membuat laporan polis bersama lima individu lain yang menerima SMS ugutan sama di Balai Polis Jalan Travers di sini hari ini.

Ugutan dalam bentuk SMS itu antara lain berbunyi "aku dan orang-orang aku akan bunuh Ambiga dan kau orang keliling, satu persatu termasuklah orang-orang politik..."

Selain Ambiga, antara yang menerima SMS tersebut ialah Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainudin, ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan peguam PKR, Latifah Koya.

Selain itu, Ambiga berkata SMS ugutan ini juga tidak akan mematahkan semangat beliau dan ahli jawatankuasanya daripada meneruskan perhimpunan tersebut.

Katanya, "mengenai SMS ini, saya percaya polis akan menyiasat dan dapat mengesan siapa penghantarnya kerana kami ada nombor telefon penghantar itu."

"Bersih akan tetap diteruskan. Tiada perubahan. Kita akan buat seperti biasa secara aman," katanya.

Bersih 2.0 bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakkan perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih pada 9 Julai.

Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan balas membantah penganjuran Himpunan Bersih 2.0.

Isu dua KP JKR: JPA perlu tanggungjawab, kata majlis JKR

Posted: 23 Jun 2011 12:40 AM PDT



(Dari kanan) Feriz Omar, Zulkifli Ahmad dan Hashim Mahmud menunjukkan salinan surat berkaitan kemelut pelantikan ketua pengarah Jabatan Kerja Raya pada sidang media di ibu pejabat agensi itu di Kuala Lumpur hari ini. — Foto oleh Choo Choy May


KUALA LUMPUR — Majlis Bersama Jabatan Pihak Pekerja Jabatan Kerja Raya (MBJ-JKR) mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertanggungjawab dalam kemelut dua 'ketua pengarah' yang berlaku dalam agensi kerajaan itu sejak dua bulan lalu.

MBJ-JKR yang mewakili lima buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan kemelut yang berlaku itu.

"Sepatutnya JPA yang perlu bertanggungjawab dalam perkara ini sebab JPA yang menguruskan prosedur mengenai lantikan jawatan sebelum diserahkan kepada SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).

"Selain itu, SPA juga perlu mengambil tanggungjawab kerana meluluskan perkara ini dan kita harap JPA memperbaiki semula kesilapan ini," katanya Yang Dipertua Pertubuhan Profesional JKR Malaysia Ir Zulkifli Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Kemelut ketua pengarah JKR menjadi isu apabila pelantikan bekas ketua pengarahnya Datuk Seri Ir Judin Abdul Karim sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berkuat kuasa 1 Mei lalu, didakwa bercanggah dengan prosedur peminjaman kakitangan awam yang ditetapkan pekeliling perkhidmatan 2008.


Datuk Seri Ir Judin Abd Karim. — Foto oleh Choo Choy May
Tempat Judin digantikan dengan Datuk Mohd Noor Yaacob yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II.

Selain itu, Judin yang memegang jawatan ketua pengarah sejak Mei 2007 masih berada di pejabatnya manakala Mohd Noor menjalankan tugas dari pejabat lama beliau.

Pelantikan Mohd Noor sebagai sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa 1 Mei lalu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan akhir April lalu.

Terlebih dahulu dalam sidang media yang diadakan tengahari tadi, Zulkifli berkata kemelut yang berlaku itu harus diselesaikan degan baik agar semua pihak berpuas hati.

"JKR telah berhadapan dengan kemelut mempunyai dua ketua pengarah apabila proses 'peminjaman' yang mana Datuk Seri Judin ke CIDB tidak dipersetujui beliau dan keadaan menjadi gawat apabila ketua pengarah baru dilantik dengan diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Apabila ini berlaku ia mendatangkan masalah apabila JKR mempunyai dua ketua pengarah kerana ketua pengarah lama tidak tahu arah ke mana harus pergi selepas menolak ke CIDB," katanya.

Zulkifli yang juga ahli jawatankuasa MBJ-JKR berkata kemelut itu berlaku apabila proses pelantikan itu dibuat secara tidak telus selain Judin tidak menerima sebarang surat arahan berhubung pengosongan jawatan itu.

"Kita mahukan suasana perkhidmatan awam yang bebas bagi memastikan kita dapat memberikan khidmat yang cemerlang.

"Dan, kedudukan Datuk Seri Judin ini bukan beliau sengaja nak susahkan semua pihak tapi bila tiada ketelusan ia akan menyusahkan semua orang.

"Selain itu, Datuk Seri Judin juga tidak menerima apa-apa surat pengosongan, beliau sendiri tidak tahu status sebenar dan kita minta perkara ini dapat diselesaikan secara baik," katanya.

Jelas beliau, sekiranya kemelut itu tidak diselesaikan dengan segera dikhuatiri projek-projek yang akan dijalankan akan tergendala.

"Jadi kita minta perkara ini diselesaikan dengan segera, kalau ada pihak yang buat kesilapan mengakulah dan betulkan semula.

"Selain itu, JPA juga perlu buat pendirian yang sepatutnya," katanya sambil menambah, perkara itu telah dibawa ke perhatian Cuepacs.

Sementara itu, Setiausaha MBJ-JKR Hashim Mahmud pula berkata pihaknya bimbang kemelut tersebut sekiranya berpanjangan akan mewujudkan suasana "berpuak-puak" dalam JKR.

"Kita tidak mahu ini berlaku, selesaikan perkara ini secara baik dan berhemah.

"Kita tidak mahu nanti ada puak-puak, kita tidak mahu pekerja JKR berpecah," katanya.

Presiden Pertubuhan Generasi Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris) Feriz Omar pula berkata kerajaan perlu menyelesaikan kemelut itu dengan segera.

"Kesannya nanti bukan sahaja kepada rakyat tapi kepada golongan profesional.

"Dan dalam perkara ini saya menyokong tindakan Datuk Seri Judin yang menolak untuk tidak terima pelantikan itu, tindakan beliau betul kerana beliau ada hak tapi kita juga harus bertanya mengapa beliau menolak jawatan itu," katanya.

MBJ-JKR juga telah menghantar surat kepada Cuepacs bagi membantu menyelesaikan kemelut yang berlaku itu.

9 Julai: PERKASA umum empat lokasi berkumpul

Posted: 23 Jun 2011 12:33 AM PDT

PERKASA terdesak umum awal empat lokasi yang dah jadi lokasi BERSIH


http://202.71.99.84/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_a0c3379b-7f000010-c0e88800-75862104/1/dun-pilihanraya-ibrahim.jpg

PASPB

Brahim Ali dah terdesak umum lokasi awal sebab di situ ramai peserta BERSIH . PERKASA sebenarnya tak ramai yang nak berhimpun kerana terpaksa memilih nak pergi ke himpunan Pemuda UMNO atau nak pergi himpunan PERKASA .

Sebabnya, ahli PERKASA adalah juga ahli UMNO. Mungkin spesis tua ahli UMNO yang akan berkumpul dengan PERKASA.Brahim Ali akan kata " tak guna punya Khairy potong stim"


Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA mengesahkan empat lokasi berkumpul bagi perhimpunan 9 Julai anjurannya di Kuala Lumpur bagi menolak perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut supaya reform pilihan raya diadakan di negara ini.

Mengikut maklumat dari sekeping risalah yang diperolehi oleh Malaysiakini dari sebuah stesen petrol, perhimpunan 'Gerak Aman' itu akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara.

Risalah yang dicetak tanpa maklumat penerbitnya menggesa "semua umat Melayu dan rakyat yang cintakan keamana negara" supaya berkumpul di lokasi yang dinyatakan itu.

"Perhimpunan BERSIH 2.0 yang sebenarnya kotor dengan mempunyai agenda untuk menghuru-harakan negara bagi kepentingan pihak-pihak tertentu seperti mana laporan sebelah risah ini," tulis risalah berkenaan.

Peserta diminta berkumpul seawal jam 7 pagi.

"Keperihatinan anda semua sangat diharapkan. Penyertaan ramai dapat menggagalkan usaha mereka yang mahu menghuru-harakan negara. Mereka ditaja oleh pihak luar negara yang cemburukan negara ini.

NONE"Mereka mahu lenyapkan kuasa orang Melayu yang telah berjaya menjadikan negara ini sebagai negara Islam. Usahakan supaya anda dapat bersama-sama Gerak Aman pada 9 Julai nanti," petiknya lagi.

Risalah itu pertama kali diedarkan pada majlis pelancaran Gerak Aman oleh presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali di Kelab Sultan Sulaiman at Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Empat lokasi bagi Gerak Aman itu akan menyaksikan pertembungan pengikut PERKASA dengan penyokong BERSIH 2.0 yang akan berkumpul di pusat membeli belah Sogo, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan masjid Kampung Baru.

JKKK UMNO kecewa tak dapat elaun kerana tidak sokong Ketua UMNO Bahagian

Posted: 23 Jun 2011 12:28 AM PDT

PASPB

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYeAMnPuRoLcGCH3vobi9kR-jSakvFdwoE0RbULM9TZIXhOHecqK39U_3HXWbq44lEo41hf20SFyp6C63Kk3aOYTiS_J6_wI4KlUZIVKeMGil9mWobbtdL317RR2EisAffI_Kmdt1L98c/s1600/umno+duit+01.bmp


ALOR SETAR - Seramai 18 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Pokok Sena kecewa dengan tindakan Ketua UMNO bahagian itu yang menghentikan elaun mereka tanpa alasan kukuh sejak awal tahun ini.

Wakil kumpulan itu, M Zani Morad, 61, berkata, antara pengerusi dan setiausaha yang terlibat adalah dari Kampung Baru, Taman Seri Kota, Batu 18 Kampung Bukit, Machang Kudong, Padang, Tok Keling, Batu 3 Jalan Langgar, Mata Air dan Taman Pertama.

Beliau yang juga Pengerusi JKKKP Kampung Baru, mendakwa punca utama elaun mereka dihentikan kerana tidak menyokong Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Ahmad Lebai Sudin selain ada antara mereka dituduh mengedar air ketum.

"Tuduhan berkenaan amat melampau dan tidak patut sama sekali.

"Walaupun nama pengerusi ini tersenarai dalam penerima elaun dari Januari hingga Mei lalu dengan nilai keseluruhan RM4,000, manakala setiausaha RM1,000 namun diberitahu nama kami dibekukan sementara," katanya.

Pengerusi JKKKP Batu 18 Kampung Bukit, Ramli Enoi terkilan dengan tindakan itu dan berharap pemimpin atasan UMNO akan turun padang menyiasat sendiri masalah itu.

"Lebih 20 tahun memegang jawatan Pengerusi dan selama ini saya bertugas serta berjuang dengan ikhlas untuk UMNO, demi kepentingan UMNO pemimpin atas kena turun ke bawah.

"Sekiranya masalah ini tidak diatasi saya percaya kita tidak akan dapat menawan semula negeri ini daripada Pas, sebelum ini kita kalah berpunca dari kita sendiri bukan kerana parti politik lain," katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, tiga cawangan sahaja mempunyai masalah dari segi faktor umur, cawangan tidak berkembang serta ada pengerusi cawangan tinggal di tempat lain iaitu Batu 18 Kampung Bukit, Machang Kudong dan Taman Seri Kota.

Beliau menafikan masalah itu berpunca daripada tindakan pemimpin JKKKP tidak menyokongnya.

"Alasan itu tidak logik. Masih ramai yang tidak sokong tetapi saya tidak menyalahgunakan kuasa untuk memecat mereka.

"Terdapat satu cawangan yang masih belum diluluskan sebagai JKKKP dan sehingga kini ia tidak layak menerima sebarang elaun," katanya.

Ahmad berkata akan bersemuka dengan semua JKKKP membabitkan 148 orang di bahagian Pokok Sena pada 1 Julai ini untuk menerangkan perkara sebenar mengenai isu itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pula berkata, pihaknya sedia maklum dengan masalah JKKKP berkenaan selepas mereka membuat aduan di pejabat UMNO negeri.

"Saya harap JKKKP terlibat bersabar dan bertenang kerana perkara itu melibatkan banyak pihak serta mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.

"Saya juga melihat perkara berkenaan sebagai isu teknikal yang boleh diselesaikan," katanya.SH

Ibrahim Ali “bebas”, Ambiga diugut bunuh

Posted: 23 Jun 2011 12:24 AM PDT

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali patut dikenakan tindakan mahkamah dan bukannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang diajukan sesetengah pihak berhubung ancaman beliau terhadap kaum Cina baru-baru ini.

Ketua Pembangkang DAP Lim Kit Siang berkata, beliau dan pimpinan Pakatan Rakyat telah lama berpendirian bahawa ISA yang menghalalkan penahanan tanpa bicara perlu dimansuhkan.

"Lebih baik jika Ibrahim Ali dikenakan tindakan melalui mahkamah kerana menghasut untuk mengadakan perang saudara di Malaysia," katanya.

Ibrahim Ali pada perhimpunan anjuran Perkasa 19 Jun lalu telah mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman di mana beliau telah menghina wanita dan agama Hindu, mengancam kaum Cina dan mengisytiharkan dirinya sebagai "jeneral perang" semata-mata kerana takut kepada perhimpunan aman Bersih 2.0.

Justeru itu, Kit Siang mempersoal sama ada Presiden Perkasa itu telah menjadi kuasa baru dalam UMNO sehingga ancaman beliau itu tidak dilihat sebagai berbahaya oleh kerajaan Malaysia.

"Ibrahim itu badut bertauliah – apa yang penting ialah peranan Ibrahim sebagai kuasa sebenar dalam UMNO yang beliau 'wakili' sehinggakan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, dan Ketua Polis Negara seperti tidak ada fungi," tambahnya.

Sehubungan itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menasihatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar supaya melepaskan jawatan mereka kerana gagal mengawal keadaan.

Menurut beliau, Hishammuddin dan Ismail gagal melakukan apa-apa tindakan atau siasatan terhadap Ibrahim walau pun perkara itu sudah belalu lebih tiga hari.

Secara berseloroh, Kit Siang berkata beliau sendiri akan menghantar rakaman video Ibrahim Ali kepada Hishammudin dan Ismail jika mereka belum menonton video perkauman tebal tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan telah diugut untuk dibunuh melalui satu sistem pesanan ringkas (SMS).

Menurut Malaysiakini, Ambiga telah mengesahkan beliau juga menerima SMS tersebut yang dikatakan yang dihantar melalui nombor telefon 601119732179 kepada beberapa ahli Bersih 2.0, ahli politik Pakatan Rakyat, pemimpin NGO, dan beberapa wartawan itu berbunyi:

"Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

"puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

"kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Perkasa yang menentang perhimpunan aman Bersih 2.0 telah menyebarkan risalah yang mendakwa akan mengadakan demonstrasi melawan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Kerajaan tutup kes Bala tanpa alasan munasabah

Posted: 23 Jun 2011 12:22 AM PDT

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR: Kerajaan didesak melakukan siasatan terhadap bekas penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam kerana membuat akuan bersumpah palsu dan bukan menutup kes berkenaan.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata demikian ekoran jawapan bertulis yang diterima dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan kes tersebut telah ditutup.

Tian Chua berkata, beliau terkejut apabila kerajaan menyatakan kes tersebut selesai tanpa memberikan sebarang alasan munasabah.

Menurutnya, sekiranya dakwaan Balasubramaniam tidak berasas, bekas penyiasat persendirian itu sepatutnya diambil tindakan kerana memburukkan nama negara.

"Saya sudah terima jawapan menteri, bahawa kes Bala sudah tutup dan selesai. Ini satu perkara yang pelik,"

"Kalau apa yang dikatakan tiada asas, maksudnya kita perlu siasat, kita tidak mengerti bagaimana caranya peguam negara atau kerajaan Malaysia boleh kata siasatan selesai dan tidak ada lagi (siasatan) perlu dilanjutkan," kata Tian ketika sidang media di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz mengelirukan apabila menggunakan tafsiran undang-undang untuk menutup kes berkenaan.

"Kita tidak perlu ke universiti untuk belajar undang-undang untuk memahami bahawa tafsiran ini salah," katanya.

Menurutnya, kesalahan akuan bersumpah palsu adalah serius kerana ia sama seperti kesalahan membuat sumpah palsu ketika memberi keterangan di mahkamah,

Balasubramaniam sebelum ini menggemparkan negara apabila pada 3 Julai tahun lalu muncul di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengumumkan akuan bersumpahnya mengaitkan Najib pembunuhan dalam kes pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun keesokannya pula, dia menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua pada sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri ke luar negara.

Laksana gaji minima sektor kerajaan, swasta akan turuti- Syed Syahir

Posted: 23 Jun 2011 12:21 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran melaksana Akta Gaji Minima kepada kakitangan kerajaan terlebih dahulu supaya langkah itu dituruti pihak swasta.

Demikian dinyatakan bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Syahir Syed Mohamud ketika hadir di parlimen hari ini.

"Ia boleh dilakukan secara berperingkat iaitu dengan penguatkuasaan akta ini dalam sektor awam. Kemudian, pihak swasta akan menuruti.

"Dalam pada itu, golongan pekerja tidak menolak penubuhan NWCC (Majlis Konsultasi Gaji Negara). Ia ada peranan lain tetapi, keutamaannya ialah pelaksanaan Akta Gaji Minima," ujarnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menjelaskan Akta Gaji Minima boleh dilaksana tanpa pewujudan NWCC.

"Ia hanya satu lagi lapisan birokrasi yang melambatkan pelaksanaan kerana akhirnya proses itu akan kembali kepada Menteri yang berkuasa untuk memutuskannya," kata Charles.

Beliau juga berkata, berbanding Indonesia dan Korea Selatan, NWCC tidak memperinci atau mendefinisi istilah gaji minima.

"Sekurang-kurangnya, satu penetapan kepada istilah ini diwujudkan. Sebagai contoh, gaji minima adalah munasabah dan berada di atas paras garis kemiskinan," kata Charles.

Himpunan Bersih: Pemuda PAS wilayah sasar 60,000 anak muda

Posted: 23 Jun 2011 12:18 AM PDT

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (DPPWP) mensasarkan sekurang-kurangnya 60,000 untuk menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini.

Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, hasil tinjuan dan promosi yang diadakan, sokongan dan minat masyarakat khususnya golongan muda amat menggalakkan.

"DPPWP menetapkan sasaran seramai 60,000 anak-anak muda Kuala Lumpur akan menyertai himpunan kali ini.

"Bahkan, DPPWP masih mendapat respon positif dari ramai orang yang ingin menyertainya termasuk mereka yang akan datang dengan berkeluarga," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, terdapat juga golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas yang turut menunjukkan minat untuk hadir bersama-sama menjayakan perhimpunan itu.

Sementara itu di Kelantan pula, Pemuda Pas dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), akan menghantar kira-kira 30,000 peserta pada program berkenaan.

Ketua Pemuda PAS negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, setiap kawasan di Kelantan dijangka menghantar 1,000 peserta pada perhimpunan tersebut.

"Ini bermakna Pemuda PAS Kelantan menyumbang seramai 14,000 peserta bagi mencapai matlamat menghimpunkan ratusan ribu rakyat pada perhimpunan aman tersebut," katanya seperti dilapor Harahkahdaily.

Dosa besar salahguna wang zakat- Bekas mufti Wilayah

Posted: 23 Jun 2011 12:18 AM PDT

Oleh: Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya berkata adalah menjadi dosa dan kesalahan besar kepada mereka yang menyalahgunakan wang zakat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan penyelewengan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi pembiayaan kos guaman Menteri Agama, Datuk Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

Menurut Hashim, sumber baitulmal terdiri dua kategori iaitu sumber zakat dan sumber am. Sekiranya daripada sumber am, wang tersebut boleh dibelanjakan untuk apa-apa tujuan mengikut pengurusan baitulmal.

Namun pengurusan baitulmal atau majlis agama, katanya, tidak boleh menggunakan wang zakat bagi tujuan untuk prebelanjaan, selain diberikan kepada golongan asnaf.

"Kalau betul, ia tak sepatutnya berlaku kerana duit zakat ini adalah untuk perbelanjaan untuk asnaf yang lapan, yang diberikan kepada mereka yang patut dapat.

"Kalau salahguna wang zakat, itu adalah satu salahguna kuasa. Maknanya tidak ada amanah kepada Allah. Jika pembiayaan untuk bayaran peguam masuk asnaf yang mana?," ujarnya ketika ditanya Keadilandaily.com.

Asnaf yang lapan terdiri daripada golongan miskin, amil, muallaf, riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan), gharimin (penghutang muslim), fisabillillah (Orang yang berjuang kerana Allah) dan Ibnus Sabil (musafir).

Tambah ulama terkenal ini, penyelewengan wang zakat yang diberikan kepada selain golongan tersebut merupakan satu pengkhianatan besar kepada umat Islam dan perlu diambil tindakan.

"Wang zakat dijelaskan di dalam Al Quran perlu diagih kepada asnaf yang sepatutnya dibelanjakan. Ia tak boleh dibelanja sesuka hati, tidak boleh diambil oleh penguasa dan pihak bertanggungjawab menguruskannya.

"Selain asnaf yang lapan, ia adalah satu penyelewengan sekiranya wang zakat diberikan kepada mereka yang tidak sepatutnya. Ia merupakan satu kesalahan dan dosa yang cukup besar," katanya lagi.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution semalam mendedahkan penyelewengan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.

Jumlah itu dikatakan diguna bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

Ia dikatakan bagi membiayai kos guaman dua individu berkenaan kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah semalam, yang mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

Larang pakai, jual baju Bersih jadi lawak jenaka- Mahfuz

Posted: 23 Jun 2011 12:13 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahuz Omar menganggap tindakan polis yang menghalang penjualan t-shirt Bersih merupakan satu lagi lawak jenaka terbaru kerajaan Malaysia.

Semalam, seorang ahli KEADILAN ditangkap polis dan diminta memberi kenyataan berhubung penjualan baju berkenaan.

"Belum pun perhimpunan Bersih diadakan, penjualan t-shirt telah menjadi kesalahan. Ini satu lawak jenaka. Apakah penjualan t-shirt satu jenayah?," soal Mahfuz mengulas tindakan pihak berkuasa tersebut.

Menurut Mahfuz, polis sebenarnya melakukan provokasi dengan menggambarkan perhimpunan Pada 9 Julai ini sebagai ancaman kepada rakyat dan keselamatan negara.

"Begitu juga dengan sikap media arus perdana yang menggembar-gemburkan berita.

"Kemudian mereka mahu mengambil tindakan terhadap penjual t-shirt Bersih. Ini tak masuk akal," katanya kepada Keadilandaily.

Sementara itu Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam berkata, beliau sendiri akan memakai T-shirt Bersih sebagai tanda sokongan kepada himpunan itu 9 Julai ini.

"Ancaman polis termasuk menakut-menakutkan dan tidak membenarkan orang ramai memakai baju kuning memang lucu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Kira-kira jam 10 malam tadi, seorang ahli Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Razali Abd Ghafar ditahan polis kerana menjual T-shirt Bersih ketika program ceramah Pakatan Rakyat di Kampung Sungai Merab, Bangi.

Beliau dibawa oleh dua orang polis ke Balai Polis Abu Bakar Baginda, namun dilepaskan tidak berapa lama kemudian.

Ketika dihubungi Keadilandaily, Razali memaklumkan bahawa polis hanya mengambil keterangan dengan bertanyakan maklumat mengenai pencetak dan pengedar baju diperolehi.

Bukan Kejutan 'Datuk T' Terlepas - DSAI

Posted: 23 Jun 2011 12:11 AM PDT

Ditulis oleh Hafizan Taib


KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terkejut jika mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan terhadap trio 'Datuk T' yang dikatakan akan didakwa Jumaat ini.

Anwar merujuk kepada prestasi kehakiman mutakhir ini yang seringkali 'membebaskan' kaum kerabat UMNO BN tetapi bertegas terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

 Beliau juga menyatakan ketidakyakinannya terhadap keseriusan Putrajaya dalam mengambil tindakan terhadap 'Datuk T' yang merangkumi Bekas Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim dan Ahli Perniagaan, Datuk Eskey Shazryl Abdullah.

Anwar turut mendakwa rakaman video seks yang cuba dikaitkan dengan dirinya menimbulkan banyak persoalan apabila pihak berkuasa dilihat melengah- lengahkan dan sentiasa berdolak dalih ketika disoal pemberita.
 Tindak polis yang tidak mengambil sebarang tindakan keatas 'Datuk T' juga menggambarkan trio itu dilindungi meskipun mereka mengaku bertanggungjawab menayangkan video lucah itu kepada sekumpulan wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

"Kes yang jelas begini tertangguh berbulan-bulan memang menimbulkan banyak persoalan," katanya kepada wartawan dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Jelasnya, tindakan polis yang berdiam diri walaupun berpuluh- puluh laporan polis dibuat bersabit pengedaran video lucah itu, turut memberi gambaran kegiatan itu mendapat sokongan dan kerjasama pihak berkuasa.

"Ia berlarutan lama dan ia (video seks) masih diedarkan, digalakkan oleh kerajaan, dibantu oleh polis dan Menteri Dalam Negeri.

"Adalah mustahil bagi bahan pornografi ditayangkan dan diedarkan dengan bilangan ratusan dan ribuan jika tidak dilindungi oleh sesuatu kuasa yang ada," katanya.

 Beliau berkata, pendakwaan yang akan dibuat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kes itu juga boleh dipersoalkan kerana Peguam Negara sendiri mempunyai rekod yang meragukan.

Malah, katanya, 'Datuk T' juga sebelum ini diketahui umum dibayangi dan dihantui isu moral yang buruk dan keji.

Apa Yang Ditakuti Sangat Pada Bersih 2.0?

Posted: 23 Jun 2011 12:08 AM PDT

Ditulis oleh Wira Arjuna


Apakah dia tuntutan penganjur Bersih 2.0 yang dipandang oleh polis, Umno (termasuk Pemuda Umno) serta Perkasa sebagai keterlaluan dan memudaratkan keselamatan negara?

Apakah salahnya membenarkan orang ramai, aktivis masyarakat, pemimpin pelajar dan pemimpin politik berkumpul sebelum berarak di dua tiga batang jalan utama Kuala Lumpur dan menyampaikan memorandum secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong?

Jalan-jalan Kuala Lumpur pun kerap ditutup untuk acara maraton, lumba basikal, dan pelbagai perarakan lain. Tidak pula ada laporan polis atau aduan dibuat kononnya peniaga dan pemandu teksi hilang pendapatan. Kenapa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai dianggap begitu berlainan sekali?

Jangan lupa, jalan-jalan Putrajaya ditutup baru-baru ini untuk menghimpunkan sejuta belia yang Perdana Menteri Najib Razak mahu menggunakannya bagi "mempertahankan" singgahsana kuasa politik negara daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat.

 Kenapa Umno dan juak-juaknya begitu negatif terhadap Bersih 2.0? Apakah perlunya polis memberikan amaran untuk "bertindak tegas' terhadap mereka yang menyertai
perhimpunan ini?

Apakah bezanya perhimpunan ini dengan puluhan himpunan-himpunan yang dianjur oleh PAS, Umno, Perkasa dan pertubuhan lain di kedutaan Amerika Syarikat, Britain setiap kali isu Palestin diperjuangkan.

Bersih 2.0 bukanlah tunjuk perasaan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana yang didakwa oleh Muhyiddin.

Dan ia jauh sekali untuk mengalih pandangan rakyat daripada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim.

Bersih 2.0 adalah insiatif pertubuhan bukan kerajaan yang dipimpin oleh peguam Ambiga Sreenevasan, seorang aktivis yang mendokong keluhuran Pelembagaan dan hak asasi manusia.

Benar, Bersih disokong oleh parti-parti pembangkang. Namun adalah satu hakikat juga bahawa Ambiga telah beberapa kali menggesa parti-parti BN untuk turut serta menyokong perhimpunan ini kerana :

1. Perhimpunan adalah secara aman

2. Seluruh rakyat mahukan pilhanraya yang telus dan adil, dan parti politik harus memberi sokongan kepada tuntutan ini

3. Semua pihak mahu melihat SPR lebih professional dalam isu-isu seperti tempoh kempen minimum 21 hari, penggunaan dakwat kekal untuk mengatasi masalah pengundian bertindih dan pendaftaran automatik pengundi mencapai umur 18 tahun.

Tidak ada satu pun dalam tuntutan ini yang boleh dikatakan memihak kepada pembangkang mahu pun pemerintah.

Tidak ada satu pun dalam desakan pada perhimpunan Bersih 2.0 akan memberikan sebarang kelebihan kepada Umno mahupun PAS dalam mempengaruhi citarasa pengundi Melayu.

Malaysia jauh daripada ambang kebangkitan rakyat yang menumbangkan Hosni Mobarak di Mesir dan lebih jauh lagi daripada sebarang serangan NATO seperti yang berlaku di Libya.

Namun secara jujur, apakah BN beranggapan rakyat tidak mempunyai sebarang rungutan tentang cara Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan pemilihan di negara ini?

Selepas 12 pilihanraya umum, rasanya tidaklah keterlaluan untuk berharap rakyat tidak lagi diselubungi dengan undi pos yang mencurigakan, atau pengundi hantu dalam daftar pemilih.

Begitu juga dengan perpindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Namun ini semua berlaku dan kadar amalan-amalan ini berleluasa menjelang PRU ke-13 amat membimbangkan pihak-pihak di sebalik penganjuran Bersih 2.0.

Selepas lima dekad kita mengurus negara sendiri, masih berlaku kes 'bekalan elektrik boleh terputus tiba-tiba apabila calon Pakatan Rakyat mendahului pengiraan dengan lebih 1,000 undi.

Bekalan elektrik pulih sejam kemudian dan calon BN menang dengan 58 undi, dibantu oleh undi pos.

Lebih mengejutkan Pegawai Pilihanraya mengambil keputusan tidak perlu diadakan pengiraan semula walaupun undang-undang memperuntukkan keperluan itu. Ini berlaku di Senadin, Miri pada pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

 Undi pos dikatakan membantu Umno-BN menang di sekurang-kurangnya 25 kerusi parlimen dalam PRU yang lalu dan menjadi kebimbangan paling besar gagasan pembangkang untuk PRU ke-13.

Penambahan mendadak jumlah undi pos amat mencurigakan – hampir enam ribu di Pulau Pangkor, 10 ribu di Setiawangsa.

Di Kok Lanas, Kelantan, hampir 500 isteri prajurit didaftarkan sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka.

Mereka tidak mengisi Borang A iaitu borang perpindahan daripada pengundi biasa kepada pengundi Pos, namun pendaftaran itu diterima oleh SPR.

Nama mereka hanya dikeluarkan daripada senarai pengundi pos setelah PAS membuat bantahan dan menuntut SPR menjalankan siasatan.

Hujah yang dilazim diberikan oleh Umno-Barisan Nasional adalah jika SPR tidak adil dan cenderong kepada pemerintah, mana mungkin pembangkang boleh menang besar pada PRU yang lalu.

Hujah balas ialah, jika SPR memang adil dan berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawabnya, maka negara sudah pun ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon-calon Pakatan tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan mereka mendapat sekurang-kurangnya 55 peratus daripada jumlah undi untuk memastikan pengiraan undi tidak dimanipulasi.

Ini satu tanggungjawab yang amat berat kerana lawan Pakatan Rakyat dalam PRU bukan parti Umno-BN semata-mata.

Pakatan Rakyat sebenarnya berdepan dengan parti Umno-BN yang disokong dengan segala wang rakyat, kemudahan awam , institusi kerajaan dan jentera media arus perdana.

Bagi Umno-BN, tidak ada batas untuk menggunakan segala kelebihan kerajaan pemerintah untuk agenda politiknya , termasuk Suruhanjaya Pilihanraya.

Apakah SPR mahu sekali lagi tergolong sebagai sebahagian daripada aparatus BN untuk memenangi PRU yang akan datang?

Biarlah Himpunan Bersih 2.0 menzahirkan harapan rakyat yang mahu SPR melaksanakan amanahnya secara adil, telus, dan berkecuali dalam mengendalikan pilihanraya demi masa depan negara tercinta ini.

Bukti Daftar Pemilih Bersih : Timb, Pengerusi SPR Lari Dari Isu Pokok

Posted: 23 Jun 2011 12:07 AM PDT

Ditulis oleh Hafizan Taib


KUALA LUMPUR : Kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang mengheret cabaran Azmin Ali supaya beliau meletakkan jawatan dengan institusi raja, adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab sama sekali.

Malahan menurut ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, tindakan Wan Ahmad cuba mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dalam perkara tersebut seolah-olah lari dari persoalan pokok yang dibangkitkan.

"Isu yang dibangkitkan oleh Azmin Ali memang sangat penting sebab beliau persoalkan tentang kesahihan daftar undi. Ini satu isu yang pokok dan beliau beri keterangan yang cukup kuat dan terperinci berdasarkan kedudukan rumah ibunya sendiri," katanya kepada TV Selangor ketika ditemui di lobi Parlimen di sini semalam.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR pada Konvensyen Pilihan Raya PKR yang lalu, mencabar Wan Ahmad supaya membuktikan bahawa daftar pemilih induk adalah bersih seratus peratus daripada pengundi hantu, dan jika gagal, beliau harus meletakkan jawatannya.

Beliau memberikan tempoh 48 jam kepada Wan Ahmad berbuat demikian kerana Wan Ahmad menuduhnya berbohong berhubung maklumat daftar pemilih di kawasan Parlimen Gombak yang diwakilinya.

Azmin mendakwa, rumah yang didiami ibunya di Kampung Klang Gate Baru mempunyai 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina.

Menurut Sivarasa, isu pengundi Cina yang didaftarkan di rumah ibu Azmin hakikatnya perlu dijelaskan oleh pihak SPR dan bukan mempertikaikan apa diperkatakan.

Jelas beliau, kenyataan Wan Ahmad yang menyatakan Azmin tidak menghormati pelantikan oleh Yang Dipertuan Agung ke atas dirinya bagi jawatan Timbalan Pengerusi SPR adalah menyimpang dari isu sebenar.

"Pelantikan hampir semua jawatan besar dalam negara ini dibuat oleh Yang Dipertuan Agong tetapi itu tidak bermaksud nama Yang Dipertuan Agong boleh dibangkitkan bila kita kritikkan nama-nama jawatan besar ini, sama ada dia Ketua Polis Negara atau Peguam Negara atau Ketua Audit Negara. Mereka ada tanggungjawab kalau mereka salah, kita akan tegur," katanya.

Tegasnya, SPR seharusnya menjalankan siasatan dan membetulkan keadaan yang tidak betul supaya tidak timbul sebarang isu hingga menyebabkan berlakunya tindakan mengadakan perhimpunan aman seperti Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

"Sebab itulah tuntutan Bersih 2.0 ini sangat wajar dan tepat pada waktunya. Rakyat Malaysia harus menyokong penuh usaha ini untuk jaminan masa depan bagi demokrasi kita," katanya lagi.

Penggunaan Sistem Biometrik Tidak Praktikal

Posted: 23 Jun 2011 12:00 AM PDT

Ditulis oleh Naeem Raffi



SHAH ALAM : Penggunaan sistem biometrik atau imbasan ibu jari pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang tidak praktikal dan ia perlu diperincikan lagi, kata jurucakap MAFREL.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam yang berkata kaedah itu mampu mengesan pengundian berganda, selain menjamin ketelusan.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MAFREL), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, SPR perlu memperjelaskan setiap cadangan pembaharuan yang ingin dilaksanakan sebagai jaminan bahawa ia benar-benar berfungsi dengan penuh efektif dan holistik.

Menurutnya, kaedah biometrik memerlukan masa untuk diselenggara memandangkan sistem tersebut masih baru diguna di Malaysia dan mempunyai banyak kelemahan.

Malah katanya, penggunaan dakwat kekal adalah lebih praktikal berbanding kaedah biometrik yang melibatkan kos tinggi.

" SPR ada cadangan itu dan ini, tetapi ia tidak dihebahkan (diperincikan) dan tidak melibatkan pihak-pihak berkepentingan. Sejauh mana sistem biometrik mampu dikongsi bagi diperlihatkan dari segi pelan tindakan kepada parti-parti politik yang ada, kepada pemantau pilihanraya, para akademik dan sebagainya," soalnya.

"Kita tidak tahu secara jelas adakah sistem biometrik ini berfungsi, adakah wujud tindakan-tindakan kawalan dan adakah sistem semakan boleh dilakukan untuk sistem ini, dan tentunya ia akan timbulkan tanda tanya," katanya kepada Tvselangor.

Isnin lalu, SPR mengumumkan Pilihan Raya Umum Ke 13 akan datang bakal menyaksikan penggunaan sistem biometrik bagi membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem biometrik yang kini diguna pakai ke atas warga asing.

Beliau berkata demikian bagi mengulas antara lapan perkara yang dituntut BERSIH 2.0 dalam perhimpunan besar-besarnya pada 9 Julai depan bagi memastikan pilihan raya yang telus dan bersih dengan menggunakan dakwat kekal.

Syed Ibrahim berkata, tindakan SPR memperkenalkan pelbagai cadangan mahupun sistem dikhuatiri tidak akan kekal lama, terutama dari aspek keberkesanaan dan jaminan pilihanraya yang bersih dan adil benar-benar mampu dilaksanakan.

"Inilah hakikatnya yang berlaku kepada SPR, mereka bertindak, mungkin buat atau mungkin tidak. Tetapi ia tidak dihebahkan kepada pihak yang terlibat, mungkin juga tidak akan dibuat langsung dan hanya berdasarkan cadangan sahaja. Malah ia hanya akan menimbulkan pelbagai keraguan kepada masyarakat yang mungkin akan menyebabkan tanggapan negatif kepada SPR" katanya.

Dalam pada itu, Exco Selangor Rodziah Ismail menegaskan tiada alasan yang mampu menolak penggunaan dakwat kekal sebagai mekanisme terbaik dalam memastikan setiap pilihan raya dijalankan secara bersih dan adil.

Malah katanya, penggunan dakwat kekal amat popular di beberapa negara kerana terbukti efektif dan menjimatkan.

" Pengunaan dakwat kekal melibatkan kos yang rendah berbanding penggunaan sistem biometrik. Jadi pada saya, cukuplah...jangan bazirkan wang rakyat kerana dalam tempoh sehari pilihanraya itu ia melibatkan kos berbilion ringgit yang kononnya untuk pilihanraya yang bersih," ujarnya.

Tegasnya, tindakan SPR dengan memperkenalkan sistem Boiometrik dilihat hanya untuk melengahkan tuntutan rakyat yang dahagakan pilihanraya yang bersih.

Ujarnya, jika SPR benar-benar serius dalam perkara itu ia perlu berlaku adil dengan mengambil perhatian diatas keluhan semua pihak termasuk parti-parti politik yang sedia ada.

" SPR mahu pilihanraya bersih untuk PRU ke 13 akan datang, jadi dalam konteks macam mana sekalipun ia perlu bersihkan daftar pemilih, bersihkan pada rakyat datang mengundi, ambil perhatian keluhan-keluhan dari parti yang ada, perbetulkan SPR dan SPR tidak boleh berat sebelah," tegasnya.

Tambah Rodziah, sebelum SPR mahu menggunapakai sistem biometrik ini suruhanjaya itu juga perlu mengambil kira kemudahan elektrik dan kemampuan sistem berkenaan dilaksanakan terutama di kawasan luar bandar terutama pedalaman Sabah dan Sarawak.

Ia katanya mungkin menyebabkan berlaku kesesakan dan mengganggu proses pengundian.
Selain itu, katanya, kenyataan Aziz menunjukkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berjaya menekan SPR dalam memastikan pilihan raya telus.

Tuntut Dana Tambahan RM459 Juta, Shahrizat Gagal Jawab

Posted: 22 Jun 2011 11:55 PM PDT

Ditulis oleh Radzi Razak



KUALA LUMPUR : Wanita Pakatan Rakyat menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan lantaran gagal menyatakan tujuan sebenar bajet tambahan berjumlah RM459 juta oleh kementeriannya semalam.

Menurut Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin, tindakan Sharizat tidak menjawab pertanyaan ahli parlimen sewaktu perbahasan belanjawan tambahan peringkat Kementerian beliau semalam, menunjukkan suatu sikap ketidakmatangan beliau selaku seorang menteri.

Unit Pejabat Pengurusan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) isi rumah berpendapatan rendah (LIH) kementerian itu sebelum ini melaporkan jumlah ketua isi rumah miskin tegar yang berdaftar di dalam sistem e-Kasih telah dikurangkan sebanyak 99.8 peratus iaitu 44,535 keluarga dari 253,862 keluarga.

Hal ini menimbulkan persoalan mengapakan Shahrizat memohon belanjawan tambahan 'untuk membantu golongan miskin tegar' sedangkan sepatutnya belanjawan tersebut telahpun mencukupi.

"Beliau seharusnya sedar bahawa RM459 juta ini melibatkan dana awam, maka suatu sistem kewangan yang tersusun dan terancang perlu dilaksanakan, dan tidak terus- terusan melaksanakan program- program ad-hock sentiasa.

"Maka, Demi Rakyat, kami (Wanita Pakatan Rakyat) menggesa agar beliau segera meletak jawatan, atas dasar kebertanggungjawaban yang jelas telah memalukan imej Parlimen dan Malaysia di peringkat antarabangsa," tegas Zuraidah dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2011 yang dibentangkan pada 15 Oktober 2010 yang lalu, peruntukan untuk pembangunan sosio- ekonomi kementerian itu mencatatkan jumlah yang besar iaitu sebanyak RM536 juta.

Pecahannya adalah seperti berikut; RM190 juta untuk keluarga miskin, RM108 juta untuk golongan kurang upaya, RM167 juta untuk warga emas, RM50 juta untuk bantuan am, selain RM22 juta untuk bantuan sosio- ekonomi lain.

Menurut Zuraidah, dengan peruntukan tambahan yang diminta, kos perbelanjaan kementerian itu mencecah hampir RM92 juta melainkan kos tersebut digunakan untuk menjalankan projek yang bersifat jangka pendek atau 'one off'.

"Peruntukan belanjawan tambahan sebanyak RM459 juta yang dimohon turut menunjukkan peningkatan sebanyak 87% dari jumlah asal belanjawan 2011, sekaligus membawa kepada jumlah hampir RM1 Billion, peruntukan keseluruhan buat 5 kategori," katanya.

Mengulas isu yang sama, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusuf, tindakan Shahrizat itu seolah- olah mahu menggunakan wang peruntukan itu sebagai dana pilihan raya umum akan datang.

"Peruntukan untuk kebajikan sepatutnya semakin kurang sebab penerimanya semakin kurang tapi anehnya kementerian minta bajet tambahan sehingga hampir RM 500 juta, katanya untuk warga miskin. Di mana yang betul? Laporan NKRA yang penting atau ini? Yang ini kita nampak terang-terang. Saya yakin wang ini akan digunakan UMNO untuk pilihan raya umum akan datang," tegas beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS.

Utusan Enggan Mohon Maaf, DPPP Anjur Demo Esok

Posted: 22 Jun 2011 11:46 PM PDT

Ditulis oleh Salmiah Drahsin


KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menganjurkan demo besar-besaran esok sebagai membantah sikap Utusan Malaysia yang enggan membuat permohonan maaf ekoran tindakan akhbar itu menyiarkan karikatur menghina Islam.

Menurut ketuanya, Nasrudin Hasan, pihaknya kesal dengan akhbar milikan Umno itu yang seolah-olah mengambil pendirian "tidak bersalah" dalam perkara tersebut.

Beliau yang dipetik dari portal The Malaysian Insider berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan sebelum ini telah tamat kelmarin dan tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak Utusan.

Lantaran itu katanya, demonstrasi besar-besaran di seluruh negara akan diadakan esok.

 "Sehingga hari ini kita masih belum menerima apa-apa pemohonan maaf daripada Utusan Malaysia dan kita kesal dan kecewa dengan keangkuhan yang ditunjukkan Utusan Malaysia seolah-olah mereka berbangga dengan apa yang mereka lakukan.

"Melihat tindakan Utusan Malaysia ini saya percaya rakyat boleh menilai bagaimana media ini berperanan dengan mewujudkan banyak kekeliruan sama ada dalam hal agama atau perkauman.

"Oleh itu, kami akan mengadakan demonstrasi di setiap negeri bagi menunjukkan sikap dan pendirian kami dalam hal ini yang mana Utusan Malaysia ini angkuh, degil dan keras kepala," ujar Nasrudin.

Tambah beliau, pihaknya akan mengarahkan Pemuda PAS setiap negeri untuk mengadakan demonstrasi esok.

"Kita akan adakan demonstrasi ini selepas solat Jumaat dan saya akan arahkan Dewan Pemuda PAS negeri untuk turun bagi mengatakan pendirian kita.

 "Kita tidak akan jumpa lagi Utusan Malaysia, kita telah jalankan tanggungjawab kita... lagipun buang masa sahaja kalau jumpa Utusan Malaysia, mereka tetap begitu," katanya lagi.

Minggu lalu Dewan Pemuda PAS pusat memberi tempoh tujuh hari kepada Utusan Malaysia agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan iaitu pada 15 Jun lalu.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai "Miki."

Utusan Malaysia telah menyiarkan karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" dan ia menurut Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan menghina Islam.

Selain itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa agar Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka.

Tiada ulasan: