Isnin, 20 Jun 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bicara kes khalwat timbalan KSU 26 Julai

Posted: 20 Jun 2011 03:39 AM PDT

BERNAMA


Mahkamah Rendah Syariah George Town hari ini menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes khalwat timbalan ketua setiausaha (strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan pasangannya, Nur Diayana Norslan.

Hakim Syarie Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya menetapkan tarikh itu selepas menolak permohonan pihak pembelaan supaya mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan semula kes berkenaan.

Terdahulu, pembelaan yang diwakili Wan Faridulhadi Mohd Yusoff membuat permohonan itu sementara menunggu keputusan permohonon kebenaran poligami dan pengesahan nikah di Selatan Thailand yang difailkan anak guamnya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur minggu lepas.

Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz yang membantah permohonan itu berkata kes itu perlu diteruskan sementara menunggu keputusan permohonan berkenaan.

"Kita tidak tahu bila kes di Kuala Lumpur itu akan selesai. Ia mungkin mengambil masa yang lama... mungkin setahun atau dua tahun. Kita tidak tahu bila akan selesai," katanya.

Nik Bukhari kemudiannya menetapkan perbicaraan akan dijalankan sementara menunggu keputusan permohonon kebenaran poligami dan pengesahan nikah itu.

Bagaimanapun, jika permohonan itu diterima mahkamah, pihak pendakwaan boleh menarik balik atau membatalkan kes berkenaan.

Pada 19 April lepas, Salim, 51, dan Nur Diayana, 30 mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Ferringhi.

Salim, yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik bernombor 224 di sebuah hotel di Batu Ferringhi, 16 April lepas, pada kira-kira pukul 5 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama.


32 pertubuhan Perlis bantah demo 9 Julai

Posted: 20 Jun 2011 03:38 AM PDT

MALAYSIA KINI


Sebanyak 32 pertubuhan kebajikan di Perlis membantah hasrat sekumpulan pengacau untuk menganjurkan perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Yang Dipertua Majlis Kebajikan Masyarakat Perlis, Mansor Jusoh berkata, perhimpunan itu boleh menggugat keharmonian negara, lapor Bernama.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 32 pertubuhan yang bergabung dengan Majlis Kebajikan Masyarakat Perlis itu, beliau meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengambil tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan haram itu.

Mansor, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Wanita Perlis berkata, kesemua pertubuhan itu akan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Agensi berita nasional juga melaporkanm Persatuan Alumni Gerakan Belia 4B Perlis hari ini membuat laporan di balai polis Kangar membantah perhimpunan haram itu.

Ketua Polis Perlis Datuk Tajudin Md Isa berkata, sehingga kini lebih 50 laporan serupa telah dibuat oleh pelbagai pertubuhan dan individu di Perlis.

Inkues: Keluarga Sarbaini tak pernah tukar fikiran

Posted: 20 Jun 2011 03:35 AM PDT

Norsyafinas Ahmad Sukri


Keluarga allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak pernah menolak keputusan kerajaan mengadakan inkues bagi menyiasat punca kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.

Justeru, peguam keluarga itu Ghazali Mohd Ramli berkata tidak timbul soal sama ada keluarga si mati menukar fikiran di saat-saat akhir.

NONE"Kita tidak pernah bertukar fikiran. Mungkin perkara tersebut datangnya daripada anaknya (Sarbaini) yang berusia 26 tahun, yang young boy (budak muda) itu," katanya.

Ghazali pagi ini dilaporkan berkata, pihaknya memutuskan untuk mengikut undang-undang dan akur dengan keputusan kerajaan memanggil satu inkues awal bulan depan.

Katanya, mungkin ada yang tidak bersetuju dengan tindakan itu tetapi keluarga dan balu allahyarham bersetuju kerana "kita perlu ikut undang-undang".

Sebelum ini, anak sulung Sarbaini - Shahril - dilaporkan berkata pihaknya lebih suka jika Putrajaya terus menubuhkan suruhanjaya diraja siasatan berbanding inkues.

Rujuk balu

Katanya, keluarganya percaya inkues yang mahu diadakan sukar mengenalpasti punca kematian selain akan melambatkan proses menuntut keadilan.

NONEKetika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ghazali bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung persetujuan itu.

Beliau sebaliknya mencadangkan supaya perkara itu dirujuk dengan balu almarhun Masiah @ Maziah Manap.

"Perkara ini juga perlu dirujuk kepada Puan Maziah," katanya lagi.

Usaha Malaysiakini menghubungi Maziah setakat ini bagaimanapun belum berhasil.

Anggota keluarga Ahmad Sarbaini akan hadir pada inkues yang akan bermula pada 4 Julai depan.

ADUN BN: Wang Ihsan Kelantan untuk semua

Posted: 20 Jun 2011 03:29 AM PDT

BERNAMA


Wang Ihsan yang diterima daripada kerajaan Pusat adalah untuk rakyat Kelantan keseluruhannya dan pemberian itu tidak perlu sama sekali dipolitikkan.

Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) berkata tindakan kerajaan Kelantan pimpinan PAS yang tidak habis-habis menuduh pemberian wang ihsan itu sebagai "gula-gula" politik adalah tidak wajar sama sekali.

"Ini untuk rakyat Kelantan, tidak ada pilih kasih bagi mereka yang layak menerimanya. Kita tidak rampas wang ini dari mana-mana tapi diberikan untuk rakyat Kelantan.

"Wang ini diberikan kerana Kelantan berhak menerimanya dan janganlah kita membuat andaian yang pelbagai," katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darul Naim di Kota Baharu, hari ini.

Penjelasan Abdul Aziz itu bagaimanapun terganggu beberapa kali apabila Hassan Mohamood (PAS-Tawang) bangun mencelah dengan mendakwa sewajarnya wang ihsan itu diberikan terus kepada kerajaan negeri untuk ditadbir urus.

Abdul Aziz turut meminta Hassan menarik balik kata-katanya yang menyebut pemberian wang ihsan itu diibarat diserahkan "perompak untuk perompak" sebagai satu perumpamaan yang tidak wajar.

"Tarik balik kata-kata itu dan tidak benarlah sampai diibarat dengan kata-kata sebagai perompak itu," katanya.

Abdul Aziz juga membidas pihak Ladang Rakyat yang didakwanya telah merampas tanah yang dimiliki penduduk di Kampung Lubuk Bongor, Jeli.

"Mereka merampas tanah rakyat yang ada geran dan ini sangat zalim," katanya.

Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob kemudiannya bangun menjelaskan ia merupakan satu kekeliruan sahaja dan masalah itu telah pun diselesaikan.

Isu larangan akhbar Utusan Malaysia membuat liputan persidangan itu turut disentuh seorang penyokong kerajaan, Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) yang mahu akhbar itu memohon maaf secara terbuka atas penyiaran satu karikatur yang didakwa menghina Islam.

"Kita larang sebab karikatur itu dan bukannya kerana tidak menyokong kita. Kita minta agar akhbar itu mohon maaf secara terbuka dan barulah larangan ini ditarik semula," katanya.

Abdul Latif yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan dilaporkan turut menghantar memorandum bantahan atas penyiaran karikatur itu di pejabat Utusan Malaysia di Kota Baharu selepas persidangan berhenti rehat.


Rais: Perlu kuasa lebih tangani penggodam

Posted: 20 Jun 2011 03:28 AM PDT

BERNAMA


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Cyberscurity perlu diberikan kuasa lebih luas daripada segi perundangan bagi membolehkan entiti berkenaan mengambil tindakan lebih tegas dan pantas terhadap kegiatan penggodaman laman-laman web.

NONEMenteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (kanan) berkata prasarana yang wujud ketika ini tidak mencukupi bagi membolehkan tindakan tegas dan pantas diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap kegiatan penggodaman.

"Susulan untuk menentukan siapa yang menggodam adalah soal yang berat, SKMM atau Cybersecurity perlu diberikan kuasa untuk menyusul siapa yang menggodam dan jikalau mereka di dalam Malaysia, tindakan yang perlu diambil atau yang boleh diambil," katanya kepada pemberita di Singapura, hari ini.

Rais sebelum itu menghadiri Forum Menteri-Menteri Asia Mengenai Teknologi Informasi dan Komunikasi (CommunicAsia) 2011 di Marina Bay Sands Convention Center, yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean.

Beliau berkata kegiatan penggodaman laman-laman web berkait rapat dengan isu undang-undang dan jika soal perundangan itu tidak ditangani, maka segala langkah untuk menangani aktiviti penggodaman itu hanyalah bersifat sementara.

"Undang-undang kita (Malaysia) ada Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, cuma mekanisme perlu disusul lagi. Kalau kita mahu penyusulan yang pantas, maka alatnya mesti ada dan orang mesti dilatih dan kemungkinan-kemungkinan lain.

azlan"Insya-Allah, di dalam tempoh terdekat kita rancang untuk menanganinya (penggodaman) dengan cepat," kata beliau.

Katanya Malaysia yang berhadapan dengan serangan pengodam dengan kira-kira 200 laman webnya telah diserang, telah mengemukakan bahan-bahan baru tentang bagaimana kerajaan dapat mempertahankan hak mereka daripada serangan pihak tidak bertanggungjawab itu.

Pandangan Malaysia itu, katanya telah mendapat perhatian daripada peserta-peserta forum dengan beberapa penyelidikan baru akan dilaksanakan ke arah itu.

Rais berkata forum tersebut yang turut dihadiri oleh wakil daripada lebih 50 negara, merupakan peluang bagi komuniti antarabangsa mencari jalan dan kerjasama bagi mewujudkan integriti menangani jenayah siber.


Mahkamah arah Rais fail keterangan saksi

Posted: 20 Jun 2011 03:26 AM PDT

BERNAMA


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memfailkan keterangan saksi dalam kes saman beliau terhadap penulis blog berhubung satu artikel yang didakwa memfitnah beliau.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof turut mengarahkan penulis blog itu, Amizudin Ahmad, berbuat perkara serupa selepas mengadakan pertemuan dengan peguam Azad Bashir yang mewakili Rais, dan peguam Gan Chee Wei mewakili Amizudin.

Ketika ditemui pemberita, Azad, berkata mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan keterangan itu sebelum 1 Julai.

Mahkamah sebelum ini menetapkan tiga hari bermula 4 Julai untuk mendengar kes itu.

Pada 31 Januari, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap pemuda PKR, berhubung artikel yang disiarkan dalam blog Amizudin, bersama gambar Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lepas.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk selain perintah terhadap defendan supaya mengeluarkan dari blognya artikel itu dan melarangnya daripada terus menyiarkannya.

Pada 2 Februari lepas, Rais memperoleh injunksi daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Amizudin mengeluarkan artikel yang didakwa memfitnah beliau daripada blog, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Amizudin pada 21 Mac lalu bersetuju berhenti menyiarkan artikel itu.

Dalam kenyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata maksud artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau.

Menteri itu berkata tulisan itu membawa makna beliau bersalah melakukan jenayah serius merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.

Rais juga berkata tulisan fitnah itu membawa maksud beliau seorang manusia dan/atau pemimpin yang tidak bermoral.

Katanya ekoran daripada penerbitan artikel itu, reputasi beliau sebagai seorang individu dan/atau sebagai seorang profesional di peringkat nasional dan antarabangsa telah tercemar teruk, dan membuat beliau malu dan tertekan.

Amizudin dalam pernyataan pembelaannya mempertahankan tindakannya dengan berkata artikel itu menyatakan apa yang benar berlaku.


Saksi: Khir beri surat sokongan pada Proniaga

Posted: 20 Jun 2011 03:20 AM PDT

BERNAMA


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo ada memberi surat sokongan kepada Pengarah Urusan Proniaga Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni untuk membangunkan projek perumahan di Seksyen 3, Tambahan Bandar Baru Bangi.

NONEBekas Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Harun Salim berkata bon pelaksanaan untuk syarikat Proniaga bagi tujuan itu telah dilupuskan keperluannya dan digantikan dengan 'directors shareholders guarantee' setelah perkara itu diputuskan Jawatankuasa Penswastaan projek PKNS yang dipengerusikan Dr Mohamad Khir ketika itu.

Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud, Harun menegaskan segala pemberian projek dan keputusan berkenaan projek itu adalah mengikut prosedur ditetapkan jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan.

khir toyo mansion 060709 07Beliau memberi keterangan pada hari kelapan kes perbicaraan Dr Mohamad Khir yang didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, di Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki bersambung petang ini.

PAS: BERSIH cara terarah luah kemarahan

Posted: 20 Jun 2011 03:17 AM PDT

Norsyafinas Ahmad Sukri


Muslimat PAS percaya bahawa perhimpunan BERSIH merupakan cara yang sesuai untuk meluahkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati rakyat dengan terarah, bertangungjawab dan mengikut lunas perlembagaan.

bersih rally dataran merdeka car convoy 081107 aiman athirahKetua penerangannya Aiman Athirah (kanan) berkata perkara itu dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berkaitan kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan secara aman dan tanpa senjata.

Justeru, dewan itu memandang serius kenyataan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang turut mahu menganjurkan perhimpunan bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0).

"Muslimat PAS menyifatkan kenyataan ini sangat biadap, tidak ada kelas dan bersifat kebudak-budakan. Ia juga sangat bersifat anti-establishment," katanya lagi.

Ibrahim semalam, melancarkan perhimpunan anti-BERSIH - Gerak Aman - sambil sekumpulan penyokongnya membakar dan memijak gambar pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan selepas majlis itu.

Dengan nada amaran, Ibrahim percaya masyarakat Tiong Hua akan membeli makanan tambahan kerana "apa sahaja boleh berlaku".

'Baby Umno'

Aiman juga menyelar amaran polis bagi membuat tangkapan pencegahan kerana ia didakwa tidak wajar, membelakangi semangat perlembagaan dan mencabuli serta menyalahgunakan undang-undang.

"Ancaman tangkap (awal) itu berbaur satu ugutan keras dan ia tidak manis untuk menjadi satu budaya kerja pasukan polis terhadap rakyat," katanya.

pas muktamar 130610 idris ahmadSementara itu, anggota jawatankuasa pusat PAS Idris Ahmad (kiri) memberitahu pihaknya tidak kisah dengan bantahan PERKASA yang disuarakan melalui perhimpunan dan laporan polis.

Sambil menyindir NGO itu sebagai "baby Umno" (bayi Umno), Idris berkata perkara itu tidak ada masalah kerana ia hak yang dijamin perlembagaan.

Beliau juga turut mendakwa Malaysia seolah-olah mempunyai dua undang-undang apabila penganjur BERSIH dan pihak yang menyokong Umno mendapat layanan berbeza.

"Jika himpunan dibuat oleh pihak sokong Umno ia kebal daripada sebarang tindakan.

"Jika pihak Pakatan Rakyat, belum himpunan dibuat sudah hendak ditangkap, seperti kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar kepada penganjur BERSIH," katanya.

Majlis Peguam: Gunakan Akta Hasutan terhadap Ibrahim

Posted: 20 Jun 2011 03:14 AM PDT

Wong Teck Chi


Ancaman presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali bahawa "apa saja boleh berlaku pada hari itu" jika Bersih 2.0 meneruskan perhimpunannya pada 9 Julai, adalah tidak bertanggungjawab serta rasis, dan tindakan hendaklah diambil terhadapnya di bawah Akta Hasutan, kata Majlis Peguam Malaysia.

PNONEresiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee (kanan) menggesa kerajaan menggunakan Akta Hasutan terhadap Ibrahim jika pihak berkuasa merasakan akta itu masih lagi relevan.

Katanya, Majlis Peguam menentang Akta Hasutan, "tetapi jika kerajaan menggunakan akta tersebut terhadap Karpal Singh kerana kenyataannya mengenai isu (krisis perlembagaan) Perak, maka saya tidak nampak mengapa (kerajaan) tidak boleh berbuat demikian terhadap kenyataan Ibrahim itu."

"Kerajaan mestilah konsisten dan memberi layanan sama rata terhadap semua di bawah undang-undang," katanya ketika diminta
mengulas kenyataan Ibrahim, dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

NONEMajlis Peguam, katanya, mengecam kenyataan rasis Ibrahim itu sebagai tidak bertanggungjawab langsung dan tidak wajar.

Semasa pelancaran 'Gerak Aman' semalam, penyokong PERKASA memijak dan membakar gambar pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam.

Ibrahim juga dilaporkan berkata akan berlaku huru-hara jika demonstrasi gabungan pembangkang dan aktivis politik, tidak dibatalkan.

PAS Kedah gugur Mahfuz dan Taib Azzamuddin

Posted: 20 Jun 2011 03:04 AM PDT

BERNAMA


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan anggota Parlimen Baling Datuk Taib Azamuddin Md Taib masing-masing digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III PAS Kedah bagi penggal 2011/2013.

Keputusan menggugurkan dua nama besar parti itu diputuskan dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS negeri di Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut, dekat sini, malam tadi.

Menteri besar merangkap pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata tempat mereka masing-masing digantikan oleh exco kesihatan, Dr Ismail Salleh dan bekas ADUN Belantek, Md Isa Shafie.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I manakala jawatan setiausaha, bendahari, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya negeri turut berubah.

Jawatan-jawatan itu diisi oleh pegawai khas (penerangan) menteri besar, Musoddak Ahmad, exco pertanian Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan bekas setiausaha PAS Kedah, Senator Yusuf Husain.

Musoddak mengambil alih jawatan setiausaha PAS negeri daripada Senator Yusuf yang dilantik pengarah pilihan raya PAS Kedah manakala Ir Amiruddin dilantik bendahari menggantikan exco agama dan pelajaran Datuk Taulan Mat Rasul.

Azizan berkata jawatan ketua penerangan PAS Kedah yang sebelum ini disandang Ir Amiruddin diserahkan kepada setiausaha politik beliau, Mohamad Sanusi Md Nor manakala penolong setiausaha diisi wakil Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kedah, Aizat Zakaria.

"Perubahan ini dibuat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 supaya sesuai dengan perubahan peringkat PAS Pusat dalam muktamarnya awal bulan ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan Bank Islam Thailand di Seri Mentalon hari ini.

Beliau berkata Ahmad Yahya dikekalkan sebagai ketua Dewan Pemuda manakala exco kebajikan dan pembangunan Wanita, Siti Aishah Ghazali (ketua Dewan Muslimat) dan Sheikh Mohamad Abdullah (ketua Dewan Ulama).

Bagaimanapun Pemimpin yang digugurkan daripada senarai jawatankuasa kepimpinan baru parti secara automatik tersenarai sebagai anggota jawatankuasa (AJK) Dewan Harian PAS Kedah, kata Azizan.


Pendatang tidak didaftar pengundi, kata Nazri

Posted: 20 Jun 2011 02:54 AM PDT




KUALA LUMPUR — Datuk Seri Nazri Aziz menafikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftar rakyat asing sebagai pengundi sambil menegaskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh dengan segera menolak usaha-usaha sedemikian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata sistem ALIS atau Agency Link-Up System yang digunakan oleh JPN boleh mengesan keadaan sedemikian dan secara automatik boleh menolak sebarang usaha pendaftaran tidak sah membabitkan pendatang asing.

"Sistem ALIS bukan sahaja menolak mereka yang bukan warganegara tidak sah, tetapi juga akan menolak mereka yang tidak mencapai kriteria usia dan juga mereka yang menggunakan kad pengenalan palsu," kata Nazri (gambar) dalam respons kepada soalan Datuk Nur Jazlan Mohamed (Pulai-Umno) di Dewan Rakyat hari ini.

Nur Jazlan meminta kerajaan menyatakan sama ada laporan-laporan media bahawa pendatang asing didaftarkan sebagai pengundi dengan menggunakan kad pengenalan palsu adalah benar ataupun sebaliknya, dan bilangan warga asing yang terlibat dalam urusan sedemikian.

"Jika sesiapa ada bukti pendatang asing didaftarkan sebagai pemilih, sila bawa kepada SPR untuk siasatan lanjut," kata Nazri lagi.

Polis: Tak benar kaum Melayu di Klang diserang grup Malabar

Posted: 20 Jun 2011 02:42 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDEER

SHAH ALAM — Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata maklumat berkaitan kaum Melayu diserang oleh kumpulan Malabar di Klang seperti yang tersebar melalui khidmat pesanan Blackberry semalam adalah palsu.

Beliau turut menafikan bahawa maklumat itu dikeluarkan oleh pihak polis.

"Sehingga kini polis Selangor tidak menerima sebarang laporan polis dari mana-mana pihak berkenaan kaum Melayu diserang di daerah Klang," katanya dipetik Bernam Online hari ini.

Sehubungan itu, Tun Hisan memberi amaran agar pihak yang bertanggungjawab dalam penyebaran berita palsu itu supaya berhenti berbuat demikian dengan serta merta.

Kata beliau, kenyataan seperti itu boleh mendatangkan khianat awam dan ianya satu kesalahan jenayah sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Kes hasutan Adun Sri Muda PKR disebut semula 19 Julai

Posted: 20 Jun 2011 02:41 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

SHAH ALAM — Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menetapkan 19 Julai depan untuk menyebut semula kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang didakwa menerbitkan artikel mengandungi ayat-ayat menghasut di laman blognya pada 30 Disember lalu.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas membenarkan permohonan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Shuhaimi, 43.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Shah Reza Noor Azman mewakili pihak pendakwaan sementara Datuk Salehuddin Saidin hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Amer ketika ditemui pemberita berkata pihaknya memohon satu tarikh sebutan baru berikutan tarikh pendengaran permohonan Shuhaimi untuk menggugurkan pertuduhan ke atasnya telah ditetapkan pada 13 Julai depan di Mahkamah Tinggi di sini.

"Kami ingin selesaikan dulu (permohonan di Mahkamah Tinggi) dan tunggu keputusannya sebelum Mahkamah Sesyen tetapkan tarikh bicara," katanya dipetik Bernama Online.

Pada 7 Februari lalu, Shuhaimi mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan artikel bertajuk "pandangan saya berasaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor 1959" di laman blognya http://srimuda.blogspot.com yang mengandungi ayat-ayat yang menghasut

Bersih 2.0: Ibrahim Ali pengecut ugut kaum Cina, kata Nurul Izzah

Posted: 20 Jun 2011 02:38 AM PDT




KUALA LUMPUR — Nurul Izzah Anwar menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai pengecut kerana mengugut kaum Cina menjelang Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

"Ugutan-ugutan macam ini hanya dibuat oleh seorang pengecut," kata beliau sambil berkata pihak berkuasa telah gagal untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas wakil rakyat itu sebelum ini.

"Sementara saya percaya bahawa kita harus menghormati hak setiap rakyat Malaysia untuk bercakap dengan bebas, kebebasan bukan sesuatu yang boleh disalahgunakan atau boleh digunakan tanpa rasa tanggungjawab.

"Oleh itu, saya sangat kecewa dengan kata-kata bersifat menghasut dan bahasa kesat digunakan oleh Datuk Ibrahim Ali (gambar), berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0," kata Naib Presiden PKR ini kepada The Malaysian Insider.

Sehubungan itu, Nurul Izzah berkata, rakyat Malaysia tidak harus takut dengan ugutan Ibrahim yang dibuat semalam.

"Jangan kita takut untuk berdiri tegas atas apa yang kita percaya. Jangan kita tidak terhalang demi kebaikan Malaysia," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ini.

Seorang lagi Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang melahirkan respons berbaur menyindir berhubung ugutan Ibrahim yang menyasarkan kaum Cina.

"Terima kasih atas keprihatinan beliau ke atas orang Cina. Jika sesuatu berlaku, semua akan menerima kesan, betul? Tetapi Datuk Ibrahim Ali hanya risau mengenai keselamatan orang Cina, sangat mengambil berat (mengenai orang Cina)," katanya lagi.

Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan "apa sahaja boleh berlaku."

Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.

"Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.

"Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak," katanya semasa melancarkan Gerak Aman semalam.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

DAP: Umno tunjuk belang, benarkan kenyataan ala Nazi Perkasa

Posted: 20 Jun 2011 02:31 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Umno seolah-olah menunjukkan warna sebenar parti itu bahawa ia hanya berkepentingan untuk satu kaum apabila membenarkan ugutan ala Nazi disampaikan oleh Datuk Ibrahim Ali dan Perkasa yang diwakilinya semalam.

"Dengan keengganan parti tersebut untuk mengambil tindakan, Umno bersalah atas sokongan terhadap Perkasa dan pendirian parti itu.

"Malah, ia amat jelas sejak sekian lama, sebagaimana ditunjukkan oleh Umno yang kurang mengambil tindakan terhadap kes-kes seperti demonstrasi seperti protes kepala lembu pada 2009 dan pelbagai ucapan pemimpin mereka yang menyamakan kaum India dengan pengemis dan wanita Cina sebagai pelacur," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata Lim (gambar), tidak pernah seorangpun dalam sejarah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan bersifat perkauman dengan menyeru masyarakat tertentu untuk meyimpan bekalan makanan.

Katanya, kenyataan seperti itu tidak boleh diterima oleh setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata ia juga jelas menunjukkan bahawa slogan 1 Malaysia tidak lebih daripada khayalan dan penipuan secara besar-besaran.

"Umno mesti berhenti daripada terus menyemarakkan sentimen perkauman dan agama kerana ia amat berbahaya dan mendorong kepada kekacauan. Hakikatnya, semua rakyat Malaysia hidup secara aman dan tidak mempunyai masalah antara satu sama lain," kata beliau.

Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan "apa sahaja boleh berlaku."

Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.

"Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.

"Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak," katanya semasa melancarkan Gerak Aman semalam.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Dalam kenyataannya, Lim menambah, di Pulau Pinang, dasar tender terbuka Pakatan Rakyat telah diserang oleh Umno sebagai menyangkal peluang ekonomi kepada kaum Melayu khususnya.

"Bagaimanapun, falasi terserbut telah terbukti salah apabila fakta menunjukkan bahawa 70 peratus kontrak kerajaan negeri Pulau Pinang adalah diperoleh oleh kontraktor Melayu," kata beliau lagi.

Dalam perkataan lain, kata Lim, ini menunjukkan bahawa bukannya kontraktor Melayu yang tidak mampu bersaing, sebaliknya kontraktor Umno yang tidak dapat bersaing dalam persaingan adil.

Katanya, sistem tender terbuka dilaksanakan tanpa sebarang rasa tidak gembira di kalangan kontraktor Melayu kerana pihak tersebut bukan hanya memperoleh faedah daripadanya, malah mereka juga berjaya ekoran merit berkenaan.

"Ini jelas terbukti bahawa Umno yang kini secara politiknya telah bankrap tidak mampu untuk mengungkitkan isu lain selain kaum dan agama yang mana ia digunakan bukan hanya untuk menakutkan rakyat, malah juga untuk menutup kelemahan-kelemahan mereka," kata beliau lagi.

Daripada memfokuskan kepada kaum dan agama, kata beliau, kemungkinan Umno dan Barisan Nasional sepatutnya menjelaskan sebab mereka membenarkan pembinaan loji nadir bumi Lynas di Kuantan, meskipun wujudnya bahaya ekoran tindakan terbabit.

"Bagi menjustifikasikan keputusan tersebut, mereka telah membawa panel pakar radiologi dari IAEA untuk mengkaji kes berkenaan.

"Bagaimanapun, bukan hanya panel tersebut tidak memiliki pakar kesihatan umum dan persekitaran, sebaliknya, IAEA dilihat sebagai dipandu oleh pihak industri dan dijangka membenarkan kelulusan mereka," katanya lagi.

Bung dikecam tuduh Bersih 2.0 tumpah darah

Posted: 20 Jun 2011 02:28 AM PDT

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Kenyataan ahli parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Raden bahawa perhimpunan Bersih 2.0 boleh membawa kepada perhimpunan darah mengundang kemarahan ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Bung sewaktu membahaskan belanjawan tambahan di Dewan Rakyat hari ini turut mendesak kerajaan segera mengambil tindakan untuk menyekat himpunan Bersih 2.0.

"Ada pihak menggelarkan diri mereka Bersih dan akan adakah perhimpunan. Saya risau himpunan ini akan mengundang pertumpahan darah dan perkara yang tidak diingini," katanya.

Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) segera bangkit untuk membetulkan kenyataan Bung itu namun tidak diberi jalan oleh Bung.

"Kenyataan pertumpahan darah itu tuduhan yang berat tu...perlu ditarik balik," kata beliau dan disambut beberapa wakil Pakatan Rakyat yag lain.

"Ini ruang saya..jangan ganggu. Saya belum jahat lagi...masih boleh bertenang. Kalau nak bercakap, ikut peraturan, kita ada tamadun, kena beradab," kata Bung.

Ucapan Bung berkaitan Bersih yang "meleret-leret" akhirnya ditegur Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang meminta beliau memfokuskan ucapannya kepada belanjawan tambahan.

Namun Bung terus mendakwa kerajaan banyak membelanjakan wang negara bagi menangani demonstrasi jalanan.

"Kerajaan guna banyak wang sebab banyak demonstrasi jalanan ini sedangkan kerajaan sepatutnya guna wang itu untuk tujuan lain," katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ketika diminta mengulas kenyataan itu pada sidang media di lobi Parlimen menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak berasas.

Menurutnya belum ada rakyat yang mati akibat menyertai himpunan aman sebaliknya dua orang mati sewaktu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan merujuk kes Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini.

"Bila masa ada tunjuk perasaan yang ada pertumpahan darah? Yang terbunuhnya Sarbani dan Beng Hock bukan kerana demonstrasi," katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai bukti yang didedahkan Azmin Ali (PKR-Gombak) berhubung wujudnya pendaftaran pengundi hantu di rumah diduduki ibunya di Kampung Klang Gate memiliki 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina sedangkan ibunya tinggal berseorangan.

"Kita tuntut pilihanraya bebas dan adil. Kerajaan sekarang kata pilihanraya yang bebas dan adil. Gombak (Azmin Ali) bawa bukti yang terang tapi tidak dibetulkan. Media tidak ada kebebasan untuk melaporkan yang adil. Sekarang ada bukti berhubung dakwaan Umno Hulu Selangor yang mengarahkan Umno mendaftar rakyat asing Indonesia. Ini semua harus dipertimbangkan," katanya.

Amaran pada Perkasa, Pemuda PAS jadi perisai

Posted: 20 Jun 2011 02:24 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberi amaran kepada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan ahli-ahli pertubuhan itu agar menghentikan tindakan samseng mereka dan ugutan kepada rakyat Malaysia khususnya kalangan bukan Melayu yang mahu menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor menegaskan, Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam perhimpunan Bersih 2.0 sekaligus menolak sebarang tindakan provokatif yang cuba diadakan oleh Perkasa untuk menimbulkan suasana tegang dan huru-hara.

DPPP, katanya kesal dengan risalah perkauman yang diedarkan Perkasa yang menyebut "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya".

"Ini sudah melampau dan jelas satu penghinaan kepada Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan kaum lain," tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

DPPP juga, ujarnya kesal kerana Ibrahim dalam ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman turut memberikan amaran kepada Kaum Tionghua supaya membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah jika Himpunan Bersih 2.0 tidak dihentikan kerana Perkasa akan lakukan apa sahaja bagi menghentikannya.

"Mereka mahu lakukan apa? Pukul orang India, pecah rumah dan kedai orang Cina? Bakar rumah ibadat? Atau pijak kepala babi dan lembu di Dataran Merdeka?" soalnya.

Soalnya lagi, siapa Perkasa yang mahu melawan kebangkitan rakyat.

Tambahnya, apa tujuan mereka membuat ugutan kepada kaum bukan Melayu kerana negara ini milik semua dan rakyat berhak turun ke jalan raya untuk menyatakan tuntutan mereka secara aman.

Katanya, DPPP yakin bahawa Perkasa bekerja untuk Umno yang kini terdesak untuk menahan asakan Bersih 2.0.

Mereka, ujarnya memperkudakan Ibrahim dan ahli mereka dalam Perkasa untuk mewujudkan suasana huru hara.

Menurutnya, Perkasa cuba mengumpan supaya pihak polis membuat tangkapan awal termasuk mengunakan akta ISA, malah mereka cuba mencabar polis untuk menangkap pemimpin mereka sendiri sebagai korban untuk menunjukkan keadilan polis dalam bertindak, walhal yang mahu membuat huru hara adalah pelampau Perkasa sendiri.

Beliau berkata, DPPP melihat Perkasa cuba untuk mewujudkan 13 Mei kedua, mereka mahu Operasi Lalang berulang.

Tambahnya, ugutan-ugutan ekstrim mereka menunjukan bahawa mereka memang kumpulan pelampau yang wajar diambil tindakan oleh pihak polis.

"Kenapa pihak polis berdiam bila Perkasa membuat ugutan?" tanya beliau.

Beliau mengharapkan polis tidak menutup mata dan telinga hanya kerana Perkasa melaungkan slogan yang kononnya mahu membantu Menteri Dalam Negeri di dalam menghadapi Bersih 2.0.

Pemuda PAS, katanya memberikan jaminan kepada orang-orang Melayu dan bukan Melayu bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan berjalan dengan aman dan selamat.

Beliau mengingatkan semua peserta dilarang membawa sebarang senjata atau melakukan kerosakan dan provokasi.

Menurutnya, peserta Bersih 2.0 yang akan hadir diminta menghormati peniaga dan penduduk Kuala Lumpur serta menjaga kebersihan sepanjang himpunan berlangsung.

"Ayuh semua rakyat, semua anak muda. Jangan hirau, jangan takut pada pelampau Perkasa.

"Tunjukan kuasa rakyat, bersama kita perkukuhkan desakan rakyat untuk memastikan Pilihanraya Bersih dan Adil dilaksanakan di negara ini," katanya.

Tambah RM13 juta bukti Kelantan berkebajikan

Posted: 20 Jun 2011 02:23 AM PDT

Salmah Mat Husain


KOTA BHARU: Langkah kerajaan negeri menambah peruntukan lebih RM13.1 juta dilihat bersesuaian dengan kehendak semasa dan keperluan rakyat pelbagai peringkat, terutama golongan muda.

Drs Zainuddin Awang Hamad, (PAS-Limbongan) berkata, tindakan kerajaan negeri meluluskan peruntukan tambahan membuktikan sikap kerajaan negeri yang benar-benar menzahirkan kebajikan.

Ketika membahas ucapan menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2011 pada persidangan Dun Kelantan hari ini, beliau berkata peruntukan tambahan yang diberikan pelbagai sudut termasuk golongan beliau membuktikan kerajaan negeri benar-benar berkebajikan.

"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana telah berjaya melahirkan sebuah kerajaan yang benar-benar bersih dari sebarang penyelewengan hingga mendapat sijil bersih dari Jabatan Audit Negara.

"Perkara ini berlaku hasil pengurusn kewangan yang baik dan berhemah, di sini saya ingin mengucapkan tahniah pada kerajaan negeri, Pegawai Kewangan negeri serta pegawai-pegawainya yang lain atas usaha ini," ujarnya lagi.

Menurutnya, walaupun jumlahnya kecil namun kemampuan pengagihan sehingga dapat dinikmati oleh kebanyakkan rakyat tanpa mengira fahaman politik itu yang lebih bermakna.

Sementara itu, Mohd Hanifa Ahmad (PAS-Pengkalan Pasir), pula mengkritik kerajaan Pusat kerana mengganggu urusan kerajaan negeri dalam kes tuntutan royalti minyak dari Petronas.

Menurutnya, tindakan kerajaan Pusat sedemikian supaya kerajaan negeri turut menyamannya.

"Kalau kerajaan negeri hanya menyaman Petronas mereka tidak boleh memainkan peranannya dengan meletakkan hakim yang akan memihak pada mereka," ujarnya lagi.

Pada masa yang sama beliau berkata, langkah kerajaan negeri menambah peruntukkan termasuk Al-Itam sebanyak RM500,000 untuk 60 orang penerima lagi di setiap Dun begitu mengujakan.

Katanya, pemilihan kerajaan negeri yang diangkat melalui penghulu benar-benar menepati sasaran apabila ada di antara mereka menuntut sehari lebih awal berbanding majlis penyerahan kerana beras yang diperlukan telah kehabisan.

Sementara itu, Dun menjadi gamat seketika apabila beliau berkata 20 peratus hasil royalti Kelantan akan diagihkan pada kerajaan negeri lain sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara sebagaimana yang tertera dalam Buku Jingga.

Bagaimanapun beliau ketika itu mengangkat buku kecil berwarna 'hijau' ditegur oleh Abdul Fatah Harun (PAS-Bukit Tuku) sambil berkata "itu buku hijau".

Beliau menunjukkan reaksi sedemikian sebagai menjawab soalan Abdul Fatah adakah sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat yang menguasai negara akan membantu negeri lain melalui hasil royalti.

Dedah 'anak siapa' di sebalik IPP

Posted: 20 Jun 2011 02:22 AM PDT

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendesak kerajaan mendedahkan syarat perjanjian dengan penjana tenaga bebas (IPP) kepada rakyat yang didakwa merugikan negara.

Sambil mempersoal kenapa kerajaan begitu takut mendedahkannya, beliau juga mendesak kerajaan mendedahkan kenapa perjanjian itu turut dibantah pihak Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan Kementerian Kewangan.

"Dedahkan kepada rakyat, kenapa Petronas bantah, TNB bantah dan apa pendapat Kementerian Kewangan ketika itu.

"Siapa di sebalik IPP, siapa nominee tertentu di Hongkong, anak siapa", soalnya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menurut Anwar, perjanjian dengan IPP diluluskan semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad atas nasihat Unit Perancang Ekonomi EPU.

Perjanjian itu dibantah Bekas Ketua Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope, Bekas Ketua Eksekutif Petronas dan Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Terdahulu Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membahaskan peruntukan tambahan RM13.2 bilion di Dewan Rakyat.

Beliau berkata amat tidak munasabah perbelanjaan tambahan sebanyak itu dalam keadaan belanjawan asal RM162.8 bilion baru sahaja diguna dalam masa tiga bulan.

"Yang dimusykilkan adalah peningkatan 5 peratus emolumen. Apakah muslihat meninggalkan peruntukan emolumen yang wajib dimasukkan," katanya.

Isu IPP itu pula disentuh ketika beliau mengemukakan laporan pembayaran subsidi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk petrol, desel dan Gas petroleum cecair LPG bernilai RM7.4 bilion.

Namun yang dipertikaikan subsidi gas untuk syarikat swasta IPP adalah lebih tinggi iaitu RM20 bilion untuk 2010 dan RM22 bilion untuk 2011.

"Kita berbalah soal istilah, RM22 bilion kepada IPP dikata isentif, RM20 juta kepada rakyat dikata subsidi. RM200 juta kepada kementerian dikatakan komisyen, RM20 kepada sarjan dikatakan korupsi.

"Sekiranya subsidi untuk IPP ini dikurangkan atau dihapuskan, sudah tentu belanjawan tambahan RM13 bilion ini tidak diperlukan sama sekali.

1MDB, kenyataan PM bercanggah

Anwar turut mendakwa kenyataan Datuk Seri Najib berhubung keuntungan 1Malaysia development Berhad (1MDB) bercanggah dengan penyata kewangan syarikat itu.

Najib sebelum ini mengumumkan 1MDB untung RM425 juta pada tahun pertama berakhir 31 Mac 2010.

Namun penyata kewangan enam bulan pertama 1MDB menunjukkan syarikat itu rugi RM20.5 juta.

1MDB didakwa membuat pelaburan melibatkan usahasama dengan PetroSaudi International Limited dikenali 1MDB PetroSaudi Limited berjumlah RM3.5 bilion yang dibayar secara tunai.

Pelaburan itu kemudiannya dijual kepada penjual asal, PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 bilion dengan keuntungan diperoleh sebanyak RM615 juta.

Bagaimanapun bayaran RM4.1 bilion itu dibuat kepada 1MDB secara ansuran selama 11 tahun.

"Persoalannya, apa jaminan 1MDB akan memperolehi semula wang tunai RM3.5 bilion dan keuntungan RM615 juta", soalnya.

Turut dikhuatiri, 1MDB PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International Limited bukan syarikat operasi minyak sebenar.

Ia didakwa diperbadankan di Cayman Island dan British virgin Island dimana maklumat kewangan dan transaksi syarikat dirahsiakan dari umum.

"Ia merupakan saluran menggelap wang pinjaman melalui pengeluaran bon 1MDB", katanya.

Bersih 2.0: Muslimat PAS sokong inisiatif 80 NGO

Posted: 19 Jun 2011 11:19 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh inisiatif lebih 80 buah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah bergabung di dalam Bersih 2.0 untuk menganjurkan satu program penting dalam sejarah tuntutan demokrasi negara ini yang juga dipanggil sebagai Walk For Democracy atau "Berjalan Untuk Demokrasi" pada 9 Julai ini.

Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah al-Jundi turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh Jawatankuasa Bersih 2.0 atas kejayaan Majlis Pelancaran Bersih 2.0 yang diadakan malam tadi.

Katanya, DMPP percaya hasrat dan tujuan mereka ini adalah sangat murni, sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada seluruh warga dan tentulah juga merupakan manifestasi kehendak seluruh rakyat yang mahu melihat satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang Bersih, Adil dan Kredibil (boleh dipercayai).

"Apatah lagi jika kita melihat NGO-NGO yang terbabit di dalam BERSIH 2.0 ini merupakan NGO-NGO yang aktif dalam hal-hal berkaitan hak asasi manusia, pemberdayaan wanita dan rakyat, pembela terhadap masyarakat tertindas hatta dipimpin pula oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) iaitu Datuk Ambiga Sreenavasan yang tentulah tahu dan faham ruang lingkup yang menjadi hak rakyat hatta batasan serta sempadan-sempadan yang ada, selari dengan undang-undang serta peraturan dalam negara," katanya.

Hakikatnya, kata beliau selepas tempoh 12 kali Pilihan Raya Umum negara dan yang terbaru ialah Pilihan Raya Negeri Sarawak serta 16 kali Pilihan Raya Kecil membabitkan hampir kesemua negeri dalam Malaysia kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan; jelas terbukti bahawa terdapat pelbagai kelemahan ketara di dalam sistem dan perjalanan Pilihan Raya dalam negara itu.

Tambahnya, kelemahan-kelemahan itu dapat dilihat dan fahami melalui lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH 2.0.

Terpalit APCO, Umno berlagak bela Palestin

Posted: 19 Jun 2011 11:10 PM PDT

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) mendakwa Umno BN bersungguh-sungguh ingin menonjolkan diri sebagai pembela rakyat Palestin kerana namanya dikaitkan dengan perunding Yahudi, Apco Worldwide.

Beliau berkata, demi kepentingan politik, Umno BN sanggup bersikap biadab dengan cuba mengambil alih kuasa daripada pihak penganjur program Lifeline4Gaza (LL4G).

"Pandangan saya dalam kes ini Umno oleh kerana dipalit dengan Apco (Worlwide), maka dia nak bersihkan nama, nak tunjukkan diri dia di pihak yang kononnya nak membela orang Palestin kerana satu Malaysia sudah tahu mereka melantik penasihat daripada Yahudi Zionis.

"Untuk nak tonjolkan diri mereka sebagai pembela Palestin sangup nak rampas kuasa pengajur LL4G," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa beliau ingin menarik diri daripada menyertai Misi kemanusiaan International Freedom Flotilla ll kerana Mohamad Sabu.

Semalam, Khalid berkata beliau sedang mempertimbangann sama ada akan menyertai misi tersebut 26 Julai ini atau tidak memandangkan Umno BN cuba menguasai program tersebut.

Malah, nama Mohamad Sabu sebagai pemidato pada program LL4G Sabtu lalu digugurkan atas arahan pihak Jabatan Perdana Menter (JPM).

"Ada akhbar laporkan saya lemah semangat demi Mat Sabu. Saya nak beritahu, kita sebagai orang Islam tak buat kerja demi manusia tapi buat demi Allah.

"Saya kecewa sebab Umno seolah-olah merampas kuasa daripada NGO penganjur LL4G.

"NGO penganjur program jemput Perdana Menteri rasmi program dan Mat sabu mewakili Pakatan Pakyat untuk berucap.

"Tapi setiausaha Najib telefon kata kalau Mat Sabu berucap Najib tak akan datang, Aman Malaysia akan tarik diri dan kerajaan akan tarik bantuan untuk LL4G," katanya.

Ugutan ini kata Khalid sangat mengecewakan kerana Umno tidak ikhlas dalam membawa isu kemanusiaan.

"Saya kecewalah dengan sikap yang ditunjukkan Umno yang nak ambil kesempatan demi kepentingan politik, nak tonjolkan diri sebagai juara sedangkan ini program NGO dan kenalah hormat NGO yang jadi penganjur, bukan beri ugutan.

"Ini menunjukkan kepentingan politik itu tetap menjadi perkiraan utama mereka," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Difahamkan, beberapa NGO Islam seperti Cakna Palestin akan menarik diri dari misi tersebut kerana kecewa dengan Umno BN.

Bersih 2.0: Kerajaan guna taktik takutkan rakyat, kata Pemuda PAS

Posted: 19 Jun 2011 11:05 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Aksi penyokong Himpunan Bersih 2.0 ketika majlis pelancarannya di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda PAS pusat mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan taktik menakut-nakutkan rakyat bagi menghalang orang ramai daripada menyertai Himpunan Bersih 2.0 bulan depan.

Ketuanya Nasrudin Hasan berkata, hasrat aspirasi rakyat untuk memastikan proses pelantikan pemimpin negara menerusi lunas demokrasi dan pilihan raya yang adil serta telus sukar diterima oleh sebuah kerajaan yang angkuh.

"PAS bersama semua parti politik pembangkang serta pertubuhan bukan kerajaan yang menganggotai koalisi Bersih, bersiap sedia untuk berhimpun secara aman tanpa senjata untuk menyerahkan memorandum khas kepada Yang di-Pertuan Agong," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sehubungan itu Nasrudin berkata, kerajaan perlu jelas bahawa perhimpunan 9 Julai ini hanya satu perhimpunan aman dan ia diambil daripada roh demokrasi yang diperuntukkan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Ini bermakna, Perlembagaan yang dijunjung oleh seluruh rakyat Malaysia telah menjamin dan membenarkan hak yang diberikan kepada mereka. Oleh yang demikian, Bersih tidak melakukan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang," katanya lagi.

Kata beliau lagi selain mensinonimkan himpunan aman dengan himpunan haram dan himpunan yang boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan, seolah-olah satu lagi teknik yang dicipta untuk menyekat himpunan aman iaitu "takutkan rakyat."

Kata Nasrudin, teknik menakutkan rakyat dapat dilihat menerusi kenyataan Perkasa pada 13 Jun lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar 15 Jun, Majlis Bekas Wakil Rakyat dua hari kemudian, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pada 18 Jun serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin.

"Pada 19 Jun juga, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor menuduh bahawa Bersih 2.0 tidak harus mencontohi perhimpunan rakyat di negara Asia Barat seperti Mesir, Syria dan Libya," kata Nasrudin.

"Mereka cuba menafikan hak rakyat yang telah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan. Maka, kedaulatan undang-undang tersebut telah dicemari.

"Malah, apa yang diamalkan oleh kerajaan adalah undang-undang rimba," katanya.

Nasrudin menambah kerajaan yang angkuh dan menggunakan kuasa fizikal untuk menekan hak rakyat tidak akan selama-lamanya berkuasa.

"Rakyat tidak boleh disekat kerana akal, budi dan jiwa mereka sebenarnya bebas," katanya lagi.

Negara kebajikan: Buku Hijau pelengkap Buku Jingga Pakatan, kata PAS

Posted: 19 Jun 2011 11:01 PM PDT


KUALA LUMPUR— Buku Hijau, yang bakal memperincikan konsep negara berkebajikan PAS, akan menjadi pelengkap kepada Buku Jingga Pakatan Rakyat yang diterima komponen-komponen perikatan itu Disember lalu.

Buku Jingga antara lain menggariskan program 100 Hari yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Khamis lalu, PAS menubuhkan satu panel khas pelaksana yang akan memperincikan konsep negara berkebajikan dalam bentuk Buku Hijau untuk dijelaskan kepada rakyat negara ini.

Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Buku Hijau yang akan diedarkan ke seluruh negara dalam masa terdekat tidak bercanggah dengan keputusan bersama Pakatan Rakyat yang diterjemahkan dalam Buku Jingga.

Sebaliknya kata Salahuddin (gambar) yang juga pengerusi panel khas pelaksana itu, Buku Hijau negara berkebajikan itu akan menjadi pelengkap kepada Buku Jingga.

"Tidak... tidak... ia (Buku Hijau) akan menjadi satu nilai tambah dan ia sama sekali tidak bercanggah dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat.

"Apa yang ada dalam Buku Jingga itu adalah ciri-ciri penting negara berkebajikan dan Buku Hijau ini akan menjadi pelengkap, gandingan dua buku ini akan memperkukuhkan antara satu sama lain," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, Buku Hijau dirangka supaya rakyat memahami negara berkebajikan yang mahu dibawa parti Islam itu yang mendapat kritikan hebat oleh Umno.

"Kalau kita lihat respons yang diberikan rakyat terhadap Buku Jingga dan negara berkebajikan, ia sangat menarik dan menggamit rasa ingin tahu kandungan konsep itu.

"Jadi apabila buku ini dilancarkan kita berharap rakyat memahami dengan jelas akan konsep negara berkebajikan yang mahu kita bawa," kata Salahuddin sambil menambah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menerbitkan sebuah buku tentang negara berkebajikan.

"Buku Hijau adalah sinopsis daripada buku yang akan dikeluarkan presiden," tambah beliau.

Panel khas itu akan mengadakan mesyuarat pertama hari ini untuk memperincikan konsep negara berkebajikan, yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS pada 3 Jun lalu.

Ucapan dasar itu bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".

Panel khas pelaksana itu turut dianggotai oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dua ahli jawatankuasa kerja pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Idris Ahmad, Pengerusi Institut Kajian Polisi PAS Dr Zuhdi Marzuki dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat Dr Siti Mariah Mahmud.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata Buku Hijau bertindak sebagai penerangan tentang konsep negara berkebajikan dan ia tidak bercanggah dengan Buku Jingga.

Jelas beliau, segala maklumat dan ciri-ciri negara berkebajikan akan dirumuskan seterusnya diterjemahkan dalam bentuk dokumen iaitu Buku Hijau.

"Kita kini dalam persiapan untuk menyiapkan buku lengkap tentang konsep negara berkebajikan, apa yang kita bincangkan akan dirumuskan supaya rakyat faham apa matlamat kita.

"Buku Hijau ini tidak bercanggah dengan Buku Jingga kerana ia dokumen yang bersifat pelengkap... Buku Jingga itu adalah tawaran Pakatan Rakyat manakala Buku Hijau ini adalah konsep tapi dalam ruang lingkup yang lebih dasar," katanya.

Justeru beliau percaya konsep negara berkebajikan akan diterima baik sekiranya rakyat memahami dan jelas tentang dasar itu.

"Buku Hijau ini tidak bercanggah, malah konsep negara berkebajikan ini diterima oleh PKR dan DAP, malah tinjaun di peringkat akar umbi juga baik.

"Setelah buku ini, siap kita akan edarkan kepada masyarakat dan kita harap ia dapat membantu rakyat memahami dengan lebih jelas, sekali lagi Buku Hijau ini akan membantu memperkukuhkan Pakatan Rakyat," katanya.

Manifesto pilihan raya umum 2008 PAS juga bersandarkan tema negara berkebajikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan pemilihan PAS yang memihak kepada golongan profesional adalah kemenangan kepada DAP kerana parti itu berjaya "mempengaruhi" parti Islam itu mengubah dasar memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Selain itu dua bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi turut mengkritik konsep itu.

Keluarga Sarbaini akhirnya terima inkues siasat punca kematian

Posted: 19 Jun 2011 11:00 PM PDT


KUALA LUMPUR — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed bersetuju dengan keputusan kerajaan mengadakan inkues bagi menyiasat punca kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.

Menurut peguam yang mewakili keluarga Sarbaini, Ghazali Mohd Ramli, pihaknya memutuskan untuk mengikut undang-undang dan akur dengan keputusan kerajaan memanggil satu inkues awal bulan depan.

"Keluarga bersetuju, balu Sarbaini (Maziah Manap) juga bersetuju, mungkin ada yang tidak setuju tapi kita perlu ikut undang-undang.

"Saya boleh katakan keluarga bersetuju dengan inkues, kita ikut keperluan... undang-undang sudah kata macam itu, jadi kita ikut," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ditanya mengenai pendirian anak sulung Sarbaini (gambar), Shahril yang mahukan agar suruhanjaya diraja siasatan diadakan, Ghazali berkata, permintaan itu tidak munasabah kerana inkues perlu diadakan terlebih dahulu.

"Suruhanjaya diraja siasatan tidak munasabah lagi, inkues perlu dilakukan terlebih dahulu... kemudian baru suruhanjaya diraja.

"Jadi, kita sudah buat keputusan untuk bersetuju dengan inkues ini," katanya.

Sementara itu, Shahril juga mengesahkan keluarga bersetuju agar diadakan inkues setelah dinasihati Ghazali selaku peguam keluarga.

Dia juga menegaskan keputusan itu dibuat secara rela hati dan tidak wujud sebarang unsur paksaan.

"Ya, kami setuju dengan inkues... saya sudah hubungi ibu dan dia kata setuju sebab peguam kata perkara ini memang kena ikut langkah dan tidak boleh terus mahu adakan suruhanjaya diraja siasatan.

"Tiada (paksaan)... keputusan ini rela hati mahu adakan inkues sebab prosedur tetap prosedur," katannya, namun enggan mengulas lanjut.

Jelas Ghazali, seorang peguam pemerhati akan dilantik bagi memantau perjalanan inkues yang akan bermula 4 hingga 15 Julai ini, yang diketuai koroner Aizatul Akmal Maharani.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk V.K Liew berkata, inkues perlu diadakan terlebih dahulu meskipun wujud tekanan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan.

Beliau berkata bahawa inkues adalah pilihan pertama dan ia adalah prosedur yang perlu dipatuhi.

Shahril juga sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya lebih suka jika Putrajaya terus menubuhkan suruhanjaya diraja siasatan berbanding inkues.

Kata Shahril, keluarganya percaya inkues yang mahu diadakan sukar untuk mengenal pasti punca kematian selain akan melambatkan proses menuntut keadilan.

Misi Palestin: Umno-BN tidak ikhlas, cari nama

Posted: 19 Jun 2011 10:56 PM PDT

http://www.7iber.com/wp-content/uploads/viva-palestina1.jpeg

Semua perkara UMNO nak kacau...

PASPB


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kesal dengan tindakan Umno-Barisan Nasional (BN) yang didakwa mengambil kesempatan mencari nama sehingga lupa tujuan utama membantu umat Islam Palestin dalam misi kemanusiaan ke Gaza hujung bulan ini.

Khalid mendakwa Umno-BN mempunyai agenda tertentu dalam "International Freedom Flotilla 11″ sehingga beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Pakatan Rakyat digugurkan dalam Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia malam tadi di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, dekat sini.
Menurutnya, antara NGO itu termasuklah Aman Palestin dan Cakna Palestin (wakil daripada Kelantan).

Beliau yang mewakili Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam misi itu berkata sepatutnya isu berkaitan Palestin adalah isu bersama dan umat Islam perlu bersatu.

"Saya dukacita kerana Umno-BN tidak menunjukkan keikhlasan untuk anjur program ini kerana mereka sedar Pakatan dan NGO daripada

Pakatan turut serta dan berjaya mengumpulkan semua pihak dan bersatu dalam misi ini.

"Jelas Umno-BN ada agenda merencanakan sesuatu untuk ambil alih program ini sehingga wakil PAS, Timbalan Presiden kami Mohamad Sabu digugurkan daripada berucap ketika majlis malam tadi.

"Tindakan Umno-BN ini juga dilihat mahu membersihkan nama selepas pendedahan Apco. Jadi mereka mahu jadi hero di mata rakyat dan ambil kesempatan asalkan niatnya tercapai," katanya ketika dihubungi FMT.

Menurut Khalid, beliau masih mempertimbangkan penyertaannya dalam misi itu yang dijadualkan pada 23 Jun ini.

Khalid berkata beliau merasa 'berat hati' untuk turut serta walaupun sudah memasang niat menyertai misi itu sejak Fortilla 1 lagi.

"Saya masih memikirkan hal ini kerana rasa berat hati untuk turut serta. Saya akan berbincang dengan sahabat-sahabat PAS lain untuk membuat keputusan selanjutnya," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu.

LL4G adalah sebuah gabungan NGO Malaysia, akan menyertai bersama lebih 600 sukarelawan antarabangsa daripada pelbagai bangsa dan agama, dalam Misi Kemanusiaan "International Freedom Flotilla 11" ke Gaza hujung bulan ini.

Kesemua kapal antarabangsa ini dijangka berada di lautan pada 27 atau 28 Jun ini.FMT

Tiada ulasan: