Ahad, 19 Jun 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jelaskan maahad mana terlibat dengan keganasan

Posted: 19 Jun 2011 07:26 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) mendesak agar kerajaan menjelaskan sekolah maahad swasta manakah yang dikatakan sedang menjalani proses mengkaderkan anggota-anggota Jamaah islamiah (JI) dan siapakah sumber yang dikatakan "risikan anti keganasan" seperti yang disiarkan di muka hadapan Mingguan Malaysia hari ini.

Akhbar itu juga melaporkan, kononnya maahad itu sebagai transit merekrut rakyat tempatan sebelum menjalani latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda dan MILF di Selatan Filina selain masih aktif sehingga hari ini menyebarkan fahaman Salafiah Jihadiah.

Maahad tersebut juga dikatakan menjadi tempat perlindungan Abu Bakar, Abdullah Sungkar, Mohd. Iqbal Abdul Rahman, Hambali dan 16 anggota kanan kumpulan Darul Islam dari Solo, Jawa Tengah melarikan diri ke Malaysia selepas pemerintahan Presiden Suharto.

Ketua DPP, Nasrudin Hassan berkata, apa yang merisaukan laporan akhbar itu terlalu samar bilamana sumber risikan itu tidak didedahkan dan sekolah maahad mana tidak disebut secara langsung.

Tambahnya, ini akan menimbulkan rasa takut dan tidak selesa dalam negara terutamanya ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah maahad.

"Apa yang meragukan lagi, tahanan-tahanan yang ditahan di bawah ISA atas tuduhan menganggotai Jamaah Islamiah (JI) dan rangkaian Al-Qaeda masih belum dibuktikan bersalah walaupun ada yang telah bertahun-tahun merengkok di dalam penjara. Kewujudan JI di Malaysia masih meragukan," katanya.

Beliau berkata, sekiranya betul wujud, pihaknya meminta didedahkan sekolah yang terlibat kerana Sekolah Agama Maahad diwujudkan bukan untuk mengkaderkan pengganas seperti yang digambarkan oleh akbar berkenaan, tetapi adalah untuk melahirkan ilmuan-ilmuan Islam yang faqih dalam bidang pengajian duniawi dan ukhrawi.

"Tindakan Utusan ini juga secara tidak langsung melabelkan Islam dengan keganasan dan kita tidak mahu kerajaan Malaysia mengikut telunjuk US yang mengaitkan Islam dengan keganasan, mereka-reka cerita JI dalam negara semata-mata untuk menyedapkan telinga US dan Israel.

"Jangan hanya kerana cerita yang sumbernya entah siapa maka sekolah-sekolah Maahad ini menjadi manjadi mangsa dan kesannya ibu bapa takut menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah maahad ini selain pandangan buruk umum kepada sekolah maahad," ujarnya lag.

Telah terbukti, katanya sekolah-sekolah maahad ini walaupun tidak di bawah kelolaan kementerian pelajaran, mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik setanding dengan sekolah-sekolah kebangsaan malah lebih hebat lagi insan yang dilahirkan itu mempunyai akhlak yang baik.

Pemuda PAS juga, katanya tidak mahu ini menjadi suatu taktik kerajaan Umno BN untuk menghalalkan akta zalim ISA, seterunya menangkap penganjur-penganjur dan peserta-peserta Bersih 2.0 menjelang himpunan aman itu nanti.

Himpunan Bersih 2.0 aman, polis patut kerjasama

Posted: 19 Jun 2011 07:24 AM PDT

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tetap memberi jaminan bahawa himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini akan berjalan dalam keadaan aman jika pihak polis memberikan sepenuh kerjasama.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menjaga keselamatan peserta himpunan dan memastikan tiada sebarang kekecohan.

"Saya merayu sekali lagi kepada Polis Diraja Malaysia, ketua polis negara supaya menjaga keamanan dan keselamatan rakyat serta tidak melakukan tindakan keras kepada rakyat yang menuntut demokrasi dan pilihan raya adil dan bebas," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mohamad yakin polis mampu memantau mana-mana pihak yang berniat melakukan kekacauan dan rakyat akan berasa gembira sekiranya memorandum tersebut pada diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong dalam keadaan aman.

""Kalau kita sampai ke Istana Negara dengan selesa dan baik, semuanya akan berjalan dengan lancar…kita juga akan bersurai dengan baik.

"Keadaan akan jadi tidak elok apabila polis bertindak sembur gas pemedih mata dan air asid, itu yang sebabkan peserta berlari, peniaga terpaksa tutup kedai, peniaga air kena buang air sebab dimasuki air asid.

"Kalau perkara ini tidak berlaku naka saya percaya semua akan gembira, rakyat akan gembira dan peniaga juga akan gembira," katanya.

Jangan peduli "gendang" Perkasa

Sementara itu, naib presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, penganjur Bersih 2.0 tidak perlu tunduk kepada amaran polis kerana matlamatnya jelas untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Beliau berkata, pihak penganjur harus mencontohi Mesir yang menyediakan buku panduan ringkas kepada peserta demonstrasi mereka.

"Revolusi di Mesir mereka ada buku panduan. Kalau pergi demonstrasi macammana tak nak berlaku huru hara.

"Kita pergi demo memang nak secara aman tpi kalau FRU datang sembur kita, orang jadi panik, mata tak nampak, tak boleh bernafas macammana nak buat?

"Dalam tips ini sebut kena bawak air lemon, atau cuka epal untuk lindungi kita. Ini satu cadangan yang baik.

"Mata kena pakai cermin mata yang boleh lindungi mata, pakai baju banyak lapis supaya orang tak nampak kita nak pergi Bersih tapi nampak kita macam nak pergi shopping," katanya sewaktu bercakap dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH) malam semalam.

Beliau juga berkata, tindakan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) yang juga mahu mengadakan perhimpunan membantah Bersih pada hari yang sama tidak harus dihiraukan.

"Perkasa kata mereka nak pergi saya rasa adalah dalam 30 orang.

"Kalau kita berhimpun 1,000 hingga 2,000 orang, Perkasa jadi sangat kecil dan kita tak perasan pun ada Perkasa di situ.

"jadi jangan takut. Bila gendang bunyi kuat, biasanya isinya kosong. kalau Perkasa bunyi kuat, mesti tak ramai datang," katanya disambut ketawa hadirin.

Sementara itu,BERSIH akan mengadakan pelancaran Perhimpunan Bersih 2.0 di Dewan Utama, KLSCAH pada jam 8.30 malam ini.

Pemimpin Bersih, NGO dan masyarakat awam akan memberikan ceramah dan taklimat berhubung perkembangan dan tuntutan Bersih.

Anwar: Saya akan minta Bersih batal himpunan jika Najib jamin pilihan raya adil

Posted: 19 Jun 2011 07:23 AM PDT

TERKINI

SHAH ALAM— Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meminta Himpunan Bersih 2.0 bulan depan dibatalkan jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat memberi jaminan pilihan raya umum yang bersih dan adil.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata beliau bersedia meminta Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan "esok juga" jika Najib sanggup memberi jaminan itu.

Bersih 2.0, perhimpunan kedua selepas kempen penghujung tahun 2007, akan diadakan 9 Julai ini di ibu negara.

Anwar (gambar), yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pihaknya menyokong usaha Ambiga kerana beliau mahu memperjuangkan satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

Sambil menegaskan bahawa beliau yakin boleh mencapai kemenangan jika pilihan raya yang adil dilangsungkan, Anwar berkata, "cuba adakan pilihan raya yang bebas, saya yakin kita boleh lakukan."

"Tanya saya, saya yakin saya boleh," katanya lagi.

"Itu sebab bila Ambiga mahu memperjuangkan pilihan raya yang dilihat adil, kita bantu," katanya lagi.

Dalam ucapan penggulungan pada Konvensyen Pilihan Raya PKR 2011 yang berlangsung di sini hari ini, Anwar juga berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melakukan satu perbuatan jenayah dengan bersubahat bersama Umno-BN.

Ini termasuklah tindakan membenarkan pendaftaran pemilih hantu dan daftar pemilih yang tidak bersih serta penerimaan rakyat asing sebagai pemilih.

"Bagi saya SPR telah melakukan jenayah melanggar Perlembagaan Persekutuan," kata beliau yang turut merujuk kepada dakwaan timbalan presiden PKR Azmin Ali bahawa masih wujud pengundi hantu dalam daftar induk pemilih 2010 yang diwartakan bulan lalu.

Azmin mendakwa masih ada 11 pemilih termasuk lima pemilih kalangan Cina yang didaftarkan menggunakan alamat rumah ibunya di Kampung Kelang Gate dalam bahagian Parlimen Gombak.

Dalam ucapannya, Anwar juga berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat dapat mengubah landskap politik negara jika dapat memperoleh tambahan lima peratus undi.

"Kita telah datang sehingga ke peringkat ini dari tahun 1999, 12, 13 tahun adalah tempoh yang singkat. Sekarang, kita perlukan lima peratus untuk mengubah landskap Malaysia.

"Ini peluang terbaik kita, bukan sahaja bagi Pakatan Rakyat (PR) tetapi juga bagi rakyat untuk mengubah kerajaan. Ini apa yang kita kata masa terbaik," kata beliau.

Anwar menambah Pakatan Rakyat tidak mahu menang dengan hanya kelebihan 51 peratus undi, sebaliknya mahu sekurang-kurangnya 55 peratus undi popular.

Ini kerana tegas beliau, jika menang dengan 51 peratus sudah pasti akan ada penipuan di sana sini untuk menafikan kemenangan Pakatan Rakyat.

Ambiga: Saya tak peduli serangan peribadi Perkasa, Bersih bukan soal individu

Posted: 19 Jun 2011 07:16 AM PDT


KUALA LUMPUR — Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan beliau tidak kisah serangan peribadi yang dilakukan oleh Perkasa berhubung usaha pihaknya mengadakan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan.

Sambil menyifatkan serangan peribadi Perkasa agak keterlaluan, Ambiga juga berkata tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadap pertubuhan bukan kerajaan itu.

"Apa saya boleh buat? Saya tidak akan mempedulikan serangan peribadi yang dilakukan terhadap saya kerana Bersih bukan soal satu individu.

"Bersih adalah satu gerakan kemanusiaan, kita ada 14 ahli jawatankuasa pemandu dalam Bersih dan keputusan yang dibuat ini adalah keputusan bersama Bersih," katanya kepada The Malaysian Insider.

Perkasa ketika pelancaran perhimpunan anti-Bersih petang tadi bertindak membakar gambar Ambiga dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.

"Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.

"Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak," katanya pada pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.

Ibrahim juga mendakwa Ambiga (gambar) sebagai ejen Yahudi.

Selain mengecam penganjuran Himpunan Bersih 2.0, turut diedarkan risalah yang berbentuk serangan peribadi terhadap Ambiga dengan perkataan "Awas!!! Ambiga, wanita Hindu yang merbahaya.

Selain Perkasa dan Bersih, Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan pada hari tersebut.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Tambah Ambiga, tuntutan-tuntutan yang dibuat Bersih adalah benar dan ia tidak boleh dinafikan SPR.

"Malah tiada sesiapa pun yang boleh menafikan bahawa tuntutan yang kami buat ini adalah tidak sah dan perhimpunan kita secara aman, kami juga akan gerakkan himpunan ini dengan bertanggungjawab.

"Dan, jika ada keganasan yang berlaku ia bukan daripada pihak kita," katanya.

Ditanya sekali lagi mengenai serangan peribadi itu, Ambiga menegaskan beliau tidak akan memberi sebarang komen mengenai perkara itu dan berharap polis akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya tidak akan memberikan apa-apa komen soal serangan peribadi yang dilemparkan kepada saya, saya percaya polis akan jalankan tugas mereka.

"Saya percaya polis akan ambil tindakan yang mereka fikirkan sepatutnya buat. Pada saya serangan yang dilemparkan agak keterlaluan," katanya.

Perkasa bakar gambar Ambiga, minta kaum Cina jauhi Bersih 2.0

Posted: 19 Jun 2011 07:10 AM PDT

TERKINI


Penyokong Perkasa membakar poster Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga di pekarangan Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur petang tadi. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR — Perkasa bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini kerana "apa sahaja boleh berlaku."

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.

"Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.

"Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak," katanya pada pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Dalam ucapan di hadapan penyokongnya termasuk kalangan Cina dan India, Ibrahim berkata Himpunan Bersih 2.0 diadakan kerana gerakan itu mempunyai agenda untuk menumbangkan kerajaan sedia ada dengan mengambil inspirasi daripada apa yang berlaku di Timur Tengah.

"Kita tahu tujuan mereka turun ke jalanan, kumpulan ini mahu menimbulkan huru-hara dalam negara, kalau dulu peristiwa 13 Mei (1969) negara diisytiharkan darurat dan Tun Abdul Razak (Hussein) dilantik sebagai ketua negara sementara dan jika ia berlaku nanti adakah perkara sama akan berlaku?

"Sebab itu kita tidak boleh berdiam diri, kita tahu orang Cina mengutamakan perniagaan... kita tidak mahu himpunan 9 Julai yang mereka buat ini menunjukkan mereka dapat restu daripada rakyat, kita bertegas dalam perkara ini dan kita bukan mahu melakukan provokasi," katanya.

Malah dalam ucapan pelancaran, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa Ambiga sebagai ejen Yahudi.

"Kita tentang Ambiga bukan sebab dia India tapi sebab dia jahat, Melayu jahat pun ada... Melayu yang jahat juga kita marah.

"Siapa Ambiga? Saya percaya dia adalah ejen Yahudi... siapa dia puan guru Ambiga ini," katanya.

Selain mengecam penganjuran himpunan Bersih 2.0, turut diedarkan risalah yang berbentuk serangan peribadi terhadap Ambiga dengan perkataan "Awas!!! Ambiga, wanita Hindu yang merbahaya.

"Kita sedang berhadapan dengan seorang wanita Hindu bernama Datuk Ambiga Sreevanesan (cehh... anti Islam ini pun boleh dapat Datuk) yang sangat anti kepada Melayu dan Islam yang akan mengetuai perhimpunan Bersih yang kotor sebenarnya.


Penyokong Perkasa mengambil bahagian dalam majlis pelancaran Gerakan Aman 9 Julai di Kuala Lumpur hari ini. — Foto oleh Jack Ooi
"Wanita Hindu ini adalah pembela kepada kes Lina Joy yang ingin murtad. Beliau selalu membabitkan diri dalam isu-isu murtad kalangan orang Islam, malah beliau semasa menjadi presiden Majlis Peguam sangat agresif menyerang kerajaan BN (Barisan Nasional) kerana diterajui oleh orang Melayu," kata risalah itu.

Kata Ibrahim, pihaknya akan menggerakkan 20 bas dari setiap negeri pada 9 Julai ini untuk membantah Himpunan Bersih 2.0.

"Percayalah hanya segelintir orang Cina dan India akan sertai Himpunan Bersih 2.0 itu nanti, yang ramai ialah orang-orang Melayu... agenda himpunan ini bukan hendak menuntut satu pilihan raya yang bersih tapi agenda utama untuk menghuru-harakan negara seperti mana yang berlaku di Mesir, Tunisia, Libya dan beberapa negara lain.

"Mereka kata pilihan raya tidak adil tapi pada 2008 mereka tawan empat negeri, menang 82 kerusi Parlimen, kalau mereka kata ini tidak adil saya cabar mereka letak jawatan masing-masing dan kita adakan semula pilihan raya," katanya.

Selain Perkasa dan Bersih, Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan pada hari tersebut.

Tegas Ibrahim, himpunan anti-Bersih tidak akan bergabung dengan Pemuda Umno sambil berkata "tidak mahu digelar sebagai himpunan parti politik."

"Kita tidak akan bergabung dengan Pemuda Umno, kita ini adalah NGO bukan parti politik dan kita mahu bergerak atas tiket NGO.

"Ini keputusan kita, kita hanya bergerak atas NGO bukan parti politik," katanya sambil menambah tindakan Bersih turun ke jalanan bukan kebebasan bersuara yang sebenar.

Turut hadir dalam pelancaran itu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkefli Noordin dan bekas timbalan menteri penerangan Datuk Khalid Yunus.

Ditanya soal permit, Ibrahim menegaskan jika Himpunan Bersih 2.0 diadakan tanpa permit, maka pihaknya juga akan berhimpun tanpa permit.

"Jika Bersih tidak memohon permit kita juga akan lakukan perkara sama, kalau Bersih mempunyai permit kita juga akan mohon permit," katanya.

Bagaimana Serangan Jantung Terjadi?

Posted: 19 Jun 2011 03:01 AM PDT

Oleh Dr Haizal Haron Kamar


Arteri koronari adalah pembuluh darah yang mengelilingi jantung dan membawa di dalamnya darah yang kaya oksigen serta nutrien ke otot-otot jantung. Ini penting untuk jantung berfungsi dengan sempurna.

Dengan pembentukan plak di dinding dalam arteri akibat proses aterosklerosis (pengumpulan lemak atau kolesterol pada dinding dalam salur darah), ruang di dalam arteri menjadi sempit dan mengganggu perjalanan darah.

Sakit di dada (angina pectoris) berlaku apabila darah tidak sampai ke otot jantung ketika melakukan aktiviti cergas, tetapi kembali normal selepas berehat beberapa minit.

Bagaimanapun, plak berkenaan boleh menjadi tidak stabil dan pecah disebabkan faktor tertentu. Ini menghasilkan trombosis atau gumpalan darah beku. Ia berlaku secara tiba-tiba dan menutupi seluruh arteri lalu menghalang perjalanan darah. Otot jantung yang terbabit akan mengalami kerosakan.

Cuba bayangkan sebatang sungai besar yang mengalir di sebuah ladang epal yang subur. Apabila aliran air sungai tersekat, pokok epal akan layu dan mati. Begitu juga yang berlaku pada otot-otot jantung.

Sel otot jantung ini akan mati akibat ketandusan darah. Fenomena yang berlaku dipanggil serangan jantung atau infarksi miokardium.

Apakah Bahaya Serangan Jantung?

Tahukah anda, penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di Malaysia dan kebanyakan negara di dunia? Pernahkah anda terfikir, serangan jantung dan penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu wanita – hampir 5 kali ganda lebih tinggi berbanding barah payudara?

Serangan jantung adalah penyebab utama kematian mengejut. Kejadian ini berlaku apabila jantung berhenti berdenyut secara tiba-tiba atau mengalami fibrilasi ventrikular akibat kerosakan pada jantung.

Tahukah anda, lebih kurang 50% kematian akibat serangan jantung terjadi dalam masa satu jam dan hampir semuanya sebelum sempat tiba di hospital? Bagi yang 'terselamat', segolongan besar mengalami penyakit lemah jantung atau kegagalan fungsi jantung akibat kerosakan teruk otot-otot jantung.

Ini dimanifestasikan dengan keadaan kaki yang mudah bengkak dan kesesakan nafas ketika rehat atau melakukan aktiviti.

Apakah Gejala Serangan Jantung?

Serangan jantung boleh berlaku secara tiba-tiba. Ia sering berlaku pada awal pagi ketika tidur, tetapi ia juga boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana saja, sama ada ketika melakukan aktiviti atau berehat.

Kira-kira 50% pesakit yang alami serangan jantung tidak mempunyai tanda awal. Bagi mereka, ini gejala pertama penyakit jantung koronari. Oleh itu, kita wajar mengetahui gejala serangan jantung iaitu :

* Sakit di dada. Jantung sebenarnya terletak di bahagian tengah dada dan bukan di kiri, tetapi sakit dialami sering membabitkan keseluruhan dada. Ia seperti satu cengkaman kuat atau perasaan berat di dada. Ia kadangkala merebak ke bahagian atas dada hingga ke leher dan gusi atau ke tangan kiri atau kanan.

* Simptom berkaitan yang mungkin berlaku ketika sakit dada adalah kesesakan nafas, berpeluh yang sejuk, rasa lemah badan dan pening.

* Ada segolongan pesakit yang tidak mempunyai gejala klasikal seperti di atas. Ada yang hanya mengalami kesesakan nafas atau sakit di bahagian lain di badan. Ada kes berlaku pesakit yang menghidap serangan jantung dihantar ke wad pembedahan kerana simptomnya yang ketara adalah sakit di perut. Ada pula kes yang mana pesakit pergi ke doktor gigi terlebih dulu disebabkan sakit gusi, tanpa rasa sakit di dada.

* Ada pula yang tidak mengalami kesakitan di dada atau apa-apa simptom. Ini sering didapati pada pesakit yang mengidap diabetes.

Kadangkala sukar untuk tahu sama ada gejala dialami adalah disebabkan serangan jantung, terutama mereka yang tidak mengalami simptom klasikal.

Jika tidak pasti, segera ke hospital berdekatan. Usah bertangguh untuk menjalani pemeriksaan. Ingat, setiap masa sangat berharga dan jika dibiarkan, ia boleh merosakkan jantung dan mengorbankan nyawa.

MCA yakin ahli parti tidak akan sertai BERSIH 2.0

Posted: 19 Jun 2011 02:48 AM PDT

BERNAMA


KUANTAN: MCA percaya ahli parti itu tidak akan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 yang dirancang 9 Julai depan, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata, beliau sudah mengarahkan ahli parti supaya tidak menyertai perhimpunan itu kerana ia tidak memberi sebarang manfaat malah ia berbaur politik kotor pembangkang semata-mata.

"Kita perlu terangkan bahawa adanya motif politik di sebalik perhimpunan BERSIH ini... mereka cuba gunakan perhimpunan ini untuk menaikkan emosi rakyat supaya membenci kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat MCA Bahagian Kuantan di sini hari ini.

Penganjur perhimpunan menuntut pilihan raya lebih bersih dan adil termasuk pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil semasa pilihan raya.

Liow berkata, sekiranya ada ahli MCA didapati terbabit menyertai perhimpunan tersebut, tindakan di peringkat parti akan diambil.

"Kita boleh ambil tindakan mengikut peraturan dalam parti," katanya.

Beliau berkata, nasihat yang sama turut diberikan kepada rakyat di seluruh negara supaya tidak membabitka diri dalam perhimpunan itu.

Amanat Anwar : AMK Siapkan Jentera Hadapi PRU- 13

Posted: 19 Jun 2011 02:46 AM PDT

TVS NEWS




SHAH ALAM : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Ketua Angakatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin agar menyiapkan pimpinan anak muda yang berkreadibiliti untuk diletakkkan di barisan hadapan dalam usaha meneruskan kesinambungan perjuangan parti.

Katanya dalam ucaptama Rapat Anak Muda 13.0, golongan muda dalam jentera parti perlu bekerja dengan keikhlasan hati dan bersungguh- sungguh untuk merampas pentadbiran di Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

"Pada tahun 2008, pimpinan pun tidak cukup yakin untuk menang. Kita kena ubah. Tidak yakin barisan belakang, yakin duduk hadapan. Orang barisan depan, pimpinan kurang yakin tolak di belakang. Dan ini digunapakai untuk semua pimpinan anak muda di semua peringkat.

"Saudara Shamsul Iskandar, kaji semula semua pimpinan di semua peringkat. Angkatan Muda Keadilan di peringkat pusat dan negeri yang yakin dipertahankan di hadapan, yang kurang yakin susun di bahagian belakang. Beritahu Shamsul Iskandar sekarang, kalau tidak dengan dia kita gulingkan. Saya kata begitu kerana saya yakin dia akan lakukan," kata Anwar sambil tersenyum dan disambut tepukan gemuruh AMK.

Rapat Anak Muda AMK 13.0 dengan tema 'Yakin Berani Berubah', yang berlangsung di Dewan Jubli Perak semalam, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berjaya menghimpunkan 3,000 wakil AMK dari semua cabang dari Seluruh Malaysia.

Turut hadir adalah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai, Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie, Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainudin, Blogger Tukartiub, Hishamudin Rais dan Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail.

Beliau menambah, gerak kerja parti perlu dilakukan secara berjemaah walaupun ada kalanya berlaku percanggahan pendapat antara ahli dan perkara paling utama adalah memahami dan patuh kepada kehendak perjuangan.

"Kalau saudara fikir mahu laksana agenda sendiri, sukar untuk kita pertahankan kerana parti ini adalah parti jamaah. Kita berkerja sebagai sebuah pasukan, kita berkorban sebagai sebuah pasukan, kita bergerak dan berjuang sebagai sebuah pasukan," katanya.

Beliau menyelar tindakan bacul sesetengah pihak yang dilihat cuba untuk menghalang suara rakyat dilaungkan lebih-lebih lagi berkaitan Perhimpunan BERSIH 2.0 yang bakal berlangsung Julai depan.

"Hak yang terjamin dalam Perlembagaan yang dituntut, apa yang separuh menggila berbicara soal BERSIH. Yang kita tuntut apa? Yang dijamin dalam Perlembagaan bahawa sesungguhnya pilihanraya bagi negeri Persekutuan Tanah Melayu di tahun 1957, pengisytiharan kemerdekaan itu mengamalkan demokrasi. Demokrasi itu bererti pimpinan dan wakil calon dipilih secara bebas dan telus.

"Kita merdeka lebih 50 tahun pemimpin-pemimpin yang korup, yang bacul tidak berani mengadakan pilihanraya yang bebas dan telus. Mereka sebenarnya bacul dan takut dengen kehendak dan suara rakyat kerana suara rakyat adalah suara keramat," katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh wakil AMK yang hadir.

Anwar turut mengingatkan AMK bahawa Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib Razak akan meneruskan usaha menggugat dan membeli mana-mana individu yang boleh dibeli untuk berpaling tadah.

"Sekarang adalah masa bertempur untuk melawan Umno. Dia tidak boleh menghalang rakyat daripada bersama kita untuk menumbangkan kezaliman Umno Barisan Nasional.

"Saya tidak akan nafikan bahawa sekarang akan lebih hangat menjelang pilihanraya akan datang lebih hebat Najib dan Rosmah mencari orang yang mana boleh dibeli. Kalau ada yang ingin dibeli katakan kepada mereka persetankan kamu dan keluar cepat," katanya.

Majlis turut diserikan dengan Ucapan daripada Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai, Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar, Hishamuddin Rais, persembahan nyanyian daripada Okes Rakyat Tertindas dan Beeha, deklamasi puisi daripada Rozan Azen Mat Rasip.

Ahli AMK Diseru Meriahkan BERSIH 2.0

Posted: 19 Jun 2011 02:41 AM PDT

TVS NEWS




SHAH ALAM : Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru semua anak muda untuk turut sama hadir ke Perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menyatakan sokongan dalam usaha menuntut sistem pilihanraya yang adil dan telus di negara ini.

Perhimpunan Bersih 2.0 bakal berlangsung pada 9 Julai depan dijangka akan disertai banyak pihak dari seluruh negara.

Setakat ini lebih 30 laporan polis telah dibuat semata- mata untuk menghalang Perhimpunan aman itu diadakan.

Beliau turut mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar rakyat yang semakin celik politik, menuntut kebebasan dan keadilan yang selama ini dinafikan UMNO BN.

"Kita beritahu kepada TPM, jangan cabar rakyat. Kita nak buat BERSIH ini untuk baiki sistem pilihanraya. Kalau sistem pilihanraya tidak boleh jatuhkan kerajaan, kita ada cara lain. Apa dia saudara-saudara? Cara jalan raya. Pilihanraya suatu sebab kalau tidak jalan (berjaya) BERSIH, cara jalan raya juga boleh jatuhkan kerajaan. Jangan cabar kita untuk guna cara jalan raya untuk jatuhkan mereka," katanya.

Semalam Muhyiddin menyifatkan himpunan aman BERSIH 2.0 itu bertujuan untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau semberono menuduh himpunan aman itu jalan pintas Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya. Walhal himpunan rakyat besar- besaran itu dianjurkan oleh badan- badan bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamat mahu pilihan raya diadakan secara bersih dan Pakatan Rakyat hanya menyokong usaha murni itu.

Shamsul turut membidas Pemuda Umno yang mengisytiharkan mahu mengadakan perarakan bagi membalas himpunan aman BERSIH 2.0.

Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin sebelum ini menyifatkan kumpulan yang berdemo di jalanan sebagai 'beruk'.

"Pemuda Umno nak buat demonstrasi, dulu dia panggil kita beruk jalanan. Sekarang dia pun nak jadi kepala beruk. Tapi kita tahu itu semua wayang mereka. Ini bukan pertandingan demonstrasi BERSIH lawan demonstrasi PERKASA. Tuntutan kita jelas. Kalau SPR boleh baiki sistem dan pastikan pilihanraya berjalan dengan bebas dan telus, itu sudah mencukupi untuk tuntutan BERSIH," katanya.

Perhimpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan pemerintah gagal meneliti empat tuntutan BERSIH kali pertama yang diadakan pada 2007 yang lalu.

Antara empat tuntutan itu ialah penggunaan dakwat kekal, penyemakan semula daftar pemilih, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara serta akses media yang adil kepada semua pihak.

Sempena himpunan kali kedua itu, dua lagi tuntutan ditambah yakni, bantahan penyalahgunaan institusi kerajaan dan lanjutan tempoh masa berkempen yang munasabah.

Rapat Anak Muda 13.0 Dengan tema 'Yakin Berani Berubah', Rapat AMK yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berjaya menghimpunkan 3,000 wakil AMK dari semua cabang dari Seluruh Malaysia.

Antara pimpinan PKR yang hadir adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai, Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie, Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainudin (Jonah), Blogger Tukartiub, Hishamudin Rais dan Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail.

Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai, Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar, Hishamuddin Rais, persembahan nyanyian daripada Okes Rakyat Tertindas dan Beeha, deklamasi puisi daripada Rozan Azen Mat Rasip.

Mengapa tolak soalan saya, Chong tanya speaker S'wak

Posted: 19 Jun 2011 02:36 AM PDT

Ang Ngan Toh


ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen mengkritik speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Awang Asfia Awang Nasar kerana menolak dua soalannya untuk sesi soal jawab sidang DUN minggu depan.

dapsy lodging report against utusan 161008 chong chieng jenSoalan pertamanya ditujukan kepada ketua menteri yang berbunyi:

a) Dalam 15 tahun lalu, senarai tanah yang diberikan kepada syarikat-
syarikat yang pemegang sahamnya terdiri daripada anak-anak serta adik beradik lelaki dan perempuan ketua menteri dan keluasan tanah terbabit;

b) Premium yang dikenakan oleh kerajaan negeri untuk pemberian tanah itu kepada syarikat-syarikat berkenaan;

c) Adakah tanah ini diberikan kepada syarikat-syarikat berkenaan melalui tender terbuka? Jika tidak, apakah sebab-sebab untuk memberi tanah tersebut kepada syarikat-syarikat terbabit?

Soalan keduanya ialah untuk meminta Ketua Menteri menyatakan:

a) Memandangkan Syarikat SESCO Berhad telah memeterai perjanjian dengan Sarawak Hidro Sdn Bhd untuk membeli kuasa elektrik yang dijana oleh Empangan Bakun pada harga 6.25 sen / kWj, sama ada kerajaan mempunyai sebarang rancangan untuk mengurangkan tarif elektrik domestik, komersil dan perindustrian SESCO untuk pengguna tempatan, ahli perniagaan dan industri?

NONEb) Siapa yang akan mendapat faedah daripada kadar murah elektrik
yang dijana oleh Empangan Bakun?

Chong memberita media semalam bahawa tidak ada apa yang salahnya dengan soalan-soalannya itu.

Beliau berkata ianya merupakan soalan-soalan yang adil dan tidak sepatutnya ditolak.

Chong juga menegaskan bahawa kedua-dua soalan itu tidak melanggar peraturan Perintah Tetap 20 (1) (a), (c) atau (l).

Umno cuba monopoli, MP Khalid Samad ‘berat hati’ sertai misi Gaza

Posted: 19 Jun 2011 02:34 AM PDT


KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mengakui beliau "berat hati" untuk menyertai misi keselamatan membantu rakyat Palestin selepas mendapati Umno cuba memonopoli program murni itu.

Justeru beliau yang akan mewakili ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat berkata perkara tersebut akan dibincangkan terlebih dahulu bersama kepimpinan perikatan itu untuk memutuskan sama ada menarik diri ataupun sebaliknya.

Mengakui telah memasang niat menyertai sejak misi yang pertama tahun lalu, Khalid (gambar) berkata, kini "berat hati" setelah Umno memonopoli program itu yang turut menggugurkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pro-Pakatan Rakyat ke Palestin.

"Saya masih memikirkan hal ini kerana rasa berat hati untuk tarik diri. Saya akan berbincang dengan sahabat-sahabat PAS lain untuk membuat keputusan selanjutnya," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Selain Khalid, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut akan menyertai misi itu.

Seramai 10 rakyat Malaysia termasuk dua wakil media akan turut sama dalam pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) kali kedua ke Gaza yang dikenali sebagai "International Freedom Flotilla II".

Misi tersebut yang dijangka memulakan pelayaran ke Gaza pada 27 atau 28 Jun bertemakan "Pertahankan Kemanusiaan" dan akan disertai 13 kapal antarabangsa — 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo.

Misi itu untuk menghantar bantuan kemanusiaan, turut akan memberi tekanan kepada Israel supaya menamatkan sekatan ekonomi terhadap penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Mengulas lanjut, tegas Khalid, beliau kesal dengan tindakan Umno-BN yang cuba mengambil kesempatan daripada misi itu sehingga melupakan tujuan utama program tersebut.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu juga mendakwa Umno-BN mempunyai agenda tertentu ekoran beberapa NGO propembangkang digugurkan ketika Majlis Pelancaran Pasukan LL4G Malaysia yang diadakan di Stadium Badminton Cheras malam tadi.

Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tambah Khalid, antara NGO propembangkang yang digugurkan daripada menyertai misi itu adalah Aman Palestin dan Cakna Palestin, wakil dari Kelantan.

"Sepatutnya isu berkaitan Palestin adalah isu bersama dan umat Islam perlu bersatu, saya dukacita kerana Umno-BN tidak menunjukkan keikhlasan untuk buat program ini kerana mereka sedar Pakatan Rakyat dan NGO daripada Pakatan Rakyat turut serta dan mengumpulkan semua pihak dan bersatu dalam misi ini.

"Jelas Umno-BN ada agenda untuk merencanakan sesuatu untuk ambil alih program sehingga wakil PAS iaitu Timbalan Presiden kami, Mohammad Sabu digugurkan daripada berucap ketika majlis malam tadi.

"Tindakan Umno-BN ini juga dilihat mahu membersihkan nama selepas pendedahan APCO, jadi mereka mahu jadi hero di mata rakyat dan ambil kesempatan asalkan niatnya tercapai," katanya.

Sepatutnya Mohamad atau "Mat Sabu" memberikan pidato pada majlis pelancaran malam tadi namun dibatalkan di saat-saat akhir.

Mohamad pada sidang media pagi ini mendakwa pentadbiran Najib dan parti pimpinannya Umno cuba "memonopoli" misi kemanusiaan kedua bagi membantu rakyat Palestin.

Acara pidato yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada pelancaran program itu yang turut menampilkan Mohamad dibatalkan, dipercayai mendapat tekanan Pejabat Perdana Menteri.

PKR desak timbalan presiden SPR undur jika gagal bukti daftar pemilih bersih

Posted: 19 Jun 2011 12:07 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

SHAH ALAM — PKR menggesa timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan jika tidak dapat membuktikan daftar pemilih induk yang diwartakan bulan lalu adalah bersih seratus peratus daripada pengundi hantu.

Wan Ahmad diberi kata dua 48 jam membuktikan perkara itu.

Sambil menjadikan contoh di bahagian Parlimen Gombak diwakilinya, timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata SPR perlu membuktikan dakwaan dibuat beliau hari ini adalah tidak benar.

Dalam kenyataannya hari ini, Azmin (gambar) berkata, rumah diduduki ibunya di Kampung Klang Gate dekat sini mempunyai 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina.

"Emak saya tinggal seorang diri sejak ayah saya meninggal dunia pada 1999. Sekarang saya ada (lima) adik-beradik Cina (pengundi kalangan kaum Cina) di rumah emak saya," kata beliau ketika berucap pada Konvensyen Pilihan Raya PKR 2011 di sini hari ini.

Peruntukan RM13 juta untuk pembangunan pemakanan

Posted: 18 Jun 2011 11:55 PM PDT

UTARA ONLINE














Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan sebanyak RM13 juta untuk pembangunan pemakanan di negeri ini, dan antara peruntukan tersebut adalah untuk pemulihan tanah terbiar sebanyak RM20 ribu bagi setiap projek.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB Dato' Amiruddin Hamzah berkata, peruntukan RM20 ribu tersebut akan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu 70 peratus untuk pemulihan infrastruktur seperti membaiki jalan, pembinaan sistem perparitan dan lain-lain, dan 30 peratus lagi adalah untuk benih, baja serta racun dan peruntukan ini hanya untuk projek pertama sahaja tidak termasuk projek yang seterusnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Kempen Satu Rumah 10 Pokok Buah-Buahan di Pendang.

"Kita merancang untuk memulakan projek ini di Daerah Pendang , kerana tanah di sini sesuai untuk tanaman Nangka Mastura dan Nangka Tekam Yellow. Pada peringkat awal kita menjangkakan 5 ribu pokok akan ditanam di daerah ini dan termasuk di Bukit Perak. Itu adalah pada peringkat awal dan jika kita lebih giat lagi mungkin kuantitinya akan menjadi jauh lebih banyak.

"Jika tanah tidak mencukupi, maka ketua-ketua kampung dalam satu mukim boleh himpunkan 10 hektar tanah terbiar, walaupun ianya tanah dikawasan berasingan. Maka kita boleh campurkan semua tanah tersebut dan tubuhkan satu jawatankuasa kemudian membuat permohonan kepada Jabatan Pertanian," terangnya.

Dato' Amiruddin berkata, jika tanah seperti itu juga tiada, maka penduduk kampung boleh menggunakan tanah di sekeliling rumah mereka untuk memulakan projek. Kempen inilah yang dinamakan Satu Rumah 10 Pokok Buah-Buahan.

Projek ini juga bermatlamat untuk membersihkan kawasan kampung dengan menebang pokok yang tidak memberikan manfaat dan selepas pembersihan dilakukan penduduk kampung boleh berbincang dengan pihak Jabatan Pertanian untuk memastikan tanaman yang sesuai ditanam di kawasan tersebut.

"Selain itu, untuk mengelakkan tanaman ini terbiar dan tidak mendapat pulangan, maka pihak tuan perlu berbincang dengan Jabatan Pertanian untuk mengetahui sama ada tanah tersebut sesuai atau tidak untuk tanaman tersebut dan seterusnya untuk proses pemasaran buah tersebut.

"Contohnya nangka Mastura ianya sesuai untuk dibuat jus dan kerepek tetapi masalahnya adalah bekalan nangka tidak mencukupi untuk membuat kerepek tersebut. Selain itu, buat masa sekarang pasaran nangka adalah tinggi terutamanya di luar negara seperti negara Chna dan masyarakat Arab juga sudah mula meminati buah nangka," katanya.

Tambah Amiruddin, pasaran sekarang sudah terbuka luas dan penduduk tempatan hanya perlu menanam dan mengeluarkan hasil mengikut piawaian yang dikehendaki dan kerajaan negeri akan membantu dari segi urusan pemasaran supaya mendapat hasil daripada projek tersebut.

Untuk mengelakkan lambakan buah-buahan tersebut penduduk tempatan perlu membuat perjanjian dengan Syarikat Kedah Agro kerana syarikat tersebut mempunyai pasaran untuk buah-buahan tersebut.

"Selain itu, kita juga akan menjalankan kempen pemulihan dusun, dan program ini bukanlah dengan menebang pokok-pokok di dusun, tetapi hanya dengan mengahwinkan pokok-pokok tersebut dengan benih baru yang diingini maka selepas itu kita akan mendapat pokok yang dingini.

"Inilah hasrat kita, iaitu untuk menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur kerana jika dilihat walaupun Belanda hanyalah sebesar Pahang namun ia mampu membekalkan makanan untuk seluruh Eropah dan ternakan lembunya melebihi jumlah penduduknya," katanya.

Tambah Amiruddin lagi, kerajaan negeri tidak akan meninggalkan bidang pembuatan tetapi ianya adalah kerana bidang pertanian telah menjadi sinonim dengan Kedah sejak dahulu lagi. Kerajaan negeri akan memberikan suntikan teknologi baru supaya ianya menghasilkan pulangan ekonomi yang baik kepada rakyat Kedah yang bergiat dalam bidang pertanian.

Dato' Amiruddin berharap selepas daripada kempen tersebut penduduk tempatan dapat mengikuti perkembangan yang seterusnya supaya sasaran 5 ribu pokok dapat ditanam pada tahun ini tercapai.

BERSIH 2.0: Tiada Hujan Tanpa Awan

Posted: 18 Jun 2011 11:54 PM PDT

Oleh Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor

Menuju BERSIH 2.0, sudah beratus-ratus laporan polis dibuat oleh wakil-wakil BN mhttp://www.sayaanakbangsamalaysia.net/images/pics/news/bersih-logo-small.jpgelalui UMNO di seluruh Malaysia dan proksi-proksi yang dihantar atau ditubuhkan di pelbagai NGO. Termasuklah ugutan pihak kerajaan untuk menggunakan 'penjara kekal' ISA. Hentaman demi hentaman di peringkat awal kepada seluruh aktivis masyarakat yang digemparkan bahawa penangkapan awal secara besar-besaran oleh pihak polis bagi menyekat gegaran BERSIH 2.0 ini.

Pihak kerajaan perlulah bersikap adil dengan lawan mereka. Jika BN menggunakan KOTOR, maka lawan mereka pastilah menggunakan BERSIH. Doktrin KOTOR melalui siaran televisyen sebenarnya lebih hebat dan tiada lawan yang mampu menyekatnya. Persepsi betapa teruknya Pakatan Rakyat dan betapa mulianya UMNO diserap ke dalam minda rakyat melalui 'risalah saraf' Utusan Malaysia dan sekutunya.

Jadi, BERSIH tidaklah setanding KOTOR yang dianjurkan oleh UMNO. BERSIH hanyalah sekadar perhimpunan aman yang ingin membuat beberapa tuntutan sempena pilihanraya umum. BERSIH hanyalah sekadar berjalan kaki secara beramai-ramai yang pastinya tidak menimbulkan kekacauan serta keganasan yang dimanipulasikan oleh beberapa pihak.

Tidak relevan bagi pihak berkuasa untuk memulakan kekacauan. Tiada hujan tanpa awan. Mana mungkin akan berlaku huru-hara tanpa satu tekanan atau desakan. Itulah bidang tugas polis FRU yang hadir pada setiap kali demonstrasi. FRU datang dengan pelbagai pakaian, samada uniform biru berkepala merah atau uniform rakyat yang menjadi provokator utama.

Persoalan demokrasi dan kebebasan bersuara sudah tidak perlu diperbahaskan lagi. Malaysia mengamalkan perkara tersebut hanyalah untuk menutup mulut ahli-ahli akademik. BERSIH 2.0 dikatakan bakal menggemparkan dunia politik tanah air sepertimana BERSIH kali pertama. Itulah muhasabah bagi UMNO yang digunakan untuk BERSIH 2.0.

Apa pun ancaman yang digunakan untuk menyekat kemaraan aktivis rakyat, perkara itu tidak dipandang pun. Jika kerajaan BN belajar menyekat daripada pengalaman kerajaan Mesir, Yaman dan Tunisia sebelum ini, maka rakyat memperoleh semangat juang daripada rakyat mereka.

Justeru, kerajaan Putrajaya tidaklah perlu takut jika kekuatan mereka sangat tinggi. BERSIH 2.0 hanyalah himpunan rakyat membuang KOTOR.

(*) Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor Mahasiswa UIAM

Zami Ismail Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung

Posted: 18 Jun 2011 11:50 PM PDT

Oleh NIEZAM ABDULLAH

PETALING JAYA: Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Janthttp://movies.701panduan.com/bio_photo/actor_201502.jpgung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.

Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

"Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia," katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.

Allahyarham yang popular dengan drama "Pi Mai Pi Pai Tang Tu" pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" dan "Shh… Dia Datang".

Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som".

Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.Mstar

Misi Palestin: Umno-BN tidak ikhlas, cari nama

Posted: 18 Jun 2011 11:44 PM PDT

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata sepatutnya isu berkaitan Palestin adalah isu bersama dan umat Islam perlu bersatu.


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kesal dengan tindakan Umno-Barisan Nasional (BN) yang didakwa mengambil kesempatan mencari nama sehingga lupa tujuan utama membantu umat Islam Palestin dalam misi kemanusiaan ke Gaza hujung bulan ini.

Khalid mendakwa Umno-BN mempunyai agenda tertentu dalam "International Freedom Flotilla 11″ sehingga beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Pakatan Rakyat digugurkan dalam Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia malam tadi di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, dekat sini.

Menurutnya, antara NGO itu termasuklah Aman Palestin dan Cakna Palestin (wakil daripada Kelantan).

Beliau yang mewakili Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam misi itu berkata sepatutnya isu berkaitan Palestin adalah isu bersama dan umat Islam perlu bersatu.

"Saya dukacita kerana Umno-BN tidak menunjukkan keikhlasan untuk anjur program ini kerana mereka sedar Pakatan dan NGO daripada

Pakatan turut serta dan berjaya mengumpulkan semua pihak dan bersatu dalam misi ini.

"Jelas Umno-BN ada agenda merencanakan sesuatu untuk ambil alih program ini sehingga wakil PAS, Timbalan Presiden kami Mohamad Sabu digugurkan daripada berucap ketika majlis malam tadi.

"Tindakan Umno-BN ini juga dilihat mahu membersihkan nama selepas pendedahan Apco. Jadi mereka mahu jadi hero di mata rakyat dan ambil kesempatan asalkan niatnya tercapai," katanya ketika dihubungi FMT.

Menurut Khalid, beliau masih mempertimbangkan penyertaannya dalam misi itu yang dijadualkan pada 23 Jun ini.

Khalid berkata beliau merasa 'berat hati' untuk turut serta walaupun sudah memasang niat menyertai misi itu sejak Fortilla 1 lagi.

"Saya masih memikirkan hal ini kerana rasa berat hati untuk turut serta. Saya akan berbincang dengan sahabat-sahabat PAS lain untuk membuat keputusan selanjutnya," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu.

LL4G adalah sebuah gabungan NGO Malaysia, akan menyertai bersama lebih 600 sukarelawan antarabangsa daripada pelbagai bangsa dan agama, dalam Misi Kemanusiaan "International Freedom Flotilla 11" ke Gaza hujung bulan ini.

Kesemua kapal antarabangsa ini dijangka berada di lautan pada 27 atau 28 Jun ini.

Tiada ugutan setakat ini, kata Mat Sabu

Posted: 18 Jun 2011 11:41 PM PDT

Himpunan Bersih pada 9 Julai ini akan tetap diteruskan walaupun berlaku pertembungan himpunan Pemuda Umno dan Perkasa, kata Timbalan Presiden PAS.



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata tiada sebarang ugutan yang diterima setakat ini berhubung penglibatannya dalam Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Tegas beliau, Himpunan Bersih pada 9 Julai ini akan tetap diteruskan walaupun berlaku pertembungan himpunan Pemuda Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

"Setakat ini tiada sebarang SMS ugutan yang saya terima dan segala-galanya akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS disini hari ini.

Sebelum ini Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar memberi amaran keras akan menahan penganjur dan peserta

Himpunan Bersih 2.0 kerana dikhuatiri tindakan itu menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Amaran itu dikeluarkan selepas polis memutuskan tidak meluluskan permit untuk Bersih dan Perkasa yang merancang mengadakan perhimpunan menghalang Himpunan Bersih 2.0.

Pada awalnya sidang media beliau dijadual diadakan di Restoran Yusuf Haslam, Jalan Pahang di sini pagi tadi namun terpaksa ditukar pada saat-saat akhir ekoran mengalami gangguan.

Sementara itu, beliau yang mesra dipanggil Mat Sabu turut merayu kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar agar membenarkan penganjuran Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Malah beliau meminta agar polis dapat mengawal perjalanan Himpunan Bersih tanpa memihak kepada mana-mana pertubuhan parti politik.

Polis perlu bertindak adil

"Polis perlu bertindak adil untuk jaga keselamatan dan jangan buat tindakan yang memihak kepada parti-parti dan NGO (badan bukan kerajaan) tertentu.

"Maka saya merayu kepada polis, Ketua Polis Negara supaya menjaga keamanan dan keselamatan rakyat serta tidak melakukan tindakan keras kepada rakyat yang menuntut demokrasi dan pilihan raya adil dan bebas.

"Saya yakin polis mampu untuk memantau termasuk mengekang pihak-pihak yang cuba melakukan kekacauan dalam perhimpunan aman itu," katanya.

Ujar beliau, Himpunan Bersih 2.0 akan berjalan dengan aman sekiranya polis bertindak mengawal bukan mengambil tindakan menghalang.

"Kalau kita sampai ke Istana Negara dengan selesa dan baik, semuanya akan berjalan dengan lancar…kita juga akan bersurai dengan baik.

"Keadaan akan jadi tidak elok apabila polis bertindak sembur gas pemedih mata dan air asid, itu yang sebabkan peserta berlari, peniaga terpaksa tutup kedai, peniaga air kena buang air sebab dimasuki air asid.

"Kalau perkara ini tidak berlaku naka saya percaya semua akan gembira, rakyat akan gembira dan peniaga juga akan gembira," katanya.

12 onggota polis cawangan Narkotik termasuk inspektor, pegawai dan konstabel ditahan edar dadah

Posted: 18 Jun 2011 11:36 PM PDT

PASPB

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzROwH2sxHztp0w_awwPnIyDGvNMcDn0SWGJJA41_BAMlF3ksA5uBeg4gfh_4RR09_K0qaCw3q1rtaiVfZhA2Jcmko_IJlJBjjo-ycELYoQZKDmbgKS2VUz61pXcxax28Ix6t58SkQFpw/s1600/dadah-2.jpg


KUALA LUMPUR – Seramai 12 anggota polis termasuk seorang pegawai ditahan dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di ibu negara, dalam dua serbuan, baru-baru ini.

Anggota polis berpangkat inspektor, pegawai dan konstabel, berusia lingku-ngan 20 hingga 30 tahun itu ditahan selepas pemantauan berdasarkan maklumat diperoleh.

Mereka boleh dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan, boleh membawa hukuman mati mandatori dan dikenakan tindakan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan pertama, enam anggota polis dari cawa-ngan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu ditahan minggu lalu.

Menurutnya, biarpun polis tidak menemui dadah, namun siasatan menujukan suspek dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah.

"Ini adalah kes pertama tangkapan narkotik membabitkan anggota polis pada tahun ini.

"Keputusan sama ada mereka akan digantung kerja dijangka diketahui selepas selesai siasatan nanti," katanya pada sidang akhbar semasa mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar merasmikan Majlis Ihtifal Peringkat Kebangsaan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) Kali Ke-12 di Masjid Bukit Aman, semalam.

Kelmarin, enam anggota dipercayai bertugas di Balai Polis Petaling dan Balai Polis Sri Petaling ditahan.

Sumber berkata, terdahulu, dua suspek diberkas sebelum polis membuat serbuan di sebuah rumah di Apartmen Mutiara di Jalan Klang Lama, kira-kira jam 3 petang.

Difahamkan, polis menemui sebahagian ketulan mampat dadah dan turut menyita beberapa kenderaan milik suspek.

Noor Rashid berkata, tangkapan pegawai dan anggota terbabit membuktikan polis tidak melindungi sesiapa daripada undang-undang.

Dalam pada itu, menurutnya, beliau berharap masyarakat tidak memandang serong terhadap PDRM kerana penglibatan pegawai dan anggota polis dalam penyalahgunaan kuasa serta kegiatan jenayah adalah kecil berbanding lebih 100,000 keanggotaan dalam pasukan itu.SH

Pelaburan ASB Haram Kata Mufti Selangor

Posted: 18 Jun 2011 11:34 PM PDT

Staff Berita Semasa

5052895509 dd5044d3db Pelaburan ASB Haram Kata Mufti Selangor

Ramai orang yang dah melabur dan mendapat pulangan bertahun-tahun dengan pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).Tapi, yang kurang enaknya, Mufti Selangor telah memfatwakan bahawa pelaburan ASB adalah haram.Sila lihat imej di bawah.

ASBASN Haram Jabatan Mufti Negeri Selangor Pelaburan ASB Haram Kata Mufti Selangor

Mungkin ramai diantara adan pasti berasa terkeliru dengan pengumuman dari Mufti Selangor ini.Kami berpendapat, sepatutnya keputusan tersebut hendaklah dibuat dengan semua persetujuan Majlis Mufti.Perkara-perkara sebegini sebenarnya boleh menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam di Malaysia.

Namun begitu, tidak semestinya sekiranya benar-benar pelaburan ASB adalah haram, kita tidak mampu untuk menggandakan wang yang kita ada.Kami berpendapat ada banyak lagi alternatif lain contohnya, Tabung Haji.Tepuk dada tanya selera.

Namun begitu, Mufti Selangor hendaklah memperjelaskan kembali punca-punca yang menyebabkan pelaburan ASB itu haram kepada orang ramai, agar setiap persoalan mengenai mengapa pelaburan ASB adalah haram tidak hanya menjadi persoalan yang tiada jawapan dan kesudahan.

Apa pendapat anda mengenai isu Pelaburan ASB yang dikatakan haram oleh Mufti Selangor ini?

BERSIH 2.0 Adalah Keperluan - Azizah

Posted: 18 Jun 2011 11:31 PM PDT

Ditulis oleh Afiq Redzuan




SHAH ALAM : Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan kekesalan terhadap sikap antagonisme pihak berkuasa terhadap perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata himpunan BERSIH 2.0 bukan mahu memperlihatkan siapa jaguh dan siapa hero dimata rakyat. Ini hanya refrendum rakyat yang menuntut agar pilihan raya diadakan secara adil dan telus.
Tuntutan BERSIH juga bukan sesuatu yang tidak wajar dan masih relevan sehingga kini.
Justeru, Azizah meminta agar himpunan BERSIH 2.0 diberikan ruang yang sewajarnya oleh kerajaan pemerintah.
"Perhimpuan BERSIH 2.0 akan menguji pendokong dan penentangnya," katanya.
Azizah berkata, jika kerajaan UMNO BN masih bersikap angkuh pada tuntutan rakyat, ia bukan sahaja sesuatu yang malang bagi sistem pilihan raya tanah air tetapi juga akan menambah kebencian rakyat terhadap pemerintah.
Beliau menegaskan, kematangan dan kecerdikan rakyat dalam selok belok pilitik hari ini tidak boleh diperlekehkan pimpinan UMNO BN begitu sahaja.
Beliau turut menasihati penganjur dan peserta himpunan aman itu agar mengelak diri dari sebarang konfrontasi akibat dari provokasi pihak- pihak yang bertujuan mewujudkan kacau bilau sekaligus memburukkan imej himpunan aman itu.

" Polis Diraja Malaysia (PDRM) mestilah menjamin keselamatan peserta dan bertindak secara profesional untuk mengelakkan sebarang cubaan menimbulkan provokasi atau kekacauan oleh mana-mana pihak," katanya.

Sebagai permulaan awal komitmen sepenuhnya kepada usaha-usaha membaiki sistem pilihanraya Malaysia, PKR akan menguji keupayaan mobilisasi jentera parti pada hari Ahad ini bersempena Konvensyen Pilihanraya Kebangsaan dengan tema 'Demi Rakyat'.

"Keputusan yang bijak adalah dengan memberi ruang agar himpunan BERSIH 2.0 dapat berjalan dengan baik dan aman," ujarnya.

SPR Malaysia Patut Contohi SPR Turki, Jamin Pilihan Raya Adil

Posted: 18 Jun 2011 11:26 PM PDT

Ditulis oleh Afiq Redzuan


SHAH ALAM : Sistem Pilihanraya yang telus dan adil merupakan rahsia kemenangan Parti Keadilan Turki, ujar Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution.

Menurut beliau sistem pilihanraya yang baik ditambah dengan akses media yang sama rata diberikan kepada semua parti bertanding memberikan ruang kepada rakyat untuk memahami dasar perjuangan setiap parti dan menifesto yang ingin dilaksanakan apabila berjaya memenangi mana- mana pilihanraya.

"Rahsia kemenangan yang lain adalah organisasi parti yang baik. Di Istanbul ada 9 juta pengundi dan 1.5 juta daripadanya adalah ahli parti yang berdaftar," katanya.

Saifuddin mengetuai wakil pimpinan PKR sebagai pemerhati pilihanraya Turki atas jemputan oleh Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan yang turut disertai Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Kehadiran rombongan deligasi disambut oleh Umar Farouk yang juga sahabat karib kepada Ketua AMK, Shamsul Iskandar.

Pilihanraya Turki mempertandingkan 550 kerusi Parlimen dengan 84 calon daripadanya terdiri daripada kaum wanita.

Parti Keadilan dan Perkembangan mencatatkan kemenangan 47 daripada 85 kerusi yang dipertandingkan di Istanbul.

"Lalu apa yang memberikan kemenangan kepadanya ? Suruhanjaya Pilihanraya yang bebas dan adil tidak macam tempat kita. Yang itu yang kita nak berarak 9 Julai nanti. Tidak ada undi pos di Turki, polis undi di tempat mengundi, askar lain- lain pangkat tidak boleh mengundi pegawai sahaja yang boleh mengundi. Rakyat yang berada di luar negara diberikan tempoh sebulan pada mana- mana hari untuk pulang mengundi di sempadan negara Turki," katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika berucap pada ucaptama Rapat Anak Muda 13.0 di Dewan Jubli Perak semalam.

Beliau yang juga Ahli parlimen Machang turut melahirkan keyakinan kerana regim Barisan Nasional tidak mampu lagi berdolak dalik memandangkan sekarang adalah masa yang membolehkan rakyat didedahkan kepada praktis demokrasi negara luar.

"Sebab itu yang paling takut dengan rancangan perhimpunan kita pada 9 Julai adalah Umno Barisan Nasional. Sebab itu Ketua Pemuda, Khairy tiada pilihan lain, dia terpaksa umumkan mereka akan berarak untuk pertahankan sistem pilihanraya. Itu bukan datang dari niat yang betul- betuk nak praktiskan hak berhimpun.

"Dulu pernah pemuda Umno tahun 1987 bergaduh. Lee Kim Sai kata ini negeri bukan orang Melayu punya. Sultan selangor tarik anugerah 'Datuk' daripadanya. Datuk Najib, Ketua Pemuda Umno ketika itu himpun Pemuda Umno di Kampung Baru. Mandikan darah Cina dengan keris dan segala macam. Esok yang ditangkap semua pemimpin pembangkang.

"Najib dan Lee Kim Sai tak kena tangkap. Sebelum polis melakukan operasi Lee Kim Sai diarahkan ke Australia. Najib tidak disentuh pun. Drama ini boleh berulang sebab skripnya sama. Apakah ini akan menyekat kita untuk berhimpun? Tidak. Mereka Cuma boleh faham bahasa rakyat, mereka tidak boleh meperkotak katikkan rakyat," katanya.

Beliau juga menggariskan tiga ciri utama sebagai asas untuk menjadi pemimpin berwibawa dalam memacu parti ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

"Saya sebutkan tiga kemahiran asas yang perlu ada pada anak muda. Pengucap awan yang bagus, penganjur yang bagus, dan penggerak yang bagus," katanya.

Dengan tema 'Yakin Berani Berubah', Rapat AMK yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berjaya menghimpunkan 3,000 wakil AMK dari semua cabang dari Seluruh Malaysia.

Antara pimpinan PKR yang hadir adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai, Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie, Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainudin (Jonah), Blogger Tukartiub, Hishamudin Rais dan Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail.

Anwar: Tiada tempat untuk yang 'merengek' di AMK

Posted: 18 Jun 2011 11:23 PM PDT

Abdul Rahim Sabri


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk berada di barisan hadapan bagi memimpin perubahan (Islah) pada masa akan datang khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau juga menggesa AMK terus bekerja sedaya upaya dengan menyusun jentera serta turun ke akar umbi untuk berdepan dengan BN dengan penuh yakin pada pilihan raya umum itu.

anwar ceramah at kerdau pahang to felda settlers"Kita perlu berubah, (pemimpin yang) tak yakin duduk di barisan belakang, (pemimpin yang) yakin duduk di barisan hadapan.

"Orang (yang yakin) di barisan hadapan, pimpinan (AMK yang) kurang yakin, tolak ke belakang," tegasnya.

Menurutnya, syarat tersebut turut diaplikasi kepada pemimpin AMK di semua peringkat termasuk di peringkat pusat atau negeri.

Oleh itu, Anwar menggesa ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin - yang juga hadir dalam himpunan itu - mengkaji kepemimpinan AMK di semua peringkat yang mempunyai tahap keyakinan tinggi untuk diketengahkan ke hadapan.

"Angkatan Muda Keadilan, yang (mempunyai) keyakinan, kita akan ketengahkan. Yang kurang yakin, susun di barisan belakang," katanya yang mendapat tepukan dan sorakan lebih seribu anggota AMK di Shah Alam malam tadi.

"Buat sekarang, (kamu semua) beritahu Shamsul Iskandar, (buat) sekarang," katanya sambil diiringi ketawa dan ajukan anggota AMK perkataan "sekarang" beberapa kali.

Anwar membuat cabaran demikian sekalipun beliau sedar bahawa Shamsul Iskandar mampu untuk bertindak seperti yang dicadangkannya.

Erti perjuangan

Bercakap dalam majlis Rapat Anak Muda 13.0 di Dewan Jubli Perak di Shah Alam, Anwar menasihatkan AMK dan ahli-ahlinya untuk memperkuatkan parti ketika berdepan BN pada pilihan raya umum kelak.

Malah, beliau juga menegur anggota AMK yang didakwanya "merengek atau mengeluh" kerana tidak bersetuju dengan beliau atau dengan ketua cabang tertentu dalam sesuatu perkara.

samm whipped negri sembilan mb mohd hasan 010110  chegubard speechDengan tidak menyebut identiti anggota itu, beliau menyifatkan tindakan tersebut seperti orang "yang tidak mengenali erti pejuangan".

"Jangan bertelagah sesama kita kerana setiap tenaga diperlukan walaupun tidak bersetuju dengan saya... (Kalau) ada agenda tersendiri sukar untuk dipertahankan.

"Parti ini adalah jamaah dan kita bertungkus lumus (struggle) sebagai sebuah pasukan. Ini agenda kita... Ada masa kita bersaingan dalam parti, ada masa kita bertempur dengan dalam gelanggang.

"Sekarang adalah masa untuk kita bertempur dalam gelanggang untuk melawan Umno dan BN," tegasnya.

Dengan nada yang serius Anwar berkata AMK harus sedia melalui "pahit getir' dalam perjuangan walaupun ada yang di tahan, di penjara atau di hadap ke mahkamah.

Bagaimanapun, beliau meminta anggota AMK terus yakin bahawa rakyat bersama dengan perjuangan Pakatan Rakyat bagi menumbangkan Umno dan BN sungguhpun berdepan pelbagai fitnah dan hasutan.

Cetusan dhamir

Beliau turut mengingatkan anak muda dalam sayap parti agar sentiasa mengikut kata hati atau cetusan dhamir dalam usaha untuk membela nasib dan masa depan rakyat.

NONEAnwar yang juga ketua pembangkang berkata dengan mengikut cetusan dhamir tersebut menyebabkan mereka "tidak terpukau dan terpedaya" bagi meneruskan agenda perubahan.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar AMK menggilap semula "jeritan dhamir itu menjadi satu jeritan suci" demi survival negara dan mengembalikan hak yang terjamin dalam perlembagaan sebagai seorang muslim atau rakyat.

Mengulas perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan berlangsung pada 9 Julai ini, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh mengajak semua pihak untuk menyertai perhimpunan itu.

anti us middle east crisis rice protest 280706 khairyDengan nada menyindir, Anwar berkata perhimpunan itu tidak sama seperti "jerit-jerit Pemuda Umno" - yang juga bercadang untuk berhimpun pada tarikh yang sama.

"Kita berjuang kerana prinsip, bukan hanya (mencari) keasyikan semata-mata," katanya.

Anwar turut menasihatkan anggota AMK berperanan di peringkat akar umbi dengan memperbanyakkan program demi memastikan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dan menjadikan Umno sebagai pembangkang.

Terima cabaran

Sementara itu, Shamsul Iskandar menyahut cabaran yang dibuat oleh Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri supaya segera membuat perubahan demi menyediakan pemimpin AMK di barisan hadapan.

pkr weekly meeting 190707 shamsul iskandar"Saya terima cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan saya tahu isyarat dari saudara sekelian kepada saya untuk membuat perubahan.

"Kita akan periksa (anggota dari) negeri mana yang tidak datang hari ini... Kita akan periksa cabang mana yang tidak datang.

"Saya ada senarai lengkap (bermula) dari Perlis sampai ke Sabah. Tapi dari cabang mana, yang ini kita akan teliti," katanya.

Dalam pilihan raya umum akan datang, Shamsul berkata beliau berjanji akan mencadangkan kepada kepimpinan PKR Pusat bagi memastikan anggota AMK dipilih menjadi calon dalam pilihan raya umum.

Oleh itu, beliau mahu anggota AMK bekerja bersungguh-sungguh demi untuk memastikan bahawa negara dipimpin dari kalangan generasi anak muda pada masa akan datang.

Himpunan Bersih 2.0 membuang kotor

Posted: 18 Jun 2011 11:22 PM PDT

Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor


Menuju BERSIH 2.0, sudah beratus-ratus laporan polis dibuat oleh wakil-wakil BN melalui UMNO di seluruh Malaysia dan proksi-proksi yang dihantar atau ditubuhkan di pelbagai NGO. Termasuklah ugutan pihak kerajaan untuk menggunakan 'penjara kekal' ISA. Hentaman demi hentaman di peringkat awal kepada seluruh aktivis masyarakat yang digemparkan bahawa penangkapan awal secara besar-besaran oleh pihak polis bagi menyekat gegaran BERSIH 2.0 ini.

Pihak kerajaan perlulah bersikap adil dengan lawan mereka. Jika BN menggunakan KOTOR, maka lawan mereka pastilah menggunakan BERSIH. Doktrin KOTOR melalui siaran televisyen sebenarnya lebih hebat dan tiada lawan yang mampu menyekatnya. Persepsi betapa teruknya Pakatan Rakyat dan betapa mulianya UMNO diserap ke dalam minda rakyat melalui 'risalah saraf' Utusan Malaysia dan sekutunya.

Jadi, BERSIH tidaklah setanding KOTOR yang dianjurkan oleh UMNO. BERSIH hanyalah sekadar perhimpunan aman yang ingin membuat beberapa tuntutan sempena pilihanraya umum. BERSIH hanyalah sekadar berjalan kaki secara beramai-ramai yang pastinya tidak menimbulkan kekacauan serta keganasan yang dimanipulasikan oleh beberapa pihak.

Tidak relevan bagi pihak berkuasa untuk memulakan kekacauan. Tiada hujan tanpa awan. Mana mungkin akan berlaku huru-hara tanpa satu tekanan atau desakan. Itulah bidang tugas polis FRU yang hadir pada setiap kali demonstrasi. FRU datang dengan pelbagai pakaian, samada uniform biru berkepala merah atau uniform rakyat yang menjadi provokator utama.

Persoalan demokrasi dan kebebasan bersuara sudah tidak perlu diperbahaskan lagi. Malaysia mengamalkan perkara tersebut hanyalah untuk menutup mulut ahli-ahli akademik. BERSIH 2.0 dikatakan bakal menggemparkan dunia politik tanah air sepertimana BERSIH kali pertama. Itulah muhasabah bagi UMNO yang digunakan untuk BERSIH 2.0.

Apa pun ancaman yang digunakan untuk menyekat kemaraan aktivis rakyat, perkara itu tidak dipandang pun. Jika kerajaan BN belajar menyekat daripada pengalaman kerajaan Mesir, Yaman dan Tunisia sebelum ini, maka rakyat memperoleh semangat juang daripada rakyat mereka.

Justeru, kerajaan Putrajaya tidaklah perlu takut jika kekuatan mereka sangat tinggi. BERSIH 2.0 hanyalah himpunan rakyat membuang KOTOR.

9 Julai penentu akhir tarikh PRU-13

Posted: 18 Jun 2011 11:18 PM PDT

M Faqih


HALAMAN Masjid Negara penuh sesak dengan lautan manusia. Fenomena itu masih diingati ramai. Ia berlaku pada tanggal 20 September 1998.

Rentetan peristiwa bermula selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim disingkir dengan cara mengaibkan. Orang Melayu bangkit menjadikan jalan raya dan tempat awam sebagai medan.

Ribuan anak muda Melayu mulai mengenal erti reformasi. Kejayaan rakan mahasiswa di Indonesia menyingkirkan rejim Suharto turut merebak ke Malaysia.

Ini bermakna perhimpunan ratusan ribu rakyat sudah lama berlaku di nusantara. Ia jauh lebih awal berbanding apa yang berlaku di wilayah Arab tahun ini.

Demontrasi bermula di Tunisia pada Januari lalu. Selepas itu merebak ke Dataran Tahrir di Kaherah. Babak demonstrasi di Tunisia dimulakan seorang anak muda.

Penjual sayur, Mohamed Bouazizi, 26 graduan sains komputer mencetus kebangkitan rakyat.

Kisahnya malangnya berlaku pada 17 Disember lalu. Barangan jualan disita polis di Kota Sidi Bouzid. Baouzizi memprotes, akhirnya kecewa dan membakar diri. Bouazizi meninggal pada 4 Januari 2011.

Peristiwa itu berjaya membakar amarah rakyat Tunisia. Kesannya Presiden Zine El Abidine Ben Ali terpaksa melarikan diri. Di Kaherah pula pada 3 Febuari pasukan bersenjata menembak penunjuk perasaan. Pada awalnya enam terbunuh dan lebih 800 cedera.

Setelah jumlah korban bertambah akhirnya Presiden Hosni Mubarak, 82 tinggalkan jawatan. Bantahan awal di Mesir juga dimulakan seorang lelaki. Dia menggunakan senjata facebook.

Dan selepas itu saki baki gerakan rakyat menular ke Libya dan negara Asia Barat lain. Yaman dan Syria masih berdepan dengan gelodak rakyat sehingga sekarang.

Semuanya itu berlaku sebagai usaha akhir bagi mengembalikan hak rakyat. Inilah yang dinamakan politik baru. Ia mulai muncul di negara-negara umat Islam.

Di negara umat Islam ruang demokrasi tidak mampu menggoncang pemerintah yang ada. Malah pilihan raya hanya menguatkan posisi kerajaan.

Akhirnya rakyat memilih jalan raya bagi meluahkan perasaan. Inilah yang berlaku di mana-mana negara umat Islam sekarang. Kejayaan demontrasi rakyat di negara Arab lebih hebat kerana dibayar nyawa dan harta benda.

Berlainan demontrasi jalanan dicetus di Indonesia dan Malaysia pada 1998. Tiada angka korban kecuali dikurung sementara di sel besi dan merasai pedih water canon.

PAS jadi ketua

Kejayaan demontrasi 1998 membolehkan 45 anggota parlimen Barisan Alternatif memasuki parlimen pada pilihan raya umum 1999. PAS menduduki kerusi ketua pembangkang apabila bilangan anggota parlimennya 27 orang.

Dan sekali lagi pada 10 November 2007 himpunan puluhan ribu rakyat menghantar isyarat awal buat kerajaan BN. Ia dikenali himpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih (Bersih).

Kesannya dirasai setahun kemudian. Pada 2008 Pakatan Rakyat berjaya menafikan kuasa dua pertiga kerajaan BN. Kejayaan pembangkang pada pilihan raya 1969 berulang semula pada 2008.

Cuma terbaliknya demontrasi diadakan pada 1969 selepas pilihan raya berlangsung. DAP meraikan kejayaan sehingga mencetus peristiwa 13 Mei.

Petunjuk jumlah peserta yang hadir dalam mana-mana demontrasi mampu menterjemahkan kekuatan sebenar kerajaan atau pembangkang.

Itulah yang berlaku pada 1999 dan 2008. Begitu juga pada 1977 di Kota Bharu. Demontrasi jalanan 1977 menolak kepimpinan Dato' Mohamad Nasir memecahkan PAS dari dalam.

Maka bertitik tolak daripada pengalaman tersebut kerajaan BN cuba menghalang perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Sasaran Bersih 2.0 menghimpunkan lebih 500,000 rakyat. Mereka dijadual berarak ke Istana Negara bagi menuntut reformasi pilihan raya.

Berakar umbi kejayaan pembangkang menganjur demontrasi, maka pihak lain juga menggunakan medan sama bagi meluahkan perasaan.

Banyak NGO sekarang menggunakan medan serupa. Baru-baru ini Persatuan Perniagaan Kenderaan Negeri Melaka berhimpun bagi menyatakan tidak senang dasar baru kerajaan.

Mereka meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengkaji semula pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang berkuatkuasa Jun ini.

NGO terbabit mendakwa peraturan baru digubal mendatangkan kesan terhadap pengguna dan juga industri penjualan kenderaan.

Naib Presidennya, Raymond Choo mendakwa akta berkenaan mengakibatkan pengguna terpaksa menanggung kos lebih tinggi. Lebih 100 pengusaha kenderaan terpakai dilapor berhimpun menbantah pindaan akta tersebut. Sebelum itu perhimpunan serupa juga berlaku di ibu negara.

Himpunan jalanan jadi pilihan

Perhimpunan aman lain juga dianjur pengusaha bot laut dalam. Kira-kira 500 nelayan dan pengusaha bot tunda berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan menuntut kerajaan mengembalikan subsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini.

Puncanya nelayan laut dalam tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter. Sekarang mereka kena beli diesel pada harga RM1.80 sen.

Ekoran tindakan mogok nelayan laut dalam menyebabkan harga ikan dan makanan laut naik kira-kira 30 peratus. Bagi menyelesaikan kemelut tersebut menteri berkaitan pada awalnya mengugut mahu menarik balik lesen nelayan di zon A, B dan C.

Namun kemudian berlembut setelah nelayan tidak berganjak. Demontrasi ada kalanya membuah hasilnya.

Ternyata hari ini bukan sekadar parti politik berhimpun membantah ketidakadilan kerajaan, sebaliknya NGO dan pihak lain mengambil langkah serupa.

Ini kerana perhimpunan dianjur mampu mengubah sikap kerajaan. Buktinya perhimpunan membantah cadangan kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menyebabkan ia ditangguh sehingga sekarang.

Maka menumpang kejayaan perhimpunan rakyat, kerajaan juga baru-baru ini menganjurkan perhimpunan sejuta belia di Putrajaya.

Biar pun nawaitunya berlainan, namun perhimpunan aman juga menjadi pilihan. Perhimpunan anjuran kerajaan hanya sekadar mahu hiburkan anak muda. Berbeza jauh berbanding perhimpunan dianjurkan pembangkang dan NGO. Mesejnya lebih jelas.

Cuma Dato' Seri Najib Razak tiba-tiba tersasul memperalatkan perhimpunan sejuta belia anjuran kerajaan dengan mengajak anak muda mempertahan Putrajaya.

Sebelum ini Umno dan BN juga pernah menganjurkan perhimpunan yang dikenali Juara Rakyat. Program itu hanya mampu bertahan seketika.

Juara Rakyat atau apa sahaja perhimpunan yang dianjur Umno dan kerajaan tidak lebih sekadar menghimpunkan kakitangan awam. Lebih kurang sama seperti perhimpunan bulanan penjawat awam.

Contohnya pelancaran Gelombang Merah di Pasir Puteh, Kelantan April lalu mengerah semua guru di jajahan itu hadir. Pernah juga kedatangan Perdana Menteri ke Kelantan di era Tun Dr Mahathir Mohamed mewajibkan guru yang hadir menandatangani kedatangan.

Itulah taktik yang mungkin berulang 2 Julai ini. Najib sekali lagi dijangka datang ke Kelantan. Hasrat Umno mahu menghimpunkan 30,000 rakyat. Realiti itu boleh berlaku apabila semua guru dan kakitangan persekutuan dikerah datang. Kalau berjaya mungkin Perdana Menteri senang hati mengisytiharkan pilihan raya umum ke-13 November nanti.

Ketika itu bajet 2012 sudah dibentang dan perhimpunan agung Umno baru selesai.

Namun ilham PRU-13 Perdana Menteri boleh tersentak, sekiranya Himpunan Bersih 2.0 melepasi sasaran.

Misi kemanusiaan ke Palestin, Libya berlepas subuh tadi

Posted: 18 Jun 2011 11:17 PM PDT

Mohd Rashidi Hassan


DOHA (Qatar): Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia ke Gaza, Palestin dan Beghazi, Libya berlepas dari ibu negara jam 3.30 pagi tadi.

Rombongan seramai tujuh anggota diketuai Presiden Yayasan Amal, Husin Ismail bertujuan untuk memantau pelaksanaan projek kemanusiaan serta menghulur bantuan persekolahan dan barangan keperluan makanan kepada rakyat Palestin.

Manakala di Libya, Yayasan Amal akan menghulurkan bantuan kepada rakyat Libya dan Tunisia yang terperangkap akibat peperangan.

Anggota rombongan lain terdiri daripada Jamuliddin Elias (Timbalan Presiden Yayasan Amal), Zaman Abdullah (Bendahari),
Abd Hamid b. Seman (KSU), Che Salmi Che Ibrahim (AJK Amal Terengganu), pegawai perubatan, Dr Abdul Kadir Jailani dan Mohd Rashidi Hassan (Harakah).

Menurut Presiden Yayasan Amal, anggota rombongan yang kini transit di Qatar, akan berlepas ke Kaherah jam 2 petang waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).

Dari Kaherah rombongan Yayasan Amal akan merentasi perjalanan sejauh 400 km ke Rafah sempadan Mesir-Palestin.

"Selepas selesai tugasan di Gaza, rombongan akan kembali ke Kaherah dan meneruskan perjalanan sejauh 700 km ke Beghazi.

"Tetapi kita belum pasti jadual perjalanan. Jika kita mendapat lampu hijau kita akan masuk ke Gaza dahulu, jika tidak kita akan ke Libya dahulu," katanya.

Menurut beliau, rombongan Yayasan Amal dijangka dapat menyempurnakan tugasan dalam tempoh sepuluh hari.

Tiada ulasan: