DIALOG RAKYAT |
- Klip video seks hampir lengkap didedahkan pula
- Tiada aduan salah laku kempen pemilihan
- Amalan politik Umno sesatkan orang Melayu
- Ucapan Dasar: PKR, DAP puji komitmen PAS
- Syor inkues kes Sarbaini cetus keraguan, kata pemimpin PKR
- Hadi: PAS mesti ketuai usaha bersihkan negara dari politik fitnah Umno
- Keputusan rasmi pemilihan PAS dijangka 10 pagi esok
- Hadi: PAS perinci konsep negara kebajikan, persiap Pakatan hadapi PRU-13
- PAS ulangi pendirian tetap bersama Pakatan Rakyat
- Kes Sarbaini: Tubuh suruhanjaya diraja bukannya inkues, kata DAP
- RoS terima penjelasan, tidak akan batal PKR
- Isu Biasiswa: DAP sindir MCA
- Dewan Ulama lulus usul tolak video seks
- Aktivis diarah tweet 100 kali kerana memfitnah
- Liwat II: Hakim sudah buat keputusan, kata Karpal
- Scorpene: Najib perlu jawap lawatan Macau
- PAS ikrar pertahan negeri Pakatan sepenuh kudrat
- Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal
- Dewan Ulama PAS tonjolkan sikap luhur
- Polis syor inkues siasat kematian Sarbaini, Peguam Negara setuju
- PRU-13: Pemuda PAS tuntut kerusi MP, Adun lompat parti
- Video seks: Ulama PAS bawa usul kecam sikap kerajaan BN
- Mat Sabu: Masih ramai keliru konsep ulama-profesional dalam PAS
Klip video seks hampir lengkap didedahkan pula Posted: 03 Jun 2011 05:48 AM PDT MALAYSIA KINI Versi hampir lengkap klip video seks membabitkan seorang lelaki yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan di internet lagi.Tiga video berkenaan dimuat-naik di sebuah blog bernama anwarcctv hari ini. Satu dari tiga video itu adalah sama seperti yang dipertontonkan kepada wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu. Bagaimanapun klip video itu telah disunting menjadi 15 minit dan 3 saat daripada durasi 22 minit yang ditayangkan oleh kumpulan 'Datuk T'. Video klip kedua adalah selama 17 minit dan 59 saat manakala klip ketiga adalah selama 13 minit dan 36 saat. Klip video ketiga ini mempunyai latar suara muzik bermula dengan lagu Hawaii 5-O, diikutu lagu dangdut Kelantanese, lagu It Wasn't Me oleh artis reggae Shaggy, lagu kumpulan tempatan The Fabulous Cats - Papa Jahat dan diakhiri dengan lagu Zee Avi - Kantoi. Tidak seperti beberapa klip yang didedahkan sebelum ini yang mempunyai sarikata bahasa Thai, ketiga-tiga video hari ini hanya mempunyai catatan masa dan tarikh. Kumpulan 'Datuk T' sebelum ini mendakwa mereka telah menyerahkan klip video yang asal kepada polis pada 24 Mac. Polis juga telah mengesahkan bahawa klip video itu adalah tulen dan telah mengenalpasti lelaki dalam video berkenaan. Namun mereka belum membuat sebarang pendedahan. Menariknya, klip video hampir lengkap ini didedahkan ketika muktamar PAS ke-57 yang sedang berlangsung. | ||
Tiada aduan salah laku kempen pemilihan Posted: 03 Jun 2011 05:47 AM PDT
| ||
Amalan politik Umno sesatkan orang Melayu Posted: 03 Jun 2011 05:45 AM PDT
| ||
Ucapan Dasar: PKR, DAP puji komitmen PAS Posted: 03 Jun 2011 05:42 AM PDT
| ||
Syor inkues kes Sarbaini cetus keraguan, kata pemimpin PKR Posted: 03 Jun 2011 05:40 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Pengumuman polis semalam, yang disifatkan sebagai "secara tiba-tiba", agar diadakan satu inkues berhubung insiden kematian pegawai Kastam Ahmad Sarbaini Mohamed di pejabat SPRM dua bulan lalu, mencetuskan lebih banyak keraguan, kata pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini. "Kami menganggap keputusan polis dan Peguam Negara sebagai sesuatu yang meragukan, tidak wajar dan tidak betul," kata dua naib presiden parti itu, N Surendran dan Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan hari ini. Pengumuman mengenai keperluan inkues itu dibuat sehari selepas kepimpinan PKR menyerahkan memorandum kepada Polis Diraja Malaysia meminta disegerakan siasatan berhubung aduan dibuat oleh balu Ahmad Sarbaini (gambar), bekas penolong pengarah Kastam yang ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan 6 April lalu. Kata mereka, pendakwaan jenayah adalah lebih wajar daripada disyorkan agar diadakan satu inkues buat masa sekarang. Malah kata mereka, Ahmad Sarbaini berada dalam keadaan sempurna dan seorang ketua keluarga yang sihat, yang pergi ke pejabat SPRM Wilayah Persekutuan untuk membantu siasatan di agensi pencegahan rasuah itu. "Tiada bukti yang beliau bunuh diri dan dibuktikan bahawa beliau tiada kekayaan di luar kemampuan. Motif dia membunuh diri juga tidak wujud," kata kenyataan itu lagi. Kedua-dua pemimpin itu berkata, jika benar wujud keraguan yang serius berkenaan punca kematiannya, polis dan Jabatan Peguam Negara seharusnya telah mengarahkan inkues dengan segera susulan insiden itu awal April lalu. "Malah sejak kematiannya, polis memberikan gambaran bahawa siasatan berjalan dengan lancar dan orang ramai dan keluarganya akan terima penjelasan mengenai kematiannya secepat mungkin. "Adakah gambaran ini diberikan hanya untuk memuaskan kemarahan orang ramai ekoran tragis ini?" kata kenyataan bersama ini. Kata mereka, pada pertengahan April lalu, pihak polis juga ada mengatakan siasatan di peringkat akhir dan kini kelihatan ia tidak berguna sehingga satu inkues perlu diadakan. "Mengapakah publik dikelirukan dalam hal ini? Malah, pengumuman mengejutkan ini datang sehari selepas PKR menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara mempersoalkan kurangnya tindakan (pihaknya) dalam kes Sarbaini," kata kenyataan itu lagi. Sehubungan itu, kata kenyataan tersebut, perkembangan terbaru ini merumuskan tujuan inkues adalah untuk melengah-lengahkan kes Ahmad Sarbaini dan membiarkan orang ramai tertanya-tanya mengenai kemajuan insiden kematian Allahyarham. Sebaliknya, kedua-dua pemimpin itu menggesa agar kerajaan mendedahkan hasil siasatan polis mengenai kematian Ahmad Sarbaini kepada umum. "Rakyat dan keluarga Sarbaini berhak untuk mengetahui mengapa tiada jawaban lagi mengenai punca kematian Sarbaini. "Polis dan Peguam Negara mesti menjelaskan sebab-sebab mereka mahu memanggil inkues dan mengapa siasatan gagal mengenal pasti punca kematian," kata kenyataan itu sambil menggesa tindakan tegas diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab atas kematian Ahmad Sarbaini. | ||
Hadi: PAS mesti ketuai usaha bersihkan negara dari politik fitnah Umno Posted: 03 Jun 2011 05:39 AM PDT TERKINI GOMBAK — PAS menggesa ahli-ahlinya agar mengambil tindakan "membersihkan politik" negara ini daripada perilaku dan gejala politik jijik fitnah dan perkauman sempit dibawa Umno-BN, dan komponen Pakatan Rakyat (PR) itu perlu memainkan peranan utama ke arah itu. Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, PAS mesti mengambil peranan utama dalam menjayakan usaha murni itu demi menamatkan fahaman dan amalan politik "matlamat menghalalkan cara" seolah-olah politik adalah bebas dari ketentuan dan bimbingan syariat Allah SWT. "Marilah kita memurni dan membersihkan siyasah atau politik sebagai satu bidang dan juzu penting dalam kehidupan umat Islam khasnya, dan rakyat seluruh rakyat amnya, dengan membersihkan bidang politik dari perilaku dan gejala politik jijik, fitnah dan perkauman sempit yang diamalkan Umno-BN di waktu ini. "PAS mesti mengambil peranan utama dalam menjayakan usaha murni ini untuk menamatkan fahaman dan amalan politik matlamat menghalalkan cara seolah-olah politik adalah bebas dari ketentuan dan bimbingan syariat Allah," kata beliau dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57 hari ini. Hadi yang mempertahankan kedudukannya tanpa saingan berkata, PAS yang berusia lebih enam dekad, telah berjaya mengurangkan suara ajaran sesat yang mempengaruhi orang Melayu Islam, bahawa politik tidak ada hubungan dengan agama Islam. Katanya, ajaran sesat ini telah melahirkan pemimpin Melayu yang tidak ada perhitungan agama dalam amalan politik mentadbir negara, seterusnya berlaku khianat dalam memimpin rakyat dan mengurus sumber negara yang melimpah ruah. "Walaupun kini ramai di kalangan orang Melayu Islam telah menerima politik sebahagian dari agama, tetapi tindakan politik mutakhir ini telah dibejati oleh amalan-amalan yang tidak mengikut batas agama dan syariat," katanya. Pemimpin dari Terengganu ini menambah, kemurnian politik telah dicemari oleh tindakan jijik menerusi rasuah politik wang, fitnah, sikap perkauman sempit, pembohongan, dan segala macam perkara kotor yang "memalukan anak-anak yang menjadi penonton di sekeliling kita." Tegas beliau, politik seperti itu perlu dimurnikan, dan sudah tentunya Umno-BN akan gagal untuk membersihkan politik yang dikotorkan oleh tangan mereka sendiri. "Pemimpin Melayu Islam yang membebalkan majoriti rakyat beragama Islam dan tidak boleh menjadi model Islam yang sebenar kepada rakyat bukan Islam, kerana dijangkiti keruntuhan moral dan zalim, rasuah dan menyalahgunakan kuasa, sehingga tidak menunaikan amanah besar yang diwajibkan oleh Islam kepada penganutnya," katanya. Ahli Parlimen Marang ini menambah, dalam pentas politik negara, Umno merupakan parti majoriti Melayu dan Bumiputera yang telah diberi amanah pemerintahan sejak keluarnya penjajah asing, tetapi telah dibarahi penyakit warisan penjajah yang memisahkan amanah ini daripada perhitungan agama. "Akibatnya amanah yang besar ini dijadikan peluang kebendaan yang menyuburkan perbuatan rasuah dan khianat. Akhirnya, harta negara menjadi milikan peribadi pemimpin mereka, meninggalkan rakyat berhempas pulas untuk melangsungkan kehidupan di dunia ini," kata beliau. Menurut Hadi, "inilah yang terus-menerus berlaku apabila urus tadbir dan tata kelola pengurusan sumber dan khazanah kekayaan negara tidak mengambil dan merujuk kepada falsafah dan jauh sekali menghayati tuntutan Islam." "Cita-cita murni untuk membina sebuah negara yang sejahtera dan aman telah digagalkan oleh sebuah pemerintahan yang terus memimpin secara tidak bertanggungjawab," katanya. | ||
Keputusan rasmi pemilihan PAS dijangka 10 pagi esok Posted: 03 Jun 2011 05:35 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER GOMBAK — PAS dijangka mengumumkan keputusan rasmi pemilihan jawatan pusat sekitar 10 pagi esok, demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman petang ini. Pengundian bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden dan ahli jawatankuasa kerja pusat bagi sesi 2011-2013 bermula pukul 4 petang tadi. Ia dijangka mengambil masa kira-kira tiga jam untuk selesai dan diteruskan dengan proses pengiraan undi. Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah pun menang tanpa bertanding bagi penggal kelima berturut-turut. Dalam taklimat diberikan sebelum proses pengundian, kata beliau, buat julung kalinya juga, proses penjumlahan undi akan dicatat dalam borang 14 seperti yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Kita telus (dalam pemilihan kali ini). Pemerhati dan wakil calon bagi timbalan presiden dan naib presiden akan hadir masa pengiraan dan penjumlahan undi dicatat dalam borang 14 macam SPR, dan ditandatangani pemerhati calon yang hadir," katanya dipetik Bernama Online. Abdul Halim berkata mengikut Fasal 18(2) perlembagaan parti, anggota muktamar yang layak mengundi terdiri daripada pengerusi dan timbalan pengerusi tetap (2), anggota majlis syura, anggota jawatankuasa PAS Pusat dan Pesuruhjaya Negeri (52), wakil daripada Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat (masing-masing 20) dan Yang Dipertua Dewan kawasan yang dilantik semasa mesyuarat agung (963). Jawatan timbalan presiden menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan anggota jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu. Tiga jawatan Naib Presiden pula membabitkan Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Nik Mohd Amar Abdullah; Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad; dua Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; serta pemimpin PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Sebanyak 53 calon pula telah mengesahkan bertanding bagi merebut 18 jawatan ahli jawatankuasa kerja pusat. | ||
Hadi: PAS perinci konsep negara kebajikan, persiap Pakatan hadapi PRU-13 Posted: 03 Jun 2011 05:32 AM PDT GOMBAK— Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13, Presiden PAS membentangkan secara terperinci dasar pihaknya bersama komponen Pakatan Rakyat mahu mewujudkan asas negara berkebajikan — pengurusan yang menurutunya tidak akan membebankan rakyat sama sekali. Ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini, yang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan", dilihat kali pertama meletakkan komponen pengurusan dan pentadbiran ekonomi secara menyeluruh lagi terperinci. Ucapan-ucapan lalu lebih berkisar pada soal agama dan sosial. Hadi menegaskan, dalam negara berkebajikan, kerajaan mengambil tanggungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain. Oleh itu katanya, PAS wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang menjadi amalan kerajaan Umno-BN sehingga mengambil kesempatan mendapat hasil melalui rukun hidup rakyat. Pemimpin yang berlatarbelakangkan pendidikan agama ini juga memberitahu, rakyat yang berniaga pula terpaksa berdepan dengan kerajaan yang berniaga. "Kerajaan yang berniaga menerusi GLC pula, mengagihkan keuntungan kepada pemegang saham kroni tertentu manakala kerugian perniagaan pula ditanggung oleh kerajaan, yang akhirnya dibebankan kepada rakyat menerusi sistem cukai yang menekan mata pencarian hidup rakyat jelata. "Akhirnya GLC ini akan hilang daya saingnya kerana sentiasa menerima bantuan dari kerajaan," kata beliau. Dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Ke-57, Ahli Parlimen Marang ini berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan. "Contohnya dengan mewajibkan bayaran zakat kepada orang Islam, dan cukai kepada bukan Islam dengan kadar kemampuan dan galakan yang meningkatkan produktiviti pendapatan mereka."Kerajaan juga tidak boleh menyekat kekayaan yang halal, tidak menipu, tidak menindas dan tidak rasuah," katanya. Hadi menjelaskan, PAS percaya bahawa perolehan pendapatan negara bukannya dengan cara membebankan rakyat dengan kaedah menaikkan cukai atau menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan. "PAS yakin bahawa keadilan sosial yang berteraskan kebajikan kepada rakyat dan amalan yang adil membawa berkat yang mengembangkan hasil negara," kata beliau lagi. Bekas menteri besar Terengganu ini berkata, PAS telah melaksanakan sebahagian daripada konsep negara berkebajikan di negeri yang diperintahnya, mengikut kemampuan dan bidang kuasa yang ada di Kelantan dan Kedah, pernah di Terengganu dan Perak dan memperkenalkan di negeri PAS menyertai kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. Katanya, PAS bersama Pakatan Rakyat telah memperkenalkan konsep negara berkebajikan melalui Buku Jingga yang dilancarkan. "Sebenarnya sebahagian daripada Buku Jingga pernah dilaksanakan di negeri yang kita perintah, seperti pembatalan tol, pembatalan cukai yang membebankan rakyat dan memudahkan perkhidmatan asas yang menyentuh rukun hidup rakyat," katanya. "Kita telah membuktikan kemampuan memerintah selama dua puluh tahun di Kelantan dan di negeri lain, dengan kadar hasil yang tidak boleh difikir mampu oleh mereka yang berfahaman kebendaan. "Apatah lagi kini kita tentunya lebih yakin berkemampuan kerana hasil dan sumber negara tidak bocor dengan rasuah, membazir dan mewah," kata beliau lagi. Kata Hadi, negara berkebajikan yang ingin dicapai bukan hanya hebat pencapaian ekonominya semata-mata kerana "kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang bertaburan" di sana sini tetapi jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat. Oleh itu katanya, negara yang diinginkan ialah yang juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat. "Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ia mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain. "Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini," katanya lagi. Malah kata beliau, negara berkebajikan juga melaksanakan undang-undang yang mendidik rakyat, bukannya menakutkan rakyat dengan wajib menjatuhkan hukuman. "Apa yang lebih parah lagi, BN telah menjadikan undang-undang sebagai satu cara untuk merompak harta rakyat, contohnya di atas nama saman ekor yang sama sekali tidak mendidik rakyat," katanya lagi. Jelas beliau, kaedah perundangan Islam menjadikan orang yang dituduh belum bersalah dengan wajib melindungi dan membelanya. "Sesorang hakim mencari jalan bagaimana membebaskan orang yang dituduh, bukan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman. "Islam menggalakkan orang yang bersalah bertaubat dan memebuat penyelesaian di luar mahkamah kerana balasan bukan sahaja di dunia, bahkan ada lagi balasan dalam kubur dan selepasnya, kalau terlepas di dunia tanpa taubat," kata beliau sambil menambah, Islam membuktikan wujudnya keamanan dengan kehebatan undang-undang yang adil, bukan menakutkan rakyat dengan undang-undang zalim. "Islam menggalakkan wujudnya masyarakat berkebajikan dengan sifat persaudaraan kemanusiaan dan kejiranan untuk melakukan kerja kebajikan, sehingga mendahului kerajaan untuk berlumba-berlumba mendapat pahala. "Umno-BN telah melemah dan mematikan sifat tersebut, amalan wakaf bagi mendirikan masjid, sekolah rakyat, rumah kebajikan dan sebagainya, semata-mata bagi melaksanakan peluang rasuah politik terhadap rakyat," katanya lagi. Bagi melaksanakan tujuan tema itu, kata beliau, maka PAS ingin melaksanakan langkah yang menjadi intipati utama iaitu membetulkan fahaman salah, membetulkan salah urus-tadbir ekonomi, dan seterusnya memimpin rakyat melakukan perubahan ke arah kebaikan. "Semuanya ini tidak akan mampu kita capai tanpa mempunyai organisasi dan petugas parti yang mantap, perancangan yang bersifat semasa dan ke hadapan, pemantauan dan penambahbaikan dari masa ke semasa," katanya lagi. | ||
PAS ulangi pendirian tetap bersama Pakatan Rakyat Posted: 03 Jun 2011 05:29 AM PDT GOMBAK — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian partinya akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun dihujani siri pelawaan dan jemputan daripada kepimpinan Umno sepanjang tiga tahun lalu. "PAS akan bersama dengan rakan dalam Pakatan Rakyat untuk menggerakkan agenda perubahan sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen Dasar Bersama Pakatan Rakyat, yang sudah diperbahas dan diterima oleh PAS," kata beliau dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Ke-57 yang disampaikan pagi tadi di Dewan Kolej Universiti Islam Datuk Zulkifli Ahmad, Taman Melewar dekat sini. Kata Hadi, ia melibatkan satu paradigma baru pendemokrasian, suatu islah menyeluruh dalam sistem pemerintahan dan urus tadbir negara. "Perubahan ini tidak memberi sebarang makna sekiranya tidak melibatkan reformasi spiritual dan kesejahteraan fikiran rakyat," katanya. Sejak pilihan raya umum 2008, PAS menerima pelawaan demi pelawaan sama ada secara langsung daripada Umno sendiri ataupun daripada pihak-pihak yang pro-Umno termasuk beberapa tokoh agama agar ia meninggalkan Pakatan Rakyat untuk bersama BN atau bergandung dengan Umno. Idea itu termasuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno. Pelawaan itu sendiri pernah dipanjangkan oleh Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN dan presiden Umno dan juga timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Awal tahun ini, The Malaysian Insider pernah membawa laporan bahawa empat pemimpin dari PAS dan Umno bertemu di Istana Terengganu, Kuala Lumpur dan ada menyentuh soal kerjasama kedua-dua parti. Hadi menambah, "kita sama-sama sedar bahawa demokrasi sedia ada dalam negara kita sudah tempang, akibat dari kerakusan Umno-BN yang ingin mengekalkan kuasa mereka sampai bila-bila." "Pun begitu, sehingga kini kita tetap mendahulukan pendekatan damai secara demokrasi, sehingga PAS bersabar menunggu walaupun dijatuhkan secara yang tidak bermoral, beretika dan melanggar asas-asas perlembagaan," katanya. Menurut Hadi, rakyat hanya berpeluang mengundi dengan sistem lama yang terlalu lemah dengan minda yang tertutup, peluang yang sempit dan cara yang tidak telus. "Rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil mengikut makna demokrasi yang sebenar. Demokrasi bukan sahaja hanya memangkah kertas undi. "Amalan demokrasi menuntut rakyat berpeluang mendapat maklumat daripada semua parti dan calon yang bertanding melalui media yang terbuka," katanya lagi. Kata Hadi, PAS akan meneruskan kempen dan membawa suara rakyat yang mahukan pendemokrasian menyeluruh dilakukan dalam sistem pilihan raya melalui langkah-langkah yang akan disusun oleh jentera parti, termasuklah menggerakkan ahli turun menyuarakan bantahan secara terbuka bersama dengan NGO yang ingin melihat suatu sistem yang lebih adil dan telus dalam negara kita ini. Katanya, PAS juga memperjuangkan kebebasan bersuara dan kebebasan media secara adil dan bertanggungjawab, akan terus memperhebatkan tekanan ke arah pembubaran akta yang menekan media seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dan seumpamanya. "PAS juga komited memperjuangkan pemansuhan akta-akta yang zalim dan disalahgunakan seperti ISA, dan melakukan islah menyeluruh dalam mengembalikan kewibawaan institusi penting dalam negara seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara serta PDRM. "Islah ini bukan sahaja menuntut perubahan sistem, tetapi memerlukan pengislahan minda dan spiritual seluruh pegawai atau manusia yang menggerakkan sistem itu sendiri," katanya. Kata Hadi, muafakat bersama PAS ini juga berikrar untuk membetulkan konsep federalisme songsang yang diamalkan oleh Umno-BN pada waktu ini, terutamanya memantapkan semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak. | ||
Kes Sarbaini: Tubuh suruhanjaya diraja bukannya inkues, kata DAP Posted: 03 Jun 2011 05:27 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Putrajaya seharusnya mengambil teladan daripada pengalaman lalu dengan terus mengadakan satu suruhanjaya diraja siasatan berhubung insiden kematian pegawai Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbaini Mohamed berbanding inkues disyorkan polis, kata pemimpin DAP hari ini. "Pihak berkuasa perlu belajar daripada hasil yang tidak memuaskan dalam inkues Teoh Beng Hock dan terus adakan suruhanjaya diraja siasatan," kata Lim Kit Siang. Lim (gambar) berkata, sesuatu yang amat tidak memuaskan apabila polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil masa dua bulan untuk membuat syor agar diadakan satu inkues berhubung kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu. "Jelas, syor inkues dibantah keras oleh SPRM, yang dari awal tidak mahu ambil tanggungjawab dalam kematian Sarbaini, seperti dalam kes Teoh Beng Hock," katanya. Lim berkata, sebagaimana digambarkan dalam prosiding suruhanjaya diraja berhubung kematian Teoh, satu suruhanjaya untuk menyiasat kes Ahmad Sarbaini bukan penyelesaian terbaik atau memuaskan tetapi lebih baik berbanding inkues. "Kabinet dalam mesyuarat Rabu (depan) harus mengambil keputusan tegas untuk mengadakan suruhanjaya siasatan diraja berhubung kematian Sarbaini," katanya lagi. Berdasarkan pengumuman semalam, polis dan Peguam Negara bersetuju untuk mengadakan inkues berhubung kematian Ahmad Sarbaini. Awal tahun ini, Kabinet memutuskan untuk mengadakan suruhanjaya diraja selepas inkues membuat keputusan terbuka berhubung kematian Teoh. Prosiding suruhanjaya itu selesai baru-baru ini. | ||
RoS terima penjelasan, tidak akan batal PKR Posted: 03 Jun 2011 05:22 AM PDT KUALA LUMPUR— Pendaftar Pertubuhan (Ros) memutuskan tidak akan membatalkan pendaftaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas berpuas hati dengan penjelasan dikemukakan pertengahan bulan lalu berhubung aduan seorang ahli dipecat dua tahun lalu. Sehubungan keputusan RoS itu, PKR juga memutuskan untuk tidak meneruskan tindakan mahkamah ke atas agensi tersebut, yang difailkan kelmarin. "PKR menyambut baik keputusan Pendaftar Pertubuhan yang berpuas hati penjelasan yang dikemukakan dalam surat tunjuk sebab berkaitan dengan ancaman pembatalan pendaftaran PKR yang diterima oleh parti minggu lalu. "PKR turut dimaklumkan bahawa pihak RoS juga tidak akan meneruskan tindakan membatalkan pendaftaran PKR," kata Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan petang ini. Justeru kata Saifuddin, "pihak parti dengan ini memutuskan untuk membatalkan hasrat menyaman RoS memandangkan perkara ini telah dapat diselesaikan dengan baik." Mengikut laporan media kelmarin, Mahkamah Tinggi menetapkan 8 Jun ini untuk mendengar permohonan awal PKR bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk mencabar keputusan RoS membatalkan pendaftaran parti itu. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Saifuddin memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman dan menamakan RoS sebagai responden. Jika mereka berjaya mendapatkan kebenaran itu, mahkamah akan mendengar hujahan substantif PKR berhubung kes berkenaan. PKR juga diberi tempoh sehingga 9 Jun untuk mengemukakan surat tunjuk sebab kepada RoS mengapa parti itu tidak boleh dibubarkan. PKR menfailkan permohonan itu berikutan notis bertarikh 9 Mei lalu yang dikeluarkan RoS bawah Seksyen 13(1) dan (2) Akta Pertubuhan 1966 untuk membatalkan pendaftaran parti itu. PKR antara lain memohon satu perintah larangan terhadap RoS bagi menghalangnya daripada meneruskan apa jua tindakan melalui notis untuk membatalkan pendaftaran parti itu sehingga permohonan semakan kehakiman itu selesai didengar. PKR mendakwa notis yang dikeluarkan RoS itu adalah tidak sah dan dibuat di luar bidang kuasa memandangkan fakta-fakta dan asas undang-undang yang didakwa dalam notis itu tidak pernah wujud. PKR mendakwa alasan bahawa parti tersebut melanggar Fasal 32.2.1 Perlembagaan Parti kerana memecat A. Rajagopal tanpa dibicarakan oleh lembaga displin parti terlebih dahulu tidak berlaku dalam parti itu kerana fasal tersebut tidak wujud dalam perlembagaan PKR. Parti itu berkata tidak ada anggota yang bernama A. Rajagopal yang telah dipecat oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 2009. Ia mendakwa keputusan RoS itu adalah sangat tidak adil, dibuat berdasarkan niat jahat dan bertujuan semata-mata untuk menghalang parti itu daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya umum akan datang. | ||
Posted: 02 Jun 2011 09:45 PM PDT MERDEKA REVIEW DAP tidak akan tunduk terhadap ancaman MCA yang mengguna pakai kaedah PERKASA dengan penggunaan sentimen perkauman, untuk menutup kegagalan mereka mengotakan janji untuk mendapatkan biasiswa pengajian luar negara kepada 86 pelajar cemerlang SPM. Timbalan Menteri Pendidikan, Wee Ka Siong menyatakan bahawa anugerah tahun ini sebagai "paling karut" di mana pelajar cemerlang SPM hanya diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian diploma walhal mereka yang mendapat gred yang lebih rendah mendapat tajaan biasiswa pengajian luar negara. Sebagai reaksi, Presiden MCA, Chua Soi Lek (gambar kiri) telah berkeras bahawa kesemua pelajar cemerlang SPM perlu mendapat tajaan biasiswa pengajian luar negara. Walau bagaimanapun, hal ini telah ditolak oleh Kabinet, di mana pelajar-pelajar ini diberikan tajaan biasiswa pengajian di universiti tempatan dan menolak untuk menyenaraikan mereka yang layak menerima biasiswa pengajian luar negara berserta keputusannya. Seharusnya mereka menjelaskan kegagalan dan ketidakadilan layanan BN terhadap pelajar-pelajar cemerlang ini, sebaliknya MCA telah memilih untuk menyerang DAP sedangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telah menafikan pemberian biasiswa pengajian luar negara kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM berkenaan dan bukannya DAP. Jelas bahawa MCA tidak petah dalam berkata-kata, bersikap acuh tak acuh, tidak tegas dan tidak berkesan dalam membetulkan kesalahan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh BN terhadap pelajar cemerlang SPM, tetapi selalu siap siaga untuk menyalahkan DAP. DAP tidak pernah memutar belitkan isu ini menjadi isu perkauman sebagaimana yang diperkatakan oleh Chua sebaliknya menganggap ini adalah kegagalan Kerajaan BN untuk menghargai bakat rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Bagaimana Chua melihat masalah ini sebagai perkauman apabila daripada 86 pelajar cemerlang tersebut, tiga adalah Bumiputera, seorang Bumiputera Sarawak, 71 orang Cina dan 11 orang India. Adakah Chua menyatakan bahawa Wee Ka Siong salah apabila beliau menyatakan bahawa anugerah tahun ini adalah yang "paling karut"? Wee telah membangkitkan isu ini setiap tahun tetapi masih tiada jalan penyelesaian yang wajar. Atau haruskah kita menunggu sehingga tiada lagi MCA untuk mendapatkan penyelesaian yang adil kepada pelajar-pelajar cemerlang. Kegagalan MCA untuk memastikan 86 pelajar cemerlang SPM mendapat biasiswa pengajian luar negara membuktikan bahawa Chua Soi Lek telah gagal untuk memberi jaminan sama ada MCA sepatutnya berada di dalam atau di luar Kabinet dan pentadbiran Kerajaan - tidak ada bezanya! MCA mungkin takut untuk bersuara mengenai isu ini sama ada di dalam Parlimen mahupun di luar. Walau bagaimanapun, Ahli-ahli Parlimen DAP tidak akan gentar dengan kecaman MCA, sebaliknya akan memastikan hal ini dibawa ke persidangan Parlimen pada 13 Jun 2011. *Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan. | ||
Dewan Ulama lulus usul tolak video seks Posted: 02 Jun 2011 09:41 PM PDT Abdul Rahim Sabri Dewan Ulama PAS Pusat hari ini sebulat suara meluluskan usul menolak video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas dibahaskan. Menurut usul itu, video itu disifatkan sebagai satu fitnah jahat yang dibuat secara terancang oleh pihak tertentu untuk tujuan politik. Ia juga akan dibawa untuk dibincangkan dalam muktamar utamanya yang akan bermula esok. Keputusan itu diumumkan oleh pengerusi tetap Hamdan Mohamad selepas mendapat persetujuan perwakilan dalam muktamar dewan itu di markaz tarbiah PAS di Gombak, Kuala Lumpur. Ketika membentangkan usul itu, wakil Dewan Ulama Kelantan Nik Razi Nik Mat mengutuk kerajaan Malaysia yang didakwanya membenarkan penyebaran video itu. "Kerajaan Malaysia tidak ada imej. Dahulu perdana menteri yang memerintah 22 tahun menuduh bekas timbalannya liwat (sic), pada masa penerapan nilai-nilai Islam (dilakukan)," kata adik kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu. Selain itu, Nik Razi juga membidas mufti yang didakwanya tidak memberikan sebarang pandangan dari perspektif Islam berhubung isu berbangkit itu. Sasar pengundi Melayu Menyokong usul tersebut, perwakilan dari Kedah mendakwa fitnah video seks itu digunakan oleh BN bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. Katanya, BN tidak mempunyai modal kerana setiap isu yang dibangkitkan, mampu ditolak oleh Pakatan Rakyat. Bahkan, menurut perwakilan itu, video seks itu digunakan untuk menghilangkan kepercayaan PAS terhadap Pakatan. "Mereka sebenarnya sasar pengundi Melayu... PAS bertanding 65 peratus di kawasan Melayu. "Jadi PAS akan hadapi risiko dengan (fitnah) video ini," katanya sambil mendakwa terdapat di kalangan pengundi percayai pada video itu. Perwakilan itu juga mendakwa, ulama dalam Umno sebagai "syaitan bisu" kerana berdiam diri walaupun ada yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. | ||
Aktivis diarah tweet 100 kali kerana memfitnah Posted: 02 Jun 2011 09:28 PM PDT Regina Lee Seramai 4,253 pengikut laman Twitter Fahmi Fadzil mungkin pelik dengan pesanan bertalu-talu daripada aktivis sosial itu yang memohon maaf kepada sebuah syarikat penerbitan.
Beliau diminta berbuat demikian untuk mengelakkan daripada diheret ke mahkamah.
Semuanya bermula apabila Fahmi - yang juga setiusaha politik kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar - diminta menulis secara bersiri perkara itu di akaun Twitter @fahmi_fadzil.
Mereka menuntut Fahmi menyiarkan memohon maaf secara bertulis dan menyiarkannya dalam akhbar harian selain membayar gantirugi. Bagaimanapun, Fahmi ketika dihubungi oleh Malaysiakini hari ini menganggap perkara itu sebagai "pengalaman yang baik". "Saya kini mengambil iktibar bahawa anda perlu bertanggungjawab terhadap apa yang kamu tulis di Twitter," katanya lagi. | ||
Liwat II: Hakim sudah buat keputusan, kata Karpal Posted: 02 Jun 2011 09:26 PM PDT MALAYSIA KINI Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh berkata Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersifat berat sebelah apabila beliau berkata keterangan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa.". Sehubungan itu, pihaknya menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk melucutkan Hakim Zabidin daripada terus mendengar perbicaraan itu. Menurut Karpal, Zabidin seolah-olah sudah membuat keputusan mensabitkan Anwar di atas tuduhan liwat apabila menerima segala keterangan saksi pendakwaraya termasuk pengadu Saiful Bukhari sebagai benar tanpa mendengar pembelaan Anwar. "Hakim telah salah-arahkan dirinya dalam menafsir perkataan prima facie. Beliau telah pun membuat keputusan penuh menerima keterangan Saiful sebagai sesuatu yang benar tanpa mendengar pembelaan Anwar terlebih dahulu," kata Karpal. Rumusan konklusif Minum kopi, makan karipap Antara lain Saiful member keterangan bahawa beliau secara paksa diliwat tetapi sempat minum kopi dan makan karipap sebelum meninggalkan bangunan kondomium berkenaan. | ||
Scorpene: Najib perlu jawap lawatan Macau Posted: 02 Jun 2011 09:24 PM PDT MALAYSIA KINI Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan mengapa Kementerian Pertahanan yang di bawah pimpinannya didakwa berurusan dengan seorang warga Perancis yang terpalit dengan rasuah ketika menguruskan pembelian kapal selam pada tahun 1994, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua. Tian berkata Jean-Marie Bovin menubuhkan sebuah syarikat berpangkalan di Malta, bernama Gifen untuk membiayai perjalanan penasihat Najib, Abdul Razak Baginda, warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan seorang lagi yang tidak dikenali. "Pada tahun 2002, kita tahu ada tiga individu yang dibiayai oleh syarikat Malta (Gifen) dari KL ke Macau. Sekali lagi satu kemusykilan wujud mengapa rundingan membeli kapal selam perlu pergi ke Macau," kata Tian kepada wartawan, semalam. Bovin didakwa terbabit dalam skandal pembelian kapal selam oleh Pakistan daripada Perancis yang turut melibatkan pembayaran komisyen lumayan kepada pihak tertentu pada sekitar tahun 90an. Menurut Tian, syarikat Gifen berpangkalan di Malta, dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pertahanan yang ketika itu diketuai oleh Najib mengarahkan pembiayaan perjalanan Abdul Razak, mendiang Altantuya dan individu ketiga yang masih belum dikenalpasti. Tian berkata soalan itu perlu dijawab oleh Najib sendiri selaku Menteri Pertahanan ketika itu dan bukannya menteri sekarang, Datuk Seri Zahid Hamidi. Zahid sebelum ini menawar diri untuk memberi keterangan kepada badan kehakiman Perancis yang bersetuju untuk menyiasat unsur rasuah dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia. "Saya tidak rasa (Datuk Seri) Zahid Hamidi mengetahui perkara ini, maka hanya bekas Menteri Pertahanan (Najib) yang boleh jelaskan sebab arahan pembayaran dan identiti (tiga) individu datang daripada Kementerian Pertahanan dan mereka hanya membuat bayaran lawatan tersebut," kata Tian. Skandal kapal selam itu berpaksi kepada pembunuhan warga Mongolia dan kekasih Abdul Razak, Altantuya Shaariibuu serta pembayaran komisyen sejumlah RM534 juta dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang dikuasai oleh Abdul Razak dan isterinya, Mazlinda Makhzan. Antara ahli lembaga pengarah Perimekar ialah Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin. "Isunya sekarang mengapa bayar kepada Perimekar di mana kami dapat tahu tiada sesiapa dalam syarikat itu mempunyai kepakaran dalam undang-udang Eropah," kata Tian. NGO hak asasai manusia, Suaram melantik dua peguam Perancis untuk menfailkan permohonan supaya kes itu disiasat setelah kerajaan Malaysia dilaporkan cuba melindungi amalan rasuah itu, walaupun setelah Altantuya mati dibom pada tahun 2006. Tian berkata Najib harus mengarahkan Jabatan Imigresen membuat semakan ke atas identiti individu ketiga yang menyertai Altantuya dan Abdul Razak berhubung lawatan mereka ke Macau pada tahun 2002. Najib sebelum ini bersumpah beliau tidak mengenali Altantuya sungguhpun dakwaan itu dinafikan oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam. "Juga untuk keadilan keluarga Altantuya, kita patut korek kerana perbiacaraan pembunuhan kejam itu, maklumat ini tidak pernah diketengahkan," kata Tian. Tian juga mendesak agar kerajaan memberikan nilai kontrak sebenar pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis itu kerana berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi, kos itu melebihi RM1.3 bilion. | ||
PAS ikrar pertahan negeri Pakatan sepenuh kudrat Posted: 02 Jun 2011 09:21 PM PDT MALAYSIA KINI Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengajak semua anggota PAS mempertahankan kempat-empat negeri Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu walaupun dengan dengan sepenuh hati."Pada hari ini juga, marilah kita sama-sama berikrar untuk mempertahankan negeri Kelantan dan Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang telah kita tadbir bersama dengan sepenuh kudrat yang kita ada. "Biarlah keringat kita membahasai bumi tempat berpijak, biarlah tenaga kita bergelora dengan semangat yang tinggi. Kita akan pertahankan kemenangan yang telah kita kecapi selama ini dengan izin Allah SWT," katanya. Ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam muktamar parti itu ke-57 di Gombak, Abdul Hadi juga dilihat cuba menyuntik semangat kepada anggota PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi. | ||
Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal Posted: 02 Jun 2011 09:15 PM PDT
| ||
Dewan Ulama PAS tonjolkan sikap luhur Posted: 02 Jun 2011 05:26 PM PDT
| ||
Polis syor inkues siasat kematian Sarbaini, Peguam Negara setuju Posted: 02 Jun 2011 05:25 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR – Polis akan mengesyorkan agar satu inkues diadakan bagi menyiasat punca kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbaini Mohamad, kata ketua Jabatan Siasatan Polis Kuala Lumpur hari ini. Laporan The Star Online memetik Asisten Komisioner Datuk Ku Chin Wah berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga telah bersetuju dengan cadangan itu. Baru-baru ini, keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini (gambar) mahu polis mendedahkan perkembangan terbaru hasil siasatan kematiannya dua bulan lalu di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ini kerana, menurut sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini, sehingga kini masih tiada perkembangan, menyebabkan keluarga itu tertanya-tanya status sebenar hasil siasatan tersebut. Tambah sumber itu, perkembangan terakhir yang diketahui pada 4 Mei lalu di mana kertas siasatan kematian Ahmad Sarbaini akan dihantar semula ke Jabatan Peguam Negara. "Kami nak tahu apa status terkini sekarang, kami tertanya-tanya apa yang berlaku dan perkembangan kes ini. "Saya sendiri tertanya-tanya apa status kes ini sekarang, sebab saya lihat macam tidak ada apa-apa yang berlaku... senyap begitu sahaja," katanya kepada The Malaysian Insider. Semalam, pemimpin-pemimpin PKR menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara menggesa diadakan siasatan lanjut ekoran dakwaan wujud bukti baru, yang dikemukakan oleh balu Allahyarham Ahmad Sarbaini bulan lalu. | ||
PRU-13: Pemuda PAS tuntut kerusi MP, Adun lompat parti Posted: 02 Jun 2011 05:18 PM PDT SHAH ALAM – Dewan Pemuda PAS mahu rakan komponennya dalam Pakatan Rakyat (PR) menyerahkan kerusi-kerusi yang wakil rakyat mereka telah melompat parti agar rakyat terus yakin dengan perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13. Wakil dari Negeri Sembilan Mohd Fairuz Mohd Isa berkata, jika keyakinan rakyat merosot, dikhuatiri ia akan menyebabkan PR goyah semasa menghadapi pilihan raya umum. "Kerusi-kerusi seperti Changkat Jering (di Perak), Kulim-Bandar Baru (di Kedah) perlu diberikan kepada PAS untuk bertanding, jika tidak kita khuatir keyakinan akan merosot, jangan sampai Pakatan Rakyat goyah," kata beliau ketika membahaskan ucapan dasar ketua Pemuda PAS pusat pada muktamarnya hari ini. Selain PAS, PR dianggotai oleh DAP dan PKR. Sejak pilihan raya umum 2008, PKR dan DAP kehilangan sejumlah kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Kerusi-kerusi itu membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Pada pilihan raya umum 2008, PR menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen dan menawan empat negeri tambahan iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Negeri Kelantan kekal ditadbir sejak ia dikuasai pada 1990. Ekoran tindakan tiga Adun masing-masing dua dari PKR dan satu melibatkan DAP keluar parti, Perak diambil alih oleh Barisan Nasional (BN). Tahun lalu, DAP juga kehilangan satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak. Dalam pada itu, perwakilan dari Sarawak Wan Husni Wan Osman mengkritik partinya kerana tidak sanggup untuk meminta lebih banyak kerusi ketika pilihan raya negeri Sarawak April lalu. "Kita terlalu lemah sehingga terpaksa menunggu sehingga dua hari sebelum hari penamaan calon untuk membuat persiapan dan memutuskan calon-calon kita," katanya. PKR meletakkan 49 calon pada pilihan raya negeri Sarawak tetapi hanya memenangi tiga kerusi manakala DAP yang bertanding di 15 kawasan menang sebanyak 12 kerusi. PAS tidak memperoleh kemenangan di kesemua lima kerusi yang ditandingi. | ||
Video seks: Ulama PAS bawa usul kecam sikap kerajaan BN Posted: 02 Jun 2011 05:16 PM PDT GOMBAK – Dewan Ulama PAS Pusat tidak dikejutkan dengan saingan pemilihan hari ini, tetapi tetap menarik perhatian kerana memutuskan untuk membawa usul video seks yang didedahkan trio "Datuk T" Mac lalu ke Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang bermula esok. Keputusan itu diluluskan sebulat suara hari ini. Di bawah usul itu, Dewan Ulama PAS Pusat menolak pendedahan video seks, yang si pelakunya dikaitkan mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut usul itu, video tersebut disifatkan sebagai satu fitnah jahat yang dibuat pihak tertentu untuk tujuan politik. Usul itu akan dikemukakan anggota Dewan Ulama PAS Kelantan Nik Razi Nik Mat iaitu adik bongsu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut Nik Razi, usul itu dibentang bagi membolehkan para perwakilan membahaskan motif sebenar ia disebarkan dan kaitannya dengan rancangan pihak tertentu untuk melemahkan pengaruh Pakatan Rakyat. Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Dewan Ulama Hamdan Mohamad selepas mendapat persetujuan perwakilan dalam Muktamar Dewan Ulama yang berlangsung di Taman Melewar dekat sini. Nik Razi yang mencadangkan usul tersebut berkata, beliau mengutuk kerajaan pusat kerana membenarkan pengeluaran dan menyebarkan video lucah secara bebas dan meluas. "Kerajaan hanya berdiam diri berkenaan pendedahan video lucah tanpa beri sebarang pandangan mengikut perspektif Islam," katanya sambil meminta ulama agar berjihad untuk menggulingkan Barisan Nasional (BN). "Jihad bukan dengan darah tetapi niat dalam hati, gulingkan BN. Selagi Umno memerintah negara, timbul bermacam-macam masalah. "Masalah tidak akan selesai kecuali kita tumbangkan mereka dari Putrajaya.," ujar beliau. Wakil Dewan Ulama PAS pusat Kubang Pasu ketika menyatakan sokongan penuh terhadap usul tersebut berkata, beliau menggelar ulama-ulama Umno sebagai 'syaitan bisu' kerana beranggapan pendedahan video tersebut akan mencetuskan huru-hara. "Saya setuju usul yang dikemukan wakil DUPP Kelantan. Mereka (ulama-ulama Umno) adalah syaitan bisu. Tindakan mendedahkan video lucah dikatakan cuba menyesatkan masyarakat Islam," kata wakil itu. Beliau yang menyifatkan ulama Umno sebagai 'syaitan bisu' ekoran tindakan mereka yang mendedahkan video seks dengan mendakwa Anwar. Tambah wakil Kedah itu, BN sudah ketandusan cara untuk menghalang Pakatan Rakyat memiliki Putrajaya pada pilihan raya ke-13. Katanya, BN sengaja membiarkan penyebaran dan pendedahan video tersebut semata-mata ingin memecahbelahkan PAS dari Pakatan Rakyat. "Mereka mahu kita hilang kepercayaan kepada pimpinan Anuar Ibrahim. Bila PAS keluar dari Pakatan, Umno akan bermaharajalela," ujarnya. Atas hasutan ini, beliau turut berkata, PAS terpaksa hadapi risiko kehilangan pengundi. "Ini disebabkan kebanyakannya orang Melayu mempercayai pelaku video lucah itu. "Justeru, PAS kehilangan undi memandangkan majoriti pengundi PAS, 65 peratus terdiri daripada orang Melayu," katanya lagi. | ||
Mat Sabu: Masih ramai keliru konsep ulama-profesional dalam PAS Posted: 02 Jun 2011 07:29 AM PDT KUALA LUMPUR — Mohamad Sabu, yang bertanding jawatan timbalan presiden buat kali kedua menegaskan, konsep kepimpinan ulama sepatutnya ditekankan dalam Majlis Syura, bukannya diterjemahkan ke atas jawatan-jawatan eksekutif parti Islam itu. Mohamad, 56, atau lebih mesra dengan panggilan "Mat Sabu" berpendapat bahawa konsep kepimpinan ulama telah menjadi kekeliruan di kalangan ahli menyebabkan golongan profesional sukar mendapat tempat dalam jawatan tertinggi parti itu. "Bagi saya presiden dan ke bawah boleh sesiapa sahaja yang layak untuk memimpin tiada masalah baik ulama atau profesional. "Majlis Ulama ini yang perlu ditekankan bukan jawatan eksekutif, ia perlu dipertingkatkan dalam organisasi ini. "Sebab itu, kalau kita lihat banyak ahli yang salah erti konsep kepimpinan ulama ini dan ia menimbulkan sedikit kekeliruan," katanya yang terkenal di kalangan akar umbi ahli-ahli PAS dan parti pesaingnya. "Namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS," kata beliau kepada The Malaysian Insider menjelang muktamar kali ke-57 yang bermula hari ini. Beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat bagaimanapun berkata akan terus menyokong konsep kepimpinan ulama dalam Majlis Syura."Soal kepimpinan ulama ini diperkenalkan pada zaman kami masih Pemuda PAS pada 1982 yang mana ketika itu ketuanya adalah Datuk Mustafa Ali ... memang tidak dapat dinafikan ketika itu anak muda terpengaruh dengan revolusi Islam yang berlaku di Iran yang dipimpin golongan ulama," katanya. Mohamad menambah beliau akan terus mendokong konsep kepimpinan ulama dan Majlis Syura perlu diperkukuhkan agar PAS tidak terkeluar daripada dasar perjuangan Islam. Selain Mohamad, turut bertanding jawatan itu adalah penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagaimanapun kedua-dua calon itu tidak dapat diakses untuk ditemu bual khas. Sebagaimana disaksikan tahun-tahun lalu, soal kepimpinan ulama dan profesional kembali muncul dalam menentukan penyandang jawatan nombor dua parti komponen Pakatan Rakyat itu. Minggu lalu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan wujudnya soal kepimpinan ulama atau profesional dalam parti itu. Malah Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Harun Taib menegaskan kepimpinan ulama harus diteruskan dalam parti itu walaupun ia tidak termaktub dalam perlembagaan parti Islam itu. Ditanya apa matlamat utama yang akan dilakukan sekiranya terpilih untuk jawatan nombor dua itu, Mohamad berkata, PAS perlu bergerak lebih maju ke hadapan selain bertindak lebih agresif menangkis serangan dilakukan Umno-BN terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Tiga perkara yang akan saya lakukan adalah menangkis propaganda Umno-BN mengenai masalah Melayu kononnya orang Melayu tidak akan terjamin sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, ini persepsi yang salah dan propaganda ini harus ditangkis, PAS perlu bertindak segera untuk membalas serangan yang dibuat Umno-BN ini," kata beliau. Perkara kedua, menggerakkan usaha bagi PAS mendapatkan sokongan orang bukan Melayu secara berterusan kerana jika tidak berterusan hasrat Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya akan terbengkalai. "Ini yang perlu ditekankan selain sokongan orang Melayu juga," katanya lagi."Dan, yang ketiga pelan tindakan lebih agresif untuk PAS menggantikan Umno, yang mana kita mahu menggantikan Umno sebagai sebuah parti bukan gantikan perangai dan sifat Umno yang mengamalkan banyak perkara yang tidak betul," katanya. Jelas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, sekiranya PAS benar-benar serius mahu menawan Putrajaya, satu perubahan besar perlu dilakukan termasuk berusaha mendapatkan sokongan orang bukan Melayu secara berterusan. "Sekiranya PAS boleh memberikan tumpuan kepada ketiga-tiga aspek ini sudah tentu kita boleh menjadi yang lebih baik daripada Umno dan saya sebagai calon timbalan presiden dan sekiranya terpilih akan memainkan peranan untuk mencapai matlamat itu bersama-sama presiden dan barisan kepimpinan," katanya. Justeru, kata Mohamad, beliau berharap dengan pengalaman yang ada perwakilan boleh memberi peluang kepadanya membantu parti selepas tewas kali pertama pada pemilihan 2009. "Saya mungkin boleh menyumbang kepada parti dalam bidang-bidang yang boleh saya mainkan peranan seperti menarik sokongan orang bukan Melayu. "Saya boleh memainkan peranan ini untuk tarik orang bukan Melayu kepada PAS, Kelab Penyokong PAS juga perlu diperluaskan lagi ... saya boleh bergerak lebih agresif dalam perkara ini. "Oleh itu, saya tawarkan khidmat dan saya serahkan kepada perwakilan untuk buat keputusan," katanya. Tambah beliau, barisan kepimpinan PAS perlu berubah dengan bersikap lebih agresif dan bukan mengambil pendekatan "sambil lewa" yang akhirnya akan melemahkan parti. "Saya tidak berpuas hati dengan prestasi parti, kepimpinan PAS yang mana ia masih berada di tahap yang rendah dan ia perlu dikembangkan sebagai contoh dalam beberapa siri pilihan raya kecil kita lihat wakil rakyat DAP lebih menonjol tapi wakil rakyat kita tidak. "Ada yang datang sambil lewa, ini tidak boleh ... sepatutnya wakil rakyat perlu menyumbang kepada parti dan membantu mendapatkan sokongan ini yang perlu dipertingkatkan," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan