Khamis, 30 Jun 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Turun demo wajib

Posted: 29 Jun 2011 09:44 PM PDT

PAS memberi jaminan, perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti akan mencatat sejarah sebagai perhimpunan paling aman dalam secara Malaysia.

NONEBagaimanapun,menurut timbalan presiden PAS, perkara itu hanya boleh berlaku jika polis memberikan kerjasama dengan membantu mengawal keadaan dan perjalanan lalu lintas, seperti amalan di pelbagai negara lain.

"Perhimpunan ini akan menjadi pilihan raya paling aman. Tidak akan ada satu pasu bunga pun akan terbalik, tidak akan ada seketul bata pun akan terbalik.

"Melainkan dia (polis) lepas gas pemedih mata. Kalau lepas gas pemedih mata, kandang babi pun kita (lari) masuk," katanya yang disambut ketawa besar orang ramai.

Berceramah di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi, Mohamad juga mengingatkan penyokong PAS yang akan hadir nanti supaya tidak membawa senjata atau apa sahaja barang yang boleh ditafsirkan sebagai senjata.

"Setuju? Kita hendak lihat demonstrasi paling aman," tegasnya lagi sambil disambut jeritan "setuju" oleh 3,000 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir.

'Menteri Dalam Negeri tidak tahu?'

Sementara itu, Mohamad juga mengkritik polis yang didakwanya lebih "menjaga Umno" daripada "menjaga rakyat."

"Perhimpunan BERSIH ini, yang patut bimbang adalah Umno. Jadi kenapa yang polis pergi bimbang sama?" soalnya yang lebih popular dengan gelaran Mat Sabu.

NONEMenjelang perhimpunan besar lagi dua minggu itu, pelbagai pihak disoalsiasat polis atas pelbagai alasan, termasuk menghasut, mengajak orang ramai menyertai perhimpunan haram dan menjual baju BERSIH.

Polis juga bertindak menyerbu Sekretariat BERSIH di Petaling Jaya semalam, merampas beberapa barang berkaitan dan menyoalsiasat kakitangan di pejabat itu.

Mohamad berkata, jika dibandingkan dengan pengalaman di negara maju dan negara jiran sendiri, tindakan tindakan polis di negara ini amat berbeza.

Di Indonesia sebagai contoh, ketua polis sendiri memberikan taklimat di kaca televisyen memberikan panduan bagaimana berdemonstrasi pada hari berikutnya, tambah Mohamad.

bersih rally in london 131107 peaceful"Di London pelacur pun diizin tunjuk perasaan," katanya yang terkenal dengan kelucuannya ketika berceramah.

"Takkan Menteri Dalam Negeri tidak tahu. Dia dahulunya belajar di London?"

Turun demo wajib

Mohamad juga mengingatkan tentang "wajib" bagi semua pihak menyertai perhimpunan anjuran gabungan NGO itu, berdasarkan pendapat dua pemimpin tertinggi parti itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

bersih rally 271207 04"Turun (menyertai) adalah wajib. Kalau tidak puas hati, pergi demonstrasi di (kediaman Nik Aziz di) Pulau Melaka," selorohnya lagi.

Beliau juga mengingatkan kerajaan tentang pentingnya sebuah pilihan raya yang adil supaya rakyat tidak memilih jalan lain menumbangkan kerajaan seperti berlaku di Mesir sebelum ini.

"Di Mesir, parti (presiden) Hosni Mubarak menang 98 peratus kerusi parlimen... sedangkan pilihan rayanya tidak adil.

"Akhirnya rakyat keluar ke jalan raya dan menumbangkan kerajaan. Inilah yang berlaku apabila pilihan raya tidak lagi dipercayai."

Tiada ulasan: