Selasa, 28 Jun 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


BERSIH cuba selamatkan Anwar, kata Ibrahim Ali

Posted: 28 Jun 2011 07:16 AM PDT

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata beliau yakin perhimpunan anjuran BERSIH 2.0 dua minggu lagi bukan semata-mata untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Sebaliknya, beliau mendakwa gabungan NGO itu mempunyai agenda untuk menghuru-hara negara bagi "menyelamatkan" Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE"Mereka sudah tidak ada pilihan. Mereka gagal pada 16 September untuk menubuh kerajaan, kemudian Datuk Seri Anwar terpaksa menghadapi perbicaraan untuk mempertahankan dirinya.

"Dan dibantu pula dengan hebohan video (seks) yang mirip dengan ketua pembangkang. Maka pada saya, (perhimpunan) ini adalah pertarungan hidup dan mati Anwar Ibrahim.

"Maka cara yang terbaik, mungkin mereka merancang untuk menumbang kerajaan pada 9 Julai," dakwanya lagi dalam sidang media di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

NONEIbrahim mendakwa BERSIH membawa agenda politik Pakatan Rakyat kerana NGO itu dianggotai pemimpin Pakatan antaranya, Pengarah pilihan raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan Setiausaha Pengelola DAP Teresa Kok sebagai jawatankusa mobilisasinya.

Ibrahim juga turut mempamerkan salinan pekeliling Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang didakwa mengeluarkan arahan kepada pimpinan PKR semua peringkat supaya menyertai perhimpunan itu.

"Jadi bererti, nyata sekali dengan surat ini, bahawa Anwar Ibrahim di belakang perhimpunan BERSIH 2.0 ini," katanya.

Turun dengan tangan kosong
Ibrahim juga berkata BERSIH turut digerakkan oleh aktivis pelajar Hishamudin Rais yang disifatkannya sebagai "baling batu sembunyi tangan" sewaktu zaman gerakan mahasiswa sektiar tahun 1970-an.

Sehubungan itu, Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas meminta rakyat membuat penilaian supaya tidak beremosi dengan menyokong perhimpunan itu secara "tidak tentu arah".

bersih poster scah 280611Sementara itu, mengulas perhimpunan PERKASA pada hari yang sama, Ibrahim turut menasihatkan ahlinya supaya mematuhi undang-undang dan jangan menimbulkan huru-hara.

"Jangan buat keganasan, (berhimpun) dengan aman, jangan langgar undang-undang, jangan baling batu.

"Saya dah bagi tahu kepada ahli PERKASA dalam taklimat, kita tak benar apa-apa provokasi, jangan bawak apa-apa senjata.

"Hanya turun tangan yang kosong untuk mempamerkan bahawa kita tidak bersetuju dengan BERSIH. Saya harap tidak ada apa-apa yang berlakulah nanti," tegasnya.

Ibrahim berkata PERKASA selesai memberikan taklimat kepada ahlinya di sepuluh daerah dan 22 kawasan parlimen secara tertutup berhubung perhimpunan 'Gerak Aman' pada tarikh yang sama.

NASEHAT TUK PERJUANGAN DI MASA SULIT

Posted: 27 Jun 2011 07:38 PM PDT

sekian lama semangat tidak itu terpendam
dalam jeriji jeriji kekuasaan terhormat
walaupun terkadang ada juga yg mencoba
agar semangat itu terkuak diatmosfera negara.

telah lama kami mengharap
begitu juga nasehat
telah diutarakan berbagai cara
semua itu hanya disimpan dibawah karpet merah
dan itu membuat mereka penguasa menjadi murka.

bukan maksudku menentang penguasa
bukan cita citaku menukar pemimpin
itu semua ku lakukan agar keadilan dan ikhsan
menjadi keutamaan pemegang pemerintahan

demo hanyalah wacana setelah semua tak berguna
tuk berjihad mengatakan tidak pada penguasa yg lalim
biar tegak kembali kebajikan dan rakyat marhaen
sebagaimana yg diperintahkan oleh tuhan robbul jalil.

Pak Samad: Puisi sudah jadi 'senjata'

Posted: 27 Jun 2011 11:29 AM PDT

asterawan negara Datuk A Samad Said berkata, siasatan polis yang dijalankan ke atasnya hari ini menunjukkan puisi telahpun menjadi "satu senjata" dan bukan lagi satu hiburan semata-mata.
Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa sedih ke atas tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Akta Hasutan, sedangkan puisinya itu mengandung niat "murni."
"Apa yang saya lakukan ialah merakamkan satu peristiwa di mana saya fikir, untuk memperbaiki suasana, bukan untuk memperburukkan suasana.
NONE"Dalam puisi saya itu memang saya katakan kita sebenarnya perlu mempersuci demokrasi bukan memperkeruhkan atau mencemarinya.
"Dalam puisi itu adalah saranan-saranan yang saya fikir amat suci yang sepatutnya dihargai bukan dicurigai," katanya lagi ketika mengulas siasatan bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan itu.
Beliau turut disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.
Tanpa menunjukkan rasa gentar, A Samad turut menepis pandangan bahawa tindakan pihak polis itu akan terus menekan golongan karyawan daripada menyatakan pandangan mereka mengenai perkembangan semasa.
"Barangkali (polis) memberi amaran, tapi itu kalau seorang sasterawan, ini sememangnya lebih mendorongnya, menaikkan semangatnya oleh kerana mereka mulai tahu kesusasteraan mempunyai kuasa juga.
"Saya fikir puisi sekarang sudah diterima sebagai alat berkesan sebagai senjata. Dulu puisi ini untuk menghibur-hiburkan saja, sekarang rupanya puisi sudah mendapat perhatian yang amat luar biasa," katanya lagi ketika ditemui selepas disiasat lebih sejam hari ini di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.
Siasatan hari ini merupakan tindakan kedua ke atas A Samad selepas tindakan sama dijalankan ke atasnya pada Mac 2009 berhubung dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Terdahulu ketika dihubungi Malaysiakini, A Samad berkata ucapan berkenaan turut dimuatkan di laman blog peribadinya – samadsaid.wordpress.com.
Ucapan berkenaan antara lainnya menyentuh mengenai gambaran media arus perdana ke atas kumpulan BERSIH 2.0.
"Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal.
"Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan 'siasah' yang sangat bercita-cita buruk.
"Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat," ucapan itu dipetik

Tiada ulasan: