BRIGED MP SEGAMBUT |
SMS ugut bunuh Ambiga, pemimpin Pakatan diedarkan Posted: 22 Jun 2011 09:56 PM PDT SMS yang dihantar dari nombor telefon 601119732179 memuatkan ugutan bunuh ke atas pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan juga beberapa pemimpin PAS serta PKR yang akan terbabit pada perhimpunan 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara. Ambiga, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau menerima SMS itu. "Ya, saya juga terima dan akan buat laporan polis," katanya. SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia. "puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua. "kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti." Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya" |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan