Isnin, 20 Jun 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT

HUSAM MENANG SAMAN FITNAH TERHADAPNYA

Posted: 20 Jun 2011 08:53 AM PDT

KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 20 Julai depan  sebagai tarikh keputusan taksiran ganti rugi saman fitnah yang  dikemukakan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa bersama dua plaintif  lain terhadap sebuah akhbar, tiga tahun lalu.  

Timbalan Pendaftar Mahkamah, Nariman Badruddin membuat keputusan itu  dalam kamar, selepas mahkamah membenarkan tuntutan plaintif kira-kira  empat bulan lalu.  

Kesemua plaintif termasuk Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk  Ahmad Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan,  Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah  hadir mendengar keputusan itu.  

Plaintif menamakan defendan dari akhbar Mingguan Watan, M Goenawan  Mohamed, Wan Bahador Wan Ismail@Baha Azuwan, Datuk Raja Ahmad Zainuddin  Raja Omar, Naluri Teratai Sdn Bhd dan Tristan Media Distributors.  

Saman RM15 juta difailkan terhadap defendan yang didakwa menyebarkan  fitnah menerusi artikel siaran akhbar Mingguan Watan bertajuk: 'Siasat  Pemimpin Pas Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK', bilangan 17, 21 hingga 27  Disember 2008. 

Menerusi artikel berkenaan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri  Kelantan (PKINK) dikatakan rugi RM21 juta akibat penyalahgunaan kuasa  dan penyelewengan beberapa pemimpin Pas Kelantan yang juga ahli lembaga  pengarah PKINK berkait satu projek anak syarikatnya. 

Malah artikel itu juga menyebut: 'Watan difahamkan pindaan  perjanjian itu menyebabkan kerugian kepada PKINK kerana untuk melindungi  kroni-kroni pemimpin Pas yang dipercayai menjadi 'pelabur tempatan' itu  yang memegang 50 peratus ekuiti berkenaan.  

Susulan itu, Husam menghantar notis supaya defendan-defendan memohon  maaf secara terbuka namun mereka menerbitkan pula artikel 4-10 Januari  2009 menegaskan tidak akan meminta maaf. 

Seterusnya, Husam menuntut defendan membuat bayaran ganti rugi  sebanyak RM5 juta kepadanya atas perbuatan fitnah yang dilemparkan  dengan menuntut ganti rugi teladan, teruk, punitif, faedah pada kadar  lapan peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi yang dibenarkan  mahkamah. 

Kata Husam, beliau bersyukur dengan kemenangan yang dapat mematahkan fitnah terhadap dirinya bersama dua plaintif lain itu.  

"Saya sangat bersyukur kerana itu memang satu fitnah secara terang  terangan dan Watan pun sudah ditutup serta tidak keluarkan sebarang  penerbitan lagi.  

"Defendan-defendan pula yang tidak hadir ke mahkamah hari ini  (semalam) bagaimanapun kita minta ganti rugi itu paling kurang RM5 juta  untuk setiap plaintif," katanya.

KALAU TAK MAHU KECOH:KENAPA PERKASA DAN UMNO TIDAK CARI TARIKH DAN TEMPAT YG LAIN DEMO? INI BUDAK BUDAKLAH?

Posted: 20 Jun 2011 12:03 AM PDT

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menegaskan, perhimpunan aman ialah hak asasi manusia, selagi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) berhimpun secara aman, tanggungjawab kerajaan dan polis ialah membantu pihak penganjur mengatur perhimpunan dan mengawal baik lalulintas.  Kami berharap kerajaan bertolerasi terhadap aktiviti perhimpunan aman, bukanlah menyekat saluran bersuara perasaan rakyat.
Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein (gambar kiri) memberi amaran bahawa kerajaan akan menangkap mereka yang mengancam keselamatan negara, Timbalan Ketua Polis Khalid Abu Bakar mengecam perhimpunan BERSIH merosakkan ketenteraman masyarakat dan mengakibatkan kesesakan lalunlintas.
Bagaimanapun, sesiapa yang mempunyai pengetahunan am tentang aktiviti perhimpunan aman di Malaysia akan tahu, pasukan FRU menembak gas pemedih mata dan meriam air ialah sebab-sebab utama yang mengakibatkan kekecohan.  Perhimpunan aman tidak akan membawa sedikit pun ketidakselesaan kepada penghuni atau peniaga bandar sekiranya FRU tidak buat begitu dan menyuraikan peserta perhimpunan secara paksaan.
Pada 26 Mac tahun ini, pertubuhan-pertubuhan wanita menganjurkan perarakan "Jalan untuk Berubah", pihak polis memberi kerjasama dengan pihak penganjur, mereka hadir dan mengawal lalulintas; perarakan Hari Hak Asasi Manusia yang dianjurkan oleh Presiden Majlis Peguam Yeo Yang Poh beberapa tahun dahulu, pihak polis juga tidak mengganggu perarakan.  Kedua-dua perhimpunan dan perarakan ini telah dijalankan secara lancar dan aman, tidak mengakibatkan kekecohan dan kesesakan lalulintas.  Ini membuktikan tuduhan pihak polis adalah tidak berasas.
Oleh sebab itu, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyokong sepenuhnya perhimpunan aman yang dianjurkan oleh BERSIH pada 9 Julai.  Kami juga setuju dengan tujuh permintaan reformasi sistem pilihanraya yang dikemukakan olehnya, iaitu 1) Pendaftaran pengundi secara automatik; 2) Sistem undi pos untuk para pengundi luar negara 3) Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan; 4) Capaian media aliran utama secara saksama untuk semua parti; 5) Tempoh kempen minimum 21 hari; 6) Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya; 7) Menghapuskan rasuah pilihan raya
Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG melahirkan kekesalan terhadap serangan pemimpin politik dan PERKASA terhadap BERSIH.  Tujuh permintaan yang dikemukakan oleh BERSIH adalah indeks penting bagi mencapai pilihanraya adil dan politik berdemokrasi, parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan tidak wajar membantah.
PERKASA mengumumkan PERKASA dan 30 pertubuhan bukan kerajaan Melayu akan turut sama berhimpun dengan BERSIH pada hari yang sama "bagi menghalang demonstrasi BERSIH", tindakan PERKASA ini bertujuaan menggagalkan perhimpunan BERSIH, ini jelasnya telah mencabul hak kebebasan perhimpunan penyokong BERSIH.
Pemuda UMNO pula tiba-tiba mengumumkan satu perarakan "bagi menyokong sistem demokrasi" pada hari yang sama, ini merupakan satu lagi kerja untuk bertembung dengan BERSIH.  Kami menyeru PERKASA dan Pemuda UMNO memilih tempat lain atau tarikh lain menganjurkan perhimpunan "membantah reformasi sistem pilihanraya", jangan membuat kekecohan secara berancang dan menggagalkan perhimpunan aman BERSIH.
Akhirnya, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyeru semua rakyat menyertai perhimpunan aman BERSIH bagi membaiki kelemahan sistem pilihanraya kini, menyumbang tenaga kepada proses demokrasitasi Negara kita. 

*Kenyataan media oleh Toh Kin Woon (gambar kiri) selaku Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG.

APA JAWATAN TUK NAJIB KALAU KALAH PRU 13?

Posted: 19 Jun 2011 09:56 PM PDT

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno BN sedang berusaha keras mencari jalan memecahkan perpaduan di antara PAS, PKR dan DAP.
Bercakap sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan di Konvensyen Pilihanraya Keadilan di sini, beliau mengingatkan seluruh pemimpin dan ahli PKR di segenap peringkat agar bersedia menghadapi taktik kotor Umno BN.
Umno BN, jelasnya kini terdesak dan akan menghalalkan segala tindakan bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
"Pastikan hubungan kita dengan PAS dan DAP erat kerana Datuk (Seri) Najib (Razak) masih merencana bagaimana nak pecahkan kita.
"Mereka menggunakan polisi penjajah iaitu pecah dan perintah. Kita harus waspada", katanya dihadapan lebih 4,000 ahli PKR yang hadir dari seluruh negara memenuhi Dewan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Antara taktik kotor Umno BN itu jelasnya, tindakan "membeli" pemimpin tertentu dari Pakatan Rakyat untuk dijadikan "tukang karut" menghentam dan memfitnah pemimpin dan dasar Pakatan Rakyat.
"Menjelang pilihan raya harga naik, bukan harga barang tapi harga tokoh-tokoh khianat.
"Mereka akan cari, tak dapat pemimpin kanan, pemimpin negeri. Tak dapat negeri, pemimpin cabang. Tak dapat cabang, pemimpin ranting. Tak dapat ranting, pemimpin tewas termasuk yang gagal menjadi calon", katanya melontar jangkaan.
Sehubungan itu beliau memberi ingatan kepada seluruh ahli PKR bersedia berdepan bakal "pengkhianat" itu.
Mengulas peluang Pakatan Rakyat pada PRU-13, Anwar yang juga Ketua Pembangkang yakin jalan ke Putrajaya makin hampir.
"Kalau tidak kerana penyelewengan dan taktik kotor Umno BN pada PRU 2008, tak payah tunggu 2011 ni, sekarang ini kita sudah berada di Putrajaya," jelasnya disambut sorakan hadirin.
Namun apa yang penting tegasnya, setiap ahli perlu berkerja keras bukan sahaja menyampaikan maklumat sebenar kepada pengundi, malah menyekat taktik kotor Umno BN itu jika mahu menguasai Putrajaya pada PRU akan datang.
"Ada PRU kita menang insya Allah... Ada kata worst case scenario, Anwar masuk penjara. Saya kata Anwar masuk penjara, tapi kita menang.
"Satu lagi best case scenario, Anwar tak masuk penjara, dan kita menang," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Konvensyen pilihan raya Keadilan merupakan kali pertama seumpamanya di Malaysia dan belum pernah diadakan mana-mana parti politik lain sebelum ini.
Dengan tema "Demi Rakyat" konvensyen itu menghimpunkan perwakilan PKR dari seluruh negara untuk mendengar amanat pimpinan tertinggi menjelang pilihan raya umum ke-13 yang mungkin berlangsung pada bila-bila masa sahaja.
"Ada orang tanya, kalau Pakatan menang, apa nak buat dengan Datuk Najib. Tak mengapa, kita dah sedia jawatan untuk dia," kata Anwar.

ANWAT MASUK PENJARA DAN PR MENANG ITU OK JUGA?

Posted: 19 Jun 2011 07:44 PM PDT

HANYA 5% LAGI TUK TUMBANGKAN UMNO..JOM USAHA

Posted: 19 Jun 2011 06:41 PM PDT

 "Saudara tahu?  Kalau kita rebut peluang kali ini, berapa percent?  Another 5%..." Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim meneruskan, "Dari 1999, kita mula.  Dalam tempoh singkat, 12, 13 tahun, saudara hanya perlu 5% sahaja lagi untuk merobah seluruh lanskap politik di negara ini."
"Tak usah fikir yang merunsingkan, membebankan.  Apa kata kalau Anwar dihukum?  Itu kerja mereka (musuh politik).  Rancangan mereka.  Rancangan penjenayah zaman edan... Tak usah nak fikir teori banyak-banyak."
"Saudara, ada pilihan raya, kita menang.  Insyaallah.  Ada yang katakan, what's the senario?  Anwar masuk penjara.  So what?  Anwar masuk penjara tapi kita menang.  Best senario, Anwar tak masuk penjara.  Kita pun menang."
Demikianlah kata-kata Anwar Ibrahim yang disambut dengan tepukan dan sorakan, ketika berucap dalam Konvensyen Pilihan Raya PKR, di Pusat Konvensyen Shah Alam, petang tadi.  Kira-kira 4,000 orang perwakilan dan penyokong hadir memenuhi dewan, mengikuti acara yang dipersembahkan dengan pendekatan yang dinamik dan moden.
Anwar juga menambah, dengan penyelewengan dan kepincangan yang berlaku dalam sistem pilihan raya negara kita, pembangkang memerlukan undi 55% untuk mengalahkan pesaing politiknya, kerana terpaksa berdepan dengan pengundi hantu dan sebagainya.
Dinamik, moden, interaksi
Berbeza dengan ceramah politik yang sarat dengan hanya ucapan pemimpin politik sebelum ini, konvensyen kali ini diselit dengan tayangan video yang menarik, nyanyian sama ada untuk menyindir musuh politik, mahupun menyuntik semangat kepada penyokong.
Malah, ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul (gambar kiri) tampil untuk menyanyi lagu yang diubahsuai, menambah unsur hiburan dalam acara politik ini.  Lebih-lebih lagi, pentas berbentuk "T" direka untuk memberi lebih ruang pemidato berinteraksi dengan hadirin, bahkan sesetengah pemimpin seperti Anwar dan Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung) tidak menggunakan rostrum ketika berucap.
Konvensyen ini diadakan khas sebagai persiapan PKR berdepan dengan PRU ke-13, yang dijangka bakal berlangsung tidak lama lagi.  Selain pimpinan utama, PKR menampilkan wakil-wakil dari kaum orang asli (dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak), anak muda Cina, wanita kaum India untuk berucap - untuk menonjolkan kepelbagaian dalam partinya yang bersifat inklusif ini.
Malah, Anwar Ibrahim mempertahankan pendirian perjuangan partinya untuk semua suku kaum, meskipun berdepan dengan kritikan sesetengah pemimpin yang keluar parti dan mendakwa partinya tidak membela hak kaum tertentu.
"Saya nak tanya orang India, orang Melayu, Cina, Orang Ulu, Iban, Murut, Kadazan,  Dusun, Bugis, Melanau, mana ada parti di negara ini yang sanggup hadapi risiko memperjuangkan nasib semua suku kaum dalam negara ini dengan istiqamah dengan yakin?  Ini negeri orang Iban, ini negeri orang Cina, ini negeri orang Melayu, ini negeri orang Dusun... No compromise!  Mahu bersama kita, baik orang Melayu atau Cina, India, ini pendirian kita."
Malah, Anwar mengingatkan UMNO-BN yang cuba menakut-nakutkan Melayu bahawa kedudukan kaum tersebut akan tergugat seandainya tampuk kerajaan diambil alih Pakatan Rakyat.
"Saya nak bagi tahu, Melayu mempunyai juga budaya berjuang.  Melayu punyai juga budaya faham apa erti keadilan.  Dan Melayu sebagai orang Islam juga dituntut untuk melaksanakan kebebasan dan keadilan bagi semua.  Dan Melayu ini yang kita harus angkat bersama Cina, India, Iban, Kadazan dan yang lain-lain.  Tidak timbul soal mengkhianati sesiapa!" tegas Anwar.
Beliau memberi kata-kata penyuntik semangat, dengan interaksi dari bawah pentas, "Saudara tak ada pengalaman nak lawan UMNO? (Ada!) Saudara tidak tahu pasal harga barang? (Tahu!)  Saudara tak pernah dengar kes IPP? (Tahu!)  Saudara tak tahu PKFZ? (Tahu!)  Saudara tak tahu Teoh Beng Hock jatuh? (Tahu!)  Tak pernah dengar Sarbani? (Tahu!)  Saudara tak tahu TV3 punya cerca? (Tahu!)  Saudara tak tahu Utusan Malaysia itu perkakas siapa? (Tahu!)  Dah pass! Tak payah runsing dok (ketawa)."
Antara mesej yang disampaikan...
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menjadi pemidato pertama, menekankan bahawa Anwar Ibrahim adalah aset penting buat PKR, sambil menunjukkan gambar bagaimana Anwar disambut dengan lautan manusia ke mana beliau berada - satu keadaan yang menjadi mimpi ngeri buat UMNO-BN, katanya.  Selaku Setiausaha Agung, beliau turut memberi taklimat agar akar umbi mempersiapkan jentera untuk menghadapi pilihan raya.
Nurul Izzah (gambar kiri), satu-satunya Naib Presiden yang berucap, berkongsi pengalaman dan pandangannya yang baru melawat ke Turki untuk memerhati perjalanan pilihan raya di situ.  Beliau yang bersama dalam perjalanan ketika Menteri Kewangan Turki, Mehmet Simsek berkempen, melihat dengan mata sendiri bagaimana pemimpin itu tabah berdepan dengan cemuhan kaum Kurdis.  Dengan pengalaman sedemikian, Nurul mendakwa dirinya "sudah tidak takut dengan PERKASA ke, apa ke..."

Tiada ulasan: