Khamis, 30 Jun 2011

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


Bersih 2.0: Mahaguru Gayong nasihat Omardin ingat Allah

Posted: 30 Jun 2011 10:25 AM PDT

 Kenyataan pendiri Pertubuhan Seni Silat Lincah Lincah Malaysia (PSSLM) Mahaguru Tan Sri Omar Din Mauju mengancam 300,000 rakyat yang dijangka menyertai perhimpunan aman pada 9 Julai di ibu negara ditegur sendiri oleh rakannya 

Pengasas dan Guru Utama Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa(gambar) berkata, pengamal silat yang sebenar tidak akan bermegah-megah dengan ilmunya dan mengancam keselamatan orang lain, sebaliknya hanya mempergunakan ilmu yang dipelajari untuk manfaat agama, bangsa dan negara.

Malah, mana-mana pengamal silat yang dengan sengaja menakut-nakutkan orang lain untuk menunjukkan kekuatan, pasti akan menerima balasan daripada Allah. 

"Orang yang hendak buat kacau kita tidak galakkan. Kalau mereka hendak tunjuk megah, Allah Taala akan bagi balasannya," ujarnya, dipetik dari blog Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Omardin berkata, "Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut."

Penangdaily difahamkan, Omardin mengeluarkan ugutan kepada Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan supaya menghentikan hasrat mengadakan perhimpunan aman tersebut kerana khuatir tidak dapat mengawal 'emosi' anak-anak didiknya jika mereka 'bertembung' pada perhimpunan itu nanti.

Kenyataan Omardin itu disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia beberapa hari lalu.

Bercakap lebih lanjut, Cikgu Majid berpendapat tujuan Bersih adalah berhimpun secara aman untuk menuntut keadilan, justeru tidak ada sebab  mana-mana pertubuhan silat memusuhi peserta himpunan itu.

"Kita tak berfikir yang mereka (Bersih) akan menimbulkan masalah. Kita tak anggap begitu. "Apa-apa tindakan yang kita mahu ambil hendaklah berpaksikan keadilan yang sebenarnya," kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid juga memberi jaminan bahawa penuntut Silat Gayung Pusaka sendiri tidak akan mengancam dan menakut-nakutkan orang lain daripada menyertai mahupun menghindari perhimpunan tersebut.

"Saya pun tak akan izinkan anak-anak Gayung buat kacau pada perhimpunan begini," kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia dan masih mengekalkan gelaran 'Cikgu" walaupun beliau sendiri sebenarnya bertaraf seorang mahaguru dalam dunia persilatan.

Cikgu Majid adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman dan menuntut seni silat Melayu itu di Woodlands, Singapura. PD

Tiada ulasan: