Isnin, 27 Jun 2011

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


Rayuan A. Samad Said !! Apa alasan anda?

Posted: 27 Jun 2011 07:20 AM PDT


Tidakkah anda terasa malu. Tidakkah anda semua lelaki yang mempunyai sifat kejantanan. Adakah anda semua pekak atau mata yang buta. Dimana maruah sedara-sedara?

KUALA LUMPUR: A Samad Said dipanggil untuk disoal siasat oleh polis di Balai Dang Wangi pada jam 2.30 petang, hari ini. Ini berikutan kehadiran beliau di majlis pelancaran Bersih pada 20 Jun lepas di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur.

Menurut Zunar, kehadiran A Samad pada pelancaran itu adalah untuk bersama-sama rakyat menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil. Katanya, karyawan yang bertanggungjawab adalah golongan yang paling dekat dengan rakyat. Beliau menambah, karyawan mesti merasai degup jantung rakyat dan mendepani isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat.

Menurutnya lagi, seseorang karyawan menjadi tidak relevan sekiranya meminggirkan tanggungjawab sosial dengan memekakkan telinga terhadap rintihan rakyat terbanyak, apatah lagi apabila berdepan dengan sebuah kerajaan yang korup, rasuah dan zalim.

Ambiga seorang wanita. Meskipun diugut bunuh dan pelbagai tekanan, nampaknya beliau cekal untuk meneruskan perjuangan bagi menyuarakan tuntutan menuntut sebuah pemilihan kepimpinan yang telus dan adil. Kalau seorang wanita mendepani perjuangan ini dan kini disokong oleh seorang seniman dan karyawan berusia tokki kita… A. Samad Said yang lahir pada tahun 1935 bersedia untuk berada dihadapan. Menuntut sebuah perjuangan untuk menegakkan erti keadilan…

Maka apa ertinya anda sebagai orang muda... kalau penakut. Apa gunanya berbadan sasa kalau pengecut. Apa gunanya serban sebesar bakul kalau tak sanggup berada dimedan...

maka apa lagi alasan anda untuk tinggal dibelakang. Apa lagi alasan anda untuk tidak sama-sama mengharungi medan Bersih 2.0. Renung-renungkanlah firman Allah Swt surah An-Nisa' ayat 75 :

وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا

"Mengapa kamu semua tidak berjihad di jalan Allah sedangkan golongan yang lemah samada lelaki dan perempuan dan anak-anak, masing-masing merayu dan berkata Ya Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri kami yang mana penduduknya melakukan kezaliman ini dan berilah kami pelindung dan penolong dari sisimu".

Kalau tak... Sebagai anak jantan, 'kasi' ajelah 'kelebihan' yang anda ada itu... baik buang kelaut. menfaat juga buat ikan yang kelaparan!!!

Tiada ulasan: