Jumaat, 10 Jun 2011

.

.


Kritik Sosial

Posted: 10 Jun 2011 02:46 AM PDT

Kedai Cantik Tapi Servis Very Bad...

SEBUAH kedai kopi siber (kopitiam) yang terletak di Taman Permata, Hulu Kelang, Selangor bolehlah di kelaskan cantik dan menarik. Ia memenuhi ciri-ciri kedai kopi moden hari ini. Ada kemudahan wifi, ada rak majalah dan surat khabar disediakan. Bahan bacaan disediakan semuanya dalam bahasa Inggeris, seolah-olah pelayannya terdiri dari 'mat salleh' yang tinggal di Ukay Height atau pun Bukit Antarabangsa.

Kedai berkenaan terbahagi kepada dua seksyen, berhawa dingin dan terbuka, merokok.

Malangnya kedai yang cantik dan berstatus kedai kopi moden yang menjadi kegilaan hari ini tidak menggambarkan keadaan sebenarnya apabila layanan yang diberikan tidak begitu memuaskan malahan boleh dikatakan very bad.

Jika dibandingkan dengan kedai mamak jauh 100 kali baik kedai mamak dari segi kecepatan meminta pesanan dan menghantar makanan yang dipesan. Kelebihan kedai mamak inilah, servisnya kelas satu. Walaupun kedai mamak agak teruk dari segi kebersihan, tetapi kerana servisnya bagus dan harga murah ia tetap juga dikunjungi.

Apa yang belaku pagi tadi di kedai kopitiam itu cukup mengecewakan saya dan saya kira pelanggan lain juga. Bayangnya kedai yang mempunyai lebih 15 buah meja di bahagian luar dan 10 meja di bahagian dalam yang eksklusif hanya mempunyai seorang pelayan perempuan sahaja.

Pelayan perempuan berusian 20-an inilah saya tenguk mundar mandir menguruskan semua sekali, mengambil oder, menghantar oder sehingga lagaknya macam lipas kudung. Di wajahnya usahkan nak senyum nak lap peluh pun tak sempat. Dua tiga meja penuh dengan bekas caawan dan piring tidak sempat dibersihkan. Di lantai bahagian luar pula, bersepak puting rokok yang pecah perut bertaburan di atas lantai.

Pelanggan ketika itu ada di sekitar 30 orang yang semuanya ingin bersarapan pagi. Saya ke situ kebetulan hendak menanti seorang kawan. Ketika saya masuk kawan yang dimaksudkan sudah pun ada, saya kira dia baru sampai kerana belum ada apa-apa makanan di atas meja tetapi menurutnya sudah lebih setengah jam.

"Belum oder apa-apa lagi?" tanya saya.

"Dah lebih setengah jam belum sampai-sampai lagi," katanya. "Pelayan seorang... tenguk tu, piring cawan di meja tidak dibersihkan," sambungnya lagi sambil merungut "kenapa teruk sangat?" Malu juga saya bila kawan itu berkata demikian kerana walaupun itu bukan kedai saya tetapi ia terletak di kawasan saya, maka saya juga terasa macam bertanggungjawab.

Saya memang pantang berlamaan mulalah darah akan naik ke kepala. Sudah lebih setengah jam oder kopi O dan roti bakar tetapi belum juga sampai. Sudah dua kali panggil pelayan itu tetapi dia langsung tidak endah. Timbul rasa nak marah tetapi mengenangkan dia seorang yang layan pelanggan lebih 30 orang tak tergamak pula. Timbul kesian pula.

"Dik seorang saja ke?" tanya saya. Dia mengangguk sekali dengan wajah yang kurang senang. "Cakaplah dengan tuan kedai tutup saja kalau tak ada pekerja," akahirnya saya melepas geram.

Sebenarnya sudah lama saya terperasaan pelayan di kedai ini tidak dapat bertahan lama. Setiap kali saya masuk, ada-ada saja muka baru dan muka lama sudah hilang entah ke mana. Saya rasa macam kedai ini ada masalah pengurusan menyebabkan pekerjanya sering keluar dan masuk.

Harap kalau tuan punya kedai ini membaca catatan ini ambillah perhatian jangan saja tahu check berapa wang masuk setiap minggu atau bulan. Kebajikan perkerja perlu sama diberi layanan dan dijaga seperti mana piagam yang dikenakan kepada pelayan untuk menjaga dan mengasi kedai. Barang kali perlu juga kalau kedai berkenaan diadakan piagam kepada tuan punya agar tidak memerah pelayan dan pekerjanya untuk kepentingan tuan punya. Wow...[wm.kl.6:00 pm 10/06/11]

Tiada ulasan: