Blog-list Malaysia |
- 'Datuk T' mengaku bersalah, didenda RM5,500
- Seluruh Negara Menyokong Datu T.. Hahaha
- Pertuduhan Ke Atas Datuk T Di Mahkamah
- Datuk 'T' Didakwa Pagi Ini
- 'T' Shirt Khas Untuk Puteri, Putera Dan Pemuda Umno Menghadapi BERSIH 2.0
- Jom Layan Hindu Mabuk..
- Hadiah Untuk Foto Provokasi Terbaik Himpunan BERSIH 2.0
- Beza antara 'KATAK MELAYU BODOH' & 'KATAK CINA'
- Ambil Tindakan Terhadap Hospital Serdang
- Jamil Khir Dengan Wang Zakatnya..
- BERSIH 2.0 - Ingat Kita Takut?!
- Dosa Besar Salahguna Wang Zakat - Bekas Mufti
- Bazar MPKB - Peniaga Kesal Kerana Diperalat UMNO
- Ahli PAS Wajib 'Wala' Kepada Pemimpin.. Gua Sokong Lu Hadi..
- Kerajaan BN tiada hasrat beri air percuma
'Datuk T' mengaku bersalah, didenda RM5,500 Posted: 23 Jun 2011 10:53 PM PDT Ketiga-tiga individu yang menggelarkan diri mereka trio "Datuk T" mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka terhadap kesalahan menayangkan video lucah dan bersubahat berbuat demikian pada 21 Mac lalu. Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa, Shuib Lazim yang didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama seksyen 34 mengaku bersalah atas tuduhan menayangkan rakaman video lucah secara terbuka di Carsosa Seri Negara 21 Mac lalu. Manakala bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dituduh di bawah seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama bagi perbuatan persubahatan. Rahim juga mengaku bersalah di hadapan hakim Aizatul Akmal Maharani. Oleh yang demikian Eskay dikenakan hukuman denda RM3,000, Shuib RM1,500 dan Rahim dikenakan denda RM1,000. Eskay diwakili peguam Zamani Ibrahim, Shuaib diwakili Suhaimi Salleh manakala Abdul Rahim diwakili Datuk Shafee Abdullah. Fakta kes yang dibacakan antara lain menyebut kejadian berlaku di sebuah pangsapuri di Ampang di mana seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita warganegara China. Turut dinyatakan polis telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan kelibat individu yang didakwa Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bersama Eskay dan masuk ke pangsapuri. Selepas fakta kes dibacakan kepada tertuduh, Eskay kemudian menyatakan kepada mahkamah bahawa terdapat pembetulan pada perenggan terakhir. "Bukan menyerupai, tapi ianya memang Anwar Ibrahim," ujar beliau dari dalam kandang tertuduh. Mahkamah kemudian dipertontonkan rakaman video seks berkenaan melalui dua buah televisyen di dalam galeri mahkamah. Walau bagaimanapun, hakim Aizatul mengarahkan rakaman video tersebut dipercepatkan dan hanya untuk mengesahkan terdapat kejadian seks oleh dua individu seperti yang didakwa. Peguam Shafee yang mengemukakan rayuan di hadapan hakim berkata, Eskay dan Shuib terpaksa melakukan kesalahan kecil untuk mendedahkan kesalahan moral yang lebih besar oleh Anwar kepada umum. Oleh yang demikian katanya, kedua-dua individu itu mengambil keputusan untuk menayangkan rakaman video seks tersebut bertujuan menghalang Anwar daripada terus mengejar cita-cita menjadi pemimpin negara Islam yang tidak bermoral. Katanya tindakan mereka adalah demi kepentingan awam selain menyelamatkan persepsi rakyat daripada terus ditipu oleh perbuatan hipokrit Anwar. "Saya rasa terkejut sebab saya ingat ini perkara yang baik untuk dilakukan," katanya. Antara lain Shafee menyebut perbuatan yang dilakukan tidak melibatkan kepentingan wang selain mereka telah memilih penonton secara berhati-hati. Malah Shafee bertegas rakaman video itu telah diteliti oleh pakar dari Amerika Syarikat yang menyatakan 99.9 peratus adalah Anwar. Beliau sebaliknya menuduh Anwar membuat laporan palsu kepada polis pada 22 Mac sehari selepas kejadian. "Ketiga-tiga mereka ini tidak sepatutnya berada di sini.. tapi Anwar Ibrahim kerana beliau telah buat laporan palsu," ujarnya lagi. Sehubungan dengan itu peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada tertuduh berikutan faktor umur dan keluarga. |
Seluruh Negara Menyokong Datu T.. Hahaha Posted: 23 Jun 2011 09:12 PM PDT |
Pertuduhan Ke Atas Datuk T Di Mahkamah Posted: 23 Jun 2011 07:34 PM PDT Tiga individu yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu, hari ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menayangkan video terlarang itu. Mereka adalah ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik serta dua yang lain, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim. Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi: "Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu." Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: "Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan , kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan." Pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Aizatul Akmal Maharani. Rahim diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah. Majistret Aizatul Akmal kemudiannya menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan ketiga-tiga tertudug merujuk dan berunding dengan peguam mereka. Pihak pendakwaan termasuk timbalan ketua pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwaraya kanan Kamaludin Md Said. |
Posted: 23 Jun 2011 05:19 PM PDT Video seks: Kami sudah sedia hadapi dakwaan, kata Eskay KUALA LUMPUR, 24 Jun — Trio Datuk T akan didakwa pagi ini berhubung isu menayangkan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata, "kami sudah bersedia" untuk muncul di mahkamah. "Salam, esok (hari ini) pukul 8 pagi, kami bertiga akan berada di mahkamah Jalan Duta," kata ahli perniagaan itu dalam satu SMS kepada The Malaysian Insider. "Insya-Allah saya tidak menjangka akan ada apa-apa masalah esok (hari ini). Kami sudah bersedia," kata Shazryl ketika dihubungi menjelang pendakwaan ke atas mereka hari ini. Selain Shazryl (gambar), dua lagi rakannya iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim mengakui bertanggungjawab mempertontokan rakaman video seks terbabit kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu. Dua hari lalu, Shazryl Shazryl mengesahkan mereka akan dihadapkan di mahkamah, mengakhiri tanda tanya pelbagai pihak tentang kesudahan perkembangan insiden tersebut. Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan isu ini akan membawa perkembangan terbaru ini, yang bakal memanaskan politik negara. Ketiga-tiga Datuk T ini kemungkinan akan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, telah pun menafikan bahawa beliau adalah si pelaku dalam rakaman video seks itu selain telah membuat laporan polis. Selain itu, Shazryl juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan yang dibuat itu adalah benar dan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video sesk itu. Polis juga telah mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih. Tindakan Datuk T yang bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada umum mendapat bantahan dan kecaman dari banyak pihak terutamanya pemimpin Pakatan Rakyat. Rakaman video seks itu juga telah disebarkan secara meluas di Internet dan sejak lebih sebulan lalu dalam bentuk cakera padat di seluruh negara. |
'T' Shirt Khas Untuk Puteri, Putera Dan Pemuda Umno Menghadapi BERSIH 2.0 Posted: 23 Jun 2011 03:43 PM PDT Corak ini paling sesuai buat Ketua Pemuda UMNO Sesuai untuk Putera dan Puteri UMNO Corak ini pula sesuai untuk Putera UMNO Baca disini |
Posted: 23 Jun 2011 09:59 AM PDT Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan pada Khamis mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dan jam tangan Omega kepada polis sebelum perhimpunan pada 9 Julai ini bagi membersihkan nama beliau. Menurutnya, Anwar sepatutnya membersihkan nama beliau dan menjawab segala persoalan yang masih lagi menjadi tanda tanya mengenai dirinya sehingga hari ini. "Dengan menyertai perhimpunan bertemakan Bersih, Anwar perlu membersihkan namanya. Jika gagal berbuat demikian, dia patut berasa malu untuk terlibat dalam perhimpunan itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Khamis. Dakwa Gobalakrishnan, perhimpunan Bersih 2.0 yang diketuai pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenivasan sebenarnya didalangi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk kepentingan peribadi. "Saya percaya Anwar terdesak untuk mengelirukan rakyat menerusi perhimpunan ini. Beliau memerlukan keadaan huru-hara untuk mencetuskan gelombong kebencian rakyat terhadap kerajaan," ujarnya. Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut percaya Anwar sengaja mempergunakan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat demi kepentingan politiknya. "Setelah lebih 12 tahun bersama Anwar, saya cukup kenal dengan perangai beliau yang akan mempergunakan sesiapa saja untuk hasrat peribadinya," katanya. Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengetahui objektif sebenar perhimpunan itu diadakan sebelum terlibat sama. Perhimpunan Bersih yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini kononnya diadakan bertujuan untuk menuntut kerajaan melaksanakan pilihan raya yang telus dan adil. - mstar |
Hadiah Untuk Foto Provokasi Terbaik Himpunan BERSIH 2.0 Posted: 23 Jun 2011 07:47 AM PDT Bersih 2.0: Hadiah lumayan gambar provokasi terbaik Aziz Muda KUALA LUMPUR, 23 Jun: Orang ramai di negara ini yang akan menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini berpeluang merebut hadiah lumayan yang disediakan oleh PAS, sekiranya berjaya merakamkan gambar-gambar insiden provokasi terbaik yang dilakukan oleh pihak tertentu pada himpunan itu. Tawaran tersebut dibuat bagi memberikan semangat kepada setiap pihak yang ingin hadir pada himpunan itu agar tidak takut dengan ugutan pelbagai pihak yang berusaha menghalangnya. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasarkan pengalaman dalam himpunan-himpunan aman lalu, pihak berkenaan telah melakukan pelbagai tindakan provokasi bagi memburukkan PAS, penganjur dan para peserta. Menurut beliau, tindakan tersebut mungkin akan turut dilakukan oleh pihak-pihak terbabit pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, malah mungkin akan lebih ketara lagi. Katanya, bagi membolehkan tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu diketahui umum dan diambil pengajaran oleh pihak-pihak terbabit, aksi-aksi mereka itu amat perlu dirakam untuk dijadikan tontonan semua pihak. "Aksi-aksi yang dirakam itu pula tentunya pelbagai. Ada yang menarik, agak menarik, kurang menarik dan tidak menarik. Jadi untuk membolehkan kita mendapatkan rakaman insiden-insiden provokasi yang menarik, PAS akan menyediakan hadiah lumayan bagi mereka yang berjaya merakam gambar terbaik," katanya pada sidang akhbar bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, katanya, tetap akan diadakan walaupun cuba dihalang oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai cara kerana ia adalah himpunan yang diadakan oleh rakyat untuk tujuan yang murni. "Ahli-ahli PAS dan orang ramai tidak perlu takut untuk menyertai himpunan itu kerana ia diadakan atas tujuan yang murni oleh Bersih. Walaupun begitu, jangan sekali-kali membawa senjata. "Himpunan itu adalah himpunan aman. Jika membawa senjata dibimbangi akan mencetuskan kejadian tidak diingini pula. Tujuan himpunan itu diadakan amat jelas, iaitu untuk mendesak kerajaan mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita dan desakan itu mestilah didengar oleh kerajaan," tegasnya. Mengulas dakwaan sesetengah pihak mengenai himpunan itu yang antara lain dikatakan akan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut datangnya dari mereka yang tidak faham tentang demokrasi. Dalam negara demokrasi, katanya, rakyatnya tidak dihalang dari mengadakan perhimpunan aman bagi mendesak kerajaan melakukan perubahan, apatah lagi setelah sistem pilihanraya di negara kita terbukti tempang sejak sekian lama. "Sesuai dengan perhimpunan aman yang diadakan, ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan negatif terhadap negara jika diadakan, malah ia akan menimbulkan penghormatan rakyat asing itu sendiri terhadap negara kita apabila mereka dapat melihat dengan jelas sikap rakyatnya yang sentiasa menjaga keamanan termasuk ketika berdemonstrasi. "Manakala pelancong pula bukan hanya terdiri daripada warga asing. Malah rakyat di negara ini yang berkunjung ke sesuatu destinasi itu juga adalah pelancong," jelasnya. Dakwaan seperti itu, katanya, adalah sebahagian dari usaha menghalang himpunan tersebut diadakan, tetapi Bersih dan rakyat negara ini sudah tidak akan berganjak dari keputusan untuk mengadakan dan menyertai perhimpunan itu, akibat sudah tidak tertahan dengan tindakan buruk yang dilakukan oleh kerajaan BN terhadap rakyat selama ini khususnya dalam pilihanraya. Bagi keselamatan diri, beliau menasihatkan mereka yang ingin menyertai himpunan itu agar membawa tuala basah, cuka dan garam untuk digunakan sekiranya diserang dengan gas pemedih mata oleh pihak berkuasa. |
Beza antara 'KATAK MELAYU BODOH' & 'KATAK CINA' Posted: 23 Jun 2011 05:46 AM PDT Belajarlah dari Lee Lam Thye Sekalian pemimpin tertinggi PKR yang meninggalkan parti itu atas sendiri dan berbagai sebab mencerca parti itu dan pemimpinnya khususnya Datuk Seri Anwar Antara mereka itu adalah pengikut Anwar sejak dalam Abim dan dapat rezeki dari Anwar. Dan antara mereka juga guru-guru universiti. Anwar itu seoleh-oleh tak elok langsung. Antara pemimpin PAS dulu begitu juga. Ustaz-ustaz belaka. Mereka cerca PAS secukup-cukupnya. Biasalah bagi setengah suami yang menceraikan isterinya, tak betul belaka jandanya. Tetapi tidak begitu pula bagi Lee Lam Thye, bekas pemimpin DAP yang dilihat pintar dan lincah apabila dia meninggalkan partinya menjelang pilihan raya umum 1990. Dia adalah seorang pemimpin yang seangkatan dengan Lim Kit Siang dan kehebatannya hampir menyamai Kit Siang. Ada pandangan kiranya Kit Siang berundur, Lam Thye salah seorang calon yang layak menggantikannya. Amat menggemparkan apabila dia meninggalkan DAP. Tetapi tidak pernah dia membuat kenyataan buruk tentang partinya dulu dan rakan-rakannya. Orang-orang DAP pun tidak pula memburuk-burukkannya. Semua tahu Lee Lam Thye mendapat banyak kemudahan dan peluang dari kerajaan. Kita tidak tahu apakah dia seorang yang kaya raya. Tetapi dipercayai dia adalah seorang hartawan yang tidak menonjol. Sekalian yang keluar PKR dan keluar PAS tidak keluar saja melainkan mereka dipeercayai mendapat sesuatu dari Umno dan kerajaan. Banyak mana mereka dapat itu adalah masalah mereka. Untuk mendapat semua itu mereka sanggup mencerca bekas partinya dan pemimpin yang mereka sokong dulu. Bahkan mereka sanggup menjadi jurucakap untuk memburukkan parti yang mereka pernah sertai dan pemimpin yang pernah mereka puja. Tetapi orang percaya Lee Lam Thye dapat jauh lebih banyak dari yang mereka dapat. Bahkan Lee Lam Thye mendapat kedudukan dan penghormatan yang jauh lebih baik dari sekalian yang mencerca parti dan rakan-rakannya. Pantang ada kegiatan kerajaan, mereka muncul di kaca TV memuji kerajaan begitu dan begini dan menjunjung tinggi semua pemimpin kerajaan dan parti yang memerintah yang mereka pernah tentang dan cerca semasa bersama pembangkang dulu. Tetapi Lee Lam Thye kalau muncul di kata TV dan membuat kenyataan dgalam media, dia adalah bagi menyatakan sesuatu tentang kegiatannya dan kebaikan badan yang kerajaan amanahkan kepadanya. Dia diberi peranan dalam kegian PLKN. Kenyataannya tentang PLKN adalah tentang rancangan sudah berjalan dan apa yang perlu dijalankan baik menambah baik perjalanannya. Tidak pernah dia mengangkat melangit kerajaan yang mengatakan latihan itu dan tidak pula memuji-muji menteri yang memberi penghormatan kepadanya. Sehingga ini Lee Lam Thye adalah seorang yang dihormati oleh semua pihak dalam masyarakat. Malah dia lebih dihormati dari setengah menteri MCA. Menteri-menteri baik Melayu dan bukan Melayu tidak terlepas dari cacat celanya. Rakyat menilai prestasi dan penampilan mereka. Setakat ini tidak ada yang memberi pandangan negatif tentangnya, pada hal dia adalah seorang pembangkang yang banyak dan lama mengkritik kerjaan dan Umno. Tidak ada yang merasakan dia telah diperalatkan oleh pemimpin BN bagi memburukkan partinya. Inilah bezanya bekas pemimpin DAP ini dengan lain-lain bekas pembangkang yang meninggalkan parti. Tidaklah bererti meninggalkan pembangkang itu tidak betul belaka. Tetapi biasanya orang yang meninggalkan pembangkang dan menjadi penyokong tegas parti yang memerentah tidak diberi penghormatan tinggi oleh masyarakat bahkan mereka tidak dipercayai oleh setengah pemimpin dan penyokong kerajaan. Antara mereka diberi layanan menggalakkan selama mereka berguna bagi memburukkan parti yang ditinggalkannya. Mereka dapat merebut peluang kebendaan untuk sementara dan diberi jawatan baik, tetapi antara mereka ada yang tidak dikendaki lagi. Tetapi Lee Lam Thye terus diberi penghormatan. Dan dia terus tidak dapat digunakan untuk memburukkan parti dan bekas rakan-rakannya. Inilah yang orang politik perlu belajar dari Lee Lam Thye. Sesiapa yang hendak melompat dari pembangkang ke pihak kerajaan, contohinya sesuatu dari Lee Lam Thye.M/I Oleh Haji Abdul Subky Latif |
Ambil Tindakan Terhadap Hospital Serdang Posted: 23 Jun 2011 05:14 AM PDT PKR mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengurusan Hospital Serdang, dekat sini kerana gagaln menjalankan bedah siasat ke atas mayat Paikiam Subramaniam yang dibunuh di Sungai Petani pada 12 Mac lalu. Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam mendakwa pihak pengurusan hospital berkenaan memberi alasan yang tidak munasabah iaitu ketiadaan alat pengimbas menyebabkan bedah siasat tidak dapat dilakukan. "Mahkamah telah mengarahkan bedah siasat bebas dibuat tetapi sehingga ini……setelah 147 hari mayat masih disimpan di Hospital Serdang. Saya percaya ia cuba dihalang oleh pihak hospital dan polis," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. Paikiam, 24 tahun dan baru lima bulan berkahwin disyaki dibunuh oleh suaminya James Balan 31 tahun. Keluarga mangsa menemui mayat mangsa ketika dibawa ke Hospital Kulim. Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menyifatkan pembunuhan itu sebagai satu perbuatan yang kejam dan mendakwa tidak ada pihak yang datang membantu keluarga yang malang itu. Sehubungan ini, Ketua Wanita PKR itu menghantar memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantah kejadian itu. |
Jamil Khir Dengan Wang Zakatnya.. Posted: 23 Jun 2011 03:29 AM PDT Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini, menafikan laporan harakahdaily yang kononnya wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Ali. Beliau berkata setiap kementerian mempunyai peruntukan bagi yuran guaman untuk kes-kes tertentu. "Tidak timbul isu kononnya wang berjumlah RM32,000 yang didakwa wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini. Semalam ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution mengecam Che Mat kerana didakwa menggunakan wang zakat agensi itu untuk membiayai khidmat guaman bersabit kes tuntutan qazaf Anwar. Dakwanya, wang berjumlah RM31,150 itu dibayar kepada syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir dan ditandatangani sendiri oleh Che Mat yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 21 April tahun lalu. Menurut Saifuddin dakwaan tersebut diakui sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dengan alasan MAIWP tidak mempunyai akaun untuk membayar khidmat guaman tersebut. "Yang saya bangkitkan ialah penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM32 ribu yang digunakan untuk membayar khidmat peguam yang mewakili menteri dan pengarah Jawi Datuk Che Mat Ali," katanya. "Saya timbulkan semalam, yang disaman ialah pengarah Jawi Che Mat Ali, yang meluluskan wang zakat ini setiuasaha Majlis Agama Islam Wilayah Che Mat Ali juga orang yang sama.," kata Saifuddin. |
BERSIH 2.0 - Ingat Kita Takut?! Posted: 23 Jun 2011 03:00 AM PDT |
Dosa Besar Salahguna Wang Zakat - Bekas Mufti Posted: 23 Jun 2011 02:54 AM PDT Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya berkata adalah menjadi dosa dan kesalahan besar bagi mereka yang menyalahgunakan wang zakat. Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan penyelewengan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membiayai kos guaman Menteri Agama, Datuk Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali. Menurut Hashim, sumber baitulmal terdiri dua kategori iaitu sumber zakat dan sumber am. Sekiranya daripada sumber am, wang tersebut boleh dibelanjakan untuk apa-apa tujuan mengikut pengurusan baitulmal. Namun pengurusan baitulmal atau majlis agama, katanya, tidak boleh menggunakan wang zakat bagi tujuan untuk perbelanjaan selain bantuan kepada golongan asnaf. "Kalau betul, ia tak sepatutnya berlaku kerana duit zakat ini adalah untuk perbelanjaan untuk asnaf yang lapan, yang diberikan kepada mereka yang patut dapat. "Kalau salahguna wang zakat, itu adalah satu salahguna kuasa. Maknanya tidak ada amanah kepada Allah. Jika pembiayaan untuk bayaran peguam masuk asnaf yang mana?," ujarnya ketika ditanya Keadilandaily.com. Asnaf yang lapan terdiri daripada golongan miskin, amil, muallaf, riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan), gharimin (penghutang muslim), fisabillillah (Orang yang berjuang kerana Allah) dan Ibnus Sabil (musafir). Tambah ulama terkenal ini, penyelewengan wang zakat yang diberikan kepada selain golongan tersebut merupakan satu pengkhianatan besar kepada umat Islam dan perlu diambil tindakan. "Wang zakat dijelaskan di dalam Al Quran perlu diagih kepada asnaf yang sepatutnya dibelanjakan. Ia tak boleh dibelanja sesuka hati, tidak boleh diambil oleh penguasa dan pihak bertanggungjawab menguruskannya. "Selain asnaf yang lapan, ia adalah satu penyelewengan sekiranya wang zakat diberikan kepada mereka yang tidak sepatutnya. Ia merupakan satu kesalahan dan dosa yang cukup besar," katanya lagi. Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution semalam mendedahkan penyelewengan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu. Jumlah itu dikatakan diguna bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali. Ia dikatakan bagi membiayai kos guaman dua individu berkenaan kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah semalam, yang mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan. keadilandaily |
Bazar MPKB - Peniaga Kesal Kerana Diperalat UMNO Posted: 23 Jun 2011 02:32 AM PDT Isu Bazar Tok Guru Selesai, Peniaga mohon maaf KOTA BHARU, 23 Jun: "Saya bagi pihak Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB memohon maaf kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mana silap laku saya itu saya mohon maaf," demikian pengakuan mohon maaf secara terbuka Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Abdul Salim Ahmad. Berucap pada sidang media sempena Majlis Pengundian Bazar Tok Guru oleh pada peniaga Majlis Perbandaranan Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Dewan Jubli Perak MPKB di sini semalam, Salim mendakwa sekiranya beliau telah bertindak kasar dan agresif sebelum ini, maka itu adalah sebagai tuntutan daripada ahli persatuannya. Sehubungan itu beliau menyeru kepada ahli persatuan serta para peniaga umumnya agar berprasangka baik dengan pihak kerajaan negeri. Beliau berharap selepas ini, pihak persatuan dan para peniaga berbaik-baik dengan pihak kerajaan negeri dan para pegawainya. "Berbaik-baik dan jangan salah sangka kepada pimpinan kerajaan negeri dan para pegawainya yang telah banyak membantu kita khususnya dalam segi pemilihan lot-lot gerai di Bazar Tok Guru. "Kini ada jalan penyelesaian, dan kita pun jemu dah dengan keadaan semasa, berarak sana, berarak sini. Saya sebagai pengerusi persatuan, maka setakat inilah perjuangan saya bersama ahli-ahli saya. "Saya terimalah mandat kerajaan negeri, dan kita tidak akan bincang (memanjangkan) lagi cerita kita ini," katanya sambil menyifatkan keputusan pihak kerajaan negeri yang meluluskan dibuang sebanyak 26 gerai dengan nilaian lebih RM2 juta sebagai 'kebajikan laluan' di bazar itu adalah sebagai pengorbanan kepada para peniaga berkenaan. "Ini bermakna, tidak terkiralah pengorbanan kerajaan negeri kepada peniaga-peniaga kita, alhamdulillah," katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Sanusi Osman dalam satu kenyataan media berkata, seramai 230 peniaga telah diundang hari ini (22 Jun 2011) bagi menjalani proses pengundian petak perniagaan di tingkat bawah Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim di sini. Sementara proses menandatangani perjanjian jual beli akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 28 Jun ini dan serahan milikan kosong akan dilaksanakan sebelum 1 Julai. "Seramai 326 peniaga dijangka dapat memulakan perniagaan di Bazar Tok Guru pada 1 Julai 2011," katanya.- Hrkh |
Ahli PAS Wajib 'Wala' Kepada Pemimpin.. Gua Sokong Lu Hadi.. Posted: 23 Jun 2011 02:06 AM PDT Hadi mahu ahli, penyokong PAS sertai Bersih 2.0 KUALA LUMPUR, 23 Jun — Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar menyertai Himpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai ini di ibu negara. Menurut Presiden PAS (gambar) itu, perhimpunan yang dianjurkan itu mempunyai matlamat murni dan perlu disokong semua pihak. "Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Difahamkan PAS mempunyai sekitar sejuta ahli. Bagaimanapun beliau mengingatkan ahli dan penyokong parti akan tidak menimbulkan kekacauan yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta kerosakan harta benda. "Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya. Tegas Hadi, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, ia disebabkan provokasi yang dilakukan pihak tertentu dan bukan peserta Himpunan Bersih 2.0. "Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan BN (Barisan Nasional), atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini. "Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya. Justeru kata Ahli Parlimen Marang ini, Umno-BN sepatutnya tidak perlu takut dengan Himpunan Bersih 2.0 kerana ia hanya satu perhimpunan aman menuntut pilihan raya bersih dan adil yang harus dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Pilihan raya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0. "Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya. Selain itu, tambah Hadi sepatutnya Umno-BN harus sama-sama menyokong Himpunan Bersih 2.0 kerana ia juga akan memberi manfaat kepada parti pemerintah itu pada pilihan raya umum ke-13. "Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam. "Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau. Beliau juga menegaskan Himpunan Bersih 2.0 tidak akan menjejaskan mata pencarian peniaga sebaliknya berkata ia akan "memberi keuntungan besar" kepada mereka. Himpunan Bersih 2.0 menuntut lapan perkara yang harus dilaksanakan SPR dalam memastikan ketelusan dalam sistem pilihan raya dan ia termasuk membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimumu 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007. Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan balas membantah penganjuran Himpunan Bersih 2.0 yang akan berarak ke Istana Negara dari tiga lokasi berbeza. |
Kerajaan BN tiada hasrat beri air percuma Posted: 23 Jun 2011 01:33 AM PDT Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air tidak berhasrat untuk mengusulkan kepada kerajaan program pemberian air "1,000 liter pertama percuma" kerana ia menggalakkan pembaziran. Timbalannya, Noriah Kasnon, berkata caj yang dikenakan kepada rakyat masih berpatutan dan tidak membebankan berdasarkan tarif air sedia ada bagi semua negeri. "Kementerian mengambil pendekatan ini ke arah mendidik dan menggalakkan penggunaan air secara berhemah demi memastikan kelestarian sumber air untuk diwarisi generasi akan datang," katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Marcus ingin tahu cadangan kerajaan untuk mengadakan program pembekalan air secara percuma kepada pengguna dan pendekatan yang diambil untuk menangani isu kadar Air Tidak Terhasil (NRW). Noriah berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama dengan operator-operator air telah meningkatkan aktiviti-aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi membendung kes kecurian air melalui penyambungan haram yang turut menyumbang kepada peningkatan NRW di sesebuah negeri. Katanya, SPAN juga telah menetapkan supaya setiap operator air mempunyai program penurunan kadar NRW yang sistematik. "Program tersebut perlu dilaksanakan mengikut jadual dan Indeks Petunjuk Utama (KPI) yang telah ditetapkan supaya pengurangan kadar NRW di setiap negeri dapat mencapai sasarannya. "Komitmen kerajaan ini diteruskan lagi dalam "Rolling Plan" 1 Rancangan Malaysia ke-10 dengan peruntukan siling sebanyak RM324.3 juta dan jumlah ini tidak termasuk peruntukan dalaman yang disediakan oleh setiap operator untuk menangani kadar NRW masing-masing," katanya. Beliau menyeru setiap operator air di negara ini untuk memberikan komitmen yang berterusan kepada program-program pengurangan kadar NRW yang ditetapkan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan