Jumaat, 10 Jun 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kes video seks: Tiada perkembangan, tangkapan

Posted: 10 Jun 2011 01:34 AM PDT

Polis masih belum mempunyai sebarang petunjuk baru atau membuat tangkapan berhubung pengedaran VCD lucah yang memaparkan aksi seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang seperti yang dipertontonkan oleh trio 'Datuk' kepada wartawan.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

"Tiada perkembangan baru atau tangkapan berhubung perkara itu.

"Kami memang sedari bahawa video itu sedang diedarkan di negeri ini dan mengklasifikasikan kes itu mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedarkan barangan lucah," katanya.


Sejak bulan lalu, semakin ramai pemimpin masyarakat mendakwa menerima video seks berkenaan.

Antara mereka termasuk ketua kampung di kebanyakan tempat di Selangor sebelum menular ke negeri-negeri lain.

Selain kampung-kampung Melayu, turut menjadi sasaran adalah kampung Cina dan India.

VCD lucah yang diposkan ke rumah mereka dikatakan berasal dari Shah Alam dan ada yang dari Melaka. Ini berdasarkan setem dan cop pos di sampul surat yang dihantar itu.

Awal hari ini, ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin membuat laporan polis di ibu pejabat daerah polis Ampang Jaya setelah menerima VCD di peti suratnya bersama surat palsu yang kononnya dikeluarkan oleh PAS.

Bahagian luar VCD itu memaparkan imej timbalan presiden PAS yang baru Mohamad Sabu, dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'.

Skandal Seks Mat Sabu

"Sebaran VCD lucah fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah berleluasa ke seluruh negara. Sepatutnya pihak polis sudah boleh mengesan siapa dalangnya. Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini.

"Lebih melampau, saya sendiri telah menerima VCD dan risalah fitnah ini yang dihantar ke rumah saya semalam. Sampul surat yang dihantar mengandungi surat palsu yang menggunakan kepala surat PAS, VCD bertajuk 'Skandal Seks Mat Sabu' dan risalah yang memaparkan beberapa adegan dari VCD lucah...mula dicemarkan sehingga ke Ampang pula," katanya.

Zuraida mendakwa penyebaran rakaman seks itu kerja Umno sebagai usaha mereka bagi memecah-belakan kerjasama parti-parti gabungan Pakatan Rakyat.

"Susulan dari laporan polis saya hari ini juga, saya meminta agar Unit Siasatan PDRM segera menyiasat perkara ini. Ini kerana apa yang berlaku jelas bermotifkan politik dan berkemungkinan turut melibatkan arahan dan penglibatan pihak atasan," kata Zuraida.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Umno sanjung ulama hanya lakonan

Posted: 09 Jun 2011 11:43 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Para pemimpin Umno tidak perlu menonjolkan mereka menyanjungi ulama dengan membuat kenyataan demi kenyataan dalam akhbar milik umno, Utusan Malaysia kerana sikap mereka sudah diketahui dengan jelas hanyalah lakonan semata-mata.

Mereka juga tidak perlu menuduh para pemimpin dan ahli-ahli PAS kini menolak ulama kerana tujuan sebenar mereka sudah diketahui dengan nyata hanyalah untuk melaga-lagakan antara sesama pemimpin PAS.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, sekiranya para pemimpin Umno terus memainkan isu ciptaan mereka itu, mereka tetap kecewa kerana para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri sudah amat faham perkara itu.


Menurut beliau, ahli-ahli PAS sendiri sudah sekian lama memahami sikap sebenar para pemimpin dan ahli-ahlli Umno selama ini yang tidak pernah menyanjungi ulama, malah sentiasa memperlekehkan golongan ulama.

Katanya, sikap buruk mereka itu antara lain boleh dirujuk dengan kenyataan-kenyatan mereka selama ini yang sentiasa memperlekehkan ulama-ulama dalam PAS termasuk terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdu Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Tiba-tiba sekarang mereka kata para pemimpin dan ahli-ahli PAS menolak ulama. Tapi sejak bila Umno menyanjungi ulama? Mereka sendiri sebenarnya yang menolak ulama bukannya kita," katanya kepada Harakahdaily, di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, menurut beliau, para pemimpin Uimno perlu menilai diri mereka sendiri terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan seperti itu terhadap PAS.

Katanya, dalam PAS setiap ahlinya sendiri cukup faham dengan struktur organisasi PAS yang tidak sekali-kali menolak ulama, malah meletakkan golongan ulama ditempat yang paling tinggi dan utama.

"Dalam PAS terdapat Syura Ulama yang menjaga dasar PAS. Majlis Syura Ulama adalah badan tertinggi dalam PAS. Syura Ulama tidak boleh dianggotai sembarangan orang, tetapi setiap ahlinya mestilah mereka yang berpendidikan tinggi dalam Islam dan mempunyai akhlak yang baik.

"Ahli-ahli Syura Ulama berbeza dengan para pemimpin PAS yang lain termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden atau yang paling atas hingga AJK atau yang paling rendah dalam AJK PAS Pusat.

"Majlis Syura' adalah badan penting yang bertanggungjawab menggariskan dasar PAS dan memastikan PAS tidak terkeluar dari perjuangannya untuk menegakkan Islam," katanya.

Dengan itu, tegasnya, dalam PAS tidak akan timbul soal menolak ulama. Tambahan pula dalam PAS juga turut terdapat Dewan Ulama yang walaupun berbeza dengan Majls Syura Ulama, tetapi turut berperanan membantu PAS agar tidak tergelincir dari asas perjuangannya dengan konsep kepimpinan ulama.

Katanya, hanya Umno BN yang tidak tahu tentang perkara itu sehingga menyebabkan mereka sanggup membuat tuduhan seperti itu terhadap ahli-ahli PAS.

PAS, tegasnya, dari awal penubuhannya lagi terhasil dari gabungan golongan profesional dan ulama. Disebabkan realiti itu, sesiapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin PAS akan diterima oleh ahli-ahlinya, kecuali ahli-ahli Majlis Syura yang hanya terhad kepada kalangan tertentu sahaja.

"Itulah rahsia kekuatan PAS sejak dulu yang kini semakin diperkuatkan pula oleh barisan kepimpinan baru dan seluruh ahli-ahli. Barisan kepimpinan baru PAS juga turut diterima baik oleh DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Ini menjadikan PAS dan Pakatan Rakyat kini semakin kuat, manakala Umno BN pula sekarang semakin lemah kerana tongkatnya, MCA dan MIC sudah patah, apabila MCA dan MIC juga sudah semakin lemah.

"Disebabkan keadaan itu, orang-orang Melayu juga sudah tidak lagi boleh bergantung kepada Umno sekarang. Disebabkan PAS pula yang semakin kuat, orang-orang Melayu perlu menyokong PAS dan Pakatan Rakyat bersama kaum-kaum lain bagi membela nasib mereka dan melakukan perubahan di negara kita," ujarnya.

Sejajar dengan itu, katanya, soal berkerjasama antara PAS dan Umno langsung sudah timbul lagi sekarang. Umno tidak perlu merayu kepada PAS mengenainya kerana tidak akan dilayan oleh PAS.

"Kalau kita bekerjasama dengan Umno, jangan ingat Umno tak khianati PAS kerana pengalaman PAS yang lalu sudah mencukupi bagi PAS. Umno hanya perlu menerima pengajaran dari pengkhianatannya sendiri selama ini dengan akan berkubur tidak lama lagi," tegas beliau.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Beria-ria Sungguh Umno Dan Pencacainya Dengan Ustaz Nasha

Posted: 09 Jun 2011 11:37 PM PDT

Ustaz Nasa Bakal Ketuai Sayap Ulama UMNO

Aku setuju sangat kalau ustaz nasa masuk umno dan mengetuai sayap ulama umno. semua orang tahu, ustaz nasa ni ada pendirian tentang melayu dan islam dan tak bersetuju kerjasama pas dengan pkr dan dap, sebap itu dia di keciperkan oleh proksi-proksi pandikutti dan dap.

Pada aku bukan ustaz nasa je yang umno patut pinang, aku cadangkan sekali umno pinang ustaz taib azamudden, haron din dan berberapa lagi ulama yang cencerung kepada penyatuan melayu dan islam di malaysia ni.

Percayalah pas akan kata macam-macam dengan penubuhan sayap ulama umno tu nanti, tapi persetankan lah, kerana syaitan memang tak suka hamba ALLAH melakukan kebaikan.

Posted by det at 10:18 AM
9 comments:


Anonymous said...

Aku angkat tangan sambil taip msg nie..bermakna aku setuju ustaz nasa join umno..salam utk ustaz nasa..
June 10, 2011 10:41 AM

hassanbasri said...

Pelik..menghairankan nak lantik ust nasa ketua ulama UMNO. Habih tu yang ulama UMNO yang ada tu nak dibakul sampahkan mana. Ust Nasa hanya bekas pensyarah UIAM je. Tu Ucop Noor (bukan ucop welcair) lagi bekas TNC UKM.Tu Dolloh mat zain besut lagi ketua Jbt Dakwah & Kepimpinan UKM..Tu Nakhaei tu,bekas YDP YADIM tu. Waaaah Jamil Khir lagilah... 2 bintang atas bahu (Mej jeneral tu). Haaaa Mat Deris Mat Noor (perasan bawak prof madya lagi), siang mlm hentam PAS sampai ajok nik aziz berlawan nak buat kat sungai dabong ke.Wang mokhtar tranung tu lagi kesian. Sorang-sorang kat pasar tani Shah alam. Kesimpulannya autanya ulama masuk UMNO ni jadi tukang karut bolehlah..melukut tepi gantang
June 10, 2011 10:56 AM

Anonymous said...

Aku sokong Ustaz Nasa berhijrah ke UMNO...Dan aku yakin Ustaz Nasa ni dari jenis "Benih Yang Baik"...."Benih Yang Baik" jika di campak ke Laut akan menjadi Pulau...InsyAllah...
June 10, 2011 11:01 AM

Anonymous said...

yaa...aku pun setuju..mana2 ustaz yg berfikiran serdehana..menyertai umno...bergabong dgn ulama yg dah ada dlm umno.....pasti islam dan melayu bertambah kukuh di tanah jawi ini...!Islam itu kan ke serdahana....SETUJU SANGAT....!
June 10, 2011 11:11 AM

Anonymous said...

Beliau pernah diherdik.. Kalau nak buat perpaduan pergi masok umno..nik ajis yg ckp.. Mungkin ada hikmah jika ustaz nasa masok umno..mane la tau Ulama2 ustaz yg hassanbasri sebot tadi sama2 bangun dgn ustaz nasa utk mempertahankan hak melayu juga hak org islam..dlm masa yg sama memperkuatkan hubungan kita sesama islam..hassanbasri nie kalot sebenarnye.. Jiwa kacau.. Bukannye nak doakan yg baik2..
June 10, 2011 11:14 AM

Anonymous said...

salam en hassan basri...cukup2lah dosa yang mungkin kita tak sedar lakukan dan jgnlah ditambah dgn ruang yang boleh menjurus ke arah kemungkaran.tak perlu untuk kita menghiha sesama insan kerna segala apa yang berlaku jika tanpa izinNYA maka ianya akan tetap tidak akan berlaku.berlaku adillah pada diri sendiri dan jangan kita dengan mudah menghina dan merendahkan martabat sesama insan lebih-lebih lagi insan yang kita cemuh itu lebih tinggi ilmu dan darjatnya dari kita.Malulah kita kepada Allah SWT kerana kita dijadikan hanya untuk memperhambakan diri kepadaNYA dan bukan dengan sesuka hati untuk memperkecilkan maruah hamba-hambaNYA yang lain.SIAPALAH KITA YANG terlalu rendah martabatnya ini di sisiNYA. sewajarnya apa yang berlaku jika ianya membawa sesuatu kebaikan demi Umat Islam baik dalam landasan parti politik mana sekali pun adalah atas keizinan Allah SWT dan kewarasan akal yang diberikan kepada kita perlu diterjemahkan dengan sebaik mungkin untuk memuhasabah diri agar kita disentiasa berhemah dalam pertuturan,pemikiran serta penilaian dalam tingkah laku kita sebagai HambaNYA yang selalu leka dibuai nafsu! InsyaAllah!
June 10, 2011 11:37 AM

Anonymous said...

blah la hassanbasri.. Merendah2kan idea utk satukan ulama.. Umno tak rugi kalau takde org mcm hassanbasri..kejapp.. Ntah2 nie hassan ali kot.. Menyamar letak nama hassanbasri..
June 10, 2011 11:56 AM

Pak Tam said...

Salam;
Hassan Basri patut baca pandangan Anon 11.37am. Sejuk hati kita baca. Kebanyakan pemimpin PA mamang pun suka menjatuhkan maruah org lain terutama pemimpin UMNO. Mereka tak takut kpd fitnah, mencaci dan menghina kerana telah dijanjikan syurga oleh Murshidul Am PAS. Nauzubillahi min zalik.
June 10, 2011 12:17 PM

tungau said...

bawalah rombongan meminang Ust Nasa, penuh adat pasti kita dapat.Jamil Khir dan Mad Nor mungkin molek dijadikan wakil..
Demi Islam itu sendiri Parti Ajaran Syaitan harus diperbetulkan.
June 10, 2011 12:40 PM

Dipetik dari blog pencacai Umno



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Rakyat Mati Terkejut Bila Umno Mahu Banteras Rasuah..

Posted: 09 Jun 2011 11:20 PM PDT

BN mahu banteras rasuah, rakyat senyum kambing

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, Pakatan Rakyat komited melakukan reformasi seperti yang digaris dalam kerangka dan dasar yang terkandung dalam Buku Jingga.

Berbeza dengan Umno-Barisan Nasional, parti pemerintah itu katanya, meskipun tampil dengan pelbagai slogan, namun dilihat tidak konsisten terutama dalam melaksanakan perubahan seperti membanteras rasuah dan salahguna kuasa, lapor Keadilandaily.

"Saya fikir Pakatan sudah memaparkan idea mereka dalam buku jingga dan apa yang penting ialah hapuskan rasuah dan ketirisan supaya sumber yang ada sampai ke tangan yang disasarkan.


"Masalah Umno-BN ialah masalah ketiadaan integriti. Contohnya apabila mereka bercakap tentang membanteras rasuah, rakyat senyum kambing kerana mereka ragu yang kerajaan ini mempunyai landasan moral untuk memperkatakan soal-soal seperti itu," katanya dalam satu temubual bersama wartawan Keadilandaily.

Tambah beliau, isu pembangunan bukan lagi isu yang boleh menarik perhatian rakyat, terutama kaum Melayu seperti mana yang selalu dilakukan Umno setiap kali menjelang pilihan raya.

"Siapa pun boleh buat pembangunan jika ada kuasa. Isu yang lebih dekat dengan hati orang Melayu ialah siapa yang boleh mengurus dengan baik; bukan soal kalau parti lain memerintah tidak ada pembangunan.

"Seperti yang kita lihat Pakatan tidak memainkan isu itu; mereka lebih menekankan soal pengurusan, soal idea dan yang penting ada ketelusan dan pertanggungjawaban.

"Isu-isu ini tidak dapat ditangani oleh Umno-BN kerana mereka anti pertanggungjawaban dan ketelusan. Sebab itu mereka tidak boleh buat tender terbuka umpamanya," kata pakar perlembagaan itu lagi.

Ditanya mengenai sentimen di kalangan golongan muda pula katanya, ia menunjukkan perubahan apabila kelompok itu mula menerima politik baru.

"Saya pasti ada perubahan; yang jelas kita ada ramai pengundi muda yang cara berfikir mereka tak sama dengan orang tua mereka. Selain itu mereka juga adalah generasi yang berbeza; isu kaum dan sensasi termasuk hantu 13 Mei 1969 tidak masuk akal bagi mereka.

"Dalam pada itu mereka juga kurang tebal sentimen perkauman. Keutamaan mereka ialah masa depan dan kebajikan mereka. Mahasiswa contohnya tidak lagi takut seperti mahasiswa 10 atau 15 tahun dulu sebab mereka bukan generasi biasiswa kerajaan.

"Tidak seperti dulu, kerja tidak lagi terjamin. Mereka juga tidak takut dibuang kolej kerana sekarang kolej ini yang terdesak mencari pelajar! Ini semua adalah perubahan dan anjakan yang kebanyakan kita tidak sedar. Dalam pada itu mereka terdedah kepada media alternatif," katanya. - Harakahdaily




SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

BN sengsara mahu pikat undi Tionghua

Posted: 09 Jun 2011 08:55 PM PDT

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, kaum Tionghua memainkan peranan yang besar dalam politik negara sebenarnya.

Malahan, undi 80% kaum Tionghua di Ampang telah memberi kemenangan kepadanya dan PKR sewaktu Pilihanraya Umum 2008 lalu.

Katanya, perubahan yang dibawa kaum Tionghua jelas sudah menakutkan MCA dan BN.

Justeru, beliau yakin, taktik kotor BN yang dikepalai oleh Umno dengan memainkan isu video lucah fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak memberi kesan kepada undi kaum Tionghua.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Makan Malam Sempena Ulangtahun Pertama Persatuan Persahabatan Pekan Ampang di Pekan Ampang, di sini semalam.

Zuraida turut membidas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek baru-baru ini untuk menarik sokongan kaum Tionghua yang disifatkannya "retorik semata-mata" dan hanyalah sia-sia.

"Buktinya, lihat sahaja kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek baru-baru ini yang jelas menunjukkan bahawa MCA dan BN sebenarnya kini sedang dalam sengsara mahu menarik kembali undi kaum Tionghua.

"BN harus sedar bahawa kaum Tionghua sangat matang dalam menilai politik dan semua kenyataan retorik yang tanpa perlaksanaan adalah tidak berguna dan sia-sia," kata beliau.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Rampas kuasa daripada puak gila kuasa

Posted: 09 Jun 2011 06:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Para pemimpin PAS sememangnya wajar menjadi 'gila kuasa' untuk ke Putrajaya, bagi membolehkan PAS dan Pakatan Rakyat merampas kuasa pemerintahan daripada puak yang gila kuasa sekarang.

Sehubungan itu, para pemimpin dan ahli-ahli PAS tidak perlu risau dengan dakwaan Umno yang mengatakan para pemimpin PAS kini gila kuasa yang dikaitkan dengan pemilihan barisan kepimpinan sesi 2011-2013 pada Muktamar PAS Ke-57 pada 3 hingga 5 Jun lalu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, para pemimpin Umno BN yang sememangnya sudah diketahui umum yang gila kuasa sudah tidak sepatutnya dibiarkan terus memerintah negara demi kepentingan negara dan seluruh rakyat negara ini.


Menurut beliau, semenjak Umno BN memerintah, rakyat bukan semakin senang, malah semakin terhimpit dalam hidup akibat tindakan tidak sepatutnya yang dilakukan oleh para pemimpin Umno BN.

Katanya, antara tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh Umno BN termasuklah menaikkan harga barangan keperluan utama sehingga amat menyusahkan rakyat.

"Dalam masa yang sama, indeks rasuah dan jenayah dalam negara semakin meningkat sehingga amat mencemaskan rakyat," katanya pada program rakaman Persepsi Harakahdaily di pejabat Harakahdaily, di sini, petang semalam.

Demi kepentingan negara dan seluruh rakyat, menurut beliau, PAS perlu merampas kuasa dari Umno BN bagi melakukan perubahan di negara ini dengan corak pemerintahan yang jauh lebih baik dari Umno BN itu sendiri.

"Jadi kalau mereka (Umno BN) kata kita gila kuasa, memang benarlah kita gila kuasa kerana kita nak rampas kuasa dari orang gila kuasa yang sudah tidak boleh dibiarkan lagi memerintah negara.

"Kalau dibiarkan Umno BN terus memerintah, negara pasti menjadi bertambah teruk dan rakyat pasti menjadi semakin susah dari sehari ke sehari," katanya.

Jika PAS tidak merampas kuasa dari Umno BN, katanya, PAS dan Pakatan Rakyat tidak boleh memerintah bagi melakukan perubahan, sedangkan dalam masa yang sama rakyat sudah tidak tertahan berada di bawah pemerintahan Umno BN dan berharap kepada PAS untuk melakukan perubahan itu.

Bagi merealisasikan perubahan itu, PAS menjanjikan negara berkebajikan kerana ia selaras dengan tuntutan Islam, bagi menbela rakyat dalam segala aspek dan di semua peringkat.

"Jika PAS dan Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah negara, rakyat bolehlah menilai sendiri tindakan yang kita lakukan selaras dengan janji kita itu.

"Sekiranya janji itu tidak kita tunaikan dan pemerintahan Pakatan Rakyat tidak juga berubah tetapi sama juga dengan Umno BN, rakyat berhak menumbangkan kembali kerjaaan Pakatan Rakyat," tegasnya.

Namun sekira PAS dan Pakatan Rakyat memerintah, katanya, rakyat pasti dapat melihat perubahan yang dijanjikan itu dalam negara ini kerana para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat amat jauh berbeza dengan para pemimpin Umno BN.

"Umno BN bukannya membela rakyat. Mereka sebenarnya gila kuasa kerana untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka tak hirau pun tentang rasuah dan jenayah sebab itulah indeks rasuah dan jenayah dallam negara tak menurun.

"Mereka gunakan wang negara dengan sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi mereka, termasuk untuk menyelesaikan urusan pertunangan anak di Khazastan, pada hal itu urusan keluarganya, bukannya urusan negara dan wang yang digunakannya itu wang rakyat," katanya.

Begitu juga dengan isteri Perdana Menteri, ujarnya, yang juga selalu ke luar negara dan turut menggunakan wang rakyat dengan begitu banyak untuk kepentingan peribadi dan keluarganya.

"Semua itu hanyalah sebahagian contohnya yang boleh dinilai sendiri oleh rakyat bagaimana teruknya pemimpin Umno BN.

"Itu semua tidak akan dilakukan oleh para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat jika diberikan mandat memerintah negara kerana kita sememangnya berbeza dengan mereka," ujar beliau.

Harakah Daily

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Dr. Asri: Umno hipokrit kecam konsep negara kebajikan PAS

Posted: 09 Jun 2011 06:15 PM PDT

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Umno memperlihatkan sikap hipokrasi mereka dengan menentang pendirian terbaru PAS, yang minggu lalu mengetengahkan konsep negara berkebajikan.

Sehubungan itu kata Asri (gambar), Umno sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) dan mewakili suara orang Melayu, seharusnya mengalu-alukan perubahan pendirian PAS yang sebelum ini dilabel sebagai konservatif dan fanatik.

"Saya tidak tahu apa pendirian Umno sebenarnya. Dulu Umno yang mengecam PAS kata dikuasai oleh golongan ulama, sekarang golongan profesional ada, mereka masih hentam.


"Saya lihat Umno macam hipokrit... dulu dia (Umno) yang mengatakan bahawa PAS ini (parti) jumud, jadi saya lihat ini sikap yang tidak betul," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Kita tidak sepatutnya hentam mereka, sebaliknya perlu terbuka dan mengalu-alukan perubahan pendirian PAS ini... dulu bukan Islam takut dengan konsep negara Islam, sekarang PAS lebih terbuka, lebih ke depan daripada Umno... patut Umno alu-alukan dan bukannya mengkritik PAS," kata beliau.

Tenaga akademik ini mengulas perkembangan kritikan ke atas PAS sejak pada Jumaat lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Ke-57 menekankan konsep membangun negara berkebajikan.

Dalam komen balasnya semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah selari dengan kehendak Islam.

Katanya, konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.

Justeru kata Menteri Besar Kelantan itu, kedua-dua perkara tersebut membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial.

Kata Nik Aziz, berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat.

Ini pandangan kedua Asri mengenai pendirian PAS yang menyentuh konsep negara berkebajikan.

Sabtu lalu, beliau menyifatkan PAS sudah mula memperlihatkan "kemajuan memberangsangkan" memandangkan ia sanggup mengakui bahawa dalam al-Quran tidak disebut negara Islam, cuma ditekankan ialah negara berkebajikan.

Muktamar PAS yang berakhir Ahad lalu dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.

Kata Asri, sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih ke hadapan, namun hari ini dengan kenyataan Hadi akan memberi nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS.

Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 Jumaat lalu, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk 'negara Islam', isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.

Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata.

"Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.

"Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama," katanya.

Dalam ulasan terbaru ini, Asri berkata, pendirian Umno seolah-olah menunjukkan bahawa "keadaan sudah terbalik" memandangkan parti itu ditolak ke belakang manakala PAS pula kelihatan dan menunjukkan sikap keterbukaan.

"PAS kini nampak lebih terbuka macam Umno dalam tahun 1980-an, patut Umno lebih mengalu-alukan perubahan sikap PAS... dulu mereka yang hentam ulama PAS, kononnya PAS ini fanatik... sekarang sudah terbalik keadaan," kata Asri lagi.

"Sekarang PAS sudah berubah, Umno pula menentang. Saya pun tidak tahu apa yang Umno buat, saya rasa Umno sudah silap perhitungan," katanya lagi.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

SURAT MAHATHIR KEPADA TOK GURU NIK AZIZ - "PENOLAKAN HUKUM HUDUD"!!!!!

Posted: 09 Jun 2011 10:18 AM PDT

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.


2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Sumber di sini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Bersih : Laporan Polis Karut dan Khurafat, Kata Mat Sabu

Posted: 09 Jun 2011 06:14 AM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan sebagai "karut dan khurafat" laporan polis oleh Pemuda Umno yang mahukan perhimpunan Bersih pada bulan depan dibatalkan.

Dalam laporan polis yang dibuat petang tadi, Pemuda Umno dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong Umno mendakwa Himpunan Bersih di Kuala Lumour pada 9 Julai akan menjejaskan keamanan dan mata pencarian peniaga.

Mohamad atau Mat Sabu berkata hujah yang diberikan oleh Pemuda Umno dan NGO berkenaan tidak masuk akal kerana hakikat adalah sebaliknya. Penyertaan orang ramai pada perhimpunan aman itu, akan merancakkan perniagaan penjaja dan peniaga, kata beliau kepada TvSelangor.


"Laporan polis ini satu perkara yang paling pelik, saya rasa ini cubaan UMNO menghasut," kata beliau.

"Secara rasionalnya, apabila ramai yang hadir menyertai perhimpunan aman BERSIh sudah tentu mereka akan menggunakan perkhidmatan awam, makan, minum, jadi apa isu menjejaskan pendapatan, bukankah ia akan menambah pendapatan peniaga." kata beliau.

"Jadi yang dikatakan Umno bahawa perhimpunan ini boleh menjejaskan pendapatan jelas satu kepercayaan karut dan khurafat." tegas beliau.

Laporan polis itu dibuat oleh Exco hal ehwal bandar Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.

Beliau menuntut polis supaya mengambil tindakan awal memastikan perhimpunan itu tidak dijalankan.

Naib Presiden PKR Tian Chua semalam dipetik berkata 60,000 perserta akan terlibat dalam perhimpunan itu pada 9 Julai.

Mengulas lanjut Mat Sabu menegaskan perhimpunan BERSIH akan berjalan secara aman.

Beliau berkata perhimpunan itu akan menzahirkan tuntutan rakyat untuk sebuah sistem demokrasi tuntas demi menjamin sebuah pilihanraya umum yang adil.

Mohamad Sabu menegaskan peserta perhimpunan itu tidak akan menjadi mangsa provokasi polis seperti masa-masa lalu.

"Kalau penjaja tidak mampu menjual air tebu misalnya, ia bukan kerana kebanjiran orang ramai, ia kerana FRU menembah gas dan termasuk kedalam air jualannya," katanya.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Panas.. Nyiru Sudah Ditadahkan Buat Nasharudin

Posted: 09 Jun 2011 04:46 AM PDT

'Disungkurkan': Utusan saran Nasharudin sertai Umno

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mecadangkan Nasharudin Mat Isa yang tewas jawatan timbalan presiden pada pemilihan PAS minggu lalu supaya meninggalkan parti itu dan berjuang dalam Umno.

Menulis di ruangan 'Cuit' di akhbar itu hari ini, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan berkata PAS kini mula hilang arah dan beliau berdoa Nasharudin yang seorang ulama akan berbuat demikian.

"Saya berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 PAS yang disungkurkan mengikut jejak beberapa pemimpin PAS sebelum ini berjuang dalam Umno.

"Kita tahu Ustaz Nash mempunyai jati diri yang kuat untuk melihat perpaduan umat Islam disatukan, tapi niatnya dihancurkan oleh puak-puak yang tamak dalam partinya sendiri," tulisnya.


Selain itu, Zaini juga mendakwa matlamat PAS sudah terpesong kerana sanggup meninggalkan janjinya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan memilih bagi mendirikan negara berkebajikan.

"PAS kini telah meninggalkan perjuangan yang kononnya dipegang sejak dulu, untuk bersekongkol dengan sebuah parti yang kita kenali sebagai terlalu antikan Islam.

"Slogan 'langkah mayat saya dulu' begitu terkenal setelah Karpal Singh memberi amaran kepada PAS mengenai cadangannya mahu mewujudkan negara Islam dan mewujudkan hukum Hudud.


"Tapi kini, kerana terlalu beralah dan mengharapkan bantuan DAP, mereka tidak berkuasa 'melangkah mayat' Karpal. Karpal bagi PAS merupakan kapal yang boleh membawa mereka mencapai cita-cita politik," kata Zaini.

Justeru, beliau mencadangkan Umno yang kini mempunyai "cukup advantage serta kelebihan hasil muktamar PAS supaya merebut peluang itu.

"Oleh itu, saya cadangkan Umno membuka satu lagi sayapnya iaitu Sayap Ulama Umno," tulisnya.

Menurut Zaini, ia bersesuaian dengan penubuhan Sekretariat Ulama Muda Umno dikenali sebagai ILMU yang diwujudkan tahun lalu dan diletakkan di bawah Biro Agama parti itu.

"ILMU perlu dikembangkan kepada sebuah Sayap.

"Kita mahu supaya sekretariat ini diangkat menjadi sebuah sayap yang mempunyai Ketua Ulama, Naib Ketua Ulama dan exco-exconya yang tersendiri supaya fungsi dakwahnyake seluruh negara dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan mantap," katanya lagi.

Zaini mengakhiri rencananya dengan mendoakan presiden Umno mempertimbangkan syor penubuhan Sayap Ulama itu dan membawa usul itu dalam Perhimpunan agung Umno akan datang.

"Allah SWT telah membuka laluannya kepada Umno, rebutnya peluang itu," tulisnya.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

PAS Tidak Mahu Buang Masa Layan Khaled Nordin

Posted: 09 Jun 2011 04:20 AM PDT

PETALING JAYA: PAS tidak akan meminta maaf kepada Umno seperti yang diminta oleh seorang pemimpin parti itu, tegas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Tiada sebab untuk PAS minta maaf. Tuduhan itu sudah ketinggalan zaman," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.

Beliau menjawab desakan ketua Umno bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mendakwa PAS telah membuat pelbagai tuduhan liar terhadap Umno.

PAS, menurut menteri pengajian tinggi itu melabelkan Umno parti haram kerana tidak membentuk negara Islam.


"PAS seharusnya meminta maaf kepada Umno kerana semasa memperjuangkan negara Islam menuduh Umno membuat pelbagai kesalahan tetapi ketika ini mereka tidak lagi berjuang membentuk negara Islam kerana tidak ada dalam al Quran tetapi negara berkebajikan," kata Mohamed Khaled di Kuantan hari ini.

Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Syed Azman Ahmad Nawawi tuduhan atau kenyataan Mohamed Khaled itu tidak perlu dilayan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam itu, negara kebajikan yang ditawarkan PAS bertujuan untuk menyelamatkan rakyat yang kini dibebani kos hidup yang tinggi, krisis ekonomi dan kenaikan harga barangan.

"Tawaran ini bukan hanya untuk ahli PAS tetapi kepada keseluruhan rakyat Malaysia," katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang , dalam ucapan di muktamar parti minggu lalu berkata, PAS memfokuskan kepada negara berkebajikan selaras dengan perjuangan pakatan pembangkang.

Hadi juga berkata, negara Islam tidak disebut dalam al Quran.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Bersih 2 - Gerun Dan Lawak Bodoh Pemuda Umno Malaysia

Posted: 09 Jun 2011 02:50 AM PDT

Demo BERSIH: Pemuda Umno mahu polis bertindak awal

Bimbangkan keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas, Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa mengambil tindakan awal terhadap demonstrasi BERSIH.

Exco hal ehwal bandar pergerakan itu Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, tindakan itu mesti diambil sekarang sebelum terlambat.

"Jangan sampai dah rugi RM10 juta baru nak ambil tindakan. Tak ada gunanya lagi," katanya sambil meminta semua pihak mengambil iktibar daripada perhimpunan pertama BERSIH dan anti-ISA sebelum ini.


Laporan itu menurutnya berdasarkan laporan Suara Keadilan kelmarin yang melaporkan Naib Presiden PKR Tian Chua sebagai berkata 60,000 akan terlibat dalam perhimpunan itu.

Satu lagi laporan dalam akhbar sama melaporkan Timbalan Presiden PAS menyeru semua anggotanya turut serta dalam perhimpunan pada 9 Julai itu.

Menurut Tengku Azman, selain Pemuda Umno, tujuh lagi NGO tampil sama membuat laporan.

Jaminan aman

Mereka antaranya Persatuan Peniaga Pasar Malam Jalan Tunku Abdul Rahman, Wira PERKASA Wilayah Persekutuan dan Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK).

Bercakap dalam sidang media selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini, Tengku Azman berkata, walaupun didakwa perhimpunan aman, pengalaman dalam perhimpunan sebelum ini menunjukkan sebaliknya.

"Dengan jumlah (penyokong) yang ramai, adakah mereka (penganjur) dapat menjamin dapat mengawal perasaan. Biasanya riot (huru-hara)," katanya.

Ditanya tentang hak berhimpun rakyat Malaysia yang dijamin dalam perlembagaan, Tengku Azman bagaimanapun berkata ia mestilah mengikut lunas undang-undang.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Bukit Bintang sebaliknya berkata, perhimpunan bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati seeoknya dibuat di tempat tertutup seperti dalam stadium.

"Kita Umno kalau buat demonstrasi pun kita tak pergi semua, apa salahnya hantar wakil sahaja untuk serah memorandum," katanya lagi.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Senarai Panjang Penipuan Bangsat Dari Kulim

Posted: 09 Jun 2011 02:37 AM PDT

1. Melemparkan fitnah terhadap 'otai' dan aktivis parti kununnya mereka melarikan wang peruntukan pilihanraya serta bendera parti semasa berkempen dengan menghebahkan kepada jentera parti sehingga mewujudkan salah sangka dan curiga.2. Sebaik sampai setelah memperolehi watikah perlantikan dengan wang RM2000.00 dari pusat, dia terus memberitahu yang wang tersebut habis dibelanjakan atas urusan pilihanraya. Bagaimana mungkin?

3. Bermulut celupar, tidak berakhlak dan kaki maki hamun walau atas perkara kecil sahaja.

4. Tidak telus dalam kisah wang derma pilihanraya yang dikutip secara langsung mahupun melalui internet. Tidak dibentangkan dalam mesyuarat pilihanraya. Melenting dan memaki hamun apabila isu itu disentuh.


5. Pecah amanah tentang rumah yang dipinjamkan semasa kempen pilihanraya dengan membuat pendua kunci tanpa keizinan tuan rumah serta tidak menjaga dengan baik.

6. Menipu dengan memberi pelbagai alasan palsu apabila tidak hadhir dalam program yang telah dirancang dan dipersetujui terlebih dahulu. Kononnya ke luar negara bersama DS anwar Ibrahim.

7. Tiada disiplin dalam kempen pilihan raya sehingga menyusahkan petugas parti yang mengatur program.

8. Menipu wakil calon dengan imbuhan elaun apabila dilantik sebagai pembantu kemudiannya. Hanya membayar RM1000, itu pun setelah puas merayu dengan sms seperti meminta sedekah. Itu pun tidak berbaloi dengan perbelanjaan sendiri semasa menjalankan tugas.

9. Menipu tentang hakikat yang ia tidak pun menyerahkan penyata kewangan semasa terlibat dalam pilihanraya umum terdahulu.

10. Menipu tentang bantuan kutipan infaq untuk pembiayaan pelajar yang menyambung pelajaran. Ia tidak telus dan tidak amanah dengan wang ringgit.

11. Menipu dalam blog, kununnya dia sanggup berkorban dengan meletakkan jawatan MP bagi membolehkan DS Anwar bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baru. Sebaliknya ia enggan melepaskan jawatan itu tetapi memberi pelbagai alasan yang muluk-muluk.

12. Menipu yang ia tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak akan menyertai Umno sedangkan sudah tersebar adanya surat akuan yang mengikatnya untuk berbuat demikian. Malah ianya sudah pun disahkan pemimpin Umno setempat yang telah pergi berjumpa Najib. Begitu juga dengan perbincangannya dengan YB Zahid Hamidi semasa mengerjakan umrah.

13. Menipu rakyat Malaysia terutamanya orang Islam betapa ia pejuang Islam dan bangsa sedangkan apa yang diperjuangkan ialah untuk perut dan poket.

14. Menipu pembantunya dahulu dengan mengatakan yang ia menjadi mangsa permainan politik DS Anwar Ibrahim. Sedangkan sebaliknya terjadi apabila ia memadu hubungan intim dengan Najib. Dah berjumpa 5 kali beb!

15. Menipu pasukan peguam pembela kes nya tentang diskaun tambang mengerjakan umrah Ramadhan lalu supaya menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan sahabatnya. Sebaliknya mereka terpaksa membayar penuh juga.

16. Menipu dalam janjinya membayar semula perbelanjaan keraian majlis yang dibuat Abang Mi Relau (RM200) dan Abang Mail Matang Kerat Telunjuk (RM600). Si Cabuk itu dikatakan angkat kaki terus tanpa menghulurkan bayaran belanja kenduri yang dibuat setelah makanan disebat.

17. Menipu tentang janji akan menyumbangkan RM1000.00 dalam majlis sambutan Aidilfitri di Dewan Dato' Fadzil Nor Serdang baru-baru ini, malah beliau tidak pun hadir berjumpa rakyat.

18. Menipu tentang kesanggupan membayar perbelanjaan para peguam dalam pembelaan kesnya, sebaliknya setiap seorang dibayar Rm1000.00 sahaja.

19. Menjual temberang melalui pembantu peribadinya, kununnya Zul akan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kampong Sungai Kecil Ulu. Walhalnya dia hanya pergi membaca khutbah yakni kaedah mudah untuk mencari populariti tanpa perlu mengeluarkan wang.

20. Menipu pembaca dengan mencipta cerita kununnya dia membaca khutbah tidak di masjid Junjong kerana dia selalu sangat membaca di situ sedangkan hakikatnya, ia tidak dibenarkan atas sifat pembohongnya dalam janji untuk membantu 5 keluarga mangsa banjir.

21. Menipu kununnya dia sering turun memantau atau melawat kawasan sedangkan ia hanya melakukan secara 'remot' atau kawalan jauh dengan menggunakan khidmat pecacainya si Fadzil dan Rosjah.

22. Menerima banyak dana sama ada dari wang zakat, derma atau infaq tetapi tidak diketahui ke mana wang sumbangan itu mengalir selain pembinaan dua buah rumah orang miskin. Itu pun wang sumbangan dari Sheikh Arab yang diatur sahabatnya Fudzail kat Dubai.

Sumber

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Ganas, Zalim, Kejam Dan Tidak Berhati Perut

Posted: 09 Jun 2011 02:10 AM PDT

PKR: Dua daripada tiga remaja ditembak mati polis dalam keadaan melutut

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Peguam hak asasi N Surendran yang mewakili Lawyers For Liberty hari ini mendedahkan dua daripada tiga remaja yang ditembak mati polis di Glenmarie, Shah Alam, tahun lalu disebabkan tembakan dari arah dekat.

Surendran berkata, berdasarkan laporan bedah yang diterima beliau dua hari lepas membuktikan kedua-dua remaja itu Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, dan Mohd Khairul Nizam Tuah ditembak ketika berada dalam keadaan melutut.

Bagaimanapun laporan bedah siasatan seorang lagi mangsa Muhamad Hanafi Omar,22, masih belum diterima.


Ketiga-tiga remaja itu mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi selepas menyamun sebuah stesen minyak 13 Disember lalu.

Menurut laporan media sebelum ini ketiga-tiga remaja ini disyaki sebagai ahli Geng Minyak dan mati ditembak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

"Kejadian ini berlaku di Glenmarie dan Timbalan Ketua Polis Selangor (Datuk A Thaiveegan) mengatakan ketiga-tiga remaja ini adalah penjenayah dengan parang dan ditembak ketika cuba menyerang polis.

"Namun berdasarkan kepada keterangan saintifik dan laporan bedah siasat versi yang dikatakan polis itu adalah palsu dan saya ada bukti mengatakan ketiga-tiga remaja ini telah dibunuh oleh pihak polis dengan sengaja.

"Polis kata mereka ditembak kerana cuba menyerang polis dengan parang tapi kalau benar mereka menyerang polis tapi kenapa luka tembakan Mohd Shamil dan Mohd Khairul Nizam berada di dahi dan sisi dahi... kalau mereka menyerang sudah tentu luka tembakan itu dari depan bukan dari tepi kecuali kalau peluru itu boleh melencong," kata Surendran pada sidang media di sini.

Turut hadir dalam sidang media itu keluarga ketiga-tiga remaja malang iaitu Hamidah Kadar, 51, iaitu ibu Mohd Khairul Nizam, Norhafizah Mad Razali, 37, yang merupakan ibu Mohd Shamil dan bapa Mohamad Hanafi, Omar Abu Bakar, 58.

Thaiveegan sebelum ini berkata ketiga-tiga remaja itu yang memandu kereta jenis Proton Waja enggan berhenti lalu dikejar sehingga mereka terlanggar kenderaan polis sebelum terbabas ke kiri jalan.

Ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan parang kemudian keluar dan cuba menyerang polis, menyebabkan anggota polis tiada pilihan selain melepaskan beberapa das tembakan.

Surendran yang juga Naib Presiden PKR menegaskan, berdasarkan laporan bedah siasat itu, kedua-dua remaja berkenaan ditembak arah dekat.

"Mohd Shamil ditembak dari kedudukan 45 darjah di kepala dan saya percaya ketika itu dia berada dalam kedudukan lebih rendah iaitu melutut ketika ditembak.

"Polis kata mereka ini menyerang tapi bagaimana mungkin ditembak dari sudut 45 darjah di kepala? Selain itu percikan serbuk tembakan juga berada di pakaian mereka, setahu saya kalau tembak dari jarak yang dekat baru kesan ini akan ada," katanya.

Dalam laporan bedah siasatan yang diedarkan kepada media, Mohd Shamil meninggal dunia kerana kecedaraan di kepala akibat luka tembakan senjata api.

Remaja malang itu mengalami dua luka yang selaras dengan luka tembakan senjata api iaitu tanda kecederaan di bahagian dahi dan di dada kanan, kedua-dua luka itu tembus keluar di bahagian tengkuk dan sisi kanan belakang badan.

Laporan itu juga menunjukkan tiada luka mempertahankan diri.

Sementara itu, laporan bedah siasat Mohd Khairul Nizam pula menunjukkan dia ditembak dua kali iaitu di bahagian sisi kepala dan bahagian sisi dada.

Punca kematian adalah kecederaan di kepala dan dada.

Bagaimanapun dalam laporan bedah siasatan Mohd Khairul Nizam menyatakan tiada bukti dia ditembak dari jarak dekat.

Ketiga-tiga keluarga remaja malang itu menuntut agar kematian anak-anak mereka dibela dan keadilan perlu diperoleh demi membersihkan semula nama selepas dilabelkan sebagai penjenayah.

"Saya berasa cukup sedih, anda tidak tahu bagaimana sedih hati seorang ibu . . . saya mahu mereka yang bertanggungjawab ini dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman yang setimpal.

"Anak saya bukan penjenayah, kenapa dia harus dibunuh . . . apa salah anak saya?" soal Norhafizah sambil menangis teresak-esak.

"Kenapa polis tembak anak saya? Saya tidak puas hati . . . saya mahu mereka yang terlibat dikenakan tindakan," kata Omar.

Hamidah bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen, namun kelihatan masih bersedih.

Ketiga-tiga keluarga ini menuntut agar polis melakukan siasatan segera bagi menyiasat individu yang "membunuh" anak-anak mereka dan mahu Jabatan Peguam Negara mendakwa pegawai polis itu.

Tambah Surendran, tidak bukti mengatakan ketiga-tiga remaja itu memiliki parang untuk menyerang polis.

"Polis tidak tunjukkan parang sebagai bukti, ini adalah satu pembunuhan dan kita mahu mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Malaysian Insider



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: