Blog-list Malaysia |
- Mat Sabu nasihat Najib diam
- Rumah Kata Pergi Pun Tak Reti Nak Bertaubat Lagi Ke?
- GEMPAR! PARPU KAKI BOTOL MALU MENGAKUI ANAK DIA BERKETURUNAN INDIA!
- Woit.. Mana Logik Manusia Maksum Macam Ni Dituduh Hina Mahkamah...!!
- ROS Akan Haramkan UMNO
- Malaysia Negara Diktator Bukan Negara Berkebajikan Di Bawah Umno
- Mangkuk Ni Dah Habis Duit.. Kesian...
- Mahathir Haprak...
| Posted: 08 Jun 2011 12:21 AM PDT SHAH ALAM, 8 Jun: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu melahirkan rasa kasihan terhadap kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang ketinggalan zaman. Najib dalam laporan media dari Astana, Kazakhstan menyifatkan Ucapan Dasar Presiden PAS bertemakan Membangun Negara Berkebajikan hanya untuk hadapi PRU13. Mohamad dalam jawapan balas berkata, konsep Negara Berkebajikan telah diwujudkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi ketika Baginda mentadbir Madinah sebagai sebuah Negara Islam. "PAS perjuangkan dasar Negara Berkebajikan yang didirikan oleh Baginda Nabi sejak zaman Madinah lagi dan bukan hanya untuk PRU13 sahaja. "Nampak sangat Najib tidak tahu di dalam hal ini, saya kasihan, lebih baik beliau diam sahaja dalam perkara yang beliau tidak tahu. "Sebaik beliau bercakap, rakyat tahu bahawa perdana menteri tidak tahu tentang perkara ini," jelasnya menzahirkan rasa kasihan pada Najib. Mohamad memenangi jawatan kedua utama dalam PAS sempena Muktamar Tahunan ke 57 yang berlangsung di Taman Melewar dari 3 hingga 5 Jun baru lalu. Bercakap lebih lanjut, Mohamad berkata, Negara Berkebajikan itu disebut juga di dalam Al-Quran sebagai baldatun Toyyibatun wa Rabbul-Ghafur iaitu Negara yang baik yang mendapat pengampunan Tuhan. Mengulas perkara sama, Timbalan Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Zainal Abidin Kidam berkata, itulah tahap pemikiran sebenar Najib dalam situasi tidak disediakan info berkaitan Negara Berkebajikan. Najib disifatkannya sebagai tidak bersedia dengan soalan wartawan dan tidak mempunyai maklumat tentang ucapan dasar Presiden PAS tetapi tetap ingin menjawabnya. "Sewajarnya beliau menjawab sebagai seorang negarawan dengan hujah kuat dan bukannya menolak ucapan dasar yang penuh ilmiah dengan hanya mengatakan 'itu modal PRU13' sahaja. "Berikanlah komitmen sebagai seorang pemimpin negara, apakah yang telah, sedang dan akan diberikan kepada rakyat bagi mengatasi dan lebih baik dari konsep Negara Berkebajikan itu," tegasnya. Bercakap kepada HarakahDaily dalam satu pertemuan dengannya, Prof Zainal berkata, rakyat boleh menilai antara gagasan besar Presiden PAS dengan jawapan cetek Najib. Sementara itu heboh diperkatakan di dalam perbincangan maya tentang lawatan Najib ke Kazakhstan yang mempunyai agenda keluarga. Dikatakan beliau mengambil kesempatan lawatan itu untuk merisik bakal tunang anaknya yang disebutkan sebagai anak pembesar bekas negara komunis itu. PAS menerusi AJKnya, Dr Dzulkifley Ahmad menyatakan bantahan terhadap lawatan negara yang disifatkan mempunyai agenda keluarga. ![]() |
| Rumah Kata Pergi Pun Tak Reti Nak Bertaubat Lagi Ke? Posted: 08 Jun 2011 12:07 AM PDT Karpal nasihatkan Dr M supaya bertaubat Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya. Katanya, Dr Mahathir yang sedang "meniti usia yang senja" sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya. "Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat," katanaya. "...Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu." Menurut Karpal lagi, Mahathir juga tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat. Beliau mengulas komen dalam blog yang dimuat-naik oleh Mahathir semalam yang mendakwa Karpal sepatutnya gembira dengan barisan kepimpinan baru PAS yang dikatkan lebih rapat dengan DAP. Mahathir menulis Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah. "Tokoh yang memang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya. "Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Mahathir dalam blognya. Mengulas tulisan itu, Karpal berkata Mahathir juga tidak harus lupa bahawa sekitar 2001 di perhimpunan Gerakan, mantan perdana menteri itu telah berkata Malaysia adalah sebuah "negara Islam". "Kenyataan di blognya itu tak perlu kerana dia sudah berkata demikian, kali pertama pada 2001, kecuali dia sudah lupa," kata Karpal. Beliau juga mengalu-alukan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu membawa Malaysia ke sebuah negara berkebajikan jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. . ![]() |
| GEMPAR! PARPU KAKI BOTOL MALU MENGAKUI ANAK DIA BERKETURUNAN INDIA! Posted: 07 Jun 2011 10:33 PM PDT Ini ada satu ceritera yang panas pasala seorang kaki botol yang bernama Parpu Basi yang baru mendapat anak tetapi malu mengakui bahawa anak dia adalah seorang India! Maka untuk cover line si Parpu ni pun mintak JPN letakkan bangsa anaknya sebagai 'BANGSA MALAYSIA' Parpu Basi ni seorang kaki botol aka pencacai yang memang dikenali sebagai kaki fitnah dan kaki botol tegar di Selangor. Beliau telah berkahwin dengan seorang jalang dari Siam dan baru-baru ini telah melahirkan seorang anak. Dari segi logik yang biasa kita ketahui, taraf bangsa akan mengikut suami. Oleh itu sebutan bangsa atau keturunan mestilah bertulis India. tentang agama terpulanglah kepada laki bini ini, nak tulis Buddha, Siam atau Hindu terpulang kepada mereka kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan persekutuan negara. Parpu mahukan anaknya didaftarkan sebagai bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia adalah istilah yang menunjukkan negara kita mempunyai pelbagai kaum dan warna kulit seperti Melayu, Cina , India, dan lain-lain etnik masyarakat seperti di Sabah dan Sarawak. Apa nak dimalukan jika anaknya berstatus bangsa India kerana ayahnya ialah India. Bagaimana pula dengan pandangan Datuk Ambiga yang sering mempertikaikan taraf bumiputra . tunggu kenyataan beliau pula dalam isu anak Parpu Basi. Satu je soalan yang aku nak tanya kat Kaki Botol ni, kalau lu tarak suka mau taruk India, apasal lu kasi itu India punya orang 'taruk' sama mak lu samapai dapat lu wei? Lu bodoh ka apa ni? Memang hamka chan la lu ni Parpu! Wei pukimak punya Kaki Botol, sebalum lu nak kasi sama rata semua bangsa kasi lu punya perut sama rata dulu, sekarang ni lu punya perut 100% tarak ballance dan penuh cacing, kalau ada babi lalu depan pun, kasi open la, biar semua babi lintas baru lu boleh cerita satu bangsa maaa... Lagi satu hal, kalau lu orang pukimak betul-betul mau 'bangsa malaysia' kasi jangan tutup itu tempat gua selalu yamseng la, ada berani? Lepas tu baru kita cerita pasal bangsa Malaysia. Lu orang sekarang ni mau sama rata la, itu la ini la, tapi bila suruh pergi yamseng pun lu orang bising macam anjing! So, toksah wayang la pukimak punya Parpu! Kasi bikin malu sama lu punya kaum India saja! Khaaiikkk Ptuuiiihhh Ceritera ini disesuaikan dari blog pencacai di sini.. Kahkahkah... ![]() |
| Woit.. Mana Logik Manusia Maksum Macam Ni Dituduh Hina Mahkamah...!! Posted: 07 Jun 2011 09:48 PM PDT Keputusan Nazri tak hina mahkamah kekal Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan keputusan koroner bagi tidak mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Menteri di Jabatan Perdan Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz semasa inkues Teoh Beng Hock. Dalam keputusannya, Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan tidak cukup butiran dalam afidavit wartawan Malaysiakini Hazlan Zakaria yang menyokong permohonan itu bagi menentukan konteks perkataan yang diutarakan. "Oleh itu, ini menimbulkan masalah untuk mahkamah putuskan," katanya. "Sehubungan itu, mahkamah memutuskan untuk menolak rayuan itu." Keluarga Teoh diwakili oleh peguam Karpal Singh dan Gobind Singh Deo, manakala pendakwa raya kanan Kamaludin Md Said Andi Razali Jaya mewakili Nazri dan responden yang lain. Keluarga Teoh mahu tindakan menghina mahkamah dikenakan ke atas Nazri kerana melabel pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand sebagai "seorang pembohong" berhubung dakwaannya yang beliau diugut oleh pihak berkuasa Malaysia agar tidak memberi keterangan pada inkues itu. Di luar mahkamah, Karpal berkata beliau dan keluarga Teoh sedang memikirkan dengan serius bagi membuat rayuan berhubung penolakkan permohonan berkenaan. "Menteri yang mengeluarkan kata-kata menghina itu adalah satu kesalahan yang serius dan tindakan perlu diambil," katanya. Karpal juga melahirkan rasa terkejutnya bahawa Hakim Akhtar gagal menjumpai bukti bahawa Malaysiakini adalah media elektronik. "Mahkamah mengambil kira notis penghakiman kerana tidak dapat bukti bahawa Malaysiakini adalah media elektronik dan kami agak binggung dengan penemuan itu," katanya. "Malaysiakini adalah media elektronik yang diiktiraf dan bagi mahkamah menyatakan demikian adalah sesuatu yang mengejutkan." Karpal juga berharap isu berkenaan dapat dijelaskan kepada mahkamah. Hakim Akhtar dalam penghakimannya hari ini berkata afidavit wartawan Malaysiakini itu adalah berdasarkan perbualan telefon dengan Nazri. Namun katanya, tiada bukti menunjukkan Malaysiakini adalah media elektronik. ![]() |
| Posted: 07 Jun 2011 06:24 PM PDT Ahli Umno Kelantan dipecat cabar RoS, 'segarkan' krisis 1987 KUALA LUMPUR, 8 Jun — Seorang ahli Umno yang dipecat tahun lalu kerana melanggar perlembagaan parti telah memfailkan kes terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam untuk mendapatkan balik keahliannya — kes yang mengingatkan kembali krisis 1987 dalam parti teras Barisan Nasional (BN) itu. Seorang ahli perniagaan dari Kelantan Amran Abdul Rahman, yang pernah menjadi ahli Umno selama 14 tahun, mencabar RoS untuk menunjukkan bukti bahawa cawangan-cawangan di bahagian Tanah Merah telah didaftarkan secara sah, dan jika tidak, agensi itu harus mengisytiharkan Umno Kelantan haram, satu langkah yang akan membawa kepada pembatalan pemecatan beliau daripada parti. Amran, 47, merupakan setiausaha Umno bahagian Tanah Merah ketika beliau dilucutkan keahlian pada 1 Mac 2010 mengikut Perkara 20.7 perlembagaan parti kerana membawa ketua bahagiannya Datuk Ikmal Hisham ke mahkamah. Ekoran krisis kepimpinan 1987 yang menyaksikan parti itu diisytiharkan sebagai haram, satu perlembagaan baru dirangka selepas penubuhan Umno Baru, sekali gus melarang ahlinya membawa sebarang pertikaian ke mahkamah. Dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider selepas memfailkan kesnya, Amran berkata, isu utama ialah impak ke atas parti itu di negeri yang ditadbir PAS ekoran pemilihan bahagian 2008. Umno mengadakan pemilihan pusat awal 2009. "Isunya ialah 190 perwakilan yang menghadiri perhimpunan yang memilih anggota Majlis Kerja Tertinggi pada 2009 adalah haram," katanya sambil menambah, perpecahan dalam parti Melayu itu akan menjejaskan peluangnya untuk mendapatkan balik Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini. Dalam permohonannya, Amran berkata: "saya percaya bahawa responden (RoS) telah mendaftarkan Umno Baru di bawah Seksyen 7 akta tersebut (Akta Pertubuhan 1966) dan Sijil Pendaftaran telah dikeluarkan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 8 akta tersebut. "Saya juga percaya bahawa peruntukan Seksyen 12 akta tersebut menyatakan bahawa kesemua cawangan yang hendak ditubuhkan mesti mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan," katanya. Amran menambah, beliau setelah dinasihatkan oleh peguamnya percaya bahawa peruntukan Seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966 menyatakan bahawa cawangan yang ditubuhkan tanpa kebenaran responden adalah pertubuhan haram. justeru Amran memohon semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan RoS yang menafikan aksesnya kepada dokumen-dokumen mengenai 126 cawangan dan 14 bahagian di Kelantan, dan juga perintah mahkamah mengarahkan RoS membekalkan maklumat yang diperlukan. Peguamnya, Adlan Hadi Mohamed Yusof menjelaskan, di bawah Seksyen 10 Akta Pertubuhan mana-mana individu ada hak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan berhubung satu-satu pertubuhan yang didaftarkan. Terdapat 131 cawangan Umno di Kelantan. Menurut Amran, daripada jumlah itu hanya lima yang sah manakala yang baki termasuk cawangan Simpang Tiga Seri Mahligai tidak pernah didaftarkan. ![]() |
| Malaysia Negara Diktator Bukan Negara Berkebajikan Di Bawah Umno Posted: 07 Jun 2011 07:26 AM PDT Malaysia yang ada sekarang jauh daripada sebuah negara berkebajikan tetapi lebih mirip negara di bawah pemerintahan kuku besi yang menindas rakyat dan memperkayakan pemimpin serta kroni, kata dua pemimpin utama PAS hari ini. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden Mahfuz Omar menyifatkan sebagai dangkal kenyataan Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin kononnya Malaysia di bawah teraju Umno sudah pun menjadi negara berkebajikan. Kedua-dua pemimpin Umno itu mendakwa pembinaan prasarana, pemberian subsidi tertentu dan penyediaan projek oleh kerajaan melengkapkan syarat untuk Malaysia dipanggil negara berkebajikan. Mohamad Sabu berkata anggapan Najib dan Muhyiddin itu menzahirkan minda cetek mereka dari segi pemahaman konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat. "Yang ada sekarang ialah, yang kaya bertambah kaya, rasuah berleluasa, penindasan rakyat berlaku. Ini bukan negara kebajikan, ini negara diktator," beliau memberitahu TVSelangor. Mohamad Sabu dan Mahfuz berkata negara berkebajikan tidak terbatas kepada mengadakan projek semata-mata atau pun menyediakan subsidi rakyat yang semakin hari semakin berkurangan. Negara berkebajikan bererti kerajaan tidak mengamalkan rasuah atau penyelewengan kuasa, serta kekayaan negara dikembalikan kepada rakyat dan bukan dikaut untuk memperkayakan pemimpin, ahli keluarga dan kroni mereka, tambah mereka. "Negara yang buat projek untuk rakyat semata-mata tidak boleh dianggap negara kebajikan. Sesiapapun yang memerintah akan buat projek. Kalau Umno anggap negara kebajikan adalah kerajaan yang buat projek semata-mata, maka semua negara didunia ini adalah negara kebajikan, "Tetapi kita tahu pemerintahan Umno jauh daripada konsep mendirikan negara berkebajikan," katanya. Mohamad Sabu berkata Najib dan Muhyidin jelas gusar dengan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat sehingga membuat tuduhan melulu terhadap hala tuju PAS. "Dia bimbang dengan konsep negara kebajikan ini boleh menarik perhatian orang Islam dan orang bukan Islam terhadap Pas dan Pakatan Rakyat. Ini yang dia bimbang," kata Mohamad Sabu. Najib hari ini dalam sidang medianya di Astana, Kazakhstan megah berkata UMNO BN sudah lama mengamalkan pemerintahan secara berkebajikan. Beliau tanpa segan silu turut menyenaraikan jasa kerajaan pimpinannya kepada rakyat termasuklah pendidikan, kesihatan, subsidi makanan, minyak dan banyak lagi. Mahfuz berkata Najib dan Muhyiddin seharusnya memahami dengan jelas konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. "Konsep negara berkebajikan adalah sebuah negara yang menitik persoalan yang berkaitan dengan kesejahteraan. Apa yang berlaku hari ini adalah, walaupun diberi sesuatu kepada rakyat, rakyat tidak dapat merasai kesejahteraan dan kedamaian dlam kehidupan negara kita ini, umpamanya beban kos hidup makin meningkat," kata Mahfuz. Mahfuz juga mempersoalkan kenyataan Najib kononnya barisan kepimpinan PAS yang baru dipilih 4 Jun lalu terlalu memfokuskan soal pilihan raya umum akan datang. "Salah satu hala tuju PAS ialah pilihan raya. Untuk nak terjemahkan hala tuju PAS itu mestilah kena menang pilihan raya. Apa masalahnya kita beri tumpuan pada pilihan raya. Kita mesti dapatkan kuasa untuk laksanakan hala tuju PAS," trgas Mahfuz. ![]() |
| Mangkuk Ni Dah Habis Duit.. Kesian... Posted: 07 Jun 2011 05:39 AM PDT |
| Posted: 07 Jun 2011 05:30 AM PDT Karpal sekat hudud: Saifudin kata Dr Mahathir haprak Harakahdaily KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud. Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya. Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu. Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990. Selepas muktamar PAS baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melalui blognya menulis dengan berkata, Karpal yang berjaya menyekat mendirikan negara Islam yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah tercapai. "yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai," tulis Mahathir. "Dr M hantar surat amaran kepada TG Nik Aziz jangan laksana hudud, aneh hari ni Dr M kata Karpal berjaya sekat PAS jalankan hududd...haprak!" tulis Saifudin (gambar kanan) dalam Twitternya. Bagi beliau, Dr Mahathir tidak layak bercakap Karpal anti Islam. "Mesej saya mudah Dr M tak layak langsung cakap Karpal anti Islam sebab rekod Dr M sendiri paling membenci Islam," tegas Saifudin yang juga anggota Parlimen Machang, Kelantan. Menurut beliau, Dr Mahathir pernah berkata kalau dibuat hukum hudud habis orang Islam mundur sebab kena potong tangan..."hari ini Dr Mahathir salahkan Karpal." Bagi beliau, Karpal sekurang-kurangnya tidak menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat namun Dr Mahathir membuatnya! "Sebab katanya sekolah agama ajar murid benci pemerintah ...siapa sebenarnya benci Islam?" soal Saifudin. Bagi Saifudin, kalaupun Karpal tolak negara Islam dan Hudud beliau boleh memahaminya sebab dia bukan Muslim, tetapi Dr Mahathir tentang negara Islam dan Hudud, ini yang beliau tidak dapat faham. Surat Dr Mahathir Surat Dr Mahathir sampai kini masih diingati oleh Tuan Guru Nik Aziz hatta dalam satu majlis baru-baru ini. "(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan. "Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran… Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya. "Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran… dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik," kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, baru-baru ini. Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan. Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis. "Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS," katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook. ![]() |
| You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan