Selasa, 7 Jun 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Perjanjian IPP - Bapak Saya Kata Tak Boleh Dedah...

Posted: 06 Jun 2011 11:55 PM PDT

Akses perjanjian tenaga hanya untuk MP saja

Dokumen rahsia perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang dimeterai antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pengeluar tenaga bebas (IPP) boleh didedahkan kepada ahli Dewan Rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Namun menurut beliau butiran perjanjian itu tidak boleh didedahkan kepada orang ramai kerana ia adalah perkara sulit.

"Di parlimen, apabila seseorang MP bertanyakan sesuatu, kita mesti sentiasa telus," kata Mukhriz kepada wartawan semasa sebuah majlis di Kuala Lumpur hari ini.


Beliau ditanya sama ada kerajaan bercadang mendedahkan perjanjian itu berikutan luahan rasa tidak puas hati rakyat dan pelbagai pihak kerana perjanjian PPA itu yang dikatakan berat sebelah.

Mukhriz berkata ahli parlimen adalah perwakilan rakyat dan parlimen adalah tempat yang bersesuaian bagi perkara yang membabitkan kepentingan awam seperti perjanjian PPA dibincangkan.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

PAS Digesa Gubal Segera Rangka Negara Kebajikan

Posted: 06 Jun 2011 11:01 PM PDT

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mahu PAS segera mengadakan jawatankuasa pemandu bagi menggubal konsep negara kebajikan yang digariskan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar parti itu Jumaat lalu.

Tokoh agama negeri utara Semenanjung ini berkata, butiran terperinci perlu bagi kebanyakan pihak khususnya mereka atas pagar dan profesional Muslim dan bukan Muslim menilai agenda PAS.

"Jawatankuasa ini perlu terdiri daripada profesional, ulama bebas, ahli politik terulung dan negarawan dan perlu bersidang dan keluarkan segera pelan rangka.


"Ini penting agar mereka di atas pagar, mereka yang tidak memihak mana-mana parti, profesional Muslim dan bukan Muslim boleh tertarik dengan agenda PAS," katanya dalam kenyataan SMS mengenai agenda negara berkebajikan yang diketengahkan oleh Hadi Jumaat lalu.

Juanda (gambar) berkata ruang demokrasi yang ada mesti dijadikan ruang terbaik untuk menyuburkan keadilan, kesejahteraan, keselamatan untuk semua.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Pemuda PAS Cabar Jamil Khir Baharom

Posted: 06 Jun 2011 09:02 PM PDT

Pemuda PAS cabar Putrajaya nyata status Tugu Negara, patung Tunku

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Pemuda PAS Johor mahu Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan pendiriannya mengenai status Tugu Negara dan patung Bapa Kemerdekaan di Parlimen ekoran pendiriannya tidak bersetuju dengan pembinaan tugu 1 Malaysia di Perlis.

Ketua Pemudanya Suhaizan Kayat berkata, di samping tugu 1 Malaysia, terdapat tugu yang telah dibina untuk memperingati jasa pahlawan negara iaitu Tugu Negara dan patung Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, perdana menteri yang pertama.

"Saya mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang tidak bersetuju dengan pembinaan tugu 1 Malaysia yang boleh membawa kepada pemujaan.


"Pandangan beliau adalah sama dengan pandangan yang diberikan oleh Mufti (Perlis, Dr Juanda Jaya) supaya sebarang unsur-unsur pemujaan agar tidak diwujudkan," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Katanya, langkah itu perlu bersandarkan pada firman bahawa arak, judi, memuja berhala dan bertenung nasib adalah amalan syaitan dan mestilah dijauhi.

Suhaizan berkata, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 1995 telah membincangkan istiadat meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena Hari Pahlawan.

Muzakarah telah memutuskan bahawa meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

"Berdasarkan kepada muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ini, maka dengan jelas tugu negara boleh membawa kepada unsur syirik dan bercangah dengan Islam.

"Begitu juga dengan patung Tunku Abdul Rahman. Saya mencabar Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak terhadap Tugu Negara dan patung Tunku Abdul Rahman dengan segera," katanya.

Kata Suhaizan, oleh kerana Jamil Khir adalah seorang individu yang berkuasa dalam negara dan boleh mencegah dengan tangan maka sudah sewajarnya beliau bertindak dengan segera.

Ketika dihubungi, Suhaizan, pihaknya menyerahkan kepada kerajaan dan Jamil Khir sendiri memutuskan tindakan yang perlu diambil.

"Tindakan sama ada hendak roboh atau sebagainya, kami serahkan kepada menteri, sebab beliau lebih tahu perkara ini," katanya lagi.

Khamis lalu, Juanda menasihatkan kerajaan negeri tidak membina tugu 1 Malaysia yang disebut-sebutkan akan didirikan di Perlis dalam waktu terdekat.

Juanda berkata jawatankuasa fatwa negeri yang bermesyuarat April lalu memutuskan bahawa tugu yang disebut-sebutkan itu tidak wajar dibina kerana ia bercanggah dengan akidah Islam.

Semalam, Jamil Khir dipetik media berkata kerajaan bersetuju dengan pandangan jawatankuasa fatwa Perlis yang menegah pembinaan tugu 1 Malaysia.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Rakyat Mengeluh.. Umno Dah Berpeluh.. PRU Dah Tak Jauh..

Posted: 06 Jun 2011 08:35 PM PDT

Pengurangan subsidi ke atas barangan keperluan asas, termasuk gula dan petrol RON97 dan terbaru gas asli yang menyebabkan tarif elektrik terpaksa dinaikkan mula memberi kesan kepada orang ramai daripada pelbagai lapisan.

NONEPengurangan subsidi itu menurut mereka telah melonjakkan harga makanan dan menjejaskan perbelanjaan seharian mereka. Malah, ada mahasiswa mendakwa terpaksa 'mencatu' makanan akibat kesan berantai itu.

"Makanan mahal, kena belanja (lain) lagi. (Kami) kurangkan perbelanjaan makanan, kurang makan," kata pelajar Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) N Mahesh Nanthak



Baca di sini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Satu Sinar Harapan Buat Anak Muda

Posted: 06 Jun 2011 08:14 PM PDT

Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah
anak muda hari ini tidak lagi seperti dulu
hanya melengang lenggok di tepi jalan
berkumpul riuh di stesen bas, mengusik perempuan
manakala perempuan
buat temu janji dengan lelaki jalanan, liar, tidak bermoral.

Anak muda hari ini
harus melihat apakah akan jadi
kepada generasi hari ini dan akan datang
di bawah telunjuk penguasa sekularis
yang mahukan mereka terus leka dengan artis-artis
yang bayaran satu malam amalnya
lebih mahal dari secangkir teh untuk Ustaz
mengajar di surau dan masjid.


Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah
anak muda menentukan masa depan warga kota dan desa
warga yang tertekan dengan harga barang naik,
petrol naik, gula naik, minyak masak naik, susu pekat naik,
tepung gandum naik dan banyak lagi yang bakal naik
akibat salah tadbir golongan penguasa nasionalis sempit tak bertamaddun.

Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah
lihat anak muda dengan teknologi mayanya
telah melontar regim Husni Mubarak Mesir jauh ke Laut Merah
tersungkur rebah dengan laungan lautan manusia
Irhal, irhal Mubarak irhal
Irhal, irhal, Mubarak irhal,
Irhal, irhal Mubarak irhal,
pergi, pergi BN pergi,
pergi, pergi BN pergi,
pergi, pergi BN pergi.

Anak muda ku
kita sebenarnya ada kekuatan tersembunyi
yang digeruni oleh penguasa-penguasa zalim seluruh dunia
kekuatan kita adalah keyakinan kita untuk bangkit
menyatakan yang hak kepada penguasa itu
menyatakan kamu adalah penindas rakyat
kamu menjadikan mereka pengemis dengan wang ihsan
sedangkan merekalah yang kaya raya dengan khazanah rakyat
membaham bagaikan jerung merantah bilis di lautan terbentang luas ini.

Anak muda ku
kita sebenarnya ada jiwa mudah tersentuh
apabila kita melihat nelayan bapak-bapak kita
terus dengan kehidupan,
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,
tidak berubah-rubah berdekad-dekad lamanya,
sedangkan penguasa barang naik,
mengumpul harta bertimbun-timbun,
mengatur deretan istana dan kereta mewah,
tanpa segan silu di hadapan gobok buruk rakyat.

Ada lagi yang menggali perigi untuk mendapat sebaldi air
buat sarapan pagi dan hidangan malam
sedangkan penguasa menjamu selera dengan segala hidangan lazat
dan minuman memabukkan lambang segala kemewahan dan kerakusan dunia.


Rakyat terhimpit miskin dan tertindas hanya dibela di musim pilihanraya
"Mak cik ambil duit RM50 ni, jangan lupa pangkah barang naik yer?"

Nilai maruah rakyat hanya puluhan dan ratusan ringgit sahaja.

Nah di sini, anak muda ku
kita harus mulakan satu perubahan,
menjadikan bapak-bapak nelayan kita, tidak lagi duduk berlindung di bawah gobok buruk
di rumah sewa Yayasan Keluarga berasak-asak bagaikan ikan tamban dalam tempayan
yang masih tidak ada kesudahan hala tuju hidup mereka
akibat bahana kerajaan barang naik.

Nah, anak muda ku
kita perlu mulakan satu perubahan bersama
kita ada jalan untuk selesaikan masalah kita
dan masalah warga kota dan desa
yang kita hidup bernafas di dalamnya
kalau kita bermuafakat,
Nabi bersabda, "Kambing bersama kawanannya tidak akan dibaham serigala."

Kuala Terengganu
22 Mei 2011

P/S: Puisi dicipta dan dibaca khas untuk Pemuda Cendering Pantai dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ADUN Batu Burok, di Tepian Pantai Pandak Chendering Kuala Terengannu.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Aku Melayu Keliru

Posted: 06 Jun 2011 06:59 PM PDT

Aku belia Melayu, rakyat Malaysia. Ibubapa aku dua-dua Melayu, rakyat Malaysia.

Masa aku kecil, ayah aku selalu cakap, bila aku sudah besar nanti, mesti tolong bangsa aku. Tapi dia juga cakap, tolong dengan cara majukan bangsa sendiri, dan jangan jatuhkan orang lain. Tapi bila aku sudah besar, banyak aku tengok pemimpin negara aku cuba nak tolong bangsa aku, tapi mereka sekat peluang bangsa lain. Aku keliru.

Ibubapa aku cakap sekolah itu penting, dan perpaduan juga sangat penting. Bila sudah besar, aku dapat masuk sekolah asrama penuh, ada Melayu, India, dan Cina. Siam pun ada. Aku tiada masalah nak bergaul. Aku jarang dengar pasal masalah perkauman, cuma daripada buku teks sejarah. Tapi bila aku keluar, aku jumpa ramai kawan lain. Bila borak-borak, mereka kata sekolah mereka dipenuhi satu bangsa saja, sama ada Melayu, Cina atau India. Mereka jadi terlalu selesa bergaul dengan bangsa sendiri. Aku keliru lagi.


Bila cerita pasal dakwah, aku bukanlah mahir. Tetapi yang aku faham, dalam dakwah, Muslim mengingatkan sesama muslim tentang Islam, dan menceritakan kepada yang bukan Muslim tentang keindahan agama ini. Betapa indahnya konsep ini. Namun, bila aku sudah celik mata, lain yang aku nampak. Jarang dilihat rakan sebaya aku yang kuat berdakwah rapat bersama rakan kaum-kaum lain. Sebahagian mereka hanya hidup sesama mereka, hanya segilintir sahaja yang muncul kehadapan, berkongsi idea dengan rakan-rakan daripada agama yang lain. Aku jadi keliru.

Kini aku belajar di United Kingdom atas budi tak terhingga oleh MARA. Dalam isu biasiswa, ramai pihak, terutamanya kaum bukan Bumiputera, ingin melihat sistem meritokrasi digunakan dengan lebih meluas dalam pemilihan pelajar. Ada juga mempertikaikan kewujudan MARA yang membantu Bumiputera namun tiada agensi untuk membantu kaum-kaum lain. Namun sejak kecil lagi, aku difahamkan pembahagian kuota untuk biasiswa adalah penting untuk mengurangkan jurang ekonomi di antara Bumiputera dan kaum-kaum lain.

Yang buat aku keliru adalah kenapa ada rakan Bumiputera aku yang bijak akademik dan tinggi sahsiah diri tidak mendapat biasiswa untuk perubatan ke luar negara, tapi ada kenalan Bumiputera yang sederhana akademik dan mempunyai pelbagai masalah disiplin mendapat biasiswa untuk pilihan yang sama?

Bila cakap pasal bangsa dan peluang, tak habis-habis debat sama ada pertolongan patut diberikan mengikut bangsa atau mengikut keperluan. Kalau ikut bangsa, kononnya kena adil dan tolong Bumiputera. Kalau ikut keperluan, mesti tolong siapa-siapa yang memerlukan tanpa mengira bangsa. Tapi berdasarkan fakta kemiskinan tahun 2009, semestinya jauh lebih banyak Bumiputera yang miskin (5.3 peratus) berbanding kaum Cina (0.6 peratus) dan kaum India (2.5 peratus).

Jadi, di kalau kita memberi pertolongan mengikut keperluan, sememangnya pertolongan ini akhirnya akan diberikan kepada Bumiputera juga. Maka apa lagi halangan untuk kita untuk dengan terbuka memberi bantuan ekonomi, kepada yang miskin terutamanya, berdasarkan siapa yang memerlukan? Oh mungkin pertolongan yang dimaksudkan adalah untuk Bumiputera yang sudah kaya untuk jadi lebih kaya. Aku jadi keliru.

Namun begitu, harapan masih ada untuk Malaysia. Masih ada Melayu yang percaya bangsanya perlu digalakkan untuk berjaya, bukan hanya disuap semata-mata. Ada juga Melayu yang sentiasa memperkasakan diri supaya mampu menjadi pemimpin bagi semua bangsa. Ada juga Melayu yang tidak hidup dalam kepompong Melayu dan rapat dengan rakyat Malaysia yang tidak berbangsa Melayu.

Namun, tindakan sesetengah mereka yang terlalu liberal hingga melakukan aktiviti-aktiviti yang haram di sisi Islam menjadikan mereka terlalu asing untuk dicontohi masyarakat Melayu konservatif. Aku bukanlah alim ulama dan aku sedar perkara ini tidak salah daripada segi kebebasan individu, namun secara jujurnya, sikap ini akan sedikit sebanyak mencacatkan imej mereka yang sepatutnya dicontohi.

Lebih teruk, imej kurang elok ini dianggap imej ideal untuk dicontohi masyarakat Melayu yang lain. Arak dijadikan wacana untuk bersosial dengan kaum-kaum lain walhal banyak lagi cara yang lebih dihormati.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang konservatif. Berlandaskan kepada faktor sejarah dan demografi, aku percaya negara ini perlu di pimpin oleh Bumiputera beragama Islam. Perlu, bukan wajib. Namun, untuk merealisasi perkara ini, Malaysia memerlukan pemimpin-pemimpin Bumiputera Islam yang boleh menjaga kebajikan bukan sahaja Bumiputera Islam, namun juga kepentingan bangsa-bangsa lain. Konflik kepentingan antara kaum akan sentiasa wujud, tetapi aku percaya, jika Malaysia dipimpin oleh pemimpin Bumiputera yang adil, bebas rasuah dan juga tidak mementingkan diri sendiri dan juga keluarga, pemimpin ini akan lebih dihormati dan dapat menyelesaikan konflik-konflik vital ini secara muhibah.

Siapa kata konsep 1 Malaysia jadikan aku bangsa Malaysia?

Aku bangsa Melayu, rakyat Malaysia. Aku sayang bangsa aku, aku hormat semua rakyat Malaysia, jika mereka saling hormati aku.

* Ezlan is a 2nd year medical undergraduate at Queen Mary, University of London. He tweets at @ezlanmohsen.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Jom Pakat Gelak Lawak Terbaru Dari Nazri Aziz

Posted: 06 Jun 2011 05:17 PM PDT

UMNO tak bimbang golongan Anwarinas

UMNO tidak bimbang dengan penguasaan kumpulan Anwarinas atau golongan profesional dalam Pas malah, yakin tugas untuk menewaskan parti itu pada pilihan raya umum akan datang semakin mudah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau lebih bimbang sekiranya golongan ulama menerajui parti itu kerana golongan tersebut mendapat sokongan rakyat berbanding profesional.

"Kami tidak bimbang malah, ia memudahkan tugas kita pada pilihan raya umum nanti. Kami lebih bimbangkan kepimpinan ulama kerana sedar masih wujud elemen dalam masyarakat Melayu bahawa perjuangan Pas untuk negara Islam adalah betul.


"Sekiranya mereka masih mengekalkan kepimpinan ulama, kami akan menghadapi perlawanan yang sukar dan sengit tetapi apabila pucuk pimpinan beralih kepada golongan profesional, kami yakin tugas akan menjadi semakin mudah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pemberian biasiswa 1Malaysia Development Bhd., di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kepemimpinan baru Pas yang kini dikuasai oleh golongan profesional atau kumpulan Anwarinas pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Menurut Mohamed Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Pas akhirnya mengakui bahawa apa yang dilakukan oleh UMNO dalam membangunkan negara selama ini adalah tepat.

Katanya, kini Pas mengalihkan perhatian mereka untuk membina sebuah negara berkebajikan walaupun sebenarnya konsep tersebut telah dilaksanakan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak 60 tahun lalu.

"Kita sudah laksanakan konsep negara yang menjaga kebajikan rakyat 60 tahun lalu sedangkan mereka mula sedar mengenai perkara tersebut pada muktamar parti itu yang ke-57," jelasnya.

Menurut Mohamed Nazri, tujuan utama Pas mengubah konsep perjuangannya daripada pembentukan sebuah negara Islam kepada negara berkebajikan adalah kerana parti itu yakin akan memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Ahli-ahli parti itu kini begitu dahagakan kuasa dan yakin akan memenangi pilihan raya akan datang. Oleh itu, mereka berusaha mengubah pendekatan perjuangan dengan cuba memberi keutamaan kepada rakyat seperti yang telah lama dilaksanakan oleh UMNO," ujarnya. - Utuseks Malaysia



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Selepas Dikencing TNB Rakyat Bakal Dikencing ASTRO Pulak

Posted: 06 Jun 2011 05:10 PM PDT

Astro selaras yuran pakej

Bermula 11 Julai ini, stesen televisyen berbayar Astro bakal membuat beberapa pelarasan pakej yang ditawarkan kepada lebih tiga juta pelanggannya dengan menyaksikan ada penetapan caj baru selain tawaran penjimatan.

Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan (gambar) berkata, berikutan pelarasan itu sesetengah yuran langganan mungkin naik RM1 hingga RM15 sebulan bergantung kepada pakej.

Katanya, langkah itu perlu dilaksanakan berikutan kenaikan kos kandungan global dan tempatan termasuk hak penyiaran acara sukan.


"Kami komited dalam meningkatkan pilihan pengalaman menonton kepada pelanggan tetapi Astro tidak lagi mampu untuk terus menyerap kenaikan kos kandungan.

"Untuk itu, kos langganan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, walaupun ada yuran naik tapi ada penjimatan antara RM4 hingga RM14.95 sebulan,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pihaknya terus komited untuk mengekalkan caj langganan bagi Pakej Famili iaitu RM37.95 merangkumi 38 saluran pelbagai bahasa dan genre.

Katanya, pelanggan Astro juga boleh menikmati penjimatan lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan definisi tinggi (HD) dan perakam video peribadi (PVR).

"Untuk hanya RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan sehingga RM45.85.

"Aspirasi kami adalah untuk terus memberikan pengalaman menonton yang terbaru dan tiada bandingnya kepada para pelanggan,'' ujarnya.

Astro yang beroperasi sejak tahun 1996 kini menawarkan 146 saluran pelbagai bahasa dan program antarabangsa serta tempatan.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Baru rakyat tahu kenapa Ani Arope tinggalkan TNB

Posted: 06 Jun 2011 04:51 PM PDT

15 tahun yang lalu, Tan Sri Ani Arope mengejutkan seluruh negara dengan tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), akhirnya rakyat hari ini tahu bahawa peletakan jawatannya dilakukan demi menjaga kepentingan mereka, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Ramai yang menganggap (pengunduran Ani) sebagai satu tindakan biasa seorang staf yang meletakkan jawatan, mungkin faktor umur atau prestasi kerja. Hari ini, kita tahu ianya adalah kerana sikap tegasnya dalam membantah perjanjian yang sangat tidak adil antara TNB dan IPP (pengeluar bebas kuasa elektrik)," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.


Ani sebelum ini di laman Facebooknya menyelar tindakan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik baru-baru ini sebanyak 7 peratus 1 Jun yang lalu dengan mendakwa ia berpunca daripada perjanjian yang tidak adil dengan IPP dan TNB.

"Anda tidak perlu pergi ke sekolah bisnes yang canggih untuk memahami mengapa kita memerlukan peningkatan tarif – Cuma perlu tengok balik syarat-syarat yang diberikan kepada IPP.

Dengan fasal ambil-dan bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.

"Bagus EPU — Unit Penyamun Ekonomi," tulis beliau di laman Facebooknya minggu lalu.

Ani mencetuskan kontroversi 15 tahun yang lalu apabila beliau lebih rela melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir.

Ani turut berkata TNB tidak boleh dipersalahkan atas hal ini kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga yang perlu dibayar kepada IPP.

"TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya," katanya.

Kata Tuan Ibrahim, yang juga merupakan bekas Naib Presiden PAS, apa yang dibimbangi Ani kini menjadi kenyataan apabila kerajaan Barisan Nasional berdolak-dalih untuk menyemak semula perjanjian dengan IPP yang sangat tidak adil walaupun didesak pelbagai pihak.

"Kerajaan tidak sanggup bertegas memotong subsidi sebanyak RM19 billion utk IPP berbanding tindakan mereka memotong subsidi ke atas keperluan rakyat.

"Hari ini rakyat merasa bangga di atas ketegasan Tan Sri Ani Arop menentang dasar yang tidak adil ini. Syabas dan tahniah di atas pengorbanan beliau dalam menentang kemungkaran ekonomi yang dibuat tangan Umno Barisan Nasional ini," tambah Tuan Ibrahim.

Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus bermula Jun 1 itu adalah sebagai langkah mengurangkan subsidi yang dikatakan semakin menghauskan perbendaharaan negara ekoran keputusan kabinet untuk menaikkan harga gas asli kepada RM3 mmBtu setiap enam bulan, dari RM10.70 juta unit termal British (mmBTU) kepada RM13.70 mmBTU sehingga mencapai paras pasaran menjelang 2016.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

PAS Melakukan Perubahan, Umno Pula Yang Takut

Posted: 06 Jun 2011 10:00 AM PDT

Heboh di kalangan pemimpin kita dalam Umno mengeluarkan komen tentang hasil muktamar PAS yang baru selesai semalam. Isu yang paling popular ialah isu pemilihan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang telah mengalahkan Nasharudin Mat Isa dan Uztaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang terakhir ialah komen dari Nazri Aziz yang telah mengadakan sidang akhbar semata-mata untuk membuat komen dan seperti pemimpin lain Nazri juga adalah di kalangan yang runsing dengan perubahan yang berlaku di dalam PAS. Runsing mereka ialah kerana mereka merasakan yang perubahan yang agak besar di dalam PAS itu mungkin memudharatkan Umno/Barisan Nasional didalam pilihanraya yang akan datang.

Bagi saya pula, saya baru sahaja menulis tentang keperluan kita untuk berubah dan itu tuntutan Islam. Saya ulangi yang kita wajar berubah mengikut waktu dan zamannya. Islam itu progressif, dan Islam itu hidup di sepanjang zaman.


Islam itu universal dan ianya merangkupi semua bidang kehidupan. Jika PAS melakukan perubahan maka ianya sedang mengikut kehendak agamanya supaya melakukan perubahan untuk menyesuaikan mengikut waktu dan zamannya.

Ramai orang boleh membahaskan mengikut selera politik masing-masing tetapi yang yang penting sekali untuk kita sedar ialah perubahan itu menakutkan Umno yang masih statik dan tidak berupaya untuk berubah sedangkan rakyat yang dipimpinanya sudah jauh berubah. Perubahan yang dilakukan oleh PAS itu tidak semestinya mereka lari dari asas perjuangannya. Kita boleh berijtihad tetapi kita tidak lari dari asas Islam yang sejati.

Nazri telah mengandaikan yang perubahan di dalam PAS itu ialah untuk menjadikan Hadi Awang sebagai pemimpin alternatif kepada Pakatan Rakyat dan jika ini benar Nazri berpendapat yang Hadi sedang berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya nanti. Komen Nazri itu membayangkan yang apa yang di takuti oleh Umno bukannya siapa yang berkuasa di dalam PAS.

Yang ditakuti oleh Nazri itu ialah "consequence of events" yang mungkin boleh mempengaruhi rakyat untuk meninggalkan sokongan kepada Umno dan mengalihkan dukongan mereka kepada PAS kerana kesediaan PAS untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik. Apa yang sebutkan oleh Nazri itu merupakan seratus peratus "political statement" semata-mata untuk menimbulkan perasaan curiga PKR kepada PAS.

Pemimpin-pemimpin kerajaan BN menumpukan usaha untuk memisahkan gulungan ulamak dan yang liberal dan bermacam-macam jenama yang diberikan terhadap masing-masing kumpulan dalam PAS. Itulah sebabnya ramai yang memberikan persepsi yang Umno itu sebuat parti yang "desperate" kerana sudah tidak mampu melakukan perubahan seperti yang dilakukan oleh parti-parti yang mereka musuhi.

Umno seperti dulu juga mahu mengambil kesempatan di atas perpecahan pihak lawan Itulah sebabnya sokongan yang di dapati oleh Umno bukannya sokongan yang legitimate tetapi meraih sokongan di atas perpecahan pihak lain.

Itu tidak memeranjatkan sesiapa kerana wujudnya Umno yang didaftarkan pada tahun 1988 dahulu itu adalah berlandaskan kepada perpecahan di kalangan Umno dan parti baru ini mengambil perpecahan pihak lain sebagai senjata ampuh untuk memenangi pilihanraya.

Nazri cuba menakut-nakutkan rakyat yang Hadi akan menjadi Perdana Menteri jika Anwar tidak dapat mempertahankan diri di dalam banyak isu peribadi beliau. Saya ingin bertanya, jika Hadi menjadi PM apa salahnya?

Apakah seorang yang berserban tidak layak menjadi PM? Apakah salahnya jika pemimpin PAS menjadi PM? Kenapa ada "preconception" yang orang seperti Hadi tidak boleh menjadi PM jika betul pun beliau mahu mencubanya?

Sedangkan kaki rasuah dan penyalah gunaan kuasa pun boleh menjadi PM apa salahnya pemimpin yang belum ada rekod menyalah gunakan berbillion-bilion ringgit wang rakyat menjadi PM? Adakah jawatan PM itu hanya untuk perasuah-perasuah sahaja?. Bukankah perlembagaan negara tidak membataskan yang jawatan PM itu hanya untuk orang Umno sahaja.

Sesungguhnya kita dapat melihat pimpinan Umno masih tidak dapat membuat pengakuan yang Umno sudah lemah dan kebanyakan dari mereka masih belum dapat menentukan atau mempastikan Umno akan berjaya mempertahankan kubu-kubunya.

Keresahan pemimpin-pemimpin kita amat jelas dan di antara yang ramai-ramai itu saya nampak Muhyiddin sebagai pemimpin yang paling prakmatik dalam semua andaian beliau. Beliau mengakui yang kali ini BN akan berhadapan pilihanraya yang amat sengit dalam sejarah demokrasi kita.

Saya sendiri mendapat kritikan pedas kerana secara peribadi saya tidak memusuhi pemimpin-pemimpin dan ahli parti-parti pembangkang. Ada di antara pembaca tulisan saya telah meminta saya supaya menyertai DAP kerana saya berkawan dengan beberapa orang pemimpinnya sejak dari dulu. Fahaman politik tidak akan memisahkan saya secara peribadi dengan pemimpin yang berlainan parti.

Yang penting bagi seseorang itu ialah mempunyai jiwa besar yang hidup. Kita biarlah ibarat ikan di dalam laut. Walaupun ikan itu hidup bertahun tahun di dalam laut tetapi jika kita keluarkan ikan itu dari lautan itu, ia tidak akan menjadi masin kerana ikan itu berjiwa dan hidup. Ikan itu tidak akan terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.

Di sebaliknya jika ikan itu mati dan tidak berjiwa ia akan menjadi masin jika direndam dengan air garam yang masin dan jika dijemur ia akan menjadi ikan masin. Itulah sebabnya ikan masin amat menyelerakan untuk dijadikan santapan mereka yang lahap dan sentiasa lapar.

Umno sedang menakut-nakutkan orang ramai dan menganggapkan PAS sudah menjadi parti yang liberal dan itu salah pula kepada Umno. Tetapi jika PAS dikuasai oleh kumpulan ulamak seperti dahulu Umno juga akan menjadikannya sebagai isu besar dan menuduh PAS sebagai parti yang mengikut rentak taliban dan sebagainya.

Bagi Umno apa juga yang dilakukan oleh PAS itu semuanya salah dan usaha menakut-nakutkan rakyat tetap menjadi senjata mereka walaupun senjata itu kini sudah tumpul dan tidak berbisa lagi. Rakyat tidak boleh dipermainkan dengan sentiment yang tidak laku itu lagi.

Hadi juga telah menjawab isu perbezaan perjuangan PAS dan DAP di dalam muktamar parti itu baru-baru ini. Kerjasama di antara dua parti itu adalah di dasarkan kepada perbezaan-perbezaan itu. Jika tidak ada perbezaan maka tidak timbul isu berkerjasama kerana sudah tidak ada perbezaannya.

Maka PAS telah menjawabnya dengan baik dengan menyatakan kerjasama hanya akan berlaku jika ada perbezaan di antara dua pihak yang berbeza. Jika kedua pihak itu tidak ada perbezaannya apa yang hendak dikerjasamakan?

Saya berpendapat Umno perlu menumpukan kepada kelemahan sendiri. Jangan bersusah payah untuk menjaga kelemahan orang lain.

Jika kita sudah perbaiki kelemahan kita maka kita tidak perlu takut dengan perkembangan pihak lain atau pun menakut-nakutkan orang ramai.

aspan alias

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

GEMPAR - Mangkuk Nie Telah Ditemui Dan Masih Hidup Lagi!!

Posted: 06 Jun 2011 05:34 AM PDT




SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Melayu Lembah Kinrara tetap bersama DAP

Posted: 06 Jun 2011 05:22 AM PDT


PUCHONG, 6 Jun: Ahli DAP Lembah Kinrara yang disertai oleh orang Melayu menafikan mereka keluar parti itu dan menyertai Umno.

Menurut pengerusi baru DAP cawangan itu, Azhar Shapawi , hanya beberapa orang sahaja iaitu keluarga dan rakan terdekat bekas pengerusi DAP cawangan Lembah Kinrara, Pak Harun bin Abdul Wahab yang menyertai Umno.


"Saya bersama dengan rakan-rakan Melayu DAP di Lembah Kinrara ingin menegaskan bahawa kami langsung tidak pernah dimaklumkan tentang penyertaan kami ke dalam UMNO, dan kami merasa hairan kenapakah Pak Harun bin Abdul Wahab mengheret kami tanpa kebenaran dan pengetahuan kami," kata Azhar Shapawi dalam kenyataan medianya.

Mengikut siasatan beliau, hanya beberapa ahli sahaja yang menjejaki Pak Harun untuk menyertai Umno, iaitu keluarga dan beberapa kawan terdekatnya, tetapi kami yang lain masih kekal keahlian kami di dalam DAP.

Selepas berita tentang Pak Harun keluar daripada DAP disebarkan, ia sebaliknya telah menarik lebih ramai orang kampung di Lembah Kinrara untuk menyertai DAP, katanya.

Ini menunjukkan ramai orang kampung memang tidak setuju dengan pendirian bekas pengerusi Cawangan Lembah Kinrara ini.

Ramai orang Melayu di Kg Lembah Kinrara memang tidak ada masalah dengan YB Teresa Kok dan juga DAP, dakwa beliau.

Mengikut laporan akhbar, Pak Harun berkata tidak ada sebarang peruntukan diberikan kepada Kampung Lembah Kinrara dan YB Teresa Kok tidak memberi bantuan kepada orang kampung.

"Ini adalah kenyataan yang tidak benar kerana Teresa Kok memang pernah turun padang ke kampung kami dan prihatin dengan keadaan Kampung Lembah Kinrara," katanya.

Menurut Azhar, Di antara program yang Teresa Kok pernah anjurkan untuk orang Kg Lembah Kinrara termasuk:-

* 1. Majlis Berbuka puasa di Kg Lembah Kinrara

* 2. Sambutan Hari Raya dan sumbangan kepada warga emas dan orang-orang miskin

* 3. Sumbangan buku latihan sekolah(600 naskah buku) sempena program ' Back to School'

* 4. Seminar Keusahawanan untuk orang Melayu dari Kg Lembah Kinrara dan Puchong di Bukit Jalil Golf Club

* 5. Tuisyen Percuma kepada pelajar SPM di Lembah Kinrara

* 6. Bantuan Skim Mikrokredit untuk peniaga kecilan (11 orang daripada Kg Lembah Kinrara mendapat bantuan ini termasuk Harun sendiri

* 7. Sumbangan kepada ibu-ibu tunggal sempena Hari Ibu

Selain daripada program di atas, katanya, Teresa Kok juga telah membaikpulih longkang yang telah roboh di Kg Lembah Kinrara demi mengelakkan banjir.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Hisham: Saya tak tahu kegiatan adik

Posted: 06 Jun 2011 05:04 AM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan akhbar Australia yang mendakwa adiknya dibayar untuk menjayakan kontrak kerajaan dengan syarikat negara kiwi itu.

Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau mendakwa tidak tahu menahu mengenai kegiatan Haris Onn Hussein (kanan).

"Pertama sekali, saya tidak tahu menahu apa adik saya lakukan. Keduanya, saya tidak rasa bahawa (syarikat) Australia akan melakukannya," katanya ketika ditemui semasa pelancaran ibu pejabat daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.


Ditanya sama ada beliau menafikan semua dakwaan dalam laporan itu, Hishammuddin berkata: "Itu yang saya katakan. Ya."

Menurut akhbar The Age yang berpengkalan di Melbourne, Securency - firma teknologi kewangan - mengupah Haris pada 2009 untuk mendapatkan kontrak di Malaysia.

"Securency mengupah Haris Onn Hussein dengan harapan beliau akan menawarkan harapan untuk membolehkan mereka akses kepada, dan mempengaruhi, ahli politik tertinggi Malaysia," laporan itu dipetik.

Pada masa itu, Hishammuddin merupakan ketua Pemuda Umno dan juga menteri belia dan sukan. - mkini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Negara kebajikan PAS mudahkan Umno hadapi PRU-13, dakwa Nazri

Posted: 06 Jun 2011 05:00 AM PDT

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menyifatkan PAS sebagai parti "palsu Umno", yang sanggup mengabaikan prinsip-prinsip Islam demi kuasa politik.

Anggota Majlis Tertinggi Umno ini (gambar) berkata adalah lebih baik bagi Umno jika PAS bertindak menawarkan dirinya satu alternatif kepada parti pemerintah, yang sudah pun mempunyai rekod pencapaian baik bagi rakyat.

"Secara jujur, saya risau... mereka akan memberi saingan yang baik dalam pilihan raya jika PAS kekal sebagai parti Islam. Ia merisaukan saya sebab ada elemen dalam masyarakat Melayu-Muslim yang percaya bahawa apa yang dilakukan oleh PAS bagi negara Islam adalah betul.


"Tetapi, jika mereka menjadi macam Umno, maka mudah untuk menghadapi pilihan raya sebab kita ada rekod pencapaian. Jika tidak, akan ada saingan sengit," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini pada sidang media hari ini.

Kata Nazri, dengan mengubah idealisme, PAS bukan lagi "istimewa" ketika ia berusaha untuk mempamerkan kedudukannya sebagai alternatif kepada Umno dalam arena politik negara ini.

Semalam, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa PAS telah mengorbankan prinsip-prinsip Islam demi kepentingan politik sedangkan parti itu sepatutnya menggunakan muktamar kali ini untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muktamar Tahunan PAS 2011 yang berakhir semalam juga meluluskan usul dibawa Dewan Ulamanya, yang antara lain mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan, yang didakwa tidak tegas dalam mengutuk tindakan penayangan video seks oleh "Datuk T".

Muhyiddin juga berkata, BN tidak akan membenarkan ia digunakan sebagai kambing hitam dalam skandal video dan akan berpegang pada pendirian untuk mendapatkan kebenaran menerusi lunas perundangan.

"Kami telus. Dasar kami ialah untuk menyiasatnya, ikut saluran betul untuk menentukan dalang dan sebab-sebab di sebalik (kejadian itu)," katanya lagi.

"Malangnya bagi PAS, mereka mendakwa Islam tetapi mereka menjauhkan diri daripada jalan Islam. Mereka hanya ambil berat soal kepentingan politik dan bukannya mengenai soal mendapatkan restu Allah," kata beliau.

Nazri juga bersetuju dengan Muhyiddin bahawa Malaysia, di bawah pemerintahan Barisan Nasional, telah lama melaksanakan konsep negara berkebajikan dengan mengutamakan keperluan golongan miskin dan tidak bernasib baik.

"Mereka mengubah perjuangan... dulu negara Islam. Sekarang negara kebajikan. Umno sedar perkara ini 50 tahun lalu dan mereka memerlukan 57 mesyuarat untuk menyedari perkara ini. Jadi, anda tahu siapa orang Melayu yang cerdik," katanya lagi.

Nazri juga mengakui bahawa ada kemungkinan sebahagian besar anggota parti itu akan berusaha untuk menggesa agar PAS kembali kepada agenda asal negara Islam.

Katanya, sementara kumpulan progresif diketuai oleh pemimpin popular seperti Mohamad Sabu, mempunyai kelebihan berbanding kepimpinan ulama ketika pemilihan parti, persaingan pelbagai penjuru menunjukkan wujudnya elemen pecah undi.

"Saya melihat anda kena berhati-hati sedikit sebab sebenarnya mereka tidak berubah. Mat Sabu kini pemimpin minoriti dan jika anda campur undi kedua-dua calon (pesaing), anda akan dapat lebih (undi)... undi konservatif pecah," kata Nazri.

Mohamad menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi pesaing Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Scorpene: Mahkamah Perancis temui bukti kukuh

Posted: 06 Jun 2011 03:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Mahkamah Perancis menemui bukti kukuh bahawa syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membuat bayaran kepada syarikat Perimekar sebanyak RM493 juta, tetapi bayaran itu sebenarnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri.

Penemuan itu ternyata bertentangan dengan kenyataan Kabinet Najib yang sebelum ini mengklasifikasi bayaran itu sebagai koordinasi dan perkhidmatan sokongan serta Malaysia tidak terlibat dalam pembayaran berkenaan.

Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael berkata, dengan penemuan itu, dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene terdedah hasil penyiasatan pihak berkuasa Perancis.


Menurut beliau, pembongkaran itu pula berlaku ketika pendedahan 114 juta Euro bersama RM493 juta komisen kapal selam Scorpene belum dijawab oleh kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, dua rasuah tersebut bernilai masing-masing RM30 juta dan RM2.5 juta dan ia terbongkar setelah pihak berkuasa Perancis menjalan penyiasatan sejak lebih enam bulan lalu.

"Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia," katanya ketika diminta mengulas perkara itu.

Suaram adalah pihak yang membuat representasi agar mahkamah Perancis menyiasat pembelian Scorpean dengan kebimbangan adanya rasuah berlaku dalam pembelian itu.

Ekoran itu, Mahkamah Perancis sedang membicarakan kes ini yang dikaitkan juga dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Cynthia Gibrael (gambar kanan) , jika benar apa yang diperolehi dalam perbicaraan sekarang, bermakna dalam pembelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan Malaysia membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi.

Katanya, dokumen itu diperolehi selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat.

"Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukkan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu," jelasnya.

Sebelum ini, laman web Rue89 mendedahkan, sebanyak 114 juta Euro yang menjadi komisen dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dibayar kerajaan Malaysia, bukannya Armaris, sebuah syarikat di Perancis.

Baru-baru ini pula, Rue89 juga mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar kepada Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Laporan itu dibuat berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang.

Perimekar adalah syarikat kepada rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda, manakala pemegang saham majoriti syarikat itu pula ialah isteri Razak, Mazlinda.

Razak Baginda terlepas dari sabitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang menjadi perantara pihak Malaysia dan Perancis.

Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara Malaysia dan Perancis sebagai perantara kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya itu.

Sebaliknya, wanita warga Mongolia itu mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam yang bukan sahaja menggemparkan seluruh negara, tetapi juga Perancis dan seluruh dunia.

Razak dan dua anggota polis pengiring yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri didakwa tetapi mahkamah membebaskan rakan karib Najib itu.

Menurut Cynthia, kejadian tersebut tetap menjadi tanda tanya pelbagai pihak sejak mula tercetus sehingga sekarang, manakala kes itu juga masih terus dibicarakan di mahkamah Perancis hingga sekarang.

Katanya, rakyat Malaysia yang turut mengikuti perbicaraan kes itu di Perancis menjadi bertamba hairan dengan penemuan demi penemuan membabitkan pembayaran-pembayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung pembelian kapal selam itu, memandangkan ia dinafikan keras oleh Kabinet Najib sebelum ini.

Aziz Muda
Sumber - Harakah Daily

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: