Sabtu, 4 Jun 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Tuan Ibrahim: Tidak timbul soal ulama, bukan ulama

Posted: 04 Jun 2011 12:05 AM PDT

Tidak timbul soal ulama bukan ulama yang sedang dimainkan media pro Umno terhadap saf kepimpinan baru PAS, kata bekas calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bercakap kepada Harakahdaily beliau berkata, keputusan pemilihan PAS yang diumum hari ini membuktikan perwakilan faham struktur dalam PAS yang sememangnya diterajui Majlis Syura Ulama.

"Kita ada panduan dari Majlis Syura, ini akan memandu parti kita.

"Saya fikir ia tidak mencerminkan penolakan terhadap ulamak, tetapi mereka faham ulama tetap tertinggi dalam PAS melalui Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS Pusat," katanya yang juga dilihat dari kelompok ulama, dalam pertandingan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden PAS.


Dalam keputusan hari ini, beliau dan penyandang sebelum ini Nasharudin Mat Isa, bagaimanapun tewas kepada Mohamad Sabu yang dilihat bukan dari kelompok ulama.

Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224.

Bagi tiga jawatan Naib Presiden pula, perwakilan telah memilih Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Salahudin mendapat 753 undi, Husam (660), Mahfuz (616), Idris (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217).

Media Umno bagaimanapun menganggap 'line up' baru kepimpinan parti itu sebagai wujud penolakan kepada kelompok ulama di kalangan perwakilan.

Mengulas perkara sama, Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu turut merasa hairan dengan sikap Utusan.

"Hanya media Umno main isu ulama-profesional ini. Kenapa tiba-tiba Utusan menjadi sayang kepada ulama menjelang muktamar.

"Sedangkan kita yang menang ini semuanya mendokong kepimpinan ulama,"katanya.

Naib Presiden PAS yang baru, Datuk Husam Musa pula berkata, ia hanya propaganda media Umno untuk memecahbelahkan parpaduan dalam PAS.

"Struktur ulama sememangnya kukuh dalam PAS. Paling tinggi Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan Majlis Syura.

"Saya, Mahfuz, Mat Sabu dan Salahudin daripada kecil dalam PAS, membesar dan dididik oleh Ulama PAS, jadi tidak ada apa-apa perubahan pun" tegasnya.

Mengulas peranan yang mahu dimainkannya sebagai salah seorang naib presiden PAS yang baru, beliau berkata mahu menumpukan kepada kemenangan PAS pada PRU-13 akan datang.

"Kemenangan ini untuk kita merangka pelan kejayaan PAS dalam PRU-13 dan meletakkan PAS pada posisi yang betul agar diterima rakyat pelbagai kaum," katanya.

Tuan Ibrahim ketika diminta mengulas kekalahannya pula, redha dengan keputusan pengundian oleh perwakilan tersebut.

"Alhamdulillah, Allah mengurangkan beban saya di akhirat. Saya tak rasa kecewa kerana kita tahu ruang berjuang dalam parti sangat luas," katanya.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

PAS perlu lebih kontemporari

Posted: 03 Jun 2011 10:16 PM PDT

Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi, PAS diingat untuk menggunakan pendekatan pelbagai bagi mendampingi rakyat.

Perwakilan dari Perak, Muhaimin Sulam berkata PAS bukan sahaja memerlukan perubahan luaran, malah perlu kepada tajdid dalam yang lebih dinamik.

"PAS mesti mengubah menjadi parti yang lebih ceria, digeruni, kontemporari tanpa meninggalkan asas perjuangan parti.

"Hari ini PAS bukan saha dimiliki oleh ahli Mekah, ahli Madinah, tetapi oleh pelbagai latar belakang ahli," katanya yang mahu pendekatan tarbiyah juga diperluas.


Perubahan itu penting katanya bagi memperlihatkan PAS sebuah parti yang boleh diterima untuk semua.

"Cabaran kita hari ini tidak tertumpu kepada berdepan Umno sahaja, tetapi kepada usaha meyakinkan orang melayu bahawa kita mampu memimpin,"katanya lagi.

Sementara itu, beliau juga menyarankan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat agar terus meningkatkan kualiti urus tadbir dan membela nasib rakyat.

Namun, ia katanya tidak bermakna negeri yang ditadbir BN lebih baik dari Pakatan.

Selain itu beliau turut membangkitkan isu pembahagian kerusi pilihan raya anatara parti dalam Pakatan Rakyat.

PAS katanya diakui sebuah parti yang mempunyai jentera paling ramai dan komited, lantas wajar mendapat lebih kerusi termasuk di kawasan campuran.

"Kita juga perlu memberi kefahaman kepada PKR dan DAP berhubung tahaluf siasi,"katanya.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Mat Sabu: Perwakilan berani, saya akan penuhi harapan rakyat ke atas PAS

Posted: 03 Jun 2011 10:09 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Jun — Mohamad Sabu yang memenangi jawatan timbalan presiden PAS berkata, beliau akan membantu parti itu memenuhi keperluan orang ramai dan bukan Melayu, yang menurut beliau meletakkan harapan tinggi ke atas komponen Pakatan Rakyat (PR).

Dalam reaksi pertama selepas diumumkan sebagai orang nombor dua parti Islam itu, Mohamad berkata, survival mana-mana parti politik akan ditentukan oleh sokongan undi orang ramai dalam pilihan raya.

Oleh itu anak kelahiran Pulau Pinang ini berkata, PAS perlu memainkan peranan menyeluruh untuk memenuhi keperluan ahli-ahli parti dan juga masyarakat umum bukan ahli PAS.


"Jadi, saya akan menggunakan kedudukan (sebagai timbalan presiden) untuk memenuhi harapan orang ramai dan bukan Melayu ke atas PAS," kata beliau ketika ditemui di sisi Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini pagi ini.

Mohamad, 56, yang mesra dikenali "Mat Sabu" menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan ibrahim Tuan Man.

Ini kali kedua Mohamad bertanding jawatan timbalan presiden.

Dua tahun lalu, beliau tewas di tangan Nasharuddin yang turut mengatasi Datuk Paduka Husam Musa.

Kali ini Husam dipilih semula sebagai naib presiden.

Pun begitu, tegas Mohamad, kemenangan beliau tidak akan membawa perubahan ke atas dasar PAS yang sudah pun ditetapkan kecuali pendekatan-pendekatan yang perlu dan akan diambil untuk menterjemahkan prinsip perjuangan parti itu.

"Cuma gerak kerja sahaja akan diubah (untuk menghadapi situasi semasa)," kata beliau lagi.

Ketika ditanya sama ada beliau menang kerana sokongan besar perwakilan daripada kalangan profesional, Mohamad berkata, "saya tidak tahu, sebab saya belum buat analisis lagi."

Beliau sekali lagi menekankan bahawa tidak timbul isu wujudnya kumpulan profesional dan ulama dalam PAS memandangkan sudah ada peranan yang jelas antara sayap eksekutif dan ulama dalam PAS.

Dalam temu bual khas disiarkan The Malaysian Insider semalam, Mohamad berkata, konsep kepimpinan ulama sepatutnya ditekankan dalam Majlis Syura, bukannya diterjemahkan ke atas jawatan-jawatan eksekutif parti Islam itu.

Mohamad berpendapat bahawa konsep kepimpinan ulama telah menjadi kekeliruan di kalangan ahli menyebabkan golongan profesional sukar mendapat tempat dalam jawatan tertinggi parti itu.

"Bagi saya presiden dan ke bawah boleh sesiapa sahaja yang layak untuk memimpin tiada masalah baik ulama atau profesional.

"Majlis Ulama ini yang perlu ditekankan bukan jawatan eksekutif, ia perlu dipertingkatkan dalam organisasi ini.

"Sebab itu, kalau kita lihat banyak ahli yang salah erti konsep kepimpinan ulama ini dan ia menimbulkan sedikit kekeliruan," katanya.

"Namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS," kata beliau.

Dalam reaksi hari ini, beliau juga yakin bahawa keputusan pemilihan, yang berlangsung semalam dan diumumkan pagi ini, tidak akan menjejaskan perpaduan yang sedia terjalin dalam PAS.

"Saya yakin perpaduan akan kukuh untuk membawa PAS ke depan," katanya sambil menambah, perwakilan telah membuat keputusan yang berani.

Mengenai kekalahan Nasharudin, Mohamad berkata, "saya tidak komen."

Bagaimanapun Mohamad secara berseloroh berkata, beliau "bernasib baik" kerana menang di sebalik liputan media yang positif dan negatif.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada perwakilan dan kepada wartawan yang memberikan liputan media yang positif dan negatif," katanya lagi.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Senarai Penuh AJK PAS Pusat 2011-2013

Posted: 03 Jun 2011 08:23 PM PDT

PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu, Hj

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato'

3. Mahfuz Omar, YB Dato'

6. Salahuddin Ayub, YB

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj
4. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
8. Hanipa Maidin, Hj
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato' Dr.
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato'
11. Khalid Abd Samad, YB Hj.
12. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.
13. Mazlan Aliman, - 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
17. Nuridah Salleh, Ustazah
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Keputusan Rasmi Pemilihan PAS Yang Menyakitkan Hati Umno

Posted: 03 Jun 2011 07:35 PM PDT


Meroyan, Migrain, Muntah-Muntah Lah UMNO, BN Dan Utusan Malaysia..Eloklah Umno Lupakan Terus Impian Kerajaan Perpaduan..

Timbalan Presiden

Mat Sabu 424
Tuan Ibrahim 398
Nasharuddin 224

Naib Presiden

Salahuddin 719
Husam 660
Mahfuz 616

AJK PAS Pusat

Mazlan Aliman 804
Dr Hatta Ramli 765
Kamaruddin Jaafar 739
Hanipah Maidin 735
Ustz Azizan 721
Dr Dzul 702.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

RASMI - MAT SABU MENANG.. TAHNIAH..

Posted: 03 Jun 2011 07:18 PM PDT

Timb Presiden....Mat Sabu 424, Nasharuddin 224 dan Tuan Ibrahim 398..."

Naib Presiden Salahuddin 719, Husam 660 dan Mahfuz 616





SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Ani Arope: TNB Kena Main

Posted: 03 Jun 2011 06:57 PM PDT

Apabila kerajaan membuat keputusan memperkenankan permintaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menaikkan tarif elektrik, penderitaan penyedia utiliti kebangsaan itu telah mendapat perhatian umum. Sudah tentu para pengguna tidak senang hati dengan berita itu.

Kenaikan sebanyak 12% nampaknya telah mencetuskan perdebatan bagaimana Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) sedang berseronok sedangkan penyedia utiliti kebangsaan meringkuk dengan penderitaannya. Perbezaan antara bidang janakuasa dan pengagihan serta penghantaran telah menyenakkan TNB.

Untuk memahami konsep penswastaan sektor pengeluaran tenaga, kita perlu menjenguk sejarah dan memahami bahawa IPP diwujudkan atas dasar kerajaan mahu menangani isu pembekalan tenaga yang stabil sejurus berlakunya gangguan bekalan elektrik ke seluruh negara pada 1992 yang sungguh terkenal itu.


Kita berhasil mengimbau perspektif sejarah isu IPP dengan pembabitan Pengerusi Eksekutif TNB ketika itu Tan Sri Ani Arope, yang mengepalai penyedia utiliti negara daripada 1990 hingga 1996. Semasa beliau memimpin TNB generasi pertama IPP telah diwujudkan. Jagdev Singh daripada The Star telah menemubual Tan Sri Ani.

STARBIZ: Apa yang terjadi selepas berlaku 'blackout' pada 1992?

Ani: TNB mempunyai rencana untuk mengeluarkan lebih banyak bahan tenaga elektrik dengan membina janakuasa di Pasir Gudang dan Paka. Kewangan tidak menjadi masalah kerana kita mempunyai martabat kredit yang begitu tinggi. Kita telah mendapatkan tanah dan sudah bersiap sedia untuk membina janakuasa itu.

Akan tetapi kami telah diberitahu oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) bahawa mereka mempunyai perancangan sendiri. Kami telah memberi ingatan kepada EPU, kalau janakuasa itu mahu dibina, ia memerlukan dua tahun untuk disiapkan. Jika tidak dibina segera Malaysia akan mengalami satu lagi bencana kegelapan 'blackout' besar. Apabila kita mempunyai khidmat tenaga 250 orang jurutera, tentulah tidak masuk akal bahawa kejadian 'blackout' itu adalah disebabkan perancangan yang tidak matang. Akan tetapi UPE (EPU) berkata ia sudah mempunyai rencana sendiri dan mahukan kami menyerahkan tanah tersebut.

Kemudian baru tersembul berita bahawa ia mahu menswastakan pembinaan janakuasa. Saya tidak pernah menolak penubuhan IPP (Pengeluar Tenaga Bebas) . Memang baik kalau kita mempunyai kumpulan lain memainkan peranan, tetapi ia harus dilaksanakan dengan saksama. Ia mesti berlaku adil kepada para pengguna, bukan sahaja TNB yang merupakan penyalurnya. Apabila harga tarif dinaikkan, TNB sudah menjadi budak belasahan. Sedangkan fokus harus tertumpu kepada para pengguna.

Apabila terlalu banyak kemudahan diberikan kepada IPP, semua rakan sejawatan saya di merata dunia telah bertanya, apa yang sudah jadi. Mereka berkata mereka ingin mendapat sedikit saham dalam IPP itu. Mereka berkata kontrak yang diberikan kepada IPP adalah "terlalu lumayan". Terma perjanjian terlalu menguntungkan pihak IPP.

S: Bagaimanakah model IPP Malaysia diwujudkan?
Anda tanyalah bekas Perdana Menteri kita..

S: Bagaimanakah proses perundingan dengan IPP dilaksanakan?
Mana ada perundingan. Tidak ada perundingan langsung. Sepatutnya TNB berunding dengan IPP. Sebaliknya TNB terpaksa berunding dengan EPU. Kami kerap diperlekeh, diaibkan dan dileter setiap kali kami berada di sana. Selepas itu pasukan saya naik tertekan dan kecewa. EPU hanya berikan terma ataupun syarat dan meminta kami bersetuju sahaja. Saya jawab tak payahlah…. dan enggan bersetuju.

S: Bagaimana dengan sebutharga dan terma (syarat) kontrak?
Semua itu sudah diatur. Mereka kata inilah harganya, inilah caj kapasitinya dan untuk berapa lama. Mereka kata, sama ada diterima ataupun tidak. Saya enggan menandatangani kontrak. Kerana itu saya telah dipencenkan.

S: Kenapa anda tidak menyetujui terma itu?
Kontrak itu memang terlalu tidak adil. Pada kadar 16 sen sekiloWatt jam (kWj) dengan ugutan terima ataupun tidak, sebenarnya ia sudah menjadi 23 sen seunit. Ini termasuk kos pengagihan dan kos penghantaran. TNB perlu kenakan caj 30 sen seunit. Apabila dicampurkan dengan kos TNB, kosnya boleh turun sikit, tetapi dengan perbelanjaan kita, tetapi kita yang menanggungnya kerana kita mengeluarkan elektrik pada kadar 8 sen seunit. Kita boleh jual dengan kadar 17 sen seunit.

Kemudian mereka letak pula harga 'capacity charge'. Tidak ada sesiapa yang menjana kuasa elektrik secara berlebihan seperti di Malaysia. Inilah yang membazir kerana tidak ada bateri yang dapat menyimpan tenaga. TNB hanya perlu simpanan antara 15% hingga 20%.

S: Kalau TNB mengeluarkan elektrik pada harga 8 sen seunit. Apakah harga yang patut untuk IPP menjual tenaga kepada TNB?

Dua belas sen kerana mereka tidak boleh potong harga TNB kerana semua aset TNB telah di 'amortisekan'. Tetapi kalau ada kompeni baru, malahan termasuk kami juga yang cuba mengeluarkannya, untuk menepati kehendak faedah pinjaman bank dan membuat sedikit keuntungan, kos yang patut ialah 12 sen seunit.

Inilah yang telah kami beritahu kepada IPP. Mereka (IPP) bersetuju dengan kadar 12 sen seunit, tetapi EPU berkata selagi IPP tidak menaikkan harga tarifnya, kontrak itu tidak akan diberikan kepada mereka. Jadi IPP pun memperoleh kontrak itu dengan menaikkan kadar harga kepada14 sen seunit.

Kemudian ada harga yang disebut "cost pass-through". Kalau harga bahan bakar naik, kos tinggi yang berbangkit, dialihkan kepada kita. Dengan kata lain, itulah harga yang akan dialihkan kepada pengguna.

S: Apakah terma yang mungkin anda setujui seandainya IPP mahu diwujudkan?
Biarkanlah ada pembeli bebas elektrik itu sebagai satu jalan, dan benarkan TNB masuk campur membuat bida untuk membina janakuasa itu. Biarkan orang lain turut serta. Dapatkan komisen untuk memenuhi keperluan kita dan TNB boleh menjadi salah satu pengeluarnya.

S: Ada pihak yang berpendapat bahawa kontrak IPP terlalu lumayan tetapi terdapat IPP di negara lain di Afrika ataupun Asia yang menerima tawaran kontrak yang lebih lumayan?

Ada IPP yang mengenakan caj USD0.50 – 0.60 seunit tetapi mereka menggunakan diesel. Kalau kita bandingkan keadaan itu dengan yang ada pada kita, kita cubalah membandingkan oren dengan oren yang lain, barulah ia boleh dikatakan adil. Apa yang kita buat mesti adil.

S: Bagaimana anda terjejas oleh proses memberikan kontrak kepada IPP?
Saya rasa sakit. Perkara itu adalah salah dari segi moralnya dan tidak adil. Kalau pun ia sah di sisi undang-undang tetapi tidak adil, saya tidak akan melakukannya. Kalau pun ia adil dan tidak sah, saya tidak juga akan melakukannya. Segalanya mesti sah dan adil. Kita bertanggungjawab terhadap pengguna, kakitangan dan pemegang saham. Daripada aspek moral, TNB adalah bertanggungjawab kepada ketiga-tiga ini, tetapi para pengguna adalah yang diutamakan, kerana tanpa pengguna, TNB tidak akan wujud. Selepas itu barulah kakitangan kita dan para pemegang saham.

Bila saya kata begitu, apa yang mereka kata: "Dia ingat bapak dia punya". Tugas yang saya pegang adalah satu amanah. Kalau anda diamanahkan tanggungjawab ini, anda perlu lakukan sebaik mungkin. Saya tidak mahu sesiapa menziarahi kubur saya untuk kencing di atasnya. Dalam budaya Melayu itu adalah seburuk-buruk cacian yang boleh menimpa oleh seseorang.

S: Apakah anda fikir anda telah melakukan perkara yang betul kerana tidak mahu menandatangani perjanjian itu?
Sudah tentu!!!!

S: Bagaimanakah sepatutnya kontrak dengan IPP diadakan?
Di Australia, mereka memanggil kumpulan IPP dan bertanya: "Apa harga anda?" Mereka membayar IPP yang memberikan harga yang terbaik. Apa yang patut mereka lakukan ialah melebarkan tawaran itu dan bertanya semua pihak apakah perkara yang baik. Untuk memberikan tawaran kepada mereka. Dalam kes kita, kontrak sudah pun siap dibuat dan kami diberitahu untuk menurunkan tandatangan.

S: Apa pandangan anda dengan perundingan yang sedang berjalan dengan IPP?
Ia mesti sah dan adil. Kalau kita rundingkan perkara itu secara tidak adil dan tidak sah, seluruh dunia akan memerhatikan kita dan mereka akan berkata: "Jangan bersetuju apa-apa dengan Malaysia kerana kalau perjanjian itu tidak sebulu dengan negara itu, kerajaan tidak akan menyetujuinya." Inilah yang perlu kita teliti.

Akan tetapi apa yang kita lakukan ialah dengan berkata apakah kita boleh turunkan 'capacity charge'. Apa juga yang melebihi 15% 'reserve margin' kita akan buat bida.
Yang kedua, setakat ini semua IPP sudah pun mendapat pulangan modal pelaburan mereka membina janakuasa itu. Sekarang ini semuanya meraih keuntungan sahaja. Apakah kita tidak boleh turunkan sedikit lagi? Daripada kita membayar kepada satu dana khas, kenapa tidak dinaikkan (bayaran) untuk pembinaan pada masa depan? Dengan cara itu, kita dapat mengawal harga elektrik? Jika tidak, ia akan melonjak naik.

S: Pada pendapat anda siapa yang patut terlibat dengan perundingan?
Pengguna harus berada di situ. Pada saya mesti ada satu badan yang bebas. Kemudian, anda libatkan TNB

Written by Jagdev Singh, TheStar Online
Wednesday, 16 July 2008
6 June 2006


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Terkini - Mat Sabu Menang 450 Undi

Posted: 03 Jun 2011 06:41 PM PDT

"Berdasarkan maklumat tak rasmi, Mat Sabu (gambar) dapat sekitar lebih 450 undi kali ini, mengatasi dua calon lain,"




SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tak Rasmi - Mat Sabu Menang Timbalan Presiden PAS.. Agenda Umno Hancur..

Posted: 03 Jun 2011 04:21 PM PDT

Dr Badrulamin Bahron

4 hours ago






SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Husam sedia SPRM semak akaun

Posted: 03 Jun 2011 07:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Datuk Husam Musa (gambar) bersedia pada bila-bila masa sekiranya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menyiasat atau menyemak akaunnya.

Beliau yang ditemui selepas selesai menjalani tanggungjawab sebagai pengundi untuk pemilihan Muktamar Tahunan PAS kali ke 57 petang tadi bagaimana pun menjadikan isu tersebut sebagai sendaan sewaktu ditanya oleh pihak media.

Menurut Husam tidak logik untuk beliau memberikan 350 ribu ringgit terhadap seorang blogger, Kickdefella atau dikenali dengan Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebagai membantunya untuk menang dalam pemilihan muktamar kali ini.


Beliau juga menyifatkan blogger milik Umno dan akhbar Utusan ini semakin lantang dan berani melemparkan fitnah secara terbuka kepadanya dan mungkin juga pada ahli PAS yang lain.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustafa Ali telah menyiasat sendiri pekara ini dan mendapati dakwaan tersebut adalah tidak benar.

"Saya juga berasa hairan terhadap minat Utusan yang terlalu nyata untuk mencampuri pemilihan PAS sejak 2008 yang lalu," jelas beliau dalam kedaan bersahaja.

Ditanya mengenai tindakan beliau mengenai pekara tersebut, beliau hanya menyifatkan Syed Azidi Syed Abdul Aziz adalah orang yang tidak tahu undang-undang yang boleh dikenakan kepadanya.

Beliau tidak akan membuat apa-apa tindakan buat masa ini yang mungkin sibuk dengan muktamar dan urusan kerajaan negeri selepas pulang dari India.

Serah pada perwakilan

Sementara itu, ditanya mengenai pemilihan muktamar pada kali ini bagi jawatan Naib Presiden PAS beliau hanya tersenyum dan menyerah kepada perwakilan untuk menentukan pemilihan.

"Saya lihat perwakilan yang hadir bijak menentukan pemilihan pada kali ini, justeru itu saya hanya mampu menunggu keputusan pada keesokan harinya.

"Dari dulu lagi, pekara semacam ini yang kita lihat dalam muktamar PAS sebelum ini yang langsung tidak menyerupai Umno yang berebut kuasa dan nama," kata beliau lagi.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Semoga Kemenangan Menjadi Milik Abang Mat!!

Posted: 03 Jun 2011 07:23 AM PDT

Apapun kita tunggu keputusan pukul 10.00 pagi esok!!




SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Gagal tangani video seks: KPN digesa berundur

Posted: 03 Jun 2011 05:38 AM PDT

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar digesa melepaskan jawatannya kerana tidak mampu menangani penyebaran video seks fitnah, tegas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Terbaru, versi hampir lengkap klip video seks tersebut sekali lagi diedar di internet. Tiga video berkenaan dimuat-naik di sebuah blog bernama anwarcctv.

"Ia menggambarkan kelemahan pihak polis yang menunjukkan penekanan tidak diberikan kepada pihak polis untuk menangkap penjenayah yang menyebarkan video ini. Ini menunjukkan bukti bahawa ia merupakan satu jenayah terancang.

"Justeru, Tan Sri Ismail Omar wajar meletakkan jawatannya sebagai Ketua Polis Negara kerana gagal menangani penyebaran video seks ini dan menangkap dalang di sebaliknya," ujarnya.


Menurutnya, video itu bukan sahaja memalukan Malaysia di mata umum, malah memberi kesan negatif kepada masyarakat, terutama kanak-kanak. Namun sehingga hari ini, katanya, tidak ada seorang pun yang ditangkap kerana mengedar dan menayangkannya kepada umum, meskipun ia terang-terang melanggar undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem dan Seksyen 292 kanun keseksaan.

"Sepatutnya tindakan tegas perlu diambil, tetapi sehingga hari ini, pihak polis termasuk juga Suruhanjaya Komunikasi Media (SKMM) gagal mengambil sebarang tindakan kepada penjenayah terbabit," ujar Yusmadi.

Katanya lagi, tindakan polis yang berdiam diri dengan penyebaran klip itu di internet dan sebaran video yang meluas termasuk di kampung-kampung, seolah-olah merestui perbuatan itu.

"Ini juga menunjukkan kecuaian pihak polis yang gagal untuk meyakinkan rakyat dalam membanteras jenayah," ujarnya.

Video tersebut sebelum ini ditayang kepada sekumpulan wartawan oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim, Mac lalu.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat menafikan sekeras-kerasnya individu dalam rakaman itu adalah Anwar. Salah seorang Ahli parlimen Pakatan yang dibawa menonton rakaman itu, Datuk Johari Abdul menafikan perkara itu berdasarkan bentuk tubuh dan lenggok lelaki terbabit.

KEADILAN juga mengeluarkan bukti seperti potongan rambut lelaki berkenaan, bahagian dada dan perut lelaki itu yang jauh berbeza dengan Anwar. Sebelum ini, trio berkenaan dan pihak polis juga membuat kenyataan bercanggah antara satu sama lain.

Shazryl Eskay menyatakan pelaku wanita dalam video itu adalah seorang pelacur China manakala polis pula mendakwa wanita itu adalah seorang penuntut salah sebuah kolej swasta. Eskay juga menyatakan video itu dirakam di sebuah hotel manakala polis pula menyatakan ia dirakam di sebuah kondominium di ibu negara.

-keadilandaily-

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket


ROS Tak Jadi Haramkan Parti Keadilan

Posted: 03 Jun 2011 05:28 AM PDT


KEADILAN menyambut baik keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang berpuas hati penjelasan yang dikemukakan di dalam surat tunjuk sebab berkaitan dengan ancaman pembatalan pendaftaran KEADILAN yang diterima oleh parti minggu lalu.

KEADILAN turut dimaklumkan bahawa pihak ROS juga tidak akan meneruskan tindakan membatalkan pendaftaran KEADILAN.

Justeru pihak parti dengan ini memutuskan untuk membatalkan hasrat menyaman ROS memandangkan perkara ini telah dapat diselesaikan dengan baik.

SAIFUDDIN NASUTION

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Pemilihan PAS 2011 - Proses Pengundian Bermula..

Posted: 03 Jun 2011 01:54 AM PDT

Seramai 1077 perwakilan memulakan proses pengundian bagi memilih ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat bagi sesi 2011/2013 petang ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memulakan proses membuang undi setelah mendengar taklimat daripada Pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Ianya kemudian diikuti barisan kepimpinan utama lain termasuk Syura, AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya Negeri yang keseluruhannya berjumlah 52 orang.

Turut mengundi adalah wakil ketiga-tiga dewan iaitu Ulama, Pemuda dan Muslimat berjumlah 60 orang.

Paling ramai adalah dari kawasan yang berjumlah 963 pengundi.


Pemilihan kali ini tentunya tertumpu kepada jawatan Timbalan Presiden yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Manakala untuk Naib pula menyaksikan enam nama yang bertanding merebut tiga tempat yang ditetapkan.

Mereka adalah Datuk Husam Musa, Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Salahuddin Ayub.

Bagaimanapun, keputusan difahamkan hanya akan diketahui esok.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Klip video seks hampir lengkap didedahkan pula

Posted: 03 Jun 2011 01:21 AM PDT

Versi hampir lengkap klip video seks membabitkan seorang lelaki yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan di internet lagi.

Tiga video berkenaan dimuat-naik di sebuah blog bernama anwarcctv hari ini.

Satu dari tiga video itu adalah sama seperti yang dipertontonkan kepada wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Bagaimanapun klip video itu telah disunting menjadi 15 minit dan 3 saat daripada durasi 22 minit yang ditayangkan oleh kumpulan 'Datuk T'.

Video klip kedua adalah selama 17 minit dan 59 saat manakala klip ketiga adalah selama 13 minit dan 36 saat.


Klip video ketiga ini mempunyai latar suara muzik bermula dengan lagu Hawaii 5-O, diikutu lagu dangdut Kelantanese, lagu It Wasn't Me oleh artis reggae Shaggy, lagu kumpulan tempatan The Fabulous Cats - Papa Jahat dan diakhiri dengan lagu Zee Avi - Kantoi.

Tidak seperti beberapa klip yang didedahkan sebelum ini yang mempunyai sarikata bahasa Thai, ketiga-tiga video hari ini hanya mempunyai catatan masa dan tarikh.

Kumpulan 'Datuk T' sebelum ini mendakwa mereka telah menyerahkan klip video yang asal kepada polis pada 24 Mac.

Polis juga telah mengesahkan bahawa klip video itu adalah tulen dan telah mengenalpasti lelaki dalam video berkenaan. Namun mereka belum membuat sebarang pendedahan.

Menariknya, klip video hampir lengkap ini didedahkan ketika muktamar PAS ke-57 yang sedang berlangsung.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: