Jumaat, 3 Jun 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PAS yakin dakwaan terhadap Husam tidak benar

Posted: 03 Jun 2011 12:46 AM PDT

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, sebelum ini beliau pernah menyiasat dakwaan terhadap Datuk Husam Musa dari pihak yang sama dan mendapatinya tidak benar.

"Saya yang siasat sebelum ini dan didapati dakwaan itu tidak benar...saya yakin kali ini juga tidak benar," kata Mustafa dalam sidang media bersama Presiden PAS hari ini.

Mustafa mencelah soalan wartawan kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi yang bertanya mengenai dakwaan seorang blogger, Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang didakwa menerima RM300,000 dari Husam.

Semalam Husam menafikan laporan itu manakala Syed Azidi juga menafikan menerima wang itu dan tidak pernah ke China sejak tahun 2009 apabila beliau kali terakhir ke sana pada tahun itu.


Para blogger Umno membuat pelbagai dakwaan kononnya Syed Azidi menerima wang RM300,000 dari Husam untuk membantu beliau dalam pemilihan muktamar kali ini.

Mereka mendakwa, Husam menyerahkan wang itu kepada Syed Azidi di China melalui wakilnya.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Komitmen PAS Bersama PR

Posted: 03 Jun 2011 12:38 AM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian partinya akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun dihujani siri pelawaan dan jemputan daripada kepimpinan Umno sepanjang tiga tahun lalu.

"PAS akan bersama dengan rakan dalam Pakatan Rakyat untuk menggerakkan agenda perubahan sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen Dasar Bersama Pakatan Rakyat, yang sudah diperbahas dan diterima oleh PAS," kata beliau dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Ke-57 yang disampaikan pagi tadi di Dewan Kolej Universiti Islam Datuk Zulkifli Ahmad, Taman Melewar dekat sini.

Kata Hadi, ia melibatkan satu paradigma baru pendemokrasian, suatu islah menyeluruh dalam sistem pemerintahan dan urus tadbir negara.


"Perubahan ini tidak memberi sebarang makna sekiranya tidak melibatkan reformasi spiritual dan kesejahteraan fikiran rakyat," katanya.

Sejak pilihan raya umum 2008, PAS menerima pelawaan demi pelawaan sama ada secara langsung daripada Umno sendiri ataupun daripada pihak-pihak yang pro-Umno termasuk beberapa tokoh agama agar ia meninggalkan Pakatan Rakyat untuk bersama BN atau bergandung dengan Umno.

Idea itu termasuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno.

Pelawaan itu sendiri pernah dipanjangkan oleh Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN dan presiden Umno dan juga timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Awal tahun ini, The Malaysian Insider pernah membawa laporan bahawa empat pemimpin dari PAS dan Umno bertemu di Istana Terengganu, Kuala Lumpur dan ada menyentuh soal kerjasama kedua-dua parti.

Hadi menambah, "kita sama-sama sedar bahawa demokrasi sedia ada dalam negara kita sudah tempang, akibat dari kerakusan Umno-BN yang ingin mengekalkan kuasa mereka sampai bila-bila."

"Pun begitu, sehingga kini kita tetap mendahulukan pendekatan damai secara demokrasi, sehingga PAS bersabar menunggu walaupun dijatuhkan secara yang tidak bermoral, beretika dan melanggar asas-asas perlembagaan," katanya.

Menurut Hadi, rakyat hanya berpeluang mengundi dengan sistem lama yang terlalu lemah dengan minda yang tertutup, peluang yang sempit dan cara yang tidak telus.

"Rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil mengikut makna demokrasi yang sebenar. Demokrasi bukan sahaja hanya memangkah kertas undi.

"Amalan demokrasi menuntut rakyat berpeluang mendapat maklumat daripada semua parti dan calon yang bertanding melalui media yang terbuka," katanya lagi.

Kata Hadi, PAS akan meneruskan kempen dan membawa suara rakyat yang mahukan pendemokrasian menyeluruh dilakukan dalam sistem pilihan raya melalui langkah-langkah yang akan disusun oleh jentera parti, termasuklah menggerakkan ahli turun menyuarakan bantahan secara terbuka bersama dengan NGO yang ingin melihat suatu sistem yang lebih adil dan telus dalam negara kita ini.

Katanya, PAS juga memperjuangkan kebebasan bersuara dan kebebasan media secara adil dan bertanggungjawab, akan terus memperhebatkan tekanan ke arah pembubaran akta yang menekan media seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dan seumpamanya.

"PAS juga komited memperjuangkan pemansuhan akta-akta yang zalim dan disalahgunakan seperti ISA, dan melakukan islah menyeluruh dalam mengembalikan kewibawaan institusi penting dalam negara seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara serta PDRM.

"Islah ini bukan sahaja menuntut perubahan sistem, tetapi memerlukan pengislahan minda dan spiritual seluruh pegawai atau manusia yang menggerakkan sistem itu sendiri," katanya.

Kata Hadi, muafakat bersama PAS ini juga berikrar untuk membetulkan konsep federalisme songsang yang diamalkan oleh Umno-BN pada waktu ini, terutamanya memantapkan semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Perut Busuk Kickdefella

Posted: 02 Jun 2011 08:45 PM PDT

KICKDEFELLA TIDAK MAHU HUSAM MENANG JAWATAN?

MUKTAMAR PAS yang sedang berlangsung kini merupakan tempat terbaik `Kickdefella' atau Syed Azidi `mencari makan'. Misi beliau yang secara tiba-tiba muncul dengan `berita sensasi' tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghancurkan musuh utamanya YB Husam Musa yang bertanding merebut jawatan Naib Presiden PAS kali ini.

Dakwaan kununnya beliau menerima upah RM 350,000 daripada YB Husam hanya timbul disaat pemilihan di mana YB Husam akan bertanding. Adakah Kickdefella suka jika YB Husam memenangi pertandingan tersebut? Memetik laporan dari Malaysiakini, "Syed Azidi berkata selepas diberhentikan kerja di PMBK berikutan perselisihan faham dengan Ketua Eksekutif PMBK, pada 18 November 2009, beliau telah bertemu dengan seorang pembantu Husam yang menawarkan RM350,000 dan beliau telah bersetuju" (Malaysiakini).


Kickdefella sememangnya berdendam dengan YB Husam kerana tokoh PAS Kelantan itu tidak berbuat apa-apa apabila beliau dipecat dari PMBK. Beliau merasa hebat seolah-olah semua pimpinan PAS khususnya di Kelantan mesti gentar dengan Blogger seperti beliau. Barangsiapa yang memusuhinya pasti akan diserang habis-habisan oleh Blogger yang pernah dilabel sebagai penagih arak tegar ini. Lihat sahaja bagaimana beliau menghentam menantu MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz iaitu Ariff Fahmi ketika menantu MB Kelantan itu menerajui PMBK. Keluarga Tuan Guru Nik Aziz juga diserang oleh Blogger ini. Jadi, apa peliknya setakat menyerang YB Husam?

Tentang dakwaan Kickdefella itu telah dinafikan oleh YB Husam, bahkan beliau berkata beliau tidak pernah mempunyai wang sejumlah itu. Lojiknya, perlu apa YB Husam perlu memberi wang sebanyak itu kepada insan bertaraf Syed Azidi? Apa yang Blogger ini buat untuk menaikkan nama YB Husam di dalam politik jika benar beliau ada menerima wang itu? Setakat yang kita tahu, Blogger ini sentiasa menyusahkan PAS di Kelantan dan ini bermaksud Blogger ini mempunyai misi yang sama dengan Umno Kelantan. Justeru itu, tidak masuk akal YB Husam boleh memberi wang sebanyak itu kepada Blogger tiada hala tuju ini.

Dakwaan Kickdefella ini jelas menunjukkan beliau bekerja dengan puak yang tidak mahu melihat YB Husam berada di kerusi Naib Presiden PAS. Mengapa bahayanya jika YB Husam berada di kerusi tersebut? Jawapannya, kehendak Umno untuk bersama dengan PAS lebih sukar di masa akan datang jika YB Husam memenangi pertandingan kali ini, dan misi Kickdefella pasti akan gagal. /wfauzdin.blogspot.com


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Subsidi Minyak Nelayan Pula Akan Ditarik Balik.. Tahniah..

Posted: 02 Jun 2011 07:08 PM PDT

Nelayan laut dalam tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata sehubungan itu, pengusaha bot nelayan laut dalam kategori Zon C2 perlu membeli minyak mengikut harga di stesen minyak iaitu RM1.80 seliter.

"Bukan sahaja nelayan Zon C2 yang kena beli minyak dengan harga RM1.80, lori, trak dan kontena yang berbentuk industri kena beli pada harga berkenaan," katanya selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan di Kuala Terengganu Selatan hari ini.


Noh berkata langkah itu diambil bot nelayan Zon C2 dikategorikan sebagai pengangkutan berbentuk industri kerana mempunyai ramai pekerja.

Bagaimanapun, beliau berkata kadar RM1.80 masih merupakan harga subsidi kerana jika mengikut harga industri, minyak dijual RM2.50 seliter.

"Kita sudah bagi kemudahan ini, dan ini adalah adil kerana mereka syarikat, (ada) pekerja yang ramai berbanding nelayan pantai yang hanya bersampan dengan tangkapan antara 10 kilogram dan 20 kilogram.

"Bagi nelayan laut dalam, dia boleh tangkap sehingga beribu kilogram," katanya.

Noh berkata nelayan laut dalam juga diberi insentif tambahan iaitu 10 sen hingga 20 sen bagi setiap kilogram tangkapan ikan yang didaratkan.

"Ini bermakna kalau mereka boleh tangkap ikan sehingga 40,000 tan metrik, mereka sudah boleh menampung pembelian minyak tadi.

"Kalau mereka nak dapat insentif lebih daripada kerajaan, mereka kena tangkap ikan yang banyak dan dapat insentif yang lebih. Kita buat ini bagi menggalakkan mereka mendaratkan ikan di negara kita sendiri," katanya.

- Bernama

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Mat Sabu: Masih ramai keliru konsep ulama-profesional dalam PAS

Posted: 02 Jun 2011 05:54 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Mohamad Sabu, yang bertanding jawatan timbalan presiden buat kali kedua menegaskan, konsep kepimpinan ulama sepatutnya ditekankan dalam Majlis Syura, bukannya diterjemahkan ke atas jawatan-jawatan eksekutif parti Islam itu.

Mohamad, 56, atau lebih mesra dengan panggilan "Mat Sabu" berpendapat bahawa konsep kepimpinan ulama telah menjadi kekeliruan di kalangan ahli menyebabkan golongan profesional sukar mendapat tempat dalam jawatan tertinggi parti itu.

"Bagi saya presiden dan ke bawah boleh sesiapa sahaja yang layak untuk memimpin tiada masalah baik ulama atau profesional.

"Majlis Ulama ini yang perlu ditekankan bukan jawatan eksekutif, ia perlu dipertingkatkan dalam organisasi ini.


"Sebab itu, kalau kita lihat banyak ahli yang salah erti konsep kepimpinan ulama ini dan ia menimbulkan sedikit kekeliruan," katanya yang terkenal di kalangan akar umbi ahli-ahli PAS dan parti pesaingnya.

"Namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS," kata beliau kepada The Malaysian Insider menjelang muktamar kali ke-57 yang bermula hari ini.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat bagaimanapun berkata akan terus menyokong konsep kepimpinan ulama dalam Majlis Syura.

"Soal kepimpinan ulama ini diperkenalkan pada zaman kami masih Pemuda PAS pada 1982 yang mana ketika itu ketuanya adalah Datuk Mustafa Ali ... memang tidak dapat dinafikan ketika itu anak muda terpengaruh dengan revolusi Islam yang berlaku di Iran yang dipimpin golongan ulama," katanya.

Mohamad menambah beliau akan terus mendokong konsep kepimpinan ulama dan Majlis Syura perlu diperkukuhkan agar PAS tidak terkeluar daripada dasar perjuangan Islam.

Selain Mohamad, turut bertanding jawatan itu adalah penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagaimanapun kedua-dua calon itu tidak dapat diakses untuk ditemu bual khas.

Sebagaimana disaksikan tahun-tahun lalu, soal kepimpinan ulama dan profesional kembali muncul dalam menentukan penyandang jawatan nombor dua parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Minggu lalu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan wujudnya soal kepimpinan ulama atau profesional dalam parti itu.

Malah Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Harun Taib menegaskan kepimpinan ulama harus diteruskan dalam parti itu walaupun ia tidak termaktub dalam perlembagaan parti Islam itu.

Ditanya apa matlamat utama yang akan dilakukan sekiranya terpilih untuk jawatan nombor dua itu, Mohamad berkata, PAS perlu bergerak lebih maju ke hadapan selain bertindak lebih agresif menangkis serangan dilakukan Umno-BN terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Tiga perkara yang akan saya lakukan adalah menangkis propaganda Umno-BN mengenai masalah Melayu kononnya orang Melayu tidak akan terjamin sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, ini persepsi yang salah dan propaganda ini harus ditangkis, PAS perlu bertindak segera untuk membalas serangan yang dibuat Umno-BN ini," kata beliau.

Perkara kedua, menggerakkan usaha bagi PAS mendapatkan sokongan orang bukan Melayu secara berterusan kerana jika tidak berterusan hasrat Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya akan terbengkalai.

"Ini yang perlu ditekankan selain sokongan orang Melayu juga," katanya lagi.

"Dan, yang ketiga pelan tindakan lebih agresif untuk PAS menggantikan Umno, yang mana kita mahu menggantikan Umno sebagai sebuah parti bukan gantikan perangai dan sifat Umno yang mengamalkan banyak perkara yang tidak betul," katanya.

Jelas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, sekiranya PAS benar-benar serius mahu menawan Putrajaya, satu perubahan besar perlu dilakukan termasuk berusaha mendapatkan sokongan orang bukan Melayu secara berterusan.

"Sekiranya PAS boleh memberikan tumpuan kepada ketiga-tiga aspek ini sudah tentu kita boleh menjadi yang lebih baik daripada Umno dan saya sebagai calon timbalan presiden dan sekiranya terpilih akan memainkan peranan untuk mencapai matlamat itu bersama-sama presiden dan barisan kepimpinan," katanya.

Justeru, kata Mohamad, beliau berharap dengan pengalaman yang ada perwakilan boleh memberi peluang kepadanya membantu parti selepas tewas kali pertama pada pemilihan 2009.

"Saya mungkin boleh menyumbang kepada parti dalam bidang-bidang yang boleh saya mainkan peranan seperti menarik sokongan orang bukan Melayu.

"Saya boleh memainkan peranan ini untuk tarik orang bukan Melayu kepada PAS, Kelab Penyokong PAS juga perlu diperluaskan lagi ... saya boleh bergerak lebih agresif dalam perkara ini.

"Oleh itu, saya tawarkan khidmat dan saya serahkan kepada perwakilan untuk buat keputusan," katanya.

Tambah beliau, barisan kepimpinan PAS perlu berubah dengan bersikap lebih agresif dan bukan mengambil pendekatan "sambil lewa" yang akhirnya akan melemahkan parti.

"Saya tidak berpuas hati dengan prestasi parti, kepimpinan PAS yang mana ia masih berada di tahap yang rendah dan ia perlu dikembangkan sebagai contoh dalam beberapa siri pilihan raya kecil kita lihat wakil rakyat DAP lebih menonjol tapi wakil rakyat kita tidak.

"Ada yang datang sambil lewa, ini tidak boleh ... sepatutnya wakil rakyat perlu menyumbang kepada parti dan membantu mendapatkan sokongan ini yang perlu dipertingkatkan," katanya.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Haron Din dianggap hina Yusof Rawa

Posted: 02 Jun 2011 10:22 AM PDT

Dalam laporan Sinar Harian hari ini bertajuk "Kepimpinan ulama perlu dalam Pas", Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din kata:

Parti tidak mahu sejarah berulang apabila tugas presiden tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh Yusof Rawa yang menggantikan Tan Sri Mohd Asri Muda.

Pukul 10.30 pagi hari ini, 2 Jun 2011, seorang kawan menjangka Dr Haron akan menyatakan akhbar Sinar Harian salah petik atau salah lapor. Saya juga harap begitu. Saya harap Dr Haron tak kata gitu kat Almarhum Ustaz Yusof Rawa.


Saya harap sungguh Dr Haron tak kata gitu kat Almarhum. Sebab, kalau memang dia kata gitu, orang PAS ramai yang tak lupa ketika Almarhum bersama pemimpin lain bersusah-payah menghidupkan PAS selepas 1982, Dr Haron masa tu dok seronok-seronok dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Tajuddin Ramli dan entah Umno mana lagi.

Cuba Dr Haron beritahu kepada umum, sebelum dia dan puak tulaqa' yang lain sepertinya menerpa PAS selepas Anwar kena hambat dari Umno, berapa kali dia datang mesyuarat Majlis Syura walaupun PAS ketika itu pernah terhegeh-hegeh melantiknya sebagai ahli Majlis Syura? Kenapa selepas Anwar kena hambat dari Umno baru tak sombong kepada PAS?

Sekurang-kurangnya Almarhum tak sabotaj PAS seperti dilakukan oleh seorang yang kecut nak bertanding dalam pilihan raya umum 1999 dengan alasan yang lebih teruk dari lawak bodoh. Kecutnya itu menjejaskan peluang PAS di kawasan-kawasan di utara Semenanjung khususnya. Itu sabotaj namanya.

Tokoh tertentu dalam PAS juga tak pernah terpaksa keluar duit sehingga berjuta-juta untuk membayar tanggungan Almarhum untuk membolehkannya bertanding dalam pilihan raya. Almarhum tak menyusahkan PAS.

Berikut disiarkan sebahagian SMS Yang Dipertua PAS Padang Serai, Ustaz Fauzi Tahir yang dihantar kepada Dr Haron hari ini (tanpa edit sikit pun):

hari ni tuan hina yusuf rawa, dulu tuan hina hj hadi, tuan kata anuar layak jadi presiden pas depan hadi, anuar tu ulamak ke? anuar bukan ahli pas dan x pernah ikut tarbiyah pas macam tuan juga, tuan x pernah diuji sejak join pas, tuan juga redha dgn cara hidup siti nurhaliza, ana rasa tuan patut malu pd diri sndiri dan letak jawatan timb mursyidul am & ahli syura sebelum didesak sbb tuan x layak...

Bahagian seterusnya akan disiarkan selepas muktamar mengundi.

Pak Bakaq

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Husam Musa Tidak Sebodoh Itu..

Posted: 02 Jun 2011 08:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Jun: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menafikan beliau memberikan duit sebanyak RM350,000 kepada seorang blogger, Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi.

"Adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat," kata Husam dalam kenyuataannya kepada Harakdaily.

Husam mengulas kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan Online yang mengaku menerima wang sebanyak itu dari wakil Husam di China.

Kenyataan itu ekoran dakwaan para blogger Umno kononnya Husam memberikan duit sebanyak itu kepada Syed Azidi untuk membantu kempen beliau menjelang muktamar ini.


Selain isu memberi wang kepada Syed Azidi, hampir semua blogger Umno menyerang Husam menjelang pemilihan kali ini.

Husam bertanding naib presiden PAS dan baru pulang dari India dan China untuk urusan kerajaan negeri Kelantan.

Berikut kenyataan penuh Husam:.

"Saya merujuk kepada kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan online dan dijangka akan disiarkan edisi cetak Utusan besok.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kehairanan saya terhadap minat Utusan yang terlalu nyata untuk mencampuri pemilihan PAS sejak 2008 yang lalu.

"Mengenai dakwaan Syed Azidi, saya merasa hairan dakwaan ini dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS esok hari di mana saya ikut bertanding.

"Adakah kerana beliau tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu, ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini.

"Sampai hari ini saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun saya dan adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat.

"Mengnenai kononnya saya ada berbual melalui talipon dengan beliau kebelakangan ini, juga adalah palsu. Rekod talipon saya dan beliau boleh disemak.

"Namun saya akui beliau ada menghantar beberapa mesej seminggu dua yang lalu memaklumkan beliau menulis mengenai kenaikan harga minyak dan saya membalasnya sekali dengan berkata tahniah.

"Syed Azidi telah beberapa kali menimbulkan sensasi tetapi setiap kali sensasi itu berlalu, kredibiliti beliau semakin pudar."

Harakahdaily/-

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Siti Zailah Ketua Dewan Muslimat PAS Yang Baru

Posted: 02 Jun 2011 07:27 AM PDT

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof telah dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang baru menggantikan Nuridah Salleh apabila menang dalam Muktamar Pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), hari ini. Pemilihan bagi pengisian jawatan teraebut untuk selama tempoh 2011-2013. Kemenangan Siti Zailah bererti beliau akan mengemudi kepimpinan muslimat PAS dalam menghadapi pilihanraya umum yang dijangkakan tahun ini atau selewat-lewatnya Mac 2012.

Turut memenangi pertandingan ialah gandingannya Dr Mariah Mahmud yang juga Ahli Parlimen Kota Raja menewaskan pencabarnya Wan Hasrina Wan Hassan bagi jawatan Timbalan Ketua.


Bagi jawatan naib ketua pula Mumtaz Md Nawi berjaya mengekalkan kedudukan apabila menewaskan tiga pencabar lain iaitu Mastura Mohamad, Normala Sudirman dan Dr. Najihatussalehah Ahmad.

Kemenangan masing-masing diumumkan oleh Timbalan Pengerusi jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Datuk Wan Mutalib Embong sebentar tadi.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Endorsement SiasahDaily, Mohamad Sabu untuk timbalan presiden PAS

Posted: 02 Jun 2011 06:03 AM PDT

Kempen untuk jawatan-jawatan tertinggi kini memasuki tempoh penghujungnya.

Pelbagai bentuk komentar dan sokongan telah disuarakan oleh mereka yang berkepentingan dalam parti, dan tidak kurang juga dari luar.

SiasahDaily, berdasarkan penilaian pemimpin-pemimpin yang bertanding, kini bersedia melakukan perakuan atau sokongan untuk jawatan-jawatan timbalan presiden, naib presiden, timbalan dan naib ketua Dewan Pemuda PAS.

TIMBALAN PRESIDEN

Mohamad Sabu

Mohamad mempunyai beberapa kelebihan mengatasi dua calon lain, Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; populariti, pengalaman dalam parti dan politik nasional, dan rekod prestasi yang baik. Mohamad disenangi dalam parti dan dalam kalangan massa, pernah ditahan di bawah ISA, konsisten dalam pendirian dan jarang sekali, sekiranya ada, dilihat sebagai gagal. Beliau turut aktif dalam isu pekerja dan mempunyai hubungan baik dengan pertubuhan bukan kerajaan. Kemampuannya boleh dimanfaatkan pada masa PAS akan menempuhi pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi. Mohamad memenuhi kelayakan dan kemampuan sebagai pemimpin gerakan Islam, termasuk hubungan yang baik dengan gerakan-gerakan Islam global, ciri yang setara dengan penyandang, Nasharudin dan tidak dilihat pada Tuan Ibrahim.


NAIB PRESIDEN

1. Salahuddin Ayub
Ketiga-tiga calon mempunyai kelebihan pengalaman, populariti dan prestasi yang agak baik. Salahuddin Ayub, walaupun banyak terlibat dengan politik kenyataan akhbar dan bermain selamat, mempunyai kelebihan pengalaman dan hubungan baik dengan rakan Pakatan Rakyat, ciri yang penting dalam menghadapi pilihan raya. Beliau juga pemimpin yang selesa bergerak di peringkat nasional. Sebahagian besar kelebihan beliau ialah kualiti relatif berbanding beberapa calon lain dalam senarai.

2. Husam Musa
Datuk Husam Musa terpalit dengan kedudukan beliau sebagai salah seorang orang kuat kem Erdogan, dan pernah menunjukkan bercita-cita tinggi untuk menduduki kedudukan tinggi dalam parti. Tetapi, beliau telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai naib presiden sebelum bertanding sebagai timbalan presiden. Kenyataan-kenyataan beliau merupakan antara yang terbaik, mengulas dan menangani isu-isu termasuk kewangan dan ekonomi, yang jarang sekali ditangani pemimpin lain dalam parti. Husam mempunyai wajah yang mampu meningkatkan imej parti di peringkat nasional dan boleh diberikan peluang sekali lagi.

3. Idris Ahmad
Selain kedudukan sebagai tokoh berpendidikan agama yang popular dalam kalangan ahli parti dan aktivis, Idris Ahmad juga mempunyai kedudukan yang sesuai untuk mengimbangi komposisi naib presiden. Mempunyai kebolehan ceramah yang masih diperlukan untuk menyampaikan mesej parti. Mempunyai pengalaman peringkat nasional dan mendaki dalam organisasi PAS bermula dari bawah, termasuk pernah aktif dalam Pemuda. Merupakan pekerja parti yang setia dan berkemampuan serta mempunyai hubungan baik dengan akar umbi.



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Video Muka-Muka ‘Melayu’ Yang Sanggup Mati Demi Radiasi

Posted: 02 Jun 2011 05:58 AM PDT


hahaha apa kaitan lynas melayu?? bukn melayu je yg tk sokong lynas??? hahaha nk pertahan kilang sampai nk bergaduh apa...dapt syahid ke melayu?? syahid melayu?? hahahha yg penting kilang tu undang malapetaka byk dr baik...pikirla

mujahid69



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Kerajaan BN dikutuk benarkan penyebaran video seks

Posted: 02 Jun 2011 05:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Persidangan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat ke-50 meluluskan sebulat suara usul yang dikemukakan wakil Kelantan yang mengutuk keras Kerajaan BN kerana membenarkan penayangan video lucah yang dibaboitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di negara ini.

Kebenaran Kerajaan BN terthadap penayangan video itu jelas menunjukkan Kerajaan BN tidak mempunyai imej, lebih-lebih lagi dengan kegagalan para pemimpinnya memberikan penjelasan dari perspeksi Islam.

Wakil Dewan Ulama PAS Kelatan, Ustaz Nik Razi Nik Mat ketika mengemukakan usul tersebut perkata, untuk berhujah dengan para pemimpin BN mengenai perkara itu bagaimanapun tidak akan selesai.


Menurut beliau, oleh itu, rakyat perlu mengajar BN dengan menolaknya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini bagi membolehkan Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya.

Katanya, isu liwat membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlaku ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dulu bagi tujuan tertentu.

"Perdana Menteri ketika itu menuduh liwat Timbalannya. 20 tahun lalu, saya juga masih ingat orang yang sama memperlekehkan ulama dengan mengatakan bagaimana nak perintah negeri kalau hanya pakai serban dan kain pelikat.

"Katanya lagi kalau dah ulama elok hanya duduk di surau sahaja. Kata-kata itu dijawab Oleh Tok Guru (Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat) dengan mengatakan kalau dah begitu macam mana pula dengan orang yang berkata itu.

"Kalau dah doktor, kenapa tak buka klinik dan duduk di kinik sahaja," katanya

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir tetap tidak insaf dan terus memperlekehkan ulama. Allahyarham Presiden PAS yang lalu, Datuk Fadhil Mohd Noor mendoakan agar beliau dipanjangkan umur agar sempat bertaubat.

Kini Mahathir ternyata panjang umur dan berulang alik ke hospital dan diharap beliau akan faham dengan segala yang dialkukannya selama ini.

Pemerintahan BN, katanya, sejak dulu hingga kini bagaimanapun tidak pernah menitikberatkan akhlak rakyat sehingga menyebabkan anak-anak muda berpakaian tidak menutup aurat dan berkelakuan tidak senonoh.

Dalam masa yang sma, kes-kes gejala sosial dan jenayah dalam negara semakin menjadi-jadi tetrmasuik rompakl, rogol, bunuh sehingga menyebabkan rakyat hidiup dalam huru-hara.

"Kegagalan Ketajaan BN turut terbukti dengan ketidakupayaan menguruskan ekonomi dengan baik sehingga ekonomi negara menjadi todak stabil dengan kenaikan petrol dan barangan.

"Untuk mengatasinya, rakyat perlu menukar kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 ini.

Manakala perwakilan Dewan Ulama PAS Kedah yang juga dari Kubang Pasu ketika menyokong usul itu berkata, kebenaran Kerajaan BN ke atas penayangan video seks jelas membuktikan BN sudah kehabisan modal.

"Untuk membolehkan BN terus berkuasa, mereka sengaja mencipta pelbagai isu untuk memburukkan ulama, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat bagi menyekat Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

"Serangan yang dilakukan itu memeng boleh mempengaruhi sesetengah pihak dan ia perlu ditangani dengan baik oleh PAS," katanya.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

PAS musnahkan dirinya jika terima "salam perpaduan" Umno

Posted: 02 Jun 2011 04:54 AM PDT

Untuk berdekad-dekad UMNO menghimpit parti pembangkang di dua penghujung ekstremnya. PAS kekal bersendirian dengan matlamat pembentukan Negara Islam-nya di satu penghujung; sementara DAP pula mengasingkan diri dari PAS untuk mendukung gagasan "Malaysian Malaysia"-nya di satu lagi penghujung. Pasang surut prestasi pembangkang ada kalanya menggusarkan UMNO-BN, namun gagal mengubah kedudukan regim ini untuk kekal berkuasa.

Status quo ini hancur dibadai tsunami politik pada 8 Mac 2008. Malah gandingan Pakatan Rakyat telah menggantikan kedudukan BN dalam spektrum politik tanahair. Pendekatan kesederhanaan Pakatan Rakyat, misalnya dalam isu kalimah Allah - menjurus kepada senario baru, memperlihatkan betapa terdesaknya UMNO untuk mengasak di penghujung yang ekstrem dalam isu agama dan perkauman. UMNO-BN semakin hilang kewibawaannya, malah dipertikai kemampuannya sebagai "kerajaan" kerana terbukti gagal untuk menawarkan penyelesaian yang boleh diterima seluruh rakyat.


Dan UMNO yang takut kesepian kini cuba memerangkap PAS dalam permainan ini. Dalam tempoh tiga tahun selepas PRU-12, UMNO terus menghulurkan tangannya (yang menerima rasuah itu) kepada PAS. Isu "perpaduan umat Islam" terus didendang dalam media milikan UMNO, sama ada dengan pendekatan desakan mahupun godaan.

PAS bakal memusnahkan usaha dirinya SEANDAINYA beralih dari kedudukannya di pusat sekarang, untuk menyertai UMNO di pinggiran (dalam spektrum politik). Slogan "PAS untuk semua" akan menjadi nostalgia yang bersemadi dalam sejarah, dan PAS perlu memalitkan roh dan jiwanya untuk bergelut dalam politik lucah, fitnah, zalim dan sebagainya, bersama UMNO. PAS perlu bertanggungjawab apabila ISA digunakan, rasuah berleluasa, himpunan rakyat disuraikan dengan keganasan, video seks digunakan sebagai senjata untuk menjahanamkan musuh politik, dan diperbodohkan dengan seribu satu jenaka buatan UMNO - antaranya kapal selam yang gagal selam, jet yang kehilangan enjin untuk terbang dsb.

Di sinilah cabaran PAS - untuk mengenalpasti urutan keutamaan ketika mengharungi rintangan dalam perjuangannya. Masalahnya sekarang adalah cengkaman regim UMNO-BN terhadap sistem politik kita, sehingga parti pembangkang sukar bernafas, jauh lagi untuk menjangkau matlamat perjuangannya dalam suasana sedemikian.

Dari sistem pilihan raya, ketidakadilan terpampang jelas - dengan nisbah peratusan undi popular yang tidak setimpal dengan bilangan kerusi diperolehi; dari kebebasan bersuara, pembangkang tidak diberi ruang untuk membincangkan isu secara terperinci, mengolah dan merungkaikan isu kepada khalayak ramai; dari segi sumber, UMNO-BN memonopoli kekayaan dan jentera negara, dan mustahil pembangkang memiliki kekuatan sumber yang mencukupi untuk bersaing dengan UMNO-BN.

Sekarang UMNO cuba menyogok dan menyuapkan "gula" untuk parti pembangkang yang terkurung dalam sistem yang tidak adil ini. "Nisbah muslim yang lebih tinggi dalam kabinet" mungkin menjadi tawaran UMNO. Persoalannya, apakah dengan tawaran itu, jurang kaya-miskin rakyat boleh dirapatkan? Atau tiada lagi mangsa menyusul nama Altantuya Shaariibuu, Teoh Beng Hock, A.Kugan, Aminulrasyid, dan Ahmad Sarbani? Atau ISA, OSA, PPPA (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan), AUKU dan akta yang zalim bakal dimansuhkan? Atau anak cucu kita boleh dijauhkan dari liputan kes liwat dan video seks ketika menyelak akhbar atau menonton televisyen?

Untuk setengah abad rakyat Malaysia diadu-dombakan, kalau bukan diperbodohkan. Mustahil PAS menyerlahkan nilai Islam melalui sistem yang korup ini bersama UMNO. Islam perlu diterjemahkan kepada nilai sejagat seperti Keadilan. Perjuangan PAS perlu diungkapkan dalam bahasa politik untuk menggarap imaginasi SEMUA rakyat yang mencintai keamanan. Kecekapan PAS perlu ditampilkan melalui penggubalan dan pelaksanaan dasarnya, terutama dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

PAS perlu berpandangan jauh untuk menyedari satu hakikat, bahawa selagi sistem politik kita dikongkong regim UMNO-BN - dan tidak diruntuhkan - maka mustahil perjuangan untuk menegakkan keadilan, demokrasi, dan kebebasan mencapai matlamatnya. Cabaran PAS adalah keyakinan dan komitmennya terhadap politik baru, dan misinya adalah memerdekakan Malaysia dari penjajahan UMNO-BN.

----
Oleh Lim Hong Siang
Lim adalah Editor MerdekaReview bahasa Melayu




SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Keputusan penuh pemilihan Dewan Pemuda PAS

Posted: 02 Jun 2011 04:50 AM PDT

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja AlHiss Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:
1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khairul Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Yusni Mat Piah
10) Hamzan Sany
11) Syed Qadir
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Dewan Ulama lulus usul tolak video seks

Posted: 02 Jun 2011 03:28 AM PDT

Dewan Ulama PAS Pusat hari ini sebulat suara meluluskan usul menolak video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas dibahaskan.

Menurut usul itu, video itu disifatkan sebagai satu fitnah jahat yang dibuat secara terancang oleh pihak tertentu untuk tujuan politik.

Keputusan itu diumumkan oleh pengerusi tetap Hamdan Mohamad selepas mendapat persetujuan perwakilan dalam muktamar dewan itu di markaz tarbiah PAS di Gombak, Kuala Lumpur.

[Berita penuh menyusul]


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tuan Ibrahim Tuan Man lebih diperlukan di peringkat PAS negeri dari di PAS Pusat

Posted: 02 Jun 2011 03:01 AM PDT

Peribahasa "Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran" rasanya berada di benak majoriti Ahli Badan Perhubungan PAS Pahang di Mesyuarat Perhubungan mereka yang baru lepas.

Di dalam mesyuarat tersebut, seorang veteran PAS yang amat dikenali oleh orang2 lama PAS Pahang, mempersoalkan tindakan Tuan Ibrahim menerima pencalonan Timbalan Presiden PAS Pusat tanpa berbincang dengan Perhubungan PAS Pahang.

Bukanlah soalan yang diberikan itu bertujuan menyerang Ustaz Tuan Ibrahim. Cumanya, yang merisaukan majoriti ahli Perhubungan PAS Pahang adalah masa sekarang tidak sesuai untuk Pesuruhjaya mereka mengambil kedudukan yang lebih berat tanggungjawabnya seperti Timbalan Presiden.


Mereka tahu Pahang memerlukan seorang Pesuruhjaya yang sepenuh masa dan tidak boleh dipimpin oleh seorang Pesuruhjaya yang "Part Time".

Semenjak selepas 1999, Dato Tuan Ibrahim telah memimpin Perhubungan PAS Pahang. Hasil kepimpinan beliau, sebuah pasukan yang mantap telah berjaya ditubuhkan. Ini adalah lantaran Dato' Tuan Ibrahim menumpukan masa dan kederat beliau hanya kepada PAS PAhang.

Sekiranya beliau ke Pusat, maka masa yang beliau ada untuk menumpu kepada PAhang sudah tentu BERKURANGAN yang amat sangat. Sedangkan PAhang adalah salah sebuah negeri yang berpotensi untuk menang.

PAHANG BERPOTENSI MENANG

Bayangkan pilihanraya umum cuma setahun sahaja lagi. PAhang sedang menyaksikan kebangkitan rakyat yang amat baik.

Misalnya:

1.0 Kebangkitan warga Felda yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kebangkitan warga Felda akan menyebabkan tersungkurnya Barisan Nasional di Pahang

2.0 Orang2 Cina dan India yang secara terbuka menolak Barisan Nasional dan mereka secara terbuka boleh menerima PAS.

3.0 Malahan, kalau kita baca blog Haji Suhaimi Said, kebangkitan dapat dilihat di kalangan orang-orang asli di Pahang juga. Cawangan-cawangan PKR tubuh melata diperkampungan2 orang asli seluruh Pahang

4.0 Team Pakatan Rakyat yang begitu mantap. PKR dipimpin bekas orang kuat UMNO Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman yang dikenali seluruh ahli2 UMNO Pahang. DAP Pahang pula dipimpin pemimpin veteran mereka, Leong Ngah Ngah yang bukan sahaja dihormati orang Cina malahan juga disukai oleh orang Melayu dan India seluruh Pahang

5.0 Kepimpinan Adnan Yaakob yang semakin dibenci rakyat Pahang menyebabkan beliau antara MB yang paling tidak popular.

Mudah kata, Pahang di persimpangan jalan untuk memberi PAS jawatan MB yang ketiga selepas Kedah dan Kelantan. Malahan, Pahang dilihat lebih berpotensi untuk menang berbanding Terengganu.

PERGINYA TUAN IBRAHIM SEKRANG BAKAL MENGHANCUR JENTERA PILIHANRAYA PAHANG

Sekiranya pergi Tuan Ibrahim ke Pusat, nescaya pasukan yang telah dibina oleh beliau selama lebih 10 tahun sebelum ini akan hancur.

Masanya sekarang tidak mencukupi untuk menggantikan Tuan Ibrahim dengan Pesuruhjaya yang baru.

Masa sekarang bukan masa pertukaran di Pahang tapi masa untuk menyerang dan bergerak.

Pendek kata, masa sekarang adalah masa yang paling tidak sesuai untuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertukar jawatan.

Hatta kalau Tuan Ibrahim tidak bertanding Timbalan pun, WAJIB bagi PAS Pusat melantik beliau semula sebagai Pesuruhjaya Pahang. Kalau tidak, PAS Pusat mensabotaj peluang PR Pahang untuk memerintah.

PAHANG NI NEGERI LUAS

Pengalaman TUlang Besi melawat Pejabat Perhubungan PAS PAhang menunjukkan ahli2 Perhubungan PAS Pahang boleh bersolat Jama dan Qasar setiap kali menghadziri mesyuarat perhubungan.

Malahan, Tulang Besi pernah melihat Nasruddin Tantawi bersolat Jama dan Qasar sewaktu beliau memimpin Pemuda PAS Pahang satu masa dahulu.

Bayangkan Pahang ini negeri yang bersempadan dengan Kelantan, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. Ada pula Cameron Highland yang juga ada PAS Kawasan yang perlu dijaga oleh PAS Pahang.

Tidak mungkin seorang Pesuruhjaya PART TIME dapat mentadbir Pahang dengan baik.

GENG TERENGGANU MAHU SABOTAJ PAS DAN PAKATAN PAHANG?

Tindakan Geng Terengganu@Geng Perpaduang memaksa Tuan Ibrahim bertanding hanya akan melemahkan serta merosakkan peluang PAS Pahang merampas Pahang bersama Pakatan Pahang.

Mungkin Geng Terengganu sedar peluang mereka untuk memerintah lebih tipis berbanding dengan PAS Pahang. Jadi, mereka berusaha membawa Tuan Ibrahim ke Pusat, lantaran mereka juga berjaya merosakkan "Pasukan" PAS PAhang yang sekarang sedang rancak bergerak untuk menawan PAhang bersama-sama PR.

Bagi saya, perwakilan2 PAS Pahang wajib mengundi Abang Mat Sabu dan tidak Tuan Ibrahim kerana perginya Tuan Ibrahim ke Pusat hanya akan merosakkan peluang PAS Pahang untuk memerintah Pahang.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Lihat Pada Jasa, Eskay Ada Peluang Jugak Nie.. Hahaha

Posted: 02 Jun 2011 02:52 AM PDT

Astora Jabat tanding p'raya Thailand

Bekas penulis kontroversi Utusan Malaysia Astora Jabat akan bertanding dalam pilihan raya Thailand atas tiket Parti Harapan Baru (NAP) yang dinaungi bekas perdana menteri Jeneral Chavalit Yongchaiyud pada 3 Julai ini.

Astora akan bertanding di parlimen Ruso - salah satu daripada empat kawasan majoriti Melayu-Islam dalam Wilayah Narathiwat, di Selatan Thai - yang juga kampung kelahirannya.

"Saya diberi tawaran oleh Jeneral Chavalit kerana melihat jasa saya dalam bidang kewartawanan dan menolong bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi perdana menteri.


"Beliau (Chavalit) kata kepada saya, kalau awak tolong (orang) di Malaysia, kenapa tidak boleh tolong (orang) di sini," kata Astora ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Astora - bekas ketua pengarang Al-Islam - berkata menghadapi persaingan enam penjuru dengan tiga dariapda dijangka memberi tentangan sengit.

Ditanya peluangnya untuk memenangi kerusi tersebut, Astora berkata beliau "tidak takut dan tidak bermasalah" kerana mendapat sokongan meluas di Ruso dan kawasan sekitar dalam wilayah tersebut.


"Saya ada sekolah sendiri, sekolah untuk orang Melayu... Saya mempunyai ramai ahli keluarga dan kaum kerabat terdekat di Ruso," katanya.

Lebih 40 parti akan turut serta dalam pilihan raya Thailand kali ini. Parti Pheu yang dianggotai Yingluck Shinawatra - adik bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra turut mencuba nasib.

Sementara itu, ditanya mengenai situasi politik di Selatan negara itu, Astora berkata rata-ratanya penduduk masih dalam ketakutan dan terancam keselamatannya ekoran sering berlakunya kejadian tembak menembak hampir setiap hari.



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: