Khamis, 2 Jun 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pakatan Rakyat Memerlukan Abang Mat Untuk 2 Tahun Mendatang Ini

Posted: 02 Jun 2011 12:27 AM PDT

Sedar atau tidak, pilihanraya yang akan datang bakal menentukan survival Pakatan Rakyat ataupun UMNO/BN. Sesiapa yang kalah, bakal tidak mampu menghadapi pilihanraya2 seterusnya.

Di dalam Ustaz Nasa menjadi Timbalan Presiden sepanjang dua tahun kebelakangan ini, Abang Mat Sabu telah memainkan peranan yang AMAT BESAR di dalam menjamin keharmonian Pakatan Rakyat serta menjamin Pakatan Rakyat tidak pecah.

Hubungan pribadi Abang Mat dengan SU Agung DAP, Lim Guan Eng, telah banyak menyelesaikan masaalah serta perbezaan pendapat sepanjang dua tahun kebelakangan ini. Hasil dari kerja tangan Abang Mat Sabu, Pakatan Rakyat mempu kekal bersatu dan menghadapi semua cabaran serta serangan UMNO dan Barisan Nasional.


Ini adalah hakikat yang diakui semua yang terlibat secara langsung dalam aktiviti Pakatan Rakyat. Abang Mat Sabu mempunyai peranan yang cukup besar di dalam mempertahankan Pakatan Rakyat.

Pilihanraya depan, PAS akan berhadapan dengan UMNO sebagai komponen Pakatan Rakyat. Ertinya harapan PAS untuk menang lebih banyak kerusi bergantung kepada kuat dan mantapnya Pakatan Rakyat.

Sekiranya Pakatan Rakyat masuk pilihanraya dalam keadaan lemah dan berpecah, natijahnya PAS yang akan hilang kerusi paling banyak berbanding dengan parti lain.

Secara mudahnya, Pakatan Rakyat yang mantap menjamin kerusi yang banyak untuk PAS sendiri.

Maka, bagi Tulang Besi, demi menjamin PAS memenangi lebih banyak kerusi dalam Pilihanraya yang akan datang, Abang Mat Sabu mesti dinaikkan sebagai Timbalan Presiden, biarlah untuk 2 tahun sahaja pun tak pa.

Bagi penyokong Dato' Tuan Ibrahim, masa dua tahun itu terlampau pendek tetapi penting untuk masa depan PAS. Dalam dua tahun lagi, boleh kita undi Dato Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden ataupun Presiden PAS. MAsa itu mungkin Dato Tuan Ibrahim telah pun menjadi MB Pahang, inshaalah.

Tulang Besi



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Nizar Vs Husam - Fitnah Paling Bodoh Dari Blogger Umno

Posted: 01 Jun 2011 08:45 PM PDT

NIZAR JAMALUDDIN CUBA JATUHKAN HUSAM!!!

Semua orang tahu, Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak adalah seorang oportunis dalam PAS. 'Kejayaannya' menjawat jawatan Menteri Besar Perak selama 11 bulan, benar-benar telah mengubah dirinya. Nizar melihat puncak kuasa sebagai satu perkara yang wajib bahkan perlu dikaitkan dengan Islam dan ayat-ayat al Quran.

Manakala Husam Musa pula, sebagaimana yang diketahui, seorang yang sangat licik, meskipun tidak memiliki jawatan utama dalam PAS ekoran kekalahannya di tangan Nasharuddin Mat Isa pada pemilihan 2009. Pun begitu, dalam tempoh 2 tahun itu jugalah, Husam menyusun gerak, mengatur orang-orangnya, berkempen secara halus dan hampir berselindung, dan akhirnya mengambil keputusan untuk merebut jawatan Naib Presiden.


Husam Musa adalah halangan utama Nizar Jamaluddin untuk mendaki puncak kuasa sepantas mungkin. Wibawa Husam Musa untuk jawatan Timbalan Presiden, sebenarnya jauh lebih besar berbanding Nizar. Sebabnya, Husam Musa mempunyai sokongan sepenuhnya daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sedangkan Nizar pula hanya mempunyai sokongan Nga-Ngeh Perak yang begitu seronok apabila Nizar mengikut sahaja sebarang perintah mereka walaupun mereka tahu, kemarahan orang Melayu-Islam akan meluap-luap ekoran tindakan Nizar yang ibarat seperti orang tongong diberikan andang.

Dan kerana itulah, Nizar mengatur gerak untuk memastikan Husam Musa tidak boleh menjadi Naib Presiden. Cerita-cerita tentang Husam Musa yang beredar di kalangan orang awam bahkan di tangan orang bukan PAS sekarang, khabarnya mempunyai hubung kait yang rapat dengan Nizar Jamaluddin.

Maka timbul persoalan, apakah Nizar sebenarnya sangat tahu tentang kegiatan Husam Musa? Adakah Nizar tahu, lubang manakah yang boleh menyerembabkan Husam Musa tetapi Nizar memilih untuk bertindak pada saat-saat akhir?

Setakat kini, para pemimpin PAS boleh menafikan apa-apa sahaja cerita buruk tentang pemimpin mereka, namun beberapa keping kertas yang mempunyai 'tangan' Nizar di atasnya, sudah pun sampai ke perwakilan. Dan di atas kertas-kertas tersebut tercatat nama-nama kesemua leftenan, proksi utama, rakan subahat, modus operandi dan angka bagi perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Husam Musa untuk kempen kali ini.

Kesahihan dakwaan tersebut masih tidak ada bukti. Namun seorang lelaki yang bernama Azli dikatakan menjadi balaci untuk mengedar kertas-kertas berkenaan!

Blog Pencacai



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Muktamar Tahunan PAS: 650 Perwakilan Pemuda Mula Mengundi

Posted: 01 Jun 2011 08:26 PM PDT

SHAH ALAM: Proses pengundian bagi pemilihan Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2011-2013 bermula pada pukul 10 pagi Khamis.

Seramai 650 perwakilan menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih kepimpinan Pemuda PAS yang baru.

Tempoh pengundian berlangsung selama sejam dan akan berakhir pada pukul 11 pagi.

Pada pemilihan kali ini, Nasarudin Hassan Tantawi diumumkan menang tanpa bertanding dan mempertahankan jawatan tersebut bagi penggal kedua sejak tahun 2009.


Bagaimanapun bagi jawatan Timbalan Ketua menyaksikan saingan empat penjuru antara penyandangnya Azman Shafawi dengan Pengarah Pilihan Raya Pemuda, Firdaus Jaafar; Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat dan Exco Pemuda, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Sementara bagi jawatan Naib Ketua menyaksikan saingan dua penjuru antara Nasir Zakaria dan Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Husam: ‘Saya tak pernah jumpa Kickdefella, dakwaan 100 peratus palsu’

Posted: 01 Jun 2011 08:04 PM PDT

Datuk Paduka Husam Musa sendiri menafikan dakwaan kononnya beliau ada bertemu dengan pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang lebih mesra dikenali sebagai "Kickdefella" bagi mendapatkan bantuannya berkempen pada pemilihan PAS pusat yang berlangsung sekarang.

"Saya tak jumpa dia (Syed Azidi) di China, di Jepun atau di Antartika pun... itu (dakwaan) seratus peratus palsu, yang datang dari blog-blog picisan ," kata Husam ketika dihubungi The Malaysian Insider di India malam tadi.

Husam (gambar), Exco Kerajaan Negeri Kelantan, yang bertanding semula kerusi naib presiden berkata, beliau sudah beberapa kali mengunjungi China sempena lawatan kerja tetapi tidak sama sekali bertemu dengan Syed Azidi.


Malah kata Husam, beliau juga tidak mendapatkan bantuannya menghadapi pemilihan parti kali ini.

Syed Azidi meletakkan jawatan pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akhir 2009.

Dalam temu bual menerusi telefon malam tadi, Husam juga enggan bercakap mengenai pemilihan kecuali menjawab soalan berkaitan dengan isu terbaru ini.

"Saya bukan orang menggunakan duit untuk berkempen," kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini yang turut menjelaskan, Syed Azidi sudah lama menulis tentang diri beliau sebelum kedua-dua mereka berkenalan.

Bagaimanapun tegas beliau, dakwaan sedemikian adalah "palsu" dan sentiasa dicetuskan ketika pemilihan parti dengan tujuan-tujuan tertentu.

Oleh itu tambah Husam, beliau sebenarnya "bangga" kerana Umno terus-menerus menjadikan beliau sebagai sasaran dalam pergerakan politik mereka.

"Ini menunjukkan bahawa saya ini adalah insan yang menjadi ancaman kepada mereka (Umno-BN)," kata Husam mengulas dakwaan blog-blog pro-Umno terbabit.

Salah satu blog pro-Umno mendakwa pihaknya ada mendengar kononnya Syed Azidi menerima bayaran sebanyak RM300,000 daripada "orang Husam".

"Saya cuba juga risik sana sini tapi tiada siapa yang boleh mengesahkannya. Malam tadi perkara berkenaan mula kecoh di Twitter dan Facebook. Kalau dah kecoh, mungkinlah itu semua ada asasnya," kata blog rbfonline yang turut menyenaraikan lima persoalan bagi Syed Azidi.

Sambil melihat ia sebagai usaha jahat menjelang setiap kali pemilihan, Husam berkata, tindakan-tindakan seperti itu perlu ditangani.

"Saya meminta peguam saya melihat perkara itu, mengambil tindakan ke atas dakwaan-dakwaan tidak berasas dan fitnah ini," kata beliau yang yakin bahawa para perwakilan muktamar akan membuat penilaian terbaik.

"Ini strategi jahat Umno yang perlu dipatahkan," katanya lagi.

"Oleh kerana perkara ini sudah (banyak kali) berulang, seolah-olah ada objektif tertentu, saya akan minta peguam ambil tindakan, bukan saya ini (seorang yang) sensitif atau tidak terbuka (dengan media dan kritikan), tetapi ini satu strategi jahat Umno yang perlu dipatahkan," kata Husam yang turut menekankan bahawa salah satu blog yang menyiarkan dakwaan palsu tahun lalu - kononnya "rasuah", melibatkan konsesi pembalakan — telah disaman fitnah oleh beliau.

Kes berkaitan melibatkan blog rbfonline sedang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Baru dan dijadual untuk prosiding pertengahan bulan ini.

Sehubungan itu, kata Husam, pengendali blog tersebut perlu mencerminkan dulu dirinya sebelum meneruskan serangan dengan dakwaan terbaru sedemikian.

"Faisal kena tengok diri sendiri," kata Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan.

Muktamar PAS Pusat Ke-57 bermula esok, dan turut menyaksikan pemilihan dua tahun sekali.

Semalam, pegawai khas Husam, Kamarulzaman Abdullah berkata, Husam yang berada di China dari 21 hingga 26 Mei lalu mempunyai jadual lawatan kerja rasmi yang ketat dan tidak mengadakan pertemuan dengan Syed Azidi.

"Datuk Husam pergi ke China dan ada membawa dua orang pemberita, jika pun ada pertemuan sedemikian sudah pasti telah disiarkan oleh akhbar-akhbar terbabit," katanya yang turut menolak dakwaan bahawa Syed Azidi dibayar RM300,000 sebagai upah berkempen kali ini.

Dalam komennya kepada The Malaysian Insider semalam, Syed Azidi menegaskan, "belum sampai masa" bagi beliau untuk menjawab dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya beliau menerima bayaran dan berkempen untuk Husam.

Syed Azidi berkata, beliau juga tidak mahu memberi kenyataan sehingga ia boleh menjejaskan proses pemilihan parti itu, di mana ia akan memberikan "kelebihan kepada mana-mana calon yang bertanding."

"Saya rasa bukan masa bagi saya menjawab, tidak perlu untuk saya jawab," kata beliau.

Selain Husam, turut bertanding jawatan naib presiden PAS ialah Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Syed Azidi pernah membantu Husam dalam menghadapi pemilihan dua tahun lalu sebelum berhenti dari PMBK.

Bagaimanapun Syed Azidi berkata, beliau masih merasakan Husam seorang yang "pemimpin yang istimewa."

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Exco Pahang "Bakar Api Perkauman" Dalam Demontrasi

Posted: 01 Jun 2011 06:43 PM PDT

Memalukan: Sahfri Aziz Tidak Layak Menjadi Exco Kerana Tergamak "Bakar Api Perkauman" Dalam Demontrasi Isu Lynas Di Kuantan Baru-Baru Ini !

KUANTAN, 2 Jun - Orang ramai di sekitar bandar ini kesal dan kecewa dengan tingkah laku seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang yang dipercayai menjadi "mastermind" yang membawa "budaya samseng" kepada penyokong UMNO untuk timbulkan kekecohan melampau dalam himpunan Lynas di Teluk Chempedak baru-baru ini. Exco yang dimaksudkan ialah Dato' Hj.Mohamad Sahfri Ab Aziz (foto) yang memegang portfolio Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri.

Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ibam, dipercayai menjadi "ketua dalam gerakan untuk mengapi-apikan penyokong kerajaan supaya melakukan kekecohan dan menyerang" semua pihak yang dipercayai kumpulan membantah Lynas. Malah beliau juga didapati telah menyampaikan ucapan berbaur perkauman yang mengajak pihak berkenaan menganyang pihak yang mengadakan demontrasi aman membantah Lynas. Isu perkauman dimainkan, kononnya Lynas hanya diperjuangkan oleh orang-orang Cina sahaja.


Sebaliknya merasakan orang Melayu tidak bersama dalam bantahan berkenaan. Padahal, beliau harus tahu bahawa jika berlaku sebarang malapetaka akibat kilang Lynas maka yang akan mendapat risikonnya bukanlah orang Cina tetapi kepada semua rakyat berbilang bangsa. Soalnya, kenapa orang Cina lebih "advanced" dalam hal-hal kesihatan seperti ini. Semuanya kerana akhbar dan media pengampu UMNO yang berbahasa Melayu gagal memainkan peranan untuk menyedarkan rakyat tentang bahaya radiaoaktif.


Aksi Si Safri Aziz, Exco Pahang yang telah lari dari tugas beliau sebenarnya
di sisi kiri Zaili Besar (ADUN Panching), sisi kanan Tok Sam (Setpol MB)

[Sebaliknya akhbar berbahasa Cina dilihat lebih terkehadapan dalam memaparkan berita, aktiviti dan segala maklumat yang berkaitan.Lantaran itulah kita tidak hairan mereka lebih faham dan sedang akan tanggungjawab sosial seperti ini. Tindakan Si Sahfri Aziz membuat provokasi supaya penyokong UMNO menganyang "kaum Cina" yang kononnya cuba membuat onar dalam isu ini jelas sekali sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Tambahan pula exco terbabit adalah bertanggungjawab terhadap "perpaduan" antara sesama kaum di negeri ini. Malahan juga tindakan mengumpul NGO beliau untuk sama-sama hadir pada hari itu jelas sekali menunjukkan beliau telah menyalahgunakan kuasanya. Apakah motif para belia diajar supaya bertindak "samseng" seperti ini?. Sedangkan beliau yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir sepatutnya mengajak manusia ke arah kebaikan dan bukannya ajar mereka kepada kekerasan yang akan menimbulkan perbalahan kaum di negeri ini. Apakah ini ciri-ciri seorang pemimpin yang layak untuk bergelar Exco agaknya].

Sumber - Pahang Daily

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Majoriti Belia Bersetuju Tarif Elektrik Dinaikkan

Posted: 01 Jun 2011 06:25 PM PDT

Tinjauan rambang kami semalam mendapati, kebanyakan golongan belia bersetuju dengan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7%, dengan alasan wang itu dapat digunakan dalam pembangunan kemudahan untuk belia-belia Malaysia.

Mohd.Danny,16 tahun,seorang pelajar Sekolah Menengah berkata,beliau berharap kerajaan akan menggunakan duit yang bakal disimpan itu untuk membina lebih banyak taman meluncur atau dalam Bahasa Inggerisnya, skatepark."Dulu kerajaan dah berjanji jadi apa kata sekarang ni kerajaan tunaikan?" kata Mohd.Danny .

Pierre Azman Halim,18 tahun pula menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan itu kerana beliau merasakan generasi muda sekarang ini terlalu gemar duduk di rumah menonton televisyen."Apa salahnya remaja-remaja sebaya macam saya keluar beramai-ramai, melepak di Taman KLCC?Kami dapat bersosial,berkenalan satu sama lain dan yang paling penting,kami dapat menjimatkan elektrik."


Siti DeniseAdeline,19 tahun yang baru sahaja lepas SPM mengakui tindakan kerajaan memberikan pengecualian kepada rumah yang mempunyai bil bawah RM77 sebagai satu tindakan yang amat waras."Ini dapat melatih masyarakat kita supaya berjimat cermat menggunakan elektrik.Apa yang masyarakat kita dapat lakukan adalah mengambil bacaan meter elektrik setiap bulan kemudian melakukan pengiraan sendiri kegunaan elektrik rumah.Apabila sudah cukup RM77,saya syorkan kita menutup elektrik rumah."

Lain pula ceritanya dengan seorang remaja yang tidak mahu dikenali yang bersetuju benar dengan tindakan kerajaan itu."Saya minta ayah saya belikan saya motor Yamaha LC135.Mudahlah saya nak ke mana-mana.Tapi sampai sekarang janji tinggal janji.Bagus lah kerajaan naikkan tarif elektrik ni.Biar padan muka ayah saya.Kedekut sangat.Masuk rumah aje pasang air cond.Sayang sangat duit tu,bayarlah bil yang bakal melambung-lambung.Bukannya tak mampu!Dia mampu,dia takde kereta,dia pakai motor aje,banyak simpanan bulan-bulan dia dapat kumpul."

Majoriti belia yang ditemui bersetuju dengan tindakan kerajaan itu kerana mereka mengharapkan wang lebihan itu nanti akan digunakan untuk memberikan pendidikan percuma kepada generasi belia sekarang ini.

"Saya pasti langkah kerajaan ini bakal membuatkan saya tidak perlu meminjam dengan PTPTN apabila saya tamat SPM nanti kerana pada waktu itu,sudah pastilah kerajaan mampu memberikan pendidikan tertiari secara murah kepada pelajar,memandangkan kebanyakan pelajar yang layak ke IPTA masih perlu meminjam dengan PTPTN," kata pelajar tingkatan 4,Syed Ahmad Daniel bin Datuk Mukhtaruddin Ali.

"Lagipun,ayah saya mampu bayar.Naiklah berapa ribu pun elektrik,ayah saya pasti mampu bayar,sebab kalau dia tak bayar,macam mana kami nak ada elektrik kat rumah,dia terpaksa bayar.Bukannya kita ada choice nak tukar provider elektrik lain,Lagipun,bil rumah saya bulan-bulan dah beratus-ratus jadi setakat kenaikan macam ni,saya tak rasa akan membebankan ayah saya," sambung anak kepada Ketua Cawangan UMNO itu mengakhiri tinjauan kami.

Cursing Malay


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Saya tidak tarik diri, kata Nasharudin

Posted: 01 Jun 2011 05:56 PM PDT

Nasharudin Mat Isa menegaskan beliau tetap akan mempertahankan kerusi timbalan presiden pada pemilihan sempena muktamar PAS pusat yang bermula esok meskipun ada khabar angin kononnya beliau telah pun memutuskan untuk menarik diri.

"Saya tetap bertanding. Khabar angin kata saya tarik diri, tidak benar. Apa-apa keputusan terserah kepada perwakilan," kata timbalan presiden itu pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS pusat di sini malam tadi.

Khabar angin bertiup kencang sejak awal minggu ini mengatakan kononnya beliau sudah pun mengambil pendirian mahu menarik diri daripada persaingan dan ia akan diumumkan esok secara rasmi.


Lebih 1,000 perwakilan menghadiri muktamar kali ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider kelmarin, desas-desus itu juga dinafikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib sambil menyifatkan apa yang berlaku sekarang hanya sebahagian daripada kempen pemilihan.

Pada pemilihan kali ini selain Nasharudin, jawatan nombor dua parti Islam itu turut ditandingi oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Nasharudin yang memegang jawatan itu sejak 2005 juga enggan mengulas lanjut mengenai isu pemilihan kali ini.

Ahli Parlimen Bachok ini berkata, beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan.

"Pemilihan akan berlaku (diadakan) pada hari Jumaat, jadi kita tunggu perwakilan membuat keputusan," katanya.

Difahamkan ada usaha bagi memujuk beliau berkompromi bagi mengelakkan undi berpecah antara calon kumpulan agama dan profesional.

Pada pemilihan kali ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden yang disandang sejak 2002 tanpa saingan.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tidak Ramai Pimpinan PAS yang Berani Ditangkap Polis seperti Mat Sabu

Posted: 01 Jun 2011 08:47 AM PDT

Abg Mat Sabu memperjuangkan Islam tidak kira samada ditangkap polis ataupun tidak





7/5/2009

Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu ditahan di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, pada jam 3.15 petang hari ini selepas didapati cuba menghasut penyokongnya mengadakan perhimpunan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah memaklumkan bahawa pemimpin kanan parti politik itu ditahan sepasukan polis selepas menerima maklumat pemimpin itu cuba memberi dorongan kepada pengikutnya bagi mengadakan perhimpunan haram di Bangunan Perak Ridzuan pada hari esok.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan itu dan jika ada keperluan kita akan mengenakan tahanan reman bagi membantu siasatan,"

Sekumpulan anggota polis di percayai Speciah Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Sembahyang Anwar Tak Sah.. Hahaha

Posted: 01 Jun 2011 06:06 AM PDT

Dah mengalahkan tuhan.. atau blogger bertaraf doktor pencacai ni nak ambil alih kuasa tuhan..?? Soal rambut Anwarpun nak difitnah.. Pelik bila seorang yang mengaku dirinya doktor hanya berhujah dangkal menentang dan memfitnah apa saja yang melekat pada batang tubuh Anwar termasuk rambut.. Bangang!!

PANAS ! Sembahyang Anwar brahim Memang Tidak Sah... - MIM




SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

TIMB PRESIDEN PAS - MAT SABU BAKAL PENCETUS `REVOLUSI'

Posted: 01 Jun 2011 03:52 AM PDT

SEBELUM ini saya ada menulis tentang perlunya Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden PAS di dalam pemilihan parti Jun nanti.

Memang ada beberapa kelemahan yang terdapat di dalam kepimpinan beliau tetapi pada saya ianya boleh diatasi sekiranya beliau mempunyai Pembantu yang lebih `vokal' di dalam merealisasikan hasrat PR untuk ke Putrajaya.

Pembantu yang saya maksudkan itu adalah Timbalan Presiden dan juga Naib Presiden yang lebih serius, bijak dan mudah bekerjasama di dalam satu Pakatan. Saya masih mengharapkan agar Husam Musa berada di sisi Presiden PAS, namun Husam Musa awal-awal lagi sudah tarik `hand brake' untuk bertanding jawatan nombor dua itu. Justeru itu, saya berfikiran bahawa tiada pilihan lain untuk mengantikan Husam Musa yang boleh diharapkan membantu Presiden kecuali Mohamad Sabu.


Dalam pemilihan parti dua tahun lalu, Mohamad Sabu tewas kepada penyandangnya Us Nasharuddin Mat Isa, dalam pertandingan tiga penjuru. Seorang lagi calon ialah Husam Musa.husam musa mat sabu nasharuddin mat isa 220409 Us Nasha mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mat Sabu pula memperolehi 261 undi. Tokoh aktivis yang popular sebagai 'Abang Mat' itu kini layak untuk bertanding jawatan tersebut selepas mendapat tiga pencalonan dari Kubang Kerian, Bukit Bintang dan Muar.

Sekiranya di dalam pemilihan yang lalu hanya berlaku pertandingan dua penjuru samada Husam Musa atau Mat Sabu sahaja yang berdepan dengan Us Nasha, saya meramalkan agak sukar untuk Us Nasha berada di kerusi nombor dua seperti sekarang. Apabila berlaku pertandingan 3 penjuru, maka pecahan undi berlaku dan keputusan berpihak kepada Us Nasha.

Penggal Us Nasha telah pun hampir berakhir dan ahli-ahli PAS terutamanya boleh menilai adakah Us Nasha berjaya membantu Presiden PAS di dalam meningkatkan sokongan rakyat kepada PAS serta memberi impak yang besar kepada kesatuan dan kekuatan Pakatan Rakyat. Jika majoriti ahli PAS menganggap bahawa Us Nasha masih berupaya membantu Presiden, maka tidak mustahil Us Nasha masih menjadi pilihan.

Kehebatan Mat Sabu bukan sahaja kepada keberanian dan kekuatan pidatonya, tetapi beliau dilihat begitu rapat dengan kepimpinan DAP terutamanya Lim Guan Eng. Sememangnya DAP sering `bercakaran' dengan PAS di dalam isu yang melibatkan hukum Islam yang mahu diperjuangkan oleh PAS. Walaupun begitu, tentangan dari DAP terhadap PAS tidak begitu serius sehingga boleh mengakibatkan perpecahan DAP - PAS. Oleh kerana itu, kehadiran Mat Sabu yang dilihat intim dengan beberapa kepimpinan utama DAP amat diperlukan agar `percakaran' di dalam beberapa isu boleh dikurangkan.

Keperibadian Mat Sabu juga amat disenangi oleh berbagai golongan tua dan muda terutamanya di luar bandar. Cara pidatonya yang lantang, berfakta dan mudah difahami serta diisi dengan jenaka begitu menusuk hati yang mendengarnya. Beliau bukan seorang ustaz, jauh sekali Ulamak tetapi beliau tetap tegas di dalam memperjuangkan dasar PAS. Kehebatan Mat Sabu tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Ketua Umum PKR DS Anwar. Tidak menghairankan jika Mat Sabu kerap kali dijadikan mangsa, ditahan, dilokap, dipukul dan beliau juga pernah difitnah dengan isu khalwat suatu ketika dahulu.

Memang tepat jika Mat Sabu diberi peluang untuk berada di kerusi nombor dua di dalam PAS memandangkan PAS kini berdepan dengan politik yang lebih mencabar. Cabaran terbesar PAS adalah menghadapi `musuh dalam selimut' yang sentiasa berusaha agar PAS berjuang bersendirian tanpa rakannya DAP dan PKR. Musuh-musuh ini akan terus berusaha untuk meretakkan hubungan di antara PAS dengan DAP dan PKR, di dalam masa yang sama cuba untuk membawa PAS kembali ke dalam `selimut Umno'.

Cabaran ini lah yang saya rasa boleh diatasi sekiranya Mat Sabu digandingkan dengan Presiden PAS nanti. Mana tahu, sekiranya demokrasi di negara ini tidak lagi terpakai atau disalahgunakan, maka stail kepimpinan seperti Mat Sabu boleh mencetuskan `revolusi' untuk kebangkitan rakyat. Maka, apa salahnya?/wfauzdin.blogspot.com




SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Mat Sabu Pilihan Terbaik Untuk Timbalan Presiden PAS

Posted: 01 Jun 2011 02:23 AM PDT

UMNO AKAN PASTIKAN MAT SABU KALAH JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS

Mat Sabu adalah antara manusia yang umno paling benci. Manusia yang paling umno benci sudah tentu Anwar Ibrahim dan kemudiannya Tok Guru Nik Aziz. Bagi Umno Anwar adalah penyebab utama Pas dan Dap boleh bersatu dan Tok Guru Nik Aziz pula dalah seorang penghalang besar kepada idea kerajaan perpaduan yang di taja umno..

Jika tidak kerana kekuatan peribadi dan pengaruh Tok Guru Nik Aziz Pas besar berkemungkinan sudah pun mengkhianati kawan2nya iaitu PKRdan DAP dengan menyertai umno atas alasa Islam dan Bangsa melayu.

Namun Tok Guru Nik Aziz seorang tidak mungkin akan dapat menghalang usaha usaha bersatu dengan umno yang di jalankan secara sulit oleh beberapa orang pimpinan Pas yang kononnya ulama itu.


kekuatan Tok Guru sebenarnya telah di dokong bersama beberapa pimpinan Pas yang sekeras-kerasnya menghalang usaha itu. Antara pimpinan Pas yang cukup kuat menentang usaha penyatuan Pas dan Umno itu ialah Mohammad Sabu iaitu calon timbalan presiden Pas.

Maka hari ini yang lebih berkuasa untuk menghalang usaha beberapa pimpinan Pas yang pro kepada Umno itu ialah ahli parti yang telah di beri amanah untuk menjadi perwakilan di dalam muktamar yang bakal menjelma beberapa hari lagi.

Tidak lain dan tidak bukan hanya MatSabu saja satu-satunya calon yang mampu berbuat demikian dengan status jawatan o 2 yang ada padanya jika dia berjaya memenangi jawatan tersebut.

Profil Calon Timbalan Presiden Pas (MatSabu)

Ketika masih di Tingkatan Lima, beliau pernah mengarang dan menyampaikan pidato yang agak luar biasa bagi seorang pelajar yang sebaya dengannya. Pidatonya mengenai 'Diplomasi Ping Pong' (iaitu mengenai pembuka hubungan diplomasi antara Amerika Syarikat dan China) menarik perhatian guru besarnya. "Suatu hari awak akan jadi ahli politik," kata guru besar itu. Akhirnya, apabila Hj. Mohamad Sabu bertanding dalam Pilihanraya Umum 1982 di mana bekas guru besarnya itu kebetulan menjadi pegawai pilihanraya, beliau memberitahu Mohamad, "Tengok, betul dak apa yang saya kata dulu!"

Dalam politik, pegangan Hj. Mohamad adalah selaras dengan pemikiran pemimpin yang amat disanjunginya, Imam Khomeini. "Kebenaran (truth) lebih penting dari kemenangan (victory)," itulah yang terus dilaungkan dalam ceramah-ceramahnya. "Kalau mereka tuduh kita gila kuasa, kita mengaku: Ya, memang kita gila kuasa. Sebab, dengan kuasa kita boleh merubah keadaan negara kita yang dicengkam kezaliman. Tetapi yang lebih penting dari kuasa (power) ialah kebenaran (truth)".

Di awal penglibatannya dengan gerakan Islam, pemikiran Hj. Mohamad banyak dibentuk oleh pemimpin-pemimpin dan pembimbing-pembimbing yang terpengaruh dengan Ikhwan Muslimin. Berikutan pengalamannya berinteraksi dengan beberapa tokoh Ikhwan, Hj. Mohamad meneruskan pencarian dalam membentuk pemikiran politiknya. Beliau membaca dan mengkaji hasil tulisan tokoh-tokoh seperti Imam Khomeini, Ayatullah Mutahhari, Ali Shariati, Kalim Siddiqui, Muhammad Al-Asi, Jalaluddin Rachmat dan banyak lagi tokoh yang lain-lain. Di antara kalangan tokoh-tokoh tempatan pula, pemikiran dan pandangan Syed Naquib Al-Attas dan Tan Sri Musa Hitam menarik perhatian beliau.

Kejayaan Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 banyak memberi inspirasi kepada pandangan pemikiran politik Hj. Mohamad. Antara pendirian yang semakin teguh di jiwanya hingga sekarang ialah sikap anti Amerika Syarikat, negara yang disifatkan oleh Imam Khomeini sebagai syaitan besar. Beliau menentang sebarang hubungan yang tidak sewajarnya dengan syaitan besar itu dan sanggup melepaskan apa sahaja bagi mempertahankan sikapnya itu. Beliau juga sering merungut apabila ada suara yang seolah-olah memberi kredit kepada syaitan besar itu.

Selain dari Revolusi Islam, perkembangan-perkembangan yang berlaku di Filipina dan Indonesia di hujung kediktatoran Marcos dan Suharto pula mengukuhkan keyakinan Hj.Mohamad bahawa kezaliman hanya boleh ditumpaskan oeleh kuasa rakyat (people's power). Meskipun beliau menerima pilihanraya sebagai cara menumpaskan kezaliman, tetapi beliau tidak menolak kebangkitan rakyat untuk menghancurkan kezaliman jika semua saluran lain dinafikan.

Bagi Hj. Mohamad Sabu, tahun 1979 adalah tahun yang penuh kenangan baginya. Selain dari kejayaan Imam Khomeini memimpin Revolusi Islam yang kemudiannya merubah politik dunia dan memartabatkan semula kekuatan politik umat Islam, pada tahun yang sama juga beliau berumahtangga. Isterinya, Hajjah Normah Alwi, juga seorang aktivis PAS yang aktif. Beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat dan juga pernah menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata. Dua orang perempuan dan dua orang lelaki.

Penglibatan awal Hj. Mohamad dalam gerakan Islam ialah dengan menyertai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahun 1975 selepas dipecat dari Institut Teknologi Mara (ITM) kerana penglibatannya dalam tunjuk perasaan menentang Akta Universiti. Pada tahun 1978, Hj. Mohamad menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pada tahun 1981, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pada tahun 1982, ketika baru berumur 28 tahun, beliau meletakkan jawatannya di dalam sebuah syarikat swasta untuk bertanding dalam pilihanraya. Beliau menjadi calon PAS di Kepala Batas menentang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga di DUN Penanti. Pada tahun yang sama juga beliau meninggalkan ABIM sebagai memprotes penyertaan presidennya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke dalam Umno.

Pada tahun 1983, Hj. Mohamad dilantik sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat hinggalah tahun 1985. Dalam pilihanraya 1986 pula, Hj. Mohamad bertanding menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, yang dianggap oleh banyak pihak sebagai pertandingan "dua seteru politik yang sukar didamaikan" pada ketika itu.

Pada tahun 1989, beliau dipilih sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS pusat hinggalah beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan itu pada tahun 1997. Beliau mula menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada tahun 1991. Semasa menjadi Naib Ketua Dewan PAS Pusat, beliau dihantar untuk bertanding di Nilam Puri dalam Pilihanraya Umum 1990 yang penuh bersejarah di mana PAS berjaya menerajui semula kerajaan negeri itu. Dalam pilihanraya itu, beliau mengalahkan Datuk Annuar Musa dengan majoriti hampir 8,000 undi, dan menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri pada masa itu.

Dalam Pilihanraya Umum 1995, beliau memenangi kerusi Parlimen Kubang Kerian dengan majoriti lebih 10,000 undi, antara majoriti terbesar di Kelantan pada masa itu.

Dalam Pilihanraya Umum 1999 pula, ketika masih menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Kerian, beliau menerima tawaran PAS Kedah khususnya Presidan PAS, Ustaz Fadzil Noor sendiri, untuk bertanding di Kuala Kedah. Beliau memenangi kerusi Kuala Kedah dengan majoriti 991 undi, dan menjadi Ahli Parlimen Kuala Kedah untuk terus menyumbang baktinya kepada masyarakat di sana pula.

Manakala dalam Pilihanraya Umum ke 11 , pada tahun 2004 setelah beliau menjadi Ahli Parlimen sebanyak 3 penggal, beliau kalah bertanding di kawasan Parlimen Kuala Kedah dengan kekalahan majoriti sebanyak 10,214 undi.

Tahun 2008 pula, di mana gelombang rakyat yang memenangkan Pakatan Rakyat (dalam gabungan PAS, PKR dan DAP) untuk memerintah di lima buah negeri, iaitu melalui Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008 , Hj Mohamad telah mengalami kekalahan sekali lagi ketika bertanding di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, dengan kekalahan yang tipis sebanyak 628 undi sahaja.

Perjuangan Hj. Mohamad di dalam PAS menghadapi pelbagai cabaran. Antaranya, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1984 semasa beliau menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat. Selepas ditahan selama 60 hari di Kuala Lumpur, beliau dibuang daerah ke Kuala Pilah pada September 1984 hinggalah September 1986 dengan pergerakan terhad selama dua tahun. Sebelum ditahan di bawah ISA, beliau pernah dikurung di dalam lokap selama dua minggu pada tahun 1975 kerana penglibatannya dalam tunjuk perasaan pelajar ITM menentang Akta Universiti.

Dalam tahun 1987 pula, iaitu dalam Operasi Lalang, Hj. Mohamad sekali lagi ditahan di bawah ISA (penahanan kali kedua). Beliau di kurung di Kamunting sehingga Januari 1990. Beliau ditahan bersama ramai anggota pembangkang dari PAS dan DAP di bawah Operasi Lalang. Semasa dalam tahanan beliau berkenalan dengan YAB Lim Guan Eng kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagi Mohamad Sabu ketegangan itu berpunca dari memarakkan api perkauman di antara MCA yang melibatkan Tan Sri Lee Kim Sai dan Pemuda UMNO yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak kini adalah Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu berhubung isu tuntutan Timbalan Perdana Menteri yang dimainkan oleh MCA. Walaupun dibebaskan dari Kamunting, beliau terus dikenakan perintah tahanan daerah di Shah Alam hinggalah April 1990. Beliau selalu mengulas penahanannya di bawah Operasi Lalang itu. "Umno berkelahi dengan MCA, aku yang ditangkap," kata beliau.

Setelah dilantik sebagai Ketua Lujnah Buruh dan Setinggan PAS, Hj. Mohamad mempertingkatkan lagi usahanya untuk membela nasib kaum buruh dan setinggan yang memang menjadi minat beliau. Antara lain, beliau pernah berusaha untuk mendapatkan pam air dan janakuasa elektrik untuk penduduk setinggan Kampung Chubadak di Kuala Lumpur setelah dikenakan tindakan zalim melalui pemotongan bekalan air dan elektrik untuk menghalau mereka. Dalam membela nasib setinggan, beliau sanggup bergaduh dengan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengambil sikap berlepas tangan dan memimpin rombongan setinggan untuk berhadapan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau juga berusaha membela nasib Orang Asli di Tapah Perak sehingga akhirnya bantuan untuk mereka termasuk pakaian sekolah anak-anak mereka diberikan semula. Pada beliau, kejayaan yang paling manis ialah penglibatannya sebagai salah seorang peneraju utama perhimpunan rakyat untuk menentang pembinaan Jerai International Park yang melibatkan kawasan kira-kira 4,000 hektar termasuk sawah para petani. Perhimpunan itu disertai kira-kira 100,000 rakyat dan akhirnya projek tersebut dibatalkan.

Manakala jawatan tertinggi di dalam di dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) , beliau telah menjadi Naib Presiden selama 2 penggal berturut-turut, iaitu Sessi 2005-2007 dan Sessi 2007-2009.

Sekarang ini juga, beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi & Mobilisasi (Penggerak Demokrasi) , beliau juga adalah antara salah seorang peneraju utama yang memainkan peranan dalam menggerakkan rakyat dalam himpunan BERSIH pada 10 November 2007 itu, di mana melebihi 100,000 orang hadir di sekitar tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Diperingkat antarabangsa, Hj. Mohamad pernah menyertai rombongan lapan Ahli Parlimen Islam dari seluruh dunia yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Turki, Necmettin Erbakan, menemui Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ketika itu, Boutros Boutros Ghali. Beliau juga menyertai pelbagai seminar di peringkat antarabangsa termasuk Seminar Buruh di Pakistan, Seminar Mengenai Bosnia Herzegovina di London dan Seminar Gerakan Islam di Afrika Selatan. Beliau juga pernah menjadi tetamu dan bercakap di Radio 786 di Afrika Selatan. Beliau juga aktif memperjuangkan nasib umat Islam Palestin, Acheh, Pattani, Selatan Filipina, Kashmir dan lain-lain.

Hj.Mohamad juga seorang peminat seni yang aktif semasa di ITM. Beliau amat berminat dalam drama dan lakonan serta pernah menjadi Juara Pantun di ITM Jalan Othman pada tahun 1973.

Abu Nawas



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Liwat II: Anwar mohon lucutkan hakim lagi

Posted: 01 Jun 2011 02:14 AM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diarahkan membela diri bagi kes liwatnya memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dilucutkan kelayakan beliau bagi mendengar perbicaraan itu, buat kali kedua.

"(Kami memohon untuk melucutkannya) daripada membicarakan kes itu pada peringkat pendakwaan lagi," kata peguam Anwar, Sankara Nair dalam kenyataan ringkas kepada media hari ini.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: