Isnin, 27 Jun 2011

Biaqpila

Biaqpila


VIDEO SAMSENG UMPORNO MENYALAK DEPAN IBU PEJABAT PKR

Posted: 27 Jun 2011 03:00 PM PDT



DAMANSARA: Kira-kira 300 Pemuda Umno yang berkonvoi dengan motosikal, kereta dan kenderaan pacuan 4 roda berhimpun depan ibu pejabat KEADILAN dengan lempar ugutan untuk membakar bangunan itu, jika pimpinan KEADILAN meneruskan Himpunan Bersih.


Konvoi itu tiba di hadapan ibu pejabat parti di Tropicana di sini, kira-kira jam 11 malam semalam dan melaungkan perkataan kesat termasuk mencaci dan menghina pimpinan Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengikut paparan twitter, konvoi itu dilapor bergerak dari Batu Tiga, Shah Alam dan berkumpul di stesen minyak Kampung Sungai Kayu Ara sebelum bergerak ke ibu pejabat parti.




Ketua Ranting PJS, M Jeyabalan memberitahu Keadilan Daily, anggota polis yang berada di tempat kejadian hanya memerhati gelagat penyokong yang membawa bendera Umno dan memakai t-shirt Patriot, tanpa mengambil sebarang tindakan menghalang.
Ketika konvoi yang diketuai Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam tiba di ibu pejabat parti, tiada pimpinan KEADILAN berada di lokasi berkenaan.
Mengikut satu sumber, konvoi berkenaan kemudian bergerak ke PJS 8, Petaling Jaya.
Beberapa pimpinan parti termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kemudian bergegas ke ibu pejabat sebelum membuat laporan polis di balai Tropicana yang terletak di deretan bangunan sama.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi awal pagi ini, menjelaskan Umno Barisan Nasional (BN) begitu terdesak hingga sanggup mengupah remaja membuat kekacauan.
"Ini tindakan samseng yang sedang menggelabah. Mereka cuba takutkan orang ramai untuk menggagalkan Himpunan Bersih 9 Julai ini.
"Anehnya, tiada seorang pun pemimpin Umno mahupun Perkasa dipanggil polis. Ironinya pimpinan Bersih termasuk Datuk Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said pula yang disoal.
"Namun, jika itu tujuan mereka, nampaknya mereka silap besar. Budaya ugut dan ancam Umno BN hanya akan menyebabkan rakyat bangkit dan menolak mereka.
"Tuntutan kami jelas iaitu sistem pilihan raya yang bersih dan adil," kata Saifuddin.

KD

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

TERKINI: LAMAN WEB SUARAM DIGODAM INDONESIANCODER TEAM

Posted: 27 Jun 2011 10:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penggodam telah berjaya merosakkan laman web pertubuhan hak asasi tempatan Suaram hari ini, dan ia dipercayai antara sebahagian daripada “tindakan keras” serangan terhadap aktivis sejak kebelakangan ini.




Untuk melihat laman ini yang sedang digodam sila ke sini.

Penyelaras Suaram E Nalini berkata pencerobohan ini telah dikesan pada jam 6.45 ptg hari ini dan NGO masih cuba mendapatkan pakar-pakar teknologi maklumat untuk memulihkan laman web, yang telah sepenuhnya digantikan dengan satu halaman tunggal “Indonesiancoder Team”.



Logo senapang AK-47S berkembar kelihatan di bawah tulisan tajuk berapi manakala di bawahnya pula ialah mesej perkataan “Hacked by Dr. Cruzz”. Ikon laman web pula digantikan dengan wajah demon dan latar belakang berwarna kelabu dengan animasi salji.



Bacaan ayat al-Quran juga dimainkan menjadi latar belakang halaman ini.



Juga terdapat tulisan-tulisan pada laman web itu seperti “Marhaban Ya Ramadhan that will come soon” dan “Get the Codes and Feel the Soul”.



“Kami tidak tahu apa yang telah terjadi tetapi kami mengesyaki ia ada kaitan dengan 'tindakan keras' terhadap aktivis-aktivis kami yang dilihat menyokong Parti Sosialis Malaysia and Bersih,” Nalini memberitahu FMT.



Beliau berkata keadaan laman web begitu teruk digodam sehingga arkib maklumat tidak dapat diakses.



“Kami pernah digodam pada Oktober 2008 ketika waktu itu (penulis blog) Raja Petra (Kamarudin) telah ditahan,” Nalini berkata sambil menambah bahawa ia mengambil beberapa bulan sebelum laman web itu berjaya dikembalikan sepenuhnya.



UPDATE : Laman web Suaram.net ketika ini dipautkan kepada halaman facebook SUARAM sementara usaha memulihkan dilakukan.


pulakdah

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Seminggu sebelum BERSIH

Posted: 27 Jun 2011 05:00 AM PDT


Saya dapati ramai rakan-rakan dan jiran serta orang kebanyakan tidak tahu apa tujuan DEMO BERSIH dan mengapa DEMO BERSIH perlu dilakukan, Publisiti dan penerangan mengenainya belum sampai ke akar umbi, mungkin hanya berlegar dalam Internet. Di dalam media elektronik, DEMO BERSIH disebut berulang-ulang sebagai menggugat keselamatan awam dan dirancang oleh kumpulan pengacau.
Semua media UMNO cuba memaku kepala rakyat dengan gambaran negatif terhadap DEMO BERSIH. Dan rakyat tidak tahu apa dan mengapa BERSIH mahu dilakukan.


Tektik propaganda iaitu memaku kepada rakyat berulang-ulang ini adalah tektik al-Hitler. Bila dibuat berulang-ulang, akhirnya rakyat akan akur dan percaya atau termakan dengan propaganda itu walaupun hal atau berita yang disebut itu tidak betul. Itulah yang dilakukan ke atas Anwar Ibrahim, Al-Maunah, Ibrahim Libya, dan JI.


Media BN-UMNO mengatakan bahawa kerajaan bersedia mendengar apa saja cadangan atau kritikan terhadap kelemahan SPR dan semua itu boleh dibuat melalui saluran perbincangan dan tidak perlu kepada DEMO. Katanya Malaysia negara aman (aman? tapi tidak sejahtera kerana penyelewengan, kepincangan, kes buang anak, kes dadah, kes AIDS/HIV dan kes rasuah yang tinggi)


Orang ramai perlu diberi maklumat bahawa DEMO ini dibuat sebagai kemuncak bantahan kepada kerajaan khususnya SPR yang masih mengekalkan penipuan dan penyelewengan dalam pilihanraya semata-mata untuk memastikan BN-UMNO terus menang.


Perbicangan demi perbincangan dengan SPR telah dijalankan, berhelai-helai memo bantahan telah dihantar, puluhan cadangan dan kritikan telah diberikan kepada SPR, tetapi SPR terus melakukan penipuan dalam senarai daftar pemilih dan penipuan dalam pelbagai prosidur melalui proses pelaksanaan pilihanraya.  INILAH YANG RAKYAT dan ORANG KEBANYAKAN PERLU DIFAHAMKAN.


Berikan info kepada rakyat apa sebenarnya kritikan dan cadangan BERSIH.
Berikan sebab mengapa DEMO ini TERPAKSA dibuat dan bukannya BERSIH tidak pernah berdialog atau duduk semeja dengan SPR dan kerajaan. Semuanya pernah dibuat.


Berikan sebab mengapa rakyat harus sokong ketelusan proses pilihanraya.
Berikan inspirasi kepada rakyat mengapa kita sebagai rakyat harus bersama membetulkan urusan negara yang milik kita bersama dan bukan milik BN-UMNO!


Edarkan risalah di seluruh negara, masjid, surau, pasaraya, pasar basah, sekolah, stesen bus, stesen keretapi, stesen teksi, stesen bas, pantai-pantai peranginan,  padang-padang permainan, kawasan rekreasi, dan di sepanjang jalan di seluruh negara. Banjirkan maklumat mengenai BESRIH dalam negara supaya rakyat faham mengapa BERSIH perlu di lakukan dan di sokong! 


Tidak cukup dengan bercakap dalam Internet sahaja! Insya Allah saya mulakan sendiri dengan mencetak dan mengedar info apa dan mengapa DEMO BERSIH itu. Kepada rakyat yang sayang pada negara, ayuh didik rakyat, inform rakyat apa dan mengapa BERSIH.


JK BERSIH perlu segera lakukan pecutan akhir dalam seminggu ini. Kalau pun tidak jadi DEMO BERSIH kerana arahan DYMM atau sekatan Polis, mesej BERSIH tetap sampai kepada rakyat seluruhnya.


gigitankerengga

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Dakwaan agenda hidupkan komunis sandiwara polis, KDN

Posted: 27 Jun 2011 03:00 AM PDT


KUALA LUMPUR, 26 Jun — Parti Sosialis Malaysia (PSM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa parti itu cuba menghidupkan semula fahaman komunis ekoran tangkapan 30 aktivis di Pulau Pinang.

Sebaliknya tegas Setiausaha Agung PSM S. Arutchelvan, pihaknya tidak mempunyai sebarang agenda untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong apatah lagi mahu menghidupkan semula gerakan Parti Komunis Malaysia (PKM) seperti mana yang didakwa.
"Pembohongan besar ini turut digunakan ke atas 30 orang peserta yang terlibat dalam Kempen Udahlah. Mereka yang sepatutnya dibebaskan, kini direman selama tujuh hari ekoran cubaan polis mengukir satu cerita fantasi di mana seksyen yang digunakan keatas mereka adalah Seksyen 122 Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.
"Kenyataan pihak berkuasa dan dakwaan ke atas aktivis PSM adalah tidak berasas, tidak masuk akal, pembohongan, bermotifkan politik dan sandiwara dan oleh yang demikian, PSM meminta ke semua mereka yang direman dibebaskan serta merta dan pihak kerajaan meminta maaf atas tohmahan yang tidak berasas ini," katanya dalam satu kenyataan.
Polis Pulau Pinang pagi tadi mengumumkan bahawa perintah reman akan dibuat ke atas 30 aktivis Bersih 2.0 yang juga ahli PSM mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana mereka berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.
Abdul Rahim berkata siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis PSM yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang petang semalam cuba menghidupkan semula fahaman komunis.
Beliau berkata, ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan mempunyai kaitan dengan fahaman PKM.
Kumpulan berkenaan yang menaiki sebuah bas persiaran dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan Himpunan Bersih 2.0 9 Julai ini.
Kempen PSM bertemakan "Udahlah tu... Bersaralah" itu dikatakan tertumpu ke bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lalu.
Semalam 14 wanita dan 17 lelaki yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) untuk dirakam percakapan.
Abdul Rahim berkata, seorang daripada aktivis berkenaan dibebaskan kerana masih di bawah umur manakala 30 yang lain kini direman bagi membantu siasatan.
Katanya, perintah reman bagi semua mereka yang berusia 18 hingga 64 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Butterworth.
"PSM merasa lucu bahawa pemerintah cuba mengaitkan PSM dengan komunis dengan terjumpanya beberapa kemeja-T dan bahan-bahan yang mempunyai imej pemimpin komunis.
"Untuk makluman polis, ini adalah skrip zaman perang dingin di mana hari ini, semua bahan ini boleh didapati di pasaran dan dijual secara umum tanpa sebarang sekatan. Selain itu, kerajaan Malaysia juga mempunyai hubungan politik dengan Parti Komunsi Cina, Vietnam, Cuba dan lain-lain," kata Arutchelvan.
Tegas beliau, PSM kini adalah sebuah parti berdaftar yang menjalankan aktiviti secara sah tanpa terlibat dengan apa-apa agenda lain termasuk menyebarkan fahaman komunis.
"PSM adalah sebuah parti berdaftar yang menjalankan aktiviti secara sah dan ini memang diketahui umum.
"PSM juga mengiktiraf sumbangan parti-parti kiri sebelumnya yang telah menyumbang kepada kemerdekaan negara seperti PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya), API (Angkatan Pemuda Insaf), AWAS (Angkatan Wanita Sedar) dan PKM. Cubaan polis yang sering melabel parti-parti lain sebagai ejen PKM adalah satu taktik lama dan sudah basi," katanya.
Arutchelvan tidak menolak kemungkinan penahanan aktivis parti itu di Pulau Pinang adalah satu tindakan terancang yang dilakukan untuk mewujudkan suasana "darurat" sebagai langkah menghalang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Petang tadi Hishammuddin mempertahankan tindakan polis menahan 30 aktivis Bersih 2.0 di Pulau Pinang di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan sambil berkata ada alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka. TMI

demolanie

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Duda Jerat Budak Bawah Umur Orang Asli

Posted: 27 Jun 2011 12:00 AM PDT


TAMPIN: Jijik apabila seorang duda berusia 40 tahun tergamak menggunakan agama sebagai helah untuk memerangkap seorang gadis Orang Asli sebelum bertindak merogolnya.

Difahamkan, gadis berusia 15 tahun itu dari sebuah Kampung Orang Asli Raub, Pahang, dijanjikan duda berkenaan untuk diberi kemewahan jika bersetuju menukar agama dan mengahwininya. Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila gadis berkenaan dipercayai dirogol lelaki berkenaan sebelum upacara pengislaman dan akad nikahnya berlangsung di Gemencheh, di sini.
Menurut sumber, kerana percaya janji manis duda berkenaan gadis itu sanggup meninggalkan ibu bapanya untuk mengikut lelaki berkenaan ke Kampung Batang Rokan, Gemencheh.

"Gadis malang itu rela dirinya dirogol sebanyak dua kali, pertama pada awal pagi 15 Jun lalu dan berulang sekali lagi pada 17 Jun waktu yang sama dalam rumah lelaki berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sumber berkata, rahsia perbuatan duda yang pernah berkahwin dua kali itu dan mempunyai dua anak perempuan berusia 17 serta 20 tahun terbongkar apabila ibu bapa mangsa datang ke rumah lelaki berkenaan selepas anak mereka hilang.

"Gadis berkenaan yang tidak pulang ke rumah selama lima hari menghubungi ibu bapanya menceritakan kejadian yang menimpanya sebelum ibu bapanya datang mengambilnya dan membuat laporan polis," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan menerima laporan kes itu.

"Kami sudah menahan lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu jentolak di rumahnya pada 21 Jun lalu, kira-kira jam 2 petang," katanya. Beliau berkata, lelaki itu kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-HM


duniacacamarba




SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

WAJIB BACA: Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 2.0

Posted: 26 Jun 2011 09:00 PM PDT



*Penting! **Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 2.0 *


Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.


Tuntutan Bersih 2.0:



  • Pendaftaran automatik

  • Reformasi undi pos

  • Penggunaan dakwat kekal

  • Akses kepada media

  • Masa berkempen minima

  • Pengukuhan perbadanan awam

  • Hentikan rasuah


BERSIH 2.0 has been actively advocating for electoral reform but our demands have fallen on deaf ears. Bersih 2.0 feels that, the time has come for those mandated to administer the nation to "listen to the voices of the rakyat". There is a clamour worldwide for greater democratisation of societies and we would invite those in power to heed those voices.


Perhimpunan Bersih 2.0 is threefold: to further press for the rakyat's demands for electoral reform, strengthening of public institutions, and to take a stand against widespread corruption at all levels of society. We would like to emphasise that this initiative is spearheaded purely by civil society with every intention of inviting all political parties to join forces with the rakyat to promote and uphold democracy in this country.


Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.


Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.


*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *



  1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

  2. Duit-maksimum RM100 sahaja.

  3. 3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0

  4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

  5. Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya boleh digunakan.

  6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

  7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

  8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

  9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

  10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

  11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

  12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

  13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

  14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com [Kita perlu alamat email yang boleh id lindungi dari spam/hacking, etc – siapa boleh tolong?]


*Perkara yang tidak dibenarkan*



  1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

  2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

  3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.

  4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

  5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.

  6. 6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

  7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.

  8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

  9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.

  10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

  11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

  12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

  13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.


*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*



  1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

  2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

  3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.

  4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

  5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

  6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

  7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

  8. Jangan lupa *charge* bateri handphone dan kamera.

  9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru

  10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

  11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

  12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

  13. Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula.


*Semasa perhimpunan dan perarakan*



  1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru


dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik.



  1. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*

  2. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.

  3. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

  4. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

  5. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

  6. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

  7. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

  8. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

  9. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

  10. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

  11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

  12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

  13. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

  14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

  15. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.

  16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.


*Selepas perhimpunan*



  1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

  2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan ___________________________________[KL LAC?]

  3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.

    Dapatkan maklumat ___________________________ berkaitan untuk bebaskan mereka.

  4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

  5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

  6. 6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.



*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi*


1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.


2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.


3. Jangan hampiri mereka.


4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.


5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.


6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.



*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*



  1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

  2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

  3. Duduk jika pimpinan arahkan.

  4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.

  5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

  6. Ambil gambar mereka jika sempat.

  7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.



*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*



  1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

  2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

  3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

  4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

  5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

  6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab

    "Saya kerja swasta atau kerja sendiri". Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

  7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

  8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

  9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

  10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

  11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.


*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*



  1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

  2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

  3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

  4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

  5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

  6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

  7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

  8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

  9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

  10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

  11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.


*Perhatian!*



  1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

  2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

  3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

  4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini


Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.


Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.


Ingat, Himpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.


Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada *Field Commander* atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.


Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

-SUARAM


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Makhluk mana yang kelapaq nak bunuh KJ nih... haha...

Posted: 26 Jun 2011 06:00 PM PDT



Lawak betoi la bila KP berbangsa Umno, si Khairy Jamaluddin hari ni dakwa dia pun terima ancaman terhadap keselamatannya melalui SMS... kahkahkah...

Agak agak la KJ oii, makhluk mana la agaknya yang nak bunuh hang tu yerk... kahkahkah...

Ikut kata twitternya, selain dari dia... setiausaha Pemuda jugak berbangsa Umno, Megat Firdouz dan beberapa pemimpin pergerakan berbangsa Umno itu menerima SMS memberi amaran kat depa tentang risiko perhimpunan 9 Julai yang dirancang oleh beberapa pihak berhubung pilihan raya yang adil dan bebas.

Haha... awat yang hang tak dapat dulu dari si Ambiga tu? Tetiba ja lepaih Ambiga hang pulak yang terkena? Sapa la agaknya yang nak bunuh hangpa tu yerk? Hangpa kena ingat, kalau si Ambiga tu terima ugutan... ramai yang tak heran pasai dia tu memang banyak musuhnya terutama selepaih dia sibuk nak himpun rakyat bangkit dalam BERSIH 2.0 tuh... Dia golongan kuning dan hang ni pulak golongan merah, golongan Patriot yang jelas menentang arus Datuk Ambiga... kahkahkah...

shalehudin

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: