Rabu, 15 Jun 2011

Biaqpila

Biaqpila


KARTUN UTUSEKS HINA ISLAM

Posted: 15 Jun 2011 03:00 PM PDT

Hina Islam: Ulama mahu pelukis, penerbit didakwa



Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.
"Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.

Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

"PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

"Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini," katanya.

Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dia hanya Besi

Dialognya berbunyi "Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!"

Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: "Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi."

Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.

"PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama," katanya.

Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.

"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."

Begitu jahil

Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.

"Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.

"Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat.

Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.

"Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu," katanya.

Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.

"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya.-MK

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PAGE RM1.8 JUTA DAH CECAH 37 ORANG LIKE...KAH!KAH!KAH!

Posted: 15 Jun 2011 10:38 AM PDT



DEY MACHA!!!
PAGE YANG BERHARGA RM1.8 JUTA DUIT RAKYAT DAH KENA MAKAN SUMPAH,
DARIPADA 24,000 LIKE DAH JADI 37 LIKE (SETAKAT PUKUL 1.30 PAGI TADI)
KAH! KAH! KAH!

NAMPAKNYA PAGE YANG BERHARGA FREE Toyorism Malaysia ~ Curi-Curi 1Malaysia KINI MENDAHULUINYA DENGAN 142 LIKE
KAH! KAH! KAH!




SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kalaulah Tony Blair pemimpin DAP

Posted: 15 Jun 2011 08:00 AM PDT



Oleh Mohd Nasir Awang

Mujur benar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair bukan warga negara ini. Jika tidak, besar kemungkinan beliau kini menjadi bahan cemuhan dan balunan para pejuang dan penjuak parti Melayu seantero Malaysia.

Akan bertalu-talu kecaman dan luah rasa tidak puas hati terhadapnya kerana dianggap menghina al-Quran dan memperalatkan kitab suci itu demi agenda politiknya.

Namun Blair terlepas dari menjadi fokus polemik sedemikian. Dia bukan pemimpin atau ahli mana-mana parti politik di Malaysia.
Lebih bernasib baik lagi, dia juga bukan pemimpin pembangkang yang terpaksa berdepan dengan karenah dan gelagat para pemimpin sebuah parti pemerintah negara yang rata-rata berfikiran sempit, kolot dan gemar memberi nilaian negatif terhadap apa juga dilakukan parti lawan.

Disebabkan tiada kaitan dengan Malaysia, maka kegemaran terbaru bekas pemimpin sekutu kuasa besar dunia itu tidak tertakluk kepada penafsiran buruk dan sembrono sejumlah pemimpin Melayu negara ini, khususnya yang bergelar pemimpin Umno dan kalangan yang sealiran pemikiran dengan mereka.

Beberapa media cetak hari ini (Selasa) melaporkan pendedahan terbaru Blair bahawa beliau membaca al-Quran setiap hari. Pemimpin Parti Buruh itu dipetik sebagai mengakui membaca kitab suci umat Islam itu bagi memastikan kefahamannya terhadap agama itu terus kukuh.

"Saya membaca al-Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami perkara yang berlaku di dunia, tetapi paling penting kitab ini sangat penuh dengan maklumat dan boleh menjadi sumber rujukan," laporan itu memetik wawancara beliau dengan majalah Observer, edisi Ahad.

Bagi kita yang mengutamakan dakwah dan penyuburan kefahaman Islam di kalangan masyarakat dunia, kesediaan individu bukan Islam membaca dan mendalami isi kandungan al-Quran adalah perkembangan yang amat membanggakan lagi dialukan.

Lagi pun, sejak sekian lama kita sering didedahkan dengan kisah sebilangan tokoh dan sarjana terkemuka dunia yang akhirnya memeluk Islam selepas mendekatkan diri mereka kepada isi kandungan al-Quran. Umpamanya, kisah bagaimana Muhammad Assad (penulis tafsir al-Quran), Margaret Marcus @ Maryam Jameelah, Maurice Bucaille dan Lew Alcindor @ Kareem Abdul Jabbar menemui hidayah banyak dikaitkan dengan penelitian mereka terhadap keindahan khazanah tersimpan di dalam kitab suci itu.

Namun, sepertimana dibuktikan sebelum ini, tidak semua orang Melayu di negara kita (baca 'orang Umno') dapat menerima perkembangan sebegitu secara positif. Semacam ada peraturan dan persepsi umum bahawa menjadi pantang larang yang sangat besar bagi orang bukan Islam Malaysia membaca al-Quran.

Sejauh manakah fahaman sedemikian bertepatan dengan ajaran Islam tidak pula diperjelaskan. Namun setidaknya itulah persepsi yang telah terbentuk dalam masyarakat negara kita, terutama selepas berlakunya polemik agak panjang mengenai isu berkenaan dua tahun lalu.

Isu itu bermula dari tindakan berani seorang Ahli Parlimen DAP (bukan Islam) di Perak membacakan sepotong ayat al-Quran dalam ceramahnya semasa kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, April 2009.

Kegagalannya menyebut ayat itu dengan makhraj bahasa Arab yang betul dijadikan hujah kononnya dia telah mempersendakan ayat al-Quran. Ada juga yang mempersoalkan niat sebenar pemimpin itu, kononnya bertujuan memperalatkan ayat suci bagi kepentingan politik.

Apatah lagi dalam ucapannya itu pemimpin DAP terbabit memang menujukan ayat tersebut kepada para pemimpin Melayu. Beliau malah secara jelas menyeru agar orang Islam benar-benar menghayati maksud ayat tersebut, yang antara lain memerintahkan mereka berlaku adil dan ihsan kepada sesama manusia.

Sudah tentu perlakuan sedemikian menjadi tamparan buat para pemimpin politik Islam, terutama sekiranya mereka sendiri amat jarang merujuk ayat al-Quran dalam ucapan mereka. Apabila seorang bukan Islam bersedia mempelajari al-Quran kemudian menjadikannya sandaran hujah dalam mengingatkan umat Islam, ia tidak syak lagi suatu yang mengaibkan umat Islam sendiri.

Ekoran insiden itu, beberapa pihak sealiran dengan parti pemerintah negara terus membantah. Bahkan ada yang tanpa tangguh membuat laporan polis, kononnya sebagai tanda tersangat prihatin terhadap kesucian al-Quran.

Beberapa tokoh agama juga disorot pandangan mereka. Bagai diduga, ulasan mereka memang bertepatan dengan aspirasi dikehendaki Umno. Secara mudah mereka menghukum (semata-mata berdasarkan apa yang dilaporkan media kroni Umno) bahawa apa yang dibuat pemimpin DAP itu suatu persendaan terhadap ayat al-Quran.

Ada mufti malah mempersoalkan apa hak pemimpin bukan Islam itu membaca ayat al-Quran dalam ceramahnya sedangkan dia sendiri tidak beriman kepada Islam?

Malah ada yang memanjangkan pertikaian itu dengan menghujah bahawa orang bukan Islam tidak sepatutnya dibenarkan menjamah naskhah al-Quran kerana jasmani mereka disifatkan tidak suci di sisi Islam.

Justeru, oleh kerana rakan utama DAP dalam pakatan pembangkang ialah PAS, apa juga dilakukan pemimpin parti bermajoriti kaum Cina itu dibahasakan sebagai mendapat restu rakan mereka dalam PAS.

Tidak pasal-pasal para pemimpin PAS, terutama kalangan ulama turut diganyang. Mereka disifatkan membisu dan takut menegur keterlanjuran pemimpin DAP, semata-mata kerana mahu menjaga persahabatan. Pemimpin PAS dianggap dayus dan sanggup menggadai kesucian Islam kerana membiarkan pemimpin DAP menyentuh dan membaca al-Quran.

Itulah kefahaman yang secara terbuka dilontarkan ke tengah masyarakat. Bahawa orang bukan Islam tidak sewajarnya dibenarkan membaca kitab suci umat Islam. Juara menjulang 'isyarat salah' ialah para pemimpin Umno. Isu itu pula sengaja dipolemikkan media talibarut parti itu.

Sebab itu kita mengandaikan sekiranya Blair rakyat negara ini dan terlibat di pentas politik Malaysia, lebih-lebih lagi sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu dia tidak akan terlepas dari menjadi bahan serangan serupa.

Kalau sekadar membaca sepotong ayat suci oleh pemimpin DAP itu pun sudah dicemuh sebagai menghina dan mempersenda al-Quran, inikan pula menjamah, membelek dan menatapnya setiap hari?

Niat Blair mendalami al-Quran siang-siang lagi akan dianggap sebagai mempersenda dan memperalatkan kitab suci itu. Apatah lagi beliau mengakui pengetahuan mengenai Islam diperolehinya dari al-Quran membantunya melaksanakan tugas sebagai duta khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia ke Timur Tengah.

Blair diutus dalam usaha kuartet itu menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Lalu dapat kita telah bahawa beliau akan dipersoal dan dianggap cuba mempersenda al-Quran kerana atas alasan beliau membacanya bukan kerana beriman dengan firman Allah, tetapi demi kepentingan politik dan tugas duniawinya.

Lebih buruk lagi, penafsiran negatif oleh pemimpin ultra-Melayu itu boleh diperjela-jelankan dengan mengaitkan niat Blair yang mewakili 'polis dunia' itu atas perancangan memusuhi dan memangsakan negara-negara Islam. Maka sudah tentu tindakannya membaca dan mendalami al-Quran itu boleh dinilai sebagai sekadar memperalatkan kitab suci itu untuk berdepan umat Islam sendiri.

Tidak mustahil akan ada NGO yang membuat laporan polis terhadap Blair dan mengadakan demonstrasi membantah tindakannya itu. Bukankah itu yang semakin menjadi kelaziman di negara kita mutakhir ini?

Fahaman salah mengenai keharusan orang bukan Islam mendekati al-Quran yang ditaja Umno itu wajar diperbetulkan. Ia bertepatan dengan hasrat diluahkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di dalam ucapan dasarnya, 3 Jun lalu.

Antara lain kata Tuan Guru, "umat Melayu Islam sebagai teras politik dalam negara kita ini semakin hari semakin lemah jati diri kerana lemah kefahaman Islamnya apabila tidak menjadikan Islam agama yang memerintah dan tidak mampu menunjukkan model Islam kepada masyarakat majmuk. Maka PAS wajib menyelamat negara dan penganut Islam yang hilang punca dan membetulkan fahaman yang salah ini.

DD

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Bunuh, Tanam Rakan Cuba Perkosa Isteri

Posted: 15 Jun 2011 05:00 AM PDT


[HM] KINABATANGAN: Seorang suami yang berang melihat rakan sekerja cuba merogol isterinya, membelasah lelaki itu menggunakan tukul besi sehingga maut sebelum menyeret mayatnya sejauh 100 meter dan menanam tubuh berlumuran darah itu di lereng bukit di Kampung Pelangi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mangsa yang hanya dikenali Khail, 20, ditemui dalam keadaan ngeri dengan kesan parah di kepala oleh sepasukan polis sejurus menerima maklumat penduduk kampung yang melihat suspek 'menanam' sesuatu di kawasan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, suspek yang berusia 26 tahun baru balik dari bekerja di tapak pembinaan berhampiran.

Bagaimanapun, sebaik memasuki rumah, dia terkejut apabila melihat isterinya yang berusia 19 tahun bergelut dengan seorang lelaki yang dipercayai cuba merogolnya.

Tanpa berfikir panjang, suspek menghentak kepala mangsa menggunakan tukul besi sebanyak dua kali menyebabkan mangsa menggelupur sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. -HM


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

GEMPAQ!!!! LAGI PAGE FB BERHARGA RM 1.8 BILLION DITEMUI

Posted: 14 Jun 2011 11:35 PM PDT


TOYORISM (BUDAYA TOYOL)-CURI-CURI 1MALAYSIA DILANCARKAN HARI INI.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK KETERANGAN LANJUT BAGAIMANA CARA-CARA MEMBUAT WANG SEBANYAK RM 1.8 BILLION DALAM MASA SEMINIT TANPA MENGGUNAKAN WANG RAKYAT.


KUALA LUMPUR: Selepas kecoh dengan page facebook Tourism Malaysia ~ Cuti-Cuti 1Malaysia yang diselenggara menggunakan wang rakyat sebanyak RM1.8 juta sesuka hati mak bapak depa, kini dilaporkan orang-ramai telah menemui sebuah lagi page di facebook iaitu Toyorism Malaysia ~ Curi-Curi 1Malaysia yang baru dilancarkan bagi memberi saingan kepada page yang berharga RM 1.8 juta itu.

Orang-ramai boleh menyertainya tanpa mengeluarkan sesenpun dengan mengklik di sini.

Sehingga berita ini ditulis, Raja Katak yang dikatakan akan turut memanggil katak-kataknya tumpang berdemo pada awal Julai nanti masih berada di bawah tempurung dan tidak dapat dihubungi bagi menyatakan pendiriannya berhubung perkara ini.


KOMEN DARI SEORANG RAKYAT:

1Malaysia Email : RM50,000,000 + RM0.50 per email sent
1Pengguna website : RM1,400,000
Cuti-Cuti Malaysia : RM1,800,000
One Million Youth Gathering : RM25,500,000 instead of RM1,500,000
Dog : RM32,000 - RM34,000 for a dog
Diesel : C2 fishing trawlers steep rise of 44% from the previous price of RM1.25
Sugar : 20 sen increase from RM2.10 to RM2.30 per kg
Electricity : Going up by 7%
Petrol : RON 97 increased by 20 sen to a record high of RM2.90 per liter

-UTUSEKS MELOYA

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kementerian 'Pelencongan' Guna RM1.8 Juta Update Fesbuk? Kah!kah!kah!

Posted: 14 Jun 2011 09:00 PM PDT


Tidoq itu lebih baik dari berFB
PAGE YANG CIKAI MACAM NI PUN DAH CECAH 13,000 LIKE

PAGE Tourism Malaysia ~ Cuti-Cuti 1Malaysia
YANG BERHARGA RM 1.8 JUTA CUMA 22,000 ORANG LIKE?

Satu perkara bangang Kementerian Pelancongan telah berlaku dan telahpun berlaku lama tanpa pengetahuan rakyat. Semata mata kerana nak update facebook Cuti Cuti 1Malaysia, Kementerian Pelancongan telah menTENDERkan bende simple camni dengan harga 1.8juta! Banyak tuuuuuuuuuuuu.. Apa staff kementerian tu bangang sangat tak reti update facebook ke? atau buat buat bangang?! Duit rakyat hilang macam tu sahaja!

Sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma yang hanya hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian tersebut..

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013. Main facebook pun kene TENDER sekarang ye? kah kah kaaaaaaaahh!!

Inilah bukti Negara Berkebajikan pemerintahan Barisan Nasional.. kah kah kaaaaaaaaaahh!!!

by: Orenji Ren Oren


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

SPR MINTA RM48K UNTUK DAFTAR PEMILIH

Posted: 14 Jun 2011 06:00 PM PDT



Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendedahkan dakwaan taktik terbaru Umno memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan meminta RM48,000 daripada PKR jika mahu mendapatkan butiran penuh daftar pemilih. Menurutnya, tindakan SPR itu dilihat sengaja memburukkan proses Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang walaupun tarikhnya masih menjadi teka-teki.

"Amat mengejutkan apabila PKR diminta membayar RM48,000 untuk alamat daftar pemilih induk 2010 yang diwartakan 19 Mei lalu.


"Persoalannya, kenapa SPR menjalankan perniagaan bagi mendapatkan alamat daftar pemilih. Ia adalah tanggungjawab SPR membekalkan maklumat yang lengkap. Kita dapat hidu ini adalah usaha Umno untuk memasukkan pengundi-pengundi hantu dalam daftar pemilih yang tidak menetap dan tinggal di kawasan berkenaan," kata Azmin pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.


Katanya, perkara itu terbongkar apabila beliau sendiri bertemu Ketua Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria bagi mendapatkan penjelasan perkembangan terakhir pilihan raya akan datang.



"Lebih kurang tiga minggu lalu, saya bertemu dengan Ketua Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria untuk dapatkan penjelasan tentang perkembangan terakhir PRU tetapi menunjukkan SPR tidak lagi mampu menjalankan pilihan raya yang adil dan bersih.


"Saya dapat pengesahan daripada pihak SPR bahawa ada arahan baru berkenaan daftar pemilih yang dibekalkan kepada ahli-ahli politik dan saya percaya ahli politik Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi diberikan alamat pemilih-pemilih berkenaan," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.


Dalam pada itu, beliau mempersoalkan tindakan SPR yang sengaja tidak menyediakan alamat pemilih kepada ahli politik Pakatan sedangkan beliau mendapat maklumat perkara sebaliknya berlaku kepada Barisan Nasional (BN).


"Saya dapat maklumat ahli-ahli politik BN disediakan alamat penuh berkenaan pemilih di kawasan mereka yang disertakan nombor telefon. Mengapa boleh berlaku dwistandard terhadap PR? Ini tindakan tidak adil dan di mana sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini?


"Saya memberi contoh di sini daftar pemilih yang terkini yang diwartakan pada 19 Mei lalu sehingga suku tahun keempat 2010, di lokasi Rumah Pangsa AU3 (Blok 1-15) Dun Ulu Klang, Parlimen Gombak (P.098), dapat dilihat hampir kesemua nama-nama yang dibekalkan oleh SPR hampir semuanya hanya ada nombor rumah sahaja, tidak ada alamat yang penuh.


"Bagaimana mungkin kita dapat sahkan sama ada pemilih ini benar-benar pemilih yang duduk di kawasan berkenaan sekiranya alamat tidak diberikan. Ia ada beberapa nama pemilih yang ada alamat tetapi lebih 90 peratus pemilih tiada alamat di dalam daftar pemilih yang dibekalkan oleh SPR yang perlu diberikan kepada parti politik," ujarnya sambil menunjukkan bukti senarai nama tanpa alamat kepada pemberita.-kltoday


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: