Khamis, 9 Jun 2011

Biaqpila

Biaqpila


Pulihkan Dara Untuk Elak Zina

Posted: 09 Jun 2011 05:00 AM PDT


JAKARTA: Penyanyi dangdut yang juga pelakon, Dewi Persik semalam berkata, dia bertindak melakukan pembedahan selaput dara di Mesir kerana mahu menghindari zina.

"Niat saya, walaupun janda, saya mahu melindungi diri saya daripada zina. 'Apabila mengenangkan perbelanjaan yang besar dan sakit luar biasa ketika menjalani pembedahan itu, saya pasti tidak akan melepaskan keperawanan baru saya kepada lelaki sebarangan, kecuali pada suami saya akan datang," katanya.

Dewi Persik yang lebih dikenali dengan panggilan Depe dan nama sebenarnya Dewi Murya Agong juga memberitahu wartawan, pembedahan yang menelan belanja Rp1 bilion (RM354,000) itu dibiayai oleh pemilik syarikat penerbitan filem K2K. Depe berlakon dalam filem Pacar Hantu Perawan yang diterbitkan syarikat berkenaan.

Menurutnya, penerbit, KK Dheraj sanggup membayarnya wang berkenaan jika dia menjalani pembedahan itu. "Satu bilion bukan angka kecil," katanya.

Dalam filem terbaru itu, Depe memegang watak Mondy, wanita yang tidak percaya kepada perkara mistik tetapi akhirnya sering diganggu makhluk halus.

Depe, dalam satu wawancara lain berkata, dia mendapatkan nasihat beberapa rakan sebelum menjalani pembedahan selaput dara itu.

Antara mereka ialah bintang porno warga Norway yang turut berlakon dalam Pacar Hantu Perawan dan Misa Campo, model seksi yang sering muncul dalam forum Internet untuk golongan dewasa. - Agensi

gb

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Siapa individu pertama yang halang hukum hudud di Kelantan?

Posted: 09 Jun 2011 01:00 AM PDT


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu.

Kata Nik Aziz (gambar), kemungkinan Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.
Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.

Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

"Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.

"Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya," kata Nik Aziz dalam laman Facebook beliau hari ini.

Semalam Dr Mahathir mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal.

Dengan nada menyindir, beliau berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana "akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya."
Kata Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.

Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khususnya Karpal.

Dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Ke-57 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan.

Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak perlu mengambil berat akan kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir sambil menyifatkan pemimpin veteran itu "kewarasannya sudah tidak stabil."

"Kita tidak perlu nak ambil peduli, ini kenyataan yang sudah sampai ke tahap kewarasan yang sudah tidak stabil dan saya bersimpati kepada beliau (Dr Mahathir).

"Beliau sebenarnya tidak sedar apa yang beliau katakan itu sebab itu PAS tidak perlu nak ambil berat sangat, orang yang paling kuat menentang hudud adalah Dr Mahathir... orang pertama yang menghantar surat amaran kepada Kelantan adalah Dr Mahathir.

"Karpal tidak menentang seperti mana yang dilakukan Dr Mahathir, sejarah sudah membuktikan orang yang menentang negara Islam dan hudud adalah Dr Mahathir dan saya percaya beliau masih menentang sehingga sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas Mahfuz, bukan Karpal yang memperoleh kemenangan dalam pemilihan PAS tapi rakyat negara ini kerana parti Islam itu bersedia untuk menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13.

"Yang dapat kemenangan besar ialah rakyat negara kita... orang yang tidak hadir yang dimaksudkan itu adalah rakyat di mana mereka mendapat satu keyakinan kepada PAS yang akan membentuk negara berkebajikan.
"Bukan Karpal yang dapat kemenangan tapi rakyat," katanya.

Justeru Ahli Parlimen Pokok Sena ini percaya Umno berada dalam keadaan tertekan ekoran pendekatan baru yang ditonjolkan PAS.

"Saya percaya Umno dalam keadaan yang sangat menggelabah dengan kekuatan pendekatan yang ditunjukkan PAS melalui konsep negara berkebajikan dan ini bertepatan dengan situasi semasa yang mana rakyat mengalami pelbagai persoalan yang gagal diselesaikan kerajaan sedia ada.

"Oleh itu gandingan kepimpinan sedia ada dan dulu telah berjaya memberikan satu lontaran kepada rakyat bahawa mereka kini mempunyai landasan baru iaitu negara berkebajikan dan ini akan memberi satu kekecewaan kepada Umno yang telah menimbulkan pelbagai keraguan kepada rakyat termasuk dalam isu perkauman, video seks dan sebagainya," katanya.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyifatkan individu yang menghentam pembentukan negara Islam adalah Dr Mahathir.

"Negara Islam Dr Mahathir yang hentam kuat sekali tapi dia juga yang mengumumkan Malaysia negara Islam, dia juga yang cadangkan agar PAS buang nama Islam yang mana kita tentang habis-habisan.

"Dr Mahathir ini sudah tidak stabil pemikiranya, bila kita kata negara kebajikan dia kata kita lari dari landasan... sebenarnya Umno sudah semakin gelisah dengan perubahan yang berlaku (dalam PAS)," katanya.

Jelas beliau, serangan demi serangan yang dibuat terhadap PAS kerana Umno bimbang akan tewas pada pilihan raya ke-13.

"Dulu PAS bagus tapi sekarang lagi bagus sebab orang bukan Melayu semakin yakin dengan PAS maknanya Umno kini semakin menuju ke jalan-jalan terakhir.

"Apa yang dilakukan Umno ini sebab takut untuk menghadapi pilihan raya umum," katanya.


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Wanita derita nanah selepas pembedahan besar payu dara

Posted: 08 Jun 2011 09:00 PM PDT


KUALA LUMPUR – Hasrat membuat kejutan dan memenuhi kehendak kekasih untuk tampil menawan membawa derita kepada seorang wanita setelah payu dara dan perutnya yang cuba dicantikkan melalui pembedahan plastik bernanah.

Lebih malang, keadaan itu juga menjadi punca teman lelakinya memutuskan perhubungan dengan mangsa yang berasal dari Triang, Pahang itu.

Wanita hanya mahu dikenali sebagai Tham, 30, berkata, payu daranya menjadi gatal dan bernanah kerana dijangkiti kuman selepas pembedahan plastik di sebuah klinik kosmetik tidak berlesen pada 11 Mac tahun lalu dengan kos sebanyak RM13,100.

Menurutnya, dia ke klinik berkenaan selepas diperkenalkan seorang rakannya yang pernah menjalani pembedahan sedut lemak di situ.

"Saya menanggung sakit selama dua jam kerana pembedahan dilakukan tanpa ubat bius," katanya di Wisma MCA, semalam. Menurutnya, doktor dipercayai warga China, memindahkan lemak dari perut ke payu daranya.

Selepas empat bulan kesakitan, mangsa bertemu dengan pakar surgeri di Ampang.

Di klinik itu, dia terkejut apabila pakar memberitahu lemak perut tidak boleh digunakan untuk membesarkan payudara.

Menurut mangsa, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor warga China itu.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, beliau akan memaklumkan kes itu kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk tindakan lanjut.

SH

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

APA SALAHNYA TIBA2 TERASA NAK KAWIN DENGAN ORANG KAZAKHSTAN...KAH!KAH!KAH!

Posted: 08 Jun 2011 06:00 PM PDT



DEY MACHA!!!
KJ DAH PECAH LOBANG;

"Perancangan lawatan PM ke Kazakh dibuat lama sebelum pertunangan anak perempuannya. Malah ia sebagai lawatan balas lawatan Presiden Nazarbayev ke Malaysia semasa zaman Pak Lah," katanyanya merujuk kepada lawatan President Nursultan Abishuly Nazarbayev ke Malaysia pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad badawi menjadi perdana menteri.

KALAU BETOI APA KATA KJ,
MEMANG SAHLA KISAH NAJIB BAKAL BERBESAN DENGAN PEMBESAR KAZAKHSTAN,
MAKNANYA NAJIB SELIT ATUCARA PERTUNANGAN ANAKNYA DALAM LAWATAN TU LA...
KAH! KAH! KAH!

BIJAK BETOI KEPALA OTAK PM KITA
BIJAK NAK SAVE DUIT SENDIRI
KAH! KAH! KAH!

TAPI RAKYAT MALAYSIA TAU
LAWATAN ITU TELAH DIRANCANG SEBELUM MERDEKA LAGI
SECARA KEBETULAN DIBUAT KETIKA URUSKAN PERKAHWINAN ANAK
APA ADA HAL...
KAH! KAH! KAH!

SECARA KEBETULAN JUGA MASA PI AMERIKA
ANAK DIA TIBA-TIBA PULAK ADA KONVO
APA ADA HAL...
KAH! KAH! KAH!

KAMBING BOER PUN TAKLEH PERCAYA
BENDA KARUT MACAM NI
KAH! KAH! KAH!





Risik anak kahwin: Diam jika tiada bukti, kata KJ

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Kazakhstan bagi menghadri Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) di Astana telah dirancang setahun lebih awal dan tidak kena mengena dengan lawatan peribadinya, dakwa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

NONESambil membidas ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad yang membuat dakwaan itu, Khairy berkata dalam twitter adalah lebih baik pemimpin PAS itu “mendiamkan diri kecuali jika beliau mempunyai bukti”.

Dzulkefly yang juga adalah ahli Majlis Jawatankuasa Pusat PAS pada sidang medianya semalam berkata adalah salah dari segi moral bagi Najib dan keluarganya menggunakan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan mereka merisik perkahwinan anak perempuan mereka di Kazakhstan.

“Perancangan lawatan PM ke Kazakh dibuat lama sebelum pertunangan anak perempuannya. Malah ia sebagai lawatan balas lawatan Presiden Nazarbayev ke Malaysia semasa zaman Pak Lah,“ katanyanya merujuk kepada lawatan President Nursultan Abishuly Nazarbayev ke Malaysia pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad badawi menjadi perdana menteri.

NONEAnak gadis Najib, Nooryana Najwa dijadual berkahwin dengan seorang pembesar Kazakhstan.

Menjawab tweet lain, yang menuduh Khairy cuba mempertahankan salah laku Najib, beliau berkata “ Saya tidak bercakap bagi pihak sesiapa. Saya pegawai kanan Umno dan bercakap bagi pihak parti saya.”

Dzulkefly pada sidang akhbar semalam berkata tindakan Najib itu tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.

Katanya, ini pula bukan pertama kali dan semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika Najib dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

ucsi integrity congress 160910 dzulkeflyKhairy juga berkata tindakan Dzulkefly menyebarkan pembohongan keji itu adalah tindakan yang terdesak.

“Saya sangka Dr Dzul lelaki baik. Tak sangka beliau sanggup buat pembohongan yang sebegitu keji dan sebegitu terdesak memutar-belitkan cerita,” tulisnya.

Dzulkefly (kanan) yang kemudiannya menyertai 'perang' di twitter itu menggesa Khairy supaya “menyoal gerak hatinya” jika beliau tidak faham isu yang ditimbulkannya.

Beliau juga mengulangi cerita khalifah Umayyad Umar Abdul Aziz, yang pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya dan hanya menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam untuk urusan rasmi manakala jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.

Isu itu “dari segi moral amat jelas,” kata Dzulkefly sambil mempertahankan hujah yang diluahkannya semalam.-MK

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: