Rabu, 29 Jun 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pelekat BERSIH palsu pun ada??

Posted: 29 Jun 2011 08:26 AM PDT




KUALA LUMPUR, 29 Jun: PAS mendakwa terdapat usaha pihak tertentu mengelirukan rakyat dengan mengedarkan pelekat kenderaan palsu berlogo Bersih dan berwarna kuning.

Namun pelekat berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan apabila tertera ayat "Bersama kita tumbangkan kerajaan sekarang!" dan Buktikan kita mampu seperti Libya!".


Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memberitahu, beliau mendapat maklumat bahawa terdapat sebuah kilang di Johor yang mencetak pelekat berkenaan dalam kuantiti yang banyak diercayai turut dicetak di seluruh negara.

"Ini satu perancangan rapi dan teliti yang tujuannya untuk sabotaj program Bersih 9 julai ini dan ini merupakan usaha pihak tertentu untuk menimbulkan satu keadaan dan suasana yang tegang," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Justeru beliau berkata PAS akan berbincang dengan peguam mereka untuk membuat laporan polis berhubung perkara ini.

"Mungkin esok melalui peguam kami akan membuat laporan kepada polis dan saya yakin ini bukan kerja seketariat Bersih 2.0 walaupun latar belakang pelekat ini kuning," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sementara itu, seorang lagi naib presiden, Datuk Mahfuz Omar menegaskan himpunan 9 Julai ini bukan untuk menurunkan kerajaan sepeerti yang berlaku di Mesir sebaliknya hanyalah untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

"Himpunan ini bukan untuk turunkan kerajaan tapi nak tuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Kita anak jantan nak turunkan BN melalui peti undi. Tak ada dalam tuntutan Bersih pun nak turunkan kerajaan," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli berpandangan, tindakan mengelirukan rakyat ini hanyalah untuk mewujudkan satu alasan agar kerajaan menghalang ianya daripada berlaku.

"Mereka mahu pihak berkuasa menggunakan ini sebagai hujah bahawa himpunan ini lebih daripada satu himpunan aman dan mahu mengaitkan himpunan ini dengan himpunan di negara lain," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad mencabar Pemuda Umno untuk memastikan perhimpunan mereka berlangsung aman.

"PAS cabar pemuda Umno dan khairy untuk memastikan himpunan mereka juga aman kerana kita menuntut pilihan raya yang bersih. Kita mahu pilihan raya di atas padang yang sama rata.

"Siapa menang, siap kalah, biarkan rakyat yang membuat pilihan," katanya.

Harakahdaily

Patutlah SPR sibuk nak gunakan Sistem Biometrik....

Posted: 29 Jun 2011 07:56 AM PDT

Beberapa hari yang lalu... Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik, pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem tersebut yang kini diguna pakai terhadap warga asing.

500,000 warga Bangladesh didaftar menerusi sistem biometrik

PUTRAJAYA 29 Jun - Semua warganegara Bangladesh di negara ini yang dianggarkan 500,000 orang, sama ada masuk ke Malaysia secara sah atau haram, akan didaftarkan menerusi sistem biometrik dengan kerjasama kerajaan Bangladesh.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, program itu, sebahagian program pemutihan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, akan dapat menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin, di samping menangani jenayah merentas sempadan dengan membendung kegiatan haram termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

"Objektifnya ialah menghentikan eksploitasi ke atas mereka ini oleh penyeludup manusia, sindiket atau pihak ketiga kerana kita berpendapat atas alasan kemanusiaan sahaja, kita perlu memeranginya habis-habisan," katanya kepada pada sidang akhbar bersama dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Atiqur Rehman, di sini hari ini.

Hishammuddin berkata proses itu akan diselaraskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam pada peringkat makro, untuk mengkaji bagaimana proses itu dapat dilaksanakan segera manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) Datuk Alwi Ibrahim akan meneliti proses pendaftaran. - Bernama

Bersih 2.0 : 400 peguam Pakatan sedia bantu jika ada tangkapan

Posted: 29 Jun 2011 04:54 AM PDT

PETALING JAYA, 29 Jun — Sehingga 400 peguam secara sukarela telah menyatakan kesediaan mereka untuk membantu jika ada peserta Himpunan Bersih 2.0 ditangkap, kata pemimpin PKR hari ini.

"Setakat ini, berdasarkan maklumat yang saya terima antara 350 hingg 400 peguam menyatakan kesanggupan mereka membantu jika ada peserta yang ditangkap kerana menyatakan sokongan dan menyertai Himpunan Bersih," kata ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Shuhaimi Shafiei.


Ketika bercakap pada sidang media di sini, Ketua Penerangan PKR Selangor itu berkata, bilangan itu dijangka akan meningkat.

"Dalam Pakatan sendiri adalah ramai pemimpin kalangan peguam, yang ada asas undang-undang... dalam PAS seperti Hanipa Maidin, dalam PKR seperti R Sivarasa, Lateffa Koya... YB Kula di DAP," kata beliau lagi.

Sehubungan itu kata beliau, PKR Selangor akan membolisasikan sekitar 70,000 orang untuk menyokong Himpunan Bersih 2.0.

"PKR Selangor akan terus menyokong perhimpunan aman rakyat 9 Julai ini dan akan memastikan mobililasi 70,000 anggota PKR Selangor ke Himpunan Bersih 2.0 berjalan lancar.

"Pihak berkuasa boleh menahan, boleh menangkap, boleh mendakwa dan penjarakan semua orang kanan Bersih 2.0, namun tiada kuasa yang dapat menyekat semangat dan kebangkitan rakyat," katanya lagi.

PKR Selangor ada sekitar 120,000 ahli.

Shuhaimi yang juga Adun Sri Muda berkata, pihaknya yakin mereka yang hendak menyertai Himpunan Bersih 2.0 akan datang dua hari sebelum perhimpunan.

Pada sidang media hari ini, Shuhaimi juga mengumumkan tindakan memobililasikan mereka membabitkan lima lokasi berkumpul sebelum menuju ke ibu negara.

Menurutnya, lokasi pertama melibatkan ahli-ahlinya dari selatan Perak iaitu cabang Klang, Kapar, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Kuala Selangor yang diminta menggunakan stesen komuter Klang dan Pelabuhan Klang.

Lokasi kedua melibatkan ahli dan penyokong dari kawasan Shah Alam dan Kota Raja yang dinasihatkan mengambil stesen komuter Seksyen 19 Shah Alam dan Padang Jawa manakala lokasi ketiga membabitkan mereka dari kawasan Tanjong Karang, Selayang, Hulu Selangor, Ampang, Pandan dan Gombak yang diminta menggunakan stesen komuter Batu Caves, Rawang, Sungai Buloh , LRT Putra Gombak dan Ampang.

Dalam pada itu, lokasi keempat melibatkan mereka dari kawasan Petaling Jaya Utara, Petaling Jata Selatan, Kelana Jaya, Subang dan Puchong. Mereka dari kawasan-kawasan itu diminta menggunakan LRT Kelana Jaya dan komuter MidValley dan Seri Setia.

Shuhaimi berkata, pihak dari kawasan Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Serdang yang hendak menyertai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan ERL dari Salak Tinggi dan Putrajay, komuter dari Nilai, Bandar Baru Bangi dan UKM.

Sambil mengakui ia sebahagian daripada strategi menghadapi Himpunan Bersih 2.0 yang dianggap polis sebagai haram, Shuhaimi berkata, pihaknya ada pelan kontigensi tetapi enggan mendedahkannya.

Kata beliau, pihaknya yakin rakyat akan turun walaupun ada usaha di pihak berkuasa yang mahu menghalangnya daripada berlaku.

Malah kata beliau, sebahagian hotel di Lembah Klang enggan menerima tempahan bilik hotel untuk 8 Julai ini.


The Malaysian Insider

BERSIH : Hishamuddin buat lawak..

Posted: 29 Jun 2011 03:13 AM PDT

Entah siapalah yang dia cuba nak perbodohkan ni...

Pemuda Umno akan berdepan dengan tindakan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit di hadapan ibu pejabat PKR pada lewat malam Isnin lalu, kata Menteriu Dalam Negeri.

Ditanya secara spesifik sama ada polis akan bertindak berhubung insiden itu, Hishammuddin Hussein berkata: "Ya, ya, ya."

Katanya, tida ada mana-mana individu yang akan mendapat layanan istimewa dan kerajaan telah menjelaskan pendiriannya itu.


"Saya telah arahkan (polis) supaya Pemuda (Umno) diberikan layanan yang sama. Tidak ada sesiapun mengatasi undang-undang," katanya.

Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya," kata Saifuddin.

Bagaimanapun exco pergerakan itu Lokman Noor Adam menafikan dakwaan itu dan berkata beliau hanya dimaklumkan bahawa terdapat seorang pemimpinnya berucap:

"Sekiranya PKR meneruskannya juga perhimpunan pada 9 haribulan ini, kita ada pastikan pejabat PKR tidak ada di sini".

Bagaimanapun, tegasnya, beliau sendiri tidak ada mendengar kenyataan itu dikeluarkan dalam perhimpunan mereka itu.

Malaysiakini

Kami tidak bertindak balas kerana hormati hak berhimpun

Posted: 29 Jun 2011 02:55 AM PDT

PETALING JAYA: PKR tidak bertindak kasar ke atas sekumpulan Pemuda Umno yang berhimpun di perkarangan ibu pejabat parti di

Tropicana di sini malam Isnin lalu kerana menghormati kebebasan berhimpun dan bersuara.

Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Ripin berkata, pihaknya boleh bertindak, jika mahu, kerana mempunyai kira-kira 50 anggota di depan ibu pejabat PKR ketika kejadian.


"Kami boleh halau ahli Umno itu jika mahu, kami sedang memerhatikan tindak-tanduk mereka. Tetapi kami tidak berbuat demikian kerana yakin tidak ada kejadian buruk akan berlaku.

"Orang nak protes, kami benarkan janji buat dengan keadaan terkawal. Mereka berkumpul beramai-ramai tidak salah dan PKR tidak marah.

"Tetapi ucapan Exco Umno, Lokman Noor Adam berbau ugutan dan melakukan provokasi terhadap PKR. Kita tidak bertindak balas dan melakukan provokasi, tetapi bukan bermakna kita takut" katanya.

Kira-kira 300 ahli Pemuda Umno yang memakai baju T merah berkumpul di perkarangan ibu pejabat PKR membantah perhimpunan Bersih 9 Julai depan.

Bagaimanapun, mereka bersurai menjelang tengah malam tanpa sebarang kejadian buruk berlaku.

Huru hara

Menurut bekas Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Haniffah yang hadir sama di perhimpunan tersebut, ahli Pemuda Umno memprotes kerana Bersih akan mengadakan perhimpunan 9 Julai depan.

Beliau menambah, mereka membantah kerana perhimpunan itu akan menyebabkan berlaku huru hara dan merugikan peniaga.

Namun begitu, Rozan mempersoalkan mengapa Pemuda Umno datang secara beramai-ramai pada waktu tengah malam.

Katanya, kalau membantah perhimpunan Bersih, mereka perlu menghantar memorandum kepada Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga (Sreenevasan) atau datang waktu siang dan boleh juga menyerahkan memorandum ke Parlimen.

Rozan juga mengulas mengenai tindakan polis yang menahan dan mengambil keterangan mereka yang terbabit dengan Bersih termasuk yang memakai baju kuning.

"Mengapa program anjuran parti pembangkang dan NGO yang menyokong pembangkang dengan cepat disiasat dan ditahan?

Umpamanya dalam isu perhimpunan perarakan kepala lembu di Shah Alam tidak lama dulu," tambahnya.

Free Malaysia Today

Ambil tindakan terhadap Omar Din?

Posted: 28 Jun 2011 11:39 PM PDT

Nurul Izzah Anwar menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Omar Din Mauju, mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) yang mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi dan berunsur ugutan bertujuan menghalang Himpunan Bersih 2.0.

"Marilah kita berlagak lebih sebagai pendekar yang bertanggungjawab selaku khalifah di bumi Allah ini, bukannya pengecut yang lebih suka mengeluarkan ugutan kepada mereka yang mungkin berlainan fikrah atau pandangan daripada kita," tambah Nurul

Hmmm... tak payah nak dihairankanlah kenyataan Omar Din tu.. kan anak dia Megat Zulkarnain Dato' Megat Omardin tu Ketua Pemuda UMNO Gombak juga EXCO Pemuda UMNO... sikit sebanyak terpaksalah juga dia bercakap bagi membolehkan UMNO terus berkuasa..



Megat Zulkarnain Dato' Megat Omardin (Ketua Pemuda UMNO Gombak)




Nurul: 'Ambil tindakan terhadap Omar Din'

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Omar Din Mauju, mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) yang mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi dan berunsur ugutan bertujuan menghalang Himpunan Bersih 2.0.

Beliau berkata sikap yang ditunjukkan oleh seorang 'mahaguru' ini tidak langsung mencerminkan 'kebersihan' peribadi dan amaran seperti ini sewajarnya diambil serius oleh pihak polis.

"Sebaliknya pihak polis mengenakan tekanan terbuka dan gangguan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan juga badan- badan bukan kerajaan yang mempromosikan kebebasan bersuara secara aman," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam satu sidang media semalam, di antara lain Omar Din berkata, sejuta ahli persatuan silat akan turun padang bagi membanteras sekeras-kerasnya Himpunan Bersih yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Nurul berkata, beliau kesal dengan kenyataan bercorak provokasi dan ugutan yang datang daripada seorang 'mahaguru'.

"Sewajarnya sebagai seorang 'mahaguru' menampakkan 'kebersihan' peribadi diri dan bukan memberikan amaran yang menjurus kepada provokasi sebelum sesuatu himpunan diadakan.

"Tambahan lagi, seorang 'mahaguru' sebenar tentunya boleh mengawal anak-anak buahnya sebelum melemparkan cabaran atau arahan kepada pihak luar," katanya.

Ujar beliau, "saya yakin dan percaya, Himpunan Bersih adalah himpunan yang tentunya akan selamat jikalau tindakan-tindakan provokasi seperti yang dilakukan oleh Pertubuhan Silat ini dihentikan serta merta.

"Marilah kita berlagak lebih sebagai pendekar yang bertanggungjawab selaku khalifah di bumi Allah ini, bukannya pengecut yang lebih suka mengeluarkan ugutan kepada mereka yang mungkin berlainan fikrah atau pandangan daripada kita," tambah Nurul - Free Malaysia Today


KENYATAAN MEDIA NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
[UNTUK EDARAN SEGERA]
29 JUN 2011
-------------------------------------------------------------------------------------
Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omar Din Mauju berkenaan dengan Himpunan BERSIH 2.0 menyebabkan saya rasa terpanggil untuk menyoal kredibiliti beliau selaku seorang Mahaguru yang disegani anak-anak buahnya.

Saya amat mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Seni Silat Lincah yang dikatakan seramai 1 juta ahli ke Himpunan BERSIH 2.0 kerana ini jelas termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap warganegara Malaysia untuk berhimpun secara aman.

Bukan sahaja Ahli Seni Silat Lincah sahaja, bahkan semua anggota-anggota pertubuhan silat di Malaysia ini dialu-alukan untuk hadir dan turun bersama bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil di tanahair kita yang tercinta ini.

Yang menjadi kekesalan saya adalah apabila seseorang yang mendapat gelaran
"Mahaguru" mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai satu amaran yang tidak bertanggungjawab seperti berikut:

"Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut"

Sewajarnya sebagai seorang "Mahaguru" menampakkan 'kebersihan' peribadi diri dan bukan memberikan amaran yang menjurus kepada provokasi sebelum sesuatu himpunan diadakan. Tambahan lagi, seorang "Mahaguru" sebenar tentunya boleh mengawal anak-anak buahnya sebelum melemparkan cabaran atau arahan kepada pihak luar.

Sikap yang ditunjukkan oleh seorang "Mahaguru" ini tidak langsung mencerminkan
'kebersihan' peribadi dan amaran seperti ini sewajarnya diambil serius oleh pihak Polis; sebaliknya yang dilihat adalah tekanan terbuka dan gangguan yang dikenakan menerusi tindakan polis terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, dan juga badan-badan bukan kerajaan yang mempromosikan kebebasan bersuara secara aman.

Saya yakin dan percaya, Himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan yang tentunya akan selamat jikalau tindakan-tindakan provokasi seperti yang dilakukan oleh Pertubuhan Silat ini dihentikan serta merta. Marilah kita berlagak lebih sebagai pendekar yang bertanggungjawab selaku khalifah di bumi Allah ini, bukannya pengecut yang lebih suka mengeluarkan ugutan kepada mereka yang mungkin berlainan fikrah atau pandangan daripada kita.

Lampiran 1

Kenyataan dari Pemimpin Pertubuhan Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia [PSSLM] ;

Sejuta ahli persatuan silat akan turun padang bagi membanteras sekeras-kerasnya Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9hb. julai, 2011 ini. Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia [PSSLM], Tan Sri Omar Din Mauju memberikan kenyataannya dalam satu sidang akhbar berhubung pandangannya mengenai Perhimpunan BERSIH 2.0 semalam.

1. Adalah menjadi tanggungjawab Pengamal Seni Silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan dan huru hara.

2. PSSLM mempunyai sejuta ahli dan kami akan turun pada 9hb. Julai, 2011 jika Ambiga masih meneruskan Perhimpunan BERSIH 2.0 seperti yang dirancang.

3. Kami sebagai Golongan Pengamal Silat merupakan pelindung kepada negara dan Sultan sejak beratus tahun lalu tidak akan berdiam diri.

4. Sekira kami tidak mengambil apa-apa tindakan maka kami akan dianggap dayus.

5. Saya akan mengetuai pasukan ini walaupun dengan berkerusi roda dan akan berada di barisan paling hadapan.

6. Ambiga dinasihatkan supaya membatalkan perhimpunan ini jika tidak, Omar Din bimbang dia tidak dapat mengawal perasaan dan emosi anak-anak buahnya pada perhimpunan itu kelak apabila mereka bertembung.

7. "Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut" kata Omar Din lagi.

Undilah Barisan Nasional lagi!!

Posted: 28 Jun 2011 10:49 PM PDT

Mungkin beginilah caranya kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO menghargai pengundi atau penyokong mereka..

Mungkin alasan bagi kenaikkan ini "Harga bagi barangan ini terpaksa dinaikkan kerana harganya dipasaran dunia telah melambung dan kenaikkan ini adalah pada kadar minima dan tidak membebankan rakyat".... ha..ha..ha..

Undilah Barisan Nasional lagi....

Harga Ikan Dan Ayam Naik Melambung

Sejak dua minggu lalu, kebanyakan peniaga bahan keperluan di beberapa pasar mendakwa berlaku kenaikan harga terutama barangan mentah di pasar khususnya ikan dan ayam.


Tinjauan ke Pasar Chow Kit mendapati, harga ayam meningkat 50 sen hingga RM1 sekilogram yang dijual pada harga RM8 atau RM8.50 sekilogram berbanding RM7.50 sekilogram sebelum ini.

Malah, lebih mengejutkan harga ikan kembung yang dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat sehingga 100 peratus iaitu pada harga RM12 sekilogram sejak tiga hari lalu.

Peniaga, Ali Mahmud, 28, berkata, kenaikan harga berlaku sejak dua minggu lalu dengan kenaikan 20 sen hingga RM6 menyebabkan peniaga menerima pelbagai rungutan daripada pembeli.

"Kami menerima barangan daripada pemborong. Jika mereka menaikkan harga kami terpaksa menjual pada harga tinggi walaupun kadang-kadang keuntungan sedikit.

"Peniaga dalam dilema kerana setiap hari terpaksa menerima rungutan daripada pembeli jika berlaku keadaan sedemikian," katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah menaikkan harga ayam sesuka hati kerana sedia maklum bahan mentah berkenaan barangan kawalan.

Peniaga ikan yang mahu dikenali Hairi, 29, berkata minggu ini menyaksikan kenaikan beberapa jenis ikan seperti kembung, kerisi dan selar sehingga dua kali ganda daripada harga sebelum ini.

"Kekurangan bekalan ikan terutama kembung akibat keadaan cuaca tidak menentu menyebabkan harganya naik mendadak dan ini kali kedua harga ikan naik.

"Kami tidak dapat menjangka harganya akan turun dalam masa terdekat kerana tidak menunjukkan ia akan kembali normal dan bergantung keadaan semasa," katanya.


Harian Metro

BERSIH2.0 : Terkini!! ADUN Teja bersama 13 lagi ditangkap di Sungai Siput

Posted: 28 Jun 2011 08:17 PM PDT

Buat yang komen bertanya Mengapa hanya ahli PAS saja yang sangat bersemangat untuk turun sertai BERSIH? Mengapa hanya Md Sabu adalam dalam kepimpinan BERSIH dan tiada ahli lain dari PKR dan DAP? sila baca..


Gambar yang diambil dalam acara yang berlansung pagi tadi di Sungai Siput (twitter YB Chang Lih Kang)

Ketakutan UMNO/BN terhadap perhimpunan BERSIH 2.0 semakin meluap-luap. 14 orang lagi ditangkap di Sungai Siput. Maklumat dari twitter YB Chang Lih Kang ADUN Teja, salah seorang yang turut ditangkap.


Mereka ditangkap ketika sedang mengedar risalah di Pasar Awam di Sungai Siput.

Jumlah yang ditangkap susulan kenyataan "tangkapan pencegahan akan dilakukan" ialah 96 orang semuanya termasuk 30 orang yang ditahan reman selama 7 hari di Pulau Pinang. Tahanan ini telah mengadu mereka dikasari terutama dakwaan dikasari oleh tahanan wanita. Baca di sini dan di sini.

Dari twitter YB Chang Lih Kang sekitar jam 7 pagi tadi memaklumkan yang beliau dalam perjalanan ke Sungai Siput bagi majlis Pelancaran BERSIH2.0 juga usaha mereka untuk mendesak agar YB Dr Jeyakumar dibebaskan. YB Dr Jeyakumar ditahan bersama 29 orang yang lain di Kepala Batas, Pulau Pinang pada hujung minggu lepas.

14 orang yang ditangkap kini dibawa ke IPD Sungai Siput.

Maklumat dari SUARAM:


Those arrested are:

1- Chang Lih Kang (Teja State Assembly Rep)
2- Leong Mee Meng (Jalong State Assembly Rep)
3- Tan Kar Hing (PKR State Deputy Secretary)
4- Cheng Wai Ping (DAP Members)
5- Yong Hock Meng (DAP Members)
6- Chin Len Thye (DAP Members)
7- Lau Siew Moy (DAP Members)
8- Lee Siew Peng (DAP Members)
9- Halan Kannan (DAP Members)
10- Hor Sam Chuan (DAP Members)
11- Loi Chee Kong (DAP Members)
12- Seok Loy (DAP Members)
13- Chua Boon Hua (DAP Members)
14- Chong ah Moi (DAP Members)

As of today, 96 people have been arrested by the police since the government's clampdown on freedom of expression.

SUARAM condemns the police for being in humane and demand that all the activists to be released immediately and given access to legal counsel. Failure to do so is an offense and violation of human rights of the detainees.

Malaysia has already an atrocious international record on democracy and human rights and it should not join the ranks of rogue countries universally regarded as most notorious and infamous for their reckless disregard for the most basic human rights - human dignity and life.


Released by,

Nalini.E
Program Manager
SUARAM


Berita ini aku petik dari Blog Ummu Asiah

Ahli UMNO ganggu aktivis PSM diluar Balai?

Posted: 28 Jun 2011 08:04 PM PDT

Kira-kura 40 penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang 'berkhemah' di luar balai polis Kepala Batas malam semalam diganggu oleh kumpulan yang tidak dikenali tetapi mendakwa diri mereka sebagai penduduk kampung di sekitar kawasan itu.

Penyokong parti PSM itu termasuk ahli keluarga mangsa yang ditahan reman selama tujuh hari atas dakwaan cuba mencetuskan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Mereka berkumpul seawal jam 11.30 pagi semalam tetapi dinafikan hak untuk melawat oleh polis.


Antara yang ditangkap itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Choo Chon Kai dan 27 aktivis lain.

Semua mereka dicekup di pondok tol Sungai Dua ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang Ahad lalu bagi menghadiri sebuah majlios yang bertema "Udahlah...Bersaralah" yang dianjurkan parti itu.

Mereka dikenakan perintah tahan reman sehingga 2 Julai ini tetapi peguam tahanan itu cuba membuat semakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini pada jam 2.30 petang.

"Penduduk kampung" yang dianggarkan kira-kira 100 orang itu muncul pada jam 9 malam dan menuntut penyokong PSM supaya segera meninggalkan kawasan itu kerana tidak mahu melihat sebarang 'huru-hara'.

Kumpulan itu menafikan mereka terbabit dengan sebarang parti politik tetapi enggan mendedahkan siapa pemimpin mereka.

Mereka datang dengan menaiki kereta dan motorsikal tetapi berjaya disuraikan oleh kira-kira 50 anggota polis kira-kira 30 minit kemudian.

Pada satu ketika, apabial ketegangan memuncak, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dan Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu V Selvam terpaksa mendapatkan perlindungan daripada polis.

Selvam kemudiannya mempersalahkan polis kerana 'memaksa' kumpulan PSM itu berkumpul secara tidak sah.

"Mereka tidak benarkan kita masuk balai polis dan minta kita tunggu di jalan raya di luar balai," katanya kepada Malaysiakini.

"Ada kawasan letak kereta yang luas di luar balai polis tetapi mereka juga tidak benarkan kita tunggu di sana, jadi kita terpaksa berkumpul di tepi jalan," katanya.

Arutchelvan pula mendakwa kumpulan penunjuk perasaan itu cuba menghasut penyokong partinya supaya bergaduh.

Dakwanya penganjur penunjuk perasaan besar kemungkinan mahu melihat pergaduhan tercetus.

"Kita tidak mahu diheret dengan isu lain sebab itu kita berundur," katanya sambil menambah perkara itu akan diadukan kepada ketua polis Pulau Pinang hari ini.

Keluarga mangsa tahanan kemudiannya diiringi oleh beberapa anggota PAS yang membawa mereka ke kampung tersebut untuk bermalam dan dilindungi daripada kumpulan penunjuk perasaan itu.

Sementara itu, seorang anggota PAS dari Kepala Batas Abu Muaz (kiri) berkata beliau mengenal-pasti penunjuk perasaan itu adalah ahli Umno kerana mereka tinggal di kawasan yang sama.

Malaysiakini

BERSIH : Keluarga 30 aktivis PSM dihalau..

Posted: 28 Jun 2011 06:33 PM PDT


Selain dari dinafikan hak untuk bertemu keluarga mereka yang telah ditahan Polis kerana kononnya mahu memerangi Agong, Pihak Polis di IPD Kepala Batas juga dikatakan tidak mahu menerima laporan Polis yang mahu dibuat mereka.

Mereka juga tidak dibenarkan memasuki kawasan Balai dan untuk menggunakan tandas sekalipun,sehingga seorang ADUN dari PKR/PR terpaksa menyewa tandas bergerak dari MPSP untuk diletakkan di situ.


Dan malam tadi sekumpulan 20 hingga 30 orang penyokong UMNO pula tiba untuk cuba melakukan Provokasi..

Itu menurut seorang sahabat yang bergegas ke situ setelah diberitahu kumpulan dari UMNO itu tiba untuk melakukan Provokasi..


Bersih 2.0 : Polis halau keluarga anggota PSM yang ditahan

KEPALA BATAS, 28 Jun: Hasrat keluarga anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan polis untuk berkampung di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kepala Batas malam ini tidak kesampaian apabila mereka dihalau pada waktu Maghrib tadi.

Seramai 30 orang ahli keluarga mangsa 30 orang yang ditahan reman di tiga lokasi berasingan di Pulau Pinang bertindak demikian sebagai tanda protes terhadap tangkapan yang nyata bercanggah dengan tujuan asal rombongan terbabit yang hanya mahu menghadiri kempen 'Udah BN... Bersaralah' yang dijadualkan di Sungai Ara, Pulau Pinang dua hari lepas.

Bas yang turut dinaiki Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj ditahan polis di Tol Sungai Dua ketika ingin ke Sungai Ara untuk bersama-sama menjayakan program berkenaan. Beliau merupakan salah seorang pemidato malam tersebut.


Menurut Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan (kiri) kedatangan mereka ke IPD Kepala Batas semata-mata mahu melihat kaum keluarga yang ditahan bukan berniat mahu menimbulkan huru hara atau berdemo.

Berilah peluang untuk keluarga yang ditahan melawat atau bertanya khabar ahli keluarga bukan membiarkan mereka bersendirian menanggung masalah yang dicipta oleh polis kononya mereka hendak melawan Yang di-Pertuan Agong dan mahu menghidupkan fahaman komunisme.

"Berilah peluang kepada waris melihat atau bertanya khabar mangsa dalam lokap polis. Apa salah mereka sehingga ditahan dan direman. Ini satu pencabulan hak," tegasnya.

Sementara itu, Bendahari Kehormat PSM, A. Sivarajan yang turut berada di lokasi berkenaan kesal kerana pihak polis baru bertindak setelah dua puluh laporan polis dibuat sejak pagi tadi di dua lokasi iaitu di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang dan IPD Kepala Batas.

Katanya, antara dua daripada dua puluh laporan polis itu ialah meminta pihak polis menyampai ubat penyakit jantung kepada Dr Jeyakumar Devaraj namun sampai tengah hari tadi belum diserahkan.

Tetapi, ujarnya setelah diasak dengan laporan polis barulah mereka membawa beliau ke hospital untuk rawatan.

Belau berkata, bukan sahaja Dr Jeyakumar Devaraj menghadapi masalah tersebut sebaliknya pemandu bas turut dinafikan menerima ubat harian.

"Kenapa mereka sanggup berbuat demikian sedangkan mereka adalah rakyat Malaysia yang sah. Kenapa Kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu gentar terhadap Himpunan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) sehingga menangkap secara mendadak," jelasnya.

Harakahdaily dimaklumkan seramai 7 orang masih ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, seramai 21 lagi di IPD Kepala Batas dan dua orang iaitu anak Dr Jeyakumar, Raveen dan rakanya, Thivyakumar masing-masing berumur 18 tahun kini berada di lokap Balai Polis Sungai Dua.

Tiada ulasan: