Selasa, 28 Jun 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Serbuan HQ PKR, bukan nak bakar atau menakutkan?

Posted: 28 Jun 2011 05:29 AM PDT

Arman juga hairan dengan tindakan PKR yang marah dengan perhimpunan Pemuda Umno di depan ibu pejabat parti mereka."Mengapa sampai ada laporan polis? Mengapa AMK buat laporan polis," soal beliau.

Alahai mamat ni… BERSIH nak buat perhimpunan aman, riuh rendah pencacai-pencacai UMNO yang berselindung disebalik NGO buat laporan Polis.. tapi bila mereka sendiri mengadakan perhimpunan haram depan HQ PKR, laporan Polis dibuat dia persoalkan pula..

'Kami hanya beri amaran supaya batalkan Bersih'

PETALING JAYA: Sekumpulan besar Pemuda Umno berhimpun di depan ibu pejabat PKR, Tropicana, di sini malam tadi bertujuan supaya Bersih membatalkan hasratnya untuk menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai ini.


Bagaimanapun, bekas Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Haniffah menafikan tujuan 'serbuan' Pemuda Umno itu untuk membakar ibu pejabat PKR atau menakut-nakutkan pemimpin parti itu.

"Kita beritahu PKR supaya membatalkan perhimpunan Bersih kerana ia membawa kesan buruk kepada negara kita. Kita bimbang kalau Bersih buat perhimpunan nanti ada bangunan yang terbakar. Bukan kita suruh bakar bangunan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Arman yang kini menjadi Timbalan Pengerusi Unit Pidato BN menegaskan bahawa beliau tidak mengeluarkan suara pun dalam perhimpunan itu malam tadi.

Menurutnya, yang bercakap ialah Lokman Nor Adam, Pengerusi Unit Pidato BN, Ketua Pemuda Selangor dan Wilayah Persekutuan.

"Kalau orang kata saya bercakap itu tidak betul. Tetapi saya datang dan berada dalam perhimpunan tersebut, malahan saya berjabat tangan dengan Rozan Azen Mat Rasip (timbalan ketua penerangan AMK)," tambahnya.

Arman berkata demikian sebagai mengulas perhimpunan ahli Pemuda Umno di depan ibu pejabat PKR di Tropicana di sini malam tadi.

Mengikut laporan seramai 300 Pemuda Umno berhimpun tetapi Arman mendakwa jumlahnya mencecah 800 orang.

Baju Patriot

"Kita kira berdasarkan jumlah 800 helai baju Patriot berwarna merah yang diberikan kepada ahli Pemuda Umno yang datang ke ibu pejabat PKR malam tadi. Itu tidak kira lagi ramai Pemuda yang tidak mendapat baju Patriot kerana kehabisan," tambahnya.

Arman berkata, tidak ada sebarang kekacauan berlaku dalam perhimpunan tersebut. Tidak ada cermin kereta yang dipecahkan dan tiada semburan cat pada ibu pejabat PKR.

"Bila polis datang dan minta kita bersurai, kita minta lebih lima minit untuk berucap dan kemudiannya bersurai," katanya.

Arman juga hairan dengan tindakan PKR yang marah dengan perhimpunan Pemuda Umno di depan ibu pejabat parti mereka.

"PKR kata berhimpun dan berucap boleh kerana ada dalam perlembagaan negara tetapi mengapa Pemuda Umno berhimpun mereka marah?

"Mengapa sampai ada laporan polis? Mengapa AMK buat laporan polis," soal beliau.

Rozan membuat laporan polis jam 11.40 malam tadi selepas kumpulan itu bersurai.


Free Malaysia Today

Mak Aih!! Bil Elektrik Najib RM10 Juta setahun??

Posted: 28 Jun 2011 02:30 AM PDT

Terperanjat dengan Bil Elektrik rumah Najib yang hampir menyamai bil elektrik dan air sebuah kilang iaitu RM10,267,868.15 bagi elektrik dan bil air pula mencecah RM1,967,386.55 untuk tempoh setahun Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta penjelasan dari Najib..

Berkenan bil elektrik yang berjumlah RM10,267,868.15 setahun itu iaitu bersamaan dengan RM160,000.00 sebulan antara factor penyumbangnya mungkin disebabkan oleh kekerapan Rosmah menggunakan hair dryer bagi membentuk rambutnya.. atau mungkin juga terdapat saloon di kediaman Najib itu..

Tapi kalau guna sehari sepuluh kalipun Hair Dryer tu mana mungkin Bil Elektrik mencecah RM160,000.00 sebulan??


MP Pakatan persoal, bil elektrik PM saja RM10 juta setahun

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta penjelasan kerajaan berhubung kos penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya yang menjangkau hampir RM49 juta setahun.

Dalam jawapan bertulis menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM32,972,115.55 sementara kos baik pulih pula RM3,581,744.78 setahun.

Lebih memeranjatkan, bil elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya sahaja berjumlah RM10,267,868.15 dan bil air pula mencecah RM1,967,386.55 untuk tempoh yang sama.

Ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata penjelasan itu penting ketika rakyat diseru supaya berjimat cermat dan mengubah gaya hidup ekoran tindakan kerajaan mengurangkan subsidi.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin," katanya kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke pula menyatakan hairan tentang belanja besar yang ditanggung, terutama kos elektrik dan air yang mencecah jutaan ringgit setahun.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini," katanya.

Menurutnya jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan mengikut bulanan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang," katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=16129

Buktikan saya minta RM1 juta - Johari Abdul

Posted: 28 Jun 2011 02:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Datuk Johari Abdul menuntut trio Datuk T menunjukkan bukti bahawa beliau pernah meminta 'ganjaran' RM1 juta sebagai bayaran untuk meninggalkan PKR selepas menonton rakaman video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim Mac lalu.

Justeru wakil rakyat dari Kedah ini mempertahankan beliau tidak pernah meminta sejumlah wang itu dan apa yang dikatakan trio Datuk T adalah tidak berasas sama sekali.


Ahli Parlimen Sungai Petani itu (gambar) memberitahu beliau telah memberitahu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Abdul Lazim bahawa si pelaku dalam rakaman didedahkan 21 Mac lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu klip video terbaru muncul di Internet hari ini menyerang kewibawaan Johari dengan mendakwa beliau ada meminta RM1 juta untuk dirinya dan juga lima Ahli Parlimen lain jika mahu mereka keluar PKR.


The Malaysian Insider

Amaran Pemuda UMNO kepada PKR, ‘Jangan main-main dengan kami’

Posted: 28 Jun 2011 12:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar mempertahankan tindakan 'ganas' sekitar 600 ahli sayap itu di luar ibu pejabat PKR dekat sini malam tadi atas alasan ia satu-satunya cara untuk memastikan pesaing politik menerima mesej bahawa ia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang ancaman ke atas pemimpin mereka.

"Kami tahu pemimpin-pemimpin PKR di belakang ugutan bunuh ke atas Ketua Pemuda kami. Itu sebabnya kami mahu menghantar mesej. Jangan cuba main-main dengan kami," kata beliau ketika dihubungi pagi ini.


Rakaman gelagat mereka mengepung ibu pejabat PKR lewat malam tadi boleh diikuti di YouTube.

Sesetengah pihak menyamakan tindakan mereka itu seolah-olah aksi 'mat rempit'.

Rizalman tidak menafikan label itu selepas sayap tersebut berjanji akan mengadakan perhimpunan balas dengan aman pada 9 Julai ini.

Bersih merancang untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh tersebut.

"Kami tidak melihat adanya cara lain. Jika kami melakukan dengan cara yang baik, kumpulan macam ini, sangat sukar untuk bercakap dengan mereka. Mereka selalu mempolitikkan isu-isu semasa," katanya yang merujuk kepada PKR.

"Ini adalah tahap maksimum untuk menunjukkan kami ini serius," kata beliau.


The Malaysian Insider

RM49 juta biayai kediaman Najib, Muhyiddin

Posted: 27 Jun 2011 09:43 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Ketika rakyat menderita akibat kenaikan harga minyak, barang dan kos sara hidup, kerajaan pula membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air, lapor Harakahdaily.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).


Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun," katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=16074

Gambar : 600 Pemuda UMNO yang nak bakar HQ PKR..

Posted: 27 Jun 2011 08:34 PM PDT



Ahli jawatankuasa Pemuda Umno Lokman Noor Adam telah mengetuai kumpulan 600 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, mengadakan perhimpunan haram menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat.


Hairan.. Balai Polis dekat saja tu.. tapi kenapa Polis takut untuk bertindak sedangkan jelas itu adalah perhimpunan haram.. sedangkan yang pakai dan jual 'T' Shirt kuning ditangkap mereka..

Adakah kerana mereka dari UMNO mereka bebas melakukan apa saja? kalau begitu income tax tu.. potong dari Ahli UMNO sajalah...



PETALING JAYA, 28 Jun — Sekitar 600 anggota Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR di sini lewat malam tadi, dilihat sebagai satu tindakan mengugut menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, susulan SMS ugutan bunuh diterima ketua mereka Khairy Jamaluddin.

Mereka tiba di blok pejabat di Tropicana di sini, beberapa pintu dari balai polis, mendakwa ugutan bunuh diterima Khairy kelmarin, datang daripada parti pembangkang itu.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu membantah dakwaan tersebut.



Ahli jawatankuasa Pemuda Umno Lokman Noor Adam mendakwa dia mengetuai kumpulan 600 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat.

Kata beliau, tindakan ahli-ahli Pemuda Umno dari Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk menghantar "mesej yang jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut dan kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal."




Khairy, yang kini berada di luar negara berkata, beliau menerima ugutan bunuh menerusi SMS kelmarin, meminta pihaknya membatalkan perhimpunan balas yang hendak diadakan menentang Himpunan Bersih 2.0.

Tindakan Pemuda Umno ini diadakan beberapa jam selepas wakil Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa dipanggil polis berhubung perhimpunan mereka bulan depan.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider bahawa sekitar 300 ahli Pemuda Umno kebanyakannya bermotosikal bergerak dari Shah Alam tetapi tidak dihalang oleh polis meskipun membawa bendera Umno.

"Mereka memberikan ucapan di luar (pejabat PKR), mengancam jika Himpunan Bersih diteruskan, mereka akan mencederakan Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau.

Ambiga merupakan pengerusi Bersih manakala Anwar pula Ketua Umum Pakatan Rakyat.

"Mereka juga mengugut mahu membakar ibu pejabat (PKR)," kata Ahli Parlimen Machang ini.

Saifuddin berkata beliau telah membuat laporan polis di balai polis yang terletak bersebelahan ibu pejabat PKR.

Bagaimanapun Lokman memberitahu The Malaysian Insider bahawa dia tidak mengugut PKR dengan kasar.

"Kami telah memberi arahan keras agar tidak membakar ibu pejabat mereka. Kami bukan macam mereka," katanya.






Berita dari : The Malaysian Insider
Gambar dari : Semut dan Papan Kekunci lagi gambar sila lihat di SINI

Pemuda UMNO ugut bakar ibu pejabat jika PKR tetap sertai BERSIH 2.0 (Video Inside)

Posted: 27 Jun 2011 06:12 PM PDT

Sekumpulan pemuda yang diketuai Lokman Noor Adam, AJK Pemuda UMNO, berkonvoi dengan kereta dan motorsikal di depan bangunan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengugut untuk membakarnya seandainya PKR tetap menyertai perhimpunan anjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

Kira-kira 100 pemuda yang berpakaian merah "Patriot" ini dikatakan berhimpun di depan bangunan Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya, pada jam 11 malam tadi. Malah, tidak kurang antara mereka yang membawa bendera UMNO.


Dalam twitternya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyifatkan kumpulan pemuda tersebut sebagai "samseng upahan UMNO", malah memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.

EXCO kerajaan negeri Selangor, merangkap ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong juga membidas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam twitternya, kerana membiarkan anak buahnya memasuki sempadan kawasan Bukit Lanjan dan mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat PKR.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Elizabeth Wong berkata Pemuda UMNO yang berada di situ mencemuh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, dan Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Ambiga Sreenevasan, menurut anggota PKR yang berada di situ, malah mereka mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat PKR seandainya PKR tetap menyertai BERSIH 2.0.

Bagaimanapun, Elizabeth menganggap tindak-tanduk Pemuda UMNO tersebut sekadar untuk menakut-nakutkan rakyat, tapi PKR tidak akan berganjak dan akan terus dengan perjuangan mereka.

Satu klip video yang merakamkan sebahagian kejadian tadi telah dimuatnaikkan ke Youtube.

Patriot ditubuhkan oleh Pemuda UMNO dan Kelab Putra 1Malaysia, mendakwa dirinya mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan haram yang akan dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai. Lokman Adam, bekas tahanan ISA yang melompat dari Parti Keadilan ke UMNO.


MerdekaReview




Video diatas dari Milo Suam lagi maklumat sila ke Milo Suam

Bukan saja 'T' Shirt.. malah Puisi juga dianggap senjata..

Posted: 27 Jun 2011 09:30 AM PDT

Sasterawan negara Datuk A Samad Said berkata, siasatan polis yang dijalankan ke atasnya hari ini menunjukkan puisi telahpun menjadi "satu senjata" dan bukan lagi satu hiburan semata-mata.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa sedih ke atas tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Akta Hasutan, sedangkan puisinya itu mengandung niat "murni."

"Apa yang saya lakukan ialah merakamkan satu peristiwa di mana saya fikir, untuk memperbaiki suasana, bukan untuk memperburukkan suasana.

"Dalam puisi saya itu memang saya katakan kita sebenarnya perlu mempersuci demokrasi bukan memperkeruhkan atau mencemarinya.


"Dalam puisi itu adalah saranan-saranan yang saya fikir amat suci yang sepatutnya dihargai bukan dicurigai," katanya lagi ketika mengulas siasatan bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan itu.

Beliau turut disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.

Tanpa menunjukkan rasa gentar, A Samad turut menepis pandangan bahawa tindakan pihak polis itu akan terus menekan golongan karyawan daripada menyatakan pandangan mereka mengenai perkembangan semasa.

"Barangkali (polis) memberi amaran, tapi itu kalau seorang sasterawan, ini sememangnya lebih mendorongnya, menaikkan semangatnya oleh kerana mereka mulai tahu kesusasteraan mempunyai kuasa juga.

"Saya fikir puisi sekarang sudah diterima sebagai alat berkesan sebagai senjata. Dulu puisi ini untuk menghibur-hiburkan saja, sekarang rupanya puisi sudah mendapat perhatian yang amat luar biasa," katanya lagi ketika ditemui selepas disiasat lebih sejam hari ini di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Siasatan hari ini merupakan tindakan kedua ke atas A Samad selepas tindakan sama dijalankan ke atasnya pada Mac 2009 berhubung dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Terdahulu ketika dihubungi Malaysiakini, A Samad berkata ucapan berkenaan turut dimuatkan di laman blog peribadinya – samadsaid.wordpress.com.

Ucapan berkenaan antara lainnya menyentuh mengenai gambaran media arus perdana ke atas kumpulan BERSIH 2.0.

"Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal.

"Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan 'siasah' yang sangat bercita-cita buruk.

"Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat," ucapan itu dipetik.


Malaysiakini

Tiada ulasan: