Ahad, 26 Jun 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


BERSIH : Merah kurang sesuai buat Pemuda UMNO.. apa kata pakai Design ini?

Posted: 26 Jun 2011 07:13 AM PDT

Menulis dalam twitternya mengenai perhimpunan 'Patriot' yang telah dilancarkan oleh Pemuda UMNO, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meminta penyokongnya supaya memakai baju merah.

Baju Merah?? Sesuaikah dengan Pemuda UMNO tu.. kalau korang tengok Video kat link di SINI korang pasti nampak betapa tidak sesuainya warna merah itu dengan Pemuda UMNO.. apa kata kalau Pemuda UMNO pakai 'T' Shirt seperti dibawah… korang tengok diakhir entry..

Paling sesuai buat Khairy…


Perhimpunan 'Patriot' lawan BERSIH

Manakala jalan-jalan di Kuala Lumpur dijangka dibanjiri penyokong BERSIH yang berbaju kuning pada 9 Julai, Pemuda Umno pula akan tampil dengan baju merah.


Apa yang pada mulanya merupakan satu idea untuk melawan perhimpunan BERSIH 2.0, Pemuda Umno kini sudah mempunyai satu logo dan nama untuk perhimpunan anjurannya pada hari yang sama.

Menulis dalam twitternya mengenai perhimpunan 'Patriot' itu, Ketua
Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meminta penyokongnya supaya memakai baju merah.

Mengapa 'Patriot'? Menurut Khairy kerana mereka mahu memberitahu rakyat bahawa mereka tampil menyokong sistem demokrasi dan perubahan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengulangi dakwaannya bahawa BERSIH 2.0 telah dicemari oleh politik pembangkang, Khairy berkata, gabungan itu tidak lagi menjadi satu gerakan masyarakat sivil yang berkecuali.

Beliau mendakwa jawatankuasa BERSIH sering muncul di pentas pembangkang.

Khairy berkata, gabungan itu telah menjadi sangat berat sebelah, condong kepada pembangkang dan mempunyai agenda politik.- Malaysiakini

Link
Khas untuk Ketua Pemuda UMNO..

Lagi dua design sila lihat di SINI

Jangan kejutkan singa-singa tidur - Abd Azeez (Video Inside)

Posted: 26 Jun 2011 06:47 AM PDT

Sila jangan betulkan screen anda, kerana Singa ini sememangnya gelap.. he..he..

Najib Anak Jantan??

Posted: 26 Jun 2011 04:12 AM PDT

Oleh : Wira Arjuna

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membuat kenyataan mengelirukan apabila mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sebagai "anak jantan" dan bukan mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Najib mendakwa matlamat utama Himpunan Bersih 2.0 adalah mahu menimbulkan huru-hara dalam negara.

"Pada pembangkang (Pakatan Rakyat) bila mereka melihat kita terus bergerak ditambah pula kemenangan pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya negeri Sarawak, jadi bagaimana mereka mahu merampas momentum ini sebab momentum ini ada pada kita.

"Mereka buat kesimpulan untuk mendapatkan kuasa dengan mengadakan Himpunan Bersih 2.0, bukan untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau mahu sistem pilihan raya yang adil tapi nak buat huru-hara.


"Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan berdepan dengan undang-undang," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk di sini.

Kenyataan Perdana Menteri itu tersasar kerana Pakatan Rakyat sememangnya akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13, malah itulah nadi utama segala aktiviti parti politik.

Namun pada masa sama, Pakatan, sebagai sebuah gagasan "anak jantan", mahukan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil, justeru, ia memberi sokongan bulat kepada Perhimpunan Bersih 2.0.

Bersih 2.0 adalah anjuran pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk gabungan pelajar Islam dan Abim.

Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan beberapa kali mengundang parti komponen BN untuk bersama-sama dalam gerakan bagi memperkasakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun ia mendapat sambutan dingin.

Oleh kerana itu, amat mudah untuk pemimpin seperti Najib menyerang Bersih sebagai kononnya alat pembangkang untuk mencetuskan huru hara.

Dalam ucapannya hari ini, Najib juga merujuk kepada kemenangan BN di Sarawak sebagai bukti "momentum" atau rentak memenangi pilihanraya ada ditangan BN.

Sebenarnya Pakatan Rakyat melipatgandakan kemenangannya dari tujuh kerusi kepada 15 kerusi pada PRN Sarawak April lalu.

Pilihan raya itu juga memaksa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud untuk mengumumkan tempoh persaraan beliau selepas pemerintahan 30 tahun yang dibelit dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Jangan lupa kemenangan Pakatan itu diraih walaupun Barisan Nasional menguasai segala jentera kerajaan, media arus perdana dan menabur wang yang dikatakan berjumlah kira-kira RM500 juta ringgit untuk mengekalkan majoriti dua pertiganya.

Walaupun menang, jumlah undi untuk BN di Sarawak merosot kepada 54.5 peratus berbanding 62.9 peratus pada pilihan raya negeri sebelumnya.

Justeru, janganlah dibanggakan sangat kemenangan BN di Sarawak.

Najib juga mendakwa BN tidak pernah memanipulasi pilihan raya seperti mana yang didakwa Pakatan Rakyat.

"Kalau kata pilihan raya ini tidak adil kenapa kita nak serah Selangor, kenapa nak serah Pulau Pinang, kenapa PAS boleh perintah 20 tahun di Kelantan.

"Kalau kata kita manipulasi pilihan raya sudah tentu semua negeri akan jadi milik BN, kita tidak manipulasi pilihan raya tapi kita didokong rakyat," kata Najib.

Alasan lapuk yang diguna pakai sejak zaman Tun Dr Mahathir ini mudah dijawab.

Tsunami politik yang melanda Malaysia tahun 2008 menyebabkan segala undi pos, pengundi hantu dan amalan-amalan lain tidak cukup untuk menongkah arus sokongan luar biasa rakyat terhadap PR.

Kotak-kotak undi pos dan pengundi hantu hanya memadai untuk mengurangkan jurang sokongan yang diperolehi oleh calon-calon PR di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan namun tidak cukup untuk menafikan mereka kemenangan.

Namun begitu, di Perak, majoriti tipis Pakatan Rakyat membolehkan Umno cepat-cepat merampas semula negeri itu kerana tiga wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat dan DAP sanggup lompat keluar diselubungi dakwaan mereka menerima ganjaran lumayan.

Oleh itu penguasaan PR di beberapa negeri tidak harus dijadikan contoh untuk menghalalkan SPR sebagai sebuah badan yang bersih dan berkecuali atau pun BN tidak memanipulasi proses pilihanraya.

Hakikat ialah pilihanraya di negara ini sentiasa dibayangi oleh masalah ketelusan undi pos dan pengundi hantu.

Pada zaman Mahathir, fenomena itu diburukkan lagi dengan pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi BN di Sabah.

Kini projek IC Sabah dikatakan menular di Semenanjung selain masalah pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Berlatarbelakangkan semua ini, tidak harus timbul keraguan dalam tekad pembangkang mahukan sebuah SPR yang berwibawa.

Pada masa sama "kejantanan" Pakatan untuk menghadapi Umno-BN pada PRU akan datang tidak juga perlu diragukan.

Persoalannya adakah Najib dan Umno anak jantan yang sanggup bertanding secara adil, tanpa menguasai media arus perdana, dan tanpa menggunakan kemudahan awam serta dana rakyat untuk menyogok pengundi.

Jika jawapan adalah YA, saya yakin penganjur Bersih tidak akan keberatan untuk membatal gerakan mereka.


TVS News

BERSIH : 30 Aktivis PSM didakwa perangi Agong.

Posted: 26 Jun 2011 01:28 AM PDT

Polis mendapati perhimpunan yang dirancang itu juga cuba membawa semula fahaman komunis kerana pihaknya menemui bahan berkaitan dengan pertubuhan yang telah diharamkan itu.. bukan Parang.. harap maklum.

GEORGE TOWN, 26 Jun — Seramai 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jayakumar Devaraj akan dihadapkan di mahkamah sekitar 3 petang ini untuk perintah tahanan reman.

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong, kata polis.

Semalam, polis menahan 31 orang termasuk wakil rakyat itu, kesemuanya aktivis PSM di plaza Tol Sungai Dua.


Menurut laporan media semalam, kesemua mereka menaiki sebuah bas persiaran sedang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri majlis di Pulau Pinang yang berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0, yang dijadualkan akan diadakan 9 Julai.

Mereka terdiri daripada 14 wanita dan 17 lelaki dan ditahan di ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara untuk dirakam percakapan.

Bagaimanapun seorang yang ditahan telah dibebaskan kerana bawah umur.

Pada sidang media di sini hari ini, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar yang dipetik saluran Astro Awani berkata, perintah tahanan reman dipohon bagi siasatan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan.

"Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122," kata beliau.

Seksyen yang sama pernah digunakan dalam kes rampasan senjata oleh kumpulan pelampau Al-Maunah.

Polis mendapati perhimpunan yang dirancang itu juga cuba membawa semula fahaman komunis kerana pihaknya menemui bahan berkaitan dengan pertubuhan yang telah diharamkan itu.

Ketika ditahan semalam, polis turut merampas beberapa sepanduk, risalah dan kemeja-T yang didakwa menghasut.

Penganjur Bersih 2.0 sejak kelmarin mengadakan program jelajah di beberapa bandar utama di seluruh negara. - The Malaysian Insider


Semalam Malaysiakini melaporkan..

'Hasut' BERSIH: 59 anggota PSM ditahan

Bas membawa 31 anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) menghala ke Pulau Pinang malam ini dihentikan polis di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang hari ini.

Awal petang tadi, sebanyak 28 lagi anggota parti itu ditahan dalam bas di Tangkak, Johor tadi, termasuk Setiausaha Agung A Arutchelven.

Menurut anggota jawatankuasa pusat PSM Choo Chon Kai, kira-kira 30 anggota polis menghentikan bas di Sungai Dua pada jam 3.30 petang.

Katanya, bas daripada Sungai Petani itu menghala ke Pulau Pinang untuk ceramah 'Udahlah tu, bersaralah BN' di Bayan baru.

Kumpulan itu dibawa ke ibu pejabat polis daerah Kepala Batas untuk disoalsiasat.

"Kami diberahi bahawa bas dihentikan kerana kami cuba menghasut orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai," katanya.

UMNO Jebon? ha.. ha..ha..

Posted: 25 Jun 2011 11:24 PM PDT


ALOR STAR: Lebih 5,000 orang membanjiri Markas Pas Pokok Sena di sini, bagi mengikuti perkembangan terbaru dari pimpinan Pakatan Rakyat mengenai program Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai ini.

Kehadiran rakyat yang bilangannya luar biasa itu, sekaligus memberi gambaran betapa sambutan rakyat terhadap seruan menyertai Himpunan Bersih 2.0, sangat menggalakkan.


Apatah lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pidatonya bijak membakar semangat hadirin dengan mengingatkan rakyat supaya terus yakin dengan perjuangan menuntut perubahan kerana ia asas paling utama dalam melawan pemerintah zalim.


"Kita ada keyakinan, kita menang. Hilang keyakinan, kita kalah," kata Ketua Umum KEADILAN merangkap Ketua Pembangkang itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang berucap dalam loghat pekat utara turut mencuri tumpuan apabila mengibarat pemimpin yang mengkhianati kepercayaan rakyat sebagai 'jebon yang menjaga law ayam' (musang yang menjaga reban ayam).

"Jangankan ayam, dengan law sekali jebon ini nak kekah," katanya, penuh semangat.
Ketua Pemuda Pas kawasan Pokok Sena, Ustaz Izzat Shauki pula mencabar semua hadirin lelaki untuk turun ke Kuala Lumpur 9 Julai ini jika benar-benar anak jantan.

"Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga, seorang perempuan pun turun ke jalan raya. Jadi, kalau saudara-saudara yang lelaki tak berani turut sama berhimpun, malulah kepada orang perempuan" katanya

Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad bin Kassim turut mengingatkan rakyat bahawa prinsip pengasingan kuasa antara pentadbiran, perundangan dan kehakiman perlu dititik berat agar kuasa tidak berpusat kepada Perdana Menteri semata-mata.

"Kalau dah campur jadi macam rojak, ada masalah. Justeru, tuntutan Bersih adalah sebahagian usaha memperbetul keadaan ini," katanya.

Ceramah berakhir kira-kira jam 12 tengah malam dengan ribuan hadirin yang mengikuti amanat pimpinan beransur-ansur pulang ke rumah masing-masing, dengan tekad untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Di wajah mereka, terpapar semangat untuk berhimpun di Kuala Lumpur 9 Julai ini.


http://www.keadilandaily.com/?p=15966

BERSIH : Polis langgar perlembagaan

Posted: 25 Jun 2011 11:02 PM PDT

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu.


Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.

Malaysiakini

Tiada ulasan: