Jumaat, 24 Jun 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video Seks : Kronologi pendedahan edisi Datuk 'T'

Posted: 24 Jun 2011 05:01 AM PDT

Berikut merupakan kronologi pendedahan video seks oleh trio 'Datuk T' berdasarkan fakta kes yang dikemukakan dalam mahkamah.

Faham betul-betul kronologi pendedahan video seks oleh trio 'Datuk T'

Akhir Februari 2011:

Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah pergi berjumpa dengan Datuk Shuaib Lazim di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media USB (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks diantara seorang lelaki yang dipercayai Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang perempuan warga negara China.


Shazryl dan Shuaib telah berbincang sesama sendiri dan telah bersetuju untuk berjumpa dengan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkenaan kandungan peranti tersebut memandangkan ianya sensitif fan melibatkan kepentingan negara.

Perjumpaan diadakan di Wisma UOA Jalan Pinang, Kuala Lumpur berkenaan kandungan peranti tersebut. Mereka kemudiannya membuat keputusan untuk menayangkan rakaman video yang terkandung dalam peranti itu dan memutuskan untuk memanggil wartawan bagi menyaksikan rakaman video tersebut.

Dalam perbincangan itu, Rahim mencadangkan tayangan rakaman video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara dan menjemput beberapa wartawan untuk menyaksikannya. Perkara ini dipersetujui Shazryl dan Shuaib.

19 Mac 2011: Rahim telah menghubungi seorang individu Kamarulail Sulaiman dan meminta beliau menempah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

20 Mac 2011:

Kamarulail pergi ke Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru dan telah menempah bilik Seri Makmur atas nama Rahim bermula hari tersebut sehingga 21 Mac 2011 (Isnin).

Shazryl meminta Ketua Wartawan The Star, Sirajinisa Habibu Mohd untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011 mengenai satu cerita besar demi kepentingan negara.

Sirajinisa telah menyebarkan jemputan ini keapda beberapa wartawan dan wartawan-wartawan tersebut pula turut membuat sebaran yang sama kepada wartawan lain.

21 Mac 2011:

Ramai penyunting akhbar dan wartawan telah tiba di Hotel Carcosa Seri Negara seawal jam 9 pagi. Shazryl telah meminta Shuaib supaya menapis wartawan-wartawan yang hadir sebelum dibenarkan masuk Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara bagi menyaksikan tayangan video tersebut.

Pada jam 10 pagi, penayangan rakaman video yang mengandungi adegan aksi lucah ini kemudiannya dilakukan oleh Shazryl menggunakan sebuah LCD CPU jenama Lenovo kepunyaannya.

Semasa tayangan rakaman video dijalankan, Shazryl juga telah memberi penerangan rakaman video tersebut. Beliau juga telah menerangkan bahawa gambar beliau turut terakamm sebelum rakaman hubungan seks diantara seorang lelaki yang dipercayai Anwar dengan seorang perempuan warganegara China.

Shuaib juga hadir pada pada sepanjang masa penayangan itu. Penayangan video tersebut dilakukan secara berulang dan pada setiap tanyangan hanya beberapa orang wartawan sahaja yang dibenarkan untuk menontonnya.

Tayangan ini mengambil masa antara 20 hingga 25 minit. Secara keseluruhannya, seramai 13 wartawan telah menyaksikan tayangan rakaman video tersebut dan tayangan terakhir tamat lebih kurang jam 12 tengahari.

22 Mac 2011:

Anwar telah membuat laporan polis berhubung penayangan video tersebut di Balai Polis Tun H S Lee (9703/11).

23 Mac 2011:

Pada jam 4petang, satu sidang media dilakukan oleh Shazryl dan Rahim di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur. Dalam sidang media tersebut, Shazryl dan Eskay mengaku mereka bersama Shuaib bertanggungjawab menayangkan rakaman video tersebut keapda wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011.

24 Mac 2011:

Pada jam 5petang, Shazryl dan Rahim hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan. Shazryl telah menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman video seks diantara seorang lelaki yang dipercayai Ketua Pembangkang dengan seorang perempuan warganegara China.

25 Mac 2011:

Shuaib telah datang ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.Keterangan mendapati rakaman tersebut telah diambil dalam sebuah bilik apartment di Ampang, Kuala Lumpur.

Pihak polis telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di apartment tersebut dan telah mendapati kehadiran Anwar bersama Shazryl dilobi apartment tersebut pada 21 Februari 2011.

Keterangan menunjukkan rakaman video tersebut mengandungi adegan aksi lucah dan persetubuhan diantara seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya berbogel.

Hasil analisa pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video tersebut adalah tulen iaitu tidak dilakukan sebarang 'tampering' dan 'super impose' serta berasal daripada satu alat perakam DVR yang dirampas daripada Shazryl.

Pakar tersebut juga telah menjalankan 'Facial Recognition Analysis' terhadap pelaku seks (lelaki) dalam rakaman video dan hasilnya mendapati 99.99 peratus adalah menyerupai Anwar.


Free Malaysia Today

SMS Ugut Bunuh : Rekaan sendiri untuk cari publisiti - Ibrahim Ali

Posted: 24 Jun 2011 03:32 AM PDT

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Ibrahim Ali memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak membuat spekulasi bahawa Perkasa ialah dalang di sebalik SMS ugutan bunuh yang diterima pengerusi Gabungan Pihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga.

Eh?? Hairan tak ada siapa tuduh pun..tiba-tiba dia gelabah.. apa hal ni?

'Jangan buat spekulasi tanpa bukti'

PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Ibrahim Ali memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak membuat spekulasi bahawa Perkasa ialah dalang di sebalik SMS ugutan bunuh yang diterima pengerusi Gabungan Pihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga.


"Mengarut, anda jangan buat spekulasi tanpa bukti. Ini amaran saya," kata beliau ketika ditanya mengenai ura-ura bahawa ahli Perkasa terlibat dalam penyebaran SMS tersebut.

Semalam Ambiga membuat laporan polis setelah menerima SMS ugutan bunuh pada pukul 1.57 pagi.

Antara lain, SMS itu berbunyi: "Aku nak kasi amaran kat korang semua. Kalau perhimpunan ini jadi, aku dan orang-orang aku akan bunuh Ambiga dan korang-korang keliling dia satu persatu."

Siasat SMS

Ketika mengulas lanjut Ibrahim tidak mendesak pihak polis menyiasat SMS ugutan bunuh yang diterima Ambiga.

"Terserah pada polis untuk siasat benar atau tidak. Ada kala,SMS rekaan sama sendiri untuk cari publisiti. Apa pun,terserahlah pada polis untuk siasat.

"Saya pun terima macam-macam SMS, tapi saya tidak kisah. Ada pihak, mereka mahu lakukan macam-macam perkara sampai akan melangar undang-undang yang boleh mengancan keselamatan rakyat dan kenteraman awam seperti cadangan perhimpunan Bersih Haram.

"Jika kita penting keselamatan diri kita, kita juga kena fikir akan kepentingan keselamatan org lain juga," jelas beliau dalam satu SMS kepada FMT.

Ibrahim akan mengetuai gabungan NGO yang dikenali sebagai Gerak Aman pada 9 Julai menentang perhimpunan Bersih.


Free Malaysia Today

Sistem Biometrik : Untuk membolehkan PATI mengundi?

Posted: 24 Jun 2011 03:16 AM PDT

KUALA LUMPUR 23 JUN : Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan sistem biometrik bagi membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik dilihat lebih kepada kepentingan politik kerajaan pemerintah.

Menurut ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, cadangan itu seolah-olah satu tindakan susulan kerajaan menerusi SPR untuk menghalalkan pendatang tanpa izin mengundi mereka pada pilihan raya akan datang.

"Itu (sistem biometrik) kami tidak minta, yang kami minta ialah penggunaan cap jari dengan dakwat hitam, pembersihan daftar pemilih tetapi cadangan biometrik ini adalah cara bagaimana untuk menghalalkan pendatang asing mengundi pada pilihan raya akan datang.


"Sebab mereka dalam usaha memberikan taraf kerakyatan kepada sebabahagian besar pendatang asing dan akhirnya mereka memberi kad pengenalan dan borang akaun bersumpah kepada warga asing ini untuk menyokong BN dalam pilihan raya akan datang,"tegas Mahfuz.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini mengulas mengenai lapan tuntutan Bersih 2.0.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 ialah menggesa SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, menggunakan dakwat kekal, melanjutkan tempoh kempen kepada minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil,mengukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan politik kotor.

Mahfuz sebelum ini pernah melahirkan kegusarannya berhubung sindiket haram pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang berstatus penduduk tetap melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen.

Berdasarkan maklumat yang disampaikan kepadanya, terdapat beberapa 'program' yang diadakan khusus untuk warga asing ini yang kebanyakannnya warga Indonesia dan Kemboja bagi membolehkan mereka memperolehi kad pengenalan.

Selain beliau, beberapa lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat mendedahkan di kawasan masing-masing berlakunya masalah seperti pendaftaran warga asing sebagai warganegara dan diberikan kad pengenalan.

Isnin lalu, SPR mengumumkan Pilihan Raya Umum Ke 13 akan datang bakal menyaksikan penggunaan sistem biometrik bagi membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem biometrik yang kini diguna pakai ke atas warga asing.

Mengulas lanjut, Mahfuz mengesa SPR bertindak tegas dalam menjalankan tugasnya dengan memastikan warga asing tidak didaftarkan sebagai pemilih.


TVS News

TG Nik Aziz sokong Bersih 2.0

Posted: 24 Jun 2011 01:59 AM PDT

KUBANG KERIAN, 24 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah mengadakan hmpunan aman Bersh 2.0 terpaksa diambil oleh rakyat negara ini sebagai tanda mereka amat membenci ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diamanahkan untuk mengendalikan pilihan raya negara secara telus.

Katanya, perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan pada 9 Julai ini wajar diikuti oleh seluruh rakyat negara ini bagi memberi isyarat agar SPR bertindak seadil yang boleh.


"Kita diberi pilihan untuk membuat sesuatu yang baik, kita tidak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak orang lain, oleh itu bagi umat Islam tindakan membantah perkara ini adalah amat wajar dan sesuai dengan naluri manusia yang inginkan kebaikan bagi diri mereka," ujar beliau.

Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang membantah sebahagian rakyat negara ini untuk mengadakan demonstrasi aman Bersih 2.0 tu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran derma pembinaan masjid dan perletakan batu asas Masjid Al-Qasimi Pasir Tumboh selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Turut hadir Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian serta Adun Pasir Tumboh Ahmad Baihaki Atiqullah.

Menyentuh tindakan kerajaan negeri memboikot akhbar Utusan Malaysia, beliau berkata ia akan berterusan selagi akhbar tersebut berminat untuk menyiarkan sesuatu perkara yang melampaui batas seperti penghinaan terhadap agama Islam sendiri.

"Kalau mereka nak teruskan perangai tersebut, mereka boleh berbuat demikian, tetapi kita juga ada hak untuk tidak membenarkan liputan mereka," kata beliau lagi.

Sementara itu, Salahuddin berharap masyarakat setempat dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha pihak jawatankuasa masjid Al-Qasimi untuk membina bangunan tambahan yang dijangka bernilai lebih RM1 juta.

"Kita boleh memberi sumbangan berbentuk kewangan, bahan binaan maupun tenaga bagi melihat pembinaan masjid ini berjalan lancar, saya juga menyeru badan-badan korporat agar sama-sama menyumbang bagi pembinaan masjid ini," kata beliau.


Harakahdaily

Video seks: Bukan lagi mirip Anwar tapi Anwar - Datuk T

Posted: 23 Jun 2011 11:45 PM PDT

Trio Datuk T hari ini menegaskan walaupun dijatuhkan hukuman kerana menayangkan bahan lucah, namun mereka menyifatkan ia "satu kejayaan" apabila dapat menyampaikan kepada rakyat identiti sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kejayaan bagi mereka kerana berjaya untuk mengaibkan Anwar dan juga keluarganya, hanya kerana dendam yang masih belum pudar..


Thamby Chik dikatakan berdendam kerana terpaksa melepaskan semua jawatan dalam politik bagi mengelakkan didakwa di Mahkamah kerana tuduhan merogol seorang gadis bawah umur..

Dan Eskay pula dikatakan oleh banyak pihak berdendam kerana Anwar tidak mahu menjadi saksi bagi pihaknya dalam kes saman Jambatan Bengkok..


Video seks: Bukan lagi mirip Anwar tapi Anwar, kata Datuk T

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Trio Datuk T hari ini menegaskan walaupun dijatuhkan hukuman kerana menayangkan bahan lucah, namun mereka menyifatkan ia "satu kejayaan" apabila dapat menyampaikan kepada rakyat identiti sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketiga-tiga Datuk T diijatuhkan didenda RM5,500 atas kesalahan menayangkan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa mirip Anwar.

Ketika prosiding pagi tadi, kesemua mereka iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan.

"Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong kes yang merupakan satu hipokrasi, walaupun saya tidak berapa gembira dengan hukuman (dikenakan), tapi demi rakyat kami sedia berkorban.

"Hipokrasi yang berlaku ini harus dihapuskan dan kami yakin Anwar Ibrahim sebagai orang dalam video seks itu dan telah melakukan kemaksiatan," kata Abdul Rahim pada sidang media ringkas di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta di sini.

Tegas beliau, pihaknya akur dengan keputusan yang dibuat Majistret Aizatul Akmal Maharani sambil menegaskan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video seks itu.

"Anwar Ibrahim yang melakukan hipokrasi ini tidak layak untuk menjadi perdana menteri dan kami berharap selepas ini, rakyat dapat menghakimi perkara yang sebenar.

"Tiada lagi kenyataan mirip-mirip Anwar... yang ada hanya Anwar Ibrahim," katanya.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, telah menafikan bahawa beliau adalah si pelaku dalam rakaman video seks itu selain telah membuat laporan polis.

Selain itu, Shazryl juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan yang dibuat itu adalah benar dan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video seks itu.

Polis juga telah mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih.

Datuk T telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontonkan rakaman video seks itu kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Shazryl dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara.

Sementara Abdul Rahim pula secara berasingan didakwa bersubahat dengan Shazryl dan Shuib.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu.

Tegas Abdul Rahim, beliau berharap rakyat dapat menilai wajah sebenar Anwar dan membuat keputusan tepat pada pilihan raya ke-13 akan datang.

"Demi masa depan negara, kami sanggup berkorban, kami harap rakyat prihatin untuk lihat bahawa negara tidak boleh dipimpin oleh mereka yang korup.

"Kami berkorban demi rakyat tapi apa yang penting objektif dan misi kami untuk beritahu rakyat berjaya.

"Kami mahu rakyat nilai terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13," katanya.

Shazryl dan Shuib bagaimanapun tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Kesemua mereka dikawal ketat ketika meninggalkan mahkamah.


The Malaysian Insider

Video seks: 'Datuk T' mengaku bersalah

Posted: 23 Jun 2011 07:46 PM PDT



Tiga individu yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu, hari ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menayangkan video terlarang itu.

Mereka adalah ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik serta dua yang lain, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim.


Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi: "Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu."

Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: "Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan , kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan."

Pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Aizatul Akmal Maharani.

Rahim diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Majistret Aizatul Akmal kemudiannya menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan ketiga-tiga tertudug merujuk dan berunding dengan peguam mereka.

Pihak pendakwaan termasuk timbalan ketua pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwaraya kanan Kamaludin Md Said.


Sementara itu diluar mahkamah..

Demo bising sokong 'Datuk T' luar mahkamah




Kira-kira 100 orang yang tidak kenali berhimpun di perkarangan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, pagi ini.

Kehadiran mereka adalah bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.

Video itu, yang dirakam di tempat yang tidak dikenalpasti, didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu menafikan perkara itu dan membuat laporan polis.

Mereka dijangka dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan mengedar bahan lucah itu.

Ketiga-tiga mereka itu adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik serta dua yang lain, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim .

Sambil memegang kain rentang dan sepanduk 'Hidup Datuk T' dan 'Kami Sokong PERKASA', mereka juga melaung-laungkan sokongan kepada Datuk T.

Bercakap kepada wartawan kemudian, seorang lelaki berkata mereka adalah penyokong 'Datuk T' yang terdiri daripada "pelbagai NGO dari seluruh negara".

"Kami beri sokongan tidak belah bahagi kepada sistem perundangan negara ini. Kami yakin dengan sistem mahkamah di negara ini.

"Kami 100 peratus pasti siapa lelaki dalam video itu dan beliau adalah siapa yang dikatakan oleh Datuk T. Jadi kami datang secara sukarela menyokong Datuk T," kata lelaki yang tidak mahumendedahkan identinya.

Namun, beliau kemudian dikenalpasti sebagai Mohd Suhaimin (atas, baju putih), seorang pembantu kepada Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Ketua PERKASA Perak Ahmad Zaini Ismailberkata mereka datang kerana menuntut kebenaran dan mahu keadilan ditegakkan.

"Tak ada orang yang bayar kami untuk datang," katanya.

Meskipun suasana persekitaran agak bising dengan jeritan kumpulan itu, namun pihak polis hanya memerhatikan dan memantau dari jauh.


Malaysiakini

'T' Shirt Khas untuk Pemuda UMNO pada Perhimpunan BERSIH..

Posted: 23 Jun 2011 09:38 AM PDT

Tertanya-tanya juga aku apakah warna dan corak yang akan dipakai oleh Pemuda UMNO bila membaca laporan dari Malaysiakini yang mengatakan Pemuda UMNO akan turut berarak pada 9 Julai ini..

Menurut laporan Malaysiakini Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan.

"Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin.


Kuning sudah menjadi warna rasmi bagi BERSIH dan ianya kini telah menjadi kesalahan bagi menjualnya..

Bagi mengurangkan beban Pergerakan Pemuda Umno Malaysia untuk berfikir mengenai corak 'T' Shirt yang sesuai buat mereka yang umum tahu memiliki tahap keupayaan berfikir yang rendah, dibawah ini ada beberapa rekabentuk 'T' Shirt yang aku rasakan sesuai buat Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu..

'T' Shirt ini pernah aku promosikan di MyKMU dan hasilnya sambutan yang aku terima begitu hangat sekali.. err… disambut dengan sumpah seranah la…

'T' Shirt hasil rekaan 'Tentalum Pembunuh UMNO' yang kini hilang entah kemana.. korang beleklah kat bawah ni..



Sesuai untuk Putera dan Puteri UMNO


Corak ini pula sesuai untuk Putera UMNO


Corak ini palin sesuai buat Ketua Pemuda UMNO


Macam mana? ngam tak design diatas untuk Pergerakan Pemuda UMNO?

Tiada ulasan: