Anak Sungai Derhaka |
- SPR Perkakas UMNO - Anwar
- BERSIH: Perhimpunan tetap dijalankan meskipun diugut bunuh
- Dulu Hitam salah.. Kini Kuning pun salah.. Habis tu nak pakai warna apa?
- Nampak bona bangang eh Isa Samad ni
- Dosa besar salahguna wang zakat
- Majlis Peguam sokong himpunan 9 Julai.. err.. sokong BERSIH lah tu..
- PKR Dalang curi Pasir di Johor? (Video Inside)
- Untuk apa Shahrizat tuntut tambahan RM459 juta ni??
- BERSIH : Ambiga diugut Bunuh.
- Patutlah Anwar tak akan terkejut jika 'Datuk T' terlepas....
Posted: 23 Jun 2011 08:56 AM PDT KUALA LUMPUR 23 JUN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan sahaja gagal mempamerkan kredibiliti sebagai agensi berkecuali malah dilihat semakin cenderung menjadi perkakas kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini kerana menurut beliau cadangan yang diajukan Pakatan Rakyat bagi merombak beberapa polisi dalam pilihan raya ditolak sepenuhnya dengan alasan luar bidang kuasa agensi itu. Justeru Anwar mengulangi pendirian bahawa perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung pada 9 Julai nanti sebagai insiatif badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan perhimpuan secara aman. Katanya program itu memberi ruang kepada rakyat untuk menyedari bahawasanya perubahan perlu dilakukan dalam sistem pilihan raya sepertimana yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. "Kempen negeri Sarawak, SPR diam walaupun diakui kerajaan Barisan Nasional membelanjakan RM1.18 bilion daripada kerajaan Persekutuan. Katakan, setengah bilion kerajaan negeri dan setengah bilion kerajaan BN. "Mana SPR, mana kebebasan media, mana laporan penipuan dari segi pendaftaran pengundi yang pernah kita bangkitkan dahulu melalui memorandum yang dibangkitkan oleh PR dan Bersih?" soal beliau selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini. Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 yang diketuai oleh bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevesan termasuk gabungan beberapa buah NGO seluruh negara. Pada hari yang sama Pemuda Umno dan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) turut akan mengadakan demostrasi jalanan bagi menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan Umno-BN. Anwar kemudian berkata, sehingga kini Pakatan Rakyat masih tidak yakin akan kewibawaan SPR setelah beberapa siri pendedahan dan rasuah dikenalpasti namun agensi itu gagal bertindak. "Ini SPR kata bukan bidang kuasa mereka. Bidang kuasa dia hanya untuk ikut arahan pimpinan Umno-BN. "Ugutan yang dibuat pelbagai pihak termasuk polis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Perkasa menghina usaha murni tersebut dan menghina etnik Cina. Ini kita anggap keterlaluan dan jelas pentadbiran Najib nampak membiarkan perkara ini tanpa sebarang teguran," ujar beliau lagi. Terbaru Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga ahli parlimen Gombak mendedahkan bahawa daftar pemilih SPR menunjukkan wujudnya pengundi hantu di rumah yang didiami ibunya sendiri. Dalam perkembangan lain Anwar berkata Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan ekonomi lebih serius dengan wakil-wakil syarikat, badan bukan kerajaan dan pakar ekonomi pada bulan hadapan bagi membincangkan isu kesan gaji minima kepada paras gaji dan masalah tenaga kerja berhadapan dengan tekanan kenaikan harga barang. Perkara lain yang turut dimuatkan termasuk kekangan kos tenaga kepada ekonomi Malaysia, langkah praktikal berdepan dengan prospek harga minyak yang tinggi serta reformasi pendidikan tinggi dan ekonomi dan merungkai permasalah tenaga kerja dan mutu. TVS News |
BERSIH: Perhimpunan tetap dijalankan meskipun diugut bunuh Posted: 23 Jun 2011 08:26 AM PDT Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 tetap akan dijalankan meskipun beliau bersama beberapa orang anggota BERSIH yang lain berdepan dengan ugutan bunuh yang disampaikan melalui pesanan ringkas (sms). Ambiga mengakui bahawa dirinya tidak terkejut dengan ugutan yang diterima, "tapi sangat kecewa kerana seorang warga Malaysia bertindak untuk mengugut seorang lagi warga Malaysia. Hanya kerana hasrat kami untuk mengadakan satu perhimpunan yang aman. Perhimpunan kami adalah aman. Saya amat kecewa." "Untuk kami, kami akan menjalankan perhimpunan ini dengan aman dan bertanggungjawab, tiada kena-mengena dengan perkauman. Pada hakikatnya ini adalah usaha bersama dari pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil, untuk menggerakkan reformasi sistem pilihan raya. Mereka yang mengugut kami, saya berharap mereka akan berdepan dengan kuasa undang-undang. Kami hanya boleh mengawal perkara yang boleh kami kawal." Beliau juga berkata, tiada alasan untuk dirinya berasa takut selagi polis menjalankan tugas mereka. Ambiga, bersama beberapa rakannya dalam BERSIH, termasuk Wong Chin Huat, Maria Chin Abdullah, dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Khairul Anuar yang menerima sms ugutan semalam, membuat laporan di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur pada tengah hari ini. Mereka ditemani kira-kira 40 orang aktivis sosial, termasuk pertubuhan mahasiswa sebagai tanda sokongan terhadap pemimpin BERSIH. Ambiga berkata beliau menyerah kepada polis untuk menyiasat siapakah pelaku di sebalik ugutan ini, dengan nombor telefon yang digunakan untuk menghantar sms ugutan bunuh tersebut. Beliau menyeru agar semua orang bertenang, dan mereka yang diugut telah mengambil langkah yang sebaiknya untuk melindungi diri. Ugutan perbuatan pengecut Maria Chin Abdullah yang menerima sms ugutan pada jam 12.41 tengah malam mencabar agar pelakunya tampil untuk berdepan dengan BERSIH, bukannya menyembunyikan diri dan menghantar sms. "Saya menganggap ia sukar diterima, kerana sms ini bukan sahaja mengancam nyawa, tetapi sarat dengan kenyataan perkauman. Saya rasa, sesiapapun yang menghantar sms ini harus berani untuk tampil dan berbincang dengan kami. Seandainya anda tidak gembira dengan apa yang kami lakukan, beritahu kami, masalah anda." "Kami dalam BERSIH berbuat demikian demi reformasi pilihan raya, malah kami mempunyai bukti penyelewengan pilihan raya. Bincanglah dengan kami, dan bukannya menjadi pengecut dengan menghantar sms sedemikian kepada saya, nak mengancam nyawa seseorang manusia. Kami tiada kena-mengena dengan keganasan, perhimpunan ini tiada kena-mengena dengan keganasan, dan kami tidak mahu respon dengan keganasan. Saya rasa, sesiapapun yang menghantar sms ini, sila hentikan, berbincanglah dengan kami berani," kata Maria Chin. Wong: Makin ramai makin aman Dalam satu sidang media selepas laporan polis, Wong Chin Huat berkata, "Pendirian saya atas isu ini ada tiga. Pertama, ini menunjukkan keganasan berada di belakang pilihanraya yang kotor. Kita tidak dapat mendukung keamanan tanpa menentang pilihanraya kotor." "Kedua, BERSIH adalah satu pergerakan yang aman, kita akan teruskan, pihak kami mengalu-alukan jaminan Menteri untuk menjalani penyiasatan dan sebagainya. Adalah penting untuk menunjukkan kepada semua bahawa keganasan tidak ada tempat di negara ini. Keganasan tidak bertaktah di negara ini, kalau tidak pelabur asing akan meninggalkan negara ini." Wong (gambar kanan) meneruskan, "Ketiga, (saya) ingin tegaskan bahawa perhimpunan 709 akan dijalankan secara aman, dan semakin ramai yang sokong semakin aman (perhimpunan), kerana pihak polis sudah pasti akan memberi kerjasama kerana cukup rakyat Malaysia yang datang ke hadapan untuk menolak keganasan dan pilihanraya yang bersih." Teks asal sms yang dikirim melalui nombor 01119732179 adalah, "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia. puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua." kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti." Di samping itu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein memandang serius kejadian ugutan sms ini, malah akan mengarahkan polis agar siasatan dijalankan ke atas pihak yang menghantar sms berbaur ugutan tersebut. *Chen Shaua Fui - MerdekaReview, |
Dulu Hitam salah.. Kini Kuning pun salah.. Habis tu nak pakai warna apa? Posted: 23 Jun 2011 05:20 AM PDT Mengulas mengenai seorang ahli Pemuda PKR dicekup oleh polis dalam kejadian semalam ketika sedang menjual kemeja-T BERSIH 2.0 Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie berkata ahli AMK itu didekati oleh anggota polis semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Merab, Sepang. "Dia hanya peniaga kecil yang ingin mencari wang tambahan. Nampaknya kita tidak boleh mengeluarkan perkatan BERSIH lagi dan juga memakai atau menjual kemeja-T berwarna kuning," kata Shuhaimi, yang juga ADUN Sri Muda.. Sejak beberapa musim ini, rakyat sudah mula terkeliru dan rungsing mengenai pakaian yang mereka kenakan setiap hari. Mutakhir ini, warna pakaian yang dipakai pada satu-satu keadaan akan membawa kemudaratan sehingga boleh dibawa ke mahkamah dan bermalam di dalam lokap. Pakaian Hitam Pada Mei 5 lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) melancarkan 1MalaysiaGelita [dalam Bahasa Inggeris, 1BlackMalaysia] yang menuntut agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan dan diadakan pilihan raya kecil. Justeru, seiring dengan kempen tersebut, Bersih menyeru seluruh rakyat berpakaian hitam pada Mei 7 semasa DUN Perak diadakan. Pada hari tersebut, seramai 126 orang termasuk wakil-wakil rakyat ditangkap di Ipoh. Kebanyakan mereka berpakaian hitam. Menurut beberapa video klip yang diambil, ada seorang warga Ipoh yang beriadah setiap pagi juga ditahan bersama yang lainnya, hanya kerana dia berpakaian hitam. Orang tersebut kelihatan terpinga-pinga apabila ditangkap anggota polis yang berpakaian preman. Pada Mei 7 juga, sekotak baju hitam peniaga yang berniaga di luar masjid di Ipoh dirampas dan penjualnya ditangkap. Sebanyak lebih kurang 170 helai pakaian 'ditahan' sebagai bahan bukti. Keadaan lebih runcing apabila belasan orang ditahan polis baru-baru ini kerana mengadakan acara menyala lilin dan berpakaian hitam di Brickfields, Kuala Lumpur dan di tempat-tempat lain. Pihak polis telah mereman selama tiga hari 16 orang yang ditangkap pada malam Khamis di Teratai, Selangor manakala Adun Teratai, seorang wanita, diminta menanggalkan pakaian hitamnya lalu memakai pakaian seragam lokap. Pakaian Putih Pada Mac 7 lalu, juga pernah diadakan tangkapan besar-besaran seramai 124 orang kerana berpakaian putih semasa menghantar memorandum ke Yang Di-Pertuan Agong menuntut pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Di baju-T putih mereka tertera simbol anti-PPSMI dan yang lainnya '152' menandakan hak rakyat mengenai bahasa kebangsaan mengikut nombor Artikel Perlembagaan Persekutuan. Pada waktu itu juga, seramai sekurang-kurangnya 4,000 menyaksikan pihak polis meleraikan perarakan yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dengan menembak gas pemedih mata. Pakaian Merah Pada Julai 6, 2007 Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mengadakan perhimpunan besar-besaran menuntut harga bahan bakar turun. Mereka melancarkan merah sebagai warna rasmi dalam kempen bantahan mereka. Selepas perundingan dijalankan, akhirnya mereka dan pihak polis bersetuju untuk perhimpunan itu diadakan di Stadium Kelana Jaya, Selangor. Salah satu publisiti yang diadakan sebelum ke tarikh Julai 6, 2008 Geramm menganjurkan program yang berjalan secara aman (Peace Walk) pada Jun 28 dan diakhiri dengan penangkapan dua orang peserta berhampiran komplek membeli-belah Sogo di ibu negara. Mereka dan kesemua yang menyertai perarakan itu berpakaian merah. Pakaian Jingga Pertubuhan Tindakan Hak-hak Hindu (Hindraf) melancarkan jingga sebagai warna rasmi pergerakan tersebut. Jingga menjadi ketakutan kerajaan sehingga kerajaan terpaksa memutuskan untuk mengharamkan pertubuhan tersebut. Pakaian Kuning Pada November 10, 2007 perarakan bersejarah yang bermatlamat menuntut pilihan raya bersih dan adil memperlihatkan pusat bandaraya Kuala Lumpur dibanjiri dengan kuning. Perhimpunan massa itu mensasarkan untuk mengumpul seramai 100,000 orang tetapi malangnya, banyak bas-bas yang ditahan sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan polis merampas baju-T kuning. Sungguhpun pemandu tidak berpakaian kuning tetapi ada kereta menuju ke KL yang digeledah bagi mencari pakaian kuning! Di beberapa tempat, misalnya Masjid Jamek, polis bertindak ganas dengan menembak gas pemedih mata. Di Pasar Budaya, polis mengarahkan kompleks tersebut ditutup bagi menghalang 'orang kuning' dapat berlindung dan berhimpun. Di Masjid Negara, mereka dikepung dengan kawalan pihak polis yang ketat. Kuning dipilih kerana salah satu tuntutannya ialah untuk media adil. Tuntutan lain Bersih ialah pembersihan senarai pemilih, pemansuhan undi pos kepada anggota polis dan tentera, penggunaan dakwat kekal dan tempoh kempen yang berpatutan. Keadaan pada waktu itu sungguh tertekan sehinggakan seorang mangsa Aleyasak Hamid Ali Hassan tergelincir dan jatuh tertiarap di atas laluan pejalan kaki. Dia diterpa polis yang tidak berpakaian seragam dan salah seorang anggota polis tersebut memijak lutut kaki Aleyasak yang sedang terlipat sehinggalah pecak lututnya pecah dengan bunyi 'pop'. Sungguhpun Aleyasak merayu dengan mengatakan bahawa dia tidak terlibat dengan perhimpunan dan hanya menjual pisang goreng, polis mengheretnya ke trak. Dia kemudiannya menyaman pihak polis dan kesnya masih dalam perbicaraan. Jadi, dengan insiden-insiden tersebut menyebabkan kita belajar untuk peka berpakaian demi keselamatan. Bagi mereka yang menganjurkan, sesuatu warna itu menjadi suara. Akan tetapi kepada segelintir orangramai, pakaian mungkin kini menjadi fobia. Tidak mustahil kepada orang kebanyakan untuk berasa takut untuk berpakaian dan terpaksa melihat akhbar (sungguhpun tidak melaporkan berita sebenar) tentang acara-acara yang dijalankan. Ada juga yang takut berpakaian batik pada hari Khamis kerana takut dicapkan sebagai kakitangan kerajaan yang terkenal dengan perkhidmatan lembab.* Dan ada juga yang mungkin takut berpakaian biru muda dengan lajur merah [warna bendera Mongolia] kerana takut tidak dapat mendapat projek kerajaan Persekutuan. Tidak berpakaian? Akan tetapi sekiranya seseorang itu bercadang untuk tidak berpakaian, mereka harus berfikir banyak kali. Penyanyi Faizal Tahir pernah membuka bajunya serta menampakkan dadanya yang dicat huruf 'S' warna merah ketika membuat persembahan konsert yang disiarkan secara langsung di televisyen. Dia selepas itu digam untuk seketika oleh beberapa syarikat penyiaran di bawah Media Prima, dan juga oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Sekumpulan yang menggelar diri mereka Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) pula ada berhasrat untuk berbogel di hadapan pintu bangunan SUK Selangor tetapi dibantah Majlis Agama, dan akhirnya mereka akur menggugurkan niat mereka itu. Fobia berpakaian warna salah akan merasuk kepada lebih ramai rakyat marhaen sekiranya amalan demokrasi untuk berpakaian dihalang polis dan tindakan pihak-pihak berkuasa ini tidak dibendung. Written by Faisal Mustaffa |
Nampak bona bangang eh Isa Samad ni Posted: 23 Jun 2011 03:15 AM PDT Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berkata tidak ada masalahnya jika Felda meminjam wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – berjumlah RM6 bilion seperti yang ditimbulkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebelum ini. Mohd Isa turut menangkis tanggapan bahawa pinjaman berkenaan menunjukkan Felda kini menghadapi krisis kewangan walau dilaporkan meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun. Beliau berkata pinjaman berkenaan merupakan satu "penghormatan" kepada Felda kerana ia menunjukkan keyakinan KWSP bahawa lembaga pembangunan tanah itu mampu melunaskan pinjaman berkenaan. "Apa masalahnya pinjam? Kita pinjam pun daripada (KWSP), (KWSP) bagi kita pinjam itu juga satu penghormatan sebab yakin pada kita, kita boleh bayar. "Kalau saya meniaga saya ada duit, takkan saya nak guna semua duit saya sendiri, saya mesti pinjam. Itu yang penting, apa yang masalahnya kalau pinjam? "Saya pun tak tahu apa masalah yang ditimbulkan itu. Saya beli kereta pun pinjam, saya tak tahulah kalau semua orang ANAK ini semua bayar tunai, saya tak tahulah," katanya lagi, menyindir NGO yang menimbulkan isu berkenaan. Selain ANAK, perkara itu juga ditimbulkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menuntut Felda menjelaskan sama ada salah sebuah anak syarikatnya – Felda Global Ventures – mengalami kerugian dalam pelaburan di seberang laut. Dalam satu kenyataannya, Anwar mendakwa kerugian daripada pelaburan dalam tempoh 2007 hingga 2010 itu berjumlah hampir RM500 juta. Kerugian itu didakwa melibatkan pelaburan ke dalam syarikat Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia. Pernah rugi Sementara itu, ditanya sekiranya beliau menyentuh mengenai kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam ucapannya terdahulu, Mohd Isa secara ringkas berkata beliau hanya menyentuh mengenai kerugian itu secara umum. "(Felda) pernah juga rugi pada awal-awal, tapi yang penting adalah bagaimana kita menguruskan kerugian itu supaya jadi baik," katanya lagi. Dalam ucapannya terdahulu, Mohd Isa turut meminta wakil peneroka ke AGM berkenaan supaya "bersyukur" dan "tidak terpedaya" dengan golongan tertentu yang didakwa terus "mencucuk" masyarakat peneroka berhubung kerugian yang dialami Felda. "Kita akan rugi sebab perjuangan mereka ini sampai pilihan raya ke-13... Jangan terpedaya kata kami di Felda nak menindas, nak menipu. Tak ada begitu sebab kita tahu tujuan hendak hapuskan kemiskinan luar bandar. "Ada orang mencucuk masyarakat Felda, tapi apa nak buat memang ada orang macam itu," katanya lagi yang dipercayai merujuk kepada tindakan berterusan oleh kumpulan peneroka yang memfailkan saman ke atas Felda. Malaysiakini |
Dosa besar salahguna wang zakat Posted: 23 Jun 2011 02:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya berkata adalah menjadi dosa dan kesalahan besar bagi mereka yang menyalahgunakan wang zakat. Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan penyelewengan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membiayai kos guaman Menteri Agama, Datuk Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali. Menurut Hashim, sumber baitulmal terdiri dua kategori iaitu sumber zakat dan sumber am. Sekiranya daripada sumber am, wang tersebut boleh dibelanjakan untuk apa-apa tujuan mengikut pengurusan baitulmal. Namun pengurusan baitulmal atau majlis agama, katanya, tidak boleh menggunakan wang zakat bagi tujuan untuk perbelanjaan selain bantuan kepada golongan asnaf. "Kalau betul, ia tak sepatutnya berlaku kerana duit zakat ini adalah untuk perbelanjaan untuk asnaf yang lapan, yang diberikan kepada mereka yang patut dapat. "Kalau salahguna wang zakat, itu adalah satu salahguna kuasa. Maknanya tidak ada amanah kepada Allah. Jika pembiayaan untuk bayaran peguam masuk asnaf yang mana?," ujarnya ketika ditanya Keadilandaily.com. Asnaf yang lapan terdiri daripada golongan miskin, amil, muallaf, riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan), gharimin (penghutang muslim), fisabillillah (Orang yang berjuang kerana Allah) dan Ibnus Sabil (musafir). Tambah ulama terkenal ini, penyelewengan wang zakat yang diberikan kepada selain golongan tersebut merupakan satu pengkhianatan besar kepada umat Islam dan perlu diambil tindakan. "Wang zakat dijelaskan di dalam Al Quran perlu diagih kepada asnaf yang sepatutnya dibelanjakan. Ia tak boleh dibelanja sesuka hati, tidak boleh diambil oleh penguasa dan pihak bertanggungjawab menguruskannya. "Selain asnaf yang lapan, ia adalah satu penyelewengan sekiranya wang zakat diberikan kepada mereka yang tidak sepatutnya. Ia merupakan satu kesalahan dan dosa yang cukup besar," katanya lagi. Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution semalam mendedahkan penyelewengan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu. Jumlah itu dikatakan diguna bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali. Ia dikatakan bagi membiayai kos guaman dua individu berkenaan kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah semalam, yang mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan. http://www.keadilandaily.com/?p=15766 |
Majlis Peguam sokong himpunan 9 Julai.. err.. sokong BERSIH lah tu.. Posted: 23 Jun 2011 01:35 AM PDT Majlis Peguam berkata kebebasan berhimpun adalah hak yang perlu bagi sesebuah demokrasi. Justeru, badan itu menyokong ketiga-tiga kumpulan yang bercadang mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini. Pengerusinya Lim Chee Wee berkata kebebasan berhimpun dijamin mengikut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan pihak berkuasa mesti mengambil-kira perkara itu. Katanya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak sepatutnya menyekat perhimpunan dan mengingatkannya bahawa arwah datuknya, Datuk Onn Jaafar juga pernah turun ke jalanan atas nama demokrasi. "Perlu diingatkan bahawa Umno yang diketuai oleh Onn Jaafar, yang ketika itu presiden Umno, yang adalah datuk kepada Menteri Dalam Negeri sekarang, pernah memimpin rakyat turun ke jalanan bagi memprotes pembentukkan Malayan Union. "Begitu juga dengan pemimpin Umno lain yang juga pernah turun ke jalanan, sebagai contoh menuntut kemerdekaan dan juga menyokong perjuangan Palestin," katanya. Lim berkata perhimpunan awam adalah sebahagian daripada sejarah negara sama ada bagi membantah ketidak-adilan seperti yang diami dengan sistem pilihan raya sekarang ini. "Mereka yang kata protes jalanan bukan sebahagian daripada budaya kita jelas adalah jahil dengan sejarah negara kita yang kaya," katanya pada sidang akhbar bagi mendesak kerajaan supaya menghormati perhimpunan yang bersih dan aman. Malaysiakini |
PKR Dalang curi Pasir di Johor? (Video Inside) Posted: 22 Jun 2011 09:33 PM PDT Seorang pembaca telah meninggalkan komen dalam entry aku yang bertajuk Demi Rakyat : Kempen terbaru PKR .. lihat di SINI. Sebahagian komen beliau " demi rakyat pasir dicuri . demi rkayat rumat urut dan maksiat bercambah . demi rakyat kalimah ALLAH dijual beli.demi rakyat pluralisma diperjuangkan. demi rakyat Lina Joy murtad , anwar ibrahim sokong. Aku tertarik untuk menjawab ayat ini "demi rakyat pasir dicuri" kerana bagi aku ianya adalah satu fitnah kerana tidak ada sebarang bukti yang pernah mengatakan PKR terlibat dengan kegiatan mencuri pasir.. Bukan itu saja.. ayat-ayat yang lain juga aku anggap fitnah dan buat masa sekarang aku malas nak jawab.. lagipun isu curi pasir ini telah disiarkan oleh The Star semalam.. Yang jelas ialah kegiatan mencuri pasir bernilai ratusan juta Ringgit dan menyeludupkannya ke Singapura berlaku di Johor sebuah negeri yang ditadbir oleh Parti yang kononnya memperjuangkan bangsa, malah kegiatan ini pernah dikritik oleh Tun Mahathir sendiri. Akibat kritikan tersebut kegiatan mencuri pasir itu telah terhenti seketika namun kini ianya disambung semula dengan lebih hebat lagi dengan memperbesarkan kawasan aktiviti mereka sepanjang Sungai Johor tanpa mempedulikan pengharaman eksport pasir keluar Negara oleh Kerajaan. Kegiatan haram ini dilakukan secara terbuka dan besar-besaran.. Siapa sebenarnya dalang yang melindungi mereka hinggakan mereka langsung tidak gentar akan tindakan dari pihak berkuasa? Seperti juga pengedaran Video Seks seorang lelaki yang difitnah sebagai Anwar Ibrahim, mereka berani mengedarnya kerana ada pihak yang berkuasa melindungi mereka.. Adakah dalang yang berkuasa melindungi kegiatan mereka itu datangnya dari PKR?? Mana mungkin PKR kerana PKR tidak memerintah Johor… Hundreds of millions of ringgit worth of sand shipped off to Singapore island JOHOR BARU: After a hiatus of several months, sand thieves have returned with a vengeance to continue mining sand worth hundreds of millions of ringgit which is shipped off to Singapore. The sandmen have expanded their activity along Sungai Johor, ignoring a national ban on the export of sand and despite a clampdown by the authorities last year. Starprobe recently followed the trail of the illegal activity, which started from a jetty in Kota Tinggi, Johor, to Ulu Tiram, about 20km away, before the sand was loaded on to lorries after the washing process was completed. A tug boat (top picture) on the Sungai Johor pulling a barge loaded with sand. On the left are two dredging ships. Above: Sand being loaded on to lorries by excavators at one of the collection areas in Pulau Punggol Timor in Singapore. — M. RAJAN / The Star The sand is transported to several barges, each with a capacity of up to 4,000 tonnes. Some of the barges and tugboats were registered in Singapore. RM1bil worth of sand lost JOHOR BARU: The Johor Government has incurred heavy losses, believed to be in the region of RM1bil due to sand smuggling along Sungai Johor. The losses were incurred over a period of four years. Starprobe was made to understand that an average of five barges that could load up to 4,000 tonnes of sand each headed towards Singapore daily. Based on the current market price of RM48 per tonne, a sand contractor, who declined to be identified, said each barge was capable of ferrying sand worth RM190,200. He said a total of RM960,000 was generated from a day's sale based on the five barges. Kesemua berita diatas dari The Star. |
Untuk apa Shahrizat tuntut tambahan RM459 juta ni?? Posted: 22 Jun 2011 08:43 PM PDT KUALA LUMPUR 22 JUN : Wanita Pakatan Rakyat menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan lantaran gagal menyatakan tujuan sebenar bajet tambahan berjumlah RM459 juta oleh kementeriannya semalam. Menurut Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin, tindakan Sharizat tidak menjawab pertanyaan ahli parlimen sewaktu perbahasan belanjawan tambahan peringkat Kementerian beliau semalam, menunjukkan suatu sikap ketidakmatangan beliau selaku seorang menteri. Unit Pejabat Pengurusan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) isi rumah berpendapatan rendah (LIH) kementerian itu sebelum ini melaporkan jumlah ketua isi rumah miskin tegar yang berdaftar di dalam sistem e-Kasih telah dikurangkan sebanyak 99.8 peratus iaitu 44,535 keluarga dari 253,862 keluarga. Hal ini menimbulkan persoalan mengapakan Shahrizat memohon belanjawan tambahan 'untuk membantu golongan miskin tegar' sedangkan sepatutnya belanjawan tersebut telahpun mencukupi. "Beliau seharusnya sedar bahawa RM459 juta ini melibatkan dana awam, maka suatu sistem kewangan yang tersusun dan terancang perlu dilaksanakan, dan tidak terus- terusan melaksanakan program- program ad-hock sentiasa. "Maka, Demi Rakyat, kami (Wanita Pakatan Rakyat) menggesa agar beliau segera meletak jawatan, atas dasar kebertanggungjawaban yang jelas telah memalukan imej Parlimen dan Malaysia di peringkat antarabangsa," tegas Zuraidah dalam sidang media di Parlimen hari ini. Sewaktu pembentangan Belanjawan 2011 yang dibentangkan pada 15 Oktober 2010 yang lalu, peruntukan untuk pembangunan sosio- ekonomi kementerian itu mencatatkan jumlah yang besar iaitu sebanyak RM536 juta. Pecahannya adalah seperti berikut; RM190 juta untuk keluarga miskin, RM108 juta untuk golongan kurang upaya, RM167 juta untuk warga emas, RM50 juta untuk bantuan am, selain RM22 juta untuk bantuan sosio- ekonomi lain. Menurut Zuraidah, dengan peruntukan tambahan yang diminta, kos perbelanjaan kementerian itu mencecah hampir RM92 juta melainkan kos tersebut digunakan untuk menjalankan projek yang bersifat jangka pendek atau 'one off'. "Peruntukan belanjawan tambahan sebanyak RM459 juta yang dimohon turut menunjukkan peningkatan sebanyak 87% dari jumlah asal belanjawan 2011, sekaligus membawa kepada jumlah hampir RM1 Billion, peruntukan keseluruhan buat 5 kategori," katanya. Mengulas isu yang sama, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusuf, tindakan Shahrizat itu seolah- olah mahu menggunakan wang peruntukan itu sebagai dana pilihan raya umum akan datang. "Peruntukan untuk kebajikan sepatutnya semakin kurang sebab penerimanya semakin kurang tapi anehnya kementerian minta bajet tambahan sehingga hampir RM 500 juta, katanya untuk warga miskin. Di mana yang betul? Laporan NKRA yang penting atau ini? Yang ini kita nampak terang-terang. Saya yakin wang ini akan digunakan UMNO untuk pilihan raya umum akan datang," tegas beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS. TVS News |
Posted: 22 Jun 2011 08:02 PM PDT Beberapa wartawan dan ahli Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung ugutan bagi membunuh pemimpin NGO itu dan Pakatan Rakyat lewat malam semalam dan awal pagi ini. SMS yang dihantar dari nombor telefon 601119732179 memuatkan ugutan bunuh ke atas pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan juga beberapa pemimpin PAS serta PKR yang akan terbabit pada perhimpunan 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara. Ambiga, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau menerima SMS itu. "Ya, saya juga terima dan akan buat laporan polis," katanya. SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia. "puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua. "kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti." Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya". |
Patutlah Anwar tak akan terkejut jika 'Datuk T' terlepas.... Posted: 22 Jun 2011 06:33 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terkejut jika mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan terhadap trio 'Datuk T' yang dikatakan akan didakwa Jumaat ini. Selain dari prestasi kehakiman mutakhir ini yang seringkali 'membebaskan' kaum kerabat UMNO BN tetapi bertegas terhadap pemimpin Pakatan Rakyat sebenarnya ada satu berita lain yang membuatkan Anwar yakin bahawa hukuman paling ringan akan dikenakan kepada 'Datuk T'.. Satu berita yang memberikan gambaran bahawa restu pihak tertentu telah diperolehi bagi memudahkan atau meringankan hukuman.. sila lihat di akhir berita dibawah ini.. Bukan Kejutan 'Datuk T' Terlepas - DSAI KUALA LUMPUR 22 JUN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terkejut jika mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan terhadap trio 'Datuk T' yang dikatakan akan didakwa Jumaat ini. Anwar merujuk kepada prestasi kehakiman mutakhir ini yang seringkali 'membebaskan' kaum kerabat UMNO BN tetapi bertegas terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Beliau juga menyatakan ketidakyakinannya terhadap keseriusan Putrajaya dalam mengambil tindakan terhadap 'Datuk T' yang merangkumi Bekas Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim dan Ahli Perniagaan, Datuk Eskey Shazryl Abdullah. Anwar turut mendakwa rakaman video seks yang cuba dikaitkan dengan dirinya menimbulkan banyak persoalan apabila pihak berkuasa dilihat melengah- lengahkan dan sentiasa berdolak dalih ketika disoal pemberita. Tindak polis yang tidak mengambil sebarang tindakan keatas 'Datuk T' juga menggambarkan trio itu dilindungi meskipun mereka mengaku bertanggungjawab menayangkan video lucah itu kepada sekumpulan wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu. "Kes yang jelas begini tertangguh berbulan-bulan memang menimbulkan banyak persoalan," katanya kepada wartawan dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Jelasnya, tindakan polis yang berdiam diri walaupun berpuluh- puluh laporan polis dibuat bersabit pengedaran video lucah itu, turut memberi gambaran kegiatan itu mendapat sokongan dan kerjasama pihak berkuasa. "Ia berlarutan lama dan ia (video seks) masih diedarkan, digalakkan oleh kerajaan, dibantu oleh polis dan Menteri Dalam Negeri. "Adalah mustahil bagi bahan pornografi ditayangkan dan diedarkan dengan bilangan ratusan dan ribuan jika tidak dilindungi oleh sesuatu kuasa yang ada," katanya. Beliau berkata, pendakwaan yang akan dibuat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kes itu juga boleh dipersoalkan kerana Peguam Negara sendiri mempunyai rekod yang meragukan. Malah, katanya, 'Datuk T' juga sebelum ini diketahui umum dibayangi dan dihantui isu moral yang buruk dan keji.- TVS News Dan menurut seorang sahabat... Pagi tadi salah seorang anggota yang menggelarkan diri mereka sebagai Dato T, iaitu bekas ketua menteri Melaka Rahim Tamby Chik dilihat masuk ke pejabat Perdana Menteri di tingkat 3 bangunan parlimen pada jam 11:40. Tujuannya masih tidak diketahui namun dipercayai ada kaitan dengan kes dakwaan penyebaran video lucahnya di mahkamah Jumaat ini. Kalau dilihat, ada sesuatu yang "fishy" di sini, mengapakah Rahim Tamby Chik berjumpa Perdana menteri terlebih dahulu sebelum didakwa di mahkamah? Blognya sila lihat di SINI |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
11 ulasan:
We accommodate all kinds of excessive property s that sink in fare in a discrepancy of styles, colors and sizes at wholesale price.All [url=http://www.g-marrybridal.com/wedding-dresses/]wedding dresses[/url]
[url=http://www.g-marrybridal.com/cheap-prom-dresses/]prom dress[/url]
[url=http://www.g-marrybridal.com/mother-of-the-bride-dresses/]Mother of the Bride Dress[/url]
are cheaply with trendy styles associating apparels including originator combining adorn, seaside coalescence dresses, bridal gowns, bridesmaids dresses, prom outfits, bourgeon gal dresses & nurse dresses.Even we can supply the services of free weight customization and loose coupled with measure Snitch on affordable astounding compounding dresses minute!make use of horn-mad shopping, array marvellously exchange for the notable juncture with the expropriate of G-marry bridal.
http://www.g-marrybridal.com/
look at [URL=http://e--store.com/]louis vuitton handbags outlet[/URL] to your friends VVHBHlSz [URL=http://e--store.com/ ] http://e--store.com/ [/URL]
American Express announced today its partnership with acclaimed fashion designer Phillip Lim to present a unique runway experience exclusively for Cardmembers on Thursday, September 17 at 10:00 PM during Mercedes-Benz Fashion Week. north face It all sounds very high-stakes, and it isn just about interacting in a virtual world overlaid on top of our own; there also a shared goal, with details gradually revealed on a virtual corkboard at the Niantic Project website.. north face sale Fermented foods, like pickles, sauerkraut, soy sauce, kefir and sourdough bread, are all extremely easy to digest. ghd straighteners When they face off against one another, it is a true clash of the intellectual titans.. north face jackets is a wholly owned subsidiary of The Marcus Corporation, a NYSE corporation.
Though she wore it to a costume party in the movie, it not hard to imagine a woman wearing this today.. ghd Lightweight cotton pants work well, even in the heat.. ugg sale These emerging designers were not only bringing innovation and flavor, some, like Eye Thread from Los Angeles, brought a conscious element. north face backpacks If you are utilized to dressing up down but you wish to add charm to your thing, attempt acquiring some sparkly components. ghd iv salon styler More importantly though: many of the designers from outside the UK have what the LFW/EstEthica circle lost in many cases.
Remember when shopping for strapless dresses,Now,Plus Size Party Dress. ghd straighteners cocos fashion became known mainly throughout 1915 around france, for its simplicity.. ghd hair straightener In 2002, Erin joined Bloomingdale's as Public Relations Manager. north face Outside sales base + commission job in San Francisco, California, USA Read sales outside the base + commission job description and find other AppleOne!.! jobs in search of monsters . ugg Shanghai see the leukoplakia gynecology to which hospital is good? Reminder: the Navy Shanghai protect the base hospital and Health, ER, Houmin for running the hospitals, the purpose; humane medical service concept to create people are satisfied with the hospital a starting point; patient-centered, safeguard the health interests of the broad masses of the people the goal, which is an important measure to enhance the brand of our hospital.
If you'd like to join her by posting a photo on Sunday of places you've been on your blog/photo hosting site/website, leave a comment on her Sunday posts telling her where she can find you/your photo and she'll add a link to her sidebar so others can find you. ugg I selected my four faves for your delectation.. ugg boots tiny little young cute nudist Mehreen said that she faced a lot of pressure from her family when she joined modeling field because they were against modeling. north face backpacks on September 16 when three men drove their car through the mall's pedestrian walkway and stormed into the Ben Bridge store. http://www.softuggboots.com I love going to bed under the chintz-patterned machhardani, with big furry Chinese acrylic blankets in electric blue and cherry red.
Not only the line for feminine they provide yet males also offer their own individual Lv item selection on the market. north face jackets on sale Blossoming fruit trees in the garden, like a Zhang Xinsheng, the child cheek generally immature OK. http://www.morenorthface.com At that time the bridge will be ready for delivery and the passenger trains may cross if they are ready to do so. http://www.manyghdhair.com It is decent, cool and still looks hot.. ugg As usual with color trends, the simplest approach is accessorizing.
vTrh michael kors wallet
uYfg styler ghd
sRth north face sale
3lVuo ugg boots sale
7lVdt cheap michael kors handbags
5xCon ghd australia
cWug ugg boots uk
iKxa michael kors bags
9iNak GHD Hair Straightener
1yBhd burberry bags
1bJtb bottes ugg
4vCni ghd
3iAlu cheap louis vuitton
3bVlx michael kors purses
5zIor cheapest ghd
9cNbs ugg boots sale
9zJvf wholesale nfl jerseys
1sJxt michael kors purses
0yRzq styler ghd
3fMef ugg boots sale
check UOGmCZTk [URL=http://www.gucci-outlet2013.net/]fake gucci[/URL] for promotion code fzMxEHQQ [URL=http://www.gucci-outlet2013.net/ ] http://www.gucci-outlet2013.net/ [/URL]
to buy NhhtJXOh [URL=http://www.gucci-onlinestore.tumblr.com/]gucci handbag outlet[/URL] to your friends zbVqPxwC [URL=http://www.gucci-onlinestore.tumblr.com/ ] http://www.gucci-onlinestore.tumblr.com/ [/URL]
Catat Ulasan