Anak Sungai Derhaka |
- Bukan Ahli Akademik saja kuat mengipas, Prof.. Ahli PKR pun ramai ..
- Khir Toyo minta saya berbohong kepada SPRM - Pengarah Ditamas
- RM63.9 juta untuk khidmat rundingan dan promosi? membazirnya..
- RM1.8 Juta untuk FB memang mahal...
- Serangan Cyber : Kata Kerajaan dah bersedia.. tapi 41 Website tumbang..
- Respon pengguna setelah banyak web file sharing diblock…
- Laman web rasmi kerajaan tidak boleh diakses, 27 lagi digodam
Bukan Ahli Akademik saja kuat mengipas, Prof.. Ahli PKR pun ramai .. Posted: 16 Jun 2011 09:32 AM PDT Profesor Dr Abdul Aziz Bari mendakwa disebabkan budaya mengampu yang begitu menebal di kalangan golongan cendikiawan atau ahli akademik di negara ini mereka bersikap membisu dan tidak berani menyatakan pendirian terhadap sesuatu isu, terutama melibatkan kepentingan rakyat. Beliau juga mengharapkan bila Pakatan menang pilihan raya nanti jangan biarkan budaya mengampu ini berterusan.. Hmmm.. sepatutnya begitu.. dulu aku sering memerhatikan gelagat pemimpin-pemimpin UMNO/BN bila menyambut kehadiran PM disebarang majlis.. berebut-rebut mereka untuk menghampiri PM.. hanya untuk menunjukkan muka dan bersalam dengan PM tak kira PM yang manapun.. Itu dulu.. tapi sekarang bila aku aktif dalam PKR apa yang aku nampak tak banyak bezanya dengan apa yang berlaku dalam UMNO/BN dalam hal bodek ini.. Bila Anwar diberitakan akan hadir dalam sesuatu majlis maka timbullah muka-muka yang mengaku dirinya sebagai pemimpin menonjolkan diri mereka dalam Majlis itu.. Berhenti saja kereta Anwar, berlumbalah mereka nak membuka pintu kereta Anwar, macamlah Anwar tak tahu nak buka pintu kereta tu sendiri. Bila Anwar nak makan pula maka berebut-rebutlah mereka untuk berada disebelah Anwar bagi menunjukkan kesetian mereka kepada Anwar.. faham betul-betul kesetiaan kepada Anwar bukan PKR.. Anwar nak basuh tangan kelam kabutlah mereka menghulurkan bekas basuh tangan kepada Anwar.. Bila Anwar bertanya hal berkenaan akar umbi.. tak ada masaalah.. semua baik jawab mereka biarpun ada yang dah kehilangan 12 AJK baru-baru ini.. Biarpun majlis belum tamat bila Anwar meninggalkan majlis merekapun turut menghilangkan diri, yang terbaru ialah kejadian di Yayasan Aman baru-baru ini.. Kerana geram dengan perangai manusia macam tu dalam PKR.. baru-baru ini di Yayasan Aman seseorang telah aku jadikan mangsa.. Anwar dijadualkan berada dalam satu Majlis di Yayasan Aman pada pukul 2.00 petang, pada pukul 1.30 datang seorang ketua AMK dari sebuah Cabang yang 12 AJKnya telah meletakkan jawatan. Dia masuk pintu pagar Yayasan Aman terus menuju kepada aku dan bertanya "Datuk Seri sudah sampai atau belum?" Aku jawab dah sampai.. tapi dia keluar sekejap pergi makan kenduri. Dia Tanya pula "Kenduri dimana?" entahlah jawab aku.. Aku suruh dia tunggu sekejap nanti Anwar datang semula lebih kurang pukul 4.30, maka diapun tunggulah padahal Anwar dah datang pukul 11 pagi lagi.. 4.30 tu flight dia dah landing di KL.. padan muka mamat tu.. Ramai ahli akademik menikus, kuat 'mengipas' – Prof Aziz Bari KUALA LUMPUR: Ramai golongan cendikiawan atau ahli akademik di negara ini bersikap membisu dan tidak berani menyatakan pendirian terhadap sesuatu isu, terutama melibatkan kepentingan rakyat. Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia disebabkan budaya mengampu yang begitu menebal di kalangan mereka dan ketakutan sekiranya terlepas jawatan atau kenaikan pangkat. "Ketakutan ini sudah merebak ke mana-mana; dari istana sampai ke badan kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya, universiti, syarikat kerajaan (GLC), JKKK, pegawai agama dan lain-lain. "Di universiti pun begitu; amat ramai profesor yang menikus kerana mereka mimpi dan melobi jawatan; nak jadi naib canselor, rektor, timbalan naib canselor, dekan dan macam-macam lagi. "Ada yang berangan-angan nak dapat gelaran tan sri, datuk, nak jadi anggota majlis itu dan ini. Yang sudah pencen berangan-angan hendakkan kontrak perkhidmatan mereka disambung dan macam-macam lagi. "Tetapi punca besar ialah kerana mereka tahu mereka tak layak, tak cukup ilmu dan mereka mendapat kedudukan itu kerana mereka kuat mengipas dan membisu, " kata Aziz kepada Keadilandaily.com. Takut 'tiang', 'pintu' pun lapor Pejabat PM Aziz berkata, disebab budaya takut kepada Umno dan agensi yang diwujudkan kerajaan, ramai golongan cendikiawan termasuk di universiti tempatan merasakan pangkat dan kedudukan mereka tergugat, sekiranya bersuara terhadap sesuatu isu. "Mereka takut kerana mereka berasa Umno dan agen-agen mereka berada di merata tempat. "Mungkin mereka berasa yang tiang dan pintu pun boleh melaporkan apa yang mereka kata kepada pejabat perdana menteri. "Sebab itu mereka takut untuk ikut peraturan yang ada, bagi mereka apa yang perlu ialah mereka berbuat sesuatu yang mereka fikir akan menyeronokkan pemimpin Umno," kata pakar perlembagaan itu lagi. Ketika ditanya mengenai masyarakat yang semakin hilang rasa hormat terhadap golongan intelektual ini, Aziz berkata, ia sudah tidak penting lagi kepada mereka. "Mereka tidak peduli orang hormat atau tidak. Bagi mereka, yang penting dapat apa yang mereka mahu dan dinobatkan jadi tokoh itu dan ini, jadi profesor ulung dan sebagainya," ujar beliau lagi. Menurut Aziz, majoriti profesor di universiti umpamanya lebih selesa untuk 'duduk diam' atau menyokong kerajaan, daripada bersikap kritis terhadap sesuatu isu. "Nak sebut yang salah apa lagi lah. Nak sebut yang betul – tanpa menyalahkan – pun tak berani," ujar beliau. Ditanya apakah saranan beliau kepada golongan berkenaan, Aziz berkata "Biarkan mereka terjun dengan labu-labu mereka". "Lagipun lebih penting, kembali kepada rakyat; kepada mereka yang komited dan kita kena pantau mereka; jangan nanti bila tukar kerajaan mereka datang (kepada pembangkang) pula dan mengatakan dulu mereka sokong (dalam hati). "Bila (Pakatan) menang (pilihan raya) nanti jangan biarkan budaya mengampu ini berterusan," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15289 |
Khir Toyo minta saya berbohong kepada SPRM - Pengarah Ditamas Posted: 16 Jun 2011 05:03 AM PDT SHAH ALAM, 16 Jun – Saksi utama kes rasuah Dr Mohd Khir Toyo hari ini mendakwa bekas menteri Besar itu telah menggesa beliau agar berbohong kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak melibatkannya. Dalam keterangannya, Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni berkata Dr Khir (gambar) ada meminta agar tidak melibatkan beliau ketika memberikan keterangan kepada SPRM dua tahun lalu. "Banyak kali, saya dijanjikan bahawa kes ini akan diselesaikan dan beliau (Dr Khir) dan saya tidak akan didakwa," kata Shamsuddin di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. "Apabila saya pergi ke SPRM, saya percaya saya cuma (jadi) seorang saksi... apabila SPRM datang dengan kertas tuduhan di mahkamah, Datuk Seri Khir Toyo memberitahu saya 'jangan risau Shamsuddin. Kita boleh selesaikan ini'," kata beliau. Shamsuddin dalam suara tersekat-sekat memberitahu, dia tidak mahu mengaibkan sesiapa sebelum Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki mencelah dan memberitahu bahawa "ini bukan forum untuk memberi ucapan." "Saya dituduh dan saya tidak tahu mengapa saya didakwa," kata ahli perniagaan berusia 55 tahun itu. Apabila Shamsuddin yang berpakaian hitam berkata, dia digesa oleh Dr Khir agar tidak mengaitkan beliau, bekas menteri besar itu menggeleng kepala sebagai tanda tidak bersetuju dengan keterangannya. Semalam, Shamsuddin yang berkata dia telah diminta memaklumkan SPRM pada 2009 bahawa dia menjual rumah agamnya dan dua bidang tanah di Seksyen 7 di sini untuk menampung kerugian dialami, hari ini berkata itu tidak benar. Ahli perniagaan itu berkata dia memaklumkan SPRM bahawa dia telah melantik seorang artis landskap Nasir Ismail untuk mengubah suai rumahnya, tetapi semalam menekankan bahawa individu itu sebenarnya dilantik oleh Dr Khir. Kata Shamsuddin, dia tidak memberitahu SPRM bahawa dia menjual hartanahnya kepada seorang, yang menerajui negeri paling kaya selama lapan tahun, di bawah harga pasaran. Peguam Dr Khir, Kamarul Hisham Kamaruddin berkata, "adakah anda bersetuju bahawa anda telah memberi satu kenyataan palsu (kepada SPRM pada 2009) yang merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta SPRM?" "Kenyataan ini adalah kerana tekanan daripada Datuk Seri Khir Toyo," jawab Shamsuddin, sambil menambah SPRM tidak memaksanya memberikan kenyataan palsu. The Malaysian Insider |
RM63.9 juta untuk khidmat rundingan dan promosi? membazirnya.. Posted: 16 Jun 2011 02:28 AM PDT PETALING JAYA: PKR hari ini mempertikai kenapa kerajaan Barisan Nasional (BN) terpaksa membuat bayaran khidmat rundingan dan pelbagai promosi rancangan induk kerajaan yang terlalu tinggi kepada beberapa firma perunding. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengakui di Dewan Rakyat bahawa BN membelanjakan sebanyak RM63.9 juta untuk khidmat rundingan dan promosi rancangan induk kerajaan seperti Pelan Transformasi Kerajaan/Ekonomi (G/ETP). Dalam satu kenyataan media hari ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah RM63.9 juta itu adalah terlalu tinggi untuk dibelanjakan sedemikian rupa kalau pun kerajaan mempunyai dana yang berlebihan. Namun katanya, dalam keadaan BN terpaksa membentangkan permohonan peruntukan tambahan sebanyak RM13 bilion pada sidang kali ini, jumlah RM63.9 juta adalah satu bentuk pembaziran yang tidak boleh dimaafkan. Menurutnya, jumlah RM63.9 juta ini hampir sama dengan peruntukan membiayai kenaikan gaji segelintir guru-guru besar dan pentadbir sekolah yang diumum BN sebagai tindakbalas kepada janji Pakatan Rakyat memberikan imbuhan RM500 sebulan setiap seorang guru seperti terkandung di dalam Buku Jingga. "Peruntukan bagi kenaikan gaji guru-guru besar hanyalah RM80 juta setahun, berbanding RM63.9 juta yang dibelanjakan kepada beberapa firma perunding sahaja," kata Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang. Lebih membimbangkan katanya, kegilaan berbelanja besar menggaji perunding ini melambangkan sikap BN yang tidak menghargai sumbangan penjawat awam dan tidak berkeyakinan dengan kebolehan pimpinan sektor awam menambahbaik sistem pentadbiran sedia ada. Menurut beliau, keputusan-keputusan utama yang membabitkan perkhidmatan awam kini bergantung kepada maklumbalas dan cadangan perunding, sedangkan pengalaman dan kefahaman pimpinan sektor awam lebih mendalam mengenai selok-belok budaya dan motivasi penjawat awam. Saifuddin menerangkan bahawa layanan kepada pimpinan pentadbir awam ini juga tidak tepat dengan kedudukan mereka, apabila mereka hanya dianggap pemberi maklumat sepanjang proses makmal dijalankan oleh perunding-perunding ini, bukannya sebagai pembuat keputusan. "Kaedah yang diambil oleh pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak ini akan membantutkan usaha menaiktaraf mutu dan kecekapan perkhidmatan awam negara," katanya. Free Malaysia Today |
RM1.8 Juta untuk FB memang mahal... Posted: 16 Jun 2011 02:04 AM PDT Pakar media sosial Dave Duarte berpendapat harga RM1.8 juta yang dibelanjakan bagi laman Facebook Pelancongan Malaysia tidak menjamin akan membawa kejayaan besar. Pengarah urusan Huddlemind Labs di Afrika Selatan itu berkata kempen media sosial yang berjaya harus melabur lebih banyak dalam pengiklanan seperti Google Ads, bagi menarik lebih ramai pengunjung berbanding membangunkan platfom. Katanya RM300,000 adalah 'agak tinggi' bagi setiap aplikasi Facebook. "(Laman Facebook) sepatutnya dihubungkan kepada perkara lain seperti, mungkin TV," katanya ketika diwawancara selepas hadir pada Persidangan Blogger Dunia dan Media Sosial di Kuala Lumpur pagi ini. Duarte berkata harga yang dibayar Pelancongan Malaysia itu jauh lebih tinggi daripada kos purata kempen media sosial Facebook yang berlegar di sekitar US$30,000 setahun. Beliau yang pernah mengetuai beberapa kempen media sosial berkata berdasarkan pengalamannya bahawa bajet yang kecil boleh diterjemahkan kepada perniagaan yang besar. Malaysiakini |
Serangan Cyber : Kata Kerajaan dah bersedia.. tapi 41 Website tumbang.. Posted: 16 Jun 2011 12:31 AM PDT Pada15 Jun lalu – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata Malaysia bersedia menghadapi apa jua kemungkinan serangan siber terhadap mana-mana laman web rasmi kerajaan termasuk ancaman daripada kumpulan yang bergelar anonymous.- Lidah Rasmi UMNO Apa yang dimaksudkan dengan bersedia tu entahlah.. sebab dalam masa Kerajaan dikatakan bersedia menghadapi serangan siber Sekurang-kurangnya 41 laman web kerajaan dan agensinya diserang dan digodam mulai awal pagi hari ini oleh penggodam yang membalas tindakan sekatan kerajaan ke atas beberapa laman sesawang perkongsian fail. Operation Malaysia: 41 laman web k'jaan digodam Sekurang-kurangnya 41 laman web kerajaan dan agensinya diserang dan digodam mulai awal pagi hari ini oleh penggodam yang membalas tindakan sekatan kerajaan ke atas beberapa laman sesawang perkongsian fail. Menurut kenyataan akhbar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekurang-kurangnya 51 laman web diserang dan 41 berjaya digodam. Laman SKMM - www.skmm.gov.my. juga diserang tetapi tidak berjaya. "Pemantauan kami terhadap situasi itu mendapati berlaku penurunan tahap serangan menjelang 4 pagi tadi dan selepas penilaian lanjut, kami mendapati ia hanya memberi kesan kecil terhadap pengguna di Malaysia," menurut kenyataan SKMM. Bagaimanapun, SKMM tidak menyatakan laman web yang menjadi sasaran serangan. Bermula pagi tadi penggodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan tidak kurang 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya. Tinjauan Malaysiakini sehingga jam 9 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari. Antara laman web kerajaan dan agensinya yang tidak dapat dilayari: - SabahTourism.com - ASEAN connect - Bomba - Perbendaharaan Malaysia - Parlimen Malaysia - JobsMalaysia - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - Majlis Sukan Negara Menurut beberapa pelayar yang sempat merakamkan laman web kerajaan yang digodam itu berkata kumpulan itu juga menukar kenyataan di laman-laman berkenaan. "Salam Malaysia, kami telah menyaksikan penapisan internet yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang menyekat laman seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen. "Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia. Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan," menurut kenyataan dalam bahasa Inggeris itu lagi. Tambahnya lagi, serangan itu sebagai tanda dan amaran serta peluang bagi mendengar idea pihak lain. Pengodam juga berkata mereka mempunyai tanggungjawab bertindak pantas dan tanpa belas kasihan. Minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan bahawa 10 laman web termasuk Pirate Bay dan Megaupload telah disekat kerana mencabuli undang-undang hak cipta. Malaysiakini |
Respon pengguna setelah banyak web file sharing diblock… Posted: 15 Jun 2011 09:00 PM PDT Komen-komen ini tidak akan disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO baik media cetak mahupun media elektronik milik mereka.. Inilah akibatnya bila ada pemimpin yang merasakan mereka atau kementerian mereka sudah sangat hebat.. bagaimanapun difahamkan para hackers tersebut tidak memadam apa-apa cuma renamekan file index sahaja… June 14, 2011 - Setelah dimaklumkan penutupan dan penapisan internet yang berlaku dengan serentak hari ini ramai pengguna internet kecewa dengan tindakan yang sebegini… "Neofelis Noxkidz ":ku ingin kau tahu(SKMM)sakitnya hatiku bila kau sekat kerjaku(download)buntu fikiran bila BJUTA2 website lucah ko xnak block plak?" BEBASKAN HAK KAMI UNTUK BERINTERNET." Fitri Masaan Statement: Lu abang long ka, ayahanda ka, ini internet hak rakyat haha Ikanbilis Darat: UNIFI tiada gunanya kalau hanya boleh bukak facebook. bukan gomen yg bayar internet kami..kami bayar MAHAL!!!!!!!!!!!!! Kapten Amirudin: I want GOV know that,we people, "Pay for Use NOT Use for Pay". If they are good n clever enough they will know the means. Redzuan Rizal: we pay not your daddy pay… Awan Dilangit: We Think of Freedom, We Dont Get It, We Conquer it Ta'wilul Ahadits: huuuhuu tolong kirim salam kat najib ~ kata selamat tinggal lepas PRU 13 ~ kami nak tukar kerajaan (^____^) Matthew Tan Tan: Give us back our right of FREEDOM to download. NO download NO tax pay next year. Brado Kapak: katakan tidak pada SKMM? Adam Danial: TIADA BEE END TIADA NAJIB TIADA BIK MAMA..AKAN DATANG,, SELAMAT TINGGAL UMNO Shazwan Shukor: saya nak internet saya balik ! by 2012, tak mustahil internet hanya utk melayari laman web 1malaysia.com Sau Yang: i love u dragonforce though i was malaysian, hack the malaysia websites, mission must be completed, Malaysia government they are nt afraid, they look down other countries, they tot they are very high-tech country. I cant agree more with you, you should hack them ASAP. Cookiees Love: "1Malaysia Boleh" = "1Malaysia Tak Boleh" Tax rising, Gas rising, Food price rising. They though of us as workers/slave… Getting paid while getting rob by Tax. Staying alive while trying to die. This is the road they choose. A War they started, Now they have to face the consequences. Matthew Tan Tan: aRe the people ur slave ….. restore our human right …. restore our dignity … restore our download Hafifi Fatah: Give back our freedom, we are no longer live inside the cave!!!! Ă€gent Smith 1+1=2? who told you that? your an idiot, think deeper. Fariq Bin Roslee Dahlah: ngan harga minyak naik harga letrik naik pastu block plak site2 download aq?!! please la fikir dlu sebelum buat something…. Arul Auni: kadar penembusan jalur lebar mende gov buat neh..cam taik! komplot kroni je lebeh.. $$$$$ Princess NoRulez: SEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI KELAHIRAN SAYA… DENGAN INI SAYA MENYERU AGAR KERAJAAN MENGHENTIKAN PENYEKATAN TERHADAP LAMAN2 WEB. INTERNET IALAH DUNIA TANPA SEMPADAN..SEMUA ORG BERHAK UTK MENDAPATKAN APA SAHAJA DIDUNIA MAYA..XDER GUNA SELOGAN CELIK IT…BELAJAR SUBJEK IT…TAPI KEBABESAN KAMI DISEKAT!! PLISSS…SILA BLOCK LAMAN2 PORNO KERANA IA MENYUMBANG KEPADA KEMEROSOTAN NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA… =hackin is not a crime= Datuk Andy Lullaby: Even Datuk is here to support you guys.. Keep this up.. Tak cukup wang, boleh minta dari Datuk(tapi bukan Datuk ni, the real Datuk) because those Datuks earn a lots of Side pockets money… Ct Ecca: kami adalah pengguna! kenapa tidak dengar suara kami? kemanakah hilangnya kata-kata "Pengguna diutamakan" kemana semua itu? adakah itu hanya JANJI MALAYSIA? Genji Serizawa: aku bayar internet untuk download game jer..pas kene block…sapa nak kasi lagi..hahahawell said miss Syahira….. bayar lebih rm100 sebulan dgn streamyx tu, pastu ko gi naikkan bil2 la plak… korang nak buat sarang burung ke gitu?? Banned2, takkan nak layan page .gov.my je? dail up pun boleh meh! Khash IronShark: i pulak 24/7 download muvi, series n games….. bayar 100sumthn permonth for facebook n google searches? wtf! Hafifi Fatah: We go downgrade our internet package to dial up better cuz no need fast internet already Muhammad' Umar Rasydan: Nobody Governs the Internet. It is Govern By People's Choices Salman Seth aku langgan internet bkn stakat nk bukak FB lah. Md Rahiman: aku bayar internet gna duit titik peluh aku bkn mnta sma kerajann???wtf?? buat apa byar internet mahal2 klau untk bka fb shittttttF-rul Ally pay us if you want block some web Alip Aleph: fight for our right..keys to freedom.. Sulphuric Acid: INTERNET IS A NECESSITY AND IT IS PEOPLE'S RIGHT TO HAVE IT OUR WAY!!!! Eugene Phuah: aku guna internet untuk download drama and anime, kalau takde fs sites… buat ape i bayar RM1xx tiap bulan Matthew Tan Tan: aku sokong Eugene Phuah aku same gak download aikz xsempat siap download aku ni …. siap lagi utorrent gak kena slow Hafifi Fatah: Eugene Phuah time to downgrade to dial up already… Eugene Phuah: Hafifi Fatah biar betul… kita kat IT age , tapi kena ban ini ban itu, memang moving backward la Nikolai Volkof: internet provider dah nak goyang kaki skarang makan duit haram .. senang hati diorang kita bayar mahal. *skarang kita tak perabis bandwith diorang.. Memang kapitalis Ceffys Tofu: ini bkn rakyat 1950..ini rakyat 2020..jgn tindas kami..pilihanraya masih ade..ingt!! Seni Lensa: adakah WIKILEAK ade kene mengena dgn aktiviti aku menDONLOD movie n game setiap hari? aku rase xde kene mengene pon.. ape? GOV igt kami DONLOD game leh jejaskan keselamatan kerajaan ke?kerajaan ke? kenapa xdisekat website2 PORN yg bersepah2… sebulan bayar nk dkt RM 70 tp internet lembab gak.. Ahmad Nabeel Abd Latiff: sebagai rakyat malaysia, dimanakah HAK kami? dimanakah KEBEBESAN kami? Kenapa perlu block web Sharing? kenapa tidak block web PORN? why? "BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK" Hazieq Daniel Jefrry: We are about to embark upon the great crusade, we are legion. we will not forgive, we will not forget. expect us " Salman Seth: block la byk2 lagi. lagi byk ko block, lagi byk site ko kne hack dear GOV Akma Mustafa: Web PORN supaya senang diorang nak upload muvie PORN diorang.. CHINA DOLL ke.. apa ke Rozita Mohamed Hawari: internet mesia mahal! lol Fizzy IFx: Sedangkan laman lucah dengan selamba diakses kenapa file sharing yang perlu disekat? Malaysia mmg macam nie ke..? Sekarang.. just sit back and rilex.. lets the hackers do their job.. enjoy the show MALAYSIA.. Ceffys Tofu: pirate bay ade ke cite melayu???????????hahahahahahaha Blade Xerrorx: " Internet make malaysia maju blocking file sharing make malaysia back to the jungle -.-" Ahmad Sholahuddin: tesion…dh la wa beli account megaupload lifetime… tension… kasi hack kaw2 bg mereka tau …. Sharifah Marliana Aida: xfhm..knp smua tu nk block tp laman porno xnak plak block?ke suka budak2 skola tgk bnda lucah semua.saya hrp sgt laman porno di block supaya xde lg gejala kes rogol ke ape.y p block laman sharing knp? kite kn bayar internet utk kemudahan.ape guna kite byr tp xbole nk buat ape2? Jimie Sulaiman: berlambak porn site kt internet tp KERAjaan xnk block. ape KERAjaan nak suh kat mesia nie ramai anak luar nikah ke? Inilah serba sedikit yang dapat DF share dari Facebook DF So apa cerita lepas ni… jom sama2 kita saksikan… Sumber: Dragon Force |
Laman web rasmi kerajaan tidak boleh diakses, 27 lagi digodam Posted: 15 Jun 2011 08:09 PM PDT KUALA LUMPUR, 16 Jun — Operation Malaysia dilancarkan oleh penggodam kumpulan antarabangsa Anonymous bukan sahaja menggodam laman web rasmi kerajaan, tetapi juga melakukan serangan ke atas 27 laman web yang lain. Senarai itu termasuklah lima laman web kerajaan, antaranya kementerian penerangan, jabatan bomba dan suruhanjaya pengangkutan awam darat. Meskipun ugutan kelmarin mengatakan bahawa serangan ke atas laman web rasmi kerajaan akan dilancarkan awal pagi ini tetapi beberapa laman web dan portal sudah mula diserang sejak petang semalam. Sehingga pukul 8.30 pagi tadi, laman web www.malaysia.gov.my tidak dapat diakses manakala penggodam-penggodam lain juga menyasarkan laman web agensi pelancongan Sabah www.sabahtourism.com dan www.tourmalaysia.com.my. Dengan menyerang laman web Sabah Tourism, penggodam mendakwa mereka telah memperoleh data melibakan lebih 3,400 pengguna agensi itu dan menyiarkan butiran 392 akaun. Sabah Tourism yang dapat menstabilkan akses meletakkan notis "offline" di muka depan lamannya. Bagaimanapun laman web Tour Malaysia kekal dengan paparan "Dragon Force" dan lagu "heavy metal" berjudul "Through The Fire And The Flames" dan mesej mengecam kerajaan menghalang akses kepada beberapa laman web. Malaysia menjadi negara terbaru berhadapan dengan sasaran perang siber yang digerakkan oleh aktivis, yang mula popular apabila mereka mengganggu laman web MasterCard dan Paypal yang memutuskan perkhidmatan kewangan kepada Wikileaks. Mereka juga dilaporkan ada hubungan dengan kumpulan-kumpulan yang pernah menggodam laman web di Syria, Tunisia, Mesir dan India. Laporan Reuters semalam menyebut, Anonymous mendakwa tindakan Malaysia menapis program televisyen dan filem dan menghalang laman-laman perkongsian fail menyebabkan pihaknya mengambil tindakan mahu menggodam laman web http:www.malaysia.gov.my. Pada 2009, Malaysia bercadang untuk mengadakan sistem tapisan Internet, yang mirip projek Green Dam yang diperkenalkan oleh China. Bagaimanapun seperti juga di China, Malaysia berundur daripada melaksanakannya ekoran kritikan banyak pihak. Mengikut laporan media semalam, Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan di bawah "Operation Malaysia" awal pagi ini. Kumpulan itu menghantar mesej kelmarin mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi ini waktu Malaysia. Ugutan itu dibuat dalam bentuk grafik disiarkan di lamab web http://i.imgur.com/PTFWh.png. Dalam pada itu, laman web akhbar tempatan New Straits Times (nst.com.my) juga tidak dapat diakses setakat pukul 10 pagi tadi, tetapi tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh serangan siber ataupun sebaliknya. The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan