Rabu, 8 Jun 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Negara Islam patutnya dah sebati dengan tadbir urus baik kata Najib.

Posted: 08 Jun 2011 06:12 AM PDT

Kalaulah Perdana Menteri Kazakhstan, Karim Massimov tahu hakikat sebenar yang jelas berbeza dari ucapan Najib kat bawah ni.. pasti dia gelak bila mengenangkan betapa hipokritnya Najib..



ASTANA (Kazakhstan): Datuk Seri Najib Tun Razak berkata negara-negara Islam sepatutnya sudah sebati dengan tadbir urus yang baik kerana ia sudah menjadi amalan mereka sejak 1,400 tahun lepas.


Mengimbau sejarah, Perdana Menteri berkata, khalifah keempat, Saidina Ali bin Abi Talib yang juga menantu Nabi Muhammad S.A.W, pernah memberitahu Gabenor Mesir, Malik as-Ashtar, bahawa pentadbirannya akan hanya berjaya jika beliau mentadbir berasaskan keadilan, kesaksamaan, kejujuran dan kemakmuran untuk semua termasuk wanita.

"Maka, sebagai negara Islam, kita sudah lama tahu bahawa nilai-nilaiini bukannya sekadar menjadi ikutan negara demokrasi Barat," katanya dalam satu ucapan khas pada upacara perasmian Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) di sini hari ini.

Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev merasmikan forum itu yang turut dihadiri beberapa ketua kerajaan dan 2,000 peserta dari 50 negara termasuk 250 orang dari Malaysia.

Najib berkata bahawa pentadbiran berasaskan keadilan, kesaksamaan dan kejujuran seperti yang diperintah oleh Saidina Ali, bukan bererti ia mengikut telunjuk Barat tetapi bertindak berlandaskan ajaran Al Quran.

Namun, menurut Najib, itu tidak bermakna bahawa mengamalkan ajaran Ali itu dalam dunia moden sekarang ini tidak akan berdepan dengan cabaran.

"Dalam sebuah dunia yang penuh dengan pengaruh politik, persaingan dan peluang tidak seimbang, pertalian keluarga, sifat tamak, serta peraturan dan syarat serta penguatkuasaan yang lemah, langkah ke arah tadbir urus yang baik ini nampaknya lebih sukar dialaksanakan," katanya.

Malahan, kata Perdana Menteri, kepatuhan kepada perintah Allah pun adakalanya tidak menjamin seseorang itu akan berpegang kepada prinsip integriti.

Katanya sebagai pemimpin politik dan negarawan, terpulang kepada mereka untuk menunjukkan kesungguhan, dedikasi, komitmen dan keinginan untuk melakukan apa yang betul dan membetulkan apa yang tidak betul selain bagi mencegah rasuah, kerahsian dan tawar -menawar sulit daripada menjadi satu amalan dalam masyarakat.

Pendekatan baru

"Jika sesuatu kerajaan itu mahu bertahan dan maju serta memenuhi aspirasi rakyat terutama golongan muda, kita harus mencari pendekatan baru dan model baru ekonomi yang sesuai dengan kekuatan negara kita masing-masing," kata Najib.

Beliau berkata kerajaan Malaysia telah menunjukkan jalan dengan melaksanakan beberapa langkah penyesuaian dan transformasi bagi membuktikan betapa pentingnnya tadbir urus yang baik dapat berperanan secara positif dalam meningkatkan daya saing sesebuah negara itu.

Antara tindakan yang dilaksanakan oleh Malaysia ke arah itu ialah memperkenalkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, Penunjuk

Prestasi Utama, menaik taraf badan pencegah rasuah (kini Suruhanjayan Pencegahan Rasuah Malaysia) dan menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

Kerajaan Malaysia, kata Najib, memberi ruang dan menyambut baik cadangan daripada institusi, pertubuhan agama, kumpulan minoriti, media dan sektor perniagaan.

"Kami sedar perjalanan kami masih jauh dan mempunyai banyak rintangan. Tetapi komitmen dan keazaman kami untuk maju tidak akan pudar," katanya.

Mengenai WIEF, beliau berkata, ia merupakan satu forum yang wajar untuk mewujudkan kesedaran, berkongsi pengalaman dan merintis idea baru bagaimana tadbir urus yang baik dapat disebarkan dan diamalkan oleh pemimpin, sektor perniagaan dan rakyat.

Katanya prinsip-prinsip itu perlu menjadi satu proses berterusan sehingga tadbir urus yang baik menjadi nilai utama semua negara Islam.

"Pada masa itulah, negara dapat berkembang, umat Islam akan lebih maju dan masyarakat menjadi adil," kata Najib.

Perdana Menteri juga berkata berdasarkan unjuran Bank Dunia, ekonomi dunia dijangka berkembang 3.3 peratus tahun ini dan 3.6 peratus tahun hadapan tetapi agihan kekayaan dunia adalah tidak seimbang kerana pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar negara -negara Islam hanyalah 2.1 peratus pada 2009.

Beliau menyifatkan kadar itu sebagai rendah dan ini diburukkan lagi dengan pembangunan dan agihan kekayaan dan pendapatan tidak seimbang di negara Islam sendiri.

Najib berkata bahawa daripada segi memudahkan urusan dan peraturan perniagaan, hanya Arab Saudi, Malaysia, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu dalam kalangan negara anggota Pertubuhan PersidanganIslam berada dalam kelompok 40 teratas daripada 183 negara manakala Kazakhstan telah mengambil tindakan paling banyak ke arah itu.

- Bernama

Yang menghalang Hudud itu Mahathir, bukan Karpal - TG Nik Aziz

Posted: 08 Jun 2011 05:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu.

Kata Nik Aziz , kemungkinan Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud.


Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.

Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

"Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.

"Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya," kata Nik Aziz dalam laman Facebook beliau hari ini.

Semalam Dr Mahathir mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal.

Dengan nada menyindir, beliau berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana "akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya."

Kata Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.

Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khususnya Karpal.

Dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan Ke-57 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan.

Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya tidak perlu mengambil berat akan kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir sambil menyifatkan pemimpin veteran itu "kewarasannya sudah tidak stabil."

"Kita tidak perlu nak ambil peduli, ini kenyataan yang sudah sampai ke tahap kewarasan yang sudah tidak stabil dan saya bersimpati kepada beliau (Dr Mahathir).

"Beliau sebenarnya tidak sedar apa yang beliau katakan itu sebab itu PAS tidak perlu nak ambil berat sangat, orang yang paling kuat menentang hudud adalah Dr Mahathir... orang pertama yang menghantar surat amaran kepada Kelantan adalah Dr Mahathir.

"Karpal tidak menentang seperti mana yang dilakukan Dr Mahathir, sejarah sudah membuktikan orang yang menentang negara Islam dan hudud adalah Dr Mahathir dan saya percaya beliau masih menentang sehingga sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas Mahfuz, bukan Karpal yang memperoleh kemenangan dalam pemilihan PAS tapi rakyat negara ini kerana parti Islam itu bersedia untuk menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13.

"Yang dapat kemenangan besar ialah rakyat negara kita... orang yang tidak hadir yang dimaksudkan itu adalah rakyat di mana mereka mendapat satu keyakinan kepada PAS yang akan membentuk negara berkebajikan.

"Bukan Karpal yang dapat kemenangan tapi rakyat," katanya.

Justeru Ahli Parlimen Pokok Sena ini percaya Umno berada dalam keadaan tertekan ekoran pendekatan baru yang ditonjolkan PAS.

"Saya percaya Umno dalam keadaan yang sangat menggelabah dengan kekuatan pendekatan yang ditunjukkan PAS melalui konsep negara berkebajikan dan ini bertepatan dengan situasi semasa yang mana rakyat mengalami pelbagai persoalan yang gagal diselesaikan kerajaan sedia ada.

"Oleh itu gandingan kepimpinan sedia ada dan dulu telah berjaya memberikan satu lontaran kepada rakyat bahawa mereka kini mempunyai landasan baru iaitu negara berkebajikan dan ini akan memberi satu kekecewaan kepada Umno yang telah menimbulkan pelbagai keraguan kepada rakyat termasuk dalam isu perkauman, video seks dan sebagainya," katanya.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyifatkan individu yang menghentam pembentukan negara Islam adalah Dr Mahathir.

"Negara Islam Dr Mahathir yang hentam kuat sekali tapi dia juga yang mengumumkan Malaysia negara Islam, dia juga yang cadangkan agar PAS buang nama Islam yang mana kita tentang habis-habisan.

"Dr Mahathir ini sudah tidak stabil pemikiranya, bila kita kata negara kebajikan dia kata kita lari dari landasan... sebenarnya Umno sudah semakin gelisah dengan perubahan yang berlaku (dalam PAS)," katanya.

Jelas beliau, serangan demi serangan yang dibuat terhadap PAS kerana Umno bimbang akan tewas pada pilihan raya ke-13.

"Dulu PAS bagus tapi sekarang lagi bagus sebab orang bukan Melayu semakin yakin dengan PAS maknanya Umno kini semakin menuju ke jalan-jalan terakhir.

"Apa yang dilakukan Umno ini sebab takut untuk menghadapi pilihan raya umum," katanya.


The Malaysian Insider

Najib Risik anak kahwin - Khairy sahkan..

Posted: 08 Jun 2011 04:18 AM PDT



Khairy berkata "Perancangan lawatan PM ke Kazakh dibuat lama sebelum pertunangan anak perempuannya. Malah ia sebagai lawatan balas lawatan Presiden Nazarbayev ke Malaysia semasa zaman Pak Lah,"..

Mungkin kerana mahu membodek agar dikekalkan sebagai calon bagi Parlimen Rembau, Khairy bertindak mempertahankan salahlaku Najib seperti yang telah didakwa oleh Dzulkefly Ahmad iaitu menggunakan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya ketika merisik perkahwinan anak perempuan mereka di Kazakhstan.


Namun begitu.. samada beliau sedar atau tidak sebenarnya beliau telah mengesahkan berita yang telah disiarkan oleh Harakahdaily di SINI.

Dalampada kebanyakkan rakyat tertunggu-tunggu laporan dari Media tunggangan UMNO/BN akan pengesahan berita itu.. Khairy muncul sebagai hero..

Khairy telah mengesahkan bahawa memang ada majlis pertunangan itu.. kerana katanya "Perancangan lawatan PM ke Kazakh dibuat lama sebelum pertunangan anak perempuannya…

Nak bodek tu.. agak-agak la Khairy.. kan dah terdedah apa yang Najib rahsiakan…

Atau memang ada agenda disebalik pendedahannya itu.. cuba korang baca di SINI..


Risik anak kahwin: KJ bidas Dzulkefly

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Kazakhstan bagi menghadri Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) di Astana telah dirancang setahun lebih awal dan tidak kena mengena dengan lawatan peribadinya, dakwa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Sambil membidas ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad yang membuat dakwaan itu, Khairy berkata dalam twitter adalah lebih baik pemimpin PAS itu "mendiamkan diri kecuali jika beliau mempunyai bukti".

Dzulkefly yang juga adalah ahli Majlis Jawatankuasa Pusat PAS pada sidang medianya semalam berkata adalah salah dari segi moral bagi Najib dan keluarganya menggunakan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan mereka merisik perkahwinan anak perempuan mereka di Kazakhstan.

"Perancangan lawatan PM ke Kazakh dibuat lama sebelum pertunangan anak perempuannya. Malah ia sebagai lawatan balas lawatan Presiden Nazarbayev ke Malaysia semasa zaman Pak Lah," katanyanya merujuk kepada lawatan President Nursultan Abishuly Nazarbayev ke Malaysia pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad badawi menjadi perdana menteri.

Anak gadis Najib, Nooryana Najwa dijadual berkahwin dengan seorang pembesar Kazakhstan.

Menjawab tweet lain, yang menuduh Khairy cuba mempertahankan salah laku Najib, beliau berkata " Saya tidak bercakap bagi pihak sesiapa. Saya pegawai kanan Umno dan bercakap bagi pihak parti saya."

Dzulkefly pada sidang akhbar semalam berkata tindakan Najib itu tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.

Katanya, ini pula bukan pertama kali dan semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika Najib dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

Khairy juga berkata tindakan Dzulkefly menyebarkan pembohongan keji itu adalah tindakan yang terdesak.

"Saya sangka Dr Dzul lelaki baik. Tak sangka beliau sanggup buat pembohongan yang sebegitu keji dan sebegitu terdesak memutar-belitkan cerita," tulisnya.

Dzulkefly (kanan) yang kemudiannya menyertai 'perang' di twitter itu menggesa Khairy supaya "menyoal gerak hatinya" jika beliau tidak faham isu yang ditimbulkannya.

Beliau juga mengulangi cerita khalifah Umayyad Umar Abdul Aziz, yang pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya dan hanya menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam untuk urusan rasmi manakala jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.

Isu itu "dari segi moral amat jelas," kata Dzulkefly sambil mempertahankan hujah yang diluahkannya semalam.


Malaysiakini

Video Lucah : Selepas Selangor kini di Terengganu pula

Posted: 08 Jun 2011 03:46 AM PDT



Selepas ditaburkan di sebahagian besar di kampung-kampung Melayu, Cina dan India di kebanyakan tempat di Selangor, video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini diedarkan pula di Terengganu.

Sasarannya adalah di beberapa kawasan yang dijangka akan ditandingi oleh PKR pada pilihan raya umum akan datang.


Ketua Cabang PKR Dungun Abdul Rahman Yusof berkata video seks tersebut diletakkan berdekatan tandas di beberapa stesyen minyak di kawasan Felda dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

"Semuanya diletakkan dekat tandas stesen minyak petrol dengan jumlah 20 keping. Ia diletakkan di dalam sampul surat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, beliau menerima aduan penyebaran itu daripada penduduk sekitar Durian Mas dalam parlimen Dungun dan Bukit Bading dalam parlimen Hulu Terengganu yang memaklumkan perkara itu kepadanya semalam.

Beliau berkata video itu turut tersebar di bebarapa lagi kawasan di Bukit Besi (Dungun), Jerangau (Hulu Terengganu), Chalok (Setiu) dan Cheneh (Kemaman).

Ditanya sama ada terdapat aduan daripada ketua-ketua kampung berhubung penyebaran video tersebut, Abdul Rahman berkata setakat ini belum.

"Kita sedang memantau (penyebarannya). Kita meminta siapa yang menjumpainya membuat laporan polis," katanya.

Beliau juga bercadang untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran video seks tersebut dalam masa beberapa hari lagi.


Malaysiakini

Kerajaan Berkebajikan Ala Najib, RM226 Juta subsidi Rakyat dipotong, RM26 Bilion untuk Kroni Kekal..

Posted: 08 Jun 2011 01:57 AM PDT

Lihatlah wahai sahabat inilah yang dikatakan Kerajaan Berkebajikan oleh Najib.. Subsidi untuk Rakyat yang berjumlah RM226.8 juta setahun dipotong tetapi Subsidi untuk Kroni mereka yang menguasai IPP yang berjumlah RM RM26 bilion tahun ini sahaja.. dikekalkan..

Beberapa hari lalu.. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong menyatakan bahawa Kerajaan boleh menjimatkan RM226.8 juta setahun dengan menghapuskan subsidi yang keterlaluan ke atas nelayan laut dalam dan sembilan jenis kenderaan komersil pada 1 Jun.


Noh Omar pula berkata Nelayan laut dalam sepatutnya berterima kasih dan bersyukur kerana mereka masih menikmati harga RM1.80/l disel dan tidak lagi menikmati subsidi yang keterlaluan berjumlah RM1.25/l seperti sebelumnya kerana jika mengikut harga industri, minyak diesel itu dijual RM2.50 seliter.

Tetapi dalam masa yang sama kerajaan berkebajikan ala UMNO/BN yang diterajui oleh Najib masih mengekalkan subsidi gas kepada beberapa buah 'Independent Power Producers' (IPP) yang berjumlah RM26 bilion tahun ini.

Sehingga akhir tahun 2010, Petronas telah menambah sejumlah RM131.3 bilion subsidi gas dalam kedua-dua sektor janakuasa dan bukan janakuasa, di mana penerima faedah adalah para IPP.

Di antara IPP tersebut, YTL Power yang memiliki keuntungan pada tahun 2010 melebihi RM1.6 bilion ke atas nilai pendapatan berjumlah RM13 bilion. Pada tahun 2009, Malakoff memiliki keuntungan RM380 juta ke atas nilai pendapatan RM5.6 bilion. Manakala Powertek pula menikmati nilai pendapatan berjumlah 1.34 bilion dengan keuntungan sebanyak RM450 juta.

Tindakan Kerajaan Berkebajikan Ala Najib yang memotong subsidi diesel buat Nelayan Laut dalam dijangka akan menyebabkan harga ikan meningkat.. manakala pemotongan subsidi diesel buat Syarikat Pengagkutan pula bakal menyebabkan rakyat menanggung kenaikkan harga barang keperluan akibat kos operasi Syarikat yang telah meningkat yang dipindahkan oleh Syarikat Pengagkutan itu..


Adakah 'Independent Power Producers' (Ipps) Masih Menikmati Keuntungan Besar Tanpa Subsidi Gas Berjumlah RM131.3 Bilion Dan Perjanjian Pembelian Tetap Kuasa Dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB)?

DAP berasa jijik dengan pemimpin BN dan UMNO yang menyatakan bahawa nelayan laut dalam sepatutnya berterima kasih dan bersyukur kerana mereka masih menikmati harga RM1.80/l disel dan tidak lagi menikmati subsidi yang keterlaluan berjumlah RM1.25/l seperti sebelumnya. BN dengan megah menyatakan bahawa mereka terlupa persoalan akar mengapa harus rakyat bersyukur dengan subsidi disel yang dinikmati oleh semua dan mesti berbesar hati menerima pemotongan subsidi apabila pemotongan subsidi ini tidak dikenakan terhadap orang yang berpendapatan tinggi dan kaya seperti IPPs?

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong menyatakan bahawa Kerajaan boleh menjimatkan RM226.8 juta setahun dengan menghapuskan subsidi yang keterlaluan ke atas nelayan laut dalam dan sembilan jenis kenderaan komersil pada 1 Jun. Hal ini telah menyebabkan pemandu lori menaikkan kos pengangkutan sehingga 30%.

Pemotongan subsidi harus dilaksanakan dengan adil dan saksama. Sebab utama mengapa rakyat Malaysia tidak gembira dengan pemotongan subsidi adalah kerana rakyat Malaysia sudah terbiasa menanggung bebanan pemotongan subsidi yang tidak ditanggung ole kroni-kroni BN.

Tidak ada alasan yang wajar kenapa Kerajaan BN harus mengambil peduli tentang penjimatan tahunan berjumlah RM226.8 juta dari pengurangan subsidi disel atau pengurangan subsidi gula yang berjumlah RM116 juta tetapi bukan subsidi gas yang berjumlah RM26 bilion tahun ini dalam kedua-dua sektor janakuasa dan bukan janakuasa.

Kadang-kadang manusia bimbang untuk membelanjakan sejumlah wang kecil, walhal mereka sembarangan membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar. Hal ini merupakan tindakan yang nampak cerdik tetapi sebenarnya tidak.

Sehingga akhir tahun 2010, Petronas telah menambah sejumlah RM131.3 bilion subsidi gas dalam kedua-dua sektor janakuasa dan bukan janakuasa, di mana penerima faedah adalah para IPP. Di antara IPP tersebut, YTL Power yang memiliki keuntungan pada tahun 2010 melebihi RM1.6 bilion ke atas nilai pendapatan berjumlah RM13 bilion. Pada tahun 2009, Malakoff memiliki keuntungan RM380 juta ke atas nilai pendapatan RM5.6 bilion. Manakala Powertek pula menikmati nilai pendapatan berjumlah 1.34 bilion dengan keuntungan sebanyak RM450 juta.

Adakah 'Independent Power Producers' (IPPs) masih menikmati keuntungan besar tanpa subsidi gas berjumlah RM131.3 bilion dan Perjanjian Pembelian Tetap Kuasa dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB)?

LIM GUAN ENG


Original Statement:



Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 8 June 2011.

Would The Independent Power Producers(IPPs) Still Enjoy Huge Profits Without Gas Subsidies Of RM131.3 Billion And Compulsory Power Purchase Agreements With Tenaga Nasional Bhd?

DAP express disgust at BN and UMNO leaders who said that deep sea fishermen should be grateful that they are still paying RM1.80 per litre of diesel and no longer enjoy the super subsidy of RM1.25 per litre which they previously enjoyed. BN is so arrogant that they have forgotten the important question why should the rakyat be grateful for diesel subsidies enjoyed by everyone and must happily accept subsidy cuts when these subsidy cuts are not imposed on the rich such as Independent Power Producers(IPPs)?

MCA Deputy Agriculture and Agro-based Industry Minister Chua Tee Yong said the Government would save RM226.8mil annually removal of the super subsidy on deep sea fishermen and the nine types of commercial vehicles on 1 June. This has caused lorry operators to increase transport costs by up to 30%.

Subsidy cuts should be applied equally so that it is fair. The reason why Malaysians are so unhappy at the subsidy cuts is that ordinary Malaysians bear the brunt of the subsidy cuts that are not borne by cronies of BN.

There is no logic or reason why the BN government should be so concerned about annual savings of RM226.8 million from reduction of diesel subsidies or RM116 million from reduction of sugar subsidies but not gas subsidies of RM26 billion this year in gas subsidy to both the power and non-power sectors.

This is a classic case of penny wise pound foolish.

Up to end 2010, Petronas has extended about RM131.3 billion in gas subsidy to both the power and non-power sectors, where the main beneficiaries are the IPPs. Amongst the IPPs, YTL Power's profit for 2010 was more than RM1.6 billion on revenues of RM13 billion. Malakoff in 2009 had a profit of RM380 million on revenues of RM5.6 billion. Powertek had revenues of RM1.34 billion and a profit of RM450 million.

Would the IPPs still enjoy these huge profits without gas subsidies of RM131.3 billion and compulsory power purchase agreements with Tenaga Nasional Bhd?

LIM GUAN ENG

Negara Berkebajikan : Najib dinasihat agar jangan pamer Kebodohannya..

Posted: 08 Jun 2011 12:35 AM PDT

SHAH ALAM, 8 Jun: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu melahirkan rasa kasihan terhadap kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang ketinggalan zaman.

Najib dalam laporan media dari Astana, Kazakhstan menyifatkan Ucapan Dasar Presiden PAS bertemakan Membangun Negara Berkebajikan hanya untuk hadapi PRU13.

Mohamad dalam jawapan balas berkata, konsep Negara Berkebajikan telah diwujudkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi ketika Baginda mentadbir Madinah sebagai sebuah Negara Islam.


"PAS perjuangkan dasar Negara Berkebajikan yang didirikan oleh Baginda Nabi sejak zaman Madinah lagi dan bukan hanya untuk PRU13 sahaja.

"Nampak sangat Najib tidak tahu di dalam hal ini, saya kasihan, lebih baik beliau diam sahaja dalam perkara yang beliau tidak tahu.

"Sebaik beliau bercakap, rakyat tahu bahawa perdana menteri tidak tahu tentang perkara ini," jelasnya menzahirkan rasa kasihan pada Najib.

Mohamad memenangi jawatan kedua utama dalam PAS sempena Muktamar Tahunan ke 57 yang berlangsung di Taman Melewar dari 3 hingga 5 Jun baru lalu.

Bercakap lebih lanjut, Mohamad berkata, Negara Berkebajikan itu disebut juga di dalam Al-Quran sebagai baldatun Toyyibatun wa Rabbul-Ghafur iaitu Negara yang baik yang mendapat pengampunan Tuhan.

Mengulas perkara sama, Timbalan Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Zainal Abidin Kidam berkata, itulah tahap pemikiran sebenar Najib dalam situasi tidak disediakan info berkaitan Negara Berkebajikan.

Najib disifatkannya sebagai tidak bersedia dengan soalan wartawan dan tidak mempunyai maklumat tentang ucapan dasar Presiden PAS tetapi tetap ingin menjawabnya.

"Sewajarnya beliau menjawab sebagai seorang negarawan dengan hujah kuat dan bukannya menolak ucapan dasar yang penuh ilmiah dengan hanya mengatakan 'itu modal PRU13' sahaja.

"Berikanlah komitmen sebagai seorang pemimpin negara, apakah yang telah, sedang dan akan diberikan kepada rakyat bagi mengatasi dan lebih baik dari konsep Negara Berkebajikan itu," tegasnya.

Bercakap kepada HarakahDaily dalam satu pertemuan dengannya, Prof Zainal berkata, rakyat boleh menilai antara gagasan besar Presiden PAS dengan jawapan cetek Najib.

Sementara itu heboh diperkatakan di dalam perbincangan maya tentang lawatan Najib ke Kazakhstan yang mempunyai agenda keluarga.

Dikatakan beliau mengambil kesempatan lawatan itu untuk merisik bakal tunang anaknya yang disebutkan sebagai anak pembesar bekas negara komunis itu.

PAS menerusi AJKnya, Dr Dzulkifley Ahmad menyatakan bantahan terhadap lawatan negara yang disifatkan mempunyai agenda keluarga.


Harakahdaily

Karpal nasihatkan Dr M supaya bertaubat

Posted: 08 Jun 2011 12:20 AM PDT



Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya.

Katanya, Dr Mahathir yang sedang "meniti usia yang senja" sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya.


"Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat," katanaya.

"...Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu."

Menurut Karpal lagi, Mahathir juga tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat.

Beliau mengulas komen dalam blog yang dimuat-naik oleh Mahathir semalam yang mendakwa Karpal sepatutnya gembira dengan barisan kepimpinan baru PAS yang dikatkan lebih rapat dengan DAP.

Mahathir menulis Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.

"Tokoh yang memang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya.

"Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Mahathir dalam blognya.

Mengulas tulisan itu, Karpal berkata Mahathir juga tidak harus lupa bahawa sekitar 2001 di perhimpunan Gerakan, mantan perdana menteri itu telah berkata Malaysia adalah sebuah "negara Islam".

"Kenyataan di blognya itu tak perlu kerana dia sudah berkata demikian, kali pertama pada 2001, kecuali dia sudah lupa," kata Karpal.

Beliau juga mengalu-alukan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu membawa Malaysia ke sebuah negara berkebajikan jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.


Malaysiakini

Nazri akui Najib PM dari UMNO terakhir...

Posted: 07 Jun 2011 09:46 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Jun: Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz membayangkan semakin ramai pemimpin BN yang terima hakikat bahawa perdana menteri akan datang tidak semestinya dari Umno dan BN atau khasnya Datuk Seri Najib Razak.

"Ini adalah bukti terkini bahawa pemimpin Umno dan BN sudah hilang keyakinan dan terasa ini adalah penggal terakhir mereka menjelang pilihanraya ke 13 nanti," kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) dalam kenyataannya.

Beliau mengulas kenyataan Nazri yang mendakwa, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menjadi Perdana Menteri ekoran Muktamar Tahunan PAS ke 57 baru-baru ini.


Ahli Majlis Tertinggi Umno itu mendakwa, perubahan kepemimpinan PAS yang kini dikuasai golongan profesional menunjukkan parti itu mahu berkuasa dalam Pakatan Rakyat, termasuk Abdul Hadi yang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri.

Mengulas dakwaan Nazri ini, Abdul Hadi berkata, beliau tidak bercadang mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

"Yang penting kita mahu selamatkan negara... sesiapapun boleh jadi Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu semalam.

Bagi Lim Kit Siang, Nazri memang mempunyai agenda tersendiri ketika membuat dakwaan ini namun persepsi awam adalah Nazri sendiri sudah hilang keyakinan bahawa BN dan Umno akan kekal memerintah negara ini selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengambil andaian teori RAHMAN yang mewakili enam perdana menteri dari Umno dan "Adakah teori ini akan sah tidak lama lagi." iaitu Najib adalah PM Umno yang terakhir.

RAHMAN mewakili Tuanku Abdul Rahman (R), Tun Abdul Razak (A), Tun Husein Onn (H), Tun Dr Mahathir Mohamad (M), Tun Abdullah Ahmad Badawi (A) dan yang terakhir Datuk Seri Najib Razak (N).

Bagi Lim Kit Siang, Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP sudah sepakat perdana menteri mereka jika menang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mungkin atas dasar itulah pelbagai usaha dibuat oleh Umno untuk menyekat Anwar menjadi perdana menteri termasuk mengenakan pelbagai dakwaan terhadap beliau, katanya.


Harakahdaily

Pilihan raya masjid: Kenapa UMNO Penang gelabah sangat ni?

Posted: 07 Jun 2011 08:31 PM PDT

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata "Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi merayu perkenan Seri Paduka supaya pilihan raya masjid di Pulau Pinang ditangguhkan dan dikaji semula demi menjaga keharmonian institusi Islam itu".

Gelabahnya mereka kali ini.. Kalau hendak dikatakan pilihanraya Masjid ini bermotifkan politik.. siapa sebenarnya yang memulakan politik didalam Masjid di Pulau Pinang ini kalau bukan UMNO?

UMNO Pulau Pinang jelas gelabah kerana beberapa Masjid yang masih dikuasai oleh penyokong karat yang dilantik oleh melalui proksi mereka dalam MAIPP sebelum ini bakal kehilangan kuasa jika pilihanraya Masjid ini diadakan..


Samada mereka itu ada keupayaan atau tidak untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diserahkan itu bukan masaalah bagi mereka.. asal yang dilantik itu ahli UMNO..

Biarpun Ahli Jawatankuasa yang dilantik UMNO itu tidak disukai atau tidak boleh diterima masyarakat.. itu tidak mengapa asalkan pemimpin UMNO menyukainya..

Hingga pernah suatu ketika disebuah Masjid di Pulau Pinang seorang Imam yang dilantik mereka gagal meneruskan Khutbahnya hanya kerana sebahagian teks Khutbah hilang..


Pilihan raya masjid: UMNO menghadap Agong

BUTTERWORTH 7 Jun - Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi merayu perkenan Seri Paduka supaya pilihan raya masjid di Pulau Pinang ditangguhkan dan dikaji semula demi menjaga keharmonian institusi Islam itu.

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, atas kapasiti Tuanku Mizan sebagai Ketua Agama Islam di Pulau Pinang, pihaknya merayu supaya keputusan kerajaan negeri untuk melaksanakan pilihan raya itu dikaji sedalam-dalamnya kerana melibatkan kepentingan umat Islam.

"Sudah wujud kegelisahan dalam kalangan masyarakat Islam termasuk anak-anak kariah yang bimbang terhadap suasana masjid yang mahu dijadikan pentas mencari pengaruh politik partisan.

"Kita akan ajukan rayuan mengenai perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong dan kita serahkan kepada kebijaksanaan Seri Paduka untuk meneliti perkara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia Isnin lalu menyiarkan keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya bagi jawatan kuasa masjid mulai tahun ini iaitu perkembangan yang dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Keputusan itu mendapat bantahan ramai pihak yang menyifatkan ia agenda tersembunyi pihak tertentu yang mahu memporak-perandakan institusi masjid sebagai pusat perpaduan umat Islam khususnya di Pulau Pinang.

Zainal Abidin berkata, pilihan raya masjid itu bukan sahaja bermotifkan politik malah bakal mengheret jawatan kuasa kariah masjid dalam kancah perpecahan apabila wujud aktiviti berkempen, mengadu domba serta memburuk-burukkan antara satu sama lain.

Malah katanya, kaedah pelaksanaan pilihan raya itu juga sangat lemah dan longgar sehingga boleh menimbulkan rasa syak wasangka dalam kalangan kariah masjid sekali gus memungkinkan perseteruan serius berlaku.

"Lebih penting, masjid mahu dijadikan tempat membuang undi sedangkan ia tempat beribadat dan tempat untuk meluaskan syiar Islam. Pilihan raya ala politik ini hanya akan meniupkan api perpecahan dan perbalahan," tegasnya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa kaedah pemilihan sebelum ini yang menekankan konsep musyawarah dalam kalangan anak kariah dari surau-surau setiap kampung mahu diubah secara tiba-tiba sedangkan ia terbukti berkesan menjaga keharmonian jawatankuasa masjid.

Katanya, sistem sedia ada yang diamalkan sejak lebih 50 tahun lalu membolehkan wakil dari setiap kampung menduduki jawatankuasa masjid supaya apa jua aktiviti dapat dilakukan dengan penglibatan menyeluruh masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

"Pada masa sekarang pun, ahli jawatankuasa masjid bukan dikuasai mana-mana parti politik, malah mereka boleh duduk bersama-sama atas semangat persaudaraan. Kenapa suasana harmoni ini mahu dirosakkan?

"Justeru, kita minta anak-anak kariah di Pulau Pinang supaya berfikir dengan kebijaksanaan, jangan biar pihak tertentu menjadikan kita alat untuk merosakkan perpaduan sesama umat Islam," jelasnya.


Lidah Rasmi UMNO

Hanya UMNO dan kroni yang dapat…

Posted: 07 Jun 2011 05:43 PM PDT

Sudah sekian lama UMNO mewarwarkan perjuangan untuk bangsa Melayu dan Bumiputera sejak tahun 1946 agar mereka ditingkatkan taraf hidup setaraf dengan kaum lain sepertimana diperuntukkan oleh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Pelbagai insentif, dorongan, bantuan, keutamaan daripada segi moral, politik mahu pun kewangan telah diberikan oleh negara sejak 1957 yang ternyata akhirnya menemui kegagalan hingga kini. Apatah lagi keadaan Melayu dan Bumiputera semakin melarat dari hari ke hari disebabkan pemimpin UMNO sendiri begitu rakus membolot segala projek dan lain-lain insentif yang sepatutnya dihulurkan kepada kaum ini.

Keadaan ini dirumitkan lagi dengan ketiadaan kemahiran, kepakaran dan pengalaman menguruskan sesuatu urusan baik secara teknikal mahu pun praktikal. Ini terserlah daripada segi ketidakmampuan bersaing dalam bidang perniagaan, mutu pekerjaan dan perkhidmatan serta kelemahan hasil produk yang dihasilkan.


Kemunculan syarikat-syarikat korporat secara payung terjun dalam sektor pembuatan, peruncitan, perladangan, pembinaan dan lain-lain hanyalah bersifat sementara waktu sahaja kerana syarikat-syarikat ini terbukti akan gulung tikar akhirnya setelah beberapa tahun beroperasi.

Oleh itu dasar keutamaan yang dipraktikkan perlu disemak semula atas tiga sebab:

- Pertama, untuk mengelakkan daripada pemimpin UMNO mengambil kesempatan;
- Kedua, agar Melayu dan Bumiputera dipastikan berdaya-saing dengan kaum lain; dan
- Ketiga – supaya pertumbuhan ekonomi negara tidak terbantut akibat terlalu memanjakan Melayu dan Bumiputera yang mana akhirnya telah membinasakan kemajuan yang sepatutnya dicapai oleh rakyat dan negara ini secara keseluruhan.

Siapa yang tidak sayangkan bangsa sendiri, asalkan keutamaan yang diberi tidak mengguris perasaan kaum lain kerana kita semua adalah rakyat Malaysia dan kebanyakannya dilahirkan setelah negara mencapai kemerdekaan 1957. Islam melarang sama sekali kita berlaku tidak adil sesama umat Adam apatah lagi menindas kaum lain.

Munculnya tokoh-tokoh korporat Melayu dalam bidang kapal selam, perkapalan, penerbangan, perhotelan, perbankan, pengangkutan dan lain-lain hanyalah bagaikan bermusim sahaja. Mereka ini semuanya anak manja UMNO yang berpaksikan politik untuk berjaya. Oleh itu dengan ketiadaan kemahiran, kepakaran dan pengalaman, mereka adalah penyebab utama pinjaman bank tidak berbayar di negara ini.

Berlainan sekali dengan kejayaan yang ditempah oleh syarikat-syarikat lain yang memakan masa puluhan tahun untuk mencipta kejayaan. Manakala saham-saham Bumiputera yang diperuntukkan juga banyak telah bertukar tangan.

Adakah skim ASN, ASB dan sebagainya telah mencapai matlamatnya? Ternyata tidak. Siapa sahaja ada duit dia boleh melabur dan menikmati pulangan yang baik di serata dunia. Pemberian lessen dan permit kepada Melayu ini seperti mana diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk menjalankan pelbagai perniagaan hanyalah dikhaskan untuk kroni pemimpin UMNO dan apa saja tender yang bersaiz sederhana dan besar hanyalah untuk anak-beranak-menantu mereka.

Begitu juga dengan masalah surat hak milik tanah berkeluasan kurang tiga ekar atau 1.2 hektar yang gagal diberikan kepada Melayu secara keseluruhan sedangkan syarikat-syarikat besar mudah memilikinya hingga ribuan hektar walau pun penerima yang dianugerahkan adalah bukan Bumiputera.

Dengan itu di manakah keistimewaan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO dan ternyata UMNO hanya perjuangkan kepentingan pemimpinnya yang rakus dengan bermodalkan "hak istimewa" orang Melayu.

Adalah lebih baik usaha meningkatkan taraf hidup kaum-kaum di negara ini disatukan supaya pembaziran sumber dapat dielakkan dan kemiskinan dihapus tanpa mengira kaum dan seterusnya semua kaum diutamakan secara keseluruhan. Langkah ini bakal menjadikan Malaysia yang maju, dinamik dan rakyat yang hebat dalam pelbagai bidang di samping mengelak korupsi, salah guna kuasa dan kronisme.

Usah dilaungkan keistimewaan Melayu, Ketuanan Melayu, DEB, tanah rizab Melayu, kuota Bumiputera dan sebagainya jika UMNO sendiri yang makan hak Melayu. Kini Melayu dan Bumiputera hanya bagaikan melukut di tepi gantang. Pemimpin UMNO dan kroni serta ahli keluarga mereka sibuk mengumpul kekayaan dan disembunyikan di luar negara. Apakah mereka ini akan selamat? Ternyata tidak.

Sejarah telah membuktikan peristiwa yang bakal muncul kemudian hari. Kehadiran jutaan rakyat asing dan pemberian kerakyatan segera telah menyisihkan lagi Melayu dan Bumiputera.

Dulu Melayu dan Bumiputera boleh mencari rezeki hasil pembangunan ekonomi apabila terdapatnya industri dan projek besar dengan cara bekerja dan melibatkan diri dalam sektor ini. Namun sekarang mereka terpaksa bersaing dengan rakyat asing yang serba boleh.

Oleh itu di manakah hala tuju Melayu? Itulah antara sebab budaya lepak, bohsia dan kegiatan negatif banyak membabitkan Melayu. Pemimpin UMNO hanya bersandiwara di atas sebuah pentas yang rapuh yang mana akan runtuh apabila tiba masanya.

Kita lihatlah nanti. Usah dilaungkan UMNO adalah Melayu, Melayu adalah UMNO kerana apabila tiba masanya yang tersirat dan yang tersurat akan terbongkar juga akhirnya.


Roketkini.com

Mat Sabu, mangsa fitnah PapaGomo seterusnya?

Posted: 07 Jun 2011 10:27 AM PDT



Menurut seorang sahabat, Ikon Fitnah 1Malaysia iaitu Papagomo yang telah selesai menjayakan penyebaran Video Lucah seorang lelaki mirip DSAI yang didakwanya sebagai DSAI, bakal meneruskan agenda fitnahnya lagi..

Kali ini beliau dikhabarkan akan menerbitkan satu lagi video lucah, yang didakwa oleh Ikon Fitnah 1Malaysia itu melalui laman tweeternya sebagai rakaman video lucah antara Mat Sabu yang telah memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS dan seorang perempuan..





Seperti dengan penyiaran Video Lucah yang lalu, Ikon Fitnah 1Malaysia iaitu Papagomo dipercayai akan mendahului penyiaran rakaman tersebut dan kemudiannya akan diekori oleh blogger-blogger Pro-UMNO yang lain..

Ikon Fitnah 1Malaysia iaitu Papagomo baru-baru ini telah mengaku melakukan ugutan bunuh ke atas seorang pengguna facebook bernama Harapan Rakyat.

Berikutan ugutan itu satu laporan Polis telah dibuat terhadap Ikon Fitnah 1Malaysia itu..

Kerana itu Papa Gomo telah menuduh Harapan Rakyat sebagai Mat Ganja pula, saudara Fariz Musa dan Azmi Zam yang turut sama membuat laporan Polis berhubung perkara ini pula masing-masing dituduh sebagai Kaki perempuan dan kaki mabuk.

Fitnah oleh Ikon Fitnah 1Malaysia yang menuduh Harapan Rakyat sebagai Mat Ganja telah disangkal oleh Harapan Rakyat dengan membuat ujian air kencing..

Sila baca penafian Harapan Rakyat itu di SINI

Fitnah demi fitnah ditaburkan oleh Papagomo.. membuat aku tertanya-tanya apakah pegangan atau ugama beliau? Jika beliau seorang Islam tidak takutkah beliau akan balasan dari Allah?

Lagi berkenaan rakaman video lucah itu sila lihat di SINI

Tiada ulasan: