Anak Sungai Derhaka |
- Akhirnya kita tahu kenapa Ani Arope berhenti
- KD Altantuya : Mahkamah Perancis temui bukti kukuh
- Adik Hishamuddin, sepupu Najib terlibat Skandal Cetak Matawang - The Age
- Nazri pula nak jadi Batu Api..
- Kerana EPU, Rakyat tanggung RM131.3 bilion pada tahun 2010... dimana Najib?
- Tuduhan Liwat : Hakim Enggan Undur
- Bila hati dah sakit...
- Muhyiddin kena belajar lagi..
Akhirnya kita tahu kenapa Ani Arope berhenti Posted: 06 Jun 2011 08:31 AM PDT TEMERLOH, 6 JUN: 15 tahun yang lalu, Tan Sri Ani Arope mengejutkan seluruh negara dengan tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB). Akhirnya rakyat hari ini tahu bahawa peletakan jawatannya dilakukan demi menjaga kepentingan mereka, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. "Ramai yang menganggap (pengunduran Ani) sebagai satu tindakan biasa seorang staf yang meletakkan jawatan, mungkin faktor umur atau prestasi kerja. "Hari ini, kita tahu ianya adalah kerana sikap tegasnya dalam membantah perjanjian yang sangat tidak adil antara TNB dan IPP (pengeluar bebas kuasa elektrik)," kata Tuan Ibrahim hari ini. Ani sebelum ini di laman Facebooknya menyelar tindakan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik baru-baru ini sebanyak 7 peratus 1 June yang lalu dengan mendakwa ia berpunca daripada perjanjian yang tidak adil dengan IPP dan TNB. "Anda tidak perlu pergi ke sekolah bisnes yang canggih untuk memahami mengapa kita memerlukan peningkatan tarif – Cuma perlu tengok balik syarat-syarat yang diberikan kepada IPP. "Dengan fasal ambil-dan bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui. "Bagus EPU — Unit Penyamun Ekonomi," tulis beliau di laman Facebooknya minggu lalu. Ani mencetuskan kontroversi 15 tahun yang lalu apabila beliau lebih rela melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir. Ani turut berkata TNB tidak boleh dipersalahkan atas hal ini kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga yang perlu dibayar kepada IPP. "TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya," katanya. Kata Tuan Ibrahim, yang juga merupakan bekas Naib Presiden PAS, apa yang dibimbangi Ani kini menjadi kenyataan apabila kerajaan Barisan Nasional berdolak-dalih untuk menyemak semula perjanjian dengan IPP yang sangat tidak adil walaupun didesak pelbagai pihak. "Kerajaan tidak sanggup bertegas memotong subsidi sebanyak RM19 billion untuk IPP berbanding tindakan mereka memotong subsidi ke atas keperluan rakyat. "Hari ini rakyat merasa bangga di atas ketegasan Tan Sri Ani Arop menentang dasar yang tidak adil ini. Syabas dan tahniah di atas pengorbanan beliau dalam menentang kemungkaran ekonomi yang dibuat tangan Umno Barisan Nasional ini," tambah Tuan Ibrahim. Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus bermula Jun 1 itu adalah sebagai langkah mengurangkan subsidi yang dikatakan semakin menghauskan perbendaharaan negara. Ia ekoran keputusan kabinet untuk menaikkan harga gas asli kepada RM3 mmBTU setiap enam bulan, dari RM10.70 juta unit termal British (mmBTU) kepada RM13.70 mmBTU sehingga mencapai paras pasaran menjelang 2016. Harakahdaily |
KD Altantuya : Mahkamah Perancis temui bukti kukuh Posted: 06 Jun 2011 06:31 AM PDT Berapa banyak rasuah dalam kes rasuah ni sebenarnya? KUALA LUMPUR, 6 Jun: Mahkamah Perancis menemui bukti kukuh bahawa syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membuat bayaran kepada syarikat Perimekar sebanyak RM493 juta, tetapi bayaran itu sebenarnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri. Penemuan itu ternyata bertentangan dengan kenyataan Kabinet Najib yang sebelum ini mengklasifikasi bayaran itu sebagai koordinasi dan perkhidmatan sokongan serta Malaysia tidak terlibat dalam pembayaran berkenaan. Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael berkata, dengan penemuan itu, dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene terdedah hasil penyiasatan pihak berkuasa Perancis. Menurut beliau, pembongkaran itu pula berlaku ketika pendedahan 114 juta Euro bersama RM493 juta komisen kapal selam Scorpene belum dijawab oleh kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak. Katanya, dua rasuah tersebut bernilai masing-masing RM30 juta dan RM2.5 juta dan ia terbongkar setelah pihak berkuasa Perancis menjalan penyiasatan sejak lebih enam bulan lalu. "Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia," katanya ketika diminta mengulas perkara itu. Suaram adalah pihak yang membuat representasi agar mahkamah Perancis menyiasat pembelian Scorpean dengan kebimbangan adanya rasuah berlaku dalam pembelian itu. Ekoran itu, Mahkamah Perancis sedang membicarakan kes ini yang dikaitkan juga dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu. Menurut Cynthia Gibrael (gambar kanan) , jika benar apa yang diperolehi dalam perbicaraan sekarang, bermakna dalam pembelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan Malaysia membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi. Katanya, dokumen itu diperolehi selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat. "Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukkan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu," jelasnya. Sebelum ini, laman web Rue89 mendedahkan, sebanyak 114 juta Euro yang menjadi komisen dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dibayar kerajaan Malaysia, bukannya Armaris, sebuah syarikat di Perancis. Baru-baru ini pula, Rue89 juga mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar kepada Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri. Laporan itu dibuat berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang. Perimekar adalah syarikat kepada rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda, manakala pemegang saham majoriti syarikat itu pula ialah isteri Razak, Mazlinda. Razak Baginda terlepas dari sabitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang menjadi perantara pihak Malaysia dan Perancis. Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara Malaysia dan Perancis sebagai perantara kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya itu. Sebaliknya, wanita warga Mongolia itu mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam yang bukan sahaja menggemparkan seluruh negara, tetapi juga Perancis dan seluruh dunia. Razak dan dua anggota polis pengiring yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri didakwa tetapi mahkamah membebaskan rakan karib Najib itu. Menurut Cynthia, kejadian tersebut tetap menjadi tanda tanya pelbagai pihak sejak mula tercetus sehingga sekarang, manakala kes itu juga masih terus dibicarakan di mahkamah Perancis hingga sekarang. Katanya, rakyat Malaysia yang turut mengikuti perbicaraan kes itu di Perancis menjadi bertamba hairan dengan penemuan demi penemuan membabitkan pembayaran-pembayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung pembelian kapal selam itu, memandangkan ia dinafikan keras oleh Kabinet Najib sebelum ini. Harakahdaily |
Adik Hishamuddin, sepupu Najib terlibat Skandal Cetak Matawang - The Age Posted: 06 Jun 2011 06:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Skandal rasuah dalam pemberian kontrak mencetak mata wang negara didedah melibatkan sepupu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga adik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien. Menurut laporan akhbar Australia, The Age, Reserve Bank Australia (RBA) melantik sebuah syarikat yang dimiliki Haris Onn Hussien, pemegang saham terbesar dalam firma, Liberal Technology. Liberal Technology diupah syarikat Securency, sebuah anak syarikat RBA sebagai agen bagi memenangi kontrak berkenaan. "Pendedahan muncul ketika sensitiviti memuncak dalam kerajaan persekutuan berhubung siasatan Polis persekutuan Australia (AFP) terhadap Securency dan potensi hubungan antarabangsa Australia menjadi bahaya jika pegawai asing yang dikatakan terlibat dengan rasuah RBA dinamakan," lapornya. Menurut The Age, media itu difahamkan Securency menandatangani perjanjian dengan Liberal technology sebagai agen di Malaysia sehingga 2009. Kali terakhir syarikat itu memenangi kontrak bagi mencetak mata wang negara pada 2004. Laporan itu juga menyebut seorang lagi ahli perniagaan turut terlibat dinamakan sebagai Abdul Kayum Syed Ahmad yang juga bekas pemimpin Umno. The Age melaporkan Abdul Kayum pernah ditahan dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes itu dan pemberian komisen yang diterima dari firma RBA berkenaan. Menurut The Age, AFP memulakan siasatan terhadap Securency pada Mei 2009, selepas akhbar itu mendedahkan pembayaran komisen berjuta dollar kepada orang tengah yang mempunyai kaitan rapat dengan ahli politik di Nigeria, Vietnam dan India. Menurut laman web itu, di bawah undang-undang Australia, adalah satu kesalahan jenayah bagi sesebuah syarikat atau individu untuk membayar, atau menawar faedah kepada pegawai kerajaan asing atau kenalan rapat untuk mendapatkan kepentingan perniagaan. Namun The Age juga melaporkan, ia menjadi perkara biasa bagi ahli politik di negara Asia melantik saudara mara mereka sebagai ejen kepada syarikat-syarikat asing. Akhbar Suara Keadilan tahun lalu pernah mendedahkan skandal berkenaan, yang dikatakan melibatkan komisen bernilai RM11.4 juta yang diterima usahawan tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer Securency dan Note Printing Australia. Dua anak syarikat RBA itu didakwa merasuah ahli perniagaan Malaysia, yang didakwa mempunyai kaitan rapat dengan Umno, namun individu itu tidak pernah didedahkan sebelum ini meskipun kes itu dikatakan pernah disiasat SPRM. Ahli perniagaan itu juga sebelum ini dikatakan bertindak selaku orang tengah bagi memenangi kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005. Skandal itu sebelum ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila Securency dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia bagi mendapatkan kontrak pencetakan mata wang. Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam. Malah lebih serius skandal rasuah itu juga didakwa melibatkan kegiatan mencetak wang berganda untuk kegunaan Umno-BN merasuah pengundi ketika kempen pilihan raya. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail baru-baru ini sekali lagi menimbulkan isu itu dengan mendakwa ia bukan hanya melibatkan skandal rasuah yang menyamai pembelian kapal selam selam Scorpene, tetapi juga dipercayai berkait dengan sindikit mencetak mata wang berganda. Lambakan wang kertas yang mempunyai nombor siri yang sama itu dibimbangi menyebabkan nilai matawang negara jatuh dan mengheret negara kepada inflasi. Senator Tunku Abdul Aziz sebelum ini pernah menggesa Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz membersihkan nama baik institusi itu yang turut terpalit dengan skandal berkenaan. |
Nazri pula nak jadi Batu Api.. Posted: 06 Jun 2011 01:41 AM PDT Kata Nazri Aziz memberi PKR dan DAP peringatan mengenai imej liberal yang hendak dibawa PAS sambil menegaskan, presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercita-cita mahu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menanti dari Pakatan Rakyat. Sejak bila pula si Nazri ini kisah akan masa depan Pakatan Rakyat? Kalau benar TG Haji Hadi nak Jadi Perdana Menteri ianya pasti tidak mendatangkan masaalah bagi Pakatan Rakyat.. Tapi kalau nak kata tak jadi masaalah tu.. bohonglah.. pasal kalau Anwar tak jadi Perdana Menteri pasti ada puak-puak yang berlindung dibawah ketiak Anwar tu akan sakit hati.. Sakit hatipun korang kena sedar.. korang berada sebagai pemimpin itu adalah kerana rakyat bukan kerana korang kawan Anwar.. Puak itu saja yang sakit hati rasanya.. bagi penyokong yang tidak ada kepentingan seperti aku ni.. rasanya siapapun jadi Perdana Menteri kami tak kisah..asal bukan pemimpin UMNO!! Yang akan menghadapi masaalah lebih besar ialah para pemimpin UMNO yang korup dan menyalahguna kuasa untuk membina harta.. Ada pihak yang kata beliau meracau setelah terbangun dari tidur.. tapi hakikatnya ialah beliau cuba untuk menjadi batu api bagi melaga-lagakan sesama Pakatan Rakyat.. Nak jadi batu api pun.. janganlah sampai nampak jelas sangat... Nazri: Dengan jadikan PAS kuat, impian Hadi maju jadi PM KUALA LUMPUR, 6 Jun — Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberi PKR dan DAP peringatan mengenai imej liberal yang hendak dibawa PAS sambil menegaskan, presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercita-cita mahu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menanti dari Pakatan Rakyat. Berkongsi analisis beliau berhubung pemilihan PAS yang diadakan akhir minggu lalu, ahli Majlis Tertinggi itu berkata, trend baru muncul di parti Islam konservatif itu — nafsu baru untuk berkuasa. Kata Nazri (gambar), permainan politik baru kepimpinan PAS bertujuan mahu mengubahsuai imej Islamnya agar ia kelihatan dapat diterima oleh bukan Islam dan seterusnya menjadi parti yang kuat dalam Pakatan Rakyat, mengatasi kedudukan PKR dan DAP. Sehubungan itu, menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, kebangkitan PAS akan membawa kepada pergolakan kuasa dalam Pakatan Rakyat semasa pilihan raya umum akan datang kerana mereka akan cuba untuk mengatasi satu sama lain untuk mendapatkan perwakilan besar dalam Parlimen. "Sudah pasti, mereka akan bertelagah. Saya fikir Hadi sedar bahawa ada peluang bagi beliau untuk menjadi pemimpin Pakatan Rakyat," katanya lagi. "Jika beliau berfikir bahawa beliau boleh menawan Putrajaya, maka beliau mahu menjadi perdana menteri. Itu sebabnya beliau memaksa parti itu mengubah imej sebab beliau tahu bahawa Anwar berada dalam masalah dan PAS mahu menjadi parti yang kukuh dalam Pakatan Rakyat," kata Nazri pada sidang media di sini hari ini. The Malaysian Insider |
Kerana EPU, Rakyat tanggung RM131.3 bilion pada tahun 2010... dimana Najib? Posted: 06 Jun 2011 12:07 AM PDT Sebagai seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada amanah yang diberikan oleh rakyat, Najib seharusnya menjawab pendedahan yang dibuat oleh Tan Sri Ani Arope bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bertanggungjawab terhadap Skandal Subsidi Gas yang menyebabkan Rakyat menanggung kos berjumlah RM 131.3 Bilion pada penghujung tahun 2010. Err.. itu pun kalau Najib berani untuk bertanggungjawablah... Dan jika Unit Perancangan Ekonomi (Economy Plundering Unit?) itu ditubuhkan hanya untuk membantu kroni-kroni UMNO/BN meningkatkan kemajuan ekonomi mereka, untuk apa rakyat membayar cukai pendapatan yang digunakan bagi membiayai gaji mereka? ianya sewajarnya menggunakan wang dari UMNO bukan dari rakyat.... Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus menjawab pendedahan yang dibuat oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Ani Arope bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bertanggungjawab terhadap skandal subsidi minyak yang menyebabkan rakyat Malaysia menanggung kos berjumlah RM131.3 bilion pada tahun 2010. Tan Sri Ani yang memilih untuk melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir. EPU telah memaksa Tenaga untuk membeli kuasa daripada pengeluar bebas elektrik (independent power producer –IPP), yakni Genting Sanyen, sebanyak 14sen/kWh walaupun terdapat penawaran sebanyak 12sen/kWh; dan IPP mengenakan bayaran sebanyak 16sen/kWh. Tan Sri Ani dalam pada itu, turut menggelar EPU sebagai 'Economic Plundering Unit' dengan menaikkan tarif elektrik sewenangnya, menyatakan bahawa agensi janakuasa tersebut telah memaksa syarikat janakuasa nasional untuk menandatangani perjanjian pembelian berat sebelah hampir 20 tahun yang lalu di mana Tenaga mesti membeli tenaga yang tidak diperlukan. Hal ini menyebabkan Malaysia mengalami margin simpanan elektrik yang tertinggi di dunia iaitu 52.6% pada tahun 2010. Sehingga akhir tahun 2010, Petronas telah menjengkalkan subsidi gas asli terhadap sektor janakuasa dan sektor bukan janakuasa sebanyak RM131.3 bilion. Sekiranya harga gas asli tidak berubah (dalam sektor janakuasa pada RM10.70/MMBTU; sektor bukan janakuasa pada RM15.35/MMBTU), sejumlah RM27 billion terpaksa ditanggung pada 2011. Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dibenarkan untuk menaikkan 7% kenaikan kerana Tenaga perlu membayar lebih untuk harga gas asli yang naik sebanyak RM3 se MMBTU, di mana ianya akan mengurangkan kos subsidi kepada RM25.64 bilion daripada RM27.22 bilion. Jelas sekali, tiada justifikasi untuk Putrajaya menaikkan tarif elektrik sebanyak 7% apabila kajian semula syarat asal IPP adalah memadai daripada pemotongan nilai subsidi tersebut. 'Federation of Malaysian Manufacturers' (FMM) telah menyatakan bahawa harga dalam sektor janakuasa Malaysia belum menjadi lebih kompetitif, walaupun bayaran untuk gas asli adalah lebih murah (RM13.70/mmBtu) berbanding Thailand (RM18.23), Singapura (RM43.32) dan Indonesia (RM21.04). Kos elektrik di Malaysia berikutan kenaikan kadar adalah menghampiri kadar di Thailand. Sekiranya kita membandingkan kadar tenaga elektrik di Thailand yang berkategori tenaga bervoltan rendah, sederhana dan tinggi, kadar tarif Malaysia antara kategori tersebut adalah lebih tinggi. Perdana Menteri harus menjawab kepada rakyat Malaysia kenapa rakyat harus 'membayar' bagi kesilapan atau perjanjian yang tidak seimbang oleh EPU yang bertentangan dengan kepentingan nasional kerana ia hanya menguntungkan beberapa IPP dengan mengorbankan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia. LIM GUAN ENG Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 6 June 2011. The Prime Minister Should Answer Tan Sri Ani Arope's Revelation That The Economic Planning Unit(EPU) Is Responsible For The Gas Subsidy Scandal That Costs The Public RM131.3 Billion At End 2010. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak should answer former Tenaga Nasional Berhad (TNB) chief executive Tan Sri Ani Arope's revelation that the EPU is responsible for the gas subsidy scandal that costs Malaysians RM131.3 billion at end 2010. Tan Sri Ani chose to resign from his executive chairman post rather than sign the imbalanced deals, which saw the first generation of IPPs created, such as YTL Power Services, Powertek and Malakoff during the Mahathir administration. EPU forced Tenaga to buy electricity from an independent power producer (IPP), believed to be Genting Sanyen, at 14 sen per kilowatt hour (kWh) despite an existing offer of 12 sen/kWh then; other IPPs then were charging 16 sen/kWh. Tan Sri Ani even dubbed EPU as the "Economic Plundering Unit" for rising electricity tariffs, saying the powerful agency forced the national power company to sign lopsided purchase deals nearly 20 years ago where Tenaga must purchase power it does not need. This has resulted in Malaysia having the highest energy reserve margin in the world at 52.6% at 2010. Up to end 2010, Petronas has extended about RM131.3 billion in gas subsidy to both the power and non-power sectors. If the gas prices remain unchanged (power sector at RM10.70 per MMBTU; non-power sector at RM15.35 per MMBTU), about RM27 billion in 2011 would have to be incurred. Tenaga Nasional Bhd was allowed the 7% increase as Tenaga had to pay more for natural gas prices that has increased by RM3 per MMBTU, which would cut its gas subsidy costs to RM25.64 billion from RM27.22 billion. Clearly, there is no justification for Putrajaya to hike electricity tariffs by 7% when a review of the original terms of IPPs would be more than sufficient to cut the subsidy bill. Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) has pointed out the Malaysian power sector had yet to translate its price advantage in fuel prices into more competitive electricity rates despite paying less for natural gas (RM13.70 per mmBtu) compared to Thailand (RM18.23), Singapore (RM43.32) and Indonesia (RM21.04). The cost of electricity in Malaysia following this hike is nearly at par with Thailand... If we compare with Thailand's rate for low, medium and high voltage, Malaysia's electricity tariff for all these categories is higher. The Prime Minister must answer why Malaysians must pay for the mistake or the imbalanced deals by EPU that is against national interest because it benefited the few IPPs at the expense of 27 million Malaysians. LIM GUAN ENG |
Tuduhan Liwat : Hakim Enggan Undur Posted: 05 Jun 2011 11:51 PM PDT KUALA LUMPUR 6 JUN : Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya beliau mengundurkan dirinya sebagai hakim dalam perbicaraan fitnah liwat ke atas Anwar kerana tidak berlaku adil. Zabidin menetapkan 13 Julai depan untuk membolehkan pihak peguam bela memfailkan rayuan terhadap keputusannya untuk tidak berundur daripada mendengar kes itu. Ini kali ketiga permohonan Anwar bagi melucutkan Zabidin gagal. Beliau sebentar tadi memberitahu bahawa permohonan pihak pembelaan tiada merit untuk dipertimbangkan. "Mahkamah dapati tiada merit dalam permohonan ini. Dan mahkamah ini menolak permohonan yang dibuat," kata Zabidin. Anwar yang ditemui pemberita selepas itu mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Zabidin dan pihak pendakwaraya yang pada hematnya bersikap berat sebelah dalam kes membabitkan dirinya. " Kalau macam itu buat apa panggil saya?Sepatutnya mana-mana sistem atau hakim perlu dengar kedua-dua belah pihak, yang dituduh dan yang menuduh. Sebab itu kita buat keputusan untuk mengemukakan notis rayuan dan memberi ruang sehingga mahkamah rayuan buat keputusan," kata Anwar. Bahkan beliau turut menyatakan kekesalannya terhadap pihak pendakwaraya yang mempermainkan undang-undang dengan beranggapan bahawa mahkamah untuk pihak pendakwaraya dan pihak berkuasa. " Saksi yang kita kemukakan kepada mahkamah tidak langsung memberi kerjasama..sehingga kini kami menunggu (Datuk Seri )Najib dan (Datin Seri) Rosmah, namun tidak ada jawapan dari pihak pendakwa , dlm satu kes yg lain, Musa Hassan diminta hadir,peguam saya tungggu tapi beliau tidak hadir tanpa sebarang alasan,"katanya lagi. Zabidin sebelum ini memutuskan bahawa tidak ada keraguan tentang keterangan pengadu Saiful Bukhari Azlan bahawa dirinya diliwat walaupun belum mendengar pembelaan dari Anwar. Menurut Zabidin, Saiful adalah seorang yang boleh dipercayai dan "berwibawa". TVS News |
Posted: 05 Jun 2011 10:44 PM PDT Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein percaya ahli Pas akan mempersoalkan kepimpinan baru parti itu kerana perjuangan mereka terhadap negara Islam kini semakin kabur. Menurutnya, ahli Pas akan mempersoalkan hala tuju parti itu dalam memperjuangkan Islam selepas kepimpinan ulama dipinggirkan oleh kepimpinan baru yang dipilih semalam.. Itu adalah kenyataan Hishamuddin yang disiarkan didalam Lidah Rasmi UMNO.. Hishamuddin mungkin terlupa bahawa pemilihan itu telah dilakukan oleh wakil-wakil yang mewakili suara ahli-ahli PAS.. jadi bagaimana akan timbul suara tidak puas ahli-ahli PAS sedangkan wakil yang mengundi adalah wakil mereka? Kenyataan Hishamuddin itu juga membuktikan kepada kita bahawa Hishamuddin tidak tahu menghormati suara akar umbi.. dan beliau juga tidak faham apa itu demokrasi.. maka tidak hairanlah jika banyak pihak yang mengatakan bahawa dalam PRU13 ini, kuasa UMNO/BN akan dikekalkan oleh pendatang dari Indonesia, Bhangladesh, Myanmar, Vietnam, China dan juga India selain dari Filipina.. Kalau korang jenguk Lidah Rasmi UMNO on-line hari ini, pasti korang akan Nampak betapa banyaknya artikel dan juga komen-komen manusia-manusia yang tiada kaitan dengan PAS memberikan ulasan tentang keputusan Muktamar PAS semalam.. Selain dari kecewa dengan penolakkan mentah-mentah Video Lucah edaran UMNO oleh PAS, mereka yang jelas kelihatan sakit hati memperlihatkan ketakutan mereka juga terhadap barisan kepimpinan PAS yang baru.. Antara artikel yang cuba melagakan pula ialah Imej Pas terhakis setelah tukar matlamat, Kemenangan Mat Sabu bukti pimpinan ulama tak relevan, Pas kini terjerumus dalam 'pakatan ahzab', tak perjuangkan Islam dan Ahli akan persoal kepimpinan baru Pas. Dan artikel ini paling menarik bagi aku… kalau benar Anwar boleh mempengaruhi perwakilan PAS untuk menentukan halatuju PAS.. memang Anwar sangat hebat… 'Tangan ghaib' bantu kemenangan Anwarinas KUALA LUMPUR 5 Jun - Agenda 'tangan-tangan ghaib' di luar Pas berjaya memperlekeh golongan ulama dalam parti itu sehingga mereka diketepikan dalam pemilihan pucuk kepimpinan yang diumumkan semalam. Pengarah Hal Ehwal Agama Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar Ab. Rahim (gambar) berkata, tulisan kolumnis akhbar The Star, Joceline Tan yang mempertikai para ulama Pas secara tidak langsung berkempen bagi kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Anwarinas seterusnya memberi kemenangan kepada mereka. "Nyata tulisan itu telah memberi kesan dalam pemilihan itu apabila Joceline mendakwa golongan ulama dalam Pas hanya pandai berhujah tetapi kemampuan mereka terhad menjadi gembala kambing sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Nik Khairul Annuar dalam pada itu berkata, Pas mungkin boleh menafikan apa sahaja tetapi ahli parti nampaknya lebih menjaga hati Anwar dan DAP berbanding hati golongan ulama. Menurutnya, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin juga telah mendesak Joceline supaya memohon maaf kepada golongan ulama atas tulisannya itu. "Justeru, orang ramai terutama Melayu perlu membuka mata terhadap tindakan 'tangan-tangan ghaib' ini kerana tidak mungkin Joceline hanya membuat kesimpulan tersebut semata-mata untuk kempen bagi pihak Anwarinas," katanya. Sementara itu, Nik Khairul Annuar menyifatkan tindakan Pas menukar matlamat parti itu daripada menubuhkan negara Islam kepada mewujudkan negara berkebajikan hanya permainan politik untuk menarik undi. Katanya, Pas kini terikut-ikut agenda Anwar yang lebih mengutamakan keinginan peribadi dan kuasa sehingga mendahului prinsip parti sebelum ini yang mahu memperjuangkan Islam. Lidah Rasmi UMNO |
Posted: 05 Jun 2011 09:02 PM PDT KUALA LUMPUR, 6 Jun — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu belajar dengan ulama atau bertanya mufti sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai PAS kononnya ia sudah menggadai prinsip Islam, kata timbalan presiden baru Mohamad Sabu. Sehubungan itu tegas beluau, dakwaan Muhyiddin yang mengatakan PAS sudah mengorbankan prinsip Islam kerana kepentingan politik adalah tidak berasas sama sekali. "Muhyiddin perlu belajar dengan ulama atau berbincang dengan mufti sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan. "Dia tak boleh kata kita begitu kerana kepimpinan kita adalah ulama yang berwibawa yang merujuk kepada al-Quran dan Hadis," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin (gambar) semalam bahawa PAS sudah mengorbankan prinsip-prinsip Islam demi kepentingan politik sedangkan parti itu sepatutnya menggunakan muktamar kali ini untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang berakhir semalam ada meluluskan usul, yang dibawa Dewan Ulama, mengecam tindakan penayangan video seks itu dan dianggap sebagai satu fitnah. "Jadi saya nak tegaskan di sini bahawa berbincang dengan ulama terlebih dahulu sebelum bagi pandangan. "Perkara itu membabitkan zina dan kita tidak boleh beri pandangan sendiri," kata Mohamad ketika dihubungi The Malaysian Insider. Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, apa yang diucapkan oleh Muhyiddin adalah mereka yang tidak tahu akan prinsip dan keadilan dalam Islam. "Dia (Muhyiddin) tak tahu prinsip keadilan Islam. Prinsip Islam ialah tidak dibenar mengaibkan orang lain. Itu prinsip Islam kita. "Tuduhan terhadap (Datuk Seri) Anwar merupakan tuduhan yang melibatkan maruah," kata beliau yang mempertahankan kerusinya buat penggal kedua. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menambah, seseorang Muslim juga tidak dibenarkan menghukum mana-mana pihak sesuka hati kerana dalam Islam tidak mengajar agar umatnya mengaibkan orang lain. Seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi The Malaysia Insider hanya ketawa apabila diajukan soalan mengenai kenyataan timbalan perdana menteri itu. Katanya, Muhyiddin dan pemimpin Umno kini dilihat sudah mulai gelabah dan ia menunjukkan petanda kejayaan muktamar kali ini. "Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno dilihat semakin menggelabah. Nampaknya muktamar kali ini berjaya membuatkan mereka kucar-kacir. "Nasihat saya kepada Muhyiddin ialah lebih baik dia banyak belajar dari ulama jika nak bercakap mengenai soal zina dan qazaf," katanya. Ahli Parlimen Pokok Sena ini juga memberitahu, jangan disebabkan politik, asas agama tergadai. "Apa yang dicakap Muhyiddin tidak langsung bersandarkan prinsip pada agama. Beliau patut rujuk pada ulama. "Sama ada PAS mengetepikan Islam atau tidak, itu tidak muncul. Umno sedang dalam kegelabahan kerana perkara yang mereka cetuskan, masyarakat menolaknya," katanya. The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan