Ahad, 5 Jun 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Sebab mengapa BERSIH perlu disokong...

Posted: 05 Jun 2011 09:19 AM PDT

Muhyiddin sakit hati, Video Lucah UMNO ditolak PAS..

Posted: 05 Jun 2011 05:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa PAS mengorbankan prinsip-prinsip Islam demi kepentingan politik sedangkan parti itu sepatutnya menggunakan muktamar kali ini untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan presiden Umno itu juga mengecam PAS bimbang kebenaran di sebalik video seks itu, yang didedahkan "Datuk T" Mac lalu, akan mencemar imej agama yang dibawa parti itu.

"Kemungkinan mereka sudah tahu latar belakang isu video itu . . . atau siapa orang dalam video," kata Muhyiddin (gambar) di sini hari ini.


"Tetapi ia (seharusnya) telah dibawa ke muktamar mereka . . . sebagai parti politik yang diasaskan atas prinsip-prinsip Islam, mereka seharusnya mencari kebenaran," kata timbalan perdana menteri ini selepas melawat ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini.

Pagi tadi muktamar 2011 PAS membincangkan usul dibawa Dewan Ulamanya, yang antara lain mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan, yang didakwa tidak tegas dalam mengutuk tindakan penayangan video seks oleh "Datuk T".

"Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan.

"Mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka," kata usul itu.

Usul itu merujuk kepada penayangan video seks pada 21 Mac lalu kepada media-media terpilih, yang pelakonnya didakwa mirip Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Anwar sudah pun menafikan dakwaan itu.

Menurut usul itu, fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seseorang.

Umno dan media miliknya Kumpulan Utusan Malaysia menyerang PAS atas alasan mempertahankan Anwar dalam video seks itu.

Muhyiddin berkata PAS tidak seharusnya mempersalahkan Barisan Nasional (BN) berhubung isu video seks memandangkan pemimpin-pemimpin perikatan itu telah pun menafikan sebarang pembabitannya sejak awal lagi.

Kata beliau, sekurang-kurangnya PAS sepatutnya telah membahaskan ketulenan video pada muktamarnya untuk mendapatkan pandangan ahli sebelum membuat sebarang rumusan.

"Bahas sumber (video)... bagaimana ia datang, siapa lakukan, bagaimana ia melibatkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat dan sama ada ia benar atau tidak.

"Jika pada akhirnya mereka memutuskan bahawa mereka tidak tahu kebenaran, mereka boleh meminta polis mendedahkan identiti lelaki dalam video agar rakyat tidak berada dalam gelap," kata beliau sambil menambah, itu yang seharusnya telah dilakukan oleh muktamar tahunan PAS, bukannya menolak segala-galanya ke arah BN.

Muhyiddin juga berkata, BN tidak akan membenarkan ia digunakan sebagai kambing hitam dalam skandal video dan akan berpegang pada pendirian untuk mendapatkan kebenaran menerusi lunas perundangan.

"Kami telus. Dasar kami ialah untuk menyiasatnya, ikut saluran betul untuk menentukan dalang dan sebab-sebab di sebalik (kejadian itu)," katanya lagi.

"Malangnya bagi PAS, mereka mendakwa Islam tetapi mereka menjauhkan diri daripada jalan Islam. Mereka hanya ambil berat soal kepentingan politik dan bukannya mengenai soal mendapatkan restu Allah," kata beliau.


The Malaysian Insider

Kemenangan Mat Sabu, Komen TG Nik Aziz (Video Inside)

Posted: 05 Jun 2011 02:17 AM PDT

GOMBAK, 5 Jun — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memperakui kemenangan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden baru sambil menyifatkan pemimpin vokal itu menang dengan "undian sah" perwakilan yang yakin kerana kepimpinannya.

Mohamad atau dikenali sebagai "Mat Sabu" menang kerusi nombor dua itu dengan menewaskan dua calon termasuk penyandangnya Nasharudin Mat Isa, sekali gus menyaksikan majoriti barisan kepimpinan parti itu kali ini dikuasai kumpulan profesional.

Dilihat merujuk kepada dakwaan pendaftaran pengundi kalangan rakyat asing menjelang pilihan raya umum, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Mohamad mencapai kejayaannya menerusi undian sah daripada perwakilan PAS.


"Dia (Mat Sabu) bukan menang sebab undi MyKad, bukan undi dari Bangladesh tetapi undi daripada PAS sendiri.

"Perwakilan PAS yakin dengan kepimpinan Mat Sabu. Oleh sebab itu mereka mengundinya," kata beliau pada ceramah perdana sempena Muktamar Tahunan PAS di sni malam tadi.

Mohamad memperoleh 420 undi. Nasharudin yang menyandang jawatan itu sejak 2005 hanya menerima 224 undi manakala seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat 399 undi.

Jelas Nik Aziz, Mohamad telah melibatkan diri dalam politik khususnya bersama-sama PAS sejak di peringkat universiti.

Ujarnya, ketika Mohamad masih belajar di Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara), beliau sudah terlibat dengan PAS.

"Itulah kelebihan Mat Sabu sebenarnya," ujar Nik Aziz lagi.

Selain itu, beliau juga menyatakan rasa bangga apabila musuh-musuh politik membenci presiden dan timbalan presiden PAS — yang dilihat merujuk kepada serangan Umno dan BN terus-menerus dan ia meningkat menjelang pemilihan parti itu.

"Itu perkara bagus pihak lawan benci jawatan utama dalam PAS.

"Saya hanya mendoakan dia (Mohamad) diambil Allah kerana ketaqwaannya," ujarnya lagi.

Nik Aziz menambah, Mohamad rapat dengan umat Islam, bukan Muslim serta bukan ahli-ahli PAS kerana cara dan perwatakan beliau.

"Dia lebih rapat dengan orang bukan Muslim disebabkan dia mudah mesra.

"Saya pun tidaklah rapat sangat sepertimana Mat Sabu rapat," ulas Nik Aziz lagi.

Sehubungan itu, beliau yakin Mohamad boleh memainkan peranan segera untuk memikat golongan bukan Islam dan bukan ahli PAS menyokong parti itu dalam pilihan raya umum.

"Kita sudah ada pemimpin yang rapat dengan orang sekeliling. Ini akan memudahkan PAS menarik undi," tambah Nik Aziz.

Dalam ceramahnya, Naib Presiden PAS baru Datuk Paduka Husam Musa pula berkata, mandat diberikan perwakilan merupakan satu tanggungjawab besar.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu menambah, beliau berharap barisan kepimpinan 2011-2013 mampu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

"Rumah Umno sudah hampir runtuh. Kita perlu tunjangi PAS dan melalui sebuah proses demokratik dengan adanya barisan kepimpinan ini.

"Kita tak pindah dari konsep kepimpinan ulama walau sedetik kerana kita dididik oleh ulama dan kepimpinan tertinggi PAS juga merupakan golongan ulama," katanya.

Menyentuh mengenai Himpunan Sejuta Belia yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini, Husam beranggapan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak umpama petanda Putrajaya akan "jatuh."

"Hal ini kerana Najib memberi amanat kepada generasi muda agar mempertahankan Putrajaya pada hari tersebut.

"Dalam ucapan Najib tempoh hari, nampak seperti Putrajaya ingin jatuh. Saya nak tanya, Putrajaya memang nak jatuh kah, sampai perlu mengumpul sehingga beribu-ribu belia dan memberi amanat?

"Kalau Umno di ambang kejatuhan... apa tunggu lagi. Takkan nak tunggu sampai rumah runtuh baru nak lari. Saya harap rakan dalam Umno juga boleh sama-sama kami berjuang untuk ke Putrajaya kerana rumah mereka sendiri sudah nak runtuh dah," katanya lagi.

Selain Husam, dua lagi naib presiden ialah Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar yang mempertahankan kerusi mereka.

Selain kedua-dua mereka, ceramah turut disampaikan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad, Salahuddin dan Mahfuz.

Muktamar 2011 akan berakhir petang ini. - The Malaysian Insider

UMNO gelabah bila Mat Sabu menang..

Posted: 05 Jun 2011 01:56 AM PDT


Entah dari manalah datangnya penganalisa politik ni... "Penganalisis politik berpendapat kemenangan kumpulan yang dulu dikenali sebagai Erdogan dan kini dinamakan Anwariyyun dengan mengetepikan kumpulan ulama pada pemilihan parti PAS semalam, sebagai strategi terbaru parti meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang."

Anwarisme tentukan hala tuju PAS

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik berpendapat kemenangan kumpulan yang dulu dikenali sebagai Erdogan dan kini dinamakan Anwariyyun dengan mengetepikan kumpulan ulama pada pemilihan parti PAS semalam, sebagai strategi terbaru parti meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.


Mereka juga berpendapat kemenangan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekali gus memecah tradisi bukan ulama memegang jawatan nombor dua dalam parti bagi tempoh 20 tahun, sebagai tanda perpecahan dalaman parti itu dalam usaha PAS mengubah haluan perjuangannya daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan bagi menyesuaikan diri dengan perjuangan rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berpendapat kemenangan Mat Sabu dan Datuk Husam Musa bagi jawatan Naib Presiden jelas menunjukkan perwakilan menolak kumpulan ulama dan semangat Anwarisme sudah mulai masuk dalam parti itu.

"Seperti dijangka, berdasarkan jumlah pencalonan diterima calon Timbalan Presiden, kehadiran Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hanya menyebabkan undi untuk ulama terpecah dua - satu untuk Nasaruddin Mat Isa dan satu untuk beliau sendiri, hasilnya kemenangan berpihak kepada Mat Sabu.

"Apabila kita gabungkan undi untuk Nasaruddin dan Tuan Ibrahim, jelas ia lebih besar daripada undi diperoleh Mat Sabu. Dari segi teknikal, mungkin kehadiran Tuan Ibrahim dilihat sebagai 'kacau daun' menyebabkan sokongan beralih kepada Mat Sabu yang dilabelkan kumpulan Anwariyyun," katanya.

Panel Penyelidik Pusat kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Universiti Malaya (UM), Noor Sulastry Yurni Ahmad pula berkata, kemenangan kelompok bukan ulama berkait rapat dengan aspirasi baru yang cuba dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti disuarakan dalam ucapan dasarnya, kelmarin.

"Saya percaya kemenangan Mat Sabu kerana undi untuk golongan ulama yang diwakili Tuan Ibrahim dan Nasaruddin pecah dua," katanya.

Beliau percaya kemungkinan kemenangan itu dipengaruhi perwakilan yang kebanyakannya orang muda, lebih terbuka dan profesional.

INFO

Keputusan Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat 2011/2013

PENGERUSI TETAP
Abu Kassim Abdullah

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Ismail

PRESIDEN
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
Mohamad Sabu (420 undi)

NAIB PRESIDEN

Datuk Husam Musa (660 undi)
Datuk Mahfuz Oma (616 undi)
Salahuddin Ayub (753 undi)

AHLI JAWATANKUASA KERJA

- Abdul Ghani Abdul Rahman (430 undi)
- Abdul Ghani Shamsuddin (579 undi)
- Abdul Wahid Endut (556 undi)
- Datuk Abu Bakar Chik (527 undi)
- Amiruddin Hamzah (576 undi)
- Datuk Seri Azizan Abdul Razak (421 undi)
- Dr Dzulkefly Ahmad (702 undi)
- Hanipa Maidin (735 undi)
- Datuk Dr Hassan Mohamad Ali (437 undi)
- Datuk Kamarudin Jaffar (739 undi)
- Khalid Abd Samad (643 undi)
- Datuk Dr Mahfodz Mohamed (449 undi)
- Mazlan Aliman (804 undi)
- Datuk Mohd Amar Abdullah (470 undi)
- Dr Mohd Hatta Md Ramli (765 undi)
- Dr Mujahid Yusof Rawa (651 undi)
- Nuridah Salleh (416 undi)
- Dr Siti Mariah Mahmud (445 undi)

EPU itu ‘Economic Plundering Unit’..

Posted: 05 Jun 2011 01:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi kerana menaikkan tarif elektrik.

Laman web The Malaysian Insider memetik Ani sebagai berkata, TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun lalu.

Ani, yang menyifatkan EPU sebagai 'Economic Plundering Unit', memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.


"Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP," kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook.

"Dengan fasal ambil-dan- bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.

"Bagus EPU — Unit 'Plundering' Ekonomi," katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan.

Ani menimbulkan kegemparan 15 tahun lalu apabila meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif TNB kerana enggan menandatangani persetujuan tak seimbang dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA)

Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff, semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir.

"TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya," katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=14717

UMNO bukan Raksaksa yang terluka Kak Wan.. tapi..

Posted: 04 Jun 2011 11:56 PM PDT


Semalam di Shah Alam, Kata DS Wan Azizah "UMNO kini umpama raksaksa yang terluka oleh itu tindakannya adalah diluar jangkauan imiganisai kita.

.. Tapi Kak Wan.. rasanya kurang tepat dan tidak wajar kita menggelar mereka begitu kerana Raksaksa yang terluka tu masih boleh berfikir apa yang akan mendatangkan keburukkan kepada dirinya sendiri.. cuba korang tengok cerita Ultraman tu..


Rasanya Raksaksa yang terluka tu kurang sesuai buat UMNO.. Babi yang terluka lebih sesuai.. Babi yang terluka cerita seorang sahabat yang bukan berugama Islam yang sering memburu Babi Hutan akan menyondol apa saja yang ada didepannya..

Babi itu akan menetapkan sasarannya untuk disondol dan apa saja yang ada dalam laluannya habis disondol tanpa memikirkan apakah kesan dari sondolan itu kepada dirinya..

Tindakan babi atau Babi Hutan itu adalah sama dengan tindakan pencacai-pencacai UMNO yang melanggar segala batas susila dan larangan Islam hanya untuk mencapai sasaran mereka.. perkara ini jelas kelihatan dalam hal pengedaran Video Lucah..


Umno 'gergasi' yang luka parah, boleh ditumbangkan

SHAH ALAM: Kemantapan jentera Penerangan KEADILAN mampu membantu Pakatan Rakyat mengalahkan Umno yang diibarat sebagai gergasi yang luka parah, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Apatah lagi, katanya, KEADILAN memiliki banyak peluru berbentuk isu yang mampu menumbangkan gergasi, antara kenaikan harga barang, petrol, penyelewengan kuasa dan gejala rasuah.

Namun, beliau mengingatkan jentera penerangan parti betapa gergasi yang parah akan berbuat apa sahaja untuk memastikan kemenangannya tetap berpihak di tangannya.

"Gergasi itu kini luka parah. Tindakannya mungkin tidak terjangkau imaginasi kita. Justeru, kita harus sentiasa bersedia menerima sebarang kemungkinan.

"Dulu, ingat habis kes Fitnah I, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dah kena dakwa, kena penjara kemudian bebas, habislah. Rupa-rupanya tak juga. Ada pula kes Fitnah II.

"Tidak cukup dengan kes mahkamah. Mereka (Umno) sebar video lucah. Tak habis-habis," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menutup Konvensyen Khas Penerangan KEADILAN 5 Jun lalu. Sejak penubuhan parti pada April 1999, ini adalah julung kalinya Konvensyen Penerangan dianjur.

Kira-kira 300 ketua penerangan peringkat negeri dan cabang mahupun sayap Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan wanita dari seluruh negara menghadiri konvensyen di Dewan Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, semalam.






Azizah berkata, peranan jentera penerangan penting kerana media arus perdana mengamal pendekatan 'black out' terhadap usaha parti dalam membela rakyat.

"Sesungguhnya, (konvensyen) ini bertepatan kerana 'media blackout' dikenakan ke atas perjuangan kita. Parti sedang meningkat dewasa, tekanan juga bukan kepalang besarnya.

"Usaha berterusan dan tindakan kreatif dalam menyampaikan maklumat dan penerangan kepada rakyat harus digalas dengan iltizam yang kuat. Disubur secara berterusan," katanya.

Kata Azizah, Malaysia wajib diselamatkan lantaran ekonomi dan kualiti kehidupan rakyat terhimpit dan KEADILAN berperanan untuk memulihkannya seluruh sistem bernegara.

"Badan kehakiman, institusi polis, SPR, SPRM nampaknya semakin teruk walau setelah 13 tahun kita berjuang. Perjuangan ini wajib kita teruskan. Selamatkan Malaysia," katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=14758

Tiada ulasan: