Anak Sungai Derhaka |
- Subsidi Diesel Nelayan juga di tarik..
- Patutlah Tariff Elektrik naik...
- Hanya Melayu yang kurang bijak menyokong UMNO..
- Najib dan Rosmh masih belum disoal.
- Video Ucapan TG Nik Aziz : Perasmian Muktamar DMPP ke-51
| Subsidi Diesel Nelayan juga di tarik.. Posted: 03 Jun 2011 01:52 AM PDT Diharap korang yang membaca boleh membuat kesimpulan dari berita ini.. Pencacai UMNO tak payah buat kesimpulanlah.. pasal EIU kata tinggal Melayu yang bodoh saja sokong UMNO ni.. KUALA TERENGGANU: Nelayan laut dalam tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.Beliau berkata sehubungan itu, pengusaha bot nelayan laut dalam kategori Zon C2 perlu membeli minyak mengikut harga di stesen minyak iaitu RM1.80 seliter. "Bukan sahaja nelayan Zon C2 yang kena beli minyak dengan harga RM1.80, lori, trak dan kontena yang berbentuk industri kena beli pada harga berkenaan," katanya selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan di Kuala Terengganu Selatan, Khamis. Noh berkata langkah itu diambil bot nelayan Zon C2 dikategorikan sebagai pengangkutan berbentuk industri kerana mempunyai ramai pekerja. Bagaimanapun, beliau berkata kadar RM1.80 masih merupakan harga subsidi kerana jika mengikut harga industri, minyak dijual RM2.50 seliter. "Kita sudah bagi kemudahan ini, dan ini adalah adil kerana mereka syarikat, (ada) pekerja yang ramai berbanding nelayan pantai yang hanya bersampan dengan tangkapan antara 10 kilogram dan 20 kilogram. "Bagi nelayan laut dalam, dia boleh tangkap sehingga beribu kilogram," katanya.Noh berkata nelayan laut dalam juga diberi insentif tambahan iaitu 10 sen hingga 20 sen bagi setiap kilogram tangkapan ikan yang didaratkan. "Ini bermakna kalau mereka boleh tangkap ikan sehingga 40,000 tan metrik, mereka sudah boleh menampung pembelian minyak tadi. "Kalau mereka nak dapat insentif lebih daripada kerajaan, mereka kena tangkap ikan yang banyak dan dapat insentif yang lebih. Kita buat ini bagi menggalakkan mereka mendaratkan ikan di negara kita sendiri," katanya. - BERNAMA |
| Patutlah Tariff Elektrik naik... Posted: 03 Jun 2011 12:54 AM PDT KUALA LUMPUR : Ketika kerajaan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, gaji Ketua Pengarah Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Che Khalib Mohamad Noh didedah sebanyak RM1.8 juta tahun lalu.Mengulas perkara ini, bendahari KEADILAN, Wiliam Leong berkata, gaji sebanyak itu terlalu besar jika dibandingkan dengan beban dan penderitaan yang ditanggung rakyat Malaysia berikutan kenaikan tarif elektrik. "Ini tidak selari dengan slogan rakyat didahulukan. TNB sepatutnya memotong kos untuk membayar gaji CEO nya sebelum memaksa rakyat menanggung kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju. Justeru itu katanya, kerajaan melalui khazanah nasional sepatutnya mengkaji semula bayaran gaji berkenaan. "Memang perlu dikaji untuk tunjuk kepada rakyat, mengapa TNB tidak boleh berjimat dengan memotong gaji CEO nya terlebih dahulu sebelum meminta rakyat berjimat," ujarnya. Sebuah laman portal baru-baru ini mendedahkan gaji sekali ganda yang diterima Che Khalib, berbanding 2009. Manakala jumlah gaji yang diterimanya untuk tahun kewangan berakhir 2007, 'hanya' dicatat sebanyak 1,107,280.00. Seorang lagi pengarah eksekutif TNB Azwan Mohd, yang dilantik pada April 2010, menerima RM755,320.22, termasuk gaji pokok RM457,440. Sementara gaji minima pekerja TNB pula hanyalah RM750. Presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB Mohamad Roszeli Majid sebagai berkata TNB hanya menawarkan kenaikan gaji 7.5 peratus dalam rundingan pekerja-majikan yang sedang berlangsung. Kesatuan meminta kenaikan antara 10 hingga 25 peratus tetapi ditolak oleh majikan. TNB memperolehi hasil RM34 juta termasuk RM4.1 juta keuntungan daripada operasinya. http://www.keadilandaily.com/?p=14665 |
| Hanya Melayu yang kurang bijak menyokong UMNO.. Posted: 02 Jun 2011 08:45 PM PDT Beliau mengulas pendedahan pusat kajian antarabangsa, Unit Kecemerlangan Penganalisis Ekonomi (EIU) yang melaporkan bahawa Umno semakin hilang sokongan daripada Melayu, khususnya Melayu pertengahan. "Sekiranya laporan yang mendedahkan bahawa Umno semakin hilang sokongan Melayu terutamanya golongan pertengahan, saya rasa itu bukan satu perkara yang janggal, memandangkan rakyat sekarang berpengetahuan luas dan bijak berfikir," "Golongan pertengahan dan bandar khususnya, mempunyai pemikiran yang luas dan mendapat maklumat melalui pembacaan daripada media baru dari internet,"kata beliau ketika dihubungi. Dalam pada itu, Kamarul berkata, kezaliman dan pengkhianatan yang dilakukan Umno terhadap kaum Melayu menyebabkan orang Melayu semakin hilang kepercayaan terhadap parti itu. Ia disebabkan amalan rasuah, ketirisan dan pembaziran yang dilakukan pimpinan mereka dengan tujuan mengkayakan segelintir kroni, sedangkan rakyat pula hidup susah. Contoh lain, katanya, Umno tergamak melesapkan sebanyak RM52 bilion saham bumiputera sejak ia diperkenalkan pada 1980 an bertujuan untuk meningkatkan martabat ekonomi di kalangan Melayu. Sementara amalan politik kotor seperti penyebaran video fitnah dan lucah untuk menjatuhkan lawan, yang dianjurkan Umno menjadikan orang Melayu bertambah meluat. "Mereka boleh melihat dengan jelas bagaimana Umno menganjurkan politik kotor yang tidak mencerminkan budaya orang Melayu sebab itu mereka sudah meluat dengan gelagat Umno," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Kemang. "Paling mudah kita ambil contoh isu penyebaran video lucah yang sehingga kini, individu bertanggungjawab mengedar dan menayangkannya masih bebas. Tetapi penularan video lucah juga tetap tidak dikawal oleh kerajaan. "Sebab ini juga orang Melayu mula berfikir bahawa kerajaan tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, tetapi merosakkan lagi pemikiran rakyat dengan cerita lucah," katanya. Laporan terbaru EIU itu menyebut bahawa kehilangan sokongan di kalangan Melayu kelas pertengahan terhadap Umno, berpunca amalan rasuah dan politik kotor yang dilakukan parti pemerintah itu. Menurut laporan itu lagi, kelompok ini dikatakan mendapat maklumat meluas dan pembacaan yang lebih terbuka dari media baru di internet. http://www.keadilandaily.com/?p=14656 |
| Najib dan Rosmh masih belum disoal. Posted: 02 Jun 2011 08:37 PM PDT Isnin ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terpkasa membela diri dalam kes liwat kedua yang dihadapinya, namun sehingga hari ini pihak polis masih belum membuat sebarang persiapan agar peguamnnya boleh menyoal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Najib dan Rosmah adalah antara 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Anrar membela dirinya atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Menurut peguam Anwar Sankara Nair, pihaknya telah menyenaraikan 25 daripada 71 saksi yang dicadang dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah. "Kita serahkan senarai itu kepada pihak pendakwaan pada 16 Mei (apabila hakim memutuskan terdapat kes prima facie terhadap Anwar). Namun sepanjang tiga minggu lalu, mereka hanya dapat membekalkan lima saksi kepada kita. "Mereka juga tidak dapat pastikan bila mereka boleh bawa perdana menteri dan isterinya," kata Sankara kepada Malaysiakini. Lima saksi yang telah disoal oleh peguam pembelaan adalah bekas olahragawati negara, Datuk Mumtaz Jaafar, yang Saiful menceritakan kejadian liwat itu; pegawai khas timbalan perdana menteri, Khairil Annas Jusoh, yang berjumpa dengan Saiful; Dr Mohd Osman Abdul Hamid, doktor pertama yang memeriksa dan merawat Saiful selepas mendakwa diliwat; seorang pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai 'Dr Daniel'; serta kakak Saiful, Saidati. Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara condominium antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Malaysiakini |
| Video Ucapan TG Nik Aziz : Perasmian Muktamar DMPP ke-51 Posted: 02 Jun 2011 09:18 AM PDT |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan