Anak Sungai Derhaka |
- Kickdefella Bohong!
- Scandal Scorpone : Siapa pula Jean-Marie Bovin?
- Harga Minyak di Indonesia dan Pakistan TURUN..
- PANAS!!! Kickdefella akui dibayar oleh Husam
- APA?? Najib orang ketiga bersama Razak Baginda dan Altantuya ke Malta?
- Video Lucah jadi ikutan Artis... Salah Siapa sekarang? (Video Inside)
- Tugu 1Malaysia sama dengan Berhala.
- Blogger UMNO Fitnah lagi!!
| Posted: 02 Jun 2011 08:12 AM PDT KUALA LUMPUR, 2 Jun: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menafikan beliau memberikan duit sebanyak RM350,000 kepada seorang blogger, Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi."Adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat," kata Husam dalam kenyuataannya kepada Harakdaily. Husam mengulas kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan Online yang mengaku menerima wang sebanyak itu dari wakil Husam di China. Kenyataan itu ekoran dakwaan para blogger Umno kononnya Husam memberikan duit sebanyak itu kepada Syed Azidi untuk membantu kempen beliau menjelang muktamar ini. Selain isu memberi wang kepada Syed Azidi, hampir semua blogger Umno menyerang Husam menjelang pemilihan kali ini. Husam bertanding naib presiden PAS dan baru pulang dari India dan China untuk urusan kerajaan negeri Kelantan. Berikut kenyataan penuh Husam:. "Saya merujuk kepada kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan online dan dijangka akan disiarkan edisi cetak Utusan besok. "Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kehairanan saya terhadap minat Utusan yang terlalu nyata untuk mencampuri pemilihan PAS sejak 2008 yang lalu. "Mengenai dakwaan Syed Azidi, saya merasa hairan dakwaan ini dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS esok hari di mana saya ikut bertanding. "Adakah kerana beliau tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu, ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini. "Sampai hari ini saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun saya dan adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat. "Mengnenai kononnya saya ada berbual melalui talipon dengan beliau kebelakangan ini, juga adalah palsu. Rekod talipon saya dan beliau boleh disemak. "Namun saya akui beliau ada menghantar beberapa mesej seminggu dua yang lalu memaklumkan beliau menulis mengenai kenaikan harga minyak dan saya membalasnya sekali dengan berkata tahniah. "Syed Azidi telah beberapa kali menimbulkan sensasi tetapi setiap kali sensasi itu berlalu, kredibiliti beliau semakin pudar." Harakahdaily |
| Scandal Scorpone : Siapa pula Jean-Marie Bovin? Posted: 02 Jun 2011 07:42 AM PDT PETALING JAYA 2 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjelaskan kenapa Kementerian Pertahanan di bawah pimpinannya didakwa berurusan dengan seorang warga Perancis yang terpalit dengan rasuah ketika menguruskan pembelian kapal selam pada tahun 1994.Jean-Marie Bovin menubuhkan sebuah syarikat berpengkalan di Malta, bernama Gifen untuk membiayai perjalanan penasihat Najib, Abdul Razak Baginda, warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan seorang lagi yang tidak dikenali, menurut Tian. Bovin didakwa terbabit skandal pembelian kapal selam oleh Pakistan daripada Perancis yang turut membabitkan pembayaran komisyen lumayan kepada pihak tertentu pada tahun 90an. Menurut Tian, syarikat Gifen berpengkalan di Malta, dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia yang ketika itu diketuai oleh Najib mengarahkan pembiayaan perjalanan Abdul Razak Baginda, mendiang Altantuya Shaariibuu dan individu ketiga yang masih belum dikenalpasti. "Pada tahun 2002, kita tahu ada tiga individu yang dibiayai oleh syarikat Malta (Gifen) dari KL ke Macau. Sekali lagi satu kemusykilan wujud mengapa rundingan membeli kapal selam perlu pergi ke Macau," kata Tian kepada wartawan. Tian berkata soalan itu perlu dijawab oleh Najib sendiri selaku Menteri Pertahanan ketika itu dan bukannya menteri sekarang, Zahid Hamidi. Zahid sebelum ini menawar untuk memberi keterangan pada kepada badan kehakiman Perancis yang bersetuju untuk menyiasat unsur rasuah dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia. "Saya tidak rasa (Datuk Seri) Zahid Hamidi mengetahui perkara ini, maka hanya bekas Menteri Pertahanan (Najib) yang boleh jelaskan sebab arahan pembayaran dan identiti (tiga) individu datang daripada Kementerian Pertahanan dan mereka hanya membuat bayaran lawatan tersebut," jelas Tian. Skandal kapal selam itu berpaksi kepada pembunuhan warga Mongolia dan kekasih Abdul Razak, Altantuya Shaariibuu dan pembayaran komisyen sejumlah RM534 juta dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang dikuasai oleh Abdul Razak dan isterinya, Mazlinda Makhzan. Antara ahli lembaga pengarah Perimekar ialah Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin. "Isunya sekarang mengapa bayar kepada Perimekar di mana kami dapat tahu tiada sesiapa dalam syarikat itu mempunyai kepakaran dalam undang-udang Eropah," ujar Tian. Pertubuhan bukan kerajaan Suaram melantik dua peguam Perancis untuk menfailkan permohonan supaya kes itu disiasat setelah kerajaan Malaysia dilaporkan cuba melindungi amalan rasuah itu, walaupun setelah Altantuya mati dibom pada tahun 2006. Tian berkata Najib harus mengarahkan Jabatan Imigresen membuat semakan ke atas identiti individu ketiga yang menyertai Altantuya dan Abdul Razak ke lawatan mereka ke Macau pada tahun 2002. Najib sebelum ini bersumpah beliau tidak mengenali Altantuya sungguhpun dakwaan itu dinafikan oleh penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam. "Juga untuk keadilan keluarga Altantuya, kita patut korek kerana perbiacaraan pembunuhan kejam itu, maklumat ini tidak pernah diketengahkan," kata Tian. Tian juga mendesak agar kerajaan memberikan nilai kontrak sebenar pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis itu kerana berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi, kos itu melebihi RM1.3 bilion. TVS News |
| Harga Minyak di Indonesia dan Pakistan TURUN.. Posted: 02 Jun 2011 04:27 AM PDT Kata Muhyiddin pada 17 Mei "Kerajaan menjangka nilai subsidi pada tahun ini meningkat kepada RM20.58 bilion berbanding RM10.32 bilion pada tahun lalu berikutan kenaikan harga minyak dunia semalam."Ohhh.. harga minyak dunia meningkat… patutlah nilai subsidi yang diperuntukkan kerajaan meningkat.. Tapi yang menghairankan pula ialah Indonesia dan Pakistan ni dari Dunia mana?? Muhyiddin kata harga Minyak dunia meningkat.. tapi Indonesia dan Pakistan boleh pulak turunkan harga minyak… baca berita dibawah.. Kelmarin, PT Pertamina Indonesia mengambil tindakan untuk kali kedua dalam tempoh seminggu iaitu menurunkan harga petrol antara Rp 200 hingga Rp 600 per liter atau dalam RM0.07 hingga RM0.21 seliter. Oil price cut The government has reduced the prices of petroleum products: petrol by Rs 1.70 per litre, kerosene oil by Rs 5.05 per litre, and high speed diesel by Rs 3.20 per litre. It is notable that this cut was made only after the decrease in the international market and is not the outcome of the government's love for the masses. It is unfortunate that government mismanagement and callousness of the general public's sufferings enabled oil retailers in the country to profit by charging consumers of high octane blending component at the previously high prices for another day, as the relevant order was not issued on Tuesday. This is a case of unforgivable neglect and must be investigated. It is also a fact that whenever the oil prices in the international market go up, our government jacks up the prices in consonance with these new rates, even though that is not always advisable for a third world country's economy like ours. Conversely, when the rates go down, our government does not lower the prices accordingly but only makes a nominal decrease. And also it is a matter of great shame that the inflation that invariably follows the raise in the oil prices is not brought down when the prices fall. Hence, there is reason to believe that the current decrease will only serve as a small help to the consumer and nothing of significance will happen to the prices of the rest of the goods. These are the consequences of blindly following the IMF's agenda that has dealt blow after blow to the common man's ability to make both ends meet. If the government is sincere, measures should be taken to bring down the price of transport fares and other essential commodities particularly food items. The Nation |
| PANAS!!! Kickdefella akui dibayar oleh Husam Posted: 02 Jun 2011 02:11 AM PDT Baca sampai habis betul-betul apa yang Kickdefella jawab tentang isu RM300,000.00 yang di hebohkan oleh blogger Pro-UMNO.. Bukit Kiara -Blogger Azidi Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai 'Kickdefella' mengakui beliau telah dibayar sebanyak RM 350,000 oleh bekas majikannya yang juga ADUN Salor, Dato' Hj Husam Musa. Bercakap kepada pemberita, pemberian wang tersebut adalah sebagai tanda ihsan dan simpati beliau digugurkan dan ditamatkan kontrak oleh Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Nik Aziz Nik Mat. Pemberian wang secara tunai dilakukan melalui pembantu Husam Musa itu pada 18 November 2009. Dalam pada itu, Azidi Abdul Aziz turut menafikan bahawa beliau berada di China bersama Husam Musa seperti yang didakwa oleh beberapa individu. KLPos Kan aku dah kata.. Fitnah saja Blogger UMNO tu... |
| APA?? Najib orang ketiga bersama Razak Baginda dan Altantuya ke Malta? Posted: 01 Jun 2011 11:48 PM PDT KEADILAN mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendedahkan rekod perjalanannya bagi membuktikan dirinya bukan individu ketiga yang dikatakan bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibuu dalam penerbangan ke Macau.Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, Najib perlu tampil memberi penjelasan, sebelum perbicaraan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene itu dimulakan di Mahkamah Perancis, Julai ini. "Saya harap Jabatan Imigresen tidak memadamkan rekod itu. Najib bukan sahaja perlu dianggap bersih, tetapi dia perlu dilihat bersih," kata Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution pada sidang media di ibu pejabat Keadilan. Pendedahan itu berikutan siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap skandal rasuah Scorpene- yang membawa kepada penemuan tiga e-tiket penerbangan ke Malta pada 2002. Penerbangan itu dikatakan melibatkan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam pembayaran komisen kapal selam berkenaan, manakala dua tiket itu disahkan atas nama Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shariibuu. Misteri tersebut sebelum ini didedahkan Pengarah Uruseti Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel. Dalam sidang media hari ini, Saifuddin turut mendedahkan individu terbaru yang dipercayai berperanan dalam urusniaga pembelian kapal selam, iaitu pengarah Perimekar Sdn Bhd, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin. Nordi juga dikatakan seorang pegawai di Kementerian Pertahanan yang turut mewakili kepentingan kerajaan Malaysia melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Saifuddin berkata, maklumat itu dibocorkan oleh kabel diplomatik Wikileaks melalui pendedahan Kedutaan Amerika Syarikat. "Nordin adalah watak penting sewaktu Najib menjadi Menteri Pertahanan ketika urusniaga itu dilakukan pada tahun 2002. http://www.keadilandaily.com/?p=14604 Berita sebelum ini.. Siapa orang ketiga bersama Razak Baginda dan Altantuya ke Malta? KUALA LUMPUR: Pemilik KS Ombak Laut Sdn Bhd, Abdul Razak Baginda dan warganegara Mongolia yang dibunuh dengan kejam Altantuya Shariibu pernah dikatakan bersama seorang lagi individu menaiki penerbangan ke Malta bagi urusan pembelian komisyen kapal selam Scorpene. Perkara itu didedahkan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang memetik kenyataan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael. Dalam laporan itu, Cynthia berkata, dua tiket penerbangan itu disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya. "Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi," kata Cynthia. Maklumat lanjut mengenainya disiar menerusi Suara Keadilan, edisi ke 16 yang boleh diperoleh di pasaran mulai hari ini. Suara Keadilan minggu lalu, mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene. Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia. Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri. Perimekar adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya KS Ombak Laut Sdn Bhd, di mana pemegang saham terbesarnya dimiliki isteri Abdul Razak. http://www.keadilandaily.com/?p=13501 |
| Video Lucah jadi ikutan Artis... Salah Siapa sekarang? (Video Inside) Posted: 01 Jun 2011 09:53 PM PDT Pengarah klip video Marilah, nyanyian Prema Yin iaitu Gambit Saifullah menganggap video klip tersebut tidak berunsur lucah dan keterlaluan seperti mana yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak. Aku setuju dengan kenyataan Gambit Saifullah itu yang menganggap video klip tersebut tidak berunsur lucah dan keterlaluan.. kerana jika kita bandingkan dengan Video Lucah yang telah disebarkan secara meluas oleh pencacai-pencacai UMNO.. Video Lucah yang telah ditayangkan, kemudiannya dimuat naik kedalam YouTube , dipromosikan oleh TV3 serta seluruh Media Cetak tunggangan UMNO dan kini diedar pula diseluruh Malaysia adalah jauh lebih lucah kerana ianya memang Video Lucah.. Salah siapa sekarang? Jika ada rakyat yang menganggap menayangkan Video Lucah tidak lagi menjadi satu kesalahan di Malaysia? Adakah Gambit perlu disalahkan? Sedangkan beliau mungkin menganggap kata-kata dari seorang Menteri bahawa "Video Lucah yang ditayangkan untuk kebaikkan tidak salah…" itu satu kata-kata yang serius.. Gambit Perjelas Arah Klip Video Unsur Lucah PETALING JAYA: Pengarah klip video Marilah, nyanyian Prema Yin iaitu Gambit Saifullah menganggap video klip tersebut tidak berunsur lucah dan keterlaluan seperti mana yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak.Malah menurutnya, klip video yang menggandingkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle tidak seharusnya dijadikan kontroversi kerana hanya memaparkan adegan yang dianggap 'biasa'. "Saya tidak rasa ia menjadi kontroversi kerana saya hanya menampilkan adegan pasangan suami isteri yang sudah kehilangan cinta dan mempunyai ego masing-masing. "Saya rasa ia tidaklah terlalu teruk, mungkin ia menjadi kontroversi disebabkan saya dan Shahz Jaszle terlibat dalam klip video ini," ujarnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa. ![]() Shahz Jazle melakonkan watak dengan memeluk pasangannya seolah-olah mahu melakukan adegen seks dalam klip video 'Marilah'. Gambit diminta memberi penjelasan berikutan klip video Marilah yang merupakan single terbaru Prema Yin dikatakan memaparkan aksi bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini. Dalam klip terbabit, Shahz Jazle dan Prema Yin dilihat melakukan aksi hampir-hampir bercium, berpeluk serta melakukan adegan seperti sedang berada dalam keadaan berahi. Mereka juga dikatakan cuba membuat publisiti murahan bagi meraih perhatian masyarakat khususnya peminat industri hiburan tanah air. Kata Gambit, klip video tersebut dihasilkan mengikut perbincangan daripada pihak produksi dan klien yang mahukan ia mengikut standard klip video artis luar negara. Menurutnya, niat utama penghasilan klip video itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat. "Memanglah kalau boleh saya ingin ia turut diterima oleh peminat hiburan tanah air. Tapi kalau ia tidak diluluskan, saya tidak ada bantahan kerana hasrat utama menghantarkannya ke Amerika Syarikat," katanya. Dalam pada itu, Gambit turut mempersoalkan mengapa sesetengah pihak mengatakan karyanya itu keterlaluan dan lucah sedangkan banyak filem tempatan yang menampilkan aksi lebih daripada itu. "Kenapa orang ingin mempertikaikan klip video ini sedangkan filem ...Dalam Botol yang jelas memaparkan hubungan songsang dan terdapat aksi lebih teruk tetapi ia diluluskan. "Apa salah saya, bagi saya video klip tersebut tiada adegan cium ataupun meraba," ujarnya. Bagaimanapun, dia menerima teguran yang dibuat secara positif dan akan cuba yang terbaik untuk masa akan datang. "Saya tidak kisah apa orang nak cakap tentang klip video tersebut, saya terima teguran mereka dan akan lebih berhati-hati lagi selepas ini," katanya. Sementara itu, Prema Yin yang dihubungi kini berada di Amerika Syarikat manakala Shahz Jaszle pula tidak menjawab panggilan untuk mengulas tentang klip video tersebut. - mStar Online |
| Tugu 1Malaysia sama dengan Berhala. Posted: 01 Jun 2011 09:21 PM PDT Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tindakan kerajaan membina tugu "1Malaysia" adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah. Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul. "Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa yang dipengerusikannya itu bermuzarakah pada 18 dan 19 April lalu. Keputusan itu, tambahnya, telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) dan disembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sehari selepas itu. Bagaimanapun, menurutnya lagi, fatwa itu tidak diwartakan dan hanya berperanan sebagai nasihat kepada umat Islam. Ekoran keputusan itu, fatwa tersebut dihebahkan di pelbagai penerbitan kerajaan negeri, termasuk majalah bulanannya Irsyad Hukum, jelas Dr Juanda. Selepas Najib memperkenalkan gagasan itu, tugu sedemikian yang kebanyakannya dibina daripada batu dan kayu dilihat diletakkan di pelbagai tempat di seluruh Malaysia. Malaysiakini |
| Posted: 01 Jun 2011 07:36 PM PDT KUALA LUMPUR, 2 Jun — Datuk Paduka Husam Musa sendiri menafikan dakwaan kononnya beliau ada bertemu dengan pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang lebih mesra dikenali sebagai "Kickdefella" bagi mendapatkan bantuannya berkempen pada pemilihan PAS pusat yang berlangsung sekarang."Saya tak jumpa dia (Syed Azidi) di China, di Jepun atau di Antartika pun... itu (dakwaan) seratus peratus palsu, yang datang dari blog-blog picisan ," kata Husam ketika dihubungi di India malam tadi. Husam (gambar), Exco Kerajaan Negeri Kelantan, yang bertanding semula kerusi naib presiden berkata, beliau sudah beberapa kali mengunjungi China sempena lawatan kerja tetapi tidak sama sekali bertemu dengan Syed Azidi. Malah kata Husam, beliau juga tidak mendapatkan bantuannya menghadapi pemilihan parti kali ini. Syed Azidi meletakkan jawatan pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akhir 2009. Dalam temu bual menerusi telefon malam tadi, Husam juga enggan bercakap mengenai pemilihan kecuali menjawab soalan berkaitan dengan isu terbaru ini. "Saya bukan orang menggunakan duit untuk berkempen," kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini yang turut menjelaskan, Syed Azidi sudah lama menulis tentang diri beliau sebelum kedua-dua mereka berkenalan. Bagaimanapun tegas beliau, dakwaan sedemikian adalah "palsu" dan sentiasa dicetuskan ketika pemilihan parti dengan tujuan-tujuan tertentu. Oleh itu tambah Husam, beliau sebenarnya "bangga" kerana Umno terus-menerus menjadikan beliau sebagai sasaran dalam pergerakan politik mereka. "Ini menunjukkan bahawa saya ini adalah insan yang menjadi ancaman kepada mereka (Umno-BN)," kata Husam mengulas dakwaan blog-blog pro-Umno terbabit. Salah satu blog pro-Umno mendakwa pihaknya ada mendengar kononnya Syed Azidi menerima bayaran sebanyak RM300,000 daripada "orang Husam". "Saya cuba juga risik sana sini tapi tiada siapa yang boleh mengesahkannya. Malam tadi perkara berkenaan mula kecoh di Twitter dan Facebook. Kalau dah kecoh, mungkinlah itu semua ada asasnya," kata blog rbfonline yang turut menyenaraikan lima persoalan bagi Syed Azidi. Sambil melihat ia sebagai usaha jahat menjelang setiap kali pemilihan, Husam berkata, tindakan-tindakan seperti itu perlu ditangani. "Saya meminta peguam saya melihat perkara itu, mengambil tindakan ke atas dakwaan-dakwaan tidak berasas dan fitnah ini," kata beliau yang yakin bahawa para perwakilan muktamar akan membuat penilaian terbaik. "Ini strategi jahat Umno yang perlu dipatahkan," katanya lagi. "Oleh kerana perkara ini sudah (banyak kali) berulang, seolah-olah ada objektif tertentu, saya akan minta peguam ambil tindakan, bukan saya ini (seorang yang) sensitif atau tidak terbuka (dengan media dan kritikan), tetapi ini satu strategi jahat Umno yang perlu dipatahkan," kata Husam yang turut menekankan bahawa salah satu blog yang menyiarkan dakwaan palsu tahun lalu - kononnya "rasuah", melibatkan konsesi pembalakan — telah disaman fitnah oleh beliau. Kes berkaitan melibatkan blog rbfonline sedang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Baru dan dijadual untuk prosiding pertengahan bulan ini. Sehubungan itu, kata Husam, pengendali blog tersebut perlu mencerminkan dulu dirinya sebelum meneruskan serangan dengan dakwaan terbaru sedemikian. "Faisal kena tengok diri sendiri," kata Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan. Muktamar PAS Pusat Ke-57 bermula esok, dan turut menyaksikan pemilihan dua tahun sekali. Semalam, pegawai khas Husam, Kamarulzaman Abdullah berkata, Husam yang berada di China dari 21 hingga 26 Mei lalu mempunyai jadual lawatan kerja rasmi yang ketat dan tidak mengadakan pertemuan dengan Syed Azidi. "Datuk Husam pergi ke China dan ada membawa dua orang pemberita, jika pun ada pertemuan sedemikian sudah pasti telah disiarkan oleh akhbar-akhbar terbabit," katanya yang turut menolak dakwaan bahawa Syed Azidi dibayar RM300,000 sebagai upah berkempen kali ini. Dalam komennya kepada The Malaysian Insider semalam, Syed Azidi menegaskan, "belum sampai masa" bagi beliau untuk menjawab dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya beliau menerima bayaran dan berkempen untuk Husam. Syed Azidi berkata, beliau juga tidak mahu memberi kenyataan sehingga ia boleh menjejaskan proses pemilihan parti itu, di mana ia akan memberikan "kelebihan kepada mana-mana calon yang bertanding." "Saya rasa bukan masa bagi saya menjawab, tidak perlu untuk saya jawab," kata beliau. Selain Husam, turut bertanding jawatan naib presiden PAS ialah Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Syed Azidi pernah membantu Husam dalam menghadapi pemilihan dua tahun lalu sebelum berhenti dari PMBK. Bagaimanapun Syed Azidi berkata, beliau masih merasakan Husam seorang yang "pemimpin yang istimewa." The Malaysian Insider |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan