AKU INGIN BEBAS |
PENGGUNA T-SHIRT KUNING JADI SASARAN Posted: 27 Jun 2011 08:56 PM PDT Sejak akhir-akhir ini, UMNO dan Barisan Nazional begitu fobia dengan baju berwarna kuning. Mereka begitu takut seolah-olah pemakaian baju berwarna kuning boleh mengugat ketenteraman awam dan negara. Sesiapa sahaja yang disyaki memakai baju T kuning mesti ditangkap malah mungkin boleh didakwa. Akan tetapi mereka akan berasa gembira apabila ramai anak muda dan golongan tua yang memakai baju T berwarna putih yang berlambangkan dacing biru karat. Anehnya puak-puak yang memakai baju seperti ini tidak pula diambil tindakan malah diberi keistimewaan pula. Pernah suatu ketika semasa ada sekatan jalanraya, kenderaan rakan saya diperiksa dengan begitu lama dan berbagai soalan ditanya. Manakala seorang lagi rakan diperiksa ala kadar disebabkan ianya mempunyai sekaki payung berlambang dacing yang diletakkan di cermin belakang kereta. Oh!... memang betul lah.. ada keistimewaannya bila tuan-tuan pengguna setia barangan berlambang dacing. Tapi awas!... bagi pemakai baju T berwarna kuning. Adakah selepas ini baju T berwarna kuning bakal dilabelkan sebagai barang merbahaya selepas dadah dan senjata api? Huhuhu!... |
You are subscribed to email updates from AKU INGIN BEBAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan