Jumaat, 24 Jun 2011

Aku Budak Balun

Aku Budak Balun


RM5500?? Driver aku pun mampu tolong bayarkanlah!

Posted: 24 Jun 2011 12:13 AM PDT


Gamaknya itulah cetus hati Rahim Tamby bila hakim jatuhkan hukuman denda tu..
Apalah sangat nilai tu jika dibandingkan kepuasan hati dendam kesumatnya pada Anwar..

Anwar atau bukan belum tahu lagi sebab belum dibuktikan pun!
Qazaf pun ntah kemana..

Hmmm..
yang pasti misi Trio lucah ni dah accomplished!

Selamat "Maju Jaya' lah ye?

Jumpa 9 Julai...

budakbalun 24062011


'Datuk T' mengaku bersalah, didenda RM5,500

Tiga individu di sebalik video seks lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini - tiga bulan selepas mereka menayangkan video tersebut di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan.

Mereka adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim. Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 - menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500.-mkini

Satu Lagi Kegagalan Kerajaan PR Selangor?

Posted: 23 Jun 2011 09:00 PM PDT

Jangan Tak caye! Yang badan besor baju belang kuning ni la YB Iskandar Samad!

Haaaa..
Pada yang selalu duk kutuk Kerajaan PR Selangor especially UMNO dan sekutunya..
Meh baca Kenyataan Akhbar Exco YB Iskandar Samad neh!

Lapangkan hati anda ye?

budakbalun 24062011

Kenyataan Akhbar Exco Kerajaan Negeri Selangor

Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini (rabu 22jun) telah meluluskan RM 7.7 juta untuk Skim Bantuan Baikpulih Negeri Berkebajikan.

Jumlah ini adalah tambahan kepada RM 2 juta yang telah diperuntukkan di dalam Bajet 2010 Kerajaan Negeri Selangor. Oleh itu, jumlah yang diperuntukkan adalah RM 9.7 juta.

Skim ini adalah bagi membantu pemilik-pemilik pangsapuri kos rendah membaikpulih kediaman mereka.

Pemilik-pemilik pangapuri telah ditawarkan untuk menyertai skim ini di mana Kerajaan Negeri akan membaikpulih pangsapuri mereka melalui kaedah perkongsian 80:20. Kerajaan Negeri akan membiayai 80 peratus dari kos membaikpulih dan penduduk hanya 20 peratus.

Tawaran telah diberikan kepada pemilik-pemilik melalui Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body - JMB), dan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC).

Sebanyak 62 kawasan pemajuan telah ditawarkan untuk menyertai skim ini dan setakat ini 19 pemajuan telah dipilih berdasarkan peruntukan asal sebanyak RM 2 juta.

Dengan tambahan sebanyak RM 7.7 juta lebih banyak pemajuan akan dapat dibaikpulih.

Adalah dianggarkan dengan peruntukan tambahan ini sekurang-kurangnya 70 pemajuan akan dibaikpulih.

Walau bagaimanapun JMB dan MC mestilah bersetuju kepada syarat syarat berikut untuk menyertai skim ini,

1. Hanya satu pembaikan bagi satu pemajuan.

2. JMB / MC / Persatuan Penduduk telah berdaftar.

3. Rekod kewangan yang memuaskan selama 6 bulan terdahulu.

4. Membayar 10%pendahuluan terlebih dahulu.

5. Pemajuan yang terpilih perlu menandatangani akujanji bagi membayar baki 10% dalam

Selain dari itu hanya kerja-kerja baikpulih yang kritikal seperti di bawah akan diutamakan :

1. Lif

2. Bumbung

3. Tangki air

4. Sistem pembentungan


Iskandar bin Abdul Samad

Exco Perumahan,Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor

23 Jun 2011

PERKASA! Lawak Jenis Apa Ini?? Wakakaka

Posted: 23 Jun 2011 07:21 PM PDT

Wakakakakakaak!!! Ini macam anak sedare Reezal,Zambry atau Azeez! wakakaka!


Adeh!!
Teman sampai ngalir ayor mata depan PC pagi ni!
Maunye tidak!
Tak sangka ada geng penyokong Trio Dato' T!
Wakakakaa!!

Bermodalkan manila kad yang ditulis pelbagai kata-kata sokongan..
Teman semacam kesian pulak nengok wajah-wajah mereka..

Hmm..
Kalau deme ni gi ngaji agama..
Kompom deme tak jadi macam ni..

Bila jahil ini lah jadinya...
Disuruh ke hulu.. ke hulu lah deme..
Disuruh ke hilir.. ke hilir lah deme..
Disuruh ke baroh.. ke baroh lah deme..
Tapi bila ditanya kenapa..
Ntah? orang tu suruh.. siap nak bagi upah..
Ikut aje leee!! Adehhh!

Rasanya.. kalau ditanya apa dia hukum Qazaf pada deme ni..
Kompom masing-masing jawab tak penuh..
Silap-silap ramai yang tak tahu!

Hmmm.. betul lah kata hamba Allah sorang tu..
Kalau umat Islam Malaysia tinggi ilmu Islamnya..
Dah lama UMNO terkubur!

budakbalun 24062011

Demo bising sokong 'Datuk T' luar mahkamah

Kira-kira 100 orang yang tidak kenali berhimpun di luar perkarangan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, pagi ini. Kehadiran mereka adalah bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.

Video itu, yang dirakam di tempat yang tidak dikenalpasti, didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu menafikan perkara itu dan membuat laporan polis.

Mereka dijangka dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan mengedar bahan lucah itu.-mkini

BERSIH 2.0 - Ahlan Wa Sahlan PERKASA!

Posted: 23 Jun 2011 05:00 PM PDT

Walaupun ramai yang tak berapa nak setuju PERKASA dan Pemuda UMNO nak joint buat demo hari yang sama dengan BERSIH 2.0 ni.. tapi teman setuju weh!
Bagus apa??
Sama-sama kita raikan demokrasi!

cumanya kalau tengok kat map tu..
PERKASA nak berkumpul kat Dataran Merdeka!
Perghh!! seingat teman itulah satu-satunya lokasi yang POLIS akan jaga bermatian-matian!
Setakat ni takde lagi siri-siri demo yang berjaya sampai ke situ..
Usahkan berkumpul.. lalu pun tak dapek!!

So, akan menjadi suatu keajaiban yang amat sangat lagi di luar logik akal lah
kalau PERKASA atau PEMUDA UMNO dapat berkumpul di Dataran Merdeka tuh!

ke dah kawtim awal-awal dengan Polis?
wakakakaka!!

Kompom Turun 9 Julai weh!!! InsyaAllah..

budakbalun 24062011


9 Julai: PERKASA umum empat lokasi berkumpul

Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA mengesahkan empat lokasi berkumpul bagi perhimpunan 9 Julai anjurannya di Kuala Lumpur bagi menolak perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut supaya reform pilihan raya diadakan di negara ini.

Mengikut maklumat dari sekeping risalah yang diperolehi oleh Malaysiakini dari sebuah stesen petrol, perhimpunan 'Gerak Aman' itu akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara.- mkini

Tiada ulasan: