Jumaat, 3 Jun 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Gua dilantik model produk Jepun di KB Mall.

Posted: 03 Jun 2011 01:28 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Mula2 tak nak cerita. Kang lu tuduh gua tipu. Kena tuduh poyo dah lali dah. Kena tuduh tipu, walau dah banyak kali, gua tetap panas hati. So, memang gua ambil keputusan tak nak story, walau sekadar catatan peribadi rujukan anak2 gua kelak.

Tapi, bila berfikir, manalah tau kontrak gua dibatalkan kerana gua terpalit dengan anti BN, at least, pembaca gua dah tahu story ni lebih awal. Dari gua memekak2 hanya selepas kontrak batal. Si Jepun tu mana tau gua AdukaTaruna skang ni.

[2]

Jumaat minggu lepas, ceritanya begini. Gua tengah siapkan tempahan baju. Tengah comot giler. Plan kejap lagi, dekat2 nak Asar, gua mandilah. Sekali bos lama gua kol. Minta tolong sangat. Siapkan design bola takraw. Customer dia nak esok. Emergency. Kena print petang tu juga.

"Buah sepok Yol."

"Bola sepak?"

"Buke..."

"Tak faham la be.."

"Meta... ahh.. bola takraw Yol.. buah takraw tu..."

"Berapa color bang?"

"So jah. Tolong meta la Yol.."

"Jap g saya mari lah."

Gua pun dengan comot2, g opis lama dan buat design bla takraw. Untuk 1 color. 90% nak siap, bini gua plak kol.

"Bang... muntah teruk. Ubat tahan muntah dah habis."

"Mana nak beli? Jumaat ni. Bukan negeri kapir UMNO. Farmasi tutup la."

"KB Mall lah. Guardian ke, Watson ke."

Ah.. sudah... ke KB Mall la plak gua. Pendek cerita, lepas siap design, ambil duit, gua drive Mazda RX8 lantai simen gua, hasil Husam bayar gua RM 2 juta. Parking depan Court Kak Memot. Lintas jalan, masuk KB Mall.

Mana Guardoin nih? Mana Watson nih? Ak alaa...

"Sir... sir.. excuse me, sir."

"%^&$ *&^%  &^*%$."

Apo pulak amoi ni mencarot dengan gua ni? Gua bagi pelempang Rusila kang. Gua tengah kelam kabut nih. Nasib baik cun.

"I'm so sorry miss. My English very weak. Can you speak Malay?"

Pendek cerita Amoi tu rupa2nya Jepun. Tiba2 teringat ilmu Saleh Yaakob. Gua dipilih peringkat pertama model produk Jepun. Peralatan sukan Takashima. Terkesima gua. Sign kontrak, dan inilah gambar gua yang akan diiklankan nanti.

Klik sini.

Mesti lu orang jeles dengan gua punya lah. Dan tak sabar2 memaki hamun gua. Stendet la Melayu.. mana boleh orang lain lebih sket.


Mak gua : Tips memilih Ketua Darjah.

Posted: 03 Jun 2011 12:58 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Selain setuju 100% dengan pandangan Lelaki Ini, gua ada rasa respek juga dengan kenyataan Nik Abduh yang tidak menolak kemungkinan faktor bapa adalah kemenangannya.Gua suka elitis yang sedar diri. Sedar diri adalah penting pada elitis kerana ianya adalah 'divider' yang menjaga elitis itu membawa pengikut2 masuk gaung.

Tahniah kepada Nik Abduh. Selamat bertugas dan selamat memimpin pemuda di BERSIH 2.0 nanti. Barisan depan tau. Bukan tengok dari atas mimbar masjid sambil pegang kitab.

[2]

Masa gua sekolah rendah, gua dilantik pengawas sejak darjah 4. Bila gua semakin matang, gua sedar bahawa gua tidak layak menjadi pengawas. Memang 1000% tidak layak. Guru pengawas lantik gua jadi pengawas sebab mak gua cikgu di sekolah itu. Buktinya, apabila gua ke sekolah menengah, gua tidak pernah dilantik menjawat jawatan pengawas.

Semalam gua mimpi. Mak gua bagi tips untuk memilih Ketua Darjah dari sekian calon yang ada ketika itu.

1. "Angah... jika ada, tengoklah calon yang rambutnya berminyak dan sikat dengan rapi. Itulah Mat Skema, Angah. Mat skema amat jarang melanggar peraturan."

2. "Angah... selalunya, Mat Skema bertubuh kurus, memakai spek mata. Ini Mat Skema jenis baka yang tidak cukup baja. Skemanya dia adalah kerana tiada keberanian. Skemanya dia adalah kerana kurang zat. Tetapi, seandainya Angah terjumpa Mat Skema bertubuh gempal, Angah perhatikanlah ia. Mat Skema bertubuh gempal selalunya lantang. Tidak mudah merajuk. Digeruni lawan dan rakan. Sangat berguna jika diutuskan untuk mendapatkan satu2 tawaran dalam satu2 mesyuarat."

3. " Angah... itu adalah fizikal. Tidak semestinya setiap orang yang rambut berminyak rapi, sikat tepi adalah layak menjadi Ketua Darjah. Tidak semestinya setiap orang lantang yang gempal layak menjadi Ketua Darjah. Itu hanya tips. Tapi, jika Ketua Darjah itu dipilih oleh murid sedarjah, pilihlah Ketua Darjah yang mewakili murid sedarjah. Bukan mewakili golongan pengawas atau guru-guru. Jika mahu Ketua Darjah yang mewakili pengawas dan guru-guru, hapuskan sahaja pemilihan. Dan syurakan semuanya."

Mat Skema rambut berminyak rapi. Sikat tepi.

Mat Skema kurus bercermin mata.

Pilih Ketua Darjah yang mewakili murid darjah. Bukan mewakili pengawas atau guru-guru. Melayu sudah terbalik terlalu lama.

Angah perlu pilih Ketua Darjah yang masanya lebih banyak habis dalam bilik darjah berbanding bilik guru. Angah perlu pilih Ketua Darjah yang makannya lebih banyak bersama murid berbanding pengawas.

Esoknya, gua kol mak gua. Ceritakan pasal mimpi gua. Dan gua bagitau yang gua dah ada gambar Mat Skema Gempal.

"Angah mms mak lah. Mak ada banyak kerja nih. Nanti mak komen melalui sms."

Gua pun mms gambar ni. Mat Skema gempal. Mak gua terus sms.

"Angah... ni bukan Mat Skema mewakili golongan tertindas. Ni Mat Gayut bawah ketiak Guru Besar."

"Dah tu cane mak kalau orang ni terpilih?"

"Kena guna Mat Biadap macam kamu lah."

Erkk!


Baca dan fikir : Kuasa Melayu berpaksi di Pantai Timur?

Posted: 02 Jun 2011 08:11 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Mari bercakap mengenai perkauman. Kita menjadi UMNO sebentar.

Kuasa Melayu?

Final FA Cup - Kelantan dan Terengganu.
Perebutan Liga Super - Kelantan dan Terengganu.
Penjaring terbanyak Liga Super - Hadi Terengganu dan Norshahrul Kelantan.
Penjaga Gol terbaik - Khairul Fahmi  Kelantan.
Lelaki terpantas 100m dan 200m - Nazmizan Terengganu.
Ekonomi Melayu terbaik - Kelantan dan Terengganu.
Ekonomi Melayu dalam ibu negeri terbaik - Kota Bharu dan Kuala Terengganu.
Basikal terpantas - Azizul dan Anuar Terengganu.
Penyeludup ekonomi terbaik - Kelantan dan Terengganu.
Presiden PAS - Hadi Awang Terengganu
Mursyidul Am PAS - Nik Abdul Aziz - Kelantan
Ketua Pemuda PAS - Tantawi Pahang.
Timbalan Pemuda PAS - Nik Abduh Kelantan.
Ketua Muslimat PAS - Siti Zailah Kelantan.
Sultan 'terbaik'- Sultan Kelantan.

Pemaki Sultan terbaik - Barulah pantai barat / selatan?

Kuasa UMNO adalah India.

Presiden paling ganas - Mahathir Kutty.
Bapa penswastaan kroni - Mahathir Kutty.
Ekonomi UMNO - KIMMA / ali baba dengan MCA
Ketua Putera UMNO - India.
UMNO Perak - Zambry India.
UMNO Penang - India.
UMNO Melaka - Shah Rukh Khan India.
Isteri PM sekarang - Peminat Bollywood India.
Blogger UMNO teratas - Parpu Kari India.

Any komen?


Tiada ulasan: